Bebelan Tarbawi @bebelantarbawi Channel on Telegram

Bebelan Tarbawi

@bebelantarbawi


PORTAL BERITA TERJEMAHAN TERPANTAS ASIA DENGAN KELAJUAN ROKET AL-QASSAM

Follow twitter : twitter.com/pemudatarbiah
Follow ig : instagram.com/pemudatarbiah
Fb : https://www.facebook.com/pemudatarbiah
TikTok : https://www.tiktok.com/@jatuhbangunbalik00

K

Bebelan Tarbawi (Malay)

Bebelan Tarbawi adalah portal berita terjemahan terpantas di Asia yang menggegarkan dengan kelajuan roket Al-Qassam! Channel ini dikenali sebagai sumber berita yang dipercayai dan dipercayai oleh ramai pengikut setia. Dengan terjemahan yang tepat dan kelajuan penyampaian yang pantas, Bebelan Tarbawi memastikan anda sentiasa berada di barisan hadapan dalam dunia berita. Dapatkan berita terkini dari pelbagai sumber dan bahasa secara langsung melalui channel Telegram kami. Sertai kami untuk pengalaman berita yang menghiburkan dan mendidik! Jangan lepaskan peluang untuk turut mengikuti kami di Twitter, Instagram, Facebook, dan TikTok untuk mendapatkan kandungan eksklusif dan bahan bacaan yang menarik. Sertai Bebelan Tarbawi hari ini dan sertai komuniti yang sentiasa berada di hujung jari untuk mendapatkan berita terkini dan terpanas! Mari sertai kami dalam pengembaraan berita yang tiada tandingan!

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 06:29


Ucapan Abu Ubaidah bertarikh 19 Januari bersempena gencatan senjata setelah lebih 400 hari bertempur dalam peperangan Tufan Al Aqsa

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:33


Lihat perbezaannya

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:32


Masuk penjara di bawah HAMAS ni dah macam masuk universiti atau pergi bercuti 😂

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:31


3 tahanan Israel juga diberikan ‘buah tangan’ sebelum dilepaskan. Ia berupa Sijil Graduasi Gaza, markah pembacaan lembaran bahasa arab dan peta Palestin

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:28


Tahanan Israel memakai rantai dengan loket peta Palestin 😂

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:27


Keadaan tahanan Israel ketika dilepaskan. Tak nampak macam tahanan pun, siap dengan dandanan rambut dan nampak sangat sihat! Inilah akhlak Al Qassam!

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:24


Gencatan senjata kali ini melibatkan pertukaran pembebasan 69 tahanan warga Palestin dan 3 orang tahanan warga Israel

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:16


Bukan itu sahaja, bahkan Al Qassam telah mempertontonkan semua unit yang terlibat, lengkap dengan drone dan kenderaan-kenderaan yang serba hebat

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:14


Israel kehairanan dengan jumlah mereka yang sangat ramai kerana dalam peperangan kali ini mereka telah mencari HAMAS di mana-mana namun tidak ditemui

Bebelan Tarbawi

21 Jan, 01:13


Berbondong-bondong tentera HAMAS keluar setelah diumumkan gencatan senjata. Mereka telah bertempur selama lebih 400 hari

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 14:50


Bagaimana kematian syahid Sinwar mendedahkan pembohongan Israel tentangnya?

Dakwaan Palsu:

1. Meminta bantuan Amerika/ Eropah – Palsu
• Beliau dikatakan meminta bantuan, tetapi tiada yang membantunya.
2. 375 hari tanpa dikesan oleh Israel – Palsu
• Israel tidak dapat mengesannya selama 375 hari.
3. Menyadap semua panggilannya – Palsu
• Setiap panggilan yang dibuatnya dikatakan telah disadap.
4. Melarikan diri dari Gaza – Palsu
• Dikatakan bahawa beliau meninggalkan Gaza, tetapi tiada kesan ditemui.
5. Tidak menggunakan teknologi – Palsu
• Dikatakan bahawa beliau tidak menggunakan teknologi, tetapi kononnya itulah cara beliau ditangkap.
6. Menggunakan tawanan Israel sebagai perisai manusia – Palsu
• Dikatakan bahawa beliau menggunakan tawanan sebagai perisai.
7. Menyamar dengan pakaian berbeza – Palsu
• Dikatakan beliau menyamar untuk mengelakkan ditangkap.
8. Sasaran yang mudah – Palsu
• Dikatakan bahawa mudah untuk menangkapnya, tetapi ini tidak benar.
9. Merancang melarikan diri ke Sinai – Palsu
• Israel mendakwa beliau merancang untuk melarikan diri ke Sinai.
10. Takut berhadapan dengan musuh – Palsu

• Dikatakan bahawa beliau takut untuk berhadapan dengan musuh.

Fakta yang Terdedah melalui Kematian Syahidnya:

1. Tidak berada di bawah tanah atau dikelilingi oleh Israel – Benar
2. Membentuk imej kemenangan yang Netanyahu impikan – Benar
3. Tidak takut berhadapan, bertempur dengan kekuatan, dan mencederakan ramai orang dengan serangan yang bahaya – Benar
4. Kematian beliau akan dikenang sebagai pencapaian ketenteraan, dan beliau akan dianggap sebagai legenda oleh rakyat Palestin – Benar

Kenyataan Penutup:

“Kematian Sinwar akan dikenang dalam ingatan rakyat Palestin sebagai pencapaian ketenteraan, menjadikannya seorang tokoh legenda.”

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 14:46


Sebuah serangan dron dikatakan berjaya menuju ke sasaran apabila terkena kediaman Netanyahu di Israel

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 04:06


Dijumpai disisi As Syahid Yahya Sinwar

- buku doa
- tasbih
- vest tempur
- AK47
- mentos
- sebotol kecil perfume
- pemetik api
- tweezers
- passport
- lampu suluh
- jam tangan
- beberapa keping duit kertas

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 03:37


Inilah yang ditemui di sisi beliau

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 03:35


SELAMAT JALAN PEJUANG!

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 03:28


Hakikatnya, Yahya Sinwar bukanlah pengecut yang bersembunyi dengan hanya memberi arahan seperti yang digembar gemburkan Israel, sebaliknya syahid dalam keadaan memimpin pasukan di baris paling hadapan dalam pertempuran yang beliau sendiri rancang

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 03:18


HIDUPLAH MULIA SEPERTI YAHYA, DAN MATILAH DENGAN BERSINAR SEPERTI SINWAR!

Bebelan Tarbawi

19 Oct, 03:14


KRONOLOGI KESYAHIDAN YAHYA SINWAR

💣
Israel melancarkan serangan bom menggunakan kereta kebal ke arah sebuah bangunan tanpa mengetahui kewujudan Yahya Sinwar. Ia merupakan sebuah serangan biasa dan bukan pembunuhan terancang

💣 Serangan itu menggugurkan tiga orang pejuang yang bersamanya namun hanya beliau yang masih hidup dengan keadaan sebelah tangan terputus

💣 Israel menghantar askar peninjau dan beliau sempat melemparkan bom dalam keadaan hanya memiliki sebelah tangan, kedua-duanya lari bertempiaran

💣 Israel menghantar drone untuk mengesahkan. Yahya masih bernyawa dan sempat melemparkan sebilah kayu ke arah drone tersebut

💣 Israel melakukan serangan kedua ke arah bangunan yang sudah separa runtuh yang akhirnya menjadi titik syahid Yahya Sinwar

Bebelan Tarbawi

04 Oct, 06:49


Serangan tepat ke atas kenderaan musuh semasa pencerobohan mereka di kawasan Al-Fakhari di timur bandar Khan Younis, selatan wilayah Gaza

Bebelan Tarbawi

02 Oct, 00:45


Salam sejahtera ke atasmu di kalangan yang abadi, salam sejahtera ke atasmu ketika engkau berkelana dan bergembira di taman-taman kenikmatan, salam sejahtera ke atasmu ketika engkau berada di perhimpunan tertinggi bersama para nabi, orang-orang yang benar, para syuhada, dan orang-orang yang soleh, dan mereka adalah sebaik-baik teman! Salam sejahtera ke atasmu pada hari engkau dilahirkan, pada hari engkau syahid, dan pada hari roh sucimu kembali kepada Penciptanya.

Bebelan Tarbawi

02 Oct, 00:43


Kenyataan Abu Ubaidah

“Kami memuji tindak balas Iran yang meliputi seluruh wilayah Palestin yang diduduki dan memberikan tamparan hebat kepada penjajah zalim yang menyangka bahawa keangkuhannya di rantau ini dan serangannya terhadap rakyatnya boleh berlalu tanpa hukuman.

Ini adalah hari yang luar biasa dalam sejarah konflik, di mana api para pejuang bangsa bertemu di langit Palestin, dan (Tel Aviv) diserang oleh para pejuang dari Yaman, Lubnan, Palestin, dan Iran”

Bebelan Tarbawi

02 Oct, 00:37


Salah satu target misil Iran ialah kem udara Israel

Bebelan Tarbawi

02 Oct, 00:27


Momen Iran melancarkan misil ke dalam Israel

Bebelan Tarbawi

02 Oct, 00:25


WAR MONITOR: DARI BUMI BERDARAH LAGI BERGOLAK

Serangan Israel ke atas Lubnan, telah mengorbankan ketua pimpinan Hamas dan Hezbollah.

Iran dalam sebuah kenyataan secara rasmi telah mengisytiharkan perang terhadap ISRAEL

Iran telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel dengan melepaskan hampir 200 peluru berpandu, sebagai tindak balas terhadap serangan maut oleh Israel ke atas Gaza dan Lubnan serta pembunuhan pemimpin-pemimpin utama dari IRGC (Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran), Hamas, dan Hezbollah. IRGC mendakwa serangan mereka mensasarkan sasaran tentera penting di Israel, terutamanya di kawasan Tel Aviv, dan menggunakan peluru berpandu hipersonik Fatah buat kali pertama.

Sebagai tindak balas, Israel dan Amerika Syarikat bekerjasama untuk memintas kebanyakan peluru berpandu yang dilancarkan, dengan hanya beberapa terkena kawasan di tengah dan selatan Israel. Dua orang dilaporkan cedera di Tel Aviv akibat serpihan yang jatuh. Serangan ini turut disertai serangan siber berskala besar.

Iran menyatakan serangan ini adalah balasan terhadap pembunuhan Hassan Nasrallah (ketua Hezbollah), Abbas Nilforoushan (komander IRGC), dan Ismail Haniyeh (pemimpin Hamas). Terdapat amaran bahawa rantau Timur Tengah kini di ambang peperangan serantau penuh, dengan pertempuran yang semakin meningkat antara Israel dan Hezbollah di sempadan Israel-Lubnan.

Pemimpin dunia memberi reaksi keras terhadap serangan ini. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa Iran akan "membayar harga" atas serangan ini, manakala Presiden Iran menyatakan bahawa Iran tidak mencari perang tetapi akan mempertahankan diri dari sebarang ancaman. Amerika Syarikat menjanjikan sokongan penuh terhadap Israel dan memberi amaran kepada Iran tentang akibat yang teruk jika serangan ini diteruskan.

Terdapat kebimbangan bahawa tindakan balas dari Israel akan mencetuskan perang yang lebih besar di rantau ini, dengan beberapa pakar meramalkan konflik berskala penuh yang hanya boleh dihentikan dengan perubahan dasar dari Amerika Syarikat.

Dari meja editor,
Hatim Hamzah,
Bebelan Tarbawi

Ikuti channel Bebelan Tarbawi di t.me/bebelantarbawi untuk mendapatkan update terkini keadaan di Timur Tengah dan Gaza

Bebelan Tarbawi

04 Aug, 02:15


Sumber luar negara kami memaklumkan, terdapat “aliran tanpa henti” kemasukan pesawat pengangkutan ketenteraan Russia ke dalam Iran sejak 3 jam tadi

Bebelan Tarbawi

02 Aug, 05:25


Negara-negara yang bercakap dan mengecam pembunuhan ke atas As Syahid Ismail Haniyeh. Malaysia antara yang mengecam dan menentang

Yang bawah tu yang berdiam dan mengecualikan diri

Bebelan Tarbawi

02 Aug, 05:18


Seruan HAMAS untuk melakukan solat sunah ghaib selepas jumaat ke atas As Syahid Komander Ismail Haniyeh

Bebelan Tarbawi

31 Jul, 08:22


Israel dalam rundingan dgn Hamas, tau-tau je dia bunuh Ketua Biro Politik Hamas

Bebelan Tarbawi

31 Jul, 08:21


“Kalau anda serious untuk rundingan gencatan senjata, anda tidak akan membunuh orang yang sedang berunding dengan anda!”

- Wartawan Imran Khan

Bebelan Tarbawi

31 Jul, 08:18


Former Turkish Prime Minister Ahmet Davutoğlu: "The martyrdom of my friend and dear brother Ismail Haniyeh, who was appointed Prime Minister in 2006 after winning a parliamentary majority in the last Palestinian elections, is proof of his fateful partnership with the Palestinian people for whom he sacrificed his life."

Bebelan Tarbawi

31 Jul, 06:34


Menteri Luar Negeri Russia menganggap pembunuhan ke atas Ismail Haniyyeh di Tehran hari ini merupakan jenayah politik dan merupakan sebuah tindakan pengecut