iSaham @isaham Channel on Telegram

iSaham

@isaham


Tips2 penggunaan iSaham, strategi saham dan update terkini berkaitan iSaham.
.
https://www.isaham.my

iSaham (Malay)

iSaham adalah saluran Telegram yang menyediakan tips penggunaan iSaham, strategi saham, dan update terkini berkaitan dengan iSaham. Bagi para pelabur saham yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam dunia saham, iSaham adalah destinasi yang sesuai. Dengan akses kepada strategi saham yang berkesan dan maklumat terkini mengenai pasaran saham, pengguna iSaham dapat membuat keputusan pelaburan yang bijak. Saluran Telegram ini juga menyediakan panduan langkah demi langkah bagi pengguna berbeza untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ditawarkan oleh iSaham. Jika anda ingin melabur dalam saham dengan lebih berkesan dan yakin, sertai iSaham hari ini! Kunjungi laman web rasmi iSaham di https://www.isaham.my untuk maklumat lanjut.

iSaham

05 Dec, 02:10


Hari Terakhir Permohonan CARLORINO

Harga tawaran: RM0.0.27 seunit
Pasaran: Ace
Tarikh pengundian: 9 Disember 2024
Tarikh disenaraikan: 18 Disember 2024

Harini, 5 Disember 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Carlo Rino Group Berhad.

Syarikat ini telah mencipta nama dalam industri runcit fesyen, khususnya dalam reka bentuk dan pengeluaran beg tangan, kasut serta aksesori khususnya untuk wanita.

Pautan Blog: IPO CARLORINO: Penyedia Produk Fesyen Wanita

iSaham

04 Dec, 00:01


Hari Terakhir Permohonan IPO VANZO

Harga tawaran: RM0.15 seunit
Pasaran: Ace
Tarikh pengundian: 9 Disember 2024
Tarikh disenaraikan: 17 Disember 2024

Harini, 4 Disember 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Vanzo Holdings Berhad

Vanzo melalui anak syarikatnya terlibat dalam mereka bentuk, pemasaran dan juga penjualan produk wangian udara seperti wangian kereta dan wangian dalam bangunan.

Pautan: IPO VANZO: Pengeluar Produk Wangian Udara

iSaham

03 Dec, 00:00


Hari Terakhir Permohonan IPO TOPVISN & WINSTAR

Harini, 3 Disember 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Winstar Capital Berhad & TOPVISION Eye Specialist Berhad.

IPO WINSTAR
Harga tawaran: RM 0.35 seunit
Tarikh pengundian: 6 Disember 2024
Tarikh disenaraikan: 19 Disember 2024

IPO TOPVISN
Harga tawaran: RM 0.33 seunit
Tarikh pengundian: 5 Disember 2024
Tarikh disenaraikan: 16 Disember 2024

Pautan Blog:

IPO Winstar: Penyedia Produk Aluminium

IPO TOPVISION: Penyedia Rawatan Mata

iSaham

29 Nov, 02:00


Hari Terakhir Permohonan IPO TMK

Harga tawaran: RM1.75 seunit
Pasaran: Main
Tarikh pengundian: 3 Disember 2024
Tarikh disenaraikan: 12 Disember 2024

Harini, 29 November 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO TMK Chemical Berhad.

TMK Chemical mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan pengurusan kimia keseluruhan, yang merangkumi sumber, pemprosesan, dan pengedaran pelbagai bahan kimia inorganik.

Pautan: IPO TMK: Penyedia Bahan Kimia Inorganik

iSaham

29 Nov, 00:01


PENYENARAIAN SUPREME

Syarikat Supreme Consolidated Resources Berhad akan disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

Pautan Blog: IPO Supreme: Pengedar Produk Makanan

iSaham

28 Nov, 13:15


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan 5 IPO iaitu TMK, Top Vision, Winstar, Vanzo & Carlo Rino sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

27 Nov, 10:01


Sesi iSaham Pro (IPO)

5 IPO dalam satu sesi.

Sesi iSaham Pro (IPO) akan dijalankan pada hari esok jam 9.00 malam.

Dalam sesi kali ini, kita membincangkan 5 IPO yang akan disenarai dalam masa terdekat iaitu TMK Chemical, Top Vision, Winstar, Vanzo dan Carlo Rino (CRG).

Antara yang akan dikupas ialah berapa capital allocation yang sesuai dan membuat perbandingan untuk syarikat-syarikat ini.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan, boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

22 Nov, 00:01


Hari Terakhir Permohonan IPO CROPMATE

Harga tawaran: RM0.20 seunit
Pasaran: Ace
Tarikh pengundian: 27 November 2024
Tarikh disenaraikan: 5 Disember 2024

Harini, 22 November 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Cropmate Berhad. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan baja untuk sektor perladangan.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO CROPMATE: Penyedia Baja Tumbuhan

iSaham

21 Nov, 13:02


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO CROPMATE sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

21 Nov, 04:01


Setup Alert Di Aplikasi M+ Global

Pernah terlepas harga entry/exit?

Selepas ini tidak lagi. Di aplikasi M+ Global anda boleh set alert dan juga notifikasi yang membolehkan anda untuk monitor saham dengan lebih berkesan. Dengan fungsi ini, anda akan dimaklumkan apabila harga saham mencecah harga yang anda tetapkan.

Untuk tutorial, boleh merujuk laman blog iSaham di pautan di bawah:

Cara Setup Alert di M+ Global

iSaham

19 Nov, 05:01


Sesi iSaham Pro (IPO)

Syarikat baja ke Bursa Malaysia.

Cropmate Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor perladangan dengan fokus kepada penyediaan baja contohnya untuk ladang kelapa sawit dan juga durian.

Ikuti perbincangan IPO ini dalam Sesi iSaham Pro (IPO) yang akan dijalankan pada Khamis ini jam 9.00 malam.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan, boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

Pautan Blog: IPO CRPMATE: Penyedia Baja Tumbuhan

iSaham

15 Nov, 04:15


Hari Terakhir Permohonan IPO SUPREME

Harga tawaran: RM0.25 seunit
Pasaran: Ace
Tarikh pengundian: 19 November 2024
Tarikh disenaraikan: 29 November 2024

Harini, 15 November 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Supreme Consolidated Resources Bhd. Supreme merupakan syarikat yang terlibat dalam mengedarkan produk makanan dengan fokus di negeri Sarawak. Antara makanan yang diedarkan kebanyakannya ialah makananan sejuk beku dan juga makanan lain seperti krim pastry, susu, pasta dan sebagainya.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO Supreme: Pengedar Produk Makanan

iSaham

13 Nov, 00:00


PENYENARAIAN LWSABAH

Syarikat Life Water Berhad akan disenaraikan di Pasaran MAIN Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

iSaham

11 Nov, 05:00


Sesi iSaham Pro: IPO SUPREME

Selepas Azam Jaya, satu lagi IPO bakal disenaraikan. Supreme Consolidated Resources Bhd merupakan syarikat yang terlibat dalam mengedarkan produk makanan dengan fokus di negeri Sarawak. Antara makanan yang diedarkan kebanyakannya ialah makananan sejuk beku dan juga makanan lain seperti krim pastry, susu, pasta dan sebagainya.

Ikuti perbincangan syarikat ini dalam sesi iSaham (Pro) yang akan dijalankan pada hari Khamis ini jam 9.00 malam.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support

Pautan Blog: IPO Supreme: Pengedar Produk Makanan

iSaham

06 Nov, 00:01


PENYENARAIAN 3REN

Syarikat 3Ren Berhad akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

iSaham

04 Nov, 01:31


Hari Terakhir Permohonan IPO METRO

Harga tawaran: RM0.25 seunit
Pasaran: Ace
Tarikh pengundian: 07 November 2024
Tarikh disenaraikan: 15 November 2024

Harini, 4 November 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Metro Healthcare Berhad. Syarikat ini terlibat dalam industri kesihatan dengan fokus kepada menyediakan servis Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO Metro: Penyedia Servis Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

iSaham

03 Nov, 13:02


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO METRO sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

01 Nov, 09:00


Sesi iSaham Pro (IPO)

Metro Healthcare Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri kesihatan dengan fokus kepada menyediakan servis Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Melalui penyenaraian ini, Metro dijangka menggunakan sebahagian besar dari dana untuk mengambil alih 3 buah hospital dan mengubahsuainya.

Ikuti perbincangan syarikat ini dalam sesi iSaham (Pro) yang akan dijalankan pada Ahad ini jam 9.00 malam.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support

Pautan Blog: IPO Metro: Penyedia Servis Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

iSaham

31 Oct, 00:00


PENGUMUMAN

Penutupan Bursa Malaysia dan iSaham bersempena dengan sambutan Hari Deepavali.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dengan ini dimaklumkan bahawa iSaham dan Bursa Malaysia tidak beroperasi pada 31 Oktober 2024.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh Penutupan: 31 Oktober 2024 (Khamis)
Tarikh Kembali Operasi: 1 November 2024 (Jumaat)

Selamat menyambut Hari Deepavali 🪔

iSaham

30 Oct, 02:00


Hari Terakhir Permohonan IPO Life Water

Harga tawaran: RM0.65 seunit
Pasaran: Main
Tarikh pengundian: 04 November 2024
Tarikh disenaraikan: 13 November 2024

Harini, 30 Oktober 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Life Water Berhad. Syarikat ini terlibat dalam menyediakan produk minuman dengan fokus utama di Sabah. Antara jenama di bawah syarikat ialah Sasa, K2, dan 2more.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO Life Water: Penyedia Produk Minuman Di Sabah

iSaham

28 Oct, 07:00


Sesi iSaham Pro (IPO)

Life Water Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk minuman. Antara jenama minuman dibawahnya ialah Sasa, K2 dan 2more.

Ikuti perbincangan syarikat ini dalam Sesi iSaham Pro (IPO) yang akan diadakan pada hari esok jam 9.00 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

28 Oct, 00:01


PENYENARAIAN SORENTO

Syarikat Sorento Capital Berhad akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

iSaham

24 Oct, 01:59


Hari Terakhir Permohonan IPO Azam Jaya

Harga tawaran: RM0.78 seunit
Pasaran: Main
Tarikh pengundian: 28 Oktober 2024
Tarikh disenaraikan: 11 November 2024

Harini, 24 Oktober 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Azam Jaya Berhad. Azam Jaya mempunyai kepakaran dalam pembuatan jalan termasuk lebuh raya, jambatan, jejambat, dan terowong dengan fokus operasi di negeri Sabah.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO Azam Jaya: Pemaju Infrastruktur di Sabah

iSaham

23 Oct, 00:00


Hari Terakhir Permohonan IPO 3REN

Harga tawaran: RM0.28 seunit
Pasaran: ACE
Tarikh pengundian: 25 Oktober 2024
Tarikh disenaraikan: 06 November 2024

Harini, 23 Oktober 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO 3Ren Berhad.
Syarikat ini terlibat dalam menyediakan penyelesaian automatik dan perkhidmatan kejuruteraan dengan fokus utama kepada industri semikonduktor dan elektronik. Antara servis yang ditawarkan syarikat ialah khidmat sokongan bagi pemasangan dan pengujian IC (integrated circuit).

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO 3REN: Penyedia Penyelesaian Automatik & Kejuruteraan

iSaham

22 Oct, 04:00


Sesi iSaham Pro (IPO)

Dua syarikat asal Sabah akan disenaraikan di Main Market Bursa Malaysia.

Azam Jaya Berhad merupakan pemaju infrastruktur dengan fokus kepada pembinaan jalan termasuk lebuh raya, jejambat & jambatan. Life Water Berhad pula merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk minuman. Secara asasnya, kedua-dua syarikat ini memfokuskan operasinya di negeri Sabah.

Ikuti perbincangan kedua-dua syarikat ini dalam Sesi iSaham Pro (IPO) yang akan diadakan pada hari esok jam 9.00 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

15 Oct, 00:01


PENGUMUMAN

Syarikat Northeast Group Berhadakan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

iSaham

14 Oct, 16:01


Hari Terakhir Permohonan IPO OBH & SORENTO

OBH

Harga tawaran: RM0.24 seunit
Tarikh pengundian: 18 Oktoberber 2024
Tarikh disenaraikan: 29 Oktober 2024

SORENTO
Harga tawaran: RM0.37 seunit
Tarikh pengundian: 18 Oktober 2024
Tarikh disenaraikan: 28 Oktober 2024

Permohonan IPO OBH & SORENTO akan ditutup jam 5.00 petang ini. OBH merupakan penyedia produk makanan tambahan seperti supplemen manakala SORENTO merupakan pengedar kelengkapan bilik air dan dapur.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut:

IPO OBH: Penyedia Produk Makanan Tambahan

IPO SORENTO: Penyedia Kelengkapan Bilik Air & Dapur

iSaham

14 Oct, 13:15


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO 3REN & SORENTO sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

14 Oct, 05:00


Tutorial Berpindah Dari Aplikasi M+ Online Ke M+ Global

Susulan pengumuman yang dikeluarkan oleh Malacca Securities untuk menghentikan penggunaan aplikasi M+ Online secara berperingkat, pengguna M+ Online disarankan untuk mula beralih ke aplikasi M+ Global.

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun CDS bersama Mplus, akaun CDS anda tidak akan hilang dan masih boleh diakses di aplikasi M+ Global.

Keperluan membuka akaun global hanyalah kepada mereka yang ingin untuk berdagang di pasaran US/HK melalui aplikasi M+ Global. Bagi yang hanya ingin berdagang di Bursa dan sudah mempunyai akaun, tidak perlu membuka akaun global.

Untuk tutorial penuh, anda boleh merujuk blog kami di pautan berikut.

Pautan: Cara Berpindah Dari Aplikasi M+ Online Ke M+ Global

iSaham

11 Oct, 05:00


Sesi iSaham Pro (IPO)

2 lagi IPO dibuka untuk permohonan, 3REN & Sorento.

3REN merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam menyediakan penyelesaian automatik & perkhidmatan kejuruteraan manakala SORENTO merupakan pengedar bagi kelengkapan bilik air & dapur.

Ikuti perbincangan lanjut syarikat ini dalam sesi iSaham Pro (IPO) yang akan dijalankan pada hari Isnin depan jam 9.15 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

09 Oct, 00:30


PENGUMUMAN

Crest Group Berhad akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

Anda boleh mula menyemak unit saham dalam portfolio anda. Sekiranya status permohonan saham IPO anda berjaya dan mendapati saham IPO tersebut tiada dalam portfolio, anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui kemungkinan yang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi @isahamsupport.

iSaham

02 Oct, 16:01


Hari Terakhir Permohonan IPO Northeast

Harga tawaran: RM0.50 seunit
Pasaran: ACE
Tarikh pengundian: 7 Oktober 2024
Tarikh disenaraikan: 15 Oktober 2024

Harini, 3 Oktober 2024 jam 5 petang , merupakan tarikh tutup permohonan bagi IPO Northeast Group Berhad. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan komponen kejuruteraan tepat yang digunakan di dalam industri fotonik, E&E, semikonduktor, telekomunikasi dan optoelektronik.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO Northeast: Penyedia Komponen Kejuruteraan Tepat

iSaham

02 Oct, 13:15


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO Northeast & OBHB sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

30 Sep, 09:45


Sesi iSaham Pro (IPO)

2 permohonan IPO bakal ditutup dalam masa terdekat ini Northeast dan OBHB.

Northeast Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen kejuruteraan tepat manakala OB Holdings Berhad terlibat dalam F&B dengan fokus kepada menyediakan supplemen kesihatan.

Ikuti perbincangan lanjut syarikat ini dalam sesi iSaham Pro (IPO) yang akan dijalankan pada hari Rabu ini jam 9.15 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

25 Sep, 02:00


Hari Terakhir Permohonan IPO CREST & KHB

CREST

Harga tawaran: RM0.35 seunit
Tarikh pengundian: 30 September 2024
Tarikh disenaraikan: 09 Oktober 2024

KHB
Harga tawaran: RM0.20 seunit
Tarikh pengundian: 27 September 2024
Tarikh disenaraikan: 08 Oktober 2024

Permohonan IPO Crest & KHB akan ditutup jam 5.00 petang ini. Crest merupakan syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelesaian pengimejan manakala KHB merupakan penyedia komponen untuk industri automotif.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut:

IPO Crest: Penyedia Penyelesaian Pengimejan

IPO KHB: Penyedia Komponen Industri Automotif

iSaham

24 Sep, 13:15


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO CREST & KHB sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Klik butang "JOIN" di penjuru atas sebelah kanan untuk sertai sesi ini.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

23 Sep, 02:31


Sesi iSaham Pro (IPO)

2 permohonan IPO bakal ditutup Rabu ini iaitu Crest Group Berhad (CREST) dan KHPT Holdings Berhad (KHB).

CREST merupakan syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelesaian pengimejan manakala KHB merupakan penyedia komponen untuk industri automotif.

Ikuti perbincangan lanjut syarikat ini dalam sesi iSaham Pro (IPO) yang akan dijalankan pada hari esok jam 9.15 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

06 Sep, 00:00


Hari Terakhir Pendaftaran Kelas Asas Saham

Esok Kelas Asas Saham akan dijalankan secara fizikal di iSaham Office, Desa Pinggiran Putra. Oleh itu, bagi memudahkan urusan penyusunan tempat, harini merupakan hari terakhir bagi mereka yang hendak menyertai kelas ini.

Antara yang anda bakal pelajari ialah asas instrumen pelaburan, asas teknikal dan fundamental.

iSaham mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dan bagi yang baru hendak mendaftar, boleh terus ke pautan di bawah:

Pautan: Pendaftaran Seminar Asas Saham

iSaham

05 Sep, 13:30


LIVE NOW

Sesi iSaham Pro (IPO) yang membincangkan tentang IPO SDCG sedang berlangsung sekarang di kumpulan Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma bagi ahli-ahli iSaham Pro.

Jika ada sebarang persoalan, boleh mesej kami di Telegram iSaham Support.

iSaham

05 Sep, 08:59


Hari Terakhir Permohonan IPO SDCG

Harga tawaran: RM0.38 seunit
Pasaran: ACE
Tarikh pengundian: 10 September 2024
Tarikh disenaraikan: 19 September 2024

24 jam terakhir sebelum permohonan IPO Solar District Cooling Group Berhad (SDCG) ditutup. Syarikat ini terlibat dalam aktiviti, BMS iaitu Building Management System dengan fokus tertumpu kepada pembekalan dan penyelenggaraan sistem terma solar dan servis penjimatan tenaga.

Sebahagian besar dana akan digunakan untuk pembelian bahan untuk segmen BMS, dan sistem terma solar serta segmen servis penjimatan tenaga.

Untuk maklumat tambahan, layari blog kami melalui pautan berikut.

Pautan: IPO SDCG: Penyedia Perkhidmatan BMS

iSaham

04 Sep, 06:31


Market jatuh lagi. Adakah ini masa yang sesuai untuk tambah pegangan saham?

Dikala market sedang bergelora, pedagang kebiasaanya akan menjual pegangan untuk menjaga risiko masing-masing. Namun, ada juga yang membeli saham kerana mereka berpandangan harga didagangkan pada paras discount.

Salah satu teknik yang mungkin digunakan ialah teknik tangkap pisau atau juga dipanggil catching a falling knife.

Teknik ini adalah teknik yang sangat berisiko. Jadi untuk newbie, seeloknya paper trade dulu jika nak guna teknik ini.

Apa itu teknik tangkap pisau?

Untuk mengetahuinya, anda boleh rujuk blog kami dipautan di bawah:

Pautan: Apa itu teknik tangkap pisau?

iSaham

03 Sep, 10:31


Sesi iSaham Pro (IPO)

Solar District Cooling Group Berhad (SDCG) bakal ditutup untuk permohonan 6 September ini. SDCG merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan BMS iaitu "building management system".

Ikuti perbincangan lanjut syarikat ini dalam sesi iSaham Pro (IPO) yang akan dijalankan pada hari Khamis ini jam 9.30 malam di saluran Telegram iSaham Pro.

Sesi ini merupakan sesi percuma untuk ahli-ahli iSaham Pro.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di Telegram iSaham Support.