Tips Premium Abe Nazz @abenazz Channel on Telegram

Tips Premium Abe Nazz

@abenazz


Channel untuk penggemar 💰 ilmu kewangan, 🌏 sejarah & geopolitik, & 🎯 motivasi hidup

Tips Premium Abe Nazz (Indonesian)

Selamat datang di channel Telegram resmi Tips Premium Abe Nazz! Channel ini diperuntukkan bagi penggemar ilmu keuangan, sejarah & geopolitik, serta motivasi hidup. Di sini, Anda akan mendapatkan berbagai tips berguna yang dapat meningkatkan pengetahuan dan wawasan Anda dalam berbagai bidang. Abe Nazz, sang admin di balik channel ini, adalah seorang ahli dalam bidang keuangan, sejarah, dan motivasi hidup. Dengan bergabung di channel ini, Anda akan mendapatkan informasi terbaru, inspirasi, dan motivasi untuk mencapai kesuksesan dalam berbagai aspek kehidupan. Jadi, jangan lewatkan kesempatan untuk bergabung dengan komunitas penggemar ilmu kewangan, sejarah & geopolitik, serta motivasi hidup di Tips Premium Abe Nazz! Ayo segera bergabung dan jadilah bagian dari komunitas yang selalu siap memberikan inspirasi dan pengetahuan bermanfaat bagi Anda!

Tips Premium Abe Nazz

31 Mar, 22:08


Siapa nak ilmu bebas hutang dan ilmu simpanan dan pelaburan, boleh klik link ni. 49 Ringgit sahaja.

www.jutawantenang.com

Tips Premium Abe Nazz

10 Feb, 01:31


sudah boleh dibeli 👆👆

Tips Premium Abe Nazz

08 Feb, 08:31


https://www.facebook.com/share/r/HreKuaKRzMKyJ1n1/?mibextid=IX6t0L

Tips Premium Abe Nazz

25 Dec, 00:05


Ini ialah Excel File untuk 2024 Personal Finance Cash Flow

Tips Premium Abe Nazz

25 Jun, 14:17


https://www.facebook.com/AbeNazz77/videos/567202651648240/?fs=e&s=cl

Tips Premium Abe Nazz

11 Jun, 02:58


https://www.facebook.com/100005994708991/posts/pfbid02GWR1PwmHM8JeiiuY3y3gSEz5j71Fi7kvoVMZ3ZVmWeRfZ3FpjTdwvzkNCJM2M76yl/?d=n

Tips Premium Abe Nazz

26 Oct, 10:53


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1730296347180172&id=100005994708991

Tips Premium Abe Nazz

29 Sep, 06:20


Salam & good day,

The registration for Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21) is now OPEN to the public. Please feel free to share it with your community and network.

*Date*: 22 - 24 Oct 2021
*Registration Website*: www.cksummit21.behartawan.com
*Official FB Page*: www.FB.com/CKsummitOfficial
*FB Group*: www.FB.com/groups/CKsummit

InsyaAllah, we will organize Marathon Cakna Kewangan, 30 great speakers for 30 days as Pre-CKS21 for FREE, where we will re-Live back all sessions of CKS20 last year.

Date: 16 Sept - 15 Oct 2021Time: 9.00PM (everyday)
Please find attached the poster for your perusal.

Appreciate it if you could HELP to share and spread the words of this summit so that more people could join and get benefit from this event!

Tips Premium Abe Nazz

14 Aug, 12:45


Property and Unit Trust go hand in hand

Tips Premium Abe Nazz

07 Aug, 11:00


100 buah kapal Kadiri dihancurkan dan sisa tenteranya mundur ke ibu kota Kadiri yang bernama Daha.

Dalam tempoh beberapa hari, tentera Monggol berjaya menembus benteng Daha pada pagi 20 Mac 1293.

Daha dijaga oleh 100 ribu tentera Kadiri tetapi Monggol menggunakan senjata terkini yakni meriam dan catapult batu.

Raden Wijaya bertindak sebagai komander barisan belakang.

Jayakatwang dan puteranya di tawan dan dipenjarakan di Penjara Ujung Galuh.

Beliau akhir mati dibunuh Raden Wijaya di dalam penjara.
.

#MajapahitMengkhianatiMonggol - Bab 8

Selepas jatuhnya Daha, Raden Wiyaya meminta izin pulang ke Majapahit pada 2 April 1293.

Salah seorang panglima Monggol tidak bersetuju maka Kau Hsing membawa segerombolan kecil tenteranya ke Majapahit.

Di keraton Majapahit, Raden Wiyaya menyambut kedatangan tetamu dari China itu dengan tarian wanita Jawa.

Sebenarnya, Raden Wijaya telah pun mempersiapkan bala tenteranya.

Ketika mereka sedang asyik berpesta, tentera Majapahit menyerbu dan membunuh semua utusan dan tentera Mongol.
.

#MenghalauMonggol - Bab 9

Kemudian tentera Majapahit pada 19 April mengepung Kota Kadiri.

Tentera Tartar ketika itu mengalami wabak malaria terpaksa berundur ke pelabuhan.

Dalam perjalanan itu, mereka tidak begitu tahu keadaan muka bumi Jawa.

Dengan menggunakan serangan serang hendap anak panah Majapahit, Majapahit berjaya menewaskan tentera Monggol.

Kaki tentera Monggol terpasak dalam sawah padi yang becak.

Apabila mereka tidak mampu bergerak, anak-anak panah Majapahit menembusi badan mereka.

3000 orang maut. Maka tentera Monggol cepat-cepat berlayar ke China.

Mereka harus pulang sebelum angin monsun berubah arah.
.

#BermulalahEmpayarMajapahit - Bab 10

Kublai Khan sangatlah murka dan memenjarakan panglima Shih Pi kerana kegagalan beliau menundukkan Jawa.

Setelah itu, Kublai Khan tidak lagi menyerang Asia Tenggara.

Pada tahun 1297, Raden Wijaya mengirimkan perutusan ke Beijing untuk berdamai.

Akhirnya Raden Wiyaya mengisytharkan dirinya sebagai Raja Majapahit.

Majapahit terus berkembang di bawah keturunan Raden Wijaya terutama ketika Patih Gajah Mada menjadi 'bendahara'.
.

#MoralOfTheStory - Bab Akhir

Di bawah kepimpinan Patih Gajah Mada yang bersumpah tidak akan merasa sebarang rempah sehingga berjaya menguasai seluruh nusantara.

Majapahit berjaya menguasai seluruh Nusantara sehingga ke semenanjung Tanah Melayu.

Indonesia kini berdiri dengan keagongan empayar Majapahit. Sebab itulah Indonesia merupakan antara negara terbesar di dunia.

Namun Majapahit runtuh setelah diserang kerajaan Islam Demak dan apabila Melaka mengambil alih tampuk kekuasaan di nusantara.

Semoga kisah sejarah Majapahit ini bermanfaat.

Tekanlah butang Follow Abe Nazz untuk kisah-kisah sejarah ringkas sebegini.

Akhir kalam, selamat mempelajari sejarah hebat Nusantara

Abe Nazz Zain
- GAM Amarekka yang sukakan game strategi empayar dan sejarah dunia

Tips Premium Abe Nazz

07 Aug, 11:00


SEJARAH BERDIRINYA EMPAYAR MAJAPAHIT
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sebelum Melaka berdiri megah, terdirilah satu kerajaan Hindu-Buddha yang bernama Majapahit. Awas, Panjang(11 Bab).

Sejak dua tiga hari ini Abe banyak belajar mengenai sejarah Majapahit.

Ini kerana sekarang Abe banyak main Game Civilization 6 menggunakan empayar Majapahit.

Apa kata Abe rumuskan secara ringkas sejarah Majapahit hari ini. Kita roll camera, action, zass
.

#SingosariMenghinaMaharajaMonggol - Bab 1

Pada tahun 1222, Ken Arok mendirikan kerajaan Singosari di Malang (Tumapel).

Pada akhir abad ke 13, Dinasti Yuan (orang kata ini empayar Islam) di bawah Kublai Khan menghantar perutusan kepada keturunan Ken Arok.

Raja Singosari atau Singhasari itu bernama Kartanegara.

Kertanegara enggan tunduk untuk menjadi naungan Dinasti Yuan. Maka Kertanegara menghiris telinga perutusan Kublai Khan dan menghalau mereka semula ke China.

Kublai Khan menjadi sangat murka dan menyiapkan bala tentera yang terdiri dari pasukan 20000 tentera untuk belayar ke Pulau Jawa.
.

#SingosariTewas - Bab 2

Kertanagara memerintahkan seorang kerabat keturunan keempat Ken Arok yang bernama Raden Wiyaya untuk mematahkan serangan musuh negara jiran yang bernama Kadiri.

Raden Wiyaja berhasil menundukkan tentera Kadiri di Desa Mameling.

Namun apabila mereka pulang ke keraton (istana), mereka terkejut apabila Raja Kertanagara telah dimakzulkan oleh Raja Kadiri.

Raja Kertanaga mati dibunuh oleh Raja Jayakatwang.

Tentera Raden Wiyaja dikepung oleh tentera Kadiri yang sungguh besar.

Maka Raden Wiyaya melarikan diri ke Pulau Madura di mana terdapat seorang pembesar Singhasari bernama Arya Wiraraja.
.

#Berdamai - Bab 3

Arya Wiraraja berjanji untuk membalas dendam di atas kematian Kertanagara.

Namun beliau menasihatkan Raden Wiyaya untuk berdamai Jayakatwang.

Raden Wiyaya diminta menjadi perisik untuk mengetahui kekuatan Kadiri.

Beliau juga diminta untuk meminta sebahagian tanah tandus di daerah Tarik untuk dibangunkan sebagai tempat hobi memburu Jayakatwang.

Maka Raden Wiyaya pun berdamailah dengan Raja Jayakatwang
.

#MendirikanDesaMajapahit - Bab 4

Raden Wiyaya pun mengikut strategi itu.

Ketika dia membuka desa baru itu, Arya Wiraraja menghantar rakyat Madura untuk membangunkan desa itu.

Ketika Raden Wijaya membuka hutan belantara itu, beliau menjumpai banyak pohon buah maja.

Salah seorang tentera Raden Wijaya mencuba memakan buah Maja. Rasanya amat pahit!

Maka daerah baru itu pun dinamakan Majapahit (Wilwatikta).

Wilwa maknanya buah Maja. Tikta maksudnya pahit .
.

#MemintaBantuanMonggol - Bab 5

Arya Wiraraja mengutus surat untuk bernaung di bawah Dinasti Yuan.

Namun Kublai Khan memang sudah bersedia untuk menawan Singosari.

Raden Wiyaya berjaya membesarkan populasi Majapahit dengan menarik penduduk asal Singosari.

Arya Wiraraja juga mempersiapkan bala tentera di Madura.

Pada 1 Mac 1293, 30 ribu tentera dan 5 ribu kuda Tartar dipimpin Panglima Shih Pi, Ike Mise, dan Kau Hsing tiba di Pulau Jawa.

Tentera Monggol berlepas dengan menaiki 1000 kapal layar.
.

#MonggolBergabungDenganMajapahit - Bab 6

Misi asal tentera Monggol ialah untuk mengajar Kertanagara.

Tapi apabila mereka sampai di pelabuhan Tuban, barulah mereka tahu yang Kertanagara telah pun makzul dan mangkat.

Oleh kerana perintah Kublai Khan ialah Monggol mesti menundukkan Jawa, mereka meneruskan misi penakhlukan.

Di Tuban, Panglima Monggol Ike Mise mencari pewaris Kertanagara.

Raden Wiyaya bersetuju bernaung di bawah Kublai Khan dengan syarat Monggol mestilah membantunya menewaskan Jayakatwang, Raja Kadiri.
.

#MenyerangKadiri - Bab 7

Selain Majapahit, beberapa kerajaan kecil di Jawa turut bersekutu kerana mereka turut membenci Raja Jayakatwang.

Raja Kadiri akhirnya mendapat khabar kemaraan tentera Monggol yang dibantu oleh Raden Wijaya dan Arya Wiraraja.

Kadiri pun bersiaplah dengan perasaan marah dikhianati Raden Wijaya.

Pada bulan Mac 1293, tentera Monggol dan geng Jawa anti Jayakatwang berkumpul di muara sungai Kali Mas.

Tips Premium Abe Nazz

21 Jul, 12:30


Top 60 Consultants DPC. Tengoklah siapa yang full time siapa part time dan apa kerjaya sebenar mereka. Mostly Part Time (P). Lagi lama dalam bisnes ni lagi power. Tengoklah peningkatan pendapatan mereka tahun 2021 berbanding tahun 2020. Anda pun boleh if you are teachable dan muka tebal. Muka tebal poket tebal!

Tips Premium Abe Nazz

21 Jul, 12:24


Pic as proof. Pendapatan anak didik Daimyo Prestige consultants Jan 2021 hingga Jun 2021. Anda bukan hanya dapat belajar ilmu unit amanah, anda dapat belajar ilmu FB marketing, Tik Tok, dan hartanah. Super power Combo. Inshallah tak rugi.