SK Kota Warisan Official (Ibubapa) @skkotawarisan Channel on Telegram

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

@skkotawarisan


SK Kota Warisan Official (Ibubapa) (Malay)

SK Kota Warisan Official (Ibubapa) merupakan saluran Telegram rasmi untuk ibu bapa dan pelajar sekolah rendah Kota Warisan. Saluran ini menyediakan maklumat terkini berkenaan aktiviti sekolah, kejadian penting, dan perkembangan terkini dalam pendidikan. Ia juga membolehkan ibu bapa berinteraksi dengan guru-guru sekolah dan memperoleh maklumat penting mengenai akademik dan ko-kurikulum. Saluran ini merupakan platform yang berguna bagi ibu bapa untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dengan menyertai saluran ini, ibu bapa boleh mendapatkan akses kepada maklumat terkini dan terbabit dalam proses pendidikan anak-anak mereka. Menjadi sebahagian daripada komuniti SK Kota Warisan juga membantu ibu bapa untuk terlibat secara aktif dalam kehidupan sekolah anak-anak mereka. Sertai saluran SK Kota Warisan Official (Ibubapa) hari ini dan jadilah ibu bapa yang proaktif dalam memastikan pendidikan terbaik untuk anak-anak anda!

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

28 Nov, 09:37


Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Karamah Insaniah.

SAMBUTAN HARI  KANAK-KANAK, SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA & JAMUAN AKHIR TAHUN MADANI PERINGKAT SK KOTA WARISAN 2024

๐Ÿ—“TARIKH : 20.12.2024 / JUMAAT

๐ŸฆธTEMA PAKAIAN : KERJAYA IMPIAN

๐Ÿ“ฃMurid dibenarkan memakai pakaian bertemakan KERJAYA IMPIAN masing-masing dari rumah. Pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata. 
๐Ÿ“ฃ Pertandingan pakaian terbaik akan diadakan. Kepada murid yang tidak sertai, dibenarkan memakai baju PJ sekolah.
๐Ÿ“ฃ Jamuan untuk murid secara potluck. Jadi semua murid amatlah dialu-alukan untuk membawa makanan bagi memeriahkan jamuan akhir tahun ini
๐Ÿ“ฃ Murid juga dialu-alukan menyumbang kek hari lahir untuk diraikan bersama.
๐Ÿ“ฃMurid perlu meletakkan kek / makanan tersebut di stesen jamuan berikut:
Tahun 1 & 4 - Dewan PIBG
Tahun 3 & 5- Dewan Terbuka
Tahun 2 & 6 - Kantin
Prasekolah- Kelas Prasekolah
PPKI - Kelas PPKI
๐Ÿ“ฃ Bawa pinggan plastik/bekas plastik, cawan plastik, sudu dan garfu plastik.
๐Ÿ“ฃ Murid juga digalakkan membawa bekas makanan bertutup sekiranya ada makanan berlebihan yang ingin dibawa pulang.

UBK SKKW
Cc: GB

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

01 Oct, 14:14


*Tindakan Ibu Bapa:*
โ–ถ๏ธ Cetak surat penempatan.
โ–ถ๏ธ Hantar cetakan ke sekolah yg diluluskan
โ–ถ๏ธ Pihak sekolah akan membuat pengesahan
โ–ถ๏ธ Ibu bapa boleh buat RAYUAN di sistem idme setelah pengesahan dibuat oleh sekolah dan tunggu keputusan dalam sistem idme kemudian

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

04 Sep, 08:03


TAWARAN SEBUTHARGA BANTUAN MAKAN PRASEKOLAH 2025.pdf

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

04 Sep, 08:02


*๐Ÿ”Š๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก & ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿ“ฃ*

โ—ผ๏ธKENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGAโ—ผ๏ธ

NO SEBUTHARGA: SKKW 400-6/1/2 (03)
Tarikh tutup: 13.09.2024 (JUMAAT)

Sila rujuk kenyataan tawaran sebutharga tersebut untuk keterangan lebih lanjut.

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

05 Aug, 01:37


Assalamualaikum w.b.t

Perkara : SEMAKAN KEPUTUSAN PRASEKOLAH SESI 2025/2026

1) Keputusan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2024

2) Bagi mereka yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui laman sesawang seperti di atas dalam tempoh 2 minggu sebaik sahaja keputusan diumumkan iaitu dari 5 hingga 20 Ogos 2024.

3) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Farahdiba ( 012-4375144 )

Harap maklum
Terima kasih

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

21 Jun, 04:35


Salam Sejahtera

Emel dan Katalaluan Delima Murid SK Kota Warisan Tahun 4,5 dan 6

1. Kata laluan murid-murid telah direset. Setiap kata laluan murid adalah UNIK dan TIDAK SAMA antara satu sama lain.
.
2. Carian emel boleh dibuat melalui pautan di bawah :
https://lookerstudio.google.com/s/qQoSP5PoDIE
.
3. Senarai emel murid dan kata laluan yang BARU TELAH DITAMPAL di dalam kelas pada hari ini (Jumaat, 21 Jun 2024). Diminta untuk murid-murid untuk menyalin daripada papan kenyataan kelas masing-masing.
Sekian, terima kasih.

Penyelaras Delima
SK Kota Warisan

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

31 May, 10:08


Salam Sejahtera

Makluman Berkaitan ID Delima Murid SKKW

Murid-murid bolehlah membuat carian emel di pautan berikut : https://lookerstudio.google.com/s/qQoSP5PoDIE
.
Berkaitan kata laluan, pihak Admin Delima SKKW telah memohon untuk set semula kata laluan semua murid pada 28 Mei 2024 (Selasa) dengan pihak Delima Helpdesk untuk meningkatkan tahap sekuriti akaun masing-masing.
.
Namun, sehingga 31 Mei 2024 masih tiada maklum balas yang diterima.
.
Sebarang kemaskini terbaru akan dimaklumkan di SKKW Official. Terima Kasih.

PENYELARAS DELIMA SKKW

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

25 May, 02:35


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati,

PENDAFTARAN PROGRAM PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT TAHUN 2023

๐Ÿ“ŒPusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia sedang mencari murid-murid berpotensi yang pintar dan berbakat serta mempunyai keupayaan IQ yang tinggi.
๐Ÿ“ŒPencarian ini dilaksanakan menerusi Ujian Saringan UKM1 secara dalam talian yang menyasarkan penyertaan murid-murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara.
๐Ÿ“ŒBerikut adalah butiran berkaitan:

Tarikh ujian dibuka : 1 Februari hingga 15 Jun 2024
Kaedah : Dalam talian
Pautan Ujian : https://ukm1.permatapintar.ukm.my

๐Ÿ“ŒMurid yang berminat boleh mengambil ujian saringan UKM1 secara individu di rumah masing-masing atau secara berkelompok di sekolah.

๐Ÿ“ŒSekiranya ingin didaftarkan secara berkelompok (jawab ujian di sekolah), mohon ibu bapa mengisi borang  pendaftaran berikut sebelum 29 Mei 2024 :

https://forms.gle/iFtyfV4GuRPJN4LA8


๐Ÿ“ŒKepada yang telah menjawab saringan UKM1 secara individu di rumah sila isi link gf berikut: 

https://forms.gle/TfpPWo6fmwKbWxq99

Harap maklum. Terima kasih

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

17 May, 03:31


Salam Sejahtera

Pautan Carian Emel Delima Murid & Guru SK Kota Warisan

Carian Emel Delima Guru : https://lookerstudio.google.com/s/iufvFArbUsg

Carian Emel Delima Murid : https://lookerstudio.google.com/s/qQoSP5PoDIE

1. Laman web akan dikemaskini secara BERKALA setiap bulan.
.
2. Senarai emel murid dan kata laluan yang BARU akan ditampal di setiap kelas selepas cuti sekolah (3 Jun 2024). Setiap kata laluan murid adalah UNIK dan TIDAK SAMA antara satu sama lain.

Terima Kasih

PENYELARAS DELIMA SKKW

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

05 Mar, 02:11


Photo from HM

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

22 Feb, 10:26


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SK KOTA WARISAN KALENDAR AKADEMIK 2025/2026

๐ŸŒธ1 MAC 2024 - 30 APRIL 2024 DI PAUTAN BERIKUT:

https://eprasekolah.moe.gov.my

๐ŸŒธLANGKAHยฒ :

1๏ธโƒฃ Muat turun dan fahami manual pengguna. 
2๏ธโƒฃ Daftar pengguna dan SIMPAN/CETAK kata laluan (sebaiknya gunakan no mykid anak)
3๏ธโƒฃ Lengkapkan maklumat permohonan.
4๏ธโƒฃ CETAK borang permohonan yang telah lengkap diisi.
5๏ธโƒฃ SERAHKAN borang permohonan dan salinan dokumen yang diperlukan ke kelas PRASEKOLAH UKM / PRASEKOLAH UTM

๐ŸŒธTARIKH SERAHAN DOKUMEN :
Bermula 6/3/2024 hingga 31/5/2024

๐ŸŒธWAKTU SERAHAN DOKUMEN :
Isnin - Khamis : 
- 8.45 pagi - 12.00 tengah hari
- 2.00 petang - 3.45 petang

Jumaat : 
- 8.45 pagi - 12.00 tengah hari
- 2.45 petang - 3.45 petang

Mohon sebarkan.

Terima kasih.

SK Kota Warisan Official (Ibubapa)

05 Feb, 12:02


PROJEK โ€™PRE-LOVEDโ€™ PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan PIBG untuk menyokong komuniti sekolah, kami menghubungi semua ibu bapa dengan permintaan khas.

PIBG SKKW menganjurkan kutipan sumbangan seragam beserta peralatan lain berkaitan murid.

Jika anda ingin menyumbang untuk tujuan yang bermakna ini, sila kumpulkan mana-mana pakaian seragam pre-loved yang masih dalam keadaan baik dan dicuci kemas.

Anda boleh menghantar derma anda di kotak yang disediakan di pondok guard pintu utama sekolah dari 5 hingga 7 Feb 2024. Atau mengirim pada anak ke sekolah untuk dimasukkan ke kotak di Dewan Terbuka.

Tarikh agihan akan di maklumkan kemudian setelah sumbangan diterima dan disisih.