Tips Kewangan Eyfa Emir @eyfaemir Channel on Telegram

Tips Kewangan Eyfa Emir

@eyfaemir


Tips perancangan kewangan peribadi dan bisnes serta motivasi kehidupan.
https://beacons.ai/eyfaemir

Tips Kewangan Eyfa Emir (Malay)

Tips Kewangan Eyfa Emir adalah saluran Telegram yang menyediakan pelbagai tips perancangan kewangan peribadi dan perniagaan, serta motivasi kehidupan. Dikelolakan oleh Eyfa Emir, seorang pakar kewangan yang berpengalaman, saluran ini memberikan panduan praktikal dan pengetahuan berguna untuk membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih efektif. Dari nasihat tentang bagaimana membuat bajet yang bijak, hingga strategi pelaburan yang berpotensi menguntungkan, Tips Kewangan Eyfa Emir adalah sumber maklumat yang boleh dipercayai bagi sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kecekapan kewangan mereka. Selain itu, saluran ini juga memberi tips motivasi untuk membantu anda mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian anda. Dengan menyertai Tips Kewangan Eyfa Emir, anda akan mendapat akses kepada perancangan kewangan yang mantap dan inspirasi untuk mencapai matlamat kewangan dan kehidupan anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kecekapan kewangan anda dengan menyertai saluran Telegram yang menarik ini!

Tips Kewangan Eyfa Emir

02 Nov, 05:51


Hidup ni keras!

Setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Ini adalah janji Tuhan buat hambaNya yang berusaha dan bersabar.

Disebabkan dalam poll sebelum ni ramai yang nak tips untuk tambah pendapatan, so saya share dulu beberapa cara yang korang boleh buat untuk tambah pendapatan hanya dari rumah je.

So, cara ni sangat sesuai untuk para:
1. Suri rumah
2. Student
3. Pekerja swasta/gomen

Atau sesiapa je yang nak cari peluang tambah pendapatan demi kelangsungan hidup.

Honestly, saya dah try cara 1-4, dan sangat proven! Ada yang tak guna kos yang besar pun. Hanya gunakan kepakaran kita dan phone je.

Jangan terkejut ramai je suri rumah dan student dah buat 4-5 angka sebulan hanya bekerja dari rumah.

Psst, ada kenalan rapat saya yang merupakan suri rumah baru je buat RM100,000 sebulan dengan bisnes affiliate. Hebat kan?

So, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bersangka baik je, mesti ada sesuatu yang lebih baik akan berlaku nanti.

Bersambung....

t.me/EyfaEmir

Tips Kewangan Eyfa Emir

31 Oct, 07:33


Assalamualaikum.

Selamat menyambut deepavali kepada sahabat-sahabat kita yang meraikan.

Sedar tak sedar dah nak habis bulan Oktober tahun 2024. Bermakna tinggal 2 bulan sahaja lagi akan tamat tahun 2024.

So, di mana kedudukan kewangan kalian?
1. Stabil
2. Biasa-biasa
3. Tersepit dengan masalah kewangan

Walau di kedudukan mana sekali pun, it's ok. Buat benda ni dulu.

Pertama: Tarik nafas dalam2 dan lepaskan perlahan2.

Kedua: Ucap alhamdulillah dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Ingat lagi banyak kita bersyukur, lagi bertambah nikmat kita dapat.

Ketiga: Kita akan sama2 buat checklist untuk kenalpasti kedudukan kewangan dan betulkan semula.

Ok? ๐Ÿ˜˜

t.me/eyfaemir

Tips Kewangan Eyfa Emir

12 Jul, 02:08


Salam jumaat.

Ramai yang tanya saya, kat mana tempat yang sesuai dan selamat untuk invest.

Sebenarnya kan, banyak je tempat yang selamat dan ada return yang agak tinggi. Tapi bergantung juga risiko mana yang kalian berani ambil.

Jangan terlalu berharap dengan pulangan yang besar dan cepat. Takut tersontot je. Rugi je duit kalau kena tipu dengan scammer.

So, harini saya enjoy return 90.7%. Best ke best? Yang penting kena sabar la. Ok?

Have a nice day. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan.

t.me/eyfaemir

Tips Kewangan Eyfa Emir

10 Jul, 03:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya akan mengadakan kursus bijak akaun buat peniaga kecil-kecilan.

Apa yang anda akan belajar?

1. Rekod jualan/belian
2. Buat sistem fail yang betul
3. Urus belanja dengan baik
4. Kenal pasti belanja peribadi dan bisnes
5. Serta banyak lagi tips untuk peniaga.

Detail kursus adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 Julai 2024 (Selasa)
Masa: 9.00pagi-5.00ptg
Tempat: Pusat Komuniti Desa, Paya Ikan, Melaka

Nak sertai kursus?

Boleh hubungi pengurus PKD di talian wasap.my/601164813531/kelasakaun

Komputer disediakan tau! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.โ˜บ๏ธ

Tips Kewangan Eyfa Emir

07 Jul, 00:12


Selamat datang Marhaban ya Muharram

Selamat tahun baru Islam
1 Muharram 1446 H
( 7 Julai 2024 M )

Alhamdulillah Syukur Nikmat
Cahaya Muharram Memancar

Sambut tahun baru
ini dengan Berhijrah menuju kebaikan serta bersholawat Kepada Nabi Muhammad s.a.w

Tips Kewangan Eyfa Emir

05 Jul, 11:48


Nak menyimpan ni ada banyak cara.

Kalau korang rasa down sebab gaji tak cukup, komitmen besar, atau banyak tanggungan dan dugaan lain, stop sekejap dan baca ni. Ok?

Saya dan awak semua sama je.
Ada masa income kita cukup2.
Ada masa income kurang.
Ada masa income terlebih.

Sebab komitmen yang berbeza. Especially bila time persekolahan dan perayaan.

So, apa kita boleh buat?

Pertama,
Sebelum dapat gaji yang akan datang ni. Buat bajet siap2. Berdasarkan komitmen kalian.

Kedua,
Bila dah dapat gaji, asingkan ikut priority. Kalau yang join kelas saya, ada formula untuk asingkan belanja. Pastikan ada portion simpanan

Ketiga,
Setiap kali belanja kena keep track ke mana perbelanjaan kita pergi.

Keempat,
Buat review, tengok balik kita selalu banyak spend kat mana. Kalau saya of course la makanan. Hahaha! ๐Ÿ˜‚

Kelima,
Yang paling penting disiplin. Simpan la sebanyak yang boleh. Selemah2 iman, cuba la dulu RM10. Nanti tambah la dari bulan ke bulan.

Jangan lupa amalkan tau! Kalau tak saya sumpah awak jadi keychain. Hehe.

Ps: perlukan nasihat kewangan atau nak betulkan kewangan, boleh contact saya. Don't shy shy ok?๐Ÿ˜„

t.me/EyfaEmir

Tips Kewangan Eyfa Emir

09 Jun, 15:27


Harga diesel tanpa subsidi RM3.35 seliter mula tengah malam ini

Harga diesel yang sebelum ni RM2.15 telah meningkat sebanyak RM1.20. Jadi kini harga runcit diesel tanpa subsidi menjadi RM3.35.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini (Isnin).

What's next?

Kita tunggu dan lihat saja lah ya. Apa2 pun pastikan pengurusan kewangan kita dalam keadaan terkawal demi menghadapi masa akan datang.

t.me/EyfaEmir

Tips Kewangan Eyfa Emir

14 May, 08:51


Jadi sila muat turun kwsp i-akaun yang baru untuk akses kepada akaun fleksibel. Baru boleh nampak paparan seperti di bawah ni:

Tips Kewangan Eyfa Emir

14 May, 08:50


Kalau anda buka apps yang lama, akan keluar pop-up seperti ini:

Tips Kewangan Eyfa Emir

14 May, 08:36


Perincian Akaun 3 KWSP terbaru -

1) Pencarum yang mempunyai baki kurang RM1,000 dalam Akaun 2 boleh pindahkan baki keseluruhan ke Akaun 3

2) Baki Akaun 2 dari RM1,000 ke RM2,999 boleh pindahkan maksima RM1,000 ke Akaun 3

3) Baki Akaun 2 lebih dari RM3,000 boleh pindahkan 1/3 baki ke Akaun 3. Contohnya baki Akaun 2 RM9,000 boleh pindahkan RM3,000 ke Akaun 3

Tapi nak buat pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3 kena maklumkan kepada KWSP terlebih dahulu. Proses pemindahan Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31 Ogos. Kalau tak mintak pemindahan maka Akaun 3 anda akan bermula dari RM0 pada 11 Mei.

Caruman baru selepas 11 Mei adalah seperti berikut -

75% masuk Akaun 1
15% masuk Akaun 2
10% masuk Akaun 3

Berita kurang mengembirakan bila anda pindah baki 1/3 dari Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31hb Ogos. Anda kena tunggu masuk 1hb September baru boleh keluarkan duit dari Akaun 3 ๐Ÿ˜•

Sumber : Kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

t.me/EyfaEmir

Tips Kewangan Eyfa Emir

01 May, 03:58


[TERKINI]

๐Ÿ”น Setiap pekerjaan mempunyai peranan sama penting dalam jana pertumbuhan ekonomi

๐Ÿ”น Pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini

๐Ÿ”น Gaji pekerja awam akan dinaikkan dengan kadar lebih daripada 13 peratus bermula tahun ini

๐Ÿ”น Gaji penjawat awam dinaikkan 15 peratus bermula Disember tahun ini, kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara

Sumber : Perdana Menteri Anwar Ibrahim

t.me/EyfaEmir

Tips Kewangan Eyfa Emir

29 Apr, 05:40


New updates for EPF members, start on 11 May 2024.

Account 1 - Retirement account, 75%
Account 2 - Sejahtera account, 15%
Account 3 - Flexible Account, 10%. Minimum withdrawal RM50.

https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-1

t.me/EyfaEmir