Muhammad Afif Yahya (UMAY) @muhammadafifyahya Channel on Telegram

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

@muhammadafifyahya


UMAY Telegram Channel (English)

Welcome to the UMAY Telegram channel, managed by the talented Muhammad Afif Yahya! UMAY stands for United Motivated Ambitious Youth, and this channel is dedicated to inspiring and empowering the youth to reach their fullest potential. Through a variety of content, including motivational quotes, success stories, educational resources, and personal development tips, UMAY aims to motivate and guide young individuals towards achieving their goals and dreams. Muhammad Afif Yahya, the founder of this channel, is a passionate advocate for youth empowerment and strives to make a positive impact on the lives of young people worldwide. Join the UMAY Telegram channel today and be part of a community that uplifts and empowers the next generation of leaders and change-makers!

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

15 Jan, 06:47


๐Ÿ’• Bagaimana Hadapi kelicikan Nafsu.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS6CY753p/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

15 Jan, 00:39


Seseorang akan sentiasa mengingati sesuatu yang dicintainya.

Sekiranya dirinya mencintai Allah & Rasul maka pasti akan selalu mengingati Allah dan Rasul-Nya

Sekiranya dirinya mencintai sesuatu selain daripada Allah dan RasulNya, maka pasti dirinya akan mengingati perkara tersebut.

Pelajaran sufi mahu melatih qalbu mengingat Allah sentiasa, sehingga saat kematiannya nanti tidak perlu lagi diajar menyebut nama Allah, lantaran hatinya sudah hidup ingatan kepada Allah.

Apabila jiwa kita rasa lemah, maka kita akan ingat ibu ayah, dan segala pesanan dan nasihat mereka agar kembali bangun jiwa kita daripada perasaan lemah.

Begitulah ketika jiwa kita rasa malas untuk zikir dan ibadah, maka kita kembalikan ingatan kepada guru, ingatan kepada segala nasihat & pesanan guru agar kembali kuat jiwa untuk berzikir & beribadah.

Maka ingatan kepada guru itu sebagai motivasi sama seperti ingatan anak kepada ibubapanya, seorang usahawan yang selalu ingatan pesanan mentor / coach nya.

Dalam sufi latihan zikir Qalbu yang berterusanlah akan membawa kepada kecintaan dan kerinduan padaNya.

Olahan nasihat daripada Ayahanda Walid Ibrahim Al-Malik.

Dr. UMAY
15 Jan 2025

https://www.facebook.com/share/p/186MVXeJwC/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

13 Jan, 15:04


Photo from Muhammad Afif Yahya

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

13 Jan, 06:59


Pesan Ayahanda Walid,

Bagaimana untuk mengangkat umat akhir zaman agar berada di wilayah kemuliaan?
Dengan jalan selawat dan ibadah sosial.
Selawatโžก๏ธ untuk menghubungkan hati dengan Nabi kerana amalan selawat tidak ditolak walaupun lalai. Hadirkan dalam jiwa cinta kepada Nabi, dengan ingatan dan kasih kepada Rasulullah saw.

Ibadah sosial โžก๏ธ berada dalam kemuafakatan/jemaah(komuniti). Ibadah yang memberi kebaikan untuk ummah. Suatu pekerjaan yang dilakukan dengan kebaikan untuk negara dan masyarakat. Itulah ibadah sosial.

Kita mencari cinta Nabi bukan di kelambu maqam Nabi saw, tetapi di sebalik tirai jendela orang miskin, yang menghentikan tangisan mereka yang menangis, yang kelaparan, yang memerlukan pertolongan, yang memerlukan perlindungan.
Biarlah orang mencari cinta Nabi di tempat lain, tapi kita mencari cinta di rumah-rumah orang miskin.

Apabila iman semakin meningkat, maka ujiannya pun besar. Ujian yang paling besar ialah dari orang yang paling hampir dengan kita.

Lihat di sebalik orang menyakiti kita. Pandang terus kepada hakikat. Apabila melihat hakikat, Allah jua di sebalik segala-galanya.

Jangan pandang makhluk di hadapan mu, pandang pada yang menggerakkan pelaku pada masalah itu, iaitu Allah. Semuanya dari Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

TAHAP PROSES NAFSU DISAKITI

Tahap 1 โžก๏ธDia menangis. Sedih dengan apa yang diperbuat orang ke atas kita.
Tahap 2โžก๏ธ Dia tidak lagi menangis. Dia tidak rasa apa-apa lagi. Dia kekal diam.
Tahap 3โžก๏ธ Dia akan tersenyum dengan peristiwa yang sama berlaku, kerana dia melihat yang menggerakkan itu adalah dari Allah. Dia faham teguran Allah dengan itu dia tersenyum, kerana dia tahu semua itu dari Allah. Orang yang makrifah, dia senyum kerana dia faham Allah nak kurniakan kita pengenalan pada diriNya.

Orang yang ada ilmu, nafsu amarah tidak akan dapat menguasai dirinya.

Jangan mempersoalkan takdir-takdir Allah.
Dewasakan pengajian tauhid, dewasakan lagi makrifah.

Tenangkan nafsu itu dengan makrifatullah.
Ikat nafsu dengan syariat. Ikat nafsu dengan ilmu (tauhid, feqah, tasawuf).

Kalau kita menikmati kebahagiaan, bukan sekadar pada manusia. Kebahagiaan itu daripada Allah. Diatas sifat jamalNya yang indah. Namun tidak boleh terhenti disitu.

Ketidaksempurnaan itulah kesempurnaan. Kita tidak boleh ambil kesempurnaan itu sahaja, kita perlu ambil kekurangan itu juga bagi untuk menyempurnakan kita.

4 BENTUK UJIAN

1. Ujian dalam bentuk musibah. Jalan penyelesaian : sabar.
2.Ujian dalam bentuk kenikmatan. Jalan penyelesaian : syukur.
3.Ujian dalam bentuk kebaikan-kebaikan yang dilakukan. Jalan penyelesaian : pandang segalanya dari Allah.
4.Ujian dalam bentuk kejahatan /kesalahan yang berlaku. Jalan penyelesaian : istighfar.

Ujian kelas rendah adalah dari orang yang jauh. Ujian kelas tinggi adalah dari orang yang hampir dengan kita, seperti ibu bapa /anak-anak/ suami isteri.

Kena lalui proses ketidaksempurnaan ini. Ini tempat aku bersabar. Maka akan keluarlah sayap sabar. Ya Allah, dengan sifat kelembutan Mu berikanlah aku kesabaran.

Rehatkan hati dari manusia.
Alihkan hatimu kepada Allah.
Tumpukan hati dengan Allah.
Disitu dia akan dapat merasakan kemanisan ibadah.

Kamu tidak boleh betulkan orang lain dengan diri kamu. Betulkan orang DENGAN TUHAN.

Istighfar. Perbetulkan diri kita dahulu.
Semuanya adalah di dalam genggaman Tuhan. Berinteraksi dengan Tuan yang menguasai qolbu manusia.

Cara berhadapan dengan wanita yang tidak sempurna menutup aurat. Dakwah kita adalah dakwah qolbu.
"Semakin tebal cahaya dalam qolbunya, semakin tebal pakaiannya"

Kepelbagaian dalam berpakaian diwujudkan agar mesra dalam komuniti. Jemaah kita adalah komuniti. Tiada jemaah dalam jemaah. Jika tidak, akan wujud permasalahan dalam masyarakat itu bukan sufi. Sufi memberi kebaikan pada dirinya dan masyarakat. Sayang saudaranya seperti sayang dirimu sendiri. Itulah ajaran Nabi. Hormati sesama insan. Disini tempat kita berkasih sayang. Bergerak dalam jemaah. Hormati komuniti.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

13 Jan, 06:59


Sibukkan perkuatkan umat ini dengan permuafakatan dengan Madinah (kasih sayang) dan Mekah (ketauhidan).

Waallahua'lam

MUKHAYYAM MIKRAJ - PERJALANAN CINTA
11 - 12 Jan 2025

Catatan- Kak Long Fara

https://www.facebook.com/share/p/1GyEQnjn88/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

13 Jan, 06:58


Alhamdulillah syukur Ya Allah..antara butiran kalam ilmu dari Guru yang dikasihi Ayahanda Walid di Mukhayyam Mikraj bersama Al Fadhil Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY).

๐Ÿ’ Perbanyakkan selawat dan mengamalkan ibadah sosial.
Selawat utk menghubungkan hati dgn Rasulullah ๏ทบ kerana amalan selawat tidak ditolak oleh Allah walau lalai sekalipun.

Yg penting hadirkan Rasulullah ๏ทบ pada qalbu, akan ingat pada Rasulullah. Hadirkan cinta, apa jua perasaan yg menjadikan ingat kita pada Rasulullah ๏ทบ.

Selawat dimudahkan amalan, bagi permulaan selawat Jibril.
Bukan Jibril yg selawat tapi dinisbahkan Jibril yg menyampaikan selawatยฒ, kelebihanยฒ selawat.

Selawat samaada panjang atau pendek akan dibalas 10. Kita perlu memperbanyakkan ibadah sunat selepas yg wajib dizaman ini. Zaman berkejaran masa dan masa terlalu pendek dan Allah cabut barokah. Dalam memimpin rohani ini Ayahanda isytihar sebarkan selawat Jibril. Menyebarkan Rasulullah ๏ทบ dihati umat ini. Tanpa ikatan Nabi umat ini akan lemah. Sahabat kuat kerana hati mereka kuat kasih mahabbah kepada Nabi ๏ทบ.

Ibadah sosial - melibatkan semua pekerjaan, gerak kerja yg beri kebaikan sesama insan. Jadikan setiap kerja ibadah- kalau tak rugi masa. Ibadah sosial mengangkat darjat cepat.

๐Ÿ’ Cari cinta Nabi ๏ทบ dgn ibadah sosial. Kita cari lailatulqadar di rumahยฒ org miskin. Pergi ke tepi longkang, jangan biar umat ini kelaparan sebab kita tak peduli.

๐Ÿ’ Belajar makrifat - jangan hanya pandang dihadapan nanti syirik. Pandang yg menggerakkannya, jangan melihat hanya pada zahir, pandang ke dalam lagi. Jangan hanya pada syariat, tembus pada hakikat. Kita akan lihat Allah disebalik segalanya.

๐Ÿ’ 3 tahap proses nafsu, yg dilalui ketika proses yg menyakiti dalam peristiwa yg sama.
1. Menangis,sedih dgn apa yg berlaku
2. Tidak lagi menangis, kekal diam tenang. Tak mengulas apa-apa
3. Ketawa. Disebalik peristiwa itu dia melihat Allah yg menegurnya atau mendekatkan dirinya padaNya. Faham teguran Allah.

๐Ÿ’ Belajar tauhid dan makrifat agar tidak berburuk sangka kepada Allah yg amat baik pada mereka.

๐Ÿ’ Kontra balik diri dengan nafsu amarah. Kalau ada ilmu, nafsu amarah tak boleh bising. Ikat nafsu amarah tentang takdir dgn ilmu Makrifatullah. Ikatkan nafsu dgn syariat. Dan jadikan nafsu yg tidak ikhlas, riak dgn tassawuf. Barulah akan temui kebahagiaan.

๐Ÿ’ Keluarlah sayap syukur. Kerana perlu dua sayap utk ke syurga. Sabar dan syukur.

๐Ÿ’ Tidak sempurna itulah kesempurnaan kita. Mesti ada ketidaksempurnaan dlm hidup kita kerana Maha Sempurna Allah. Mesti ambil kekurangan hamba itu.

๐Ÿ’ Ujian ada 4 jenis, bergantung pada tahap kita. Mengikut kadar dalaman.
โžก๏ธUjian dlm bentuk musibah kesakitan kesusahan - sabar
โžก๏ธUjian kenikmatan - syukur
โžก๏ธUjian Kebaikan - pandang dari Allah
โžก๏ธUjian Kejahatan - wajib beristighfar

-Tuhan tak uji apa yg kita tak boleh melalui.

-Ujian kelas rendah, org yg jauh dengan kita.
Ujian kelas tinggi, org yg hampir dengan kita.

๐Ÿ’ Jangan minta kekuatan bermakna minta ujian yg hebat. Minta sifat kelembutan Allah, untuk bersabar.

๐Ÿ’ Rehatkan qalbu dari hal manusia, alihkan hati pada Allah. Sibukkan diri dengan zikir.

-Kesalahan adalah nak betulkan diri org lain dengan kamu. Betulkan diri kamu dgn Tuhan dulu, baru Tuhan akan betulkan. Berinteraksi dgn tuan yg menguasai qalbu-qalbu manusia .

๐Ÿ’ Muafakat - jamaah. Perlu lakukan dlm jamaah - komuniti tersebut, masyarakat kampunh berasaskan aswaja. Jaga kasih sayang dlm komuniti.

๐Ÿ’ Jangan wujudkan jemaah dlm jemaah. Setiap Rumah Cahaya akan jaga komuniti.

๐Ÿ’ Semakin tebal cahaya qalbu, semakin tebal pakaiannya.

๐Ÿ’ Sufi ialah pendekatan akhlak.

๐Ÿ’ 2025. Tahun tekanan. Tahun kerohanian.

๐Ÿ’ Pergerakan bina balik keimanan dan kesatuan ummat ini. Dengan jalan yg tidak kelihatan tapi kita bergerak wujudkan masyarakat. Tanpa sedar kita wujudkan kasih sayang sesama umat, akan datang pertolongan Allah yg begitu hebat.

Wallahualam
Acik Wani
12 Jan 2025

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

13 Jan, 06:53


4 bentuk Ujian:

Oleh:
Guru yang dikasihi, Ayahanda Walid Ibrahim Al-Malik

https://vt.tiktok.com/ZS693GAUH/

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

08 Jan, 07:05


๐Ÿ’• Semakin Makrifat, Semakin tinggi sifat kehambaan.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS6aatvRe/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

08 Jan, 01:55


*DAURAH KITAB SAYYIDUNA MUHAMMAD SAW SYARIAT DAN HAKIKAT KARYA WALID IBRAHIM AL MALIK 2.0*

*Bersama:*
USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (UMAY)

*TARIKH* : 9 JANUARI 2025
*HARI* : KHAMIS
*MASA* : 9.00 PG- 12.00 TGHR

*TEMPAT:*
SURAU TAMAN ALAMANDA TAMAN ALAMANDA,
SENAWANG ,NEGERI SEMBILAN

*Sebarang pertanyaan* dan untuk ikuti daurah secara *online*
HUBUNGI:

Ateh Rozie 018 2023928
Along Salina 019 3714073

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

๐Ÿ“–HARGA KITAB RM20

*MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR DAN MOHON SEBARKAN*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

07 Jan, 08:27


๐Ÿ’• Kecintaan Sang Sufi Pada Amal

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS659vfbb/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Jan, 12:37


๐Ÿ’• Kepentingan beramal akan ilmu.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS6PtspWH/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

05 Jan, 11:44


- pada orang Sufi: Amalku milikmu ya Allah.
- Kita beribadah bukan sebagai pekerja yg inginkan balasan. Kita beribadah adalah sebagai hamba Allah.
- Lagi banyak taat, lagi banyakkan istighfar. Bukan lagi banyak taat, lagi terpesona dan terpegun dgn diri. (Inilah Ujub)
- Semakin kenal Allah, semakin ikhlas dlm amal.
- Perbetulkan amal batinmu, Allah yg akan jaga zahirmu.
https://vt.tiktok.com/ZS6f93kfK/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

05 Jan, 06:14


*[MAJLIS MAGHFIRAH & MUZAKARAH TAUHID SUFI]*

Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (UMAY)

Tarikh: 6 Jan 2025
Hari : Isnin
Masa: 10.45 pagi - 12.45 T/Hari

Alamat:
No. 11 Jalan Jati 3/6 Seksyen 3 Shah Alam.

Hubungi:
017-3366720 (Zuraidah)

*DIJEMPUT HADIR, SILA SHARE*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Jan, 23:33


Kamu merasai sehelai bulu roma itu milik kamu, kamu dalam keadaan mensyirikkan Allah. Jadi apabila sebut nafi ithbat kita menafikan apa jua pemilikan hak diri 100%.

Semuanya 100% dan bukan 99%, bukan 98%. Tidak. Menafikan apa jua pemilikan hak diri 100% dan semuanya dikembalikan kepada Allah.

Semuanya adalah pemilikan Allah jua. Segala apa yang ada pada dirimu hanya amanah dari Allah. Dan amanah ini tidak lain Allah Taala pinjamkan kamu dan ia sebagai proses ujian daripada Allah. Setiap amanah itu akan ditanya oleh Allah SWT.

Dr UMAY.
4 Januari 2025.
Daurah Kitab, Allah Syariat & Hakikat II
"Memandang Wajah Tajalli-Nya suatu pencerahan".
Karangan Ayahanda Walid Ibrahim al Malik.

Fb: Fiza Omar

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Jan, 10:54


Pembukaan kelas kitab Hikam Ibnu Atho'illah As Sakandari (kuliah bulanan) pada 5 Jan (esok pagi) di Beranang Selangor .

Muslimin & Muslimat Dijemput hadir.

Mohon Share & Sebarkan.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Jan, 18:07


๐Ÿ’• Rahsia Bulan Rejab (Ro Ja Ba) - Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS6U21jyn/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Jan, 09:02


Ilmu adalah wasilah untuk amal.

Jangan terhenti hanya dengan perbahasan ilmu semata-mata, namun sempurnakan ilmu dengan amal, dan amal yang menepati syariat & hakikat akan membawa kepada sifat kehambaan & kefakiran di sisi Allah.

Itulah matlamat menuntut ilmu.

Dr. UMAY

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Jan, 03:57


๐Ÿ’• Merasakan wujudNya Allah.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)

Tik Tok:
https://vt.tiktok.com/ZS6DmuW6s/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

*MOHON SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Jan, 02:54


*KULIAH DHUHA BULANAN*

*MAJLIS SELAWAT & PENGAJIAN KITAB HIKAM IBNU ATHO'ILLAH AS SAKANDARI*

Bersama
USTAZ DR. MUHAMMAD AFIF BIN YAHYA (DR.UMAY)

๐Ÿ—“Tarikh : 5 Januari 2025 (Ahad)
โฐMasa: 9.00 pagi - 11.30 pagi
๐Ÿ•ŒTempat: Surau Al-Ihsan Fasa 1H, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor

*Aturcara๐Ÿ“–*
9.00 - Majlis Selawat & Pengajian Kitab
11.30 - Makan dan bersurai

๐Ÿ“•Kitab berharga: RM27

Untuk pendaftaran dan pembelian kitab RM27,
*Sila hubungi: Ustazah Rubiah*

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
MOHON SHARE & SEBARKAN.
Terima kasih.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
https://www.wasap.my/60187667076/DaurahKitabHikam5Jan2025

*MOHON SHARE*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

27 Dec, 08:42


Malam tadi bersama Sidi Syeikh Rohimuddin bertemu & bersilaturahmi dengan Sohibul Samahah Datuk Mufti Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan hampir 3 jam sarat dengan perkongsian & perbincangan khususnya hal ehwal Tariqah Tasawuf.

Kita bersepakat apabila umat semakin jauh dengan tasawuf & tarbiah kerohanian, maka hilanglah jati dirinya.

Dr. UMAY
27.12.2024
Kota Kinabalu Sabah

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

27 Dec, 08:19


Firman Allah :
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad dari Allah) dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya." (Surah Al-Maidah : 15)

DAURAH KITAB :

๐Ÿ“˜ Muhammad Syariat dan Hakikat "Suatu Pemurnian" sebuah karya Guru yang dikasihi - Walid Ibrahim Al Malik

- Disyarah oleh : Ustaz Doktor Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

๐Ÿ—“๏ธ 28 Disember 2024 (Sabtu)
โฐ 9.00 Pagi โ€“ 2.00 Petang
๐Ÿ•Œ Masjid Nurul Ittihad, Kg. Muhibbah, Lahad Datu

๐Ÿ’ต Penyertaan RM 30 (Tidak Termasuk Kitab)
Makanan dan Minuman disediakan

๐Ÿ’ต Kitab berharga RM 22
๐Ÿ€ Penyertaan dibuka kepada Muslimin dan Muslimat.

๐Ÿ“ Untuk pendaftaran dan penyertaan boleh hubungi:
https://wa.me/<0179180807> (En.Emien)
https://wa.me/<01116190120> (Hjh Lijah)

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

27 Dec, 08:16


Kuliah Subuh (28 Dis) di Lahad Datu Sabah

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

27 Dec, 00:20


Malam ini di Lahad Datu Sabah insya-Allah

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

26 Dec, 21:32


https://vt.tiktok.com/ZS6rJuP14/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

26 Dec, 21:15


_Hidup bertauhid, tiada bersedih,_
_Hidup bertauhid, tiada berbimbang,_
_Menafi diri, mengisbat Ilahi,_
_Cinta Rasuli, penguat rohani._

Julung kalinya *MAJLIS RUMAH CAHAYA & BICARA TAUHID* DIADAKAN! โœจ

Didatangkan khas,

๐Ÿ’ฅ *UST. DR. MUHAMMAD AFIF BIN YAHYA*

AYUH! Lapangkan waktu anda, jangan lepaskan peluang untuk hadir di majlis seperti tertera ๐Ÿ’

๐Ÿ”ด *27 DISEMBER 2024 | JUMAAT*

๐Ÿ”ด *JAM 8.00 - 11.00 PAGI*

๐Ÿ”ด *SURAU RIYADUSSOLIHIN, TAMAN AUSTRAL, KEPAYAN, KOTA KINABALU*

๐Ÿ”ด *HIBAH RM10 (Terhad kepada 100 orang)*

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis. InsyaAllah, Jumpa anda di sana!! ๐ŸŒน

โœจ Sebarang persoalan boleh berhubung dengan

014-6577987 (FIRDAUS) 012-3415671 (ZAID)

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

26 Dec, 21:14


๏ทฝ

ุฃู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡

_Allah ๏ทป berfirman:_ _Katakanlah (wahai Muhammad):_ _"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (Al-Ikhlas 112: 1-2)_

๐Ÿ“˜ *KULIAH SUBUH: BICARA TAUHUD SUFI*

โœจ Disampaikan oleh :
*USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (DR. UMAY)*

โœจ Pada Ketetapan Berikut:
๐Ÿ—“๏ธ *27 DISEMBER 2024 | JUMAAT*
โฐ *SELEPAS SOLAT SUBUH*
๐Ÿ•Œ *MASJID UMAR AL-KHATTAB, TAMAN TELIPOK RIA FASA 3, TUARAN*

Link lokasi: https://maps.app.goo.gl/eZt59mUdhPQqryUm7

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

๐Ÿ“ž014-6577987 (Firdaus)
๐Ÿ“ž012-3415671 (Zaid)

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

26 Dec, 03:41


Catatan pengajian Kitab Ayyuhal Walad bersama Dr. UMAY (sesi 7):

Jemput baca seterusnya: ๐Ÿ‘‡
https://www.facebook.com/share/p/1EEveY6hG8/

Boleh Share. Moga Bermanfaat. ๐Ÿคฒ

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Dec, 09:23


Sekadar hanya alim semata- mata belum lagi selamat.

Jemput Dengar:
https://www.facebook.com/share/v/15PT1Hyhah/

Boleh Share. Moga Bermanfaat.๐Ÿ’•

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Dec, 06:04


*[JADUAL JAULAH ILMU DR. UMAY DI SABAH]*

*๐Ÿ“ŒKHAMIS 26/12*
(Malam): Majlis Silaturrahim - Tertutup.

*๐Ÿ“ŒJUMAAT 27/12*

*1.KULIAH SUBUH*
Tempat: Masjid Umar Al akhattab , Taman Telipok Ria Fasa 3 Kota Kinabalu Sabah.
Masa: Selepas Subuh.

*2.BICARA DHUHA:*
Rumah cahaya & Bicara Tauhid Sufi
Tempat:
Surau Riyadhussolihin Taman Austral, kepayan Kota Kinabalu Sabah.
Masa: 8.00am - 11.00am

โ€”โ€”BERLEPAS KE LAHAD DATU โ€”โ€”

*3.KULIAH MAGHRIB*
Tempat:
Masjid Nurul Aman , Taman Aman Jaya. Lahad Datu Sabah.
Masa: Selepas Maghrib

*๐Ÿ“ŒSABTU 28/12*

*4.KULIAH SUBUH*
Tempat:
Masjid Nurul Ittihad , Kg Muhibbah,Lahad Datu Sabah.
Masa: Selepas Subuh.

*5.DAURAH KITAB MUHAMMAD SYARIAT & HAKIKAT KARYA WALID IBRAHIM AL MALIK*
Tempat: Masjid Nurul Ittihad, Kg Muhibbah , Lahad Datu Sabah.
Masa: 9.00am - 2.00pm

โ€”โ€”BERANGKAT KE TAWAUโ€”โ€”

*๐Ÿ“ŒAHAD 29/12*

*6.KULIAH SUBUH*
Tempat: Masjid Bandar ( Lama ), Tawau Sabah
Masa: selepas solat subuh

*7.BICARA DHUHA - DAURAH KITAB SUFI SEJATI*
Tempat: Masjid Al Aman, Tawau Sabah
Masa: 9.00am - 11.30pm

*8.KULIAH MAGHRIB*
Tempat: Masjid Az-Zaeemah Bandar Sri Indah Tawau Sabah
Masa: Selepas Maghrib

*9.ESBOK BERSELAWAT & TAUSIAH*
Tempat: Balai Raya , Kampung Titingan, Tawau Sabah
Masa: Selepas Isyak

*๐Ÿ“ŒISNIN 30/12*

โ€”โ€”BERANGKAT KE SANDAKAN
โ€”โ€”

*10.BICARA KHAS BERSAMA WANITA*
Tempat : Masjid Nurussyakirin Indah Jaya, Sandakan.
Tajuk: Duhai wanita! Dimana Allah dihatimu?
Masa: 8.00 malam

*MOHON SHARE & SEBARKAN*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

08 Dec, 13:45


Di sebalik alam zahir ini, semuanya adalah tajalli af'al, asmaz sifat dan wujudnya Allah.

Semuanya menceritakan tentang Allah. Justeru bersihkanlah cerminan qalbu agar kita dapat menyaksikan pantulan af'al, asma' & sifat Allah SWT.

UMAY

Link TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSjWuRFBN/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share. Moga bermanfaat

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

07 Dec, 15:27


Majlis Selawat & Bicara Hati bersama AF Ustaz Dr UMAY malam tadi (Jumaat 6.12.24) di Bait Al Rahmat, Shah Alam.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Dec, 11:46


KEMULIAAN HAMBA DISISI ALLAH

Allah memuliakan seseorang itu dengan 3 jenis kemuliaan, dengan karomah yang Allah limpahkan kepada hambaNya.

1๏ธโƒฃ Allah menjadikan kamu sentiasa berzikir mengingatiNya.
2๏ธโƒฃ Allah menjadikan kamu dikenali orang.
3๏ธโƒฃ Allah menjadikan kamu disebut-sebut namamu disisi-Nya

Karomah ialah perkara yang mencarik adat yang Allah berikan kepada para kekasih Allah, mereka yang dicintai oleh Allah Taala. Allah tidak beri kepada mereka yang tidak taat dan yang tidak beriman. Allah tidak akan beri pada mereka yang tidak memiliki makrifat kepada Allah. Apabila seseorang itu memiliki kekuatan iman, penyerahan sepenuhnya kepada Allah..maka Allah akan kurniakan kepada mereka karomah.

Kurniaan kelebihan itu seperti..
๐Ÿ’•Ma'unah.. Pertolongan yang Allah berikan kepada orang yang soleh
๐Ÿ’•Mukjizat..diberikan kepada para Rasul dan Anbia
๐Ÿ’•Karomah..diberikan kepada mereka yang dicintai oleh Allah.

Seseorang yang mendapat kelebihan atau karomah yang berlaku mencarik adat itu, adapun ia adalah sangat kecil. Disisi orang sufi, itu adalah kecil. Orang sufi hanya inginkan Allah. Orang sufi berzikir hanya untuk mendapatkan Allah..bukan untuk mendapatkan kelebihan atau karomah.

Jika seseorang itu beramal untuk mendapatkan kelebihan itu dan ini, maka dia akan menjadi hamba kepada kelebihan itu. Dia akan berupaya untuk melakukan sesuatu perkara itu demi untuk mendapatkan karomah..bukan kerana Allah. Itu hanyalah sia-sia, hanya mendapat lelah.

Ada mereka yang diberi karomah, dia semakin mendalam sifat kehambaannya..sifat kefakirannya.
Ada mereka yang diberi karomah, membawa kepada kesombongan. Bererti dia gagal dengan ujian karomah itu.
Maka, untuk menghancurkan keakuan dan sifat ananiyah itu, dia perlukan kepada zikir yang mempunyai rantaian sanad hingga ke Rasulullah saw. Cahaya itu yang akan memecahkan segala berhala yang ada dalam diri, menghancurkan keakuan dan ananiyah dalam diri.

Jika kita beramal untuk mendapat kurniaan, itu bersifat rendah.
Kita nak mencari kelebihan atau nak mencari Sang Pemberi kelebihan?
Kita nak mencari kurniaan atau nak mencari Sang Pemberi kurniaan?
Jika kamu memiliki Allah, kamu memiliki segala-galanya.

Karomah yang paling utama ialah apabila hatimu tidak berpaling daripada Allah..pabila Allah tamkinkan, tetapkan hatimu dalam apa jua situasi dirimu tetap tidak berganjak daripada mengingati Allah.

Yang menjadi kebimbangan para kekasih Allah, ialah apabila Allah berpaling daripada mereka..apabila mereka tidak dapat lagi kenikmatan dalam ibadah..apabila mereka hilang kenikmatan dalam berdoa, dalam melakukan ibadah, ketika mereka rukuk, ketika hilang asyik dan kerinduan kepada Allah. Apabila hilang cahaya dalam qolbunya, maka akan hilang kenikmatannya dengan Allah Taala.

Perbetulkan perjalanan kita.. melainkan hanya untuk mendapatkan cinta Allah. Kita bukan menjadi hamba untuk mendapatkan karomah, firasat, futuhat..tetapi orang sufi hanya inginkan Allah.. Dia hanya menjadi hamba kepada Allah. Kerana kenikmatan seseorang itu disisi Allah ialah pabila terbitnya sifat kehambaan dan kefakiran di hadapan Allah. Itulah wilayah yang penuh keasyikan, kelazatan, kesedapan kepada Allah..iaitu ketika dalam hatinya wujud sifat kehambaan dan kefakiran disisi Allah Taala.

Orang sufi bukan kejarkan kelebihan..orang sufi hanya inginkan Allah.

Seorang kekasih..dia mencintai kekasih bukan kerana kelebihannya. Dia mencintai kekasihnya kerana kekasihnya..walaupun tidak mempunyai apa-apa kelebihan pada kekasihnya.
Aku hanya inginkan dirimu..walaupun pada dirimu tidak ada apa-apa kelebihan. Orang sufi hanya inginkan Allah, walaupun Allah tidak berikan karomah padanya, kelebihan padanya. Yang dia inginkan hanya Allah. Dia hanya mahukan Allah. Hatta dia tidak mendapat waridad, futuhat, firasat, dan tidak merasai pembukaan.. Namun, apabila Allah memilih dirinya untuk duduk di maqam kehambaan..ya, itu yang dia cari.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Dec, 11:46


Ketika seseorang itu beramal untuk mendapatkan kelebihan..dia akan berputus asa ketika dia tidak mendapat sesuatu yang diinginkannya, lalu dia akan meninggalkan ibadah itu. Adab seseorang kekasih..apa yang Engkau beri, ia tidak membimbangkan ku. Tidak memberi itu juga tanda cinta Allah kepada hambaNya. Malah mereka takut jika diberikan kelebihan.. akan karomah yang Allah berikan itu akan menjadikan mereka lalai.

Tarekah itu tarbiyah. Sentiasa berhadap hati pada Allah. Bererti jika sekadar kamu membaca kitab tasawuf..ia belum cukup. Jika mereka yang belum ada guru, bererti dia belum masuk lagi dalam tarekah..tasawufnya itu hanya pada ilmu. Dalam tarekah kena ada Syeikh dan mursyid yang membimbing perjalanan murid. Ketika mengambil jalan salik kepada Allah..maka guru yang akan membimbing murid tersebut untuk sampai kepada Allah.

Para kekasih Allah, mereka bersungguh-sungguh inginkan Allah. Kesungguhan dan kerendahan hati mereka hanya mahukan Allah..maka Allah akan berikan kemuliaan padanya atas sebab kesungguhannya..atas sebab keikhlasannya itu. Orang yang jujur hatinya dengan Allah, dia tidak akan menoleh lagi kiri dan kanan. Dia hanya ingin Allah. Bagi orang yang hatinya berbolak balik dia memerlukan kefahaman dan pengajian..supaya hati itu tidak berganjak, supaya hatinya hanya mahukan Allah. Orang yang hatinya telah tetap dengan Allah..dia sudah tamkin..hatinya tidak akan berganjak, hatinya tetap hanya inginkan Allah.

3 JENIS KEMULIAAN
1๏ธโƒฃAllah menjadikan kamu sentiasa berzikir mengingatiNya.
Tanpa kurniaan Allah, kita tidak mampu menjadi ahli zikir. Pabila Allah gerakkan hati untuk berzikir, bererti kamu dalam kecintaan Allah. Semua dalam izin Allah. Jangan sandarkan amal pada diri kamu. Orang yang sandarkan amal pada dirinya, dia akan jatuh. Allah tidak akan muliakan dia. Lantaran kerana sombongnya dirinya pada ibadahnya.

Perjalanan sufi ialah perjalanan meleburkan diri, mengghaibkan diri sehingga Allah nyata dalam dirinya. Pabila dia sudah tidak pandang lagi dirinya, dia akan berjalan dalam hidupnya dengan penuh kenikmatan. Tidak ada lagi kesedihan dan kedukaan. Lantaran dia tidak lagi memandang pada dirinya. Dia melangkah dalam kehendak Allah. Tidak ada lagi kegusaran dalam hidupnya. Setiap dalam takdir-takdirnya, dia tempuh dengan kegembiraan dan ketenangan. Kerana sudah tidak ada lagi dirinya lagi. Inilah orang yang telah mencapai keleburan dirinya. Hal ini tidak akan dapat dengan pengajian..tetapi dengan bersuhbah dan taat pada guru. Kerana cinta itulah yang membawa kepada penyatuan. Dengan cinta dirimu kepada guru mu..itulah yang membawa kepada penyatuan.

Tanpa quwwah, kita tidak mampu berzikir kepada Allah. Dengan zikir dapat menyampaikan perjalanan kita kepada Allah. Zikir adalah kekuatan, akar tunjang..kekuatan untuk berjalan kepada Allah. Disana akan ada berlaku peningkatan tauhid kepada Allah. Zikir tersebut ialah zikir yang mempunyai sanad yang didapati melalui mursyid. Zikir itu yang mampu membuat kamu terbang kepada hadrat illahiyah.

Ketika Allah izinkan kamu menyebut namaNya, bererti Allah ingin berikan limpahan kebaikan pada dirimu. Ketika kamu mendapat zikir dari guru, jangan tinggal zikir itu. Lama-kelamaan Allah lihat kesungguhan mu. Ketika telah mendapat nikmat berzikir kepada Allah..sudah tidak ada lagi terbeban pada diri. Dia melakukan dengan cinta. Ibadah dengan cinta tidak rasa payah..tidak rasa lagi lenguh pada jasadnya. Kerana rohaninya telah mengalami pengembaraan yang mengasyikkan. Dalam keadaan dia tidak sedar waktunya sudah sangat panjang..kerana dia sudah berada dalam kenikmatan.

Tetaplah berzikir walau dalam keadaan lalai. Walau tidak mendapat pembukaan, namun bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan..nanti Allah akan berikan nikmat-nikmat yang tidak ada pada dirimu.

Tidak boleh nak dibandingkan kenikmatan berlazat dengan Allah. Orang yang telah Allah campakkan keasyikan dan kelazatan dengan Allah..dia tidak mahu lagi selain daripada Allah. Dia tidak mudah dibeli oleh dunia lagi.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Dec, 11:46


Teruskan berzikir. Jangan putus!
Sifat nur itulah yang akan sentiasa kekalkan dirimu dalam keadaan zikir kepada Allah. Walaupun tiada lafaz, namun hatimu sentiasa bermusyahadah dengan Allah

Zikir sehingga mencapai kenikmatan dengan Allah. Hidupkan zikir yang mati.. Zikir yang hidup, akan Allah singkapkan pembukaan, penyaksian kepada Allah. Zikir sehingga membuka mata hatimu.. INGAT - RASA - PANDANG

Zikir hanya wasilah. Rahsianya ada pada guru. Guru yang memandu yang akan membawa murid kepada kebenaran. Tarekah itu guru. Rahsia salik itu pada guru. Kebenaran perjalanan itu adalah pada guru. Kebenaran itu ada pada guru. Karomah guru itu akan dilimpahkan pada murid.

2๏ธโƒฃ Allah menjadikan kamu dikenali orang.
Allah jadikan kamu dikenali orang. Orang mengenali mu lantaran Dia menganugerahkan zikir itu kepadamu. Dia menjadikan kamu dikenali. Orang tahu kebaikan kamu. Orang kenal kamu sebagai orang yang soleh. Sekalipun kamu bukan inginkan kelebihan itu. Sehingga kamu dikenali..bukan kamu yang mahu, tapi Allah yang nak kamu masyhur. Jika Allah nak kamu masyhur, disitu ada kebaikannya. Ujian para salik ialah kemasyhuran. Tanamkan dirimu sedalam-dalamnya. Bumikan diri kamu sedalam-dalamnya. Berkhalwah. Namun, jika Allah datangkan kemasyhuran kepada kamu, pasti ada kebaikan. Kamu dimasyhurkan manusia, sekalipun kamu tidak mahukan hal itu. Lantaran kerana keberkatan zikir kamu. Cahaya yang ada pada kamu. Zikir itulah yang membuka hijabmu. Zikir itulah yang menerangi batinmu sehingga kamu memiliki keistimewaan menjadi makhluk pilihan Allah. Dengan keistimewaan itulah yang akan sentiasa mendorong kamu mengingati Allah.

Orang yang mendapat kurniaan dari Raja, menyebabkan hatinya terdorong mengingati kebaikan Raja itu..pasti dia akan bahagia, dia akan menjaga nama baik Raja tersebut. Dia akan sentiasa ingat Raja tersebut. Dia bahagia dengan kurniaan darjah dari Raja tersebut. Bagaimana jika kamu mendapat kurniaan daripada Allah? Dengan kurniaan itulah akan mendorong mengingati namaNya. Kamu akan lebih bersungguh-sungguh merasai nikmat yang ada di dalamnya. Hal itulah yang akan membuatkan kamu dikenali, dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan. Orang soleh ini..namanya sentiasa disebut-sebut. Penulisannya itu diambil terus menjadi manfaat hingga ke hari ini. Orang yang dekat dengan Allah, nama mereka tidak akan hilang dihati para pencinta Allah.

3๏ธโƒฃ Allah menjadikan kamu disebut-sebut namamu disisi-Nya.
Allah Taala menjadikan namamu disebut-sebut disisiNya. Allah menyebut namamu..sehingga kesempurnaan nikmat pada mu menjadi sempurna.

Ketika kamu dapat mengingati Allah, bererti Allah sedang mengingati dirimu. Ketika kamu mengingati Allah, ketika itulah Allah merindui mu. Ingatan Allah itu mendahului ingatanNya kepada hambaNya. Allah dahulu yang mengingatinya, barulah dia memperingati Allah.
"Siapa yang sentiasa mengingati KU, maka AKU akan sentiasa mengingatinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Allah menyempurnakan nikmat kepadanya..dengan Allah menyebut namanya. Ketika Allah sudah mencintaimu..itulah kesempurnaan nikmat pada dirimu. Maka berlarilah untuk mendapat cinta Allah. Mencari orang yang boleh pimpin kita untuk mendapatkan cinta Allah.

"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada mu."

Maka, latih hati sentiasa ingat kepada Allah. Jangan rasa rendah ketika Allah telah memberi kamu nikmat berzikir kepada Allah. Zikir adalah nikmat..ia adalah jalan tazkiyah. Ketika Allah izinkan kamu berzikir kepada Allah..itu satu kemuliaan.

Waallahua'lam

Dr. UMAY
06.12.2024
MAJLIS BRUNEI DARUSSALAM BERSELAWAT DAN TAUSIAH

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Dec, 04:44


Jangan sesekali kita mengabaikan doa dari sesiapa pun di sekeliling kita, walaupun dari seorang pengemis sekalipun.

Kerana kita tidak tahu doa siapa yang menjadi asbab kita memperolehi barokah dalam kehidupan.

Dr UMAY
5 Dis 2024

Gambar:
Bersama Kiyai Abdul Wasik As Syazuliah Al- Makki dari Madura Jawa Timur Indonesia.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

05 Dec, 08:14


PAGE RASMI RABITHAH MASYAIKH SUFIAH SENUSANTARA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seperti yang sedia maklum bahawa Rabithah Masyaikh Sufiah Senusantara yang diadakan baru-baru ini telah pun ditubuhkan dengan barakah para Masyaikh.

Justeru, untuk mendapatkan pelbagai update aktiviti, kuliah, dan penulisan ilmiah daripada para Masyaikh Rabithah boleh terus ke link Facebook ini :

https://tinyurl.com/JemputFollowPageRabithah

FOLLOW & SHARE.

Jazakumullah.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

05 Dec, 01:15


Membina sebuah masjid itu mudah.
Membangunkan madrasah itu mudah.
Menubuhkan pondok / pesantren itu mudah.

Tetapi untuk membangunkan qalbu & rohani insan itu sangat sukar dan penuh ranjau.

Hanya dengan pembinaan qalbu & rohani akan meneguhkan ketauhidan & akhlak seorang insan.

Tiada makna memiliki ilmu sekiranya tiada disertakan adab.

Dr. UMAY

Gambar:
Bersama Kiyai Ahmad Bin Kiyai Hassan (Ceribon)

https://www.facebook.com/share/p/1KFA8NdPcH/

Boleh Share. Moga Bermanfaat

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Dec, 12:13


Assalamualaikum.

Insya-Allah setelah khatam (tamat) kitab Cahaya Rabbani, maka kitab baru untuk sesi pengajian waktu pagi ialah Kitab Ayyuhal Walad Al Imam Al-Ghazali secara online (tiada hibah yang dikenakan)

Pengajian ini dibuka kepada semua, dan akan dimulakan setelah saya pulang dari safar.

Untuk dapatkan kitab Ayyuhal Walad boleh dapatkan di mana- mana kedai kitab ataupun shopee dll.

Info lanjut hubungi 018-2439509

UMAY

Boleh sebarkan.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Dec, 04:52


Mulianya seseorang itu kerana adab dan akhlak yang dimilikinya, bukan pada ilmu, ibadah, harta pangkat & kedudukan .

Tiada maknanya jika memiliki ilmu setinggi gunung sekalipun, ibadah yang banyak namun tidak membuahkan adab & akhlak.

Akhlak yang mulia adalah syarat untuk mendapat pertolongan daripada Allah.

Maka sufi itu akhlak. Bukan pada panggilan & gelaran, bukan pada serban, bukan pada jubah, dan sebagainya.

Teringat kalam Ayahanda Walid:
"Tauhid sufi yang akan mendamaikan jiwa orang miskin, jiwa orang yang maksiat dan lain-lain. "

Umat sekarang sudah kegersangan adab, akhlak & cinta.

Moga Allah terus memuliakan dirimu wahai penjaja Es Teh.

Dr. UMAY
4.12.2024

https://www.facebook.com/share/p/15d1MBqa8n/

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

03 Dec, 14:44


๐Ÿ’• Amalan yang sedikit membawa kepada perubahan.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

Jemput dengar:

Link TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSjnBqH25/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Sebarkan. Moga Bermanfaat ๐Ÿคฒ

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

01 Dec, 06:11


Seorang mursyid yang hakiki tidak mencari murid dan tiada sibuk untuk meramaikan murid.

Namun para mursyid hanya menunggu di tepian jalan sahaja seandainya ada yang melintasi dan ingin kembali kepada Allah, maka dirinya akan memimpin tangan insan tersebut agar sampai kepada Allah. Begitulah tamsilannya.

https://www.facebook.com/share/p/19JhFQ4AmL/

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

01 Dec, 06:10


Sesiapa yang tidak merasai kehambaan dalam jiwanya, maka jiwanya tidak akan merasai kenikmatan dengan Tuhan.

@Bogor Indonesia

Dr UMAY.

https://www.facebook.com/share/p/19mHSqRVKC/

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

30 Nov, 15:58


Di sebalik musibah ada cintaNya, ada rahmatNya, ada KeampunanNya dan akan menumbuhkan jiwa yang bermuhasabah dan bergantung harap kepada Allah.

Dr. UMAY
30.11.2024
Bogor Jawa Barat Indonesia

https://vt.tiktok.com/ZSjgaKPWK/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share. Moga bermanfaat

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

26 Nov, 02:17


Makrifat yang benar pasti membawa kepada cinta & kasih kepada syariat.

Semakin dirinya dibukakan Makrifat (pembukaan demi pembukaan) semakin dirinya berpegang kepada syariat, bahkan akan menjaga & bersungguh-sungguh melaksanakan syariat.

Hal ini demikian kerana pada syariat itulah membawa kepada sifat kehambaan & kefakiran di sisi Allah. Itulah kemuncak makrifatullah.

Inilah yang membezakan perjalanan makrifat Rasulullah saw & makrifat syaitan.

@ Majlis Selawat dan Bicara Tauhid di Masjid As-Solihin Mukim Paya Rambai Kelantan.

UMAY
26.11.2024

https://www.facebook.com/share/p/14cxeHP4UQ/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Nov, 10:51


๐Ÿ’• Sekiranya kamu inginkan permata makrifat, carilah dalam Nur yang ada dalam dada guru mursyidmu.

Oleh:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya Yahya (UMAY)

@Majlis Maghfirah dan Pengajian Kitab Diari Salik karya Ayahanda Walid Ibrahim @ Puteri Subang Shah Alam (24 Nov).

TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSjC3NU6U/

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share. Moga Bermanfaat ๐Ÿ’•

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 22:34


Enjoy this post in TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSjCAWAG4/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 16:11


Momen ketika berjalan kaki bersama Baba Ridhuan menuju ke Maqam Syeikh Abdul Rahman Al Thorbusyi (Tok Padangru).

Tok Padangru adalah seorang yang alim, seorang tokoh sufi yang berjuang semasa perang mempertahankan Daulah Fatani. Beliau antara Tuan Guru Baba yang tidak mundur ketika peristiwa Fatani Darurat.

Jelaslah bahawa para sufi adalah orang yang bukan hanya sibuk berada di atas tikar sejadah semata-mata namun bangun berjuang untuk agama, bangsa & negara.

UMAY

https://www.facebook.com/share/v/1GhVSM9MUy/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 12:24


Jangan bermusuh dengan takdir Allah. Setiap takdir Allah penuh dengan cinta.

*Allah perjalankan kamu di dunia ini dengan satu pengalaman ke satu pengalaman*

Lepaskan perasaanmu daripada dunia. Kerana hati tidak boleh memiliki dua kiblat.
*Kalau hatimu memandang Allah, kamu akan belakangkan dunia*

UMAY
Daurah Kitab Allah Syariat dan Hakikat II
23 Nov 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 04:49


*MAJLIS MAGHFIRAH & MUZAKARAH TAUHID SUFI*

Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya

Tarikh: 25 Nov 2024.
Hari : Isnin
Masa: Bermula Isya berjemaah (9 malam).

Tempat:
Kediaman Ummi Wan Hasnah.
Kampung Pasir Jelatang
Kota Bharu 16150
Kelantan Darulnaim..

Seberang Pertanyaan Boleh Hubungi:
013 9166120 (Ummi Wan)

Muslim & Muslimat Dijemput hadir.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 04:49


*[MAJLIS SELAWAT, PENGIJAZAHAN SELAWAT & BICARA TAUHID]*

Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya

Tarikh : 25-11-2024
Hari : Isnin
Masa. : 2.30 ptg- 4.00ptg

Tempat :
Dewan Solat Masjid Ayesha Kok Lanas Ketereh Kelantan

No untuk dihubungi: 01139112282

Muslimin & Muslimat Dijemput hadir

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 04:48


*Majlis Selawat , Pengijazahan & Bicara Tauhid*

Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya

Tarikh: 25/11/24
Hari. : Isnin
Masa : 10pg-12tgh

Tempat:
Dewan Fasa 1 Masjid Paya Rambai (MPR), Kota Bharu Kelantan.

Sebarang pertanyaan hubungi:
+60 19-932 3690 (Che Na)

Muslimin & Muslimat di Jemput hadir

Sila Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 04:29


Antara sedutan pendek Kelas Hikam Al-Haddad pada 22 Nov (Jumaat) bersama Dr. UMAY

https://www.facebook.com/share/r/15NPS9jVsh/

Boleh Share

Fb: Aini Ahmad II

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Nov, 02:49


Catatan Talk Santai bersama DOCTOR OF NATION 1.0

Petang semalam saya berkesempatan beramah mesra dengan sekumpulan Doktor Perubatan sekitar Lembah Klang di The Haven, Jalan Kebun, Klang.

Intipati bicara kerkisar tentang 3 perkara :

1. Kepentingan Tauhid yang merangkumi Tauhid akal (ilmu), rasa (zauqi) & pandang (syuhudi). Kesannya akan membuahkan ketenangan dan redha dalam apa jua ujian hidup.

2. Akhlak kehambaan (Muhammad). Banyakkan selawat kerana cahaya selawat akan membersihkan hati dan mengzahirkan pekerti yang mulia dalam perlakuan.

3. Kerahmatan. Buah daripada Tauhid dan akhlak mulia, akan melahirkan manusia yang menyebarkan kebaikan. Gunakan posisi dan bidang kedoktoran untuk berkhidmat kepada masyarakat. Bukan sahaja merawat sakit fizikal, akan tetapi merawat rohani pesakit dengan menghubungkan kembali manusia dengan cahaya Allah dan RasulNya.

UMAY

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Nov, 23:37


Jangan bermusuh dengan takdir Allah. Setiap takdir Allah penuh dengan cinta.

*Allah perjalankan kamu di dunia ini dengan satu pengalaman ke satu pengalaman*

Lepaskan perasaanmu pada dunia. Kerana hati tidak boleh memiliki dua kiblat.
*Kalau hatimu memandang Allah, kamu akan belakangkan dunia*

UMAY
Daurah Kitab Allah Syariat dan Hakikat II
23 Nov 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Nov, 15:01


Sifat rohani itu hanya mahu zikir.
Sifat rohani itu hanya mahu memuji-Nya.
Sifat rohani itu hanya mahu bertasbih kepada-Nya.
Sifat rohani hanya mahu ada keasyikkan dengan-Nya.
Sifat rohani hanya untuk merasakan kelazatan dengan-Nya.
Sifat rohani itu adalah untuk melepaskan rindu kepada-Nya.
Itulah sifat rohani.

Ya Allah, singkapkan kembali. Bukakan kembali.

Dr. UMAY
Kitab Allah Syariat & Hakikat 11
Fasal 4
24hb November 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Nov, 12:03


Tanda amalan selawat kita diterima:

1- Jiwa mencapai ketenangan.
2- Berlaku perubahan akhlak & perangai dalam diri kita.
3- Semakin dekat & menyatu perasaan kecintaan kepada Rasulullah SAW sehingga dirinya akan mencintai apa saja yang Nabi cintai dan kasihi.

Semakin seseorang itu dekat dengan Rasulullah SAW, maka Allah akan menjaga agama pada dirinya, semakin dirinya dalam penjagaan & perlindungan daripada Allah.

Olahan & pedoman daripada Ayahanda Walid.

Majlis Selawat & Muzakarah Tauhid Sufi di Ampang Selangor.

https://www.facebook.com/share/p/15FC9cMzc3/

Boleh share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Nov, 07:35


*[MAJLIS MAGHFIRAH & PENGAJIAN KITAB DIARI SALIK]*

Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (UMAY)

Hari: Ahad
Tarikh: 24 Nov 2024
Masa: 8.30malam.

Tempat:
17 Jalan Kejora U5/120E Puteri Subang Shah Alam

Boleh hubungi:
Along Faizah (+60 14-340 0150)

*MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

22 Nov, 01:30


Pendidikan sufi memberikan penekanan kepada pembinaan qalbu seseorang insan sehingga mencapai hakikat kehambaan di sisi Allah.

Dr. UMAY

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSj9So38J/

Telegram:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

21 Nov, 12:14


"Berguru bukan sekadar mahukan ilmu, tetapi untuk mendapat sir (rahsia Ilahi) yanga ada dalam dada guru"

Dr. UMAY

Link TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSjHGKdEp/

Boleh Share.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

11 Nov, 08:05


Video from Muhammad Afif Yahya

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

11 Nov, 07:00


*[JEMPUTAN KE MAJLIS KULIAH BULANAN MUSLIMAH HELWA IRSYADIAH- KULIAH UMUM]*

Tajuk :
*MAJLIS SELAWAT & BICARA TAUHID SUFI SERTA PENGIJAZAHAN HIMPUNAN 42 SELAWAT SAW*

PENCERAMAH :
USTAZ DR. MUHAMAD AFIF YAHYA

TARIKH :
12 NOVEMBER 2024
HARI:
SELASA

MASA :
9.30pg - 11.00pg

TEMPAT :
SURAU IRSYADIAH TAMAN DESA IXORA SENAWANG

๐Ÿ’ž Sahabat yang telah ada Buku Himpunan 42 Selawat boleh bawa sekali. Dan sahabat yang berminat untuk memiliki buku tersebut boleh dapat kan di surau nanti dengan harga RM20.00 sebuah.

*MOHON SHARE & SEBARKAN*

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

10 Nov, 16:18


๐Ÿ“Catatan nota
HIKAM PILIHAN IBNU ATHOILLAH KE-19
Dr. UMAY
Majlis Brunei Darussalam Berselawat & Pengajian
8 Nov 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

10 Nov, 16:18


AMAL MU TIDAK MEMBERI MANFAAT DAN MAKSIAT MU TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA ALLAH

Kata Syeikh Ibnu Athoillah,
"Taat mu itu tidak akan memberi manfaat kepada Allah dan tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah diatas maksiat mu"

๐Ÿ’•Setiap perintah dan larangan Allah itu tidak lain hanya untuk manfaat dan kepentingan hamba itu sendiri.

๐Ÿ’•Allah balutkan hamba dengan syariat untuk menjaga kemuliaan hamba. Umpama permata yang mahal diletakkan di dalam cermin kaca yang tebal..demi untuk menjaga keselamatannya kerana mahalnya ia. Begitulah Allah balutkan dengan syariat untuk menjaga hambaNya.

Seseorang yang berada di dalam acuan syariat Muhammadiyyah..bererti dia memiliki kemuliaan. Jika dia tidak menjaga syariat, bererti dia tidak mempunyai kemuliaan pada dirinya. Bererti orang yang taat pada perintah Allah.. melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah itu, dia tidak menzalimi dirinya.

Tanda seseorang itu bersyukur kepada Allah..apa yang Allah beri kepada dirinya, dia taat. Tanda syukur ialah amal dan taat. Gunakan segala nikmat yang Allah berikan untuk mencapai keredhaanNya. Gunakan nikmat dan kelebihan yang diberi di jalan Allah.

๐Ÿ’•Diberikan kesihatan yang baik, maka gunakan kesihatan yang baik untuk beramal.
๐Ÿ’•Jika diberikan ilmu, maka sebarkan ilmu tersebut kepada orang lain agar mereka juga memiliki ilmu.
๐Ÿ’•Jika diberikan harta, maka gunakan harta pada jalan yang dicintai Allah.

Syukur itu membuahkan amal. Bukannya berdiam sahaja tidak melakukan apa-apa perkara yang baik.

๐Ÿ‚Orang yang meninggalkan taat bererti dia telah menganiaya dan menzalimi dirinya.
๐Ÿ‚Allah tidak berhajat kepada hamba. Dan jika seluruh manusia tidak taat pun, tidak akan mengurangi sedikit pun darjat Allah.
๐Ÿ‚Segala nikmat yang kita miliki adalah bukan milik kita..ia milik Allah. Tiada apa milik kita..semua milik Allah.
๐Ÿ‚Ketika seseorang itu meninggalkan syariat..bererti dia telah meletakkan dirinya di tempat haiwani. Dia menganiyai dan menzalimi dirinya sendiri.

Bersyukurlah jika diberi peluang untuk beribadah. Lihatlah pada dirimu bahawa itu nikmat dari Allah kerana diberi izin untuk beribadah. Jika tidak diberi, jangan paksa Allah. Allah berhak berikan kepada sesiapa. Allah berhak beri dengan jalan apa pun. Semua milik Allah, tiada milik kita. Tugas kita beribadah kepada Allah. Yang akan beri nanti adalah Allah. Serah pada Allah. Mungkin bukan dengan jalan zikir, tapi dengan jalan lain..jalan khidmat, dll.

Karamkan dirimu..jangan pandang pada diri. Tenggelamkan diri. Perlu dapat nur dari dada guru yang mursyid. Duduk dalam keadaan faqir..kehambaan. Tujuan untuk beribadah untuk memandangNya, merasaiNya.

Amal yang tidak berdiri atas tasawuf, tidak berdiri atas ihsan..maka ia bukan amal.

Amal ibadah mesti berdiri di atas ihsan/tasawwuf. Siddiqkan (benar) dan tawajuhkan diri semata-mata kepada Allah.

Kerana pengiktirafan di sisi Allah kekal.
Pengiktirafan di sisi manusia tidak kekal.

๐Ÿ’•AKU beri tawaran untuk kamu kembali tersingkap bebaskan diri. AKU nak kau duduk dlm pelukan KU. Disitu Allah berikan ujian.

๐Ÿ’•Allah beri tawaran ibadah..tidak mampu mengangkat darjatnya. Maka, Allah beri kamu jatuh..ketika itu kamu ingat AKU. Ketika kamu jatuh, rasa hina faqir di hadapan Allah..ketika itulah Allah sangat kasih. Ketika itulah Allah angkat kedudukannya disisi Allah. Mungkin itu cara jalan untuk dia diangkat disisi Allah..berada duduk di maqam kehambaan.

๐Ÿ’•Maqam kehambaan itu lebih lazat lagi dari ibadah yang lain. Kadang-kadang tidak rasa apa-apa ketika kita zikir dan ibadah sunat itu kerana Allah nak uji kita..hingga kita titiskan airmata. Itulah yang dicintai oleh Allah.

๐Ÿ’•Ada orang, Allah sengaja jatuhkan dia dalam maksiat. Ketika itu dia rasa hina. Ketika itulah Allah angkat kedudukannya disisi Allah.

๐Ÿ’•Sentiasa bersangka baik dengan orang..jangan sangka buruk pada orang. Kita tidak tahu bagaimana caranya Allah angkat kedudukan seseorang itu. Allah boleh beri dia makrifat dengan apa jua jalan pun.

Waallahua'lam

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

10 Nov, 14:44


Musuh merancang untuk mematikan hati umat ini dengan matikan hubungan hati umat dengan Allah & Rasul.

Yang tinggal hanya hubungan tubuh saja tanpa hubungan roh (hati yang hidup disisi Allah). Syariat yang didirikan hanya tinggal zahir syariat sahaja, namun roh kepada ibadah tersebut sudah tiada.

Apabila hati umat ini mati, maka pada umat tiada lagi ada kekuatan. Tiada lagi pertolongan daripada Allah walaupun jumlahnya ramai.

Di sini peranan para mursyid yang hak untuk mendidik dan menghidupkan kembali hati umat. Kerana disitu akan ada pertolongan daripada Allah walaupun jumlahnya kecil.

Olahan perkongsian daripada Ayahanda Walid Ibrahim Al-Malik.

UMAY
10 Nov 2024

https://www.facebook.com/share/17bEMhGQiZ/

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

09 Nov, 03:42


Bersimpuhlah di hadapan Guru seperti gelas yang kosong Pergi dalam keadaan yang fakir. Kosongkan bekas jiwamu.

Jika pergi dalam keadaan membawa kehebatan diri amal & ilmu, maka tidak akan mendapat maamfaat.

Pergilah dalam keadaan fakir, dalam keadaan mengemis. Insya-Allah kamu akan mendapat segala rahsiaNya.

Dr. UMAY

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSjSmJoMe/

Telegram:
https://t.me/muhammadafifyahya

Sila Share.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

08 Nov, 09:41


Jika beramal tanpa bertasawuf, maka ia bukan amal.

Amal ibadah mesti berdiri di atas ihsan/tasawwuf. Siddiqkan (benar) dan tawajuhkan diri semata-mata kepada Allah.

Kerana pengiktirafan di sisi Allah kekal.
Pengiktirafan di sisi manusia tidak kekal.

UMAY
8 Nov 2024
Majlis Brunei Darussalam Berselawat & Pengajian

Telegram:
https://t.me/muhammadafifyahya

Boleh Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

08 Nov, 06:50


โค๏ธ

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Hati tempat untuk bermakrifah.Hati tempat untuk Allah tajalli-kan. Namun tika hati telah tertutup, terhijab, terdinding, ditutupi dengan awan-awan kebendaan, makhluk, nafsu maka, cahaya makrifat itu tidak akan dapat tembus dalam qolbunya.

UMAY
Kelas Hikam Ibnu Atho'illah As Sakandari

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

07 Nov, 15:29


Allah zahirkan cintanya satu persatu pada dirimu. Balaslah cintaNya dengan tidak mensyirikkan, menyekutukan atau menandang selain Dia dalam batinmu.

Dan janganlah kecewa tatkala Allah memalingkan wajahNya darimu kerana kamu yg sering menzalimi dirimu. Zalim bererti dalam kegelapan, tak akan dapat memandang wajah TajalliNya.

Nak keluar dari kegelapan kena istighfar / taubat, maka lahirlah jiwa yg muroqabah dan muhasabah. Zahirnya rasa menyesal (muhasabah), manakala batinnya perasaan sentiasa ber muroqabah dengan Allah.

Lazimi Istighfar Nabi Yunus - mengakui kezaliman kita. Zalim yg paling besar adalah buta memandangNya ๐Ÿ˜ญ

Dr UMAY
7 November 2024
Kitab Allah Syariat & Hakikat II

Fb: Darwani Khairuddin

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

07 Nov, 15:11


Kamu perlu sedar, setiap saat Allah SWT ingin membicara dengamu. Namun kamu tidak mahu memberikan perhatian kepada-Nya.

Allah Taala berbicara di sebalik sakitmu. Allah berbicara di sebalik kesihatanmu yang baik. Allah Taala berbicara di sebalik kelapangan waktumu. Allah berbicara di sebalik kesempitan hidupmu. Allah Taala berbicara di sebalik kejayaanmu. Allah Taala berbicara di sebalik kegagalanmu. Allah Taala berbicara di sebalik kenikmatanmu. Allah Taala berbicara di sebalik kesusahan dan kepayahanmu. Allah Taala selalu berbicara. Pada diri kamu Allah Taala berbicara.

Namun disebabkan kerana keegoanmu, ketakabburan, kekotoran, kesombongan kamu tidak mempedulikan bicara-bicara di sebalik diri kamu dan apa yang berlaku pada alam ini.

Dan kamu sibuk dengan urusan kamu. Sedangkan hidup kamu adalah untuk sibuk dengan Allah. Hidup ini tidak lain adalah untuk menyibukkan diri kepada Allah. Itu tujuan hidup. Itulah agenda dan maksud hidup. Keutamaan dalam hidupmu.

Namun manusia sekarang ini (kitalah), lebih mengutamakan sesuatu yang tidak utama dalam hidup. Yang utama tidak diutamakan. Yang tidak utama diutamakan. Yang utama itu kamu sampingkan.

Ketika kamu zikir, tidak mendatangkan keasyikan dengan Allah. Ketika kamu zikir, tidak ada getaran qolbumu dengan Allah, rindumu, tidak ada tarikan dengan Allah.

Ketika kamu berselawat, tidak ada kemabukanmu dengan Nabi SAW. Bererti kamu telah salah dalam perjalanan hidupmu. Sepatutnya pada mereka yang benar perjalanan hidupnya, pasti ketika dia zikir, zikirnya itu betul-betul mencapai rindu kepada Allah. Ingatan, yang membawa kepada cinta. Cinta yang membawa kepada rindu. Rindu yang membawa kepada keasyikan. Keasyikan yang membawa kepada kemabukan. Dan kemabukan membawa kepada penyaksian kepada Allah. Bererti kamu hidup dalam line yang betul. Kerana itu fitrah rohanimu. Itulah fitrah Nur yang berada dalam dirimu.

Tetapi ketika kamu zikir, kamu tidak dapat, bererti dalam formula hidup kamu, kamu salah. Kamu telah meletakkan sesuatu yang lain. Yang utama itu kamu sampingkan. Kalau kamu benar, Nur itu kembali peranannya pada diri kamu, rohani itu pada fungsi dan peranannya, pasti tidak lain dia hanya mahukan mengingati kekasihnya. Dia hanya mahu menyebut nama kekasihnya. Dia pasti rindu akan kekasihnya. Tidak ada yang dia mahukan melainkan dia hanya ingin memandang wajah kekasihnya.

Maka hidup ini adalah untuk kita sibuk dengan Allah. Walaupun kamu sibuk dengan urusan dunia kamu sekalipun, urusan perkerjaan kamu sekalipun, urusan rumahtangga kamu sekalipun, urusan dakwah, itu pada zohirnya. Namun batinnya kamu tetap sibuk dengan Allah Taala.

Zohirnya kamu pakai dengan pakaian Muhammad. Batinnya kamu ialah dengan Allah SWT.

ZOHIRNYA IALAH MUHAMMAD. BATIN KAMU IALAH ALLAH.

Dr UMAY
Kitab Syariat & Hakikat ll
7 November 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

07 Nov, 09:21


MUKMIN DAN HAKIKAT KEMATIAN

Hakikat orang mukmin itu tidak mati. Kematian hanyalah perpindahan alam dunia ke alam barzakh. Dari alam barzakh ke alam akhirat. Jasad hanyalah sarung (pakaian). Pada diri insan ini ada unsur jasmani dan rohani. Yang akan kembali ialah diri rohani. Dan, jasad akan kembali ke tanah.

Penentuan kita bagaimana kita di alam dunia ini, begitulah kita di alam barzakh nanti. Alam barzakh adalah permulaan perjalanan rohani kepada Allah. Dunia adalah tempat persinggahan. Dunia tempat untuk dicampakkan benih. Usaha kita akan dibalas di akhirat nanti. Jika seseorang itu baik, maka baiklah disana.

Waridad disana ialah apa wiridnya disini. Kejayaan disana ialah apa yang dikerjakan disini. Dunia tempat diuji, tempat berperang dengan nafsu. Oleh itu, disitu perlunya irsyad dan bimbingan para mursyid.

Dunia yang dianggap kekal itu ialah bagi orang yang rugi. Sedangkan dunia ini akan binasa..tidak akan kekal. Kehidupan kita ini berjaya atau tidak berdasarkan bagaimana keadaan hatinya dengan Allah. Bagaimana dia berinteraksi dengan sifat jamal dan jalal-Nya Allah.

Jika Allah di lisan dan akal..ia akan hilang. Namun, Allah pada sirr tidak akan hilang..kekal. Zikirnya tidak ada lafaz lagi..zikirnya pada memandang kewujudan Allah pada alam. Ini mencapai tauhidul zat. Zikirnya pada zauq..pindah kepada rasa, rindu, kebersamaan dengan Allah. Pabila pada tahap zauqi ini...tidak ada lagi keresahan, tenang dia dalam takdir Allah. Zikir itu pindah pada qolbu..pada sirr.

Fitrah rohani ini dia hanya inginkan Allah.
Roh makanannya hanya untuk bermusyahadah dengan Allah.
Dia hanya untuk memandang wajah kekasihnya.
Dia tidak akan memandang yang lain melainkan hanya menatap wajah kekasihnya..

๐Ÿ’•Zikir menghasilkan nur. Dengan cahaya itulah yang dapat memandang Nya.

๐Ÿ’•Orang sufi berzikir untuk memecahkan keakuan dan kesombongan dalam diri..tiada lagi bilangan.

๐Ÿ’•Jadikan zikir dan selawat sebagai kenderaan mu untuk sampai kepada Allah swt. Bahkan, perintah zikir lebih banyak disebut di dalam al-Quran berbanding solat dan zakat.

Zikir itu tauhid.
Para aulia, Ahlillah..segalanya zikir.
Tiap geraknya zikir, malah tidurnya juga dalam zikir.
Zikir mereka sudah tidak ada huruf, tiada suara..
Mereka sentiasa memandang tajalli Allah pada alam ini.
Ketika seseorang itu telah mencapai hakikat zikir..itulah kebahagiaan.

Pokok kebahagiaan itu ialah apabila hati dengan Allah.
Para kekasih Allah mereka boleh duduk berjam-jam untuk berzikir menghadap Allah.
Jasad mereka diam, duduk..namun rohani mereka telah berjalan mengembara kepada Allah.

Pertemuan itu ialah ubat kerinduan.
Berjumpa kekasih itu tiada penat baginya..tiada bosannya.
Walaupun tiada bicara. Cukuplah aku menghadap Mu melepaskan rindu..
Hilang bebanan melihat kekasihnya..
Ketika dia melihat kekasihnya..hilanglah dunia, hilanglah makhluk..
Kerana dia fana' dalam memandang kekasihNya..

Kadar kedudukan seseorang itu disisi Allah ialah pada kadar ingat hatinya pada Allah. Semakin kuat ingatannya pada Allah..semakin dekat dia dengan Allah.

Waallahua'lam

๐Ÿ“Catatan nota
KITAB JALAN MENCAPAI MAKRIFAT
Dr. UMAY
05.11.2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Nov, 12:34


Syukur, baru- baru ini kami mengambil kesempatan menziarahi Makam As-Syahid Syeikh Abdul Somad Al- Falimbani

| As-Syahid Syeikh Abdul Somad AlFalimbani- Ulama besar Nusantara, Syahid dalam perjuangan untuk agama |

Hebatnya ulama terdahulu, bukan sekadar membina masyarakat hidup beracuan syariat agama, tetapi hidup dan matinya mereka berjuang untuk agama.

Hubungan denganNya (kehambaan dalam kehidupan) adalah pakaian dalaman dan kunci kekuatan mereka. Itu sandaran mereka untuk melangkah membawa panji agama.

Mereka telah membuktikan contoh pengorbanan, kesungguhan mereka kepada kita, dan juga telah membuktikan kejayaan mereka kepada kita.

Mengapa kita tidak mahu memilih jalan yang telah Allah buktikan kejayaan pada mereka?

Kitab yang masyhur karangannya sehingga sekarang, masih digunakan di pondok- pondok dan pengajian di surau dan masjid iaitu *Hidayatus Salikin* dan *Sairus Salikin.*

*Manakib Beliau*

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Palembang pada 1116H/ 1704M.

Beliau seorang anak yang cerdas dan memiliki ingatan yang kuat. Kepada gurunya yang disebut terakhir ini, beliau belajar mengaji Al-Quran serta tajwid dan ilmu-ilmu agama lainnya sehingga beliau menghafal kitab suci Al-Quran dalam usia 10 tahun.

Di usia ini pula beliau dianugerahkan mendapat malam Lailatul Qadar yang didalamnya banyak terdapat keajaiban -keajaiban yang tidak mampu dinyatakan.

*Mencari Ilmu*

Guru pertama Syeikh Abdul Somad yakni ayahnya sendiri, iaitu Syeikh Abdul Jalil.

Selanjutnya beliau disekolahkan ke pondok pesantren di negeri Patani (Thailand). Mungkin saja Syeikh Abdul Somad bersama saudara-saudaranya seperti Wan Abdullah dan Wan Abdul Qadir telah memasuki pondok-pondok yang terkenal saat itu, seperti Pondok Bendang Gucil di Kerisik, Pondok Kuala Bekah atau Pondok Semala.

Di antara para gurunya di Patani, yang dapat diketahui dengan jelas hanyalah Syeikh Abdul Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok.

Beliau juga mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman. Selain mendalami kitab-kitab tasawuf dari Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Samsuddin Al-Sumaterani, kedua-duanya dari Aceh.

Dari Patani, Syeikh Abdul Somad belajar ke Mekah dan Madinah. Beliau belajar bersungguh -sungguh selama 20 tahun kepada ulama-ulama terkemuka.

Di sini, beliau banyak bergaul dengan para ulama asal Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Syeikh Daud Al-Fatani. mereka ini hidup sezaman.

Walaupun menetap di Mekah, Syeikh Abdul Samad tetap memberikan perhatian besar pada perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara.

Gurunya di Mekah antara lain, Muhammad bin Abdul Karim Al-Sammani, Muhammad bin Sulayman Al-Kurdi, dan Abdul Al-Mun'im Al-Damanhuri.

Kemudian beliau berguru dengan Ibrahim Al-Rais, Muhammad Murad, Muhammad Al-Jawhari, dan Athaullah Al-Mashri.

Bidang paling digemari oleh beliau adalah Tauhid dan Tasawuf.

Dalam bidang ini, beliau belajar langsung kepada Syeikh Muhammad Samman Al-Madani.

Kepada gurunya inilah, beliau mengambil tarekat Samaniyyah yang zikirnya dikenal dengan Ratib Saman. Melalui beliau Ratib Saman masuk dan berkembang di Indonesia hingga sekarang.

Dan beliau juga pernah mengambil tarekat Syatariah melalui Syeikh Ibrahim Al-Kurani di Madinah.

Akidah yang disampaikan oleh beliau, bukan hanya mengantarkan seorang muslim kepada keyakinan yang benar, tetapi beliau juga membimbing dan menenkankan agar diri kita menjadi manusia-manusia yang beradab.

*Anti Penjajah*

Di Nusantara, khususnya di Indonesia, pengaruh Al-Falembani dianggap cukup besar, khususnya berkaitan dengan ajaran tasawuf.

Banyak meriwayatkan cerita yang menarik ketika Sheikh Abdul Somad berada di negerinya Palembang.

Oleh karena rasa bencinya kepada Belanda, beliau bertambah kecewa karena melihat pihak Belanda yang kafir telah memegang pemerintahan di lingkungan Islam dan tiada kuasa sedikit pun bagi Sultan.

Maka beliau merasa tidak mahu untuk tinggal di Palembang walaupun beliau kelahiran negeri itu.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Nov, 12:34


Beliau mengambil keputusan sendiri tanpa musyawarah dengan siapa pun, semata-mata memohon petunjuk Allah dengan melakukan solat istikharah.

Keputusannya, beliau mesti meninggalkan Palembang, kembali ke Mekah.

Lantaran anti Belanda, beliau tidak mahu menaiki kapal Belanda sehingga terpaksa menebang kayu di hutan untuk membuat perahu bersama-sama orang-orang yang patuh sebagai muridnya.

Walaupun sebenarnya beliau bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Makkah.

Tentunya ada beberapa orang muridnya mempunyai pengetahuan membuat perahu seperti itu.

Ini membuktikan beliau telah menunjukkan keteguhan pegangan, tawakal adalah merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan.

*Berjuang: Dalam Perang Musuh Bisik 1821 Abad ke-16*

Setelah kembali ke Mekah, beliau tetap ingin pulang ke Nusantara.

Beliau telah lama bercita-cita untuk ikut serta dalam salah satu peperangan melawan para penjajah di Nusantara. Namun setelah dipertimbangkan, beliau lebih tertarik membantu umat Islam di Pattani dan Kedah melawan keganasan Budha Thailand.

Dalam peperangan itu, beliau memegang peranan penting dengan beberapa panglima Melayu lainnya.

Makam beliau di tengah hutan karena beliau dulu ikut serta dalam perjuangan melawan kerajaan Budha Thailand yang ingin merebut Tanah Melayu Pattani yang sekarang menjadi bahagian negara Thailand.

Beliau telah syahid ketika berjuang bersama tentera Melayu Kedah melawan Tentara Kerajaan Budha Thailand.

***
Beliau adalah panglima perang, bukan sekadar berada di belakang berwirid dan bertasbih sahaja.

Beliau mengtuak pasukan tentera. Amat luar biasa, seorang ulama sufi yang mengetuai pasukan tentera.

Al-Fatihah khusus buat AsSyahid Syeikh Abdul Somad Al Falimbani.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Nov, 09:18


Seorang kekasih yang tidak bertemu sekian lama pasti dirinya akan dilanda kerinduan.

Sesudah bertemu maka hilanglah keresahan & kerinduannya.

Begitulah, apabila seseorang yang rindukan Allah. Apabila Allah membukakan kahsyaf (terbuka hijabnya) dengan Allah, maka hilanglah kerinduannya.

Selagi tidak dibukakan kahsyaf, maka selagi itulah dirinya menanggung kesakitan rindu.

Dr. UMAY

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSjhp6vTp/

Sila Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

06 Nov, 04:00


PERIHAL NIAT

HADITH 1 :
Amalan adalah bergantung pada niat.
๐Ÿ’•Niat adalah apa yang di-qosad dalam qolbu.
๐Ÿ’•Perlu hadirkan niat sebelum melakukan apa-apa sahaja perbuatan ibadah.
๐Ÿ’•Kita disuruh ikhlas.. Pandang hanya pada Allah. Ikhlas mentaatinya semata-mata kerana Allah.
๐Ÿ’•Lakukan apa sahaja ibadah semata-mata kerana Allah.
๐Ÿ’•Lakukan ibadah dengan hanya menyaksikan Allah..dengan ketiadaan diri. Hanya untuk mencapai makrifat. Tidak ada lain dalam batinnya..hanyalah Allah. Jika benar niatnya, maka benarlah hubungannya dengan Allah.

๐Ÿ“ŒTidak akan ada ikhlas, jika tidak leburkan diri.

๐Ÿ’•Syarat amalan qabul (diterima)
- Ikhlas
- Sesuai dengan sunnah..menepati syariat
- Ambil sesuatu perkara itu dengan sungguh-sungguh..buat dengan bersungguh-sungguh
- Bersegera dalam melakukan amal.. Fastabiqul khairat

๐Ÿ’•Seseorang itu nanti akan dibangunkan dengan niatnya. Maka, peliharalah niat.

Kata Syeikh Nuruddin,
"Sentiasa tajdidkan niat. Rasa nak terpesong atau nak tergelincir atau nak terjatuh, cepat-cepat istighfar..perbaharu balik niat."
โš ๏ธJangan sampai kamu muflis dengan pahala niat.

HADITH 2 :
Satu kelompok yang ramai..tetapi semua ditelankan. Namun akan dibangkitkan mengikut niat masing-masing. Dan ganjaran kita berdasarkan apa yang telah dikerjakan di dunia mengikut niat masing-masing.

Pengajaran Hadis :
๐Ÿ“ŒJangan kamu kawan dengan orang-orang zalim. Jangan dekati orang zalim. Kamu betul, tapi kamu duduk di dalam tengah-tengah orang zalim..maka pabila ditimpa bala akan menimpa juga pada dirimu.
Bila bergaul dengan orang-orang zalim akan memberi kesan pada qolbu, akhlak mu.

๐Ÿ“ŒPentingnya pilih kawan-kawan yang baik..orang yang soleh. Bersuhbah /bersahabat dengan orang yang baik. Jadilah kamu dengan orang Allah. Jika kamu tidak boleh menjadi sepertinya, bersamalah kamu dengan orang yang bersama Allah.

๐Ÿ’•Nak lihat seseorang, lihatlah siapa kawannya. Kerana itulah yang mencorakkan kekuatan peribadinya.
๐Ÿ’•Biah yang baik dapat membantu perkembangan yang baik untuk kamu bersama Allah. Duduklah di dalam majlis yang ada kekuatan rohani.. Kerana itu akan memberi manfaat kepada rohani mu.

๐Ÿ“ŒBerkhalwah..penting bagi seorang salik untuk menjaga qolbu. Bagi menghindarkan diri daripada perkara yang tidak baik. Kerana jiwanya orang salik yang baru nak berjalan belum betul-betul kuat untuk berada di tengah-tengah kelalaian.

๐Ÿ“ŒPerlu beriman dengan perkara ghaib yang diperlihatkan kepada Nabi oleh Allah.

Waallahua'lam

๐Ÿ“Catatan nota
KITAB RIYADHUS SOLIHIN
Dr. UMAY
06.11.2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

05 Nov, 05:16


Ya Allah Engkau jadikan hati kami seperti hati para kekasihMu. ๐Ÿคฒ

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Nov, 23:22


Apa salah kami kalau kami terlalu rindukan nabi? Apa salah kami kalau kami memuji dan memuja Nabi? Apa salah kami kalau kami berselawat pada Nabi? Apa salah kami kalau kami berqosidah memuji dan kami bermaulid tanda kami menzohirkan kegembiraan pada Nabi?

Apa salah kami? Kenapa terlalu dengkinya engkau dan terlalu cemburunya engkau terhadap kecintaan kami kepada Nabi?

Jangan kamu menghalang cinta kami. Jangan kau sekat cinta kami. Ketika kami mula melangkah kami tidak akan berundur walaupun selangkah kami tidak akan berundur dalam kecintaan kami padamu Ya Rasulullah.

Apa yang menyakit hatimu sehingga kamu menghalang kami untuk bermaulid? Apa yang menyakitimu sehingga kamu menghalang kami berselawat kepada Baginda? Apa yang menyakiti hatimu sehingga kamu menghalang untuk kami membaca bait-bait syair qosidah kepada Baginda Rasulullah SAW?

Kami tidak pernah menganggumu dan kami tidak pernah menghalang pemahamanmu. Kami tidak pernah menyekat apa yang kamu mahukan.

Jangan kamu menghalang tarikan kecintaan kami kepada Baginda Nabi SAW. Jangan kamu padamkan kecintaan itu. Dan kami sanggup mati dan kami sanggup mempertahankan cinta kami kepada Baginda Nabi SAW.

Ya Rasulullah pandanglah kami Ya Rasulullah.

Dan kami tidak akan peduli siapa dirimu apa jua halanganmu. Kamu tidak akan faham kemabukan cinta kami, kerinduan kami kepada kekasih kami. Kami tidak akan pedulikan siapa diri kamu. Kami akan terus berlari kepada Baginda Nabi SAW. Kami tidak akan hirau hati yang penuh dengan hasad. Kami sanggup dipanggil gila kerana kegilaan kami kepada Baginda.

Dr. UMAY
4 Nov 2024
Daurah Kitab Allah Syariat & Hakikat II

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Nov, 09:19


Sufi

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Nov, 09:12


KEPENTINGAN ILMU TASAWUF

Ilmu tasawuf itu bagaimana nak dapatkan kejernihan hati.
Kedudukan seseorang itu disisi Allah ialah sejauh mana kejernihan hatinya. Pabila hatinya bersih dia akan mendapat tajalli dari Allah, dan pembukaan demi pembukaan akan rahsia-rahsia Allah. Jiwanya tiada lagi kebimbangan, kerisauan, dia tidak akan menyalahkan orang lain akan takdir-takdir yang dilalui. Dia tenang setenang-tenangnya. Dia dapat terima segala takdir Allah keatas dirinya.

Allah Taala akan uji sejauh mana benar hati hamba kepadaNya. Ujian itu bertujuan untuk Allah nak uji samada kita lulus atau tidak. Mahu atau tidak mahu, kita kena terima takdir yang ditakdirkan oleh Allah. Menerima atau tidak itu kembali kepada keadaan nafsunya. Orang yang memiliki kejernihan hati, dia akan tenang, sabar dengan ujian.

๐Ÿ’•Sufi itu bukan pada pakaian..tetapi sufi itu, dia diam dalam takdir Allah.

Jangan kamu bermusuh dengan takdir Allah. Jadikan takdir Allah itu sebagai teman mu.
Allah nak memperkenalkan diriNya melalui takdirNya.
AKU disebalik kesedihan mu..
AKU disebalik kesusahan mu..
AKU disebalik kesakitan mu..
AKU disebalik kesempitan mu..
AKU disebalik kejayaan mu..
AKU disebalik kegagalan mu..

Disebalik takdir itu..AKU nak nyatakan kewujudan KU.
Disebalik takdir itu..AKU nak nyatakan kasih sayang KU dan kecintaan KU..

๐Ÿ’•Orang yang benar-benar hatinya bersih, dia boleh faham dan nampak tajalli-tajalli Allah diatas apa yang berlaku pada alam ini.

๐Ÿ“ŒBersihkan cermin qolbu mu..
Ketika cerminan qolbumu bersih..kamu akan nampak terang tajalli-tajalli Allah.
Ketika cerminan qolbu tidak bersih, dia akan langgar apa sahaja yang ada di hadapannya.
Qolbu tempat tajalli Allah..tersimpan segala rahsia-rahsia Allah. Bersihkan qolbu mu..

๐Ÿ’•Orang yang benar-benar inginkan kebahagiaan..dia berusaha untuk menyucikan batinnya..agar dapat beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Agar dirinya dapat memandang Allah kelak di akhirat sana.

๐Ÿ‚Kehilangan makhluk itu adalah musibah yang kecil.
Namun, jangan biarkan diri dari kehilangan Allah..itu musibah yang besar. Jika dengan ujian itu mendekatkan seseorang dengan Allah..itu nikmat. Itu hadiah dari Allah.

๐Ÿ‚Nikmat yang diberikan jika membuatkan seseorang itu jauh dari Allah..hakikatnya itu bukan nikmat, tetapi itu musibah daripada Allah. Bahkan itu disebutkan istidraj.

โœจJika disebalik ujian itu membuat mu semakin dekat dengan Allah..maka ujian itu merupakan satu nikmat daripada Allah.

Rawat qolbu dengan ahli rohani..iaitu guru mursyid yang dapat membimbing rohani berjalan kepada Allah.
Hanya orang yang ahli qolbu sahaja yang dapat' scan' orang itu ahli qolbu. Kita perlukan seseorang yang boleh tunjukkan kita doktor pakar yang boleh rawat qolbu kita iaitu ahli rohani/mursyid. Jika seseorang itu benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan rawatan..dia akan sembuh dan dapat pembukaan rohaninya.

Ketika benar tauhid kita dengan Allah..Allah akan berikan pertolongan dan karomah. Keyakinan itu tidak akan dapat jika kita tidak bersalik kepada Allah. Untuk dapat keyakinan itu..keluarkan dirimu dari dirimu. Keluarkan dirimu dari nafsumu. Yang menjadi hijab dengan Allah ialah nafsu.

Jangan hanya mengaji ilmu tasawuf, jika tidak bersalik..kamu tidak akan dapat pengalaman rohani berjalan kepada Allah.
Nak dapatkan ilmu..dengan pengajian.
Nak dapat pengalaman rohani..perlu dapat tarbiyah dari guru.

Ketika Allah nak memperkenalkan diriNya pada seseorang, maka nyatalah Allah pada batinnya. Sehinggalah dia melihat segalanya senyata-nyata Allah.

๐Ÿ“ŒWalaupun seorg ulamak alim sekalipun..dia perlukan guru rohani untuk berjalan kepada Allah.

Ada orang yang pada ilmunya alim, tetapi qolbunya awam..
Ada orang yang pada ilmunya awam, tetapi qolbunya arif..
Arif inilah orang yang telah Allah angkatnya wusul kepada Allah.
(Arifbillah = Orang yang kenal Allah dengan sebenar-sebenar pengenalan.)
Ada orang, dia sampai kepada Allah dengan guru yang dilihat biasa-biasa sahaja dimata ramai. Namun, dengan guru itulah dia sampai kepada Allah.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

04 Nov, 09:12


Ilmu sufi ini adalah ilmu limpahan. Seorang guru itu dia akan limpahkan apa yang ada dari dalam rohaninya ke dalam dada murid. Seorang guru yang benar, dia bukan sekadar beri ilmu kepada muridnya..tetapi dia memindahkan ahwal dan pengalaman rohaninya.

Ketika seorang murid benar serahkan diri kepada guru..dia akan dapat apa yang ada dari dalam dada gurunya.
Rahsia perjalanan salik ini ada pada guru. Jika guru tiada pengalaman rohani, dia tidak akan dapat memindahkan ahwal rohaninya kepada murid.

Rahsia guru itu bukan pada zikir. Rahsianya ialah pada seorang guru itu sendiri. Jika seorang guru itu tidak punyai mursyid, tiada pengalaman rohani..murid tersebut tidak akan dapat ahwal guru. Guru itu juga perlu dapat ahwal itu agar dia dapat pindahkan ahwal itu kepada murid.

Rindu itu anugerah Allah. Jika Allah tidak beri, tidak akan dapat. Bererti jika murid dapat rindu itu, bererti ia dapat dari dada guru..diberi oleh guru.

2 golongan yang ada hijab, susah nak sampai kepada Allah ialah orang alim dan ahli ibadah. Kerana dia sandar ilmu dan amal pada dirinya. Penyakit ini mudah terkena pada orang yang banyak amal dan ilmunya. Kecuali jika dia sandarkan pada Allah..maka dia lulus. Dengan itu, dia tidak membebankan jiwa dan rohaninya. Jika benar dia alim, dia buangkan kealimannya itu dan merendahkan diri menghadap guru..hasilnya, dia akan cepat sampai dan cepat mendapat pembukaan.

๐Ÿ“ŒPergi dalam keadaan faqir di hadapan guru..baru kamu akan dapat.
๐Ÿ“ŒKosongkan kolam jiwamu di hadapan guru..baru kamu akan dapat.

Ilmu yang nafi' ialah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang menambahkan khosyiah(gerun) kepada Allah. Semakin memandang kehinaan diri, dan tidak memandang kehinaan orang lain. Seseorang itu akan gemar beribadah dan lebih cintakan akhirat, tawar hatinya terhadap dunia. Ia juga ilmu yang membawa kedekatan kepada Allah.

Kita tidak mahu lahirkan orang sufi yang sekadar hanya pada ilmunya, tetapi kita nak lahirkan orang sufi yang mengambil cakna dalam masyarakat. Dia tidak hanya duduk diam dengan tasbihnya, tetapi juga mengambil tahu hal ehwal perjuangan agama dan politik. Kerana orang sufi itu halus.

๐Ÿ’•Ilmu tasawuf itu ilmu yang tidak lari dari sandaran al-Quran dan hadith.
๐Ÿ’•Ilmu tasawuf ini mengajar untuk penyucian, kosongkan hati dari yang lain selain daripada Allah.

Orang yang benar-benar ada tauhid, dia tiada kesyirikkan kepada Allah. Jangan putus ingatan mu kepada Allah. Orang sufi dia tak nak nafasnya lalai. Sentiasa mengingati Allah disetiap helaan nafasnya.

๐ŸŒฑTingkatan rohani
Tahapan 1 : Waridad
Tahapan 2 : Hadir RASA dengan Allah..terbit rindu dan asyik
Tahapan 3 : Menyaksikan Allah

๐Ÿ“ŒWujud yang hakiki dan zati ialah Allah.
๐Ÿ“ŒIstighfarlah diatas istighfar mu.
๐Ÿ“ŒLazimkan istighfar selepas lakukan amal.

Zaman sekarang perlukan media massa sebagai medium dakwah. Jangan cari kemahsyuran. Kemahsyuran itu besar ujiannya. Ujian untuk menjaga hati. Jika diberi kemahsyuran, itu anugerah dari Allah. Maka, pulangkan kembali nikmat itu kepada Allah. Tenggelamkan diri dalam pertolongan Allah agar dipermudahkan perjalanan dakwah ini.

Waallahua'lam

๐Ÿ“Catatan nota
KITAB SUFI SEJATI
Dr. UMAY
Majlis Selawat dan Pengajian di Ampang
04.11.2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

03 Nov, 10:51


Alhamdulillah pada pagi tadi saya memenuhi jemputan Majlis Selawat dan Bicara Tauhid Sufi di Masjid Bandar Baru Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Slot yang diberikan kepada saya setelah slot pertama bersama Ustazah Siti Hajar. Kali pertama bertemu bersuamuka dengan Ustazah Siti Hajar, seorang sosok yang sangat aktif mengajar tauhid & tasawuf serta bimbingan Tazkiyatun Nafs khususnya di wilayah utara tanah air ini.

Intipati bicara terkait :

Kedekatan seorang di sisu Allah terletak pada sejauhmana ketinggian akhlak yang dimilikinya. Bahkan kekuatan umat ini apabila memiliki ketinggian akhlak & adab zahir & batin dengan Allah, sesama manusia serta hubungan dengan alam.

Jiwa muhammadiah (pekerti Muhammad) ini tidak akan terbit sekiranya dalam hatinya tidak memiliki Nur makrifat.

Untuk mencapai hati yang bersih, memiliki nur makrifat maka hati tersebut perlu melalui proses penyucian (tazkiah) sehingga mencapai kejernihan qalbu di sisi Allah. Dan hal ini tidak lain ia perlu kepada proses bimbingan & tarbiah dibawah didikan para guru yang mursyid.

UMAY
Bukit Mertajam Pulau Pinang
3 Nov 2024

https://www.facebook.com/share/p/dLWcaZR69d2QGURL/

Sila Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

03 Nov, 07:57


Mujahadahlah dengan ketiadaan diri, semakin kecil, kecil & semakin ghaib dirimu, akan semakin besar pertolongan Allah SWT.

Semakin tenggelam dan tenggelam dirimu, semakin lebur dirimu dalam lautan Nur, maka semakin besar perlu Allah.

Jika melangkah dengan diri, tidak akan ada pertolongan daripada-Nya, maka akan gagal disitu. Namun melangkahlah dengan Allah.

UMAY

Telegram:
https://t.me/muhammadafifyahya

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSjMUr2XV/

Sila Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

03 Nov, 01:36


Cintailah sesuatu yang dicintai oleh Allah, maka cintamu itu pasti akan memberikan ketenangan & meringankan jiwamu.

Jangan membebankan jiwamu dengan mencintai sesuatu yang tidak dicintai oleh Allah.

UMAY
2 Nov 2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Nov, 11:23


Bersama Baba Mahmud Al- Fatoni (murid kepada Tok Dala) & Baba Dr Wan Abdul Qader Al Fatoni

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Nov, 11:22


Bersama Baba Lutfee Pondok Taqeh Fatoni

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

02 Nov, 11:22


Ku bicara cinta 

Kerana dalam diri ada cinta
Namun ianya telah dinodai 
Dengan bayangan cinta palsu
Sehingga cinta sejati pudar dan suram

Oh betapa insan dalam kepalsuan
Mengejar cinta permainan bayang-bayang
Cinta yang takkan kesampaian
Penuh penderitaan kesedihan dan gelora

Bangunkan cinta sejati dalam dirimu
Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta
Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran 
Bukan lagi bayang yang tak terpegang

Engkau akan merasai kenikmatan 
Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang
Cinta yang sejati membawa cahaya
Menyinar cinta kebenaran
Menghancurkan bayang cinta kebatilan

Engkau akan menemui Dia dan Dia
Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi
Engkau akan bahagia dan amat bahagia 
Sehingga engkau tiada peduli lagi 
Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku
Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..

Walid Ibrahim almalik

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 14:28


Betapa ramai orang dia mencintai akan seseorang, tetapi dia ingin dirinya dicintai, bererti pada dirinya masih ada bahagian untuk dirinya.

Telegram UMAY:
https://t.me/muhammadafifyahya

Sila Share

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 09:55


Apabila seseorang melakukan amal zahir, namun batinnya bukan kerana Allah maka itu merupakan satu keburukan.

Justeru dalam pendidikan sufi, hal itu mesti diperangi (nafsu), inilah disebut mujahadah nafs. Memerangi diri (nafsu) yakni memerangi segala perbuatan dan amal yang dilakukan untuk kehendak & kemahuan dirinya.

Kerana sesuatu amal @ perbuatan itu mesti dikerjalan hanya kerana Allah.

Maka hal ini memerlukan tarbiah dan bimbingan sehinggalah Allah Ta'ala berikan sifat-sifat rohani kpd dirinya (akhlak-akhlak yang mulia).

Apabila sudah memiliki akhlak - akhlak yang mulia, baharulah dirinya akan melakukan sesuatu amalan kerana Allah.

UMAY

Gambar:
Bersama dengan Syeikh Dr Syuhadak Mahmud Al Ja'fariy di Seremban pada 22 Okt 2024

https://www.facebook.com/share/p/mvE7rQ5mp6oTr1Qf/

Sila Share.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 06:27


๐Ÿ‚Hati yang disibukkan dengan selain daripada Allah akan ditutup dari pintu hidayah.
๐Ÿ‚Jika benar-benar nak disembuhkan batin, kosongkan hati mu..tanggalkan jubah mu ketika dihadapan seorang guru..barulah guru akan tuang segala rahsia dalam dirimu.
๐Ÿ‚Bagaimana hati nak masuk asrar Allah jika hati sibuk dengan dunia dan makhluk?
๐Ÿ“ŒJusteru itu, putuskan segala keterikatan hatimu selain daripada Allah.

๐Ÿ’•Dan orang-orang yang berjihad bersungguh-sungguh untuk mencari redha Allah... nanti Allah akan tunjukkan jalan untuknya. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta dengan orang yang berbuat baik.
๐Ÿ’•Ketika sempurnanya kesunggguhan mu, Allah akan sempurnakan kejayaan mu.
๐Ÿ’•Ketika kamu telah sempurnakan kesungguhan mu, ketika itu Allah akan datangkan kejayaan untuk mu.
๐Ÿ’•Ketika Allah telah ada belas ihsan kepada mu, ketika itu tiada siapa lagi yang dapat menghalangnya.

Ketika AKU melihat kesungguhan mu..AKU akan kasihan pada mu.
AKU melihat kebenaran yang ada pada dirimu..ketika itu AKU akan menjaga mu.

Selagi mana tidak smpai limit lagi, bagaimana Allah nak sempurnakan kejayaan mu?

๐Ÿ“ŒBersihkan cermin hati...baru akan nampak wajah Allah.

๐Ÿ’•Cinta yang abadi, cinta yang tidak binasa ..cinta inilah yang akan membawa ke syurga.๐Ÿ’•

Bangunlah wahai rohani..
Ketika kamu telah benar-benar sedar dan terjaga, kamu tidak akan menyaksikan yang lain melainkan DIA..
NYATA HUWA

Waallahua'lam

๐Ÿ“Catatan nota
HIKAM PILIHAN IMAM IBNU ATHOILLAH AS-SAKANDARI
Dr. UMAY
Majlis Brunei Darussalam Berselawat
25.10.2024

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 06:27


SERAHKAN HATI MU KEPADA ALLAH

๐ŸŽฏKosongkan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah. Nescaya Allah akan isikan hatimu dengan segala makrifat dan rahsia-rahsia Allah. Sekiranya hati sudah ada lain selain daripada Allah..pada hati itu tidak akan dapat makrifat, pengenalan dan rahsia-rahsia Allah Taala.

๐ŸŽฏBagi para salik, mesti melalui jalan takhalli (penyucian) dengan jalan taubat dan istighfar...kemudian hiaskan ia dengan zikir dan selawat. Ini dinamakan tahalli. Pabila telah sempurna, Allah akan limpahkan cahaya akan rahsia-rahsiaNya. Allah akan bukakan pengenalan padanmNya. Tajalli tidak akan berlaku selagi tidak melalui jalan takhalli dan tahalli. Cahaya dan kegelapan tidak akan boleh berkumpul di dalam satu bekas yang sama. 2 perkara yang bertentangan tidak boleh diletakkan dalam pada masa yang sama.

๐ŸŽฏKetika mana Allah sudah isikan bekas qolbu mu itu dengan cahaya, maka kegelapan akan pecah. Hal ini perlu kepada bimbingan guru rohani yang telah wusul. Pengalaman kerohanian yang pernah dilalui oleh guru rohani itulah yang akan digunakan untuk membimbing anak rohaninya agar benar-benar menghadap Allah.

๐ŸŽฏJangan biarkan wajah qolbu berpaling dari Allah. Orang yang membelakangkan Allah, tidak akan ada ketenangan dalam hidup. Orang yang letakkan matlamat selain daripada Allah..dia akan berada dalam kesengsaraan. Selangkah kamu meninggalkan Allah, selangkah kamu menuju kepada kemurkaan Allah. Hati adalah tempat tajalli Allah. Jangan kotorinya dengan sesuatu yang lain.

๐ŸŽฏKetika tumpukan amal ibadah selain Allah, itu satu dosa pada Allah. Maka, perang diri sendiri..iaitu perlu memerangi nafsu (mujahadah). Melakukan amal dan ibadah untuk keperluan nafsumu. itu perlu diperangi akan nafsu itu. Sedangkan ketaatan itu hanya untuk Allah.

๐ŸŒฑKetika murid itu sudah bermujahadah sungguh-sungguh, Allah akan gantikan pada dirinya akan sifat-sifat rohaniNya, iaitu sifat ikhlas, rindu, asyik, ingatan, dan cinta. Selagimana pada dirinya tidak pakai sifat-sifat rohani, amalnya itu masih ada bahagian pada dirinya. Apabila Allah telah memakaikannya dengan akhlak Muhammadiyyah, barulah dia benar-benar akan lakukan amal itu untuk Allah. Dengan akhlak rohani itulah dia mengembalikan amal itu untuk Allah.

๐Ÿ‚Pada mereka yang tidak memakai dengan akhlak rohani, dia akan mengungkit amalnya di hadapan Allah ketika dia menerima ujian. Bererti dia beribadah masih ada untuk dirinya. Namun, ahli ibadah dia beribadah untuk Allah..pabila Allah pakaikan dirinya dengan akhlak illahiyah, barulah benar amalnya untuk Allah.

๐Ÿ’•Betapa ramai orang, dia mencintai seseorang..tetapi dia ingin dirinya dicintai. Bererti pada dirinya masih ada bahagian untuk dirinya.
๐Ÿ’•Seorang kekasih, dia mencintai kekasihnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan..itu baru benar cintanya.
๐Ÿ’•Para kekasih Allah, mereka lakukan ibadah kerana Allah. Walau apa jua ujian diberikan, disakiti.. dia tetap lakukan hanya untuk Allah.
๐Ÿ’•Ketika seseorang itu mengharapkan dirinya dicintai, bererti cinta yang kau berikan itu sebenarnya kau sedang mencintai dirimu.
๐Ÿ’•Namun para kekasih Allah, dia hanya mencintai Allah tanpa mengharapkan sesuatu. Walau disakiti sekalipun dia tetap mencintai Allah, dia tetap lakukan ibadah untuk Allah..kerana Allah.

๐Ÿ‚Ada mereka yang dijentik sedikit oleh Allah dengan ujian, lalu mereka meninggalkan amal. Pada mereka, amalnya dibalas dengan perkara yang menyakitinya, lalu dia tidak lagi mencintaiNya.
๐ŸƒNamun para kekasih Allah, mereka tidak meninggalkan amal walaupun dalam musibah yang melanda..kerana amalnya itu untuk Allah. Dia tetap tidak akan tinggal amal, walaupun disakiti oleh kekasihnya.

๐Ÿ“ŒAmallah sebenar-benar untuk Allah..bukan untuk nafsu mu, bukan untuk dirimu. Inilah jalan untuk leburkan dirimu..jalan fana' kepada Allah.

๐Ÿ“ŒNak cari guru mursyid bukan dengan akal, tetapi dengan rohani..bukan dengan kepandaian akal mu. Faqirkan diri sujud di hadapan Allah..minta dengan Allah agar diberikan guru mursyid yang benar.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 01:42


Orang yang dibukakan hijab, dia tetap nampak kebaikan Allah walau dalam bentuk ujian dan kesakitan sekalipun.
Tidak ada apa yang tidak baik dari Allah. Semuanya baik.
Dia sentiasa faham kebaikan Allah.
Orang yang kenal akan kebaikanNya, dia akan kasih.
Orang yang ada cahaya..dia akan sentiasa berinteraksi dengan asma'-asma' Allah.

Para perindu Allah..dia memandang alam untuk dia melepaskan rindunya kepada Allah. Kerana kuatnya rindunya dia pada Allah di alam roh dahulu.
Tiada anak yang tidak rindu pada tempat asalnya, kampung halamannya. Kerana pertemuan itu adalah ubat kepada rindu. Pertemuan itu ibadah..

Waallahua'lam

๐Ÿ“Catatan nota
Majlis Maghfirah dan Pengajian Kitab Kunci Perbendaharaan Makrifat
Dr. UMAY
24.10.2024 | 9.40pm

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 01:42


KUNCI PERBENDAHARAAN MAKRIFAT

Dia Allah ciptakan alam untuk makhluk mengenal diriNya.
Allah ingin dirinya dikenali..jadi, Allah ciptakan insan dan alam ini. Sebaik-baik kesempurnaan ciptaanNya ialah pada diri insan. Allah tajallikan nur pada insan dengan Nur Nabi.

Nur Nabi sumber kewujudan cahaya..
Sebaik-baik kejadian ialah pada diri insan.
Nak pandang Allah ialah pada alam mulki ini.
Kita pernah memandang Allah di alam roh.
Allah masukkan roh pada kita di dunia ini untuk Allah pandang diriNya disini.

Oleh kerana itu, pada tubuh ini ada peranan dan amanah, supaya benar membawa kepada tersingkapnya kepada Allah. Bersihkan tubuh mu pada jalan syariat. Bererti jika seseorang itu tidak benar berada dalam jalan syariat, maka tertutuplah rohaninya. Apa yang disyariatkan oleh Allah, tidak lain untuk penyucian qolbu mu. Bila dah berlaku penyucian qolbu, maka akan tersingkaplah dengan Allah Taala.

Pada diri kita Allah pantulkan sifat-sifatNya..
Sifat yang ada pada diri kita penuh dengan lemah dan daif.
Sifat yang ada pada diri kita tidak akan ada jika tidak dipersifatkan oleh Allah. Kita lemah, berhajat ada Allah.
ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽู…ูุซู’ู„ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ (Allah tidak sama dengan sesuatu)

Kudrat kita berharap pada kudrahnya Allah.
Iradah kita berhajat pada iradahnya Allah.
Kita berhajat pada Allah..
Sifat Allah tidak berhajat pada kita.

Jika tidak dipersifatkan, tidak akan ada sifat-sifat tsbt.
Untuk menunjukkan diriNya wujud, Dia ciptakan alam dengan penuh kehebatan untuk menunjukkan wujudnya Dia.
Kita adalah mazhar(penyataan) Allah..dan kesempurnaan mazhar ada pada diri insan.

Wujud Allah tiada binasa..
Wujud manusia itu binasa..
Yang kekal, kehebatan Allah..
Sesuatu yang ada pada diri mu semua akan binasa..

Allah wujudkan kita dengan kasih sayang.
Tiap helaan nafas turun naik nafas mu, kerdipan jantung nadi mu..rasailah maiyyah (kebersamaan) dengan Nya.
Wujud kita wujud majazi..
Wujud Allah wujud hakiki..
AKU ciptakan alam ini utk mu..
AKU ciptakan alam untuk khidmat pada mu..
Namun dirimu bukan untuk makhluk..adapun dirimu untuk diriKU..
Allah sangat mencemburui akan hamba yang mengisi qolbunya selain dari Nya..
Adapun Allah datangkan ujian pada mu untuk kamu duduk di dalam dakapanNya..dalam kasih sayang Nya.
Allah menghukum ketika kamu melampaui batas. Disebalik hukuman itu ada cinta Allah.

Dia menzahirkan kewujudan yang lain, tidak lain untuk menyatakan kewujudanNya. Disebalik dirimu ada diriNya.
Semua nak menceritakan tentang dirinya Allah.

Wujud Allah itu wujud dengan penuh kehebatan.
Wujunya Allah.. ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽู…ูุซู’ู„ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ (Allah tidak sama dengan sesuatu). Tidak berhajat pada bentuk, ruang, masa dan tempat. Allah tidak berada dalam sistem-sistemnya Allah. Kenal Allah itu pada af'al-Nya, asma', sifat-Nya Dia..

Orang sufi dia pandang alam, syuhud pada Allah.
Alam itu menjadi wasilah kepada Allah Taala.
Orang sufi tidak perlu dalil alam untuk nyatakan wujudnya Allah. Dalilnya ialah Allah itu sendiri. Para Ahlillah, dia terus syuhud kepada Allah.
Orang kalam..dalilnya wujud Allah ialah alam.
Kita kenal Allah pada dimensi af'al dan sifat.
Dan akhirnya kita pandang tidak ada lain selain Dia yang wujud.

Orang yang benar baqa'.. Dia sedar wujud dirinya, namun hatinya berada di alam lain dengan Allah.

Kata Ayahanda Walid,
"2 golongan yang tebal hijabnya, ialah orang alim dan orang yang kuat ibadahnya."
Ketika sandarkan dirimu pada ibadah mu, kamu terhijab.
Jika sandarkan pada kurniaan Allah...dia lulus.

WujudNya bersifat tiada kelemahan yang membantu kepadaNya. Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Allah tidak berhajat kepada sesiapa pun. Ada mereka rasa lebih dengan amalnya. Allah tidak berhajat pada amal kamu.

Orang yang dibukakan hijab, dia tetap nampak kebaikan Allah walau dalam bentuk ujian dan kesakitan sekalipun. Tidak ada apa yang tidak baik dari Allah. Semuanya baik. Dia sentiasa faham kebaikan Allah.

Orang yang kenal akan kebaikanNya, dia akan kasih.
Orang yang ada cahaya..dia akan sentiasa berinteraksi dengan asma'-asma' Allah.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

25 Oct, 01:42


Para perindu Allah..dia memandang alam untuk dia melepaskan rindunya kepada Allah.
Kerana kuatnya rindunya dia pada Allah di alam roh dahulu. Tiada anak yang KUNCI PERBENDAHARAAN MAKRIFAT

Dia Allah ciptakan alam untuk makhluk mengenal diriNya.
Allah nak dirinya dikenali..jadi, Allah ciptakan insan dan alam ini. Sebaik-baik kesempurnaan ciptaanNya ialah pada diri insan. Allah tajallikan nur pada insan dengan Nur Nabi.

Nur Nabi sumber kewujudan cahaya..
Sebaik-baik kejadian ialah pada diri insan.
Nak pandang Allah ialah pada alam mulki ini.
Kita pernah memandang Allah di alam roh.
Allah masukkan roh pada kita di dunia ini untuk Allah pandang diriNya disini.

Oleh kerana itu, pada tubuh ini ada peranan dan amanah, supaya benar membawa kepada tersingkapnya kepada Allah. Bersihkan tubuh mu pada jalan syariat. Bererti jika seseorang itu tidak benar berada dalam jalan syariat, maka tertutuplah rohaninya. Apa yang disyariatkan oleh Allah, tidak lain untuk penyucian qolbu mu. Bila dah berlaku penyucian qolbu, maka akan tersingkaplah dengan Allah Taala.

Pada diri kita Allah pantulkan sifat-sifatNya..
Sifat yang ada pada diri kita penuh dengan lemah dan daif.
Sifat yang ada pada diri kita tidak akan ada jika tidak dipersifatkan oleh Allah. Kita lemah, berhajat ada Allah.
ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽู…ูุซู’ู„ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ (Allah tidak sama dengan sesuatu)

Kudrat kita berharap pada kudrahnya Allah.
Iradah kita berhajat pada iradahnya Allah.
Kita berhajat pada Allah..
Sifat Allah tidak berhajat pada kita.

Jika tidak dipersifatkan, tidak akan ada sifat-sifat tsbt.
Untuk menunjukkan diriNya wujud, Dia ciptakan alam dengan penuh kehebatan untuk menunjukkan wujudnya Dia.
Kita adalah mazhar(penyataan) Allah..dan kesempurnaan mazhar ada pada diri insan.

Wujud Allah tiada binasa..
Wujud manusia itu binasa..
Yang kekal, kehebatan Allah..
Sesuatu yang ada pada diri mu semua akan binasa..

Allah wujudkan kita dengan kasih sayang.
Tiap helaan nafas turun naik nafas mu, kerdipan jantung nadi mu..rasailah maiyyah (kebersamaan) dengan Nya.
Wujud kita wujud majazi..
Wujud Allah wujud hakiki..
AKU ciptakan alam ini utk mu..
AKU ciptakan alam untuk khidmat pada mu..
Namun dirimu bukan untuk makhluk..adapun dirimu untuk diriKU..
Allah sangat mencemburui akan hamba yang mengisi qolbunya selain dari Nya..
Adapun Allah datangkan ujian pada mu untuk kamu duduk di dalam dakapanNya..dalam kasih sayang Nya.
Allah menghukum ketika kamu melampaui batas. Disebalik hukuman itu ada cinta Allah.

Dia menzahirkan kewujudan yang lain, tidak lain untuk menyatakan kewujudanNya. Disebalik dirimu ada diriNya.
Semua nak menceritakan tentang dirinya Allah.

Wujud Allah itu wujud dengan penuh kehebatan.
Wujunya Allah.. ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽู…ูุซู’ู„ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ (Allah tidak sama dengan sesuatu). Tidak berhajat pada bentuk, ruang, masa dan tempat. Allah tidak berada dalam sistem-sistemnya Allah. Kenal Allah itu pada af'al-Nya, asma', sifat-Nya Dia..

Orang sufi dia pandang alam, syuhud pada Allah.
Alam itu menjadi wasilah kepada Allah Taala.
Orang sufi tidak perlu dalil alam untuk nyatakan wujudnya Allah. Dalilnya ialah Allah itu sendiri. Para Ahlillah, dia terus syuhud kepada Allah.
Orang kalam..dalilnya wujud Allah ialah alam.
Kita kenal Allah pada dimensi af'al dan sifat.
Dan akhirnya kita pandang tidak ada lain selain Dia yang wujud.

Orang yang benar baqa'.. Dia sedar wujud dirinya, namun hatinya berada di alam lain dengan Allah.

Kata Ayahanda Walid,
"2 golongan yang tebal hijabnya, ialah orang alim dan orang yang kuat ibadahnya."
Ketika sandarkan dirimu pada ibadah mu, kamu thijab.
Jika sandarkan pada kurniaan Allah...dia lulus.

WujudNya bersifat tiada kelemahan yang membantu kepadaNya. Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Allah tidak berhajat kepada sesiapa pun. Ada mereka rasa lebih dengan amalnya. Allah tidak berhajat pada amal kamu.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

24 Oct, 02:52


Semakin kita menuntut dan mendalami ilmu, sepatutnya semakin kita akan berlapang dada dan terbuka kepada perbezaan.

Kita akan semakin merasai kekurangan dan kedhaifan yang ada pada diri. Dan kita akan berasa takut untuk bersangka buruk kepada orang lain.

UMAY

Gambar:
Menziarahi Tuan Guru Baba Ahmad Ridouddin di pondoknya Penanti petang semalam 23 Okt 2024.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Oct, 20:01


Alhamdulillah pada malam tadi saya menziarahi Baba Rusli Jamaudin Albanjari di pondoknya.

Syukur atas kesempatan 5 jam bersuhbah bersama beliau, mengambil manfaat & faedah yang banyak dengan khatam (tamat) sebuah kitab bersama Baba.

Antara bab yang menarik dikupas pada malam tadi ialah hakikat solat. Antara yang terhimpun dalam ibadah solat ialah munajat.

Baba menaqalkan kalam Syeikh Abdul Qader Al- Jailani , maqam munajat itu ibarat pasangan pengantin baru. Hanya mahu berbisik- bisik, berdua- berduan & bermanja di antara kekasih dgn kekasihnya sahaja.

โ€”โ€”

Moga Allah memberikan kekuatan & kesihatan yang baik kepada Baba.

UMAY
24 Oktober 2024
Sg Petani Kedah

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Oct, 13:22


Sudah menjadi tertib apabila berziarah ke Singapura, saya akan menziarahi Maqam Habib Noh Al Habsyi. Seusai itu, saya akan menziarahi Al Habib Hassan Bin Muhammad bin Salim Al-Attas di Masjid Ba'Alawi. Habib Hassan di antara sesepuh yang masih ada dan ketokohan dan jasanya cukup berpengaruh.

Antara pesanan Al-Habib:

Zaman ini adalah zaman yang penuh fitnah. Dan media sosial sekarang seperti facebook, whatsapp dll adalah medium yang paling mudah untuk sebaran fitnah. Jadi bagaimana Allah mahu berikan rahmat dan pertolongan kepada kita?

Solusinya ialah ikutilah akhlak salaf kerana itulah kekuatan kita. Jaga hati, jaga lisan dan jaga pendengaran. Inilah amal yang mampu mengundang rahmat Tuhan.

Gambar:
Ziarah Habib Hassan pada 21 Oktober 2024 di Masjid Ba'Alawi Singapura

https://www.facebook.com/share/p/UUDHdAPsD1N5gY8y/

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Oct, 12:56


Kalau benar Allah SWT ada dalam batinnya, pasti Muhammad SAW ada dalam batinnya. Mana mungkin bicara hakikat, tapi akhlak tidak baik, bermakna itu masih wilayah ilmu.

โœ…3) Ketika benar hati telah menyatu, terbit jiwa yang penuh kerahmatan. Jiwa yang prihatin, kehalusan jiwa membawa kerahmatan, kebahagiaan, kecintaan. Orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Cakna, prihatin, utamakan orang lain lebih dari diri. Ini lah yang dikatakan tanda besar nur itu telah menyatu dalam dirinya.

Walahualam

โœ๏ธCatatan
Kak Chik D
21.10.2024

https://www.facebook.com/share/tDy1vzeictg9amk6/?mibextid=WC7FNe

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Oct, 12:56


[CATATAN MAJLIS SELAWAT & TAUSIAH DI SINGAPURA]

Dr. UMAY, Simpang Bedok Singapura, 21.10.2024
Muhammad Afif Yahya
Muhammad Afif Yahya

๐ŸŒนTujuan Allah SWT menciptakan kita untuk beribadah kepada Allah SWT. Ibadah yang paling dikehendaki adalah ibadah makrifatullah, mencapai hakikat tauhid di sisi Allah SWT.

๐ŸŒนSemulia-mulia ibadat, setinggi-tinggi ibadat adalah makrifatullah.

๐ŸŒนKebahagian insan itu sejauh mana makrifatnya kepada Allah SWT.

๐ŸŒนIni yang dibawa oleh Saidina Nabi Muhammad SAW. Allah SWT anugerahkan Syurga di dunia dan syurga di akhirat nanti,

๐ŸŒธsyurga di dunia adalah syurga makrifat, iaitu qalbu yang bersih serta dilimpahkan oleh Allah akan asrar2 -Nya. Ketika mana seseorang itu telah mencapai syurga ini, dunia atau yang lain sudah tidak ada nilai, tidak lagi mampu membeli jiwanya lantaran jiwa nya sudah menikmati kebahagiaan yang hakiki.

๐ŸŒธAllah SWT ciptakan dunia ini untuk diriNya dikenali. Allah SWT ciptakan semua agar hambaNya bermakrifat kepadaNya. Allah SWT mahu diriNya diketahui akan kebesaranNya, kehebatanNya dan sebagainya.

๐ŸŒธApabila kita selangkah meninggalkan Allah SWT, selangkah lah kita menghampiri kemusnahan kerana telah meninggalkan segala-galanya.

๐ŸŒธBagi orang sufi, mereka telah dapat segalanya bilamana mereka dapat Allah walau pun dalam kedaifan kerana telah mencapai mutiara-mutiara makrifat.

๐ŸŒธSesungguhnya risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar, satu ketenangan dan kejayaan yang hakiki. Jangan terpengaruh kebahagiaan yang dibawa oleh Barat. Jangan cenderungkan hati menganggapkan kebahagian itu dengan harta, pangkat, nama, pengiktirafan manusia pada diri kamu.

๐ŸŒธMaka Allah SWT ciptakan dunia ini untuk kamu, jangan kamu tujukan hidup mu kepada makhluk. Mereka hilang kenikmatan Allah SWT dalam qalbu bilamana menjadi hamba kepada makhluk.

๐ŸŒธManusia akan menjadi hamba kepada yang dia sibuk, kalau sibuk dengan dunia, jadi hamba kepada dunia.

๐ŸŒธOleh yang demikian, sibukkan dirimu dengan Allah SWT. Walau jasad sibuk dengan dunia, jangan putus dengan Allah SWT, dengan zikir qalbu - Allah Allah Allah .

๐ŸŒธAmbillah talkin amalan dari para guru mursyid, talkin itu sebenarnya proses memindahkan Nur dalam dadanya kepada kamu, maka mengalir dari Nur mursyid, tabiin, sahabat hinggalah ke Rasulullah. Inilah sanad yang akan menyatukan rohanimu dengan rohani Rasulullah melalui pintu-pintu pewaris Nabi Muhammad SAW.

๐ŸŒธKetika nur telah menyatu dalam diri, maka terbit 3 hal - ketika serahkan diri pada Guru, ketika serahkan diri untuk dirawati, dibimbingi guru mu, ketika hilangkan keegoan, ketika benar2 tawaduk, maka mengalirlah nur guru2 mu iaitu -

โœ…1) Semakin mesra rohani, Allah SWT akan campakkan asrar (rahsia2 Allah SWT) ke dalam dirimu. Yg utama adalah Wajah rohani mu yg akan memandang Allah SWT nanti akhirat kelak. Maka Bersihkan cerminan qalbu rohani mu dengan selawat. Ketika bersih, maka dapat menarik pantulan-pantulan tajalli afaal sifat Allah SWT. Semakin berlaku pembukaan - maqam muqarabah maqam musyahadahโ€ฆ. Paling kurang kena capai wilayah muqarabah - sudah tidak ada diri lagi. Selagi Allah SWT masih di akal, tidak selamat. Perlu pindah di dalam qalbu - wilayah zauqi wilayah rasa. Nak dapat tauhid ini, tidak memadai dengan khatam kitab tauhid kerana zauqi hanya akan diperoleh melalui dada para guru. Ahwal qalbu tidak akan dapat melalui kitab. Perlu dipertalikan dengan pewaris2 Nabi Muhammad SAW.

Banyakkan selawat, moga Allah SWT akan tunjukkan dan pertemukan dengan para auliya dan arahkan hidupnya sehingga jumpa insan yang akan mewarnai/mencorakkan hidupnya tanpa disangka-sangka.

โœ…2) Ketika nur semakin menyatu, semakin terbit akhlak pekerti Muhammad SAW. Orang yang hatinya bersih Allah SWT akan mempersalinkan diri nya dengan pekerti Muhammad SAW. Bukan berlakon-lakon, tapi Allah SWT yang mempersalinkannya. Akhlak2 ilahiah, akhlak Tuhan. Akhlak ini mengalir dalam dada-dada pewaris Nabi Muhammad SAW. Bertambah nya makrifat, semakin dalam ubudiyah pada Allah SWT. Bkn lihat pada serban/ tasbih/ tapi tengok pada akhlak.

Muhammad Afif Yahya (UMAY)

23 Oct, 09:06


Mencintai Rasulullah SAW adalah jalan untuk mencapai kesempurnaan Tauhid & penyucian nafsu.

*Gambar ketika menziarahi Syeikh Tengku Mohd Fouzy di Singapura pada 21 Okt 2024.