Ust Muhammad Fauzi Asmuni @fauziasmuni Channel on Telegram

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

@fauziasmuni


Satu perkongsian ....

Ust Muhammad Fauzi Asmuni (Malay)

Ust Muhammad Fauzi Asmuni adalah satu saluran Telegram yang menyediakan perkongsian ilmiah dan keagamaan yang mendalam. Dikendalikan oleh pengguna bernama @fauziasmuni, saluran ini merupakan tempat untuk pengguna mencari ilmu dan petunjuk dalam kehidupan seharian. Ust Muhammad Fauzi Asmuni sendiri merupakan seorang pendakwah yang berpengalaman dalam memberikan ceramah dan kuliah mengenai isu-isu agama dan kehidupan. Dalam saluran ini, anda akan dapat menikmati kandungan-kandungan yang memberi panduan dan nasihat dari sudut pandang Islam. Ust Muhammad Fauzi Asmuni sering berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada para pengikut saluran ini. Selain itu, beliau juga akan menjawab soalan-soalan keagamaan dan memberi penjelasan mengenai pelbagai topik yang menjadi tanda tanya dalam masyarakat. Jika anda mencari jawapan atas soalan-soalan mengenai agama dan kehidupan, saluran Ust Muhammad Fauzi Asmuni adalah tempat yang sesuai untuk anda. Dengan kandungan yang mendalam dan berkualiti, anda pasti akan mendapat manfaat daripada perkongsian yang disediakan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan saluran ini dan teruskan menimba ilmu serta petunjuk daripada Ust Muhammad Fauzi Asmuni!

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

07 Feb, 01:29


Rakyat Syria berjaya kalahkan Bashar Al-Assad sebab semua kumpulan jihad dapat bersatu

https://vt.tiktok.com/ZS6opjDAp/
https://vt.tiktok.com/ZS6opjDAp/
https://vt.tiktok.com/ZS6opjDAp/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

06 Feb, 13:00


Lihat bagaimana Syiah menyeksa orang Syria

https://vt.tiktok.com/ZS6oBwaRa/
https://vt.tiktok.com/ZS6oBwaRa/
https://vt.tiktok.com/ZS6oBwaRa/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

06 Feb, 03:57


Syiah dan Iran bantu Bashar bunuh orang Syria. Rampas rumah macam Yahudi rampas rumah orang Palestin

https://vt.tiktok.com/ZS6Et4Jv4/
https://vt.tiktok.com/ZS6Et4Jv4/
https://vt.tiktok.com/ZS6Et4Jv4/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

05 Feb, 13:49


Syria lebih menderita dari Palestin. Bukti Syiah lebih kejam dari Israel

https://vt.tiktok.com/ZS6EBXgFw/
https://vt.tiktok.com/ZS6EBXgFw/
https://vt.tiktok.com/ZS6EBXgFw/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

04 Feb, 15:26


Israel kalah. Gagal hapuskan Hamas. Al-Qassam berjaya rampas senjata Israel

https://vt.tiktok.com/ZS6KyD5Tf/
https://vt.tiktok.com/ZS6KyD5Tf/
https://vt.tiktok.com/ZS6KyD5Tf/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

04 Feb, 06:16


Mahkamah Antarabangsa keluarkan waran tangkap ke atas PM Israel, Benjamin Netanyahu

https://vt.tiktok.com/ZS6wKvHcG/
https://vt.tiktok.com/ZS6wKvHcG/
https://vt.tiktok.com/ZS6wKvHcG/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

04 Feb, 01:21


Halau orang Gaza, Trump sudah lobi Jordan dan Mesir

https://vt.tiktok.com/ZS6wgvgmy/
https://vt.tiktok.com/ZS6wgvgmy/
https://vt.tiktok.com/ZS6wgvgmy/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

03 Feb, 13:54


‎Jemput Follow GSPP di channel WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VaEdhoyEKyZQ1BR1Vo0B

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

03 Feb, 11:52


https://vt.tiktok.com/ZS6whh2ur

🔴Live ceramah isu Palestin oleh Ustaz Fauzi Asmuni

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

03 Feb, 09:19


🔴🔴NANTIKAN LIVE KULIAH MAGHRIB ISU PALESTIN MALAM INI BERSAMA USTAZ FAUZI ASMUNI DI TIKTOK

7.30 malam

https://www.tiktok.com/live/event/7466809182306598920?enter_from=share_link&share_from_user_id=7428119367193592850

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

03 Feb, 07:21


AKAUN KEDUA PENGERUSI GSPP MENDAPAT NOTIS “ACCOUNT WARNING”

Tiktok memberikan notis “multiple violation” ke atas akaun Pengerusi GSPP, Ustaz Fauzi Asmuni. Oleh yang demikian, admin menyeru untuk orang ramai follow akaun ketiga sebagai akaun ‘backup’:
tiktok.com/@ustazfauziasmuni3
tiktok.com/@ustazfauziasmuni3
tiktok.com/@ustazfauziasmuni3

Perjuangan menegakkan kebenaran akan diteruskan. Semoga Allah berikan pahala buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai jihad di sosial media. Amin.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

30 Jan, 15:07


Hakikat yang terpaksa ditelan. Syiah dan Iran bunuh orang Palestin di Yaman, Iraq & Syria selama ini

https://vt.tiktok.com/ZS6vqqk8r/
https://vt.tiktok.com/ZS6vqqk8r/
https://vt.tiktok.com/ZS6vqqk8r/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

27 Jan, 12:04


🔴LIVE USTAZ FAUZI ASMUNI

https://www.facebook.com/share/v/1BAJ68xP9y/?mibextid=wwXIfr

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

26 Jan, 14:06


Apa Yang Tersembunyi Lebih Besar | ما خفي أعظم.. الطوفان | Dokumentari Al-Jazeera | Sarikata Melayu

https://youtu.be/m8FP9eejXTI

Tonton dokumentari terkini mengenai Taufan Al-Aqsa yang diterbitkan oleh Al-Jazeera dengan subtitle Bahasa Melayu.

Kredit terjemahan: Luqman Sarip

t.me/gsppmalaysia

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

24 Jan, 08:45


Selepas 471 hari, Israel Bingung, Mati Akal, Terpaksa Tunduk Dengan Syarat Hamas

https://vt.tiktok.com/ZS6s7gKLM/
https://vt.tiktok.com/ZS6s7gKLM/
https://vt.tiktok.com/ZS6s7gKLM/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

23 Jan, 13:40


🔴Ceramah Perdana - Syria Jadi Rebutan Kuasa Besar

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://youtu.be/6yhorCZda7Y?si=jn_4k6AgARdZPEq6

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

23 Jan, 04:47


Alhamdulillah. Ini bukti Palestin Menang & Israel Kalah

https://vt.tiktok.com/ZS6pp8jKN/
https://vt.tiktok.com/ZS6pp8jKN/
https://vt.tiktok.com/ZS6pp8jKN/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

21 Jan, 16:34


Apa muslihat Donald Trump?

https://vt.tiktok.com/ZS6gUVPEm/
https://vt.tiktok.com/ZS6gUVPEm/
https://vt.tiktok.com/ZS6gUVPEm/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

21 Jan, 14:19


Rakaman Penuh Kuliah Ustaz Fauzi Asmuni - Situasi Terkini Gencatan Senjata

Facebook: https://www.facebook.com/share/v/1A2xmRcs3i/?mibextid=wwXIfr

YouTube: https://youtu.be/TciBNh2xVxM?si=qKHpuKy6FhdP3W_p

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

21 Jan, 11:48


https://vt.tiktok.com/ZS6gFBjvq

LIVE Kuliah Maghrib Isu Palestin. Sebarkan dan jemput ramai-ramai untuk tonton.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

20 Jan, 23:57


MALAM INI

Semua hadirin dijemput ke Kuliah Maghrib Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Pengerusi GSPP

Surau Istiqamah Presint 18, Putrajaya - 21 Januari 2024 - 7.45 malam

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

07 Jan, 04:30


Sebarkan video lirik HMAS di Tiktok

https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/
https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/
https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

07 Jan, 04:11


HIDUP MULIA ATAU SYAHID (HMAS) - Ustaz Fauzi Asmuni | Official Lyrics Music Video

https://youtu.be/ddxtOYTjmrE
https://youtu.be/ddxtOYTjmrE
https://youtu.be/ddxtOYTjmrE

Copyright 2024 @ Ustaz Fauzi Asmuni

Lagu ini merupakan hadiah buat pejuang Palestin dan penyokng perjuangan Palestin bersempena 37 tahun penubuhan hero Palestin, H4M4S pada 14 Disember 1987. Hidup Mulia Atau Syahid (HMAS).

Songwriter: Fatahillah Abrar
Lyrics: Fatahillah Abror/Zafry
Music Arrangement: Rauf D
Guitar: Mad Rose
Mixing & Mastering: Rauf D
Backing Vocals: Rauf D
Recording Studio: SampaiJadi Records
Videography: Ibrahim Azran & Jihad
Artist: M Fauzi

Follow Ustaz Fauzi Asmuni:
t.me/FauziAsmuni

Follow Telegram GSPP:
t.me/gsppmalaysia

#palestine
#palestin

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

03 Jan, 03:13


Boleh percaya ke Syiah dan Iran nak bebaskan Palestin?

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://vt.tiktok.com/ZS6UfmDae/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

27 Dec, 13:30


https://youtu.be/7T31veTlhkE?si=HKr4FLJURgwkOEgl

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

27 Dec, 10:28


Setelah bertahun-tahun diuji dengan perang saudara, Syria kini bebas dari cengkaman rejim Assad dan berusaha untuk bina masa depan baharu.

Mampukah Syria bangkit dan bertahan?

Nantikan kupasannya bersama Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni & Aktivis Kemanusiaan, Ahmad Nu'man Mazlandi Garis Krisis jam 8.30 malam Sabtu ini.

#SyriaBangkit #HarapanUntukSyria
#Perpaduan

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

19 Dec, 05:34


https://youtu.be/pMb_rcRIZOE?si=rkTbbDYtGawOVS2a

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

17 Dec, 05:27


Jemput bagi yang berkelapangan malam ini.

Penjelasan Isu Syria
Surau Istiqamah, Presint 18 Putrajaya

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

16 Dec, 03:02


https://t.me/FauziAsmuni

Syiah dan Konflik Timur Tengah

1. Malam tadi menyampaikan kuliah di Surau Ar-Rawdhah, Shah Alam. Ini kuliah kelima tentang Syria dalam minggu ini dalam menerangkan kepada masyarakat tentang isu Syria.

2. Ketika Taufan Aqsa meletus, pro Syiah mengambil kesempatan sebaiknya untuk memposisikan diri sebagai hero di Timur Tengah.

i. Kelemahan negara Sunni memberikan bantuan perang diambil kesempatan oleh Iran dalam membina kerjasama tertentu dengan Hamas. Hakikat yang tidak boleh dilupakan Iran juga memberikan bantuan perang kepada Houthi di Yaman, Syiah di Iraq dan Alawi di Syria, semuanya untuk membantai sunni.

ii. Hizbullah Lubnan menonjolkan diri sebagai pembela Palestin. Hakikat yang tidak boleh dilupakan Hizbullah juga membantai pelarian Palestin di perkhemahan Yarmuk di Syria.

iii. Houthi Yaman menyekat Laut Merah dan Teluk Mandab ke atas Israel dan beberapa serangan ringan-ringan terhadap Israel. Hakikat yang tidak boleh dilupakan Houthi juga mengepung satu penempatan 800 ribu Sunni di Taiz Yaman seperti bentuk yang dilakukan Israel terhadap Gaza.

iv. Iraq memaksa US mengarahkan kesemua baki tenteranya dari bumi Iraq kembali ke US seolah tidak mahu lagi menyokong US dan sekutunya Israel. Hakikatnya demografi Iraq berubah kerana campur tangan bersenjata dari Syiah membunuh ribuan sunni di Iraq untuk mengukuhkan kedudukan Syiah di tampuk politik Iraq selepas Saddam.

v. Syria digambarkan sebagai jalan Iran dalam membebaskan Palestin. Halikatnya Iran bersama Hibullah membunuh warga Palestin di Syria.

3. Syiah tetap Syiah ... mereka ada akidah dan falsafah hidup yang tidak akan berubah selagi mereka Syiah. Mereka melaknat para sahabat besar seperti Abu Bakar ra dan lainnya. Jadi apalah sangat nilai muslim sunni yang lain di sisi mereka.

4. Kepada yang meletakkan harapan kepada Iran dan sekutunya untuk membebaskan Palestin, insaflah. Palestin hanya akan bebas di tangan umat Islam yang menjadikan Umar ra pembuka Palestin sebagai qudwah dan pimpinan. Juga di tangan yang menuruti jejak Solahudin Ayubi yang memulakan pembebasan Quds dengan langkah menjatuhkan kerajaan Syiah Fatimiah di Mesir.

5. Hamas membina kekuatannya sendiri kerana mereka yakin nasib Palestin di tangan mereka. Dengan Iran mereka mengambil manfaat tertentu dari konflik Iran-Israel. Tetapi Syiah tidak akan sesekali bertapak di Palestin.

Kita umat Islam Malaysia, berpada-padalah. Jangan tersilap langkah hingga mengukuhkan Syiah di Malaysia.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

15 Dec, 14:30


DENGARKAN DI APPLE MUSIC

https://music.apple.com/my/album/hidup-mulia-atau-syahid/1785277537?i=1785277539

HIDUP MULIA ATAU SYAHID (HMAS) - Ustaz Hj Muhammad Fauzi Asmuni | Official Music Video

Copyright 2024 @ Ustaz Fauzi Asmuni

Lagu ini merupakan hadiah buat pejuang Palestin dan penyokng perjuangan Palestin bersempena 37 tahun penubuhan hero Palestin, H4M4S pada 14 Disember 1987. Hidup Mulia Atau Syahid (HMAS).

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Dec, 14:39


TIKTOK TELAH MEMADAM VIDEO LAGU TERBARU PENGERUSI GSPP

Pihak Tiktok telah memadam kandungan lagu terbaru Pengerusi GSPP, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sejam selepas video tersebut diterbitkan.

——————-

Sebarkan lagu ini di semua medium dan jaringan anda. Semoga bait-bait lagu ini teris menghidupkan semangat umat.

YouTube: https://youtu.be/anl0Eh2XTBw?si=JL5OA9n00rsQQjXg

Spotify: https://open.spotify.com/track/5DOL6Wbq8sGKBZE1SrCqJT?si=2v5d1HFPQGu_JtoR1OHEOA&context=spotify%3Aalbum%3A7lYS1FFe0C9scD49OKjWhD

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Dec, 12:19


DENGARKAN DI SPOTIFY

HIDUP MULIA ATAU SYAHID (HMAS) - Ustaz Fauzi Asmuni | Official Music Video


https://open.spotify.com/track/5DOL6Wbq8sGKBZE1SrCqJT?si=aoAgrxkxST2AkMNdj6QW6w

Copyright 2024 @ Ustaz Fauzi Asmuni

Lagu ini merupakan hadiah buat pejuang Palestin dan penyokng perjuangan Palestin bersempena 37 tahun penubuhan hero Palestin, H4M4S pada 14 Disember 1987. Hidup Mulia Atau Syahid (HMAS).

Follow Ustaz Fauzi Asmuni:
t.me/FauziAsmuni

Follow Telegram GSPP:
t.me/gsppmalaysia

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Dec, 12:00


HIDUP MULIA ATAU SYAHID (HMAS) - Ustaz Fauzi Asmuni | Official Music Video

https://youtu.be/anl0Eh2XTBw
https://youtu.be/anl0Eh2XTBw
https://youtu.be/anl0Eh2XTBw

Copyright 2024 @ Ustaz Fauzi Asmuni

Lagu ini merupakan hadiah buat pejuang Palestin dan penyokng perjuangan Palestin bersempena 37 tahun penubuhan hero Palestin, H4M4S pada 14 Disember 1987. Hidup Mulia Atau Syahid (HMAS).

Songwriter: Fatahillah Abrar
Lyrics: Fatahillah Abror/Zafry
Music Arrangement: Rauf D
Guitar: Mad Rose
Mixing & Mastering: Rauf D
Backing Vocals: Rauf D
Recording Studio: SampaiJadi Records
Videography: Ibrahim Azran & Jihad
Artist: M Fauzi

Follow Ustaz Fauzi Asmuni:
t.me/FauziAsmuni

Follow Telegram GSPP:
t.me/gsppmalaysia

#palestine
#palestin

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Dec, 08:14


NANTIKAN MALAM INI JAM 8 MALAM

Bismillah. Bersempena memperingati ulangtahun ke-37 penubuhan Hamas pada 14 Disember 1987, Pengerusi GSPP menghadiahkan sebuah lagu untuk pejuang Palestin dan pencinta perjuangan Palestin.

HIDUP MULIA ATAU SYAHID - USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI

Tonton teaser di channel YouTube GSPP:
https://www.youtube.com/@GabunganSolidaritiGSPP

Nantikan video muzik penuh pada 14 Disember 2024 ini.

#HidupMuliaAtauSyahid
#palestine

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Dec, 02:02


https://www.facebook.com/share/v/18Addnai7h/?mibextid=wwXIfr

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

13 Dec, 11:22


Ahad ini, kuliah Subuh di Nilai, N9 dan kuliah Maghrib di Shah Alam. Jemput yang berkelapangan. Kita bincang perlembangan Syria.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

10 Dec, 22:04


https://t.me/FauziAsmuni

Israel dan Syria: Coretan Sebelum Subuh

1. Israel ada banyak masalah sekarang ini di negaranya; luaran dan dalaman. Membuka satu ruang tambahan di Syria akan menambahkan lagi bebanannya.

2. Sebelum ini tumpuan Israel di Syria adalah ke arah menghapuskan pengaruh Iran dan Hizbullah di sana. Tidak ada petanda untuk menguasai Syria kerana Basyar sudah memainkan peranan dengan baik bagi pihak Israel.

3. Bila pejuang menguasai Syria, Israel muncul membuat langkah seolah menyerang. Tetapi adakah itu benar-benar serangan untuk meluaskan pengaruh Israel di Syria atau apa sebenarnya?

4. Satu bacaan adalah serangan Israel ini terbatas kepada tiga objektif sahaja:

i. Menjaga sempadan Syria Israel di Golan

ii. Memisnahkan markas penyimpanan senjata berat di Syria agar tidak dikuasai oleh pejuang Syria.

iii. Memusnahkan dokumen rahsia Israel-Syria.

5. Kita tunggu dan lihat perkembangannya. Moga kemenangan dan kemerdekaan hakiki buat Syria.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

10 Dec, 02:54


KULIAH MAGHRIB: KEBANGKITAN SYRIA DAN PEMBEBASAN PALESTIN

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

Rabu - 11 Disember 2024 - Selepas Maghrib - Surau Ar-Rahmaniah, Taman Harmoni, Kajang

t.me/gsppmalaysia

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

09 Dec, 08:24


𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗡𝗙𝗟𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔

Dijemput semua pembaca untuk mendengar rakaman webinar ini bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang perkembangan konflik di Syria.

Pelbagai isu penting seperti sejarah konflik di Syria, operasi terkini yang berlaku, perkaitan negara luar seperti Turki, Rusia, Iran, AS dan lain-lain dengan konflik di Syria telah dibincangkan.

Dapatkan segera di sini:
bit.ly/duniapalestin016

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

09 Dec, 00:54


Bismillah. Bersempena memperingati ulangtahun ke-37 penubuhan Hamas pada 14 Disember 1987, Pengerusi GSPP menghadiahkan sebuah lagu untuk pejuang Palestin dan pencinta perjuangan Palestin.

HIDUP MULIA ATAU SYAHID - USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI

Tonton teaser di channel YouTube GSPP:
https://www.youtube.com/@GabunganSolidaritiGSPP

Nantikan video muzik penuh pada 14 Disember 2024 ini.

#HidupMuliaAtauSyahid
#palestine

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

25 Nov, 22:22


https://www.facebook.com/share/v/12D6Qe5Nmhf/?mibextid=WC7FNe

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

25 Nov, 22:21


� [🅻🅸🆅🅴] KULIAH MAGHRIB : 25 NOVEMBER 2024 (ISNIN)
��MAKLUMAN��
Program MTAJ seperti berikut :-

� Kuliah Maghrib MTAJ FB LIVE
� Selepas Solat Maghrib
� Ustaz Fauzi Asmuni
� Tajuk : Fikrah Islamiah

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞!

#sama2berdoa
#semogadosakitadiampunkan
#demikebaikanbersama
#mtaj #jais

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

25 Nov, 22:20


Dijjemput menonton bagi yang berkelapangan. Sedikit perkongsian berlenaan cara fikir Syeikh Ahmad Yasin dalam usaha persiapan membebaskan Palestin.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

24 Nov, 02:32


Jemput yang berkelapangan Isnin malam Selasa ini, 8.30 malam waktu Jordan bersamaan 1.30 malam Selasa. Sambil tahajjud dan niat ribath.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

23 Nov, 02:31


https://t.me/FauziAsmuni

Kisah Semalam ....

1. Semalam berpeluang bersama di dalam majlis ramah mesra sambil mendengar perkembangan terkini di Palestin dari Dr Kamal Abul Aoun di pejabat Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM). Dr Kamal adalah setiusaha kepada pejabat Hamas di Gaza.

2. Banyak yang dikongsikan terutamanya berkenaan unjuran ke depan dan peranan yang perlu dimainkan.

3. Kali pertama juga semalam solat Jumaat di Masjid As-Sultan Abdullah (Masjid PNB 118). Masjid cantik, kemas dan selesa. Nak ke ruang solat pun kena naik lift. Saya rasa orang Malaysia memang kreatif dalam binaan masjid. Sempat mendengar kuliah sebelum Jumaat tentang isu perebutan harta dalam keluarga. Penyampaian yang baik. Khutbah semalam tentang syafaat dan usaha mendapat kesejahteraan di akhirat. Tapi tak ada gambar yang diambil.

4. Selepas Jumaat menyertai himpunan anjuran BDS Malaysia bersama aktivis lain dalam menyatakan bantahan terhadap PNB/Sime Darby berkenaan dengan penglibatan mereka di dalam syarikat Caterpillar. Caterpillar adalah syarikat yang membekalkan jentolak pemusnah rumah dan pembunuh rakyat Palestin. Moga ada respon yang baik dari PNB/Sime Darby. Ini entah kali keberapa memo dan bantahan ini disampaika sejak 2013.

5. Terus ke Hulu Langat untuk menjemput anak saudara di sekolahnya. Singgah makan tengahari lewat petang dan ditegur oleh saudara Jaafar. Saya tidak mengenali beliau, tapi rupanya beliau mengikuti tot Palestin di surau Amirin beberapa minggu lepas. Sambung berbual dengan beliau tentang temuramah PMX di Cnn. Isu itu memang menjadi buah mulut di mana-mana sahaja. Team media PMX cuba untuk mengubah persepsi, tapi nampaknya tidak berjaya. Ini pun tak diambil gambar.

6. Sebelum maghrib bertemu pula Tuan Haji Zaim sekejap. Dia ajak minum air campur aiskerim. Kita ikutkan sahaja. Minum sambil dengar kisah maman. Ini pun tak ambil gambar.

7. Tidak ada apa yang istimewa, sekadar memori semalam.

Wallahu a'lam

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

18 Nov, 15:10


APA KEADAAN TERKINI PERANG GAZA?

APA MASA DEPAN PERANG DI PALESTIN?

🔴ONLINE | Ceramah Pembebasan Palestin : BUMI SYUHADA’

Bersama : Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

SIMPAN TARIKH INI
Hari : Khamis
Tarikh : 21 November
Masa : 8-9 malam
Platform : Google meet

Anjuran : Pusat Pengajian Rehlah Rohani
Dengan Kerjasama : GSPP

Join group whatsapp ini untuk dapatkan link google meet khamis ini:

https://chat.whatsapp.com/B8p9rVxnAht6mCOkijIrj2
https://chat.whatsapp.com/B8p9rVxnAht6mCOkijIrj2
https://chat.whatsapp.com/B8p9rVxnAht6mCOkijIrj2

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

16 Nov, 23:58


Alhamdulillah selesai semalam sesi latihan untuk penceramah isu Palestin di Johor Baru. Peserta rata-rata orang muda. Amat bersemangat dan nampak bertenaga. Terima kasih kepada Tuan Pengarah program, Dr Muslim. Terima kasih juga kepada Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor, Tuan Haji Tahir yang turut hadir memberikan ucaptama. Ustaz Wan Azli dan Tuan Haji Bariman dan isteri masing-masing serta beberapa orang lagi yang tak sempat saya tuliskan namanya di sini, orang lama Johor turut hadir memeriahkan program dan memberikan semangat kepada peserta muda.

#kemenanganuntukpalestin

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

14 Nov, 04:29


ISRAEL TAK BERHAK WUJUD

https://www.ismaweb.my/2024/11/14/israel-tak-berhak-wujud/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

13 Nov, 23:23


https://t.me/FauziAsmuni

Moga Sekadar Tersasul

1. Saya menonton wawancara Richard Quest terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di link ini:
https://x.com/richardquest/status/1856294109897437356?s=46&t=qJKASWeBg-oveXPIfwU_7w

2. Ada pendirian yang kuat yang ditegaskan oleh DSAI terhadap isu Palestin-Israel. Cuma saya tertarik kepada minit 2.30 apabila DSAI ditanya samada Israel berhak wujud dan berhak mempertahankan diri. Kedua-dua soalan spontan dan ringkas itu dijawab dengan ringkas juga 'yes'.

3. Tidak berniat untuk membela dan tidak juga berniat untuk merendahkan, saya rasa inilah jawapan yang akan diberikan mungkin oleh mana-mana menteri jika ditanya spontan begitu.

4. Tetapi pada saya jawapan itu adalah salah. Israel tidak ada hak untuk wujud. Israel juga bukan mempertahankan diri tetapi mereka melakukan genosid sejak sekian lama secara terancang dan sistematik.

5. Ketegasan di dalam dua isu ini akan membawa kepada tindakan susulan yang praktikal dan berpadanan dengan tabiat pertembungan sekarang. Dan itulah perbezaan tindakan Hamas berbanding Fatah dan pemimpin negara Arab dan dunia Islam lainnya.

6. Hamas menerima Two State Solution dalam kenyataan rasmi mereka pada 2017 tetapi mereka bertegas pada beberapa isu:
- tidak sesekali akan mengiktiraf Israel
- kewujudan Yahudi di Palestin adalah pencerobohan dan penjajahan
- Two State Solution sebagai penyelesaian sementara
- menolak sebarang bentuk normalisasi
- Palestin perlu dibebaskan dan dimerdekakan, bukan sekadar diberi bantuan kemanusiaan

7. Kalaulah soalan yang sama ditanya kepada asy-Syahid Yahya Sinwar dan asy-Syahid Ismail Haniyeh, apa agaknya jawapan mereka? Saya berpandangan itulah juga jawapan yang perlu diberikan oleh sesiapa sahaja menteri yang ditanya soalan itu. Berbeza jawapan, akan berbezalah tindakan.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

09 Nov, 11:40


🔴LIVE | Ceramah Pembebasan Palestin
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://www.facebook.com/share/v/1BFtSihTzN/?mibextid=WC7FNe

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

07 Nov, 05:51


Dari mana boleh datang tuduhan bahawa ada pihak yang 'mujassim' atau 'musyabbih' (menjasadkan Allah seperti mahkluk) atau 'muattil' (menafi dan menolak secara mutlak ayat sifat tersebut)?

6. Begitulah juga jika kita bincangkan tentang bid'ah dan sebagainya. Saya tidak mahu bincangkan di sini kerana takut penulisan pendek ini tidak mampu menyampaikan maksud yang saya ingin sampaikan.

7. Saya menyeru tokoh-tokoh kedua-dua aliran ini agar duduk semeja dan berdiskusi secara tertutup. Carilah titik persamaan di dalam isu bid'ah, istighathah, tawasul dan sebagainya. Kemudian keluarkanlah kenyataan bersama yang akan kembali menyatukan umat Islam ini. Dari kenyataan itu, mana-mana anak murid yang masih tegar mahu 'bergaduh', keluarkanlah dari madrasah masing-masing. Biarkan mereka membentuk madrasah sendiri yang idak mewakili aliran kalian.

Yang ekstrim mempertahankan sifat 20, sudah ada yang terlajak melarang pelajar menyanyikan asma'ul husna. Ini sebenarnya tidak mewakili kedua-dua aliran, sebaliknya mereka tanpa sedar adalah aliran ketiga yang patut ditolak oleh semua.

Wallahu a'lam

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

07 Nov, 05:51


https://t.me/FauziAsmuni

Alangkah Baiknya Jika Ia Hanya Sekadar Khilaf ...

1. Semakin hari semakin galak nampaknya 'usik-mengusik' antara yang menggelarkan diri mereka As'ari dan Salafi. Kalau tidak diharmonikan dengan kefahaman dan sikap yang betul, ia boleh terlajak jauh lalu membenamkan umat ke dalam pertelingkahan yang merugikan semua pihak.

2. Apa yang dibincangkan; samada ianya furu' akidah atau furu' fiqh bukanlah satu isu yang baru timbul. Tetapi sejak sekian lama ianya sudah ada dan dibincangkan oleh ulamak-ulamak sepanjang zaman. Ada masanya mereka berbincang dan saling berlapang dada sesama mereka, dan ada zaman tertentu yang sampai ke peringkat mengkafir atau memfasik antara satu sama lain. Nampaknya keadaan yang kedua inilah yang mungkin berlaku di zaman kita.

3. Sesetengah perbincangan akidah atau fiqh, sepatutnya tidak dijadikan sebagai perbincangan orang awam kerana ianya boleh membuka ruang kekeliruan.

Orang awam tidak akan faham kenapa lafaz perintah pada hadis 'solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat' sebagai wajib sedangkan lafaz perintah pada ayat 'makanlah kamu dan minumlah' sebagai harus. Kenapa tidak semua lafaz perintah (amar) menunjukkan wajib?

Orang awam juga tidak akan tahu untuk membezakan di antara 'ilmu', 'khalq', 'iradah' dan 'qudrah' ketika membincangkan berkenaan kaitan batas perbuatan manusia dan mutlaknya kuasa Allah . Ulamak faham implikasi perbezaan kefahaman antara perkara-perkara di atas, ada keadaan yang boleh membawa kepada kufur dan ada yang tidak membawa kepada kufur.

Mengetahui ada dan wujud satu-satu dalil adalah satu perkara. Mengetahui apa yang ditunjukkan oleh dalil (wajh dilalah) tersebut adalah satu perkara lain. Orang yang membaca al-Quran dan Hadis tahu dalil ini dan dalil itu wujud. Tetapi hanya penuntut ilmu usul fiqh yang mengetahui wajh dilalah dalil tersebut menunjukkan harus atau sunat atau wajib atau haram atau makruh.

4. Ketika zaman belajar dahulu, pernah guru kami menyebut bahawa di antara perkara yang mungkin akan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam adalah nama dan sifat Allah. Bila kembali ke Malaysia satu ketika dahulu pernah kecoh masyarakat mengkritik Tuan Guru Nik Abd Aziz kerana mengatakan Tuhan samseng. Saya berpendapat tidak salah menerangkan kepada masyarakat bahawa al-Jabbar (Yang Amat Gagah dan Tidak Boleh Dihalang Kehendaknya) dan al-Muntaqim (Yang Maha Pendendam) sebagai 'samseng' dalam bahasa orang awam. Masalah sebenarnya bukan pada kalam Tuan Guru tetapi kepada kefahaman anak murid yang belum memahami lagi bahawa semua sifat Allah mesti berdiri di atas asas 'laitha kamithlihi syai'un' iaitu Dia (Allah) tidak sama dengan makhluk. Allah kata Dia pemurah, pemurah Allah tak sama dengan pemurah manusia. Allah kata DIa berilmu, berilmu Allah tak sama dengan berilmu manusia. Jika masyarakat faham begini dari awal, mereka akan faham bahawa 'samseng' Allah tak sama dengan samseng orang Kampung Dusun.

5. Satu lagi yang sedang berlaku sekarang adalah setiap pihak menyerang pihak satu lagi menggunakan andaian bahawa pihak tersebut berpandangan demikian demikian sedangkan pihak satu lagi bermaksud lain dari kalamnya.

Sebagai contoh dalam isu ayat sifat (termasuk di dalam ayat mutasyabihat) cuba perhatikan kalam sebenar dari asal aliran masing-masing (saya tidak sebutkan nama mereka) bila membincangkan berkenaan 'yad' (tangan) dalam nas:

Generasi salaf (awal umat Islam) berkata: 'amirruha kama ja'at bila kaif'. Maksudnya ambil ia (fahami ia) sebagaimana ia datang (dari nas) tanpa (memikirkan) bentuknya.

Generasi seterusnya mentakwil dengan makna kuasa dan sebagainya dengan mengambil kira segala kaedah bahasa Arab (nahu, saraf, balaghah dan sebagainya).

Generasi kemudian dari itu mengithbat secara nisbi (mengiyakan wujud) 'yad' (tangan) tetapi menegaskan ia tidak sama dengan 'yad' (tangan) makhluk.

Kesemua bersepakat pada usul akidah iaitu 'laitha kamithlihi syai'un' iaitu Dia (Allah) tidak sama dengan makhluk. Dan inilah namanya khilaf.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

05 Nov, 07:05


Orang Palestin tiada pilihan lain

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://vt.tiktok.com/ZSjrKHP4R/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

04 Nov, 08:49


https://t.me/FauziAsmuni

Mimpi ...

Bukan nak mengeruhkan keadaan. Sekadar menjalankan amanah ilmu moga ummah tidak keliru atau terlajak.

1. Syariat telah sempurna. Sumber syariat hanya dua iaitu al-Quran dan Hadis. Qias dan ijmak sandarannya juga al-Quran dan Hadis.

2. Mimpi, kasyaf, ilham dan lintasan hati walaupun datang dari seorang wali Allah, ia tidak boleh dijadikan dalil syarak. Apatah lagi jika ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis.

3. Mimpi para Nabi adalah wahyu. Tetapi mimpi selain para Nabi ada pelbagai kategori. Ada mimpi yang benar dan ada sekadar igauan kesan aktiviti di siang hari. Ada juga sekadar mainan syaitan. Susah untuk membezakan antara ketiganya.

4. Bertemu Rasulullah saw di dalam mimpi boleh berlaku dan ia thabit dengan Hadis.

5. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi saw di dalam mimpi. Tetapi dia boleh menjelma sebagai orang Arab bahkan orang Quraisy juga.

6. Yang boleh tentukan bahawa yang ditemui di dalam mimpi adalah benar-benar Nabi saw hanya sahabat ra yang pernah melihat Nabi saw secara berdepan ketika hidup.

7. Jika ada seseorang mendakwa bertemu Nabi saw, jangan dustakan. Tetapi jangan jadikan mimpi itu sebagai dalil untuk menguatkan apa-apa hujah.

8. Kita sebagai umat Nabi saw sepatutnya sentiasa berharap dapat bertemu Nabi saw di dalam mimpi. Ia adalah anugerah dan petunjuk baik. Jika ingin dikongsikan, kongsikanlah di dalam lingkungan yang kecil supaya tidak membawa kepada salah faham.

Wallahu a'lam

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

04 Nov, 08:10


Orang Islam buta sejarah sendiri, tak kenal musuh

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://vt.tiktok.com/ZSjr22K2j/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

01 Nov, 10:28


https://t.me/FauziAsmuni

Apa Yang Masjid Boleh Sumbang Untuk Palestin

1. Terima kasih kepada Us Fisol Md Isa atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berkongsi berkenaan isu Palestin di Pusat Pengajian Tafsir Pondok USF malam tadi. Juga terima kasih kepada Pengerusi Masjid Al-Rahmah Alor Setar, Mergong atas ruang perkongsian yang sama selepas solat subuh hari ini. Layanan dan jamuan istimewa dari kedua-dua pihak ini saya doakan diganjari Allah dengan limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah.

2. Ingin saya kongsikan di sini beberapa cadangan yang saya lontarkan di dalam kedua-dua sesi tersebut dengan beberapa tambahan yang tidak sempat disebutkan.

3. Terlalu banyak sumbangan yang kita boleh sumbangkan kepada Palestin. Beberapa cadangan yang pihak masjid dan lain-lain boleh fikirkan:

i. Menganjurkan forum, kuliah, pengisian dan penerangan dari semasa ke semasa tentang isu Palestin agar ianya tidak dilupai.

ii. Menganjurkan apa-apa aktiviti solidariti seperti konvoi basikal, mini perarakan, karnival keluarga, solat hajat perdana, pertandingan pidato, pertandingan lukisan bertemakan Palestin, menghias masjid dengan kibaran bendera juga hiasan lain bertemakan Palestin dan seumpamanya.

iii. Membuka tabung sumbangan di masjid dan diserahkan kepada mana-mana pihak yang dipercayai setiap akhir bulan. Tulis di papan kenyataan jumlah kutipan setiap bulan seperti hebahan jumlah kutipan Jumaat setiap minggu.

iv. Paparan di screen masjid tentang perkembangan terkini Palestin berselang seli dengan paparan jadual kuliah dan aktiviti masjid yang lain.

v. Korban tahun depan dipecahkan kepada dua; sebahagian disembelih di masjid sebagai syiar Islam setempat dan sebahagian disalurkan ke warga Palestin melalui badan-badan yang ada melakukan ibadah korban untuk Palestin.

vi. Edaran risalah berkenaan Palestin pada solat Jumaat kepada semua yang hadir ke masjid.

vii. Kembara al-Quds anjuran pihak masjid kepada ahli kariah yang berkelapangan. Antara tempat boleh dilawati adalah Jordan yang masih aman dan amat hampir dengan al-Quds, menjejaki lokasi bersejarah yang berkait dengan perjalanan Saidina Umar ra menerima kunci al-Quds dan jejak Solahudin al-Ayyubi.

4. Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Apa juga aktiviti masjid yang sebegini sudah pasti akan membina perasaan kebersamaan dalam jiwa ahli kariah dengan kesengsaraan yang sedang dialami oleh saudara kita di Palestin.

Lakukanlah apa sahaja demi pembebasan Palestin. Kita tidak tahu usaha yang manakah yang akan menjadi asbab kepada pembebasan.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSP

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

01 Nov, 04:45


Perangai sebahagian orang Melayu suka yang menyalahkan orang Palestin

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

https://vt.tiktok.com/ZSjjmRmGu/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

31 Oct, 12:49


KEMPEN SETAHUN TAUFAN AL-AQSA

Pengisian dari Ustaz Fauzi Asmuni di Pondok USF, Langgar, Kedah.

Sebar-sebarkan.
Moga bermanfaat.

https://www.facebook.com/share/p/Lsw6PgHKb9uHLTkX/

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

31 Oct, 08:28


Akaun Pengerusi GSPP dipadam tiktok setelah followers mencapai 17.4 ribu. GSPP akan meneruskan perjuangan walaupun mendapat tentangan.

Follow akaun kedua Ustaz Fauzi:
tiktok.com/@ustazfauziasmuni2

https://vt.tiktok.com/ZSj2yrwKb/