Tips Rezeki Deras @tipsrezekideras Channel on Telegram

Tips Rezeki Deras

@tipsrezekideras


Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕

Tips Rezeki Deras (Malay)

Assalamualaikum wbt, Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS! Channel ini adalah tempat untuk berkongsi tips-tips dan panduan bagi meningkatkan rezeki dengan cara yang halal. Dengan setiap perkongsian ilmu yang diberikan di sini, diharapkan kita semua dapat mendapat manfaat dan dapat meningkatkan keberkatan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Channel ini juga memberikan inspirasi untuk dapat istiqomah dan beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah, dengan terus mengupgrade ilmu kita untuk dunia dan akhirat, rezeki yang didatangkan akan mengalir deras seperti air yang tidak pernah berhenti mengalir. Jom sama-sama belajar dan berkongsi untuk mendapatkan Tips Rezeki Deras! 💕

Tips Rezeki Deras

18 Nov, 00:17


Hidup adalah ujian. Susah pun ujian. Senang pun ujian. Miskin pun ujian. Kaya pun ujian. Orang baik pun diuji. Orang jahat pun diuji.

Kalau kita rasa susah macam mana pun, ingatlah “bersama kesusahan ada kemudahan”. (Al-Insyirah 94:5-6)

Dunia tidak pernah berjanji bahawa orang yang dikasihi Allah itu tidak diuji.  Tetapi Nabi ﷺ menyatakan bahawa segala ujian walau seringan duri selumbar mencucuk, semua itu menghapuskan dosa dan mengangkat darjat kita. Maka, jika diuji, itu antara tanda rahmat Allah.

Tips Rezeki Deras

18 Nov, 00:15


Dari sahabat Ibnu Abbas -rodhiyallahu'anhuma - bahwasanya Ka'ab pernah mengatakan :

Sesungguhnya di dalam Jahannam terdapat hawa dingin yang disebut Zamharir. Hawa dingin ini mampu membuat daging terlepas dari tulang belulangnya. sampai-sampai para penduduk neraka meminta minum dari panasnya api neraka!.

Semoga ALLAH melindungi kami dan kalian darinya .

✍️ [ Hilyatul Auliya' :7640 ]

Tips Rezeki Deras

18 Nov, 00:15


Untuk kau yang sedang menggelupur bergelut dengan kekecewaan, untuk kau yang sedang berdepan dengan hakikat kehilangan, pesanan ini untuk kau.

Memang. Kadang-kadang, kau rasa macam tak boleh hidup tanpa seseorang. Dia masuk dalam hidup kau perlahan-lahan ... beri perhatian, beri kasih sayang dan tambah lagi dengan segala macam pengorbanan.

Akhirnya, diam tak diam, dia dah macam ada makam tertentu dalam hati kau. Punyalah kau sayang sampai rasa susah sangat nak buang.

Nah! Apabila kau sudah terlebih sayang, inilah masanya Allah akan uji. Inilah masanya kau kena terima hakikat yang kalau kau sayang bunga, bunga akan mati. Kalau kau sayang manusia, dia juga akan pergi.

Allah akan hantar macam-macam asbab untuk pisahkan kau daripada dia. Akhirnya yang tinggal siapa? Hanya Allah! Masa itu baru kau tersungkur atas sejadah!

Menangislah! Tak mengapa. Menangis akan buat kau lega. Tapi jangan lupa. Baiki balik apa yang dah nak rebah. Apa dia?

Hubungan kau dengan Allah.

Manusia, apabila dia rasa selesa dengan apa yang dia ada, memang dia mudah lupa diri. Sebab itu, Allah sentap hatinya sesekali.

Kau pun manusia. Sebab itu Allah uji. Allah sentap hati kau supaya kau tahu untuk kembali pada Dia. Supaya kau tak fikir yang kau boleh bergantung hidup pada sesiapa.

Hanya Allah! Ingat. Ini soal akidah! Kalau rosak akidah, macam mana kau nak masuk syurga Allah?

Jadi, kalau kau sedang merana sebab ditinggalkan sekarang, kau kena faham, ujian ini sebab Allah sayang.

Bertahanlah. Esok lusa apabila kau dah sedar, Allah mungkin kembalikan semula orang yang kau sayang itu. Ataupun, Allah akan gantikan dengan orang yang jauh lebih baik.

Untuk hari ini, satu saja kau kena buat. Lap air mata dan jalani hidup kau macam biasa. Tak mengapa kalau peritnya masih terasa. Tak mengapa.

Itu semua mula-mula sahaja. Lama-lama nanti, kau akan biasa.

Ingat. Ini ujian. Sebenarnya ini cuma cerita antara kau dengan Tuhan. Orang lain itu cuma pelakon tambahan.

Jadi, jangan marah sesiapa. Jangan berdendam dengan sesiapa. Cuba ikhlaskan hati. Cuba sedaya upaya.

Ingat pesan tadi. Mula-mula memang perit sikit, rasa sunyi, rasa sakit. Tapi tak lama lagi, kau dah tak peduli. Sebab apa? Sebab Allah ada.

Apabila kau dah mula yakin sepenuhnya yang Allah pemegang kebahagiaan kau, maka kau tak akan pertikaikan apa-apa lagi. Asalkan Allah ada dalam hati, kau takkan sunyi.

Jadi, cubalah bertahan. Biarkan masa membantu luka kau sembuh perlahan-lahan. Ingatlah. Dalam hidup kau, bukan hanya ada perasaan. Bahkan, ada Tuhan!

Tips Rezeki Deras

17 Nov, 00:14


Pesanan buat diri untuk bina rasa
Tenang, bahagia dan damai.

1. Jangan pendam apa masalah yang kita hadapi. Cari solusi, Qur'an.

2. Sentiasa baiki diri
Banyakkan istighfar

3. Berlapang dada walau apa pun yang berlaku.

"Ingatlah kebahagiaan itu tidak bergantung pada sesiapa selain diri kamu sendiri,tetapi bergantung sepenuhnya pada Allah.

Tips Rezeki Deras

17 Nov, 00:14


Jom kita amalkan doa ini,

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Tips Rezeki Deras

17 Nov, 00:13


Semoga setiap dari kita yang sedang di uji, diberikan kekuatan dan jalan keluar untuk terus bangit melawan ujian ini. Sesungguh perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Ingatlah setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong.

Makbul tidak makbul doa kita itu adalah rahsia Allah.

Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika merintih padaNya.

Tips Rezeki Deras

17 Nov, 00:13


https://www.facebook.com/share/1ELMM5DEo1/

Tips Rezeki Deras

14 Nov, 23:40


Tip nak jadi wanita yang kuat dan bahagia dari surah Annas.

1. Nak jadi wanita kuat hatinya itu perlu zikrullah. Itu pasti dan mesti.

2. Perlu dampingi Al-Quran agar Allah jaga hati kita dalam setiap keadaaan, sedang sedih atau terlalu bahagia.

3. Menjadi wanita baik-baik itu perlu usaha, langkah awalnya perlu berdoa agar Allah pandu, bantu dan pilih untuk buat baik.

Yang baik itu semuanya bernilai ibadah, walaupun ianya sekadar tersenyum dan bersangka baik..

#CintaALQuran

Tips Rezeki Deras

14 Nov, 23:30


DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

Tips Rezeki Deras

14 Nov, 23:29


Cara untuk hilangkan tekanan

Cuba amalkan lepas bangun pagi, atau lepas solat, atau waktu malam, kita peluk diri sendiri, peluk betul-betul, sayangnya kita kat diri sendiri dan katalah :

"Ya Allah, aku redha sungguh dengan pemberianMu ini ya Allah. Ya Allah, aku sayang dengan diriku sebagai amanah daripada Engkau ya Allah, (maksudnya, jangan buat benda yang boleh bawa diri kita masuk neraka) ya Allah, aku maafkan kesilapan yang pernah diriku lakukan, dan Engkau jauh lebih pemaaf daripada aku."

Hati akan lapang, insyaAllah.

Kalau kamu redha dengan pemberian dari Allah, Allah beri aura indah pada wajah kamu. Janganlah memandang kecantikan berdasarkan persepsi orang lain. Hentikanlah.

( Ustazah Norhafizah Musa (Official) )

Tips Rezeki Deras

13 Nov, 13:35


Nak buat istighfar dan selawat 1000 kali sehari.. buat setiap hari selama 40 hari.

Paksa diri dulu selama 40 hari.

Mula2 rasa susah dan berat... lama lama paksa diri Kemudian akan makin ringan dan mudah.

Cuba paksa dulu 40 hari.

Pakai stokin.. paksa 40 hari

Nak konsisten Cuba paksa buat 40 hari dulu.

Baru akan makin mudah dan istiqamah.

Tips Rezeki Deras

13 Nov, 01:26


10 PANTANG LARANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

#DakwahSentapOfficial

Tips Rezeki Deras

11 Nov, 13:17


Nasihat tentang hidup, ingat pesan ini sampai bila-bila 💯 :
.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.
.
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah.
.
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya.
.
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal.
.
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat.
.
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur.
.
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.
.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al-Quran 2 kali dalam setahun.
.
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak.
.
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
.
‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
.
Kredit : Ust. Shamsuri Hj Ahmad

Tips Rezeki Deras

10 Nov, 23:08


💕 PELIHARALAH DIRI MU 💕

🌹Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.

🌹Peliharalah AGAMA mu kerana ianya NYAWA mu.

🌹Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu.

🌹Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.

🌹Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.

🌹Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.

🌹Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.

🌹Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.

🌹Jadikanlah AKHLAK MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.

🌹Jadikanlah MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMAL.

-quotephotovideo

Tips Rezeki Deras

08 Nov, 23:45


TIPS MERAIH KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Berikut adalah di antara tips praktikal dan berpandukan nilai Islamik untuk meraih kekayaan, dunia dan akhirat:

1. Niat yang Betul
Mulakan usaha dengan niat yang jelas – bukan semata-mata untuk mengumpul harta, tapi untuk mencari keberkatan Allah dan manfaatkan untuk kebaikan. Bila niat betul, rezeki datang dengan lebih lancar dan berkat.

2. Usaha yang Konsisten dan Bijak
Dalam Islam, usaha adalah asas rezeki. Lakukan dengan ikhlas dan sentiasa perbaiki cara kita bekerja. Cari ilmu kewangan, belajar tentang pelaburan yang halal, dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan kemahiran. “Man jadda wajada,” siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatnya.

3. Bersedekah Tanpa Ragu
Sedekah adalah amalan pembuka rezeki. Islam mengajar, dengan memberi, kita takkan miskin, malah Allah akan ganti dengan lebih baik. Mulakan dengan memberi yang sedikit dan konsisten.

4. Elakkan Riba dan Amalan Haram
Harta yang diperoleh dari cara yang tak halal akan berkesan pada keberkatan hidup. Sebaliknya, cari jalan yang patuh syariah – walaupun nampak lambat, tapi hasilnya berkekalan dan berkat. Kaya itu tak bermakna kalau hati tak tenang, kan?

5. Syukur dan Sabar dalam Setiap Keadaan
Kekayaan bermula dari hati yang bersyukur dan sabar. Bila kita sentiasa bersyukur, Allah tambah lagi nikmat-Nya. Sabar pula buat kita lebih tenang bila diuji, dan lebih mudah untuk bangkit kembali bila jatuh.

Tips Rezeki Deras

08 Nov, 23:39


Kita Semua Pendosa 😣

Kita sebagai manusia yang serba lemah dan serba kekurangan ini seringkali lupa dan lalai dengan kesibukkan dunia sehingga ada diantara kita yang tenggelam dalam kealpaan dan kesibukkan dunia.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Semoga jadi peringatan bersama.

Tips Rezeki Deras

08 Nov, 23:37


Hati

Bila tengok orang lain lebih berjaya dari kita, tanamkan dalam hati untuk bersungguh sungguh lebih berusaha.

Agar satu hari nanti, dapat juga mengecap kejayaan yang sama.

Bila lihat kita lebih berjaya dari orang lain, panjatkan syukur dalam hati dan berdoa agar Allah tidak tarik nikmat yang diberi.

Agar nikmat berpanjangan, dapat juga kecap kemanisan dan lebih kejayaan.

Usah benarkan sekelumit rasa benci dan menyampah pada yang lebih berjaya. Itu hasad dan dengki namanya.

Usah benarkan singgah rasa sombong dan bangga bila diri lebih berjaya. Itu ujub dan riak tandanya.

Penyakit diri bermula dari hati. Dari satu titik hitam kecil, akan menjadi bertitik titik hitam membesar. Dan akhirnya mengawal dan merajai hati.

Asal diri kita lebih baik dari semalam.
Asal diri kita lebih mulia disisiNya.
#soalnya hati hanya Allah Swt saja yg tahu#


Kredit Pn Mahanon

Tips Rezeki Deras

05 Nov, 03:25


Tenangkan hati anda, ia hanya Dunya
Hapuskan kesakitanmu, ganjarannya adalah Jannah
tenangkan hati, Allah dekat
Selalulah tersenyum, seperti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
Sembuhkanlah jiwamu, dengan Al-Quran

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal “(QS. Al-Anfal [8] : 2).