Terkini Palestin @terkinipalestinmalaysia Channel on Telegram

Terkini Palestin

@terkinipalestinmalaysia


Dapatkan perkembangan terbaru mengenai Palestin melalui channel ini


1๏ธโƒฃ Salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun
*Kelab Perwira Malaysia*:

https://bit.ly/infaqGandumMega
https://bit.ly/infaqGandumMega

Terkini Palestin (Malay)

Terkini Palestin adalah satu saluran Telegram yang menyediakan maklumat terkini mengenai keadaan di Palestin. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat akses kepada berita terkini, perkembangan politik, dan isu-isu sosial yang berkaitan dengan Palestin. Saluran ini juga menyediakan pelbagai sumber maklumat yang boleh membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang keadaan di sana.

Jika anda ingin mengikuti perkembangan terbaru mengenai Palestin, saluran 'Terkini Palestin' adalah tempat yang sesuai untuk anda. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam mendapat maklumat terkini tanpa perlu mencari dari pelbagai sumber lain.

Saluran @terkinipalestinmalaysia juga menawarkan peluang untuk menyumbang infaq kepada penduduk Palestin yang memerlukan bantuan. Anda boleh salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun Kelab Perwira Malaysia melalui pautan berikut:

https://bit.ly/infaqGandumMega

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat informasi terkini dan turut serta membantu saudara-saudara kita di Palestin. Sertai saluran 'Terkini Palestin' sekarang dan bersama-sama kita berkongsi maklumat serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan!

Terkini Palestin

27 Jan, 22:21


Pray For Jenin!

Walaupun terdapat pesakit dan warga emas di kalangan mereka, tentera penjajah memaksa ratusan penduduk Kem Jenin untuk berpindah secara paksa, berjalan kaki disebabkan oleh operasi ketenteraan penjajah Israel yang menyasarkan kem tersebut.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

27 Jan, 14:36


"Pertempuran adalah untuk mencapai matlamat, dan jika pencari matlamat tidak mencapainya, dia akan dikalahkan."

Ini dikatakan oleh Abu Hamza Fayyad, Komander Batalion Beit Hanoun yang masih hidup, selepas tentera Israel mengumumkan kematiannya dalam perang Mei tahun lalu

Sumber: Tamerqadh

Terkini Palestin

27 Jan, 13:28


Jabatan Am Polis Palestin di Gaza: 1,400 telah terkorban yang terdiri daripada pegawai, anggota, dan komander pasukan polis Gaza telah gugur sepanjang perang.

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

27 Jan, 12:23


3 orang syuhada' dalam satu gambar, semuanya berjuang di Bumi Syam:
1. Ahmad al-Ja'bari
2. Marwan Isa
3. Saleh al-Arouri
Semoga Allah terima jihad mereka.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

27 Jan, 11:33


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan," lapor Agensi Anadolu (AA).

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.

Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran 'bom', yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

27 Jan, 10:08


Senjata Pejuang Kebebasan Palestin yang muncul dari bawah runtuhan menceritakan kisah saat-saat terakhir mereka dalam hidup

Senjata berlumuran darah, berkarat, ada yang patah.

Mereka berlawan dengan hebat dan heroik sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Sumber: Tamerqadh

Terkini Palestin

27 Jan, 09:43


Sepanduk "Tuan Taufan" diletakkan di atas runtuhan rumah bekas Ketua Biro Politik Hamas, Al-Syahid Yahya Sinwar, di Khan Younis.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

27 Jan, 08:18


Penganalisis Zionis, Tsvi Yehezkeli: Kami melihat kanak-kanak Gaza menyanyikan lagu kemenangan, mereka adalah golongan terpelajar buat generasi akan datang.

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

27 Jan, 07:13


TERKINI | Rakaman jelas Tentera Rejim Isr4el melepaskan tembakan ke arah penduduk Lubnan yang menunggu waktu untuk pulang ke Kafr Kila, Selatan Lubnan. Beberapa das tembakan dilakukan, membunuh sekurang-kurangnya 3 orang warga Lubnan dan mencederakan lagi 44 yang lain hari ini.

Serangan berlaku ketika hari sepatutnya Tentera Rejim Isr4el diarahkan keluar daripada kawasan itu.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

27 Jan, 06:03


Ucapan mutiara Al-Syahid Al-Mujahid Panglima Ismail Haniyeh:

"Sesungguhnya gerakan yang mempersembahkan para pemimpin dan pengasasnya sebagai syuhada demi martabat bangsa dan umat kita tidak akan pernah dikalahkan.

Serangan-serangan ini hanya akan menambah kekuatan, keteguhan, dan tekad yang tidak akan goyah. Inilah sejarah pejuang dan gerakan setelah pembunuhan para pemimpinnya, ia menjadi lebih kuat dan bersemangat."

Sumber: Hamas

Terkini Palestin

27 Jan, 05:29


Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa utara Gaza telah menjadi tanah perkuburan besar-besaran akibat kempen pembersihan etnik pengganas Israel, yang bermula lebih tiga bulan lalu untuk meratakan kawasan bagi pembinaan penempatan haram Yahudi.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

27 Jan, 04:48


Puluhan keluarga baring di atas tanah berhampiran paksi Netzarim, menunggu untuk dibenarkan pulang ke rumah mereka di Utara Gaza. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sumber: Aljazeera Palestin

Terkini Palestin

27 Jan, 04:12


Empat askar wanita Israel yang diserahkan oleh Hamas kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengucapkan terima kasih kepada Briged al-Qassam atas layanan yang mereka terima.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

25 Jan, 09:29


๐ŸŽฅ Rasmiya Abu Samra, seorang wanita Palestin dari Rafah di selatan Gaza, memeriksa runtuhan rumahnya, yang musnah akibat pengeboman tanpa henti Israel ke atas bandar itu.

"Seluruh hidup kami dan kerja keras kami, semuanya hilang," katanya.

Ketika ditanya sama ada dia menjangkakan kemusnahan ini, Rasmiya menjawab, "Saya tidak pernah menyangka akan menemui rumah saya dalam keadaan sedemikian. Saya terkejut melihat rumah saya menjadi satu longgokan. Semua impian kami hilang."

Sumber : MEE

Terkini Palestin

25 Jan, 06:43


Dilaporkan, sehingga 1 juta kanak-kanak di Gaza mempunyai masalah kecemasan, kemurungan, dan pemikiran bunuh diri setelah hampir 15 bulan berdepan dengan serangan bom Israel.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

25 Jan, 02:13


Seorang warga Palestin terkorban dan dua lagi cedera dalam satu letupan yang dipercayai daripada sisa-sisa bahan letupan Tentera Rejim Israel di Utara Gaza.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

25 Jan, 00:53


Laporan saluran 12 Israel mendedahkan bahawa Hamas berjaya memperdaya keselamatan Israel sebelum 7 Oktober. Pegawai tentera percaya Hamas takut untuk bertindak dan lebih cenderung mempertahankan diri.

Mereka yakin tembok pemisah Gaza mustahil ditembusi dan sesiapa yang mencuba akan dimusnahkan sebelum sampai ke sasaran. Yoav Gallant pula menganggap ancaman Hamas hanya roket.

Haim Cohen menegaskan bahawa tentera Israel memiliki drone serangan, kereta kebal, dan kenderaan perisai Namer untuk menutup sebarang kelemahan di tembok.

Sementara itu, Amit Saar dari perisikan tentera percaya Hamas tidak mahu perang dan lebih memilih kestabilan di Gaza. Laporan ini menunjukkan kelemahan besar perisikan Israel, yang gagal menjangka serangan besar Hamas pada 7 Oktober.

Sumber: Shehab Agency

Terkini Palestin

24 Jan, 14:58


Kebebasan tetap berjaya
Tiada belas kasihan untuk para perampas.


Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

24 Jan, 13:13


๐Ÿ“ฐ Tentera Israel terus mengepung dan menyerang dua hospital Jenin untuk hari kedua berturut-turut sejak pelancaran serangan besar ke atas bandar Tebing Barat yang diduduki utara, ketika tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyerbu hospital ketiga.

Pasukan perubatan yang cuba memberikan penjagaan telah diserang secara langsung oleh Israel, manakala paramedik telah dihalang daripada mencapai mangsa yang mati dan cedera, yang masih berselerak di seberang jalan.

Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dan mencederakan 40 lagi sejak serangan bermula pada pagi Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sumber : MEE

Terkini Palestin

24 Jan, 12:39


Tentera Penjajah Isr4el telah menangkap lebih 22 rakyat Palestin dalam serangan terbaru mereka ke atas Tebing Barat meskipun gencatan senjata telah diumumkan.

Jumlah warga Palestin yang ditahan di Tebing Barat melebihi 14,300 sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

24 Jan, 11:07


Palestin Menang, Israel Kalah ??

Terkini Palestin

24 Jan, 09:18


๐ŸŽฅ "Dari tengah-tengah kesakitan itulah tumbuhnya bunga harapan"

Abu Sami al-Amoudi ialah seorang jururawat di Hospital Nasser Gaza. Bagaimanapun, apabila dia tidak menjaga rakyat Palestin yang cedera, dia menggunakan media sosial untuk menyiarkan video. al-Amoudi menggabungkan komedinya dengan 'realiti pahit' perang Israel ke atas Gaza, untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai di seluruh jalur itu.

Sumber : MEE

Terkini Palestin

24 Jan, 08:38


Kelab Perwira Malaysia telah berjaya melaksanakan Projek Bantuan Pembinaan Kem Pelarian Salju Perwira 2024 di kawasan utara Gaza.

Projek ini berlangsung dari 9 Disember hingga 20 Disember 2024 dan dinamakan Kem Perlindungan Ardul Israโ€™ 1, kini menjadi tempat perlindungan sementara bagi ratusan pelarian.

Projek ini melibatkan pembinaan 40 buah khemah perlindungan, 10 buah tandas dan bilik air, serta pemasangan sistem saliran, sanitasi, dan elektrik.

TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE PERWIRA
https://youtu.be/d7bUfBITWUc

Terkini Palestin

24 Jan, 07:48


898 pusat pemeriksaan tentera dan pintu pagar mengepung rakyat Palestin di Tebing Barat!

Jumlah pusat pemeriksaan dan pintu besi Israel yang didirikan dan dipasang oleh tentera rejim di Tebing Barat telah mencecah 898, sumber mengesahkan.

Ketua Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi di Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan, Amir Daoud, menyatakan bahawa 18 pintu besi telah dipasang oleh pendudukan sejak awal 2025.

Sumber: Palestine International Broadcast

Terkini Palestin

24 Jan, 06:29


Penduduk Gaza yang pulang ke Rafah melihat rumah mereka yang telah musnah menjumpai sisa-sisa peluru buatan AS yang digunakan untuk mengebom Rafah dan membunuh rakyat Gaza.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

24 Jan, 05:08


Tentera Israel berkongsi foto di akaun Instagram mereka untuk mengingatkan orang awam Israel bahawa pemulangan para tawanan adalah hasil pengorbanan para tentera yang terkorban. Dalam foto tersebut, ditunjukkan kesemua anggota tentera dari unit yang sama yang telah terkorban dalam salah satu pertempuran dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Rakyat Israel kini menyedari bahawa satu-satunya penyelesaian sebenar bagi pemulangan para tawanan adalah melalui rundingan dan perjanjian damai. Sekiranya Netanyahu bersetuju dengan perjanjian pertukaran tawanan sejak awal, para askar dalam gambar tersebut mungkin masih hidup bersama-sama dengan para tawanan yang dibebaskan.

Sumber: Tamerqadh

Terkini Palestin

24 Jan, 04:12


MASJID AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Sebahagian daripada kita mungkin masih keliru yang mana satukah disebut sebagai Masjid al-Aqsa.

Ada yang mengatakan hanya masjid berkubah emas (Dome of the Rock) adalah Masjid al-Aqsa, dan ada pula yang mengatakan hanya masjid berkubah kelabu (Masjid al-Qibli) sebagai Masjid al-Aqsa yang sebenar.

Kedua-dua dakwaan tersebut kurang tepat kerana hakikatnya semua kawasan yang berada dalam dinding kompleks Masjid al-Aqsa (garisan oren) adalah Masjid al-Aqsa, termasuklah Dome of the Rock dan Masjid al-Qibli.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

24 Jan, 03:12


GAZA

Washington Post berdasarkan dokumen: Google telah membekalkan tentera penjajah Israel dengan teknologi kecerdasan buatan (Aritificial Intelligence) terkini pada awal perang di Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Terkini Palestin

24 Jan, 02:07


Gaza sudah memulakan proses pengebumian beberapa pahlawan yang telah syahid, jadi dalam masa terdekat kita akan lebih tahu nama-nama pahlawan yang telah gugur syahid setelah lebih setahun berperang. Antara pimpinan yang telah disahkan syahid:

- Panglima Fursan Khalifah dari Tulkarm
- Panglima Mahmud Hamadeh dari Baitul Maqdis
- Panglima Mustafa Qasem dari Kem Jabalia
- Panglima Syadi Abd Rabuh dari Bandar Jabalia
- al-Mujahid Mahmud al-'At'Out
- al-Mujahid Muhamad al-Mutawuq

Semoga Allah SWT terima jihad mereka

Sumber: Abu Omar

Terkini Palestin

24 Jan, 01:14


Batalion Jenin yang beroperasi di kem pelarian Jenin bukan hanya cabang dari Briged Al-Quds PIJ tetapi juga melibatkan kerjasama dengan briged-pejuang lain seperti Briged Al-Qassam dan Briged Syuhadaโ€™ Al-Aqsa.

Ditubuhkan selepas Operasi Penjaga Tembok pada Mei 2021, ia muncul sebagai respons terhadap kezaliman penjajah Israel. Walaupun masih muda, Batalion Jenin berjaya mempengaruhi ramai pemuda Palestin untuk menubuhkan kumpulan bersenjata mereka sendiri.

Pimpinan utama, Jamil Al-Amouri yang juga anggota senior PIJ memulakan pergerakan ini dengan membentuk sel-sel operasi di Jenin. Dikenali dengan keupayaan yang tinggi, anggota batalion ini menggunakan senjata buatan sendiri yang disokong oleh PIJ serta sokongan penuh dari penduduk setempat.

Semangat patriotik mereka, dipacu oleh penderitaan saban hari dan kekejaman Israel, menguatkan tekad mereka untuk mempertahankan kem Jenin dan menghalang kemasukan penjajah Israel.

Unit Kajian Strategik
Dunia Palestin Network

Terkini Palestin

24 Jan, 00:21


Pasukan pejuang Houthi di Yaman mengumumkan gencatan senjata di Laut Merah yang menjadi laluan penting kapal perdagangan dunia.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

19 Jan, 04:17


Ratusan perhimpunan di Stockholm sebagai solidariti dengan Palestin โคต๏ธ

๐Ÿชง Penunjuk perasaan membawa plakad dan bendera Palestin melaungkan slogan menyokong Palestin

Sumber : AA

Terkini Palestin

19 Jan, 02:02


FETYA: MV BALAKLAVA

470 hari mereka bertahan dan terus berjuang tanpa henti.

Dengan memakai Balaklava, tiada siapa pun tahu wajah mereka kecuali Allah SWT.

Mereka telah melancarkan Taufan Al-Aqsa yang membuka fasa baharu menuju Pembebasan Palestin.

Maka MV Balaklava ini adalah untuk mereka dan kita semua.

Diinspirasikan daripada Hadis Rasulullah SAW, 2 mata yang tidak akan pernah tersentuh api neraka.

1. Menangis kerana takutkan Allah
2. Berjaga di atas jalan Allah (ribat)

Mari kita turut berusaha membantu Palestin sedaya upaya ๐Ÿ’ช

Serta terus mendoakan agar genjatan senjata berjaya pada esok hari, Ahad jam 2.30 petang waktu Malaysia ๐Ÿคฒ

Selamat menonton & jemput sebarkan.
https://youtu.be/jnsXLAKccCo?si=xqleX0Y28d6GQg9y

Sumber: FETYA

Terkini Palestin

18 Jan, 04:12


Sekurang-kurangnya AS$10 bilion diperlukan untuk memulihkan sistem kesihatan Gaza yang musnah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun, menurut penilaian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

"Keperluannya sangat besar," kata wakil agensi kesihatan PBB di wilayah Palestin, Rik Peeperkorn, kepada pemberita.

Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, para aktivis kemanusiaan menyeru peningkatan besar-besaran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang musnah akibat perang, sambil berusaha menilai keperluan mendesak yang semakin membesar.

Terkini Palestin

18 Jan, 02:37


Wartawan bebas, Sam Husseini kemudian diangkat keluar oleh pengawal keselamatan kerana terus mempersoalkan pendirian Antony Blinken menyokong Israel sedangkan ICJ sahkan tindakan negara haram itu adalah genosid.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

17 Jan, 23:36


Penduduk Israel menyekat jalan-jalan di Baitulmaqdis yang diduduki sebagai protes terhadap persetujuan Netanyahu terhadap perjanjian gencatan senjata Gaza.

Sumber : QNN

Terkini Palestin

17 Jan, 13:39


๐Ÿ”ด Kabinet Israel berpecah-belah berhubung perjanjian gencatan senjata Gaza

Itamar Ben-Gvir, menteri keselamatan negara berhaluan kanan berkata pihaknya akan berhenti kerajaan jika perjanjian Gaza disahkan.

Sumber : AA

Terkini Palestin

17 Jan, 11:34


Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) telah menyatakan bahawa lebih 12,000 pesakit memerlukan pemindahan perubatan segera dari Semenanjung Gaza kerana sekatan berterusan Israel di lintasan.

Ia menambah hanya 446 pesakit, 266 daripadanya kanak-kanak, telah dipindahkan dari Semenanjung sejak tentera Israel menduduki persimpangan Rafah pada Mei 2024.

Ini meningkatkan jumlah penduduk Palestin yang telah dipindahkan kepada lebih 5,000 pesakit sejak permulaan pembunuhan beramai-ramai Israel pada Oktober 2023.

Sumber : QNN

Terkini Palestin

17 Jan, 09:29


Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa proses gencatan senjata tidak akan menghentikan serangan Israel di Gaza.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

17 Jan, 08:33


โ€œBangunlah, perang sudah berakhir.โ€

Seorang pemuda Palestin meratapi kakaknya, yang syahid akibat serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kediaman di kejiranan Al-Daraj di tengah Bandar Gaza awal pagi tadi.

Sumber: QNN

Terkini Palestin

17 Jan, 07:23


Kumpulan itu akan terus menyeru komuniti antarabangsa untuk terus memboikot produk Israel atau negara sekutunya selagi negara haram itu tidak memenuhi segala tuntutan yang dikemukakan.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

17 Jan, 05:29


Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza susulan laporan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Sumber peringkat tinggi turut mendedahkan kesediaan Mesir untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan terbesar ke Semenanjung Gaza.

Sebagai respons kepada perkembangan tersebut, Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Nasr, mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata itu, dengan menyifatkannya sebagai langkah penting untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

17 Jan, 04:08


โ€œYa Allah, jadikanlah gencatan senjata ini sebagai gencatan yang diberkati seperti Perjanjian Hudaibiyah, diikuti dengan kemenangan besar seperti Pembukaan Kota Makkah, dengan rahmat dan keutamaan-Mu, wahai Yang Maha Mulia dari segala yang mulia. ๐Ÿคฒ๐Ÿผโ€

Terkini Palestin

17 Jan, 03:02


Perjanjian Gencatan Senjata Gaza: Fasa-Fasa Utama

Israel dan Hamas bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata tiga fasa, diumumkan di Doha oleh PM Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.

Fasa Pertama: Penukaran Tahanan dan Pengunduran Tentera
- 33 tawanan Israel termasuk yang sakit atau cedera akan dibebaskan, bersama 1,000 tahanan Palestin.
- Israel akan mula berundur dari Gaza, termasuk koridor Netzarim, tetapi mengekalkan kawalan di beberapa lokasi strategik.
- Laluan Rafah akan dibuka untuk memindahkan mangsa cedera ke Mesir.

Fasa Kedua dan Ketiga:
- Rundingan bermula pada hari ke-16 untuk pembebasan penuh tawanan Israel dan pengunduran total Israel dari Gaza.
- Pembinaan semula Gaza dirancang dengan pengawasan antarabangsa.

Sejak Oktober 2023, lebih 46,700 rakyat Palestin terkorban akibat perang, dengan 11,000 masih hilang. Perjanjian ini menandakan langkah penting ke arah perdamaian.

Sumber : MEE & Anadolu Agency

Terkini Palestin

17 Jan, 02:37


ANTARA HOSPITAL DI GAZA DAN LOS ANGELES.

Banyak video yang diedarkan oleh aktivis membandingkan pemindahan hospital di Gaza dengan pemindahan hospital di Los Angeles.

Pemindahan akibat tembakan dan pengeboman dan pemindahan akibat kebakaran.

Terkini Palestin

17 Jan, 01:13


๐Ÿ“ฐ Gencatan senjata yang semakin hampir di Semenanjung Gaza akan berlangsung selama enam minggu, dengan Hamas membebaskan tiga tebusan setiap minggu, menurut Reuters.

Hamas akan membebaskan tebusan wanita dan mereka yang berumur bawah 19 tahun terlebih dahulu, diikuti lelaki berusia lebih 50 tahun.

Israel akan membebaskan 30 tahanan Palestin bagi setiap tebusan yang dibebaskan dan 50 bagi setiap askar wanita Israel.

Hamas akan membebaskan sejumlah 33 tebusan semasa fasa pertama, termasuk semua wanita (termasuk tentera), kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun.


Sumber : MEE

Terkini Palestin

17 Jan, 00:26


Yedioth Arnoroth: Netanyahu telah gagal dari aspek politik dan tentera serta ketua stafnya gagal dari aspek ketenteraan setelah 15 bulan peperangan berlangsung.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

17 Jan, 00:22


๐ŸŽฅ"Kami tidak mahu kain kafan dari negara Arab."

Seorang lelaki Palestin menggunakan pakaiannya sebagai kain kafan untuk kanak-kanak Mohammed Jweifel, yang terbunuh dalam pengeboman Israel yang menyasarkan sekumpulan orang awam di bandar Al-Zawaida, di Gabenor Deir al-Balah.

Sumber : MEE

Terkini Palestin

16 Jan, 23:46


KUALA LUMPUR: Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan al-Hayya bercakap dalam sidang media melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Russia, China dan Indonesia atas solidariti mereka terhadap rakyat Palestin, sambil mengiktiraf sumbangan mereka dalam memberikan sokongan penting ketika saat-saat sukar.

Kenyataan beliau dibuat susulan pengumuman perjanjian gencatan senjata yang diketuai Qatar sebagai perantara, dijangka berkuat kuasa Ahad ini.

Sumber: Berita Harian

Terkini Palestin

16 Jan, 22:25


Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.

Katanya, perjanjian itu telah menormalkan hubungan Israel dengan beberapa negara Arab semasa penggal pertamanya.

Rundingan pada Rabu menghasilkan perjanjian berfasa untuk menamatkan konflik selama 15 bulan di Gaza antara Israel dan Hamas.

Sumber: Astro Awani

Perjuangan seterusnya untuk kita ialah menentang normalisasi Israelโ€ผ๏ธ

Terkini Palestin

08 Jan, 14:33


Jurucakap Ketenteraan Briged Al-Quds, Abu Hamzah: Pasukan perubatan kami memberikan rawatan kepada seorang tahanan yang cuba membunuh diri. Kami berjaya menyelamatkan nyawa tahanan tersebut selepas dia cuba membunuh diri akibat keadaan psikologinya.

Keadaan mental tahanan itu semakin merosot selepas kerajaan Netanyahu mengenakan syarat baharu yang menyebabkan kegagalan pembebasannya. Tahanan Zionis yang cuba membunuh diri itu dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama pertukaran tahanan.

Susulan cubaan bunuh diri itu, Briged Al-Quds memutuskan untuk memperketat langkah kawalan dan keselamatan terhadap para tahanan.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

08 Jan, 13:19


Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan, berdasarkan sumber tentera bahawa keadaan keletihan semakin meningkat di kalangan tentera Israel akibat perang yang berlanjutan di pelbagai medan. Tentera juga menghadapi kekurangan tenaga manusia selepas lebih 10,000 askar terkorban atau cedera dalam perang ini.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

08 Jan, 12:54


Sedikit sedutan mengenai sebuah keluarga Palestin di Gaza yang kembali ke runtuhan rumah mereka setelah bangunan itu dibom tentera penjajah Zionis.

Berapakah masa dan tenaga yang diperlukan untuk membersihkan sisa-sisa konkrit itu?

Inilah Palestin. Inilah keadaan kesengsaraan mereka natijah daripada kezaliman Zionis. Sebagai manusia biasa, adakah anda masih boleh kekal rasional setelah masa depan anda sekeluarga diranapkan selama 15 bulan dan seakan tiada penghujung?

Hanya kepada Allah kita semua berserah.


Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

08 Jan, 11:19


Perang di Gaza adalah kegagalan besar bagi kamiโ€” Amit Halevi, Ahli Knesset penjajah Zionis

Majlis Menteri telah memutuskan untuk mengurangkan keupayaan ketenteraan dan politik Hamas. Namun hari ini, organisasi tersebut menikmati keupayaan yang sangat berbahaya.

Sekatan yang dikenakan sepatutnya lebih berkesan, tetapi 40 askar terbunuh di Jabaliya. Bagaimana ini boleh berlaku?!

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

08 Jan, 10:34


๐Ÿ”ด Briged Al-Qassam menyasarkan kenderaan musuh di Persimpangan Al-Saftawi, barat kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Ketahuilah bahawa Briged Al-Qassam dan puak-puak penentangan bersenjata yang lain masih gagah dan utuh meskipun dengan senjata yang primitif memerangi musuh Zionis yang sarat dengan senjata berteknologi tinggi.

Allahu Akbar! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Terkini Palestin

08 Jan, 09:35


Terima kasih Mattie Willson diatas pengorbanan anda!

Mattie Willson merupakan salah seorang aktivis Amerika yang menjalani mogok lapar selama 12 hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakatnya mengenai kebuluran terancang penjajah Zionis yang dahsyat ke atas penduduk Gaza.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

08 Jan, 08:44


Ibu kepada Dr Hossam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan, yang ditahan oleh Tentera Rejim Isr4el, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sumber: Shehab Agency

Innalillah, moga arwah ditempatkan bersama mereka beriman & beramal soleh ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Moga Dr Hossam Abu Safiya juga selamat dalam lindungan Allah SWT

Terkini Palestin

08 Jan, 08:14


Seorang bekas pegawai kanan Israel bimbang trend generasi muda negara haram itu lantang menyokong pembunuhan beramai-ramai.

Sumber: TV Pertiwi

Terkini Palestin

08 Jan, 07:23


Pentadbiran tentera Zionis telah memberi amaran kepada anggotanya bahawa mereka berisiko ditangkap jika melakukan perjalanan ke luar negara, selepas salah seorang tenteranya melarikan diri dari Brazil ketika disiasat atas kemungkinan jenayah perang di Gaza, lapor media tempatan semalam, menurut Anadolu.

Organisasi hak asasi manusia telah menjejaki tentera dan memfailkan kes undang-undang terhadap mereka kerana terlibat dalam perang yang sedang berlangsung di wilayah Gaza, menurut akhbar Haaretz Israel.

Tuntutan undang-undang dilaporkan telah difailkan di Afrika Selatan, Sri Lanka, Belgium, Perancis, dan Brazil.

Laporan itu menyatakan bahawa amaran tentera tersebut ditujukan terutamanya kepada tentera simpanan, memandangkan anggota aktif tidak dibenarkan ke luar negara tanpa kelulusan terlebih dahulu.

Sumber: Middle East Monitor / DP

Terkini Palestin

08 Jan, 06:08


Yoav Limor, wartawan Israel: Setiap hari, kami kehilangan seorang tentera yang terkorban dalam perang panjang ini yang bermula pada 2023 dan berlanjutan hingga 2025 tanpa tanda-tanda akan berakhir.

Sumber: Watan Media

Terkini Palestin

08 Jan, 05:49


Pasukan Khas Israel Gunakan Ambulans untuk Serang Kem Pelarian di Tebing Barat

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan pasukan khas Israel menggunakan ambulans sebagai penyamaran semasa serbuan di kem pelarian Balata, Nablus, pada 19 Disember. Serangan ini mengorbankan dua rakyat Palestin, termasuk seorang wanita.

Tindakan ini dikecam antarabangsa. Nicola Perugini, pakar hubungan antarabangsa, menyatakan tindakan ini bertentangan dengan tuduhan Israel terhadap Hamas yang kononnya menggunakan fasiliti perubatan untuk tujuan ketenteraan di Gaza. Francesca Albanese, Pelapor Khas PBB untuk Palestin, menyifatkan penggunaan ambulans untuk operasi ketenteraan sebagai pelanggaran serius Konvensyen Geneva.

Ini bukan kali pertama pasukan khas Israel menggunakan penyamaran. Januari lalu, mereka menyusup ke Hospital Ibn Sina, Jenin, dalam pakaian doktor dan membunuh tiga rakyat Palestin. Tuduhan Israel terhadap penggunaan fasiliti perubatan oleh Hamas pula dipersoal oleh Pendakwa Utama Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Andrew Cayley, yang menyatakan bukti kehadiran pejuang Hamas di hospital Gaza mungkin terlalu dibesar-besarkan.

Data WHO menunjukkan daripada 35 hospital di Gaza, hanya 17 yang masih sebahagian berfungsi, manakala 18 lainnya rosak atau tidak beroperasi sepenuhnya. Keadaan ini mencerminkan krisis kemanusiaan dan pertikaian tentang kebenaran tuduhan Israel terhadap fasiliti perubatan.

Sumber : Quds News Network

Terkini Palestin

08 Jan, 04:27


โ€œAnda menyokong keganasan dengan pin anda.โ€

Seorang penumpang Yahudi menuduh seorang pramugari American Airlines dalam penerbangan ke Miami di AS sebagai antisemitisme dan "menyokong keganasan" kerana memakai pin tembikai.

Sumber: Middle East Eye

Beginilah sifat si Zionis yang takut akan dosanya ke atas rakyat Palestin selama ini ๐Ÿ™‚โ€โ†”๏ธ

Terkini Palestin

08 Jan, 03:48


Israel lanjutkan tutup operasi Al-Jazeera di Ramallah

Pihak berkuasa Israel mengluarkan keputusan melanjutkan penutupan pejabat Al-Jazeera di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, beberapa hari selepas Pihak Berkuasa Palestin menggantung siaran rangkaian itu selama empat bulan.

Menurut wartawan AFP, tentera Israel pada pagi Selasa telah menampal arahan lanjutan penutupan di pintu masuk bangunan yang menempatkan pejabat Al Jazeera.

Perintah lanjutan ini berkuat kuasa mulai 22 Disember lalu dan berlangsung selama 45 hari.

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

08 Jan, 03:03


Keluarga Al-Hajj di Jenin: Seorang penembak tepat daripada pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) yang berkawal di bukit sekitar Kem Jenin telah menembak seorang bapa bersama anak-anaknya.

Difahamkan bapa tersebut sedang mengisi air di atas bumbung rumahnya sebelum ditembak mati bersama salah seorang anaknya sementara seorang lagi anaknya mengalami kecederaan.

Sumber: Al-Jazeera

Apabila senjata yang sepatutnya mensasar penjajah digunakan untuk membunuh rakyat sendiri?! Adakah PA benar-benar ingin menjadi tali barut Zionis?

Terkini Palestin

08 Jan, 02:34


Beginilah cara rakyat Gaza mencari internet di tengah-tengah bencana kemusnahan yang berlaku!

Terkini Palestin

08 Jan, 01:27


Khemah-khemah perubatan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, dinaiki air akibat hujan lebat dan kekurangan bekalan yang diperlukan, di tengah-tengah kemusnahan infrastruktur yang disebabkan oleh serangan berterusan Israel.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

08 Jan, 00:32


Dengan kehendak rakyat, harapan kembali muncul

Pembukaan semula Hospital Mata Pakar di Gaza selepas ia ditutup oleh penjajah.

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

07 Jan, 23:46


Jibril Rajoub, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Fatah: Anggota Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak sepatutnya melepaskan tembakan ke arah penjajah kerana itu bukan tugas mereka.

Sumber: Meem Magazine

Setiap bangsa pasti ada duri dalam dagingnya.

Terkini Palestin

07 Jan, 23:06


Impian Sultan Abdulhamid II mempunyai harapan untuk menjadi nyata apabila Tรผrkiye merancang untuk memulihkan laluan Istanbul-Damsyik Kereta Api Hejaz yang bersejarah, yang berdiri sebagai simbol perpaduan umat Islam.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

25 Dec, 13:07


Media Ibrani memuat naik sebuah rakaman visual udara yang menunjukkan kemusnahan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis di Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

25 Dec, 12:27


Kepentingan Golan,

Golan Height atau โ€˜ู‡ูŽุถู’ุจูŽุฉู ุงู„ู’ุฌูŽูˆู’ู„ูŽุงู†ูโ€™ atau ringkasnya Golan merupakan sebuah dataran tinggi yang terletak di barat daya Syria. Wilayah panas ini bersempadankan Sungai Yarmouk di selatan, Laut Galilea di barat (Israel atau tepatnya P4lestin-1948), Gunung Hermon di utara (Lubnan) dan Wadi Raqqad di timur.

Golan yang berkeluasan 1,800 km persegi ini diduduki oleh kira-kira 55,000 penduduk iaitu 24,000 Arab Druze dan 31,000 yang lain adalah pendatang Yahudi.

Dua pertiga daripada kawasan itu diduduki oleh Israel berikutan Perang Enam Hari 1967 dan kemudian diduduki secara rasmi dan kekal sejak 1981 โ€“ satu tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, yang terus menganggapnya sebagai wilayah Syria yang diduduki Israel.

Sejak kejatuhan Bashar pada 8 Dis 2024 baru-baru ini, tentera Israel telah menduduki baki satu pertiga daripada kawasan ini dan membuat Keputusan untuk meningkatkan lagi penduduk Yahudi di Golan.

Golan merupakan wilayah strategik ketenteraan dan ia menjadi sumber air yang penting kepada Sungai Hasbani dan Sungai Jordan yang merupakan sumber kepada sepertiga bekalan air bersih kepada Israel.

Ada 3 sumber berita iaitu laman web al-Bawaba yang berpangkalan di Jordan, TV Mihwar yang berpangkalan di Lubnan dan Israel National News, di Beil El, Israel mendakwa bahawa Israel telah membayar kepada Hafiz al Assad (bapa Bashar) dan Rifaat al Assad (bapa saudara Bashar) sebanyak USD 100 juta sebelum menakluk Golan pada perang 6 hari pada 5-10 Jun1967.

Golan akan terus panas dan menjadi paparan media dengan isu-isu kontemporari di Timur Tengah.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Terkini Palestin

25 Dec, 10:44


Briged Nasser Salah al-Din dengan kerjasama Pasukan As-Syahid Omar Al-Qassem menerbitkan video pelancaran peluru berat ke arah kawasan kawalan dan perintah pihak musuh (tentera penjajah Zionis) di paksi Netzarim.

Meskipun dilanyak oleh penjajah Zionis dari semua sudut, pejuang pembebasan Palestin terus menerus menentang dengan hebat dan mengakibatkan kerugian yang besar buat penjajah.


Sumber: Warfare Analysis

Terkini Palestin

25 Dec, 08:22


Siasatan oleh Euro-Med Monitor mendedahkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera penjajah dengan mengebom Masjid Al-Hassan di kawasan At-Tuffah, Gaza semasa solat Subuh pada 16 November 2023.

Serangan udara Israel telah memusnahkan masjid sepenuhnya ketik para jemaah sedang berada di dalamnua menyebabkan semua yang berada di dalamnya terbunuh dengan kebanyakan mayat bertukar menjadi cebisan.

Hasil awal menunjukkan lebih daripada 16 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita, kanak-kanak, dan warga tua serta puluhan lagi cedera.

Euro-Med Monitor mengesahkan tiada sasaran ketenteraan di dalam atau sekitar masjid pada waktu serangan, dan menyatakan bahawa serangan itu dilakukan menggunakan kaedah "belt of fire".

Serangan ini merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk prinsip pembezaan dan kesepadanan, dan tentera penjajah tidak memberikan sebarang justifikasi untuk jenayah ini.

Sumber: Euro-Med Monitor

Terkini Palestin

25 Dec, 06:52


Sekumpulan kanak-kanak di Berlin, Jerman, telah mempersembahkan satu adegan dramatik yang menggambarkan pengeboman oleh penjajah Israel terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza.

Persembahan mereka yang penuh emosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin dan genosid yang sedang berlaku di Gaza.

Sumber: QNN

Terkini Palestin

25 Dec, 04:22


Israel Hayom: Kepimpinan tentera Israel terkejut dengan skala fenomena pengunduran 500 anggota tentera dengan anggaran bahawa jumlah ini akan meningkat selepas gencatan senjata.

Bilangan pegawai yang meninggalkan tentera dianggap membimbangkan, terutamanya di tengah cabaran keselamatan yang semakin meningkat di Israel.

Terdapat banyak sebab di sebalik pengunduran ini, termasuk tekanan akibat perang yang berterusan serta masalah ekonomi.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

25 Dec, 03:23


Stephanie Tremblay, jurucakap PBB, berkata tentera Zionis melakukan serangan udara ke atas konvoi Program Makanan Sedunia (WFP) di Gaza pada 22 Disember, dan sekurang-kurangnya 23 trak telah dibom.

Tremblay berkata konvoi 66 trak, yang berlepas dari Karem Abu Salem, atau Kerem Shalom, menyeberang melalui Koridor Philadelphi yang diluluskan baru-baru ini, membawa barangan makanan dan bukan makanan ke tengah Gaza.

โ€œWalaupun jaminan daripada 'pihak berkuasa' Zionis bahawa keadaan keselamatan adalah terkawal, namun serangan udara tetap berlaku. 35 trak pertama konvoi meneruskan ke destinasi mereka, sampai ke gudang tanpa serangan,โ€ kata jurucakap itu.

โ€œBagaimanapun, trip kedua konvoi telah ditangguhkan oleh rejim Zionis. Berita tentang pergerakan konvoi tersebar, mendedahkan mereka kepada serangan di sepanjang laluan. Akhirnya, daripada 66 trak, hanya 43 yang berjaya sampai ke gudang, manakala baki 23 hilang akibat serangan bom.โ€

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa tentera Zionis mengebom satu lagi konvoi bantuan di tengah Gaza pada hari Isnin, membunuh empat pengawal dan mencederakan tiga yang lain.

Sumber: Al Jazeera / MyAD

Terkini Palestin

25 Dec, 01:23


Ahmed Eid, seorang kanak-kanak berusia enam tahun, menanggung kesakitan yang amat sangat selepas mengalami luka terbakar tahap ketiga akibat serangan udara Israel. Dia memerlukan pembedahan dan pemindahan kulit dengan segera.

Sumber: QNN

Terkini Palestin

24 Dec, 23:47


Satu siasatan oleh akhbar Haaretz mendedahkan bahawa tentera penjajah yang bertugas di laluan Netzarim membuat keputusan sesuka hati untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa sahaja yang melintasi kawasan tersebut.

Mereka tidak membezakan sama ada individu itu bersenjata atau tidak.

Beberapa tentera dan pegawai Zionis mengakui dalam siasatan tersebut bahawa mereka membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Mereka mengetahui bahawa mangsa mereka adalah orang awam, bukan anggota Hamas malah termasuk kanak-kanak.

Sumber: AJ / DP

Terkini Palestin

24 Dec, 21:48


SEDEKAH SUBUH

โ€œSesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.โ€ (Hadis Riwayat Thabrani)

Ayuh menyumbang untuk Bantuan Musim Salju di link berikut:
https://bit.ly/bantuanmusimsalju
https://bit.ly/bantuanmusimsalju

Terkini Palestin

24 Dec, 14:42


#๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ท๐˜‚ | ๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ข ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ง๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก

Kelab Perwira Malaysia sekali lagi membuktikan komitmen terhadap misi kemanusiaan dengan menyampaikan bantuan melalui Kempen Bantuan Musim Salju (BMS) di Gaza. Pada 10 Disember 2024, kelab ini telah berjaya mengagihkan 100 pek kotak makanan kepada keluarga-keluarga di Utara Gaza, yang terkesan akibat konflik dan keadaan ekonomi yang mencabar. Bantuan ini bertujuan meringankan beban hidup harian mereka, khususnya dalam memastikan keperluan asas seperti makanan dapat dipenuhi.

Inisiatif ini memberi manfaat kepada 100 buah keluarga, bersamaan dengan 500 orang penerima manfaat, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Berkat sokongan padu rakyat Malaysia, projek ini bukan sahaja membawa kelegaan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga menyemai semangat solidariti sejagat. Kelab Perwira Malaysia bertekad untuk terus memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan bagi membantu masyarakat yang memerlukan di seluruh dunia.

TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE PERWIRA
https://youtu.be/KSuOJdrQLBA

'๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– & ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž'

#kelabperwiramalaysia
#bersediadanberbakti
#sukarelawanberkemahirantinggi
#perwira
#BantuanMISISalju
#PerwiraUntukKemanusiaan
#GazaBertahan

Terkini Palestin

24 Dec, 13:37


Suasana mengejutkan melihat kucing jalanan memakan daging daripada mayat warga Palestin yang syahid akibat serangan Tentera Rejim Isr4el di Beit Lahia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

24 Dec, 12:33


"Mereka membunuh kanak-kanak dan remaja, dan membakar mereka di sini."

Seorang saudara kepada rakyat Syria yang dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di kawasan Tadamon, Syria pada 2013 menggambarkan bagaimana berpuluh-puluh orang dari kawasan kejiranan itu dibunuh dengan kejam oleh militan pro-Assad.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

24 Dec, 11:37


Genosid di Masjid Al-Hassan, Bandar Gaza

Tentera penjajah Zionis menunggu penduduk awam Palestin berkumpul di masjid sebelum mengebom masjid berkenaan ketika mereka menunaikan solat subuh.

Penyiasatan membuktikan bahawa Masjid Al-Hassan, Bandar Gaza yang dibom pada 15 November 2023 tidak mempunyai sebarang tanda-tanda ketenteraan.

Sumber: Euro-Med Monitor

Terkini Palestin

24 Dec, 10:42


Video pertempuran di antara Briged Al-Qassam dengan tentera penjajah Zionis serta kenderaan mereka di paksi utara Semenanjung Gaza.

Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan, kesabaran dan ketabahan buat para mujahidin.

Terkini Palestin

24 Dec, 08:44


Menteri Pertahanan Isr4el, Israel Katz mengakui isr4el yang melakukan pembunuhan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan memberi amaran kepada barisan kepimpinan Houthi Yaman yang mereka akan menghadapi keadaan yang sama selepas pihak Houthi melancarkan peluru berpandu dan menyasarkan Tel Aviv.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

05 Dec, 15:03


Masih ingatkah kita dengan Gaza & Palestin?

Terkini Palestin

05 Dec, 14:33


TEL AVIV

Media Israel melaporkan bahawa anggaran menunjukkan jumlah tahanan yang masih hidup di Gaza adalah kurang daripada separuh jumlah yang ditawan.

Saluran 12 Israel menegaskan bahawa institusi keselamatan telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa pembubaran Hamas akan menyebabkan keruntuhan sistem pengurusan tebusan.

Selain itu mereka juga menekankan kebimbangan bahawa kekacauan boleh membawa kepada pembunuhan mereka.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Dec, 13:03


Seorang wanita Palestin menceritakan detik menakutkan buat beliau semasa berada di Beit Lahia di bawah sekatan Tentera Rejim Isr4el.

Rumahnya dibom dengan dua bom dari pesawat F-16 Tentera Rejim Isr4el yang menyebabkan kematian ibu, dua saudara perempuan dan ahli keluarga yang lain. Hanya beliau dan anak perempunnya saja yang selamat dan melarikan diri dari utara untuk nyawa mereka.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Dec, 12:14


Konflik Syria memuncak, PBB bimbang krisis kemanusiaan. Pertempuran sengit berlaku di Hama, Aleppo & Deir Az Zor. 50,000 penduduk melarikan diri, 80 terbunuh. Hospital di Aleppo kini menghadapi tekanan luar biasa dengan ribuan mangsa cedera dirawat dalam masa beberapa hari sahaja.

Sumber : Al Jazeera

Terkini Palestin

05 Dec, 11:22


Isaac Brick, Jeneral Bersara Israel:

Keletihan jelas dalam barisan tentera dan kebanyakan mereka tidak lagi memiliki keinginan untuk bertempur. Tentera telah kehilangan kepercayaan terhadap Perdana Menteri, pemimpin politik, Ketua Staf serta pasukan atasan.

Netanyahu sedang mengheret negara ke dalam perang tanpa visi strategik yang jelas, yang seharusnya mendorong beliau untuk meletak jawatan. Netanyahu telah melakukan dua kesilapan besar.

Pertama, apabila dia membenarkan penculikan tentera dan kedua, dengan keputusannya untuk tidak membebaskan mereka.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Dec, 10:22


Briged Al-Qassam menyasarkan kenderaan musuh yang menembusi kawasan Al-Saftawi, utara Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Terkini Palestin

05 Dec, 09:02


Middle East Eye melaporkan terdapat kebocoran maklumat di laman sesawang dalaman yang menyatakan bahawa Google telah membantu dalam penyaluran dana kepada organisasi non-profit Friends of the Israeli Defence Forces (FIDF) dan HaYovel, sebuah organisasi yang menghantar sukarelawan untuk bekerja di ladang penduduk haram Isr4el di tanah Palestin yang dijajah.

Sumber: Middle East Eye

Terkini Palestin

05 Dec, 08:34


Kanak-kanak di Cork, Ireland membaca mesej ikhlas yang dihantar oleh kanak-kanak Palestin dari Gaza semasa protes besar-besaran untuk Palestin.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Dec, 07:43


Tentera pengganas Zionis melakukan ritual Talmud di Makam Yusuf, timur Nablus selepas memasuki kawasan tersebut untuk mengawal kemasukan pendatang haram Zionis termasuk Presiden Majlis Penempatan Utara Tebing Barat, Yossi Dagan dan Rabbi David Yosef.

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

05 Dec, 06:52


Demonstrasi di Rom sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Dec, 05:27


Tentera Rejim isr4el membakar kenderaan dan menyerang kediaman penduduk Palestin semasa pencerobohan mereka di bandar Huwara, selatan Nablus di Tebing Barat.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Dec, 04:34


Angkatan Tentera Yaman melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan Pangkalan Udara Nevatim Israel di Naqab di wilayah selatan Palestin yang diduduki, kata jurucakapnya, Brigadier Jeneral Yahya Saree.

Operasi itu, yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada peningkatan fasa kelima, melibatkan peluru berpandu balistik hipersonik Palestin 2, yang berjaya mencapai sasarannya.

Sumber: The Merdeka Times

Terkini Palestin

05 Dec, 03:26


Kesatuan Oxford telah mengundi dengan majoriti besar bahawa Israel adalah "negara apartheid yang bertanggungjawab untuk pembunuhan beramai-ramai" di mana presiden persatuan itu mengecam perang Israel ke atas Gaza sebagai "holocaust", dan seorang penceramah pro-Israel telah dikeluarkan dari dewan perbahasan.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Dec, 02:33


Laporan dari akhbar Maariv:

Keadaan di penempatan haram di utara amat menyedihkan. Beberapa rumah mengalami kerosakan teruk, manakala para pendatang haram berdepan cabaran harian seperti gangguan bekalan elektrik, kekurangan air, serta masalah infrastruktur yang semakin meruncing.

Miki Azulay, seorang pendatang haram di Kiryat Shmona, terkejut apabila kembali memeriksa rumahnya: "Tidak boleh masuk ke dalam apartmen. Rumah ini terkena serangan roket secara langsung, dan letupan itu telah memusnahkan pintu sepenuhnya. Kami mengambil masa yang lama untuk membukanya.

Segala-galanya rosak atau musnah. Apa yang tidak dimusnahkan oleh roket telah rosak akibat hujan, kerana pihak berkuasa tidak meluluskan pembaikan penuh bumbung yang rosak. Keadaan ini amat menyedihkan dan mengecewakan pada masa yang sama. Segalanya musnah."

Sumber: Quds News Network

Inilah balasan kepada penyamun!

Terkini Palestin

05 Dec, 01:16


Menteri Luar Israel menegaskan bahawa kenyataan bekas menteri Moshe Ya'alon adalah tidak benar dan mencemarkan reputasi Israel. Dia menyeru Ya'alon agar menarik balik kenyataan tersebut.

Sebelumnya, Ya'alon telah menyatakan bahawa jalan yang sedang kita lalui saat ini adalah penjajahan, genosid dan pembersihan etnik di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Dec, 00:17


Yosra Aklouk, wartawan Palestin:

Adalah sesuatu yang memalukan bagi dunia apabila anggota pertahanan sivil terpaksa berjalan kaki untuk menyelamatkan mangsa disebabkan ketiadaan bahan bakar untuk kenderaan mereka.

Lebih memalukan lagi, mereka hanya mendapat bayaran sekitar $280 setiap 50 hari, sementara dunia tidak memberikan penyelesaian sejak hari pertama perang.

Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila rumah-rumah pelarian dihancurkan di bawah runtuhan konkrit yang dipenuhi dengan tubuh mereka yang tidak dapat dikeluarkan. Semua ini terjadi di depan umat Islam dan Arab yang diam membisu.

Sungguh memalukan bagi organisasi antarabangsa dan kemanusiaan atas ketidakpedulian ini!

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

04 Dec, 23:12


Filem โ€œBibi Files,โ€ yang diarahkan oleh Alexis Bloom, mendedahkan strategi yang digunakan oleh Netanyahu dan sekutunya untuk menyatukan kuasa mereka dan melemahkan institusi Israel, serta mengejar kelangsungan politiknya, walaupun dengan mengorbankan warga Israel.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

03 Dec, 06:27


โ€œKembalikan semula anak saya.โ€

Seorang bapa Palestin bersedih selepas epas pesawat perang Israel menyasarkan keluarganya di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Tentera pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah kru ambulans yang menuju untuk menyelamatkan keluarganya.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

03 Dec, 05:33


Penunjuk perasaan berarak di jalanan sambil membawa kain kafan dan bendera Palestin yang besar di Victoria, Kanada, untuk menuntut gencatan senjata di Gaza. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

03 Dec, 04:01


Semua kedai roti di Gaza tengah terpaksa ditutup akibat kekurangan bekalan kritikal. WFP memberi amaran risiko kebuluran meningkat, manakala bantuan kemanusiaan terhalang oleh sekatan ketat Israel.

Sumber : The Palestinian Information Center

Terkini Palestin

03 Dec, 03:46


Pejabat Media Kerajaan Gaza: Sekitar 1.1 juta kanak-kanak di wilayah Gaza menderita akibat kekurangan zat makanan.

Sumber: TV Al-Aqsa

Terkini Palestin

03 Dec, 02:17


โ€œKami rindu sekolah, kami rindu taman permainan.โ€

Luahan hati dan kesedihan kanak-kanak Palestin atas apa yang berlaku di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

03 Dec, 01:44


Pentadbiran Biden telah meluluskan jualan senjata bernilai $680 juta kepada Israel, termasuk peluru berpandu tepat seperti kit JDAM dan bom berdiameter kecil, menurut laporan Anadolu pada Rabu.

Pegawai AS baru-baru ini menerangkan kepada Kongres mengenai cadangan ini, satu langkah biasa sebelum pengumuman awam dibuat, menurut Financial Times yang mengutip sumber yang dipercayai dalam perkara tersebut.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

03 Dec, 00:38


822 institusiโ€ผ๏ธ

Kewangan Eropah menjalinkan hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan penempatan dan tanah jajahan Israel.

Menurut kajian yang dijalankan oleh organisasi masyarakat sivil, pengembangan Tel Aviv dalam aktiviti penempatan haram berlaku pada kadar yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

02 Dec, 23:36


Menteri Keselamatan Negara Haram Zionis, Itamar Ben-Gvir, mengumumkan hasratnya untuk mengharamkan azan di masjid-masjid di dalam wilayah Palestin yang dijajah, menyifatkan azan sebagai "bising".

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

02 Dec, 22:31


14 orang dibunuh dalam serangan udara penjajah Zionis ketika menunggu bantuan makanan di selatan Khan Younis pada hari Sabtu lepas.

Antara penduduk Palestin yang dibunuh ialah kakitangan Save the Children, Ahmad Faisal Isleem Al-Qadi, 39 tahun. Beliau dibunuh ketika sedang pulang dari masjid untuk isteri dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Al-Qadi merupakan seorang yang pekak, adalah anggota Save the Children kedua yang dibunuh di Gaza sejak genosid Zionis bermula.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

02 Dec, 14:44


Musim Sejuk Menambah Derita Pelarian di Gaza

โ€ข 111,000 khemah rosak daripada 135,000 keseluruhannya.

โ€ข 10,000 khemah dilanda air laut dalam dua hari terakhir.

โ€ข 81% air tidak sesuai untuk digunakan.

โ€ข 2 juta pelarian kehilangan tempat perlindungan.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

02 Dec, 13:34


Israel membunuh satu-satunya individu yang membuat makanan dan mengagihkannya di Utara kepada rakyat Palestin yang kelaparan.

Lelaki muda ini bernama Mahmoud Al-Madhoun, pemilik Tekiya Utara, di pasar Beit Lahia!

Sumber: Suppressed News

Terkini Palestin

02 Dec, 12:34


Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memutuskan pada Ahad untuk menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom, laluan utama untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu.

Pada 16 November, konvoi besar trak bantuan dirompak kumpulan bersenjata dan pada Sabtu, beberapa trak makanan turut dilarikan, menurut UNRWA dalam kenyataan di platform media sosial X, lapor Xinhua.

"Tanggungjawab untuk melindungi pekerja bantuan dan bekalan terletak pada Israel sebagai kuasa pendudukan. Mereka mesti memastikan aliran bantuan memasuki Gaza dengan selamat," katanya.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

02 Dec, 11:24


Seorang askar Zionis, Ilay, yang dilaporkan menyertai perang Zionis ke atas Gaza, diserang ketika sedang bercuti di Thailand.

Sekumpulan pelancong Jerman menyerangnya secara fizikal selepas mengetahui dia berasal dari 'Israel'. Ilay berkata, "Saya merasakan mereka secara khusus mencari orang 'Israel'."

Susulan kejadian itu, penjajah Zionis mengeluarkan amaran menasihatkan pendatang haram Zionis 'Israel' di Thailand dan Asia Tenggara supaya sentiasa berhati-hati di kawasan awam.

Sumber: Al Mayadeen

Terkini Palestin

02 Dec, 10:37


Adegan serangan hendap kompleks oleh Briged Al-Qassam terhadap askar dan kenderaan musuh Zionis di sekitar Persimpangan Burj Awad di kawasan kejiranan Al-Geneina, timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Terkini Palestin

02 Dec, 10:02


Fakta mengenai kumpulan-kumpulan dalam konflik peperangan di Syria:

Free Syria Army (FSA):
Ditubuhkan pada 2011 untuk menjatuhkan rejim Assad, kini sebahagian daripada SNA.

Tentera Nasional Syria (SNA): Gabungan pembangkang disokong Turki, lawan YPG dan mewujudkan zon selamat.

ISIS (Daesh):
Kumpulan pengganas, musuh bersama SNA, rejim Assad, dan kuasa antarabangsa. Kumpulan ini sudah dihapuskan sepenuhnya.

Pasukan Demokratik Syria (SDF):
People's Defense Units (YPG) disokong AS melawan ISIS, ditentang Turki kerana kaitan Kurdistan Workers' Party (PKK).

Tentera Arab Syria:
Di bawah rejim Assad, disokong Rusia, Iran, Hizbullah bagi memerangi pembangkang termasuk SNA dan HTS.

Hay'at Tahrir al-Sham (HTS):
Berpusat di Idlib, asalnya Jabhat al-Nusra, berperang dengan rejim Assad.

Sumber: Daily Sabah
Kredit peta: Thomas van Linge

Terkini Palestin

02 Dec, 09:23


Bapa kepada Ayham Al-Salaymeh mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya sebelum anaknya itu memasuki penjara penjajah Zionis untuk menjalani hukuman 12 bulan.

Ayham Al-Salaymeh merupakan kanak-kanak yang masih berusia 14 tahun dan beliau berasal dari Baitulmaqdis yag dijajah.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

02 Dec, 08:23


Saat tentera pengganas Israel mengebom Masjid al-Faruq di tengah kem pelarian Al-Nuseirat di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

02 Dec, 07:22


Gaza perlu diduduki dan penduduknya dikurangkan sehingga separuh. Menteri Kewangan penjajah, Bezalel Smotrich menyatakan bahawa Gaza perlu diduduki sambil menegaskan bahawa langkah ini akan menelan kos beberapa ratus juta dolar.

Sumber: Al Mayadeen

Terkini Palestin

02 Dec, 06:17


Inilah gambar kanak-kanak yang telah syahid dalam pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap keluarga Abu Riyala di barat Bandar Gaza, beberapa hari lalu.

Sumber: Quds News Network

Apakah dosa anak-anak kecil ini?

Terkini Palestin

23 Nov, 03:07


Tentera penjajah Zionis meruntuhkan 2 bangunan milik warga Palestin di Kampung Rafat, barat laut Baitulmaqdis yang dijajah dengan alasan 'bangunan berkenaan kekurangan permit'.

Lebih daripada 500 rumah dan bangunan warga Palestin diruntuhkan oleh penjajah Zionis di Tebing Barat yang dijajah.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

23 Nov, 01:03


Penduduk Israel melepaskan puluhan lembu di tanah pertanian Palestin di Khallet Hamad, Utara Lembah Jordan. Tindakan ini mencetuskan kebimbangan mengenai pembinaan kandang lembu oleh peneroka di kawasan itu.

Di kawasan lain, peneroka Israel merosakkan kenderaan seorang petani Palestin di Yasuf, Salfit, ketika musim menuai zaitun. Serangan seperti ini kerap berlaku, termasuk memusnahkan pokok zaitun dan menghalang petani mengakses tanah mereka.

Sejak awal 2024, lebih 1,732 serangan oleh peneroka dan tentera Israel telah dilaporkan di Tebing Barat, termasuk 239 serangan sepanjang musim menuai zaitun tahun ini.

Sumber : The Palestinian Information Center

Terkini Palestin

22 Nov, 22:45


Hasil tinjauan pendapat oleh saluran 12 Israel:

46% penyokong Netanyahu menyokong perjanjian pertukaran tahanan, manakala 36% menyokong meneruskan perang di Gaza.

69% rakyat Israel secara keseluruhan menyokong perjanjian pertukaran tahanan, sementara 20% menyokong meneruskan perang di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

22 Nov, 14:17


Karikatur yang berlegar di akhbar Yedioth Ahronoth dengan kapsyen "Netanyahu tidak mahu menghentikan perang dan dibelakangnya adalah askar-askar yang telah lelah"

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

22 Nov, 13:22


Permandangan yang mengasyikkan!

Sisa-sisa kereta kebal tentera Israel yang musnah semasa pertempuran di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Semoga lebih banyak jentera perang pengganas Zionis berjaya dihancurkan!

Terkini Palestin

22 Nov, 12:44


Rakaman CCTV mendedahkan situasi sewaktu roket Hizbullah menyasarkan bandar 'Tel Aviv' pada pagi Isnin.

Ya Allah, musnahkanlah pakatan mereka dan goncangkanlah pendirian mereka ๐Ÿคฒ

Sumber: Middle East Eye

Terkini Palestin

22 Nov, 11:07


Pasukan tentera penjajah Zionis (IOF) telah mengakui seorang pegawai dan lima askar dari Batalion ke-51 Briged Golani dibunuh, bersama empat yang lain cedera semasa cubaan menyusup di selatan Lubnan.

Menurut Bilik Gerakan Penentangan Islam, unit IOF, sebahagian daripada Divisyen ke-36, dikesan ketika cuba memasuki segitiga Ainata-Maroun al-Ras pada waktu subuh.

Pasukan Pejuang Lubnan menyatakan bahawa tentera penjajah itu jatuh ke dalam serangan hendap yang dirancang dengan teliti, membawa kepada konfrontasi sengit yang berlangsung selama tiga jam.

Walaupun penjajah Zionis membantu pasukan darat mereka melalui serangan udara yang berterusan, Pejuang Lubnan mengekalkan kedudukan mereka, memaksa pemindahan mangsa IOF di bawah asap tebal dan perlindungan api yang sengit.

Sumber: Al Mayadeen

Terkini Palestin

22 Nov, 10:32


Adegan pertempuran antara Mujahidin Briged Al-Qassam dan pasukan Zionis yang menembusi timur kem pelarian Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Terkini Palestin

22 Nov, 09:29


Allah telah menarik nikmat-Nya yang besar terhadap lelaki ini. Tiada lagi rasa malu dan bersalah menutur kata,

"Bom Palestin secara menyeluruh"

berulang kali di khalayak ramai. Beliau cuba untuk menyekat laungan suara para penyokong perjuangan pembebasan Palestin daripada kuku besi penjajah Zionis di pekarangan Collins Aerospace, Oakville, Canada.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

22 Nov, 08:02


Dr. Adnan al Bursh, pakar bedah ortopedik dari Gaza, diseksa hingga mati di penjara Israel, dedah Sky News. Beliau dipukul, diseksa seksual, dan dibiarkan cedera parah di Sde Teiman dan Ofer Prison.

Sumber : TRT World

Terkini Palestin

22 Nov, 07:22


Situasi genting yang berlaku di Palestin ketika ini tidak menghalang seorang warganya meneruskan pengajian sehingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini.

Imad Sulaiman Abedalmohsen Salem, 52, yang berasal dari Baitul Laham di Tebing Barat, Palestin menamatkan pengajian peringkat PhD di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam universiti berkenaan selama tiga tahun.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

22 Nov, 06:07


Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

"ICC mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024, hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap," menurut kenyataan itu.

Mahkamah menolak hujah Israel mengenai kekurangan bidang kuasa ke atas waran tangkap Netanyahu dan Gallant.

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

22 Nov, 02:34


โ™ฆ๏ธ Menurut angka dan data daripada Pusat Statistik Israel serta Bank Dunia, Mesir berada di kedudukan kedua di dunia Arab dalam jumlah perdagangan dengan penjajah Israel dengan nilain dagangan mencecah 350 juta Dollar Amerika.

Sumber: Quds Feed

Terkini Palestin

22 Nov, 01:23


Akhbar Haaretz Israel melaporkan bahawa syarikat-syarikat di kawasan utara negara haram Zionis mengalami kerugian besar dan jumlah pengunjung menurun hingga sifar, bahkan sebelum peningkatan ketegangan terbaru di sempadan utara.

Laporan tersebut menjelaskan bahawa kerugian ini bukan hanya disebabkan oleh ancaman serangan, tetapi juga oleh gangguan pada sistem penentuan lokasi global (GPS). Gangguan ini menghalang syarikat-syarikat berkenaan daripada mempromosikan diri mereka di platform media sosial. Selain itu, sistem pengiklanan secara keliru menentukan lokasi syarikat-syarikat ini sebagai berada di Lubnan yang menyebabkan lebih banyak kerosakan pada operasi mereka.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

22 Nov, 00:00


Lawrence (Lawrence of Arabia) berkata tentang dirinya dalam bukunya yang terkenal, Seven Pillars of Wisdom:

โ€œSekiranya sekutu berjaya meraih kemenangan, janji-janji Britain kepada bangsa Arab tidak akan lebih daripada sekadar tinta di atas kertas. Jika aku seorang yang jujur dan setia, aku seharusnya memberitahu mereka perkara itu secara terus terang, membubarkan pasukan mereka, dan mengelakkan mereka daripada mengorbankan nyawa demi pihak yang tidak akan menunaikan janji kepada mereka.

Namun, kehormatan telah aku hilangkan pada hari aku meyakinkan bangsa Arab bahawa Britain akan menepati janji-janji tersebut. Aku paling berbangga bahawa tiada darah orang Inggeris yang tertumpah dalam pertempuran yang aku sertai, kerana bagiku, semua wilayah yang berada di bawah kawalan kita tidak berharga jika dibandingkan dengan nyawa seorang Inggeris.

Aku telah mengambil risiko dengan memperdaya bangsa Arab kerana aku percaya bahawa bantuan mereka sangat diperlukan bagi kemenangan kita di Timur yang berharga murah. Aku melihat bahawa kemenangan dalam perang dengan mengkhianati janji-janji kita adalah lebih baik daripada tidak menang sama sekali.โ€

Sumber: Buku Seven Pillars of Wisdom oleh T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia).

Terkini Palestin

21 Nov, 23:19


Mahmoud Assaf warga Palestin, pemegang PhD serta seorang pengarang, terpaksa membuat keputusan yang perit untuk memenuhi keperluan hariannya akibat sekatan teruk penjajah Zionis, kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan kemanusiaan sejak genosid Zionis di Gaza bermula.

Dr. Assaf mungkin terpaksa menjual buku yang dimilikinya kepada pemilik ketuhar tanah liat, di mana buku-buku yang telah dikumpul bertahun-tahun itu akan digunakan untuk menyalakan api.

Selama lebih setahun, penjajah Zionis telah mengenakan sekatan yang teruk ke atas Gaza, menyekat trak gas, bahan api, dan bantuan kemanusiaan yang penting.

Ditambah dengan kekurangan bekalan kayu api, memaksa ribuan keluarga Palestin membakar buku dan bahan lain untuk menyalakan api dan memenuhi keperluan asas mereka.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

21 Nov, 22:24


๐Ÿ•Œ Sedekah Jumaat | BERJUANG DALAM KEKEJAMAN & KESEJUKAN

Keteguhan pejuang dan rakyat Falessteen dalam mempertahankan bumi bertuah menjadi INSPIRASI seluruh dunia. โœŠโœจ

๐Ÿ”ฅ Taufan Al-Aqsa bukan hanya memperlihatkan kepada dunia kekejaman Zyonexx yang menggila malah masyarakat Barat seluruh dunia juga takjub melihat keteguhan iman penduduk G dan cuba merungkai dari mana datangnya kekuatan itu.

Masyaa Allah โ€ผ๏ธ Semakin ramai di kalangan bukan muslim termasuk di Amerika dan Eropah yang mengkaji Al-Quran dan mengucap syahadah.

Apakah yang membuatkan rakyat G masih boleh tersenyum dan bersyukur tatkala ahli keluarga sudah ramai syahid dan hampir sudah tiada apa-apa yang mereka miliki โ‰๏ธ Malah rakyat G tidak langsung merasa gentar menghadapi kematian. ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿฅบ Wartawan Al-Jazeera, Wael Al-Dahdouh, apabila ditemuramah setelah semua anggota keluarganya wafat akibat serangan Isr, beliau menjawab:

โ€œKunci rahsia untuk bertahan dalam segala kesulitan dan penderitaan apa pun adalah dengan redha dan menyerahkan urusanmu hanya kepada Allah swt,โ€

๐Ÿ”ฅ Taufan Al-Aqsa juga turut menyaksikan keteguhan rakyat G meneruskan kehidupan yang begitu sulit tanpa rasa berputus asa. Benarlah โ€ผ๏ธ mereka insan terpilih untuk berjuang mempertahankan Masjid Al Aqsa.

โœ… Al-Quran dan majlis ilmu tidak pernah ditinggalkan. Tidak hairanlah di kebanyakan khemah di Rafah diadakan 77 kelas tahfiz Al-Quran.

โœ… Bahkan ramai dalam kalangan rakyat G yang hafal Al-Quran sepanjang Taufan Al Aqsa.

โœ… Acara bedah buku juga turut dijalankan walau dalam suasana majlis yang dhaif.

MENAKJUBKAN โ€ผ๏ธ Lihatlah minda kreatif rakyat G mengharungi suka duka kehidupan harian. Mampukah kita bertahan sekiranya diuji sebeginiโ“
https://youtube.com/shorts/nAvZ9rSYmU0?feature=share

AYUH โ€ผ๏ธ teruskan memberi motivasi buat para pejuang dan rakyat G melalui SUMBANGAN kita yang berterusan demi masa depan mereka yang gemilang.

๐Ÿฅบ Semoga infak jih44d yang kita usahakan ni dapat meringankan sedikit penderitaan mereka.

1๏ธโƒฃ ๐Ÿงฃ Tilam & Selimut RM50
2๏ธโƒฃ ๐Ÿ”ฅ Kayu Api/Arang/Pemanas RM50
3๏ธโƒฃ ๐Ÿงค Set Pakaian Sejuk RM50
4๏ธโƒฃ ๐Ÿผ Keperluan Bayi RM50
5๏ธโƒฃ โ›บ๏ธ Langsir - KALIS Hujan & Angin RM50
6๏ธโƒฃ ๐Ÿ“ฆ Kotak Makanan RM50
7๏ธโƒฃ ๐Ÿซ“ Infaq Gandum RM50
๐Ÿ†Ž ๐ŸŒŠ Bantuan Bencana Banjir Malaysia RM50

โค๏ธ TABUNG INFAQ BENCANA BANJIR MALAYSIA/BANTUAN MUSIM SALJU - RM50/RM30/RM10 atau seikhlas hati

โ„๏ธ KLIK REBUT SEDEKAH JUMAAT, Hangatkan Kesejukan Mereka dengan klik segera :
https://bit.ly/bantuanmusimsalju
https://bit.ly/bantuanmusimsalju
https://bit.ly/bantuanmusimsalju

#BantuanMusimSalju

Terkini Palestin

21 Nov, 14:53


Rangkuman Laporan Perang di Gaza - Gaza Semakin Nazak

Sekurang-kurangnya 43,972 rakyat Gaza syahid, 17, 492 daripadanya kanak-kanak, 11,979 wanita, 1,054 petugas kesihatan dan 188 wartawan.

Kecederaan menjangkaui angka 104,008 dan lebih 160,000 bangunan musnah keseluruhannya. Dijangka 11,000 masih hilang dalam timbunan runtuhan.

Di mana suara antarabangsa ketika ini?

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

21 Nov, 14:14


Yoav Gallant:

Perbincangan mengenai pengagihan makanan kepada penduduk Gaza oleh syarikat-syarikat swasta di bawah pemantauan tentera pengganas Israel adalah ucapan kosong yang mencerminkan permulaan pemerintahan tentera di kawasan tersebut.

Ini bukan sebahagian daripada objektif perang tetapi tindakan politik yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Tindakan seperti ini akan mengorbankan darah tentera pengganas  Israel dan melemahkan entiti Israel.

Dalam keadaan pengurusan yang lemah dan keutamaan yang tidak teratur, ia akan membawa kepada pengabaian tugas keselamatan yang lebih penting.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

21 Nov, 13:12


๐ŸšจUtara Gaza berhujan dengan peluru berpandu Tentera Rejim Isr4el dan misi menyelamat terus dilaksanakan sejurus serangan berhenti di bangunan kediaman Beit Lahiya.

66 rakyat Gaza syahid termasuk kanak-kanak, 100 yang lain mengalami kecederaan. Misi mencari mangsa masih lagi diteruskan.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

21 Nov, 11:42


Mufti Besar Kesultanan Oman, Sheikh Ahmed bin Hamad Al-Khalil:

Segala puji bagi Allah, usaha para mujahidin yang gagah berani kini bersatu untuk menghadapi entiti perampas dan pihak-pihak yang menyokongnya di Gaza, Lubnan, Yaman, dan Iraq.

Kami memohon kepada Allah agar memberikan kejayaan kepada mereka supaya terus maju dalam perjuangan, tanpa gentar dengan apa-apa yang boleh memecah-belahkan barisan atau mengganggu usaha mempertahankan tanah air.

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

21 Nov, 09:37


Negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa syarat serta kekal dan pembebasan semua tebusan.

KEPUTUSAN
Menyokong: 14
Menentang: 1 (AS)
Berkecuali: 0


Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

21 Nov, 08:02


Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand, sebuah kampung di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah korban dalam satu kenyataan berasingan, melaporkan jumlah awal tiga askar terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk anggota tentera dan orang awam.

Kementerian itu kemudian melaporkan jumlah kecederaan awal seramai 17 orang tanpa memperincikan bilangan askar yang cedera.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

21 Nov, 06:41


Perbandingan jumlah bom yang dijatuhkan di Gazaโ€ผ๏ธ

Terkini Palestin

21 Nov, 04:42


Seluruh kumpulan yang berpakat dengan Israel untuk mencuri bantuan Gaza telah berjaya dihapuskan.

Dalam imej ini, di bahagian yang kabur, seorang pejuang Palestin melancarkan peluru anti-perisai ke arah kenderaan yang membawa anggota salah satu kumpulan jenayah terbesar yang diuruskan oleh Israel di selatan Semenanjung Gaza. Kumpulan ini bertanggungjawab mencuri 109 daripada 150 trak bantuan Gaza.

Semua orang di dalam kenderaan itu telah disingkirkan oleh Unit Sahm [Unit Anak Panah].

22 ahli kumpulan penjenayah yang disokong rejim dan pengaut keuntungan perang telah dibunuh oleh Unit Sahm.

Serangan hendap itu dilakukan dengan kerjasama jawatankuasa suku kaum dan disahkan oleh pihak Palestin selepas memantau komunikasi antara kumpulan itu dan Shin Bet Israel.

Salah seorang yang maut adalah ketua tertinggi kumpulan ini di selatan dan berada di dalam kenderaan yang disasarkan.

Sumber: Suppressed News

Terkini Palestin

21 Nov, 03:01


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM23.5 juta) bagi setiap tebusan yang berjaya dikembalikan.

Katanya, mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar, termasuk bersama keluarga mereka.

Netanyahu membuat kenyataan tersebut semasa lawatan ke Gaza pada Selasa bersama Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan ketua tentera Israel, Jeneral Herzi Halevi.

Sumber: Awani

Terkini Palestin

21 Nov, 02:56


Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di Wilayah Gaza kerana bahan api yang tidak mencukupi. Pada masa ini, kami beroperasi dengan hanya sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan penyelamat," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Pertahanan Awam Gaza menekankan bahawa sejak pertengahan November, kru kecemasan tidak dapat menjawab banyak panggilan penduduk mahupun sampai ke lokasi serangan Israel.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

21 Nov, 02:27


Sebuah rancangan di Jepun menerangkan bagaimana Israel mengawal Amerika.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

21 Nov, 01:23


Walaupun Sinwar masih berumur 18 tahun, tetapi aku sudah boleh lihat dengan jelas bahawa beliau merupakan seorang Ideolog Islam, kerana sejak awal lagi Sinwar sudah aktif mengajak kami untuk berkumpul dan beramal.

Apabila kami berkumpul dan duduk bersama, bacaan al-Quran dan Hadis menjadi intipati utama perbincangan kami. Aku masih ingat lagi, di dalam beberapa โ€˜jilsahโ€™ yang awal bersama Sinwar, beliau sarankan untuk membaca dan mentadabbur Surah al-Hasyr.

Sumber: The Merdeka Times

Model Pemuda Islam yang diidami untuk perjuangan agama, bangsa & negara.

Terkini Palestin

21 Nov, 00:31


Di setiap tempat yang kalian (pengganas Zionis) mengetuk, kami hadir menghidangkan berita kematian dengan peluru, periuk api, pisau dan kapak bagi menyerang leher kalian. Maka itu menjadi kisah tentang kelemahan kalian. Dan yang akan datang lebih hebat.

Sumber: Briged Al-Quds

Terkini Palestin

20 Nov, 23:16


"Semoga Allah merahmatimu."

Seorang bapa melihat buat kali terkahir anak perempuannya yang terbunuh dalam serangan udara Israel di kem Al-Buraij di tengah Gaza.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

18 Nov, 13:13


Perang, kehilangan dan perpindahan meletihkan... Gambar seorang budak lelaki berehat di bagasinya selepas berjalan jauh untuk melarikan diri dari utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

18 Nov, 12:47


Seorang kanak-kanak lelaki gembira dapat bersatu semula dengan ayahnya, yang ditahan oleh tentera pengganas Israel di utara Gaza.

Terkini Palestin

18 Nov, 11:38


Seorang pro-Zionis yang 'tercedera' emosinya melihat kafiyeh Palestin, cuba menyerang keluarga yang memakainya di Panera Bread, Downers Grove.

Terkini Palestin

18 Nov, 10:02


Seorang pejuang dari Al-Qassam, sebelum meletupkan Merkava dengan 4 askar Israel di dalamnya di Jabalia, telah berkata:

โ€œWalaupun saya cedera, saya membawa bahan letupan saya dan akan menuju ke arah musuh, In sha Allah,

Saya akan berkata seperti kata Syeikh kami: Letakkanlah bilah pedang di leher saya, bakarlah tulang rusuk saya, anda tidak boleh sesekali mengepung pemikiran saya atau menanggalkan iman saya dan cahaya keyakinan saya, kerana cahaya berada di dalam hati saya, dan hati saya berada tangan Tuhanku, dan Tuhanku adalah penolong dan pendokongku. Aku akan hidup berpegang teguh pada ikatan syahadatku, dan aku akan mati sambil tersenyum supaya agamaku tetap hidup.โ€

Sumber: Warfare Analysis

Terkini Palestin

18 Nov, 09:24


Selepas lebih 7 jam bekerja dengan peralatan yang terhad, pasukan Pertahanan Awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak Palestin yang terperangkap di bawah runtuhan rumahnya berikutan serangan udara Israel yang menyasarkannya di kawasan kejiranan Al-Thalathini, timur Kota Gaza!

Sumber: Quds News

Terkini Palestin

18 Nov, 08:33


Rakyat Lubnan nampaknya dah Redha dan teruskan kehidupan meskipun Israel melancarkan serangan ke atas mereka

Terkini Palestin

18 Nov, 07:19


Seorang askar Israel dari Givati โ€‹โ€‹Briged 435 Rotem Battalion menyiarkan foto dirinya sedang membuang air kecil di atas Al-Quran di Jabalia. ๐Ÿ˜ก

Saya pasti bahawa jika seseorang melakukan ini terhadap Taurat, ia akan menjadi tajuk utama di seluruh dunia sebagai "jenayah kebencian antisemitik."!!

Sumber: Suppressed News

Terkini Palestin

18 Nov, 06:14


๐ŸšจKehabatan anak-anak Gaza

Di tengah-tengah perang genosid Israel terhadap mereka, anak Palestin ini mencipta pengisar makanan sementara diberi nama "Moulinex" yang dibuat daripada alat ringkas ,, hanya untuk dapat makanโ€ผ๏ธ

Terkini Palestin

18 Nov, 04:11


Pasukan "Israel" telah menghancurkan 90% bangunan di Gaza, menjadikan sekolah sebagai satu-satunya tempat perlindungan bagi sebagian besar keluarga. Kemudian Zionis mengebom sekolah-sekolah tersebut. Ini adalah penghancuran secara sistematis, genosida, dan pembersihan etnis.

Sumber: Documenting #GazaGenocide

Terkini Palestin

18 Nov, 03:47


'Mereka (penjajah Zionis) membunuh penduduk Palestin tanpa bergerak seinci pun'

"Di sebelah salah seorang mangsa, terdapat satu beg tepung. Kelihatan beliau telah berjaya mengambil beg tepung itu dari rumahnya, tetapi tentera penjajah menembaknya ketika dia ingin kembali ke tempat perlindungan,"
kata salah seorang saksi di utara Gaza.

Euro-Med Monitor mendokumentasikan berpuluh-puluh pembunuhan yang disengajakan dan hukuman mati di lapangan baru yang dilakukan oleh pasukan penjajah terhadap ramai orang awam di utara Gaza.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada peningkatan berterusan dan rangka kerja genosid yang lebih luas, dilakukan terhadap rakyat Palestin selama lebih 13 bulan.

Di antara pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh tentera penjajah Zionis - bermula daripada mengebom rumah dengan penduduk di dalamnya, kepada genosid orang awam yang berlindung di tempat perlindungan, dan menyasarkan perhimpunan dan kenderaan - pasukan lapangan Euro-Med Monitor mendokumentasikan insiden pembunuhan langsung yang mengerikan dan pelaksanaan di luar undang-undang terhadap orang awam oleh askar Zionis, dilakukan tanpa sebarang justifikasi.

Sumber: Euro-Med Monitor

Terkini Palestin

18 Nov, 02:11


Wartawan Lubnan Nabil Mamlouk, bekerja untuk Al-Nahar, telah ditangkap mengambil gambar tapak pelancaran roket dan berkongsi maklumat dengan wartawan anti-penentangan untuk disampaikan kepada tentera Israel. Rakan sekerjanya mendedahkan pengkhianatannya apabila mereka memeriksa telefonnya.

Terkini Palestin

18 Nov, 01:21


Nelayan di Gaza meraikan hasil tangkapan yang banyak, memberikan harapan di tengah-tengah kekurangan makanan yang kritikal di pasaran akibat sekatan dan genosid Zionis yang berterusan.

Ya Allah, cukupkanlah keperluan mereka
๐Ÿคฒ

Sumber: QNN / DP

Terkini Palestin

18 Nov, 00:26


Jumlah pendatang Zionis yang meninggalkan negara haram mereka dan berpindah ke Kanada telah meningkat sebanyak 500% sejak Oktober 2023.

Sekitar 8000 pendatang telah pun berpindah ke Kanada sejak awal tahun ini berbanding hanya 1,505 orang pada tahun 2022.

Kini, lebih ramai pendatang bersama dengan keluarga telah memulakan hidup baru di Kanada dan dijangka lebih daripada 10,000 yang kini sudah tidak mahu pulang ke โ€˜negaraโ€™ haram mereka.

Sumber: Shehab / TP

Terkini Palestin

17 Nov, 23:38


Penjajah Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di utara Gaza, mengebom sebuah bangunan di Beit Lahiya dan membunuh lebih 70 orang pelarian Palestin yang sedang mendapatkan perlindungan.

Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam Gaza, berkata pasukannya tidak dapat sampai ke lokasi serangan.

โ€œJabatan kami menerima rayuan daripada penduduk sebuah rumah yang dibom oleh tentera penjajah Zionis di Beit Lahiya, tetapi kami tidak boleh bergerak untuk menyelamatkan mereka,โ€ katanya.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza Munir al-Bursh memberitahu Al Jazeera bahawa "pasukan tentera penjajah Zionis dengan sengaja mengebom orang awam pada larut malam supaya tiada sesiapa dapat menyelamatkan mereka."

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

17 Nov, 14:03


Israel mengumumkan kemasukan secara beransur-ansur 7,000 orang Yahudi ultra-Ortodoks ke dalam tentera, akan bermula hujung minggu ini.

Komuniti Ultra-Ortodoks secara sejarah menentang perkhidmatan ketenteraan, menegaskan tugas mereka adalah mempelajari Taurat untuk mengekalkan identiti Yahudi Israel.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

17 Nov, 12:02


PALESTIN

Sebanyak 29 organisasi bukan kerajaan (NGO), termasuk Doctors of the World dan Majlis Norway untuk Pelarian (NRC) menuduh tentera pengganas Zionis telah menggalakkan penjarahan bantuan kemanusiaan di dalam Gaza melalui serangan terhadap pasukan polis Palestin yang berusaha menghentikannya.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

17 Nov, 08:39


#๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ | ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—š๐—”๐—ญ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฒ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Dengan izin Allah, Kelab Perwira Malaysia telah menyalurkan Bantuan Musim Salju berupa 100 set tilam dan selimut kepada 100 keluarga di Utara Gaza pada 6 November 2024.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman. Mereka terpaksa membersihkan rumah yang hancur, bahkan ada yang tinggal di tepi jalan, menanti uluran tangan demi kelangsungan hidup.

Sama-sama kita teruskan doa dan sokongan untuk mereka.


Tonton video penuh di Youtube kami
https://youtu.be/VOdY-iYRwbc

'๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– & ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž'

#kelabperwiramalaysia
#bersediadanberbakti
#sukarelawanberkemahirantinggi
#perwira
#BantuanMISISalju
#PerwiraUntukKemanusiaan
#GazaBertahan

Terkini Palestin

12 Nov, 14:23


Pemandangan jenazah di tepi jalan kini menjadi kebiasaan untuk kanak kanak di Gaza.

Terkini Palestin

12 Nov, 13:07


Disyaki membawa senjata untuk Israel, Maghribi membenarkan kapal "Maersk Denver" berlabuh di pelabuhan Tangier selepas Sepanyol enggan menerimanya.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

12 Nov, 12:48


Peminat Maccabi Tel Aviv menyanyikan lagu perkauman menghina Arab dan Palestin selepas tiba di lapangan terbang Ben Gurion dari Amsterdam.

Mereka 'diselamatkan' oleh kerajaan haram Israel selepas kejadian tunjuk perasaan di Belanda.

Ya Allah hancurkan entiti haram Israel dan pendatang haramnya.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

12 Nov, 10:22


โญ•๏ธVideo | Adegan dari operasi yang menyasarkan pangkalan Perlawanan Islam "Stella Maris" tentera musuh Israel, barat laut bandar Haifa yang diduduki, dengan peluru berpandu "Nasr 1".

Terkini Palestin

12 Nov, 09:32


Kerajaan Sepanyol menghalang dua kapal yang dipercayai membawa senjata dan bekalan tentera ke Israel daripada berlabuh di pelabuhannya.

Menurut apa yang dilaporkan oleh media Sepanyol dan disahkan oleh sumber di Kementerian Luar Negeri Sepanyol, semalam, Khamis, dua kapal yang datang dari New York, Amerika Syarikat, meminta untuk berlabuh di pelabuhan Algeciras di selatan Sepanyol, tetapi kerajaan menghalang dok mereka.

Sumber: Al Mayadeen

Terkini Palestin

12 Nov, 08:37


Pada usia yang sangat kecil, anak Gaza ini terpaksa mencari makanan sendiri & sedang keseorangan tanpa ibu bapa.

Sumber: WearThePeace

Kejamnya dunia ini terhadap kamu wahai si kecil,..

Terkini Palestin

12 Nov, 07:13


Donald Trump, yang dikenali dengan sokongan padu kepada Israel, mungkin akan mencetuskan kembali ketegangan di Jerusalem. Dengan kemungkinan kembalinya ke Rumah Putih, puak agama Israel yang bersekutu dengan Trump mungkin akan mendesak untuk mengawal Masjid Al-Aqsa dengan tujuan membina kuil Yahudi di atas kawasannya.

Langkah ini adalah sebahagian daripada agenda yang lebih besar yang disokong oleh penyokong evangelis sayap kanan Trump di AS, yang berkongsi visi Israel untuk meluaskan kedaulatan ke atas tapak suci dan Tebing Barat. Jika dilaksanakan, senario ini boleh meningkatkan konflik serantau dan berisiko mencetuskan lebih banyak pertempuran di Palestin dan wilayah sekitarnya.

Sumber : Shehab News

Terkini Palestin

12 Nov, 06:14


Ireland berhasrat untuk menyertai kes Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebelum akhir tahun, kata menteri luarnya pada Khamis.

Komen Micheal Martin dibuat ketika parlimen Ireland meluluskan usul tidak mengikat yang bersetuju bahawa "pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan di hadapan mata kita oleh Israel di Gaza".

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

12 Nov, 05:47


Kedutaan Israel di Belanda menggesa rakyatnya supaya tidak berjalan di tempat awam seperti jalan raya dan dataran dengan sebarang tanda yang boleh menunjukkan identiti mereka sebagai pendatang haram Israel.

Sumber: Al Mayadeen

Pendatang haram Israel semakin tidak diterima di mana-mana negaraโ€ผ๏ธ

Terkini Palestin

12 Nov, 04:19


โญ•๏ธVideo | Adegan dari operasi yang menyasarkan Penentangan Islam, perhimpunan tentera musuh Israel di tapak Al-Baghdadi dan sekitar bandar Kafr Kila di sempadan selatan.

Terkini Palestin

12 Nov, 03:06


Malaysia dan Mesir mengutuk serangan Israel serta menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan Lubnan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih parah.

Dalam satu kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, Anwar dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi bersetuju mengenai keperluan untuk memperjuangkan keamanan dan keselamatan di Timur Tengah.

Kedua-dua pemimpin turut memberi perhatian terhadap situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

12 Nov, 02:21


"Seolah-olah dia sedang tidur."

Seorang kanak-kanak telah syahid bersama keluarganya dalam pengeboman zionis Kota Gaza

Terkini Palestin

12 Nov, 01:03


Netanyahu akhirnya mengakui tanggungjawabnya dalam melakukan serangan meletupkan alat kelui (Pager) dua bulan lalu yang menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pengguna alat kelui di Lubnan.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

12 Nov, 00:23


Lebih 18,000 rakyat Lubnan telah memasuki Iraq sejak serangan udara Israel ke atas Lubnan bermula pada akhir September, menurut pihak berkuasa Iraq pada Ahad.

"Usaha sedang dijalankan untuk menerima tetamu Iraq daripada warga Lubnan secara berperingkat," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Alaa al-Din al-Qaisi, jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan Sempadan Iraq, yang disiarkan agensi berita rasmi INA.

Beliau berkata kemasukan itu berikutan arahan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Al-Sudani untuk membenarkan kemasukan tanpa visa bagi rakyat Lubnan.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

11 Nov, 23:24


Menteri Luar Turki, Hakan Fidan pada Ahad menyeru dunia Islam untuk mendesak embargo senjata ke atas Isr4el yang meneruskan serangan rambang di Gaza dan Lubnan.

Dalam ucapannya pada Mesyuarat Sidang Kemuncak Luar Biasa Bersama Organization of the Islamic Cooperation (OIC)-Liga Arab di ibu negara Arab Riyadh, Fidan berkata inisiatif Turki di PBB untuk menghentikan pemindahan senjata kepada Isr4el telah mendapat sokongan 52 negara, termasuk ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Apa yang kurang, katanya, bukanlah keazaman atau asas moral untuk perjuangan Palestin tetapi tindakan paksaan. Beliau menekankan keperluan untuk langkah-langkah konkrit bagi menghentikan pertumpahan darah dan mencegah perang serantau yang lebih luas di Timur Tengah.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

11 Nov, 14:58


UNIFIL mengumumkan bahawa IDF menghantar jengkaut bagi memusnahkan pagar Kem UNIFIL di Naqoura Lubnan

Tindakan ini melanggar undang-undang antarabangsa berdasarkan Resolusi 1701

IDF masih mendesak agar UNFIL berundur dari posisinya.

IDF juga bertindak menghantar pasukan mengalihkan batu sempadan yang menjadi garis panduan pengunduran antara Israel dan Lubnan dalam Perang Hizbullah Israel 2006

Terkini Palestin

11 Nov, 13:17


TIADA KERANDA, HANYA KERETA SORONG

beginilah rakyat Gaza membawa jenazah mereka yang syahid dalam serangan Tentera Rejim Isr4el. Tiada keranda untuk diusung, hanya menggunakan kereta sorong untuk membawa jenazah. Terlalu ramai yang terkorban dan pihak antarabangsa masih gagal menggunakan kuasa mereka menghentikan Isr4el daripada membunuh.

Sumber: Al-Qastal

Terkini Palestin

11 Nov, 12:38


"Tentera paling bermoral di dunia"

Terkini Palestin

11 Nov, 11:13


PERANCIS MARAH ISRAEL

Kementerian Luar Perancis marah dengan tindakan Israel mengancam hubungan diplomatik apabila IDF menceroboh Gereja Pater Noster di bawah kelolaan Perancis di Baitul Maqdis Timur dan menahan 2 anggota Gendemerie Perancis dengan status diplomat

Tindakan ini mengancam Integriti Kawa kelolaan Perancis di saat saya akan melawat negara berkenaan untuk membawa Rantau Timur Tengah ke arah keamanan

Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan membebaskan 2 anggota Gendemerie berkenaan

Terkini Palestin

11 Nov, 09:17


Rakaman yang mendokumentasikan detik ketika sebuah khemah di halaman Hospital Al-Aqsa disasarkan oleh pesawat pejuang lsraeli di Deir al-Balah, Genting Gaza Tengah.

Sumber: Times of Gaza

Terkini Palestin

06 Nov, 00:16


The Guardian: 1000 penulis dari seluruh dunia menandatangani surat perjanjian bagi melakukan boikot besar-besaran terhadap institusi kebudayaan Israel.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Nov, 23:35


Yedioth Ahronoth:

Tentera Israel menghadapi kekurangan besar askar dan beberapa langkah sedang dipertimbangkan.

Realiti di lapangan adalah sukar, kerana tentera Israel sangat memerlukan 7,000 pejuang, dan mendakwa bahawa ia boleh merekrut 3,000 ultra-Ortodoks Yahudi, tetapi pada tahun pengambilan sebelumnya, hanya 1,200 telah diambil daripada kira-kira 13,000 calon untuk perkhidmatan.

Terkini Palestin

05 Nov, 22:28


Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal meluahkan kekecewaan terhadap kenaikan harga keperluan asas, yang memperburuk krisis kelaparan akibat perang berterusan Israel di Gaza.

Sumber : Quds News Network

Terkini Palestin

05 Nov, 14:58


Bukan sekadar Gaza, Israel telah melancarkan lebih 23,000 serangan di lima negara, termasuk Gaza dan Tebing Barat, sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

05 Nov, 13:28


Kapal perang Israel melalui Terusan Suez mencetuskan kemarahan dalam talian, dengan ramai menuduh Mesir membenarkan.

Sumber : Al Jazeera

Terkini Palestin

05 Nov, 12:12


Sumber kepada Yedioth Ahronoth: Netanyahu takut pada perjanjian pertukaran kerana ia akan mengheretnya kepada pilihan raya dan siasatan.

Salah satu sumber politik mendedahkan kepada akhbar Israel Yedioth Ahronoth mengenai kebimbangan Perdana Menteri nagara haram Israel, Benjamin Netanyahu terhadap penyelesaian perjanjian pertukaran tahanan dengan pihak pejuang Palestin menunjukkan bahawa terdapat kepentingan peribadi yang menghalangnya daripada melaksanakannya.

Terkini Palestin

05 Nov, 11:22


Penindasan Zionis ke atas anak-anak Palestin di Tebing Barat!

Tentera penjajah Zionis menghalang pelajar untuk sampai ke Sekolah Haj Ziad Jaber dengan meletakkan pagar berduri di kejiranan Jaber, Hebron yang dijajah.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Nov, 11:07


Perbandaran Beit Lahiya telah mengisytiharkan bahawa bahagian utara Semenanjung Gaza adalah zon bencana, yang bermaksud tiada apa-apa untuk mengekalkan kehidupan di sana.

Sumber: Quds News Network

Apakah kita hanya mampu MEMERHATI?!

Terkini Palestin

05 Nov, 10:03


Briged Al-Qassam meletupkan sebuah kereta kebal Zionis "Merkava 4" disasarkan dengan bom "Shawaz" di timur bandar Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Terkini Palestin

05 Nov, 09:33


Papan di Bandar al-Zawiyah, Libya.

"Jika kita tidak hidup di Zaman Umar al-Mukhtar... Maka sesungguhnya kita telah hidup di Zaman Yahya al-Sinwar".

Terkini Palestin

05 Nov, 08:27


Tentera Rejim Isr4el sekali lagi merekodkan siri kekejaman mereka meletupkan dan meranapkan keseluruhan bangunan-bangunan kediaman di selatan Lubnan sekelip mata. Tindakan Isr4el ketika ini bukan lagi untuk mempertahankan diri mereka tetapi untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk yang tidak bersalah.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Nov, 07:32


Tentera Israel: 777 pegawai dan askar Israel terbunuh di semua medan sejak permulaan perang, sebahagian besar daripadanya di Gaza.

Terkini Palestin

05 Nov, 06:22


Pasukan tentera penjajah Zionis menggunakan Meshek Afar Ltd, sebuah syarikat awam, untuk meratakan rumah penduduk Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Salah seorang pekerja yang ditempatkan di syarikat itu menyataka akan merobohkan sebuah masjid di Rafah esok.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Nov, 04:32


Aktivis Turki menyerbu kapal berbendera Jerman yang membawa senjata untuk tentera Israel

Aktivis Turki telah menyerbu sebuah kapal berbendera Jerman di sebuah pelabuhan di bandar Istanbul berikutan ketibaan kapal itu dari pantai Mesir, di mana ia telah menurunkan senjata yang bertujuan untuk tentera Israel.

Terkini Palestin

05 Nov, 03:24


Yahudi dahulunya tidak diterima oleh mana-mana negara tetapi mereka diberi belas kasihan untuk menumpang di tanah Palestin melalui Deklarasi Balfour 2 November 1917. Tetapi ia dibalas dengan penindasan sehingga ke hari ini.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

05 Nov, 02:24


Ivana, berumur 2 tahn melecur tahap tiga apabila Tentera Rejim Isr4el melancarkan serangan udara dekat dengan rumahnya di selatan Lubnan. Bapanya memaklumkan dia tidak menerima perintah pemindahan.

Sumber: Al-Jazeera

Terkini Palestin

05 Nov, 02:12


Tentera Israel sekali lagi melancarkan serangan di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza untuk hari kedua berturut-turut.

Tragedi hitam itu mengakibatkan kecederaan kepada kakitangan perubatan dan pesakit, termasuk bayi yang baru lahir di hospital tersebut, menurut laporan.

Serangan udara Israel itu menyasarkan hospital yang terletak di kawasan yang padat di utara Gaza, yang kini menjadi tempat perlindungan bagi ramai mangsa serangan Israel.

Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan serius pada infrastruktur hospital, menjadikannya semakin sukar untuk menyediakan rawatan kepada mereka yang memerlukan.

Pada masa sama, tentera Israel turut melancarkan serangan ke atas ibu negara Syria, Damsyik โ€“ atas alasan mahu menyasarkan ibu pejabat perisikan Hizbullah di negara tersebut.

Malangnya, serangan tersebut terkena kawasan kediaman awam, yang menyebabkan kecederaan kepada orang awam.

Sumber: Ismaweb

Terkini Palestin

05 Nov, 01:19


Aktivis pro-P4l35t1n percaya Malaysia mampu mengambil langkah lebih tegas dalam membantah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan 15r43l.

Bercakap kepada TV Pertiwi, Tian Chua berkata Malaysia perlu mengambil pendirian tegas dengan mengusir 15r43l dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

โ€œMalaysia mempunyai potensi besar menjadi negara yang memimpin dalam isu P4l35t1n. Kita menghargai pendirian lantang yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

โ€œBagaimanapun, kita harus mengambil tindakan lebih konkrit kerana keadaan sekarang sangat kritikal. Kita tidak boleh hanya bersuara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

โ€œMalaysia boleh mengambil inisiatif mengusir 15r43l dari PBB. Malaysia harus meningkatkan lagi sekatan ekonomi dengan menyekat syarikat yang membantu genosida,โ€ katanya.

Terkini Palestin

05 Nov, 00:21


Seorang kanak-kanak Palestin, berpindah dari Jabalia di utara Gaza, berkongsi detik-detik gembira dengan rakan-rakannya dengan melukis senyuman di wajah mereka, walaupun menderita kelaparan dan kecederaan perut.

Sumber : TRT World

Terkini Palestin

04 Nov, 23:15


Berdasarkan WHO, serangan Israel di Lubnan dalam tempoh 17 September hingga 31 Oktober lepas telah mengakibatkan kematian 85 petugas kesihatan dan 51 lagi cedera ketika bertugas.

Terkini Palestin

26 Oct, 13:57


Seorang wanita Palestin menceritakan keadaan seram dan kejam yang dialami oleh penduduk Palestin yang dipaksa berpindah sewaktu mereka meninggalkan kawasan kejiranan mereka di Beit Lahia.

Tentera penjajah Zionis meletakkan senjata ke kepala mereka, mengancam dan memaksa penduduk Palestin meninggalkan utara Gaza, mengarahkan mereka menuju ke selatan melalui pos pemeriksaan yang telah tentera penjajah Zionis sediakan.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

26 Oct, 12:44


GEMPA BUMI BERUKURAN 4.9 DI UTARA ISRAEL

Gempa bumi bermagnitud 4.9 dilaporkan, dengan pusat gempa terletak 2km dari Arraba, utara Israel.

Terkini Palestin

26 Oct, 11:52


Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.

"Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,โ€ kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

26 Oct, 10:52


ISRAEL LANCAR SERANGAN LEMBIK KE ATAS IRAN PAGI TADI

Pagi tadi sekitar Jam 6.30 Pagi sehingga 9 pagi tadi waktu Malaysia

Israel melancarkan serangan ke atas Iran. Ini sebagai serangan balas dendam ke atas Iran selepas Iran menyerang Israel melalui Operasi True Promise 2

Serangan tidak terlalu signifikan dengan sebuah bateri pertahanan udara Tentera Iran dimusnahkan oleh IDF

Serangan sedikit mengena kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Ali Khomeini

- Kedengaran letupan akibat serangan itu di Khuzetsan, Bandar Karaj dan kawasan Tehran, Iran

- IDF turut menyerang Pangkalan Udara Dezful di Khuzetsan dengan kebanyakan misil ditembak jatuh pertahanan udara Iran

- Serangan dilancarkan dalam 3 gelombang ke atas 20 kawasan di Iran membabitkan 100 buah Pesawat Tempur termasuk F-35. Serangan ini menurut Jerusalem Post adalah serangan terbesar Israel ke atas Iran

- Gelombang pertama ialah serangan ke atas kawasan Pertahanan udara. Gelombang kedua ialah serangan ke atas Pangkalan dron dan misil dan gelombang ketiga ialah serangan ke atas fasiliti pengeluaran di sana lapor Axios

- Pasukan Pertahanan Udara Tentera Syria turut membantu menembak jatuh misil Israel di ruang udara Damsyik. Israel balas dengan serang Homs dan Damsyik

- Ketua Turus IDF, Leftenan Jeneral Herzi Halevi memaklumkan operasi ini ditangguhkan selama beberapa hari sebelum ia diputuskan untuk dilancarkan hari ini kerana keadaan yang sangat sempurna

Terkini Palestin

26 Oct, 09:45


Tentera Israel selesai serang kemudahan ketenteraan Iran

Istanbul: Tentera Israel pada Sabtu mengumumkan sudah menyelesaikan serangan udara yang disasarkan terhadap kemudahan ketenteraan Iran, lapor Agensi Anadolu.

Tentera rejim menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan kemudahan pembuatan peluru berpandu yang dipercayai telah menghasilkan peluru berpandu yang dilancarkan ke Israel pada tahun lalu.

Serangan itu sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu baru-baru ini oleh Tehran ke atas Israel.

Menurut tentera, serangan itu turut menyasarkan sistem peluru berpandu darat-ke-udara serta aset udara Iran yang lain, yang bertujuan menghalang keupayaan operasi Israel dalam ruang udara Iran.

"Operasi telah berjaya dilaksanakan, dengan semua pesawat kembali dengan selamat ke pangkalan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Terkini Palestin

26 Oct, 08:49


Kesemua pemimpin dalam video ini telah syahid, namun obor semangat demi pembebasan Palestin tidak akan pernah padam dalam jiwa-jiwa rakyat Palestin.

Kredit: ู…ุน ุฃุณุงู…ุฉ

Terkini Palestin

26 Oct, 06:37


Kemusnahan dan kehancuran yang dibawa oleh laknatullah Zionis di utara Gaza.

Terkini Palestin

26 Oct, 04:37


Penjajah menjadikan krisis Kelaparan sebagai senjata terhadap rakyat Palestin

Penjajah telah menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin, termasuk sekatan selama 169 hari bagi bantuan ke wilayah selatan Gaza dan 180 hari bagi wilayah utara Gaza.

Terkini Palestin

26 Oct, 03:21


Pernahkah anda melihat suasana sedahsyat ini??

Gambar tangan kanak kanak yang terputus dari badannya akibat serangan Israel ke atas Sekolah Syuhada UNRWA di Kem Nusseirat Gaza

Tangan itu disusun di Hospital Al Awda Gaza

17 disahkan terbunuh termasuk 9 kanak kanak!

Terkini Palestin

26 Oct, 01:16


โ€œIbu saya telah ditembak, kemudian matiโ€ .. Keterangan seorang anak kecil yang ibunya dibunuh oleh pengganas Zionis di Gaza.

Sumber: Eye On Palestine

Terkini Palestin

25 Oct, 23:02


Nama asal tempat-tempat di Palestin.

Ingatlah dan sampaikan kepada anak-anak kita!

Terkini Palestin

25 Oct, 14:13


Apakah Zionis itu masih Manusia??

11 KANAK KANAK DIBAKAR HIDUP HIDUP DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PUSAT PERKHIDMATAN MENGHAZI, BANDAR GAZA

Sumber: Suppressed News

Terkini Palestin

25 Oct, 13:43


Tentera Israel berseronok menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan rumah di Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

22 Oct, 14:22


Artis grafiti meningkatkan kesedaran dengan melukis mesej sokongan untuk Palestin dan Lubnan di dinding-dinding bandar Dakar, Senegal sebagai tindak balas kepada serangan penjajah Zionis yang belum reda setelah lebih setahun berterusan.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

22 Oct, 13:03


Saat titisan darah terakhir pejuang As Syahid Yahya Sinwar!

Terkini Palestin

22 Oct, 12:14


Gabungan Kumpulan Pejuang Palestin mengecam tindakan beberapa saluran satelit Arab yang didakwa menyokong naratif Zionis dalam laporan berita mereka.

Menurut kenyataan media dari gabungan tersebut, saluran berkenaan dikatakan menyiarkan agenda yang mencurigakan dan memburukkan pejuang Palestin serta perjuangan rakyat mereka.

Sumber: Dunia Palestin

Terkini Palestin

22 Oct, 11:23


Selepas A.S. menggugurkan bom nuklear di Jepun, muncul imej terkenal seorang kanak-kanak yang menggendong adiknya, berkata, "Dia tidak berat, dia adalah abang saya."

Kini, kejadian itu berulang lagi, kali ini di Gaza, dengan penjenayah yang sama membiayai dan menyumbang dalam jenayah itu!

Sumber: Suppressed News

Terkini Palestin

22 Oct, 10:39


Video Briged Al Qassam memusnahkan beberapa kereta kebal Israel dalam pertempuran di Barat Jabalia, Gaza

Terkini Palestin

22 Oct, 09:37


Seorang ibu mendoakan kesejahteraan anaknya selepas anaknya ditangkap IDF di Kem Al Amari, Ramallah Tebing Barat

Apakah perasaan anda apabila anak kesayangan anda sendiri ditahan oleh pengganas Zionis yang tak perikemanusiaan? Mereka sudah melaluinya selama lebih 75 tahun!

Terkini Palestin

22 Oct, 08:25


"Saya sudah penat. Saya membawa adik saya sudah sejam dan saya tidak mampu lagi."

Seorang kakak yang juga anak kecil di Gaza terus gigih mendapatkan rawatan untuk adiknya yang cedera dilanggar kereta di Gaza.

Sumber: TRT World

Terkini Palestin

22 Oct, 08:24


Tentera Rejim Isr4el memaksa ribuan rakyat Palestin untuk keluar daripada kem pelarian Jabalia, Gaza yang ketika ini berhadapan dengan pengeboman dahsyat selama 17 hari. Paling terkesan adalah wanita, warga tua dan kanak-kanak yang terpaksa berjalan jauh untuk ke tempat selamat.

Sumber: Anadolu Agency

Terkini Palestin

22 Oct, 08:17


Illustrasi video yang menunjukkan bagaimana as Syahid Yahya Sinwar berjuang sehingga ke nafasnya terakhir.

Terkini Palestin

22 Oct, 07:38


AL Jazeera merakam video Israel mengebom rakyat Gaza yang sedang menunggu untuk mengambil air.

Ada rakyat Gaza bergegas untuk menyelamatkan mereka yang tercedera dalam serangan itu

Terkini Palestin

22 Oct, 06:19


Harga minyak meningkat hari ini di tengah-tengah laporan berita bahawa Israel sedang menyediakan serangan besar ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Tehran pada 1 Oktober lalu, lapor Anadolu Agency.

Penanda aras minyak antarabangsa minyak mentah Brent meningkat 0.4 peratus kepada AS$73.13 setong pada 09.56 pagi waktu tempatan (0656 GMT), meningkat daripada penutupan sesi sebelumnya sebanyak AS$72.87.

Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) juga meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada AS$69.09 setong, berbanding AS$68.78 pada penutupan sesi sebelumnya.

Sumber: Bernama

Terkini Palestin

22 Oct, 05:42


Di Semenanjung Gaza..

Setiap minit adalah syahid..

Terkini Palestin

22 Oct, 04:58


Saksi melaporkan bahawa tentera penjajah Zionis memaksa orang awam Palestin yang berlindung di sekolah Krizem kelolaan PBB untuk keluar daripada bangunan sekolah. Lalu mereka disasarkan dengan artileri berat, membunuh sekurang-kurangnya 7 orang dan mencederakan puluhan lagi.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

22 Oct, 04:16


Israel mengesahkan tentera udaranya menyerang ibu pejabat risikan Hizbullah di Beirut selain sebuah kemudahan bawah tanah yang digunakan untuk penghasilan senjata kumpulan itu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata melalui serangan itu, jet pejuangnya membunuh tiga komander Hizbullah, termasuk Alhaj Abbas Salameh, iaitu pemimpin kanan dalam komando selatan kumpulan itu.

Menurutnya, serangan turut membunuh pakar komunikasi Hizbullah, Radja Abbas Awache dan Ahmad Ali Hussein yang dikatakan bertanggungjawab dalam pembangunan strategik senjata kumpulan itu.

Sumber: Reuters

Terkini Palestin

22 Oct, 03:02


Kenangan: Bagaimana rakyat Gaza keseluruhannya meraikan dan berpesta di atas pembebasan pemimpin mereka, Yahya Sinwar, pada tahun 2011.

Terkini Palestin

22 Oct, 02:23


"Semua orang mati! Kenapa awak buat penggambaran?! Dah setahun! Semua penggambaran awak sia-sia!"

Ketika membawa si syahid ke hospital, kekecewaan dan rasa putus asa yang dihadapi oleh ramai rakyat Palestin, menjelma dalam diri lelaki ini, apabila dia melihat dirinya dirakam.

"Jangan buang masa anda memberikan gambar dan klip dunia yang tidak adil ini untuk dilihat, sementara mereka tidak melakukan apa-apa dan meneruskan pengkhianatan mereka kepada manusia, sehingga kita semua pergi!"

Sumber: Eye On Palestine

Terkini Palestin

22 Oct, 01:56


Seorang jurugambar Palestin mendokumentasikan kemusnahan di Jalan Al-Jalaa di Bandar Gaza, selepas pengeboman berterusan Israel.

Sumber: Quds News Network

Terkini Palestin

22 Oct, 01:05


Saya kagum. Kagum kerana Yahya Sinwar (Abu Ibrahim) berada di barisan hadapan. Lagi - lagi di Tal Al Sultan, Rafah.

Tahukah anda?

Tal Al Sultan antara paling susah dan brutal untuk ditembusi oleh tentera Israel dalam Pencerobohan Rafah. Kempen yang berlangsung juga paling lama berbanding kempen - kempen ketenteraan yang lain dan sudah menghampiri memasuki 3 bulan kempen ketenteraan Israel berjalan.

Mengesahkan berita beberapa bulan lepas sememangnya Yahya Sinwar merupakan komander di lapangan. Bukan di terowong. Bertambah - tambah kagum adalah apabila Yahya Sinwar bukan dibunuh sebab maklumat intelligence Israel.

Tetapi hanya kebetulan. Ya secara kebetulan.

Kebetulan tentera biasa Israel dari Batalion Latihan ke 450 dari Briged Bislamach, Batalion 933 Tentera Darat Israel dan 401 Briged Perisai dari Divisyen ke 162 menembak sebuah bangunan bertempur dengan 3 individu Pejuang yang tidak dikenali. Rupa - rupanya bertempur dengan sel Yahya Sinwar. Syahid dalam keadaan AK47 berada ditangan.

"Live by the swords, Die by the swords"

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin