Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸 @palestindihatiku Channel on Telegram

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

@palestindihatiku


Perkongisan info dan maklumat terkini buat pencinta bumi Palestin dan dunia islam.

Palestin Dihatiku (Malay)

Palestin Dihatiku merupakan saluran Telegram yang bertujuan untuk menjadi tempat perkongsihan info dan maklumat terkini bagi pencinta bumi Palestin dan dunia Islam. Saluran ini mempunyai komuniti yang aktif dan bersemangat dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Palestin, serta perkembangan terkini dalam dunia Islam. Dengan kehadiran saluran ini, pengguna boleh mendapat akses kepada berita terkini, pandangan ahli-ahli serta pemikiran yang mendalam mengenai isu-isu yang penting bagi masyarakat Palestine dan umat Islam secara keseluruhan. Jika anda seorang yang prihatin dan ingin lebih memahami tentang realiti kehidupan di Palestin dan isu-isu yang sedang berlaku, jom sertai saluran Palestindihatiku di Telegram hari ini!

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 04:53


🇵🇸KITA MENANG, MEREKA KALAH! RAIKAN MANISNYA KEMENANGAN PALESTIN DENGAN MENIKMATI KEENAKAN RAJA KURMA, MEDJOUL, SEGAR DARI LADANG DI PALESTIN (TUAIAN TERBAHARU) 🇵🇸

🤗 Pertama kali makan Medjoul tahun sudah, rasa penuh kemewahan bila masuk dalam mulut. Sampai pejam mata sebab baru jumpa kurma sedap macam ni🤩

😱 Makan sebiji pun dah kenyang!

😱 Isi tebal dan rasa basah-basah, manis yang 'balance' dan berlemak😋. Patutla orang panggil Medjoul ni Raja Kurma 👑

🥰 Yang bestnya kalau tuan/puan beli kurma ni, bukan sahaja tuan/puan dapat kurma, malahan tuan/puan telah pun membantu serta menyumbang kepada ekonomi umat Islam Palestin sekaligus. Keuntungan ini juga dapat dikembalikan pada mereka,😊

===========

🇵🇸 Tahun ini kami bawakan lagi khas untuk anda Kurma Medjoul Asli, 100% daripada bumi barakah, Palestin ladang milik 100% umat Islam disana.Tuaian musim terbaru yang pastinya segar (Disember 2024). Kualiti Elite Premium daripada ladang terbaik. 🌴👍

🔥🔥Jom dapatkan sekarang!! Ada promosi PENGHANTARAN PERCUMA JIKA BELI PEK 1KG tau! (PROMOSI TERHAD)🔥🔥

🌴1kg = RM 90 (Promosi Penghantaran Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia!) 🔥
🌴500g = RM 55
🌴250g = RM 30


🇵🇸 Jom Order Sekarang di! ⤵️
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025

🥰 Rasa sekali, confirm nak lagi!

🤭 Kurma sedap ni jangan makan sorang-sorang, boleh hadiahkan juga pada ibu-bapa/pasangan/sahabat di seluruh Malaysia🥰

Edaran: Raihan Distribution

#Raihan
#JualanAmal
#RajaKurma
#MedjoulPalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:57


𝗗𝗢𝗔 𝗤𝗨𝗡𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”
(HR Muslim)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:57


Rakyat Palestin memuat naik imej Gaza sebelum perang dan pengeboman Israel yang dibiayai oleh Amerika Syarikat, selepas Trump menggunakan kemusnahan tersebut untuk membenarkan rancangannya mengambil alih dan menjajah Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:55


Sebagai respons terhadap rancangan Trump, rakyat Palestin di Gaza berkata: "Kami tetap teguh di tanah kami."

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:55


Presiden Donald Trump pada Khamis menandatangani perintah eksekutif mengenakan sekatan ke atas Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung penyiasatan terhadap Israel.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:53


Pemuda Gaza menaikkan bendera Palestin di kem pelarian Jabalia di utara Gaza sebagai respons kepada rancangan Trump untuk mengambil alih Gaza dan mengusir rakyat Palestin ke negara lain.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Feb, 01:52


𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Cahaya Ramadan Palestin 2025. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk membuat persiapan meraikan Ramadan dan membina semula kehidupan mereka pasca gencatan senjata di Gaza.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia

🌙 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/ramadanpalestin2025

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Feb, 23:15


Adakah Umat Begitu Lemah?

1. Apabila Trump mengumumkan bahawa Amerika akan mengambil alih semenanjung Gza, ia membayangkan keadaan umat yang sangat lemah. Tanah mereka boleh diambil sesuka hati malah Muslim dengan populasi jutaan manusia boleh dihalau, diusir ke sana ke mari.

2. Rasulullah pernah mengingatkan kita bahawa akan datang suatu masa nanti, umat ini akan menjadi sangat lemah. Sahabat bertanya, apakah umat Islam ketika itu sedikit? Rasulullah menjawab: bahkan mereka ramai, tetapi walaupun ramai, mereka hanyalah seperti buih. Ditolak terhoyong ke sana ke mari. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa pada ketika itu umat Islam ditimpa penyakit wahn.

3. Apakah itu penyakit wahn? Rasulullah menjelaskan penyakit wahn adalah sifat mencintai dunia dan takutkan mati.  Perkataan wahn dari segi bahasa membawa maksud lemah. Ini dapat difahami daripada al-Quran melalui perbualan Nabi Zakaria. Firman Allah:

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا

“Nabi Zakaria berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah (wahn) dan kepalaku telah ditumbuhi uban..” (Surah Maryam: 4)

4. Hadis tersebut menggambarkan kepada kita bahawa umat ini akan menjadi lemah kerana penyakit cintakan dunia. Mereka boleh dibeli dengan duit dan harta. Prinsip Islam dan kepentingan bangsa juga boleh tergadai hanya kerana Muslim itu cintakan harta. Demi harta mereka tergamak menggadaikan agama, mencalar kedaulatan negara dan bangsa.

5. Benarlah sabda Rasulullah, penyakit ini semakin hari semakin jelas. Kerana bimbangkan tekanan ekonomi dan kehilangan habuaan dunia, Muslim sanggup membiarkan kezaliman yang menimpa saudara seagama mereka sendiri. Sedangkan andai sekiranya umat Islam itu bersatu, tiada kuasa yang boleh menggugat keutuhan gabungan tersebut.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
t.me/drahmadsanusiazmi

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Feb, 03:27


Admin: Alhamdulillah tempahan kini telah dibuka untuk merasai keenakan raja kurma, Medjoul Asli Palestin! Pembelian boleh dibuat terus di pautan mesej di atas🔺🔺🔺🇵🇸🍉🔥

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Feb, 03:18


🇵🇸KITA MENANG, MEREKA KALAH! RAIKAN MANISNYA KEMENANGAN PALESTIN DENGAN MENIKMATI KEENAKAN RAJA KURMA, MEDJOUL, SEGAR DARI LADANG DI PALESTIN (TUAIAN TERBAHARU) 🇵🇸

🤗 Pertama kali makan Medjoul tahun sudah, rasa penuh kemewahan bila masuk dalam mulut. Sampai pejam mata sebab baru jumpa kurma sedap macam ni🤩

😱 Makan sebiji pun dah kenyang!

😱 Isi tebal dan rasa basah-basah, manis yang 'balance' dan berlemak😋. Patutla orang panggil Medjoul ni Raja Kurma 👑

🥰 Yang bestnya kalau tuan/puan beli kurma ni, bukan sahaja tuan/puan dapat kurma, malahan tuan/puan telah pun membantu serta menyumbang kepada ekonomi umat Islam Palestin sekaligus. Keuntungan ini juga dapat dikembalikan pada mereka,😊

===========

🇵🇸 Tahun ini kami bawakan lagi khas untuk anda Kurma Medjoul Asli, 100% daripada bumi barakah, Palestin ladang milik 100% umat Islam disana.Tuaian musim terbaru yang pastinya segar (Disember 2024). Kualiti Elite Premium daripada ladang terbaik. 🌴👍

🔥🔥Jom dapatkan sekarang!! Ada promosi PENGHANTARAN PERCUMA JIKA BELI PEK 1KG tau! (PROMOSI TERHAD)🔥🔥

🌴1kg = RM 90 (Promosi Penghantaran Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia!) 🔥
🌴500g = RM 55
🌴250g = RM 30


🇵🇸 Jom Order Sekarang di! ⤵️
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025
https://bit.ly/RajaKurmaMedjoulPalestin2025

🥰 Rasa sekali, confirm nak lagi!

🤭 Kurma sedap ni jangan makan sorang-sorang, boleh hadiahkan juga pada ibu-bapa/pasangan/sahabat di seluruh Malaysia🥰

Edaran: Raihan Distribution

#Raihan
#JualanAmal
#RajaKurma
#MedjoulPalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Feb, 03:00


Ini senarai jenama kurma keluaran syarikat ISRAEL!

Hati2 dan pastikan kita boikot mereka!

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Feb, 09:07


Lieberman: Tujuan utama lawatan Netanyahu ke Washington adalah untuk menggagalkan fasa kedua perjanjian pertukaran tahanan. Keutamaan Netanyahu hanya berfokus pada satu perkara, iaitu memastikan kelangsungan gabungan pemerintahannya.

Sumber: Al Jazeera
t.me/duniapalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Feb, 08:55


Tanah Palestin selamanya hak milik rakyat Palestin!

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Feb, 03:14


Hamas mengisytiharkan Tebing Gaza sebagai “zon bencana” dilanda malapetaka yang mengancam kehidupan 2.4 juta penduduk Gaza.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2025/02/03/lebih-61000-nyawa-terkorban-hamas-sifatkan-gaza-zon-bencana/

#Gaza #Hamas #Palestin #bantuan #Israel #PBB

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Feb, 01:28


Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas kem pelarian di Jenin untuk hari ke-11 berturut-turut, sementara serangan di kem pelarian Tulkarm memasuki hari kelima.

Keadaan di kedua-dua kem pelarian semakin kritikal, apabila banyak keluarga terperangkap dalam keadaan tidak selamat akibat serangan udara dan serbuan tentera Israel.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi dari pihak Israel mengenai sasaran atau tujuan serangan, namun pihak berkuasa Palestin mengutuk tindakan ini sebagai satu serangan keji terhadap penduduk awam.

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Feb, 00:28


Khaled Meshaal bercakap dalam sebuah persidangan global mengenai 10 keutamaan yang perlu diberi perhatian selepas Taufan Al-Aqsa:

1. Bantuan kecemasan dan tempat perlindungan segera.

2. Sumbangan kepada keluarga Gaza ($5,000 untuk setiap keluarga).

3. Pembinaan semula dan pemulihan infrastruktur.

4. Melindungi Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, dan Tebing Barat.

5. Menentang rancangan pengusiran penduduk Palestin.

6. Melawan normalisasi Zionis.

7. Tindakan undang-undang antarabangsa terhadap rejim Zionis dan individu yang terlibat.

8. Meningkatkan sokongan serta simpati antarabangsa terhadap perjuangan Palestin.

9. Merancang langkah strategik bagi memainkan peranan dalam pertempuran pembebasan.

10. Menggerakkan delegasi ulama, pemimpin, dan tokoh politik untuk memperjuangkan isu ini.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

02 Feb, 22:52


Untuk hari ketujuh berturut-turut, penduduk Gaza terus pulang ke utara Gaza melalui Jalan Salahuddin.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 11:59


𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ

“Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut al-Buraq tersebut mencapai hujungnya.

Baginda bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitulmaqdis.

Baginda bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar.” (HR Muslim)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 05:11


Ketua Hamas di Tebing Barat, Zahir Jabarin:

• Pembebasan para tahanan adalah kemenangan bersejarah bagi kehendak rakyat Palestin dan perjuangan resistensi yang gagah berani.

• Kesatuan rakyat dan perjuangannya adalah satu-satunya jalan menuju kebebasan penuh dan maruah nasional.

• Kami memperbaharui janji kepada tahanan yang masih ditahan bahawa perjuangan tidak akan surut sehingga tawanan terakhir dibebaskan.

Sumber: Al Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 05:10


Jika hidup, maka hiduplah dengan jiwa yang merdeka atau mati seperti Sinwar tetap berdiri teguh.

Sumber: سرد
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 04:40


Yahya Sinwar sentiasa menjadi igauan bagi penjajah Zionis sejak zaman mudanya ketika dipenjara selama 23 tahun sehinggalah ke penghujung hayatnya.

Kegigihannya dalam perjuangan dan kepimpinannya membuatkan beliau menjadi sasaran utama penajah Israel kerana Sinwar dikenali sebagai tokoh yang berani dan tegas dalam meneruskan penentangan terhadap penjajah Zionis di tanah Palestin.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 04:38


Hadiah terbesar yang boleh diberikan oleh musuh kepada saya adalah jika mereka membunuh saya.

Ini adalah hasrat yang pernah dinyatakan oleh Al-Syahid Yahya Al-Sinwar sendiri. Ucapan ini mencerminkan komitmen dan semangatnya dalam perjuangan dalam menentang penjajah Zionis.

Sumber: Saluran Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 04:37


Gambar pemimpin Israel di kaki pejuang Palestin semasa penyerahan tentera tahanan wanita Israel di Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Jan, 00:16


"Rumah Putih Trump Arahkan Pentagon Bebaskan Bom Israel yang Ditahan Biden"

Berdasarkan laporan Axios dari tiga pegawai Israel:

KEPENTINGAN ISU:
Keputusan Presiden Biden untuk menahan penghantaran satu kumpulan bom 2,000-paun pada Mei lalu telah mencetuskan salah satu krisis terbesar dalam hubungan AS-Israel sepanjang perang 15 bulan di Gaza.

PERKEMBANGAN TERKINI:
- Pentagon telah memaklumkan kerajaan Israel pada hari Jumaat tentang pembebasan tersebut
- 1,800 bom MK-84 yang disimpan di AS akan dihantar ke Israel dalam beberapa hari akan datang
- Rumah Putih belum memberi sebarang maklum balas mengenai pembebasan ini

ANALISIS LANJUT:
- Penahanan bom ini, yang digunakan Biden untuk membantah serangan Israel ke Rafah, menjadi simbol politik lebih daripada isu operasi ketenteraan
- Netanyahu menggunakan isu ini untuk menggerakkan sokongan Republikan menentang Biden
- Pentadbiran Biden bimbang penggunaan bom 2,000-paun di kawasan padat penduduk Gaza akan mengakibatkan korban awam yang tinggi
- Netanyahu dan penyokongnya membuat dakwaan palsu tentang "embargo senjata" AS terhadap Israel
- Keputusan ini juga mendapat kritikan dari komuniti Yahudi di AS yang kebanyakannya menyokong Demokrat
- Walau bagaimanapun, penahanan ini tidak mengurangkan kritikan golongan progresif terhadap sokongan Biden kepada Israel

KENYATAAN DUTA:
Duta Israel ke AS yang akan berakhir khidmat, Mike Herzog, memberitahu Axios minggu lalu bahawa Trump dijangka akan membebaskan bom-bom tersebut pada awal penggal pentadbirannya.

Sumber: Axios
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Jan, 22:59


Alhamdulillah kalendar pra tempah anda dah mendarat😍, InsyaAllah kami akan mulakan penghantaran bermula Isnin ini, yang belum dapatkan, dapatkan segera disini, stok terhad, edisi pun terhad😁

=========

ABADIKAN WAJAH-WAJAH TOKOH PEJUANG PALESTIN DENGAN MEMILIKI KALENDAR EDISI KHAS PALESTIN INI!

1- 4 pcs = RM12/satu  (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
5 - 9 pcs = RM10/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
10 - 19 pcs = RM9/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
20 pcs keatas = RM8/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)

Jom tempah segera disini!👇
(STOK AGAK TERHAD)

📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025

Terima kasih,
Raihan Distribution

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Jan, 22:58


Ini adalah amalan yang dilakukan oleh Briged Al-Qassam setiap hari  ketika Taufan Al-Aqsa mengikut dokumentari yang disiarkan oleh Al-Jazeera:

• Zikir pagi
• Solat Dhuha
• Tilawah al-Quran
• Solat Sunat Rawatib
• Zikir petang
• Dua rakaat Qiyamullail
• Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur.

Beserta dengan solat 5 waktu.

Sumber:𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Jan, 22:57


Rumah Putih Trump mengarahkan Pentagon melepaskan embargo yang dikenakan oleh pentadbiran Biden ke atas pembekalan bom seberat 2,000 paun (907 kg) kepada Israel, tiga pegawai Israel memberitahu Axios.

Pegawai Israrl berkata bahawa 1,800 bom MK-84, yang disimpan dalam simpanan di US, akan diletakkan di atas kapal perdagangan dan dihantar ke Israel dalam beberapa hari akan datang.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Jan, 22:56


Puluhan keluarga baring di atas tanah berhampiran paksi Netzarim, menunggu untuk dibenarkan pulang ke rumah mereka di Utara Gaza.

Sumber: Aljazeera Palestin
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Jan, 11:03


𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗔𝗦𝗤𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Sabda Rasulullah SAW:

أوَّلُ هذا الأمر نُبُوةٌ ورحمة، ثم يكون خلافة ورحمة، ثم يكون مُلكًا ورحمة، ثم يتكادمون عليه تكادُمَ الحُمُر، فعليكم بالجهاد، وإنَّ أفضل جهادكم الرباط، وإنَّ افضل رباطكم عسقلان.

“Awal bagi perkara ini (pemerintahan umat Islam) adalah kenabian dan rahmah, kemudian ia akan menjadi kekhalifahan dan rahmah, kemudian ia akan menjadi kerajaan beraja dan rahmah, dan kemudian mereka akan saling merebutnya, seperti keldai-keldai yang saling bertelagah, maka wajib ke atas kamu jihad, dan sebaik-baik jihad kamu adalah ribāth (menjaga perbatasan), dan sebaik-baik ribāth kamu adalah Asqalan.” (HR At-Tabrani)

Asqalan (Askelon) hari ini berada di bawah penjajahan Israel, namun pada zaman dahulu wilayah Asqalan meliputi kawasan yang lebih luas termasuk Gaza.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Jan, 11:02


KENYATAAN MEDIA HAMAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Delegasi kepimpinan Hamas yang diketuai oleh saudara pejuang Muhammad Darwish, Ketua Majlis Kepimpinan, telah bertemu dengan Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Amir Negara Qatar. Pertemuan tersebut membincangkan perkembangan terkini usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Delegasi kepimpinan Hamas, yang turut dianggotai oleh ahli Majlis Kepimpinan dan delegasi rundingan yang diketuai oleh Dr. Khalil Al-Hayya, memuji usaha berterusan yang dilakukan oleh Negara Qatar sejak bermulanya perang. Delegasi itu turut menilai kemajuan yang dicapai dalam beberapa hari terakhir di Doha, sambil menegaskan bahawa keadaan sedang berjalan dengan baik dan Hamas menyambut usaha serta perkembangan ini secara positif.

Gerakan Perjuangan Islam - Hamas

Isnin: 13 Rejab 1446H
Bersamaan: 13 Januari 2025

Sumber: Hamas
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Jan, 07:17


#PromoBajuPalestinRM10 | CLEARANCE SALE: DAPATKAN BAJU MUSLIM DAN MUSLIMAH PALESTIN 100% COTTON HANYA DENGAN RM10 SAHAJA!

📌 UPDATE SAIZ BAJU MUSLIM YANG AVAILABLE:
XS, S, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL

📌 UPDATE SAIZ BAJU MUSLIMAH YANG AVAILABLE:
XS - 5XL

🔥 BELI DISINI👇
https://bit.ly/PromoBajuPalestinRM10
https://bit.ly/PromoBajuPalestinRM10
https://bit.ly/PromoBajuPalestinRM10

Sebarang pertanyaan, hubungi kami disini👇
http://www.wasap.my/60139811406/nakbajupalestinrm10

Terima kasih,
Raihan Distribution

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Jan, 07:17


PRA TEMPAH KALENDAR MEJA MALAYSIA 2025, EDISI KHAS PALESTIN!

🔥Keistimewaan Kalendar Meja Malaysia 2025
(Edisi Khas Palestin)🇵🇸


Kalendar Islamik edisi khas mengandungi tarikh hijri dan masihi

Mengandungi info cuti umum, perayaan dan cuti sekolah Malaysia, info sejarah Islam & Palestin serta tarikh kesyahidan tokoh pejuang pembebasan Palestin

Satu-satunya kalendar Edisi Palestin yang menonjolkan wajah-wajah tokoh perjuangan pembebasan Palestin yang telah syahid

Ruangan nota setiap helaian bulan

Ruangan info & promosi bagi mendapatkan barangan asli Palestin serta platform untuk anda menyumbang kepada rakyat Palestin melalui rakan NGO yang dipercayai

26 helaian bercetak

Harga mampu milik dan boleh dijadikan hadiah termasuk penghantaran

=============

HARGA KALENDAR PRA TEMPAH KAMI

1- 4 pcs = RM12/satu  (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
5 - 9 pcs = RM10/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
10 - 19 pcs = RM9/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
20 pcs keatas = RM8/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)

Terpikat dan nak miliki kalendar kami? Jom tempah segera disini!👇
(STOK AGAK TERHAD)

📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025

Terima kasih,
Raihan Distribution

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Jan, 06:13


Perjanjian itu menyatakan tentera Isr43l akan kekal di koridor Philadelphi dan mengawasi zon penampan sepanjang 800 meter di timur dan utara sempadan bagi fasa pertama selama 42 hari.

Dalam perjanjian itu, Isr43l bersetuju membebaskan 1,000 tebusan P4l3st1n termasuk 190 yang menjalani hukuman penjara 15 tahun dan lebih.

#Isr43l #P4l3st1n #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/01/gencatan-senjata-di-gaza-sedang-dimuktamadkan-pegawai-palestin/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatimes

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

13 Jan, 07:13


Asim Al-Nabih: Sudah menjadi perkara biasa di kalangan kanak-kanak di Gaza bahawa kelajuan roket lebih pantas daripada bunyi sehingga mereka menenangkan diri dengan berkata sesama mereka, "Jangan takut, roket yang membunuh kamu tidak akan kamu dengar."

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

13 Jan, 03:49


Kami menyeru semua pihak untuk memberi tekanan bagi menghentikan serangan ke atas kem pelarian Jenin, menghentikan segala bentuk penyeksaan di dalam penjara pihak berkuasa Palestin (PA) dan berhenti memburu para pejuang.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

13 Jan, 02:45


Pegawai keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) melepaskan peluru RPG ke rumah-rumah rakyat Palestin di kem pelarian Jenin.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 23:32


Kos ekonomi akibat perang berterusan Israel ke atas Gaza mencecah kira-kira 250 bilion shekel ($67.57 bilion) menjelang akhir 2024, menurut laporan, lapor Agensi Anadolu.

Akhbar perniagaan Israel, Calcalist, pada Jumaat mendedahkan angka tersebut berdasarkan anggaran Bank of Israel yang merangkumi perbelanjaan ketenteraan langsung, perbelanjaan awam, dan kerugian hasil, tetapi tidak termasuk kesan kewangan secara keseluruhan.

Sumber: Middle East Monitor
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 23:31


Dua rakyat Palestin syahid dan yang lain cedera berikutan serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Al-Shuja'iyya, timur Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 11:21


𝗗𝗢𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗭𝗔𝗟𝗜𝗠𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛

Dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW mengutus Mu'az bin Jabal ke Yaman, lalu Baginda bersabda:

اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ.

"Hati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada penghalang antara doanya dengan Allah."
(HR Al-Bukhari)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 03:20


نتنياهو لم يقرر بعد.. 
הכל תלוי בנתניהו , והוא עוד לא החליט..
Netanyahu has not decided yet..

#الوقت_ينفد
#הזמן_אוזל
#Time_Is_Running_Out

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 03:09


Inilah adalah Gaza yang perlu sentiasa diingati, di mana setiap hari adalah 'neraka' hasil tajaan keganasan AS.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:13


Tujuh penempatan haram telah didirikan oleh kumpulan pendatang haram di Tebing Barat yang dijajah.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:13


Aktivis berkumpul di pusat bandar Manchester untuk menyokong rakyat Palestin dan menentang pembunuhan beramai-ramai pengganas Israel.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:12


Kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet menganggarkan jumlah kematian di Gaza sepanjang sembilan bulan pertama perang brutal Israel adalah 40% lebih tinggi berbanding angka yang dilaporkan oleh kementerian kesihatan wilayah Palestin tersebut.

Perbezaan ini disebabkan oleh sistem kesihatan yang terlalu terbeban, rangkaian komunikasi yang terputus, dan akses terhad ke kawasan terjejas semasa perang.

Berdasarkan data daripada kementerian, tinjauan dalam talian, dan ucapan takziah di media sosial, para penyelidik menganggarkan 64,260 orang meninggal dunia akibat kecederaan traumatik sehingga 30 Jun 2024.

Anggaran ini mewakili kira-kira 2.9% daripada populasi Gaza sebelum perang, atau satu daripada setiap 35 penduduk.

Kajian ini turut menonjolkan bahawa wanita, kanak-kanak, dan warga emas merangkumi 59% daripada jumlah kematian yang didokumentasikan, sementara angka ini tidak termasuk kematian akibat kekurangan makanan, perkhidmatan kesihatan, atau yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

Sumber: TRT World
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:11


Keceluparan Manusia dan Kuasa Allah
=====
1. Ketika memberikan ancaman kepada P dalam isu tawanan, Presiden Amerika dengan angkuhnya memberikan ancaman kepada P bahawa “all hell will break out” sekiranya pihak P tidak bekerjasama. Tidak lama selepas itu, kita dikejutkan dengan berita “hell” yang lebih menakutkan yang melanda Los Angeles.

2. Menurut BBC, sehingga kini, seramai 155000 diarahkan keluar dari kawasan penempatan mereka manakala 160,000 berisiko sama. Jumlah kemusnahan di Los Angeles dianggarkan sekitar 150 bilion dolar, jauh lebih besar dari jumlah untuk membangunkan semula P yang dianggarkan sekitar 18 bilion seperti yang dianggarkan oleh pihak World Bank.

3.  Sebahagian pengulas melihat keceluparan Trump memberikan amaran bala kepada orang lain ini memakan diri. Ada yang melihat bahawa api yang marak dan angin yang bertiup itu sebagai bala tentera Allah yang tidak terlihat. Firman Allah:

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ

“dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan ingatlah, neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.” (Surah al-Muddathir)

4. al-Quran mengajak manusia merenungi fenomena kejadian yang berlaku disekeliling mereka. Dalam al-Quran, Allah mendidik Muslim agar menjadikan sesuatu musibah yang berlaku itu sebagai ruang untuk kembali kepada Allah. Firman Allah:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ * فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ

“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul kepada umat yang dahulu, maka Kami uji mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). Maka alangkah baiknya andai mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras.

5. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, segala musibah adalah ruang dan masa untuk hamba itu bermuhasabah. Kata beliau:

فالله يبتلي عبده ليسمع تضرعه ودعاءه والشكوى إليه

“Maka Allah menguji hambaNya untuk mendengar tunduk dan patuhnya hamba itu kepada Tuhannya, agar mereka berdoa dan mengadu kepada Allah.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
t.me/drahmadsanusiazmi

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:10


Briged Al-Qassam: Sebahagian besar tahanan Israel yang berada dalam kawasan Briged Utara Gaza kini dikategorikan sebagai hilang akibat serangan rejim Zionis. Tanggungjawab penuh atas situasi ini diletakkan ke atas Netanyahu dan tenteranya.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

12 Jan, 02:10


Rakaman menunjukkan kemusnahan meluas dan bangunan kediaman diratakan di kem pelarian Jabalia yang dilakukan oleh tentera pengganas Israel semasa rancangan penghapusan berterusan mereka di utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

11 Jan, 13:38


PRA TEMPAH KALENDAR MEJA MALAYSIA 2025, EDISI KHAS PALESTIN!

🔥Keistimewaan Kalendar Meja Malaysia 2025
(Edisi Khas Palestin)🇵🇸


Kalendar Islamik edisi khas mengandungi tarikh hijri dan masihi

Mengandungi info cuti umum, perayaan dan cuti sekolah Malaysia, info sejarah Islam & Palestin serta tarikh kesyahidan tokoh pejuang pembebasan Palestin

Satu-satunya kalendar Edisi Palestin yang menonjolkan wajah-wajah tokoh perjuangan pembebasan Palestin yang telah syahid

Ruangan nota setiap helaian bulan

Ruangan info & promosi bagi mendapatkan barangan asli Palestin serta platform untuk anda menyumbang kepada rakyat Palestin melalui rakan NGO yang dipercayai

26 helaian bercetak

Harga mampu milik dan boleh dijadikan hadiah termasuk penghantaran

=============

HARGA KALENDAR PRA TEMPAH KAMI

1- 4 pcs = RM12/satu  (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
5 - 9 pcs = RM10/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
10 - 19 pcs = RM9/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)
20 pcs keatas = RM8/satu (Termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia sahaja)

Terpikat dan nak miliki kalendar kami? Jom tempah segera disini!👇
(STOK AGAK TERHAD)

📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025
📌https://bit.ly/PraTempahKalendarEdisiKhasPalestin2025

Terima kasih,
Raihan Distribution

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Jan, 09:19


PA Minta AS Luluskan $680 Juta untuk Latihan Pasukan Khas dan Bekalan Senjata

Pihak Berkuasa Palestin Palestinian Authority (PA) meminta Amerika Syarikat untuk meluluskan rancangan bernilai $680 juta bagi mempertingkatkan latihan pasukan khas serta memperkukuh bekalan peluru dan kenderaan berperisai, menurut sumber Amerika dan sumber dekat PA yang mendedahkannya kepada Middle East Eye (MEE).

Permintaan ini dibuat pada pertengahan Disember dalam satu mesyuarat dengan pegawai keselamatan AS di Kementerian Dalam Negeri PA di Ramallah.

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Jan, 04:40


Sebarkan video lirik HMAS di Tiktok

https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/
https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/
https://vt.tiktok.com/ZS65DLVcr/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Jan, 03:13


Buat pertama kalinya, rakaman video menunjukkan adegan dari awal pencerobohan darat Israel di Kem Pelarian Al-Shati di Gaza diterbitkan.

Rakaman itu mendedahkan bahawa tentera pengganas Israel melancarkan serangan hendap menyasarkan orang awam yang cuba membantu orang lain, membunuh mereka serta-merta.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Jan, 03:11


Doktor untuk Hak Asasi Manusia: Tentera menghalang pertemuan Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safiya dengan peguamnya dan menolak untuk mendedahkan lokasi beliau selepas 11 hari ditahan.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

07 Jan, 03:11


Erdoğan: Kami berharap dapat mencapai gencatan senjata di Gaza dalam masa terdekat. Seperti mana keimanan dan kesabaran mengatasi rejim Assad di Syria, negara Palestin pasti akan melihat cahaya kemenangan.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

06 Jan, 23:22


Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah:

Sekali lagi, para pejuang gagah di Tebing Barat membuktikan bahawa mereka berada di tengah-tengah pertempuran Tuufan al-Aqsa. Segala taruhan untuk melemahkan mereka atau memaksa mereka berhenti menyokong Gaza oleh pihak penjajah dan para sekutunya telah ditakdirkan gagal sejak awal.

Musuh harus sedar bahawa selagi mereka meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat, mereka akan membayar harga yang mahal dengan darah tentera dan perampas mereka. Mereka tidak akan menikmati keamanan selagi rakyat kami tidak menikmatinya.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

06 Jan, 23:22


Yayasan Hind Rajab mengambil tindakan undang-undang terhadap tentera penjajah di mana sahaja mereka pergi. Yayasan itu telah mengemukakan permohonan untuk menangkap 1,000 tentera Israel yang memiliki dua kewarganegaraan di lapan negara termasuk Sepanyol, Ireland dan Afrika Selatan.

Sumber: Meem Magazine
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

06 Jan, 23:21


𝗗𝗢𝗔 𝗤𝗨𝗡𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”
(HR Muslim)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

06 Jan, 06:34


Syarikat penyedia internet, Hadara, mengharamkan Al Jazeera, dengan keputusan Pihak Berkuasa Palestin.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

06 Jan, 06:33


Bayi Palestin kelapan telah meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Semenanjung Gaza sejak permulaan musim sejuk, bersama-sama dengan kekurangan bekalan yang diperlukan dan tempat perlindungan yang selamat di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan, menurut Al Jazeera.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Jan, 23:14


𝗗𝗢𝗔 𝗤𝗨𝗡𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”
(HR Muslim)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Jan, 23:13


Pada tahun 2024, pengganas Israel telah memusnahkan 815 masjid dan merosakkan sebahagian daripada 151 masjid lagi, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin.

Sumber: Buletin TV3
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Jan, 15:38


Kementerian Perhubungan Palestin di Ramallah memutuskan untuk melarang media tempatan daripada menyiarkan semula dan melaporkan daripada laman web dan stesen TV yang dikaitkan dengan rangkaian media Al Jazeera.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Jan, 15:37


Dalam video yang disiarkan oleh Briged Al-Qassam, tahanan askar rejim penjajah, Liri Albaj, menyampaikan mesej kepada kerajaan penjajah:

"Semua ini disebabkan oleh tentera dan kerajaan. Darah saya ada di tangan mereka. Israel mahu membunuh kami. Bagaimana mungkin hidup di bawah pengeboman gila setiap hari di tempat yang tiada perlindungan! Jika saya mati, ingatlah saya. Tuliskan di kubur saya."

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

05 Jan, 13:36


Slogan "Israel Pengganas" dilaungkan dalam satu demonstrasi besar-besaran berlangsung di ibu kota Korea Selatan bagi mengecam jenayah penjajah.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Jan, 14:35


TEL AVIV

Seorang wartawan dari akhbar Haaretz Israel mengatakan bahawa 8 ahli Knesset mendesak Menteri Pertahanan untuk mengeluarkan arahan untuk memusnahkan sumber air, makanan dan tenaga di utara Gaza.

Mereka juga meminta tentera untuk membersihkan kawasan tersebut daripada penduduk, menggunakan pengepungan, memusnahkan infrastruktur dan membunuh sesiapa yang tidak mengibarkan bendera putih.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Jan, 14:34


“Semenanjung Gaza berdepan kelaparan dan kesejukan"...

15 bulan Gaza berada di bawah penindasan pembantaian etnik yang dilakukan oleh penjajahan zalim.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Jan, 07:38


Mahukah kita lihat kemenangan seperti ini?

Laungan Labbaika ya Aqsa!
Labbaika ya Quds!
Laungan takbir dan tahmid bergema di setiap pintu bersejarah Al Quds!

Masjid Aqsa dapat dinikmati sepenuhnya dan kita dapat beribadah di dalamnya tanpa sekatan.

Mari bersama teguh dalam perjuangan pembebasan Palestin untuk melihat visi ini terjadi.

Subhanallah

Palestin Dihatiku

t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Jan, 07:37


Pejuang Yang Dihukum Penjara 5200 Tahun! (Bahagian 2)

Detik inilah bermulanya perjuangan Abdullah bersama Palestin. Saudara beliau, Bilal Barghouti (al-Qassam) telah merekrut Abdullah untuk turut serta dalam Saf al-Qassam.

Satu tindakan yang amat tepat.

Abdullah akhirnya bergabung bersama al-Qassam.

Kerelaan Abdullah untuk sertai al-Qassam telah memberi cahaya yang bersinar setelah gerakan untuk dirundung kesedihan akibat kehilangan pahlawan mereka; Yahya Ayyash.

Sejarah menyaksikan, antara tahun 2000-2003, adalah satu fasa yang amat perit dan getir bagi penjajah.

Unit Kajian Strategik
Dunia Palestin Network

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

04 Jan, 03:51


Dalam keadaan dunia Arab dan Islam berdiam diri dan tidak berdaya, lebih daripada 2556 pendatang haram Israel menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa semasa Hari Raya Cahaya Hanukkah.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

29 Dec, 07:41


Seorang tukang kasut di Bandar Gaza terus membaiki kasut sementara Israel masih meneruskan larangan mengimport kasut baharu ke Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

29 Dec, 04:54


Gambaran karikatur mengenai Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya, sebelum beliau ditahan.

Kredit: Mahmoud Abbas
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

28 Dec, 23:33


Seperti yang berlaku kepada Shireen Abu Akleh, pasukan Pihak Berkuasa Palestin (PA) meragut nyawa wartawan Shatha al-Sabbagh, saudara perempuan kepada Asy-syahid Motasem al-Sabbagh, di kem pelarian Jenin dalam sebuah tragedi yang tragis.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

28 Dec, 23:33


Yedioth Ahronoth: Tentera Israel menggunakan kenderaan pengangkut tentera lama dan beratus tan bahan letupan untuk memusnahkan rumah-rumah di utara Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

28 Dec, 23:31


Wartawan Palestin, Shaza al-Sabbagh ditembak mati oleh pasukan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Jenin, Tebing Barat yang dijajah. Beliau ditembak di kepala semasa sedang menggendong bayi.

Sumber: DOAM
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

28 Dec, 23:31


Abu Akar: Kata-kata paling pedih yang diucapkan oleh wanita-wanita mulia Gaza:

"Mereka memaksa kami menanggalkan pakaian kami. Wahai umat Muhammad, wahai para pendukung kemanusiaan, semoga Allah tidak mengampuni kamu dan tidak memaafkan kamu atas pengkhianatan kamu terhadap kami."

Sumber: Meem Magazine
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Dec, 08:41


Setelah bertahun-tahun diuji dengan perang saudara, Syria kini bebas dari cengkaman rejim Assad dan berusaha untuk bina masa depan baharu.

Mampukah Syria bangkit dan bertahan?

Nantikan kupasannya bersama Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni & Aktivis Kemanusiaan, Ahmad Nu'man Mazlandi Garis Krisis jam 8.30 malam Sabtu ini.

#SyriaBangkit #HarapanUntukSyria
#Perpaduan

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Dec, 02:51


“Siapa yang menjumpai kad pengenalan ini, gunakan wang untuk diberikan kepada orang miskin, ini adalah amanah."

Ini adalah wasiat yang ditemukan di poket Omar Hamdouna yang gugur syahid akibat serangan penjajah di Beit Lahia, utara Gaza.

Sumber: Shehab Agency
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 22:56


𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗨𝗟𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗬𝗨 𝗔𝗣𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗚𝗔𝗭𝗔

Kelab Perwira Malaysia sekali lagi memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan dengan menyampaikan bantuan kayu api melalui Kempen Bantuan Musim Salju (BMS). Menerusi Projek Bantuan Kayu Api, sebanyak 100 ikat kayu api  telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Utara Gaza pada 14 Disember 2024. Bantuan ini bertujuan meringankan beban keluarga di kawasan tersebut yang memerlukan bahan bakar untuk menghadapi musim sejuk yang mencabar.

Dengan sumbangan ini, seramai 500 orang penerima manfaat daripada 100 buah keluarga telah menerima keperluan asas ini untuk memastikan mereka dapat kekal hangat dan selesa. Kejayaan ini menunjukkan kesatuan rakyat Malaysia dalam membantu komuniti antarabangsa yang memerlukan, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen Kelab Perwira Malaysia dalam membawa sinar harapan kepada golongan yang berdepan kesukaran.

Sumber: Kelab Perwira Malaysia

❄️ 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/bantuanmusimsalju2024

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 22:45


𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Musim Salju di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dalam bencana akibat pencerobohan penjajah Israel.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

❄️ 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/bantuanmusimsalju2024

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 15:45


Keluarga tahanan Israel dalam surat kepada Netanyahu: Terdapat pelbagai petunjuk yang menunjukkan bahawa anda sedang berusaha menggagalkan rundingan dengan Hamas.

Menolak untuk mengakhiri peperangan bermakna mengorbankan tebusan dan mengurangkan peluang mereka untuk kembali hidup.

Kami akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung jika anda terus mengabaikan orang tersayang kami.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 13:07


Di Gaza, rakyat Palestin bukan sahaja kehilangan nyawa akibat serangan bom Israel, tetapi juga akibat kezaliman yang menafikan hak asasi mereka — makanan, tempat tinggal, dan kehangatan.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, tiga bayi yang baru lahir menjadi mangsa kesejukan, nyawa mereka terhenti akibat kekejaman yang tiada batasan.

Sumber: TRT World
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 07:19


Dengan menggunakan nama palsu dan merahsiakan identiti mereka, dua bekas ejen bersara Mossad itu memilih program ’60 Minutes’ terbitan CBS News, untuk berkongsi kronologi operasi bertahun-tahun itu dengan bermula bagaimana mereka membina peranti tersebut hinggalah ia tiba ke tangan H3zb0ll4h.

#h3zb0ll4h #Isr43l #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2024/12/ejen-mossad-dedah-kisah-pembunuhan-hezbollah-menerusi-pager-buatan-israel/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatimes

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 06:16


Pengarah Kesihatan Gaza: Dunia telah terbiasa dengan pemandangan tragis di wilayah tersebut. 10% daripada penduduk Gaza telah syahid, cedera atau hilang.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

26 Dec, 06:16


Menteri Pertahanan Israel dari kawasan Philadelphi: Kawalan keselamatan ke atas Gaza akan kekal di tangan tentera Israel. Kami akan memastikan kewujudan zon penampan dan kawasan kawalan di Gaza dan kami bekerja untuk membebaskan tahanan dan mengalahkan Hamas.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 22:35


Ahli tentera rejim melaporkan kepada akhbar Maariv,  Hanan Steinheart membandingkan serangan pada 7 Oktober 2023 dengan Serangan Tet yang berlaku di Vietnam pada 30 Januari 1968.

Dia menjelaskan bahawa serangan 7 Oktober itu mengejutkan dengan serangan besar-besaran ke atas banyak kampung, bandar, dan pangkalan tentera menyebabkan pihak sasaran iaitu Israel tidak bersedia.

Walaupun Israel terkejut pada mulanya, mereka berjaya “menghalau” penyerang selepas beberapa hari sehingga menyebabkan kerugian besar kepada mereka.

Steinheart memberi amaran kepada Israel bahawa, walaupun serangan tersebut berjaya secara taktikal, mereka mungkin akan menghadapi akibat buruk dalam jangka panjang jika tidak mengambil langkah politik yang serius untuk menyelesaikan konflik.

Ini juga berisiko menyebabkan Israel kehilangan sokongan Barat dan memberi kesan besar kepada politik, keselamatan dan ekonomi entiti tersebut.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 22:35


Ketua Bahagian Kanak-kanak dan Kelahiran di Hospital Nasser, Khan Younis, Ahmad Al-Farra: Terdapat peningkatan besar dalam bilangan bayi pramatang akibat serangan berterusan pengganas Israel.Hanya 20% daripada unit penjagaan bayi di Gaza yang berfungsi.

Beberapa bayi pramatang meninggal dunia akibat kekurangan peralatan perubatan, terutamanya mesin ventilator. Kadangkala, doktor terpaksa memilih antara kes-kes untuk menyelamatkan nyawa bayi. Terdapat kekurangan lampin bayi.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 22:35


Pemimpin Hamas, Haroun Nasseruddin menyeru untuk menentang serangan pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa dan di seluruh Tebing Barat.

Beliau berkata, serangan yang berlaku sempena Hari Hanukkah adalah sebahagian daripada jenayah berterusan yang dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka.

Nasseruddin menegaskan pentingnya menentang serangan pendatang yang semakin meningkat di Al-Aqsa dan menggagalkan rancangan Yahudi untuk menguasai kota Al-Quds.

Beliau memberi amaran mengenai penyalahgunaan perayaan-perayaan Yahudi oleh kerajaan penjajah dan pendatang untuk mencapai matlamat penempatan mereka, sambil dunia berdiam diri.

Beliau juga menyeru untuk lebih banyak penyatuan di Al-Aqsa dan untuk menyokong perjuangan perlawanan Palestin, terutama ketika perang pemusnahan di Gaza masih berterusan selepas lebih 14 bulan.

Sumber: Hamas
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 22:34


Kesan kemusnahan yang ditinggalkan oleh tentera penjajah semasa serangan mereka ke atas Kem Balata di Nablus.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 22:34


Mayat Pasangan Palestin Ditemui di Gaza

Mayat seorang lelaki Palestin, Ahmed Hamdan dan isterinya telah ditemui di bawah runtuhan rumah mereka yang musnah akibat serangan udara Israel di Bandar Gaza setahun lalu. Penemuan tragis ini menyerlahkan kesan berpanjangan pengeboman terhadap orang awam dan usaha berterusan untuk mencari mangsa.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 06:30


Menteri Luar Negeri Israel: Saya telah meminta Ketua Majlis Keselamatan untuk mengadakan sesi tergempar bagi mengutuk serangan oleh Houthi dan sokongan berterusan Iran kepada mereka.

Houthi terus menyerang Israel, mengancam kebebasan pelayaran dan perdagangan serta menjadi ancaman kepada wilayah dan dunia keseluruhannya.

Tindakan permusuhan Houthi merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, resolusi Majlis Keselamatan, dan ancaman kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 06:29


Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) terus mengejar pejuang-pejuang di Kem Pelarian Jenin untuk hari ke-19 berturut-turut, sementara penjajah dan pendatang haram Zionis terus melakukan kemusnahan.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 06:28


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza: Tom Fletcher, Wakil Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan menggambarkan Gaza sebagai: Tempat paling berbahaya untuk memberi bantuan kemanusiaan. Beliau menegaskan bahawa hampir mustahil untuk menghantar walaupun sebahagian kecil daripada bantuan yang diperlukan.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

25 Dec, 00:43


Washington Post memetik jurucakap Majlis Pelarian Norway: Kami berdepan dengan entiti Israel yang beroperasi tanpa sebarang kawalan. Hampir setiap rumah di kawasan Al-Bustan, Baitulmaqdis terancam untuk dirobohkan.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

24 Dec, 23:03


Palestin berani cabar penjajahan: Seorang rakyat Palestin mengibarkan bendera Palestin di kem Tulkarm meskipun dikenakan sekatan ketat dan kehadiran kenderaan tentera Israel di jalan-jalan kem tersebut.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 15:33


Rusia mengumumkan bahawa Assad berundur dan meninggalkan Syria selepas rundingan dengan pihak yang berkonflik, mendakwa Assad memberi arahan untuk peralihan kuasa secara aman.

Sumber: Anadolu Agency
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 11:10


𝗚𝗛𝗨𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗠𝗦𝗬𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗠 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

Daripada Abu Darda RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ فُسطاطَ المسلمين ، يومَ الملحمةِ ، بالغُوطةِ إلى جانبِ مدينةٍ يُقالُ لها : دمشقُ ، من خيرِ مدائنِ الشَّامِ

"Sesungguhnya perkhemahan umat Islam pada hari peperangan terbesar adalah di Ghutah (di Syria), di samping kota yang bernama Damsyik, yang merupakan antara kota terbaik di Syam." (HR Abu Daud)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:22


Kunci Pembebasan Palestin Adalah Dengan Kebangkitan Syria Dan Sekitarnya! InsyaAllah Kemenangan Semakin Hampir💪

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:21


Ahmad al-Auda, komander Bilik Operasi Selatan dalam satu kenyataan berkata bahawa pasukannya telah tiba di ibu negara Damsyik dan sedang bekerja dengan segera untuk menjalankan misi diplomatik.

Beliau menegaskan bahawa telah menunaikan amanahnya di hadapan Allah dan akan meninggalkan Syria untuk rakyatnya yang bebas.

Beliau juga menyeru untuk menyatukan usaha-usaha revolusi di secara koordinasi dengan pimpinan pusat bagi memastikan hak semua pihak dihormati tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Sumber: Sham News Network
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:20


TIDAK TERKIRA SAYANGNYA PADA KUCING

Seorang rakyat Gaza berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan akibat serangan Israel di Kem Nusseirat, Tengah Gaza

Beliau memeluk seekor Kucing sebelum serangan itu berlaku mengena rumahnya

Kucing itu tidak mahu meninggalkan sisinya di saat dia menerima rawatan kesihatan.

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:19


Pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di sekitar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:18


Hari ini merupakan ulang tahun ke-37 Intifada Palestin Pertama, dikenali sebagai "Intifada Batu," yang bermula di kem pelarian Jabalia di utara Gaza sebelum merebak ke bandar-bandar di seluruh Palestin.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:18


Pengikat kepala Al-Qassam dilihat dalam Masjid Khalid Al-Walid di Homs selepas dibebaskan oleh pejuang revolusi Syria.

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:17


Anggota-anggota Pentadbiran Keselamatan Awam dikerahkan di bandar Aleppo untuk memastikan keselamatan dan perlindungan bandar tersebut.

Sumber: KDN Kerajaan Penyelamat Syria
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 10:14


Mejar Jeneral Fayez al-Dweiri: Syria menang, rakyat Syria menang, maruah menang, tahniah Syria dan Assad ke dalam tong sampah sejarah.

Sumber: Meem Magazine
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 07:53


Pemikir Arab Dr. Azmi Bishara:

📌 Rakyat Syria berjaya mendapatkan kembali negara mereka setelah bersabar.
📌 Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Syria atas kemenangan bersejarah yang telah dicapai.
📌 Syria tidak dibebaskan oleh pihak luar, rakyat Syria yang membebaskan tanah air mereka.
📌 Golongan elit harus bekerja untuk membina negara demokrasi yang jauh dari dendam dan balas dendam.
📌 Rakyat Syria mampu membina masa depan yang cerah di Syria.
📌 Harus memanfaatkan institusi negara dan bekerja untuk memperbaikinya.
📌 Semua asas telah ada untuk membina Syria yang demokratik dan merdeka.
📌 Rakyat Syria telah mengambil pengajaran daripada pengalaman pahit selama ini.
📌 Satu-satunya penyelesaian yang berguna adalah bekerja untuk membina institusi yang dapat memimpin Syria.

Sumber: TV Syria
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 07:52


Ahmed Al-Sharaa, Ketua Komander Jabatan Operasi menyampaikan mesej kepada pejuang revolusi Syria:

Berdoalah kepada Allah. Bersyukur dan masuklah Damsyik dengan rendah hati.

Sumber: Al Jazeera
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 07:51


📌 Hari ini, rakyat Syria menutup lembaran hitam dalam sejarah dengan kejatuhan rejim Assad menandakan berakhirnya era penindasan dan permulaan era baru menuju kebebasan, maruah dan keadilan.

📌 Detik bersejarah ini membuka peluang untuk membina sebuah negara berdasarkan undang-undang dan demokrasi yang melindungi hak asasi manusia serta menjamin kesaksamaan dan keadilan untuk semua warganya.

📌 Kerajaan sementara mengucapkan tahniah kepada rakyat Syria atas pencapaian ini menyeru masyarakat antarabangsa menyokong rakyat Syria pada saat genting ini demi memastikan keadilan peralihan dan mendakwa pelaku jenayah.

📌 Syria baharu memerlukan komitmen terhadap prinsip demokrasi dan kepelbagaian untuk merealisasikan kehidupan bermaruah bagi semua rakyatnya.

📌 Kehendak rakyat Syria telah menang dan kami berada di ambang masa depan cerah di mana tanah air akan makmur dengan kebebasan dan keadilan, menjadi mercu tanda di rantau ini dan dunia.

Sumber: Syria News Agency
Ikuti Suara Syria t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Dec, 07:51


Ketua Gabungan Kebangsaan bagi Pasukan Revolusi Syria:

- Al-Assad melarikan diri dari Damsyik pada tengah malam untuk melarikan diri dari jenayahnya, dan anggota pembangkang bersenjata dikerahkan untuk menjaga keselamatan.

- Sesiapa yang tidak membawa senjata di Syria selamat, dan saya meminta rakyat untuk tinggal di rumah mereka sehingga keselamatan ditetapkan.

- Anggota Pengawal Republik dan askar rejim melarikan diri dari kedudukan mereka, dan kami tidak akan menerima penghinaan mana-mana rakyat Syria.

- Kami menantikan kepulangan pekerja ke jabatan mereka selepas keselamatan kembali ke Damsyik.

- Saya berkata kepada pelarian dan orang yang terlantar, Syria memerlukan anda, dan anda akan kembali tidak lama lagi untuk meraikan bersama.

- Rakyat menang dan kezaliman dikalahkan.

- Kami memantau pelarian pemimpin perkhidmatan keselamatan, dan hanya beberapa pertempuran berlaku semasa kemasukan pejuang revolusi ke Damsyik.

- Revolusi kita adalah revolusi kebanggaan dan maruah, bukan dendam.

- Kami sedang mencari peralihan kuasa yang lancar, tetapi Assad yang zalim memutuskan untuk melarikan diri untuk melarikan diri dari jenayahnya.

- Kami akan berusaha untuk bertemu dengan negara jiran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk bersetuju mengenai langkah-langkah untuk peringkat seterusnya.

- Kami tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negara jiran. Kami berusaha untuk membina Syria baharu dan mematuhi perjanjian antarabangsa.

- Kami mahu Syria menjadi sebuah negara bersatu, dan saya merayu saudara-saudara Kurdish kami untuk melepaskan diri daripada mana-mana organisasi asing.

- Tidak ada tempat untuk berpuak-puak di Syria baharu, dan sesiapa yang melakukan jenayah akan dihukum mengikut undang-undang.

(Sumber: Al Jazeera Mubasher)

Kredit: Syria News Agency
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 03:58


Wartawan Perancis yang merupakan seorang pro-Palestin, Marine Vlahovic terbunuh di rumahnya di Marseille, Perancis, selepas membuat dokumentari tentang kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Sumber: Quds News Network

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 02:55


Menteri Keselamatan Isr4el menyifatkan laungan azan di Masjid Al-Aqsa satu gangguan kepada penduduk haram Isr4el dan melarang untuk azan dilaungkan di Masjid Al-Aqsa.

Sumber: X Itamar Ben-Gvir
Aman Palestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 02:45


Kenderaan pengangkut tentera terbakar selepas diserang oleh pihak perlawanan semasa pertempuran di Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 02:44


SYRIA: BACAAN AWAL

1. Isu Syria agak rumit untuk difahami. Bukan isu terbaru ini sahaja, bahkan sejak dari berlakunya Arab Spring lagi. Kumpulan mujahidinnya banyak, campur tangan luar secara langsung juga berlaku. Kerumitan itu boleh difahami di antaranya dari rumitnya memahami pendirian Syeikh al-Bouti dalam pernyaannya tentang revolusi di Syria.

2. Bacaan awal kebangkitan kali ini yang boleh saya kongsikan (sekadar bacaan awal sahaja, masih banyak yang perlu diperhatikan) adalah seperti berikut:

i. Kebangkitan kali ini pemain utamanya adalah warga Syria yang dihalau dari penempatan mereka ketika Arab Spring. Mereka tinggal di perkhemahan dan sepanjang belasan tahun membina kekuatan persenjataan mereka di perkhemahan.

ii. Mereka menunggu masa sesuai untuk kembali ke penempatan asal mereka (itu adalah tuntutan asal mereka). Bacaan mereka sekarang adalah masa yang sesuai kerana Iran dan Russia mula memperlahankan sokongan mereka terhadap Basyar selepas ada ura-ura Syria juga mungkin terlibat dalam proses normalisasi dengan Israel.

iii. Turki masuk dan mencadangkan kepada rejim Syria agar berdamai dan memberikan hak kepada warga Syria yang duduk di perkhemahan untuk kembali ke penempatan mereka.

iv. Iran pula mencadangkan agar rejim Syria menentang dan memusnahkan warga Syria tersebut. Russia mungkin bersama Iran.

v. Rejim Basyar amat perlu kepada bantuan Iran dan sekutunya (Hizbullah dan lain-lain). Tanpa bantuan Iran dan sekutu, dijangkakan rejim Basyar boleh jatuh.

vi. Tabiat Syria yang dipenuhi dengan pelbagai kumpulan mujahidin termasuklah Daesh akan menjadikan keadaan lebih parah jika mereka bertindak melibatkan diri dalam konflik terbaru.

3. Mari ikuti isu ini dengan rapat dan fikirkan apa sumbangan yang boleh kita di Malaysia mainkan.

Moga Allah menyelamatkan bumi Syams dari kemusnahan.

Wallahul Musta'an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
t.me/fauziasmuni

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 02:44


Seorang warga Palestin mendirikan khemah di atas runtuhan rumahnya yang musnah berikutan serangan udara Israel yang menyasarkan Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

03 Dec, 02:43


Gerakan Pembebasan Nasional Palestin (Fatah) mengumumkan pada Ahad bahawa mereka sedang mengadakan perbincangan di Kaherah dengan Hamas mengenai cadangan Mesir berkaitan pembukaan semula lintasan Rafah.

“Fatah bersungguh-sungguh untuk segera mengakhiri perang Israel di Jalur Gaza, mempercepat penghantaran bantuan dan memulakan usaha pembinaan semula,” kata pegawai Fatah, Abdullah Abdullah, kepada Anadolu.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/3252/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

01 Dec, 13:04


Empat jenazah berjaya dikeluarkan bersama beberapa orang yang cedera selepas serangan udara oleh pesawat perang penjajah Zionis yang menyasarkan sebuah rumah keluarga Kahil di belakang Kompleks Lulu di Jalan Asy-Syuhada, kawasan Rimal, barat Bandar Gaza.

Sumber: Shehab News / MyAD

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

01 Dec, 13:04


Dr. Munir al-Borsh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, melaporlan kepada Al-Jazeera:

⭕️ Senjata yang belum pernah dilihat sebelum ini digunakan oleh tentera penjajah Zionis, menjatuhkan bom tangan dengan bunyi yang amat menakutkan. Apabila orang awam berada lebih kurang 200-300 meter dari kawasan berkenaan, kesemua daripada mereka dibunuh.

⭕️ Genosid di utara Gaza tidak dapat kami laporkan secara rasmi kerana penjajah Zionis mengebom blok kediaman, membunuh semua penduduk yang berada di situ dan kami hanya mengetahui kejadian tersebut selepas beberapa hari.

⭕️ Penjajah Zionis menggunakan senjata yang menyasarkan bangunan kediaman, menghancurkan bangunan menjadi serpihan kecil dan runtuhan. Kami amat memerlukan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa untuk membongkar jenayah yang dilakukan penjajah Zionis terhadap penduduk Palestin.

Sumber: Quds News Network

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

30 Nov, 11:52


Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam ucapannya di "Persidangan Antarabangsa Solidariti Bersama Palestin" yang berlangsung di Caracas, Maduro menegaskan bahawa negaranya akan terus menyokong perjuangan Palestin dengan sepenuh komitmen.

"Jika kita menilai sebab-sebab perjuangan sejak abad lalu untuk mencipta dunia yang adil, perjuangan rakyat Palestin adalah yang paling adil untuk kemanusiaan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

29 Nov, 06:49


Gerakan Hamas: Jadikan hari Jumaat dan Sabtu, 29-30 November dan Ahad, 1 Disember menjadi hari perpaduan global, untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

28 Nov, 04:41


“Kami rindu sekolah, kami rindu taman permainan.”

Luahan hati dan kesedihan kanak-kanak Palestin atas apa yang berlaku di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 12:03


DUNIA YANG TIDAK BERNILAI

Daripada Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

"Seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah seperti sayap seekor nyamuk, maka Allah tidak akan memberi orang kafir minum seteguk air pun daripadanya." (HR Al-Tirmizi)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 05:35


𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗨𝗛 𝗟𝗢𝗕𝗜 𝗭𝗜𝗢𝗡𝗜𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔

Sertai Webinar Pengaruh Lobi Zionis di Peringkat Antarabangsa  anjuran Dunia Palestin yang akan membongkar mengapa Yahudi Zionis memfokuskan usaha lobi mereka kepada golongan elit di Amerika Syarikat dan Britain.

Berdasarkan analisis daripada buku Lobbying for Zionism on Both Sides of the Atlantic oleh Ilan Pappe, webinar ini akan mengupas strategi, taktik, dan kesan lobi Zionis terhadap dasar luar kuasa besar dunia serta impaknya terhadap dunia.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami kerangka sebenar pertembungan Palestin dan Israel.

Tarikh: 29 November 2024 | Jumaat
Masa: 9.30 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet

Pembentang:

𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘀𝘆𝗿𝗮𝗳 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗶𝗾𝘂𝗲
- Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute
- Penganalisis Strategi & Keselamatan Antarabangsa

Daftar segera di sini:
bit.ly/duniapalestin015

Anjuran: Unit Kajian Strategik
Dunia Palestin Network

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 03:32


Pasukan pejuang Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.

Dalam wawancara dengan Reuters pada Selasa, pegawai kanan Hezbollah, Hassan Fadlallah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya sekalipun selepas perjanjian gencatan senjata dicapai.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/3150/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 02:04


Yair Lapid, Ketua Pembangkang Israel:

Kerajaan Israel terburu-buru untuk menghentikan serangan dan gagal mengubah kemenangan ketenteraan kepada pencapaian politik. Sebarang perjanjian dengan Hizbullah tidak akan menghapuskan rasa malu.

Sebaliknya, ia memerlukan perjanjian untuk memulangkan semua tahanan dan memastikan pendatang haram kembali ke rumah mereka.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 02:04


Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semasa bertemu rakan sejawatannya dari Sepanyol di Lisbon menyatakan bahawa ribuan mesin pengayaan sentrifugal canggih akan dimasukkan ke dalam perkhidmatan sebagai tindak balas terhadap tindakan negara-negara Eropah terhadap Iran di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

Araghchi juga menegaskan bahawa situasi di Asia Barat sangat kritikal akibat berlanjutannya jenayah pembunuhan beramai-ramai oleh entiti penjajah Zionis serta serangannya terhadap Lubnan dan negara-negara lain di rantau ini.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 01:03


Media Israel Saluran 12 melaporkan hasil tinjauan pendapat mengenai perjanjian dengan Lubnan: 69% pendatang haram Israel tidak percaya bahawa Israel memenangi perang melawan Hizbullah.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 01:02


Israel dan Lubnan telah menerima perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran dengan pasukan pejuang Hizbullah, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Perjanjian itu, kata beliau, akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).

“Di bawah perjanjian yang dicapai hari ini, berkuat kuasa 4 pagi esok waktu tempatan, pertempuran merentasi sempadan Lubnan-Israel akan berakhir... perjanjian ini dicapai untuk menghentikan permusuhan secara kekal,” kata Biden semasa menyampaikan perkembangan terbaharu konflik di Lubnan dari White House, hari ini.

Sumber: Sinar Harian
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

27 Nov, 01:02


Media Israel Saluran Kan melaporkan bahawa perjanjian dengan Lubnan menghadapi beberapa kekurangan antaranya tiada zon penampan, tiada kebenaran jelas untuk Israel melancarkan serangan di Lubnan dan tiada jaminan untuk merosakkan projek ekonomi Hizbullah. Sebaliknya, pelaksanaan perjanjian itu diserahkan kepada tentera Lubnan dan pasukan UNIFIL.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 22:05


Operasi ketenteraan Israel di utara Gaza memasuki hari ke-45 berturut-turut

Utara Gaza menjadi medan operasi utama tentera Israel. Operasi ketenteraan kini berterusan selama 45 hari berturut-turut di utara Gaza, di mana serangan berulang oleh Israel telah menyebabkan kemusnahan yang sangat dahsyat.

Tentera Israel telah mengubah wilayah utara Gaza menjadi kawasan yang dipenuhi runtuhan. Bandar-bandar dan kem pelarian seperti Beit Lahiya dan Jabalia kini tidak lagi dikenali akibat serangan berskala besar.

Keadaan kemanusiaan di utara semakin merosot dari masa ke masa. Apa yang berlaku kini menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan bagi mengelakkan kemerosotan lebih lanjut dan kehilangan nyawa. Wilayah tengah Gaza turut menyaksikan serangan bertubi-tubi dalam tempoh sehari yang lalu.

Seorang lelaki dilaporkan terbunuh di kem pelarian Nuseirat. Tentera Israel telah mencipta persekitaran yang sangat menyeksakan di utara Gaza, di mana orang awam bukan sahaja berdepan dengan situasi kemanusiaan yang kritikal tetapi juga perubahan cuaca yang memburukkan lagi keadaan.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 22:04


Briged Al-Quds: Kami merampas 3 dron Zionis semasa mereka menjalankan misi perisikan di langit ke atas Khan Yunis.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 22:04


Situasi genting yang berlaku di Palestin ketika ini tidak menghalang seorang warganya meneruskan pengajian sehingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini.

Imad Sulaiman Abedalmohsen Salem, 52, yang berasal dari Baitul Laham di Tebing Barat, Palestin menamatkan pengajian peringkat PhD di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam universiti berkenaan selama tiga tahun.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/3029/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 22:03


𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛

Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganjaran orang yang bersedekah”, sedangkan yang satu lagi berdoa: “Ya Allah, berilah kerosakan orang yang menahan (hartanya).” (HR Al-Bukhari)

𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
bit.ly/tajaanduniapalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 15:04


Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menegaskan perjuangan mereka tidak akan berhenti hingga pencerobohan Israel di Gaza dan kezaliman terhadap rakyat Palestin dihentikan.

https://themerdekatimes.com/news/2024/11/pejuang-al-qassam-tembak-mati-penembak-tepat-israel-di-utara-gaza/

Sumber: The Merdeka Times

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 15:00


Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara menyasarkan Blok 6 di kem pelarian Al-Bureij di tengah Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 15:00


Sebelum peperanan, jumlah tahanan dari Gaza adalah seramai 189 orang, dengan identiti, nama, dan gambar mereka diketahui secara jelas. Namun, selepas perang bermula, jumlah tersebut meningkat, tetapi menjadi kabur tanpa maklumat jelas. Tiada siapa yang mengetahui bilangan sebenar atau identiti mereka.

Mereka kini dianggap hilang, menjadi mangsa jenayah penculikan, sambil menanti nasib yang tidak menentu. Tragedi ini jarang disebut dalam tajuk utama berita!

Sumber: Quds Feed
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 14:59


Agensi UNRWA menyatakan bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza menghabiskan antara 6 hingga 8 jam setiap hari untuk mencari bekalan air dan makanan. Mereka sering melibatkan mengangkat beban berat dan berjalan kaki dalam jarak yang jauh.

Sumber: Quds Feed
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 14:59


Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa pengganas Israel telah melakukan tiga pembantaian dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dari kejadian ini, hospital menerima 50 jenazah syuhada dan 110 orang yang mengalami kecederaan.

Jumlah keseluruhan yang terkorban akibat serangan di Gaza kini meningkat kepada 43,972 orang, sementara jumlah kecederaan mencecah 104,008 orang.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 14:58


Jurucakap pasukan UNIFIL: Tentera pengganas Israel menceroboh sejauh 2 hingga 3 km ke dalam wilayah Lubnan sebelum berundur selepas memusnahan kampung-kampung di kawasan berkenaan.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 14:57


Sebanyak  109 trak bantuan makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Gaza diserang dan 98 daripadanya dirompak habis-habisan oleh rejim haram Israel.

Berita penuh:
https://tvpertiwi.com/2024/11/19/israel-serang-rompak-109-trak-bantuan-makanan-pbb-untuk-gaza-yang-kebuluran/

#Bantuan #Makanan #Rompak #PBB

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 14:56


✍️ Tragedi Sakina Mansour: Ketabahan Wanita di Tengah Konflik Berdarah

Jurnalis Lebanon, Sakina Mansour, terkorban bersama dua anak lelakinya dan beberapa ahli keluarganya dalam serangan udara Israel yang menghancurkan bandar Joun di Lebanon. Pemergian Sakina melambangkan satu tragedi yang amat dikenali di rantau ini, di mana wanita sering kali menjadi saksi dan mangsa utama dalam konflik berpanjangan. 🕊️

Seperti wanita-wanita Palestin yang berani dan tabah menghadapi kehilangan serta penderitaan, kisah Sakina mencerminkan keberanian wanita dalam menghadapi kekacauan dan ketidakadilan. 🌹 Mereka menjadi simbol kekuatan—walau dikelilingi bahaya dan kepiluan, mereka tetap berdiri teguh, melindungi kebenaran dan memberi suara kepada yang tertindas.

📮SUBSCRIBE
t.me/pertubuhannisaalkhair

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 09:59


Senator AS George Helmy menegaskan bahawa kanak-kanak Palestin adalah sama berharganya dengan kanak-kanak di mana-mana tempat lain di dunia dan meminta perlindungan segera mereka.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 06:20


Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich menggesa penjajahan sepenuhnya di utara Semenanjumg Gaza untuk memaksa Hamas membebaskan tahanan Israel.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 03:58


80,000 rakyat Gaza teguh dalam pertempuran bertahan di utara Gaza.

Sumber: Watan Media
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 03:45


Netflix berdepan dengan hentaman dan gesaan boikot selepas mengambil pelakon Israel untuk watak utama dalam filem berdasarkan Injil bertajuk “Mary”.

Sumber: TRT World
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Nov, 03:45


Akhbar Al-Risalah Palestin mendedahkan beberapa kisah di sebalik kehidupan Al-Syahid Yahya Al-Sinwar semasa pertempuran:

"Beliau bertempur melawan tentera penjajah dari jarak sifar, memimpin sendiri serangan hendap untuk meletupkan kenderaan musuh, dan menjadi yang terakhir keluar bersama para pejuang dari salah satu kawasan di Khan Younis selepas dikepung.

Beliau juga menolak untuk makan makanan yang ditinggalkan oleh tentera penjajah sambil berkata: 'Makanan ini tidak layak dimakan oleh manusia bermaruah; kami tidak akan memakannya."

Sumber: RASSD
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

18 Nov, 07:45


🛑 PERKEMBANGAN TERKINI

1. Serangan Berterusan Israel di Gaza
Pengeboman Israel ke atas Gaza masih berterusan hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan di "zon selamat" di selatan Al-Mawasi.

2. Paramedik Dibunuh di Lubnan

Rejim Zionis membunuh dua paramedik di Lubnan setelah melancarkan tiga serangan ke atas pusat kecemasan di selatan negara itu.

3. Serangan Dron di Pelabuhan Eilat

Pejuang Islam di Iraq mendakwa bertanggungjawab atas serangan dron ke atas pelabuhan Eilat di Laut Merah, Israel. Tentera Israel menyatakan mereka berjaya memintas dron tersebut, namun peluru pemintas jatuh di kawasan sekitar.

4. Iran dan Arab Saudi Kecam Israel
Iran mengutuk pembunuhan Ketua Media Hizbullah, Mohammad Afif, oleh Israel, manakala Arab Saudi mengecam serangan terkini Israel ke atas sekolah yang diuruskan oleh UNRWA di utara Gaza.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

18 Nov, 05:41


Sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober 2023, tentera pengganas Israel telah kehilangan lebih daripada 794 pegawai dan anggota selain 781 yang lain menggalami kecederaan serius.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

17 Nov, 07:40


Hamas dan Palestin mempunyai segala hak untuk mempertahankan diri.

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

17 Nov, 07:38


𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗?

"Adakah Israel mempunyai hak untuk wujud?"

Soalan ini sering ditanya oleh pelobi Zionis kepada tokoh dan pemimpin dunia untuk memerangkap mereka, persoalannya mengapa?

Pertamanya kita perlu memahami bahawa soalan ini sendiri adalah tidak sah dan tidak mempunyai keperluan untuk ditanya, kerana Israel itu sendiri telah 'wujud' secara haram sejak 76 tahun lalu. Kewujudan mereka telah 'diiktiraf' oleh PBB, jadi kenapa perlu soalan itu ditanya lagi?

Jawapannya adalah walaupun entiti haram itu telah 'wujud' selama 76 tahun, tetapi ia masih bergelut untuk mendapatkan 'keabsahan' terhadap kedaulatan entitinya.

Dalam sistem antarabangsa hari ini, sesebuah entiti dianggap sebagai negara berdaulat apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Konvensyen Montevideo 1933.

Terdapat empat syarat utama dalam konvensyen tersebut:

1. Populasi tetap
2. Wilayah yang ditetapkan
3. Kerajaan yang berfungsi
4. Keupayaan untuk menjalin hubungan diplomatik

Israel mempunyai masalah dalam perkara ke-4 untuk melengkapkan legitimasinya. Pada tahun 2024, iaitu 76 tahun selepas kewujudan haramnya, Israel masih tidak diiktiraf oleh 28 negara dalam PBB. Ini menjadikan legitimasi dan 'kedaulatannya' masih 'tempang' di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, mereka berusaha keras untuk melengkapkan pengiktirafan tersebut melalui usaha normalisasi yang sentiasa berjalan, dan juga cuba mendapatkan pengiktirafan tidak langsung dengan bertanyakan soalan seperti "hak kewujudan Israel" kepada tokoh dan pemimpin dunia terutamanya dari kalangan mereka yang masih tidak mengiktiraf Israel secara rasmi.

Maksud sebenar kepada soalan tersebut adalah "adakah anda mengiktiraf Israel?", kerana soalan mengenai "hak kewujudan Israel" tidak memberi sebarang makna kerana mereka memang telah wujud lama secara haram.

Maka apabila kita ditanya soalan "adakah Israel mempunyai hak untuk wujud?", kita tidak perlu menjawab soalan tersebut kerana soalan itu sendiri tidak sah, dan jika dipaksa untuk memberi jawapan, maka jawapannya adalah jelas:

TIDAK, kerana maksud jawapan di sini adalah "saya tidak akan mengiktiraf Israel".

Pembunuh, perompak, perasuah memang wujud, dan mereka mungkin berkuasa, tetapi tidak bermakna mereka layak dan mempunyai hak untuk wujud (sebagai entiti tersebut) dan perlu diiktiraf.

𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗡𝘂'𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻
Penyelidik Dunia Palestin
t.me/numanmazlan

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 08:30


#ulangsiar | KENAPA TOLAK TWO STATE SOLUTION?

Hamas menerima Two State Solution dalam kenyataan rasmi mereka pada 2017 tetapi mereka bertegas pada beberapa isu:
- tidak sesekali akan mengiktiraf Israel
- kewujudan Yahudi di Palestin adalah pencerobohan dan penjajahan
- Two State Solution sebagai penyelesaian sementara
- menolak sebarang bentuk normalisasi
- Palestin perlu dibebaskan dan dimerdekakan, bukan sekadar diberi bantuan kemanusiaan

(Petikan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Pengerusi GSPP)

Two State Solution jelas dan terang meminta seluruh dunia untuk mengiktiraf Isr4el mempunyai hak ke atas tanah Palestin. Pemecahan kawasan penduduk Palestin dan penjajah yahudi isr4el juga tidak membawa penyelesaian apabila melihat selama 76 tahun penjajahan haram Isr4el ke atas tanah Palestin, mereka melakukan kerosakan dan merampas tanah-tanah Palestin.

Two State Solution yang di persetujui Hamas pada tahun 2017 hanya sementara untuk menghentikan konflik perang tetapi perang kali ini tidak menampakkan bahawa Two State Solution adalah penyelesaiannya.

Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 07:41


Hospital di kawasan terkepung di Gaza musnah akibat serangan berterusan, dengan hanya seorang pakar bedah tinggal di utara Gaza, menurut Louise Wateridge, pegawai kecemasan UNRWA di Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh majalah New Yorker, Wateridge menyatakan bahawa Israel menolak semua permintaan UNRWA untuk membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/2961/

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 07:30


Walaupun Sinwar masih berumur 18 tahun, tetapi aku sudah boleh lihat dengan jelas bahawa beliau merupakan seorang Ideolog Islam, kerana sejak awal lagi Sinwar sudah aktif mengajak kami untuk berkumpul dan beramal.

Apabila kami berkumpul dan duduk bersama, bacaan al-Quran dan Hadis menjadi intipati utama perbincangan kami. Aku masih ingat lagi, di dalam beberapa ‘jilsah’ yang awal bersama Sinwar, beliau sarankan untuk membaca dan mentadabbur Surah al-Hasyr.

Baca kisah penuh:
https://themerdekatimes.com/news/2024/11/al-syahid-yahya-sinwar-dari-kaca-mata-rakan-karibnya-siri-1/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 07:29


PBB memaklumkan, trak-trak yang diserang itu sedang melakukan penghantaran bantuan kemanusiaan dari lintasan sempadan Kissufim yang baru dibuka oleh tentera Israel ke sebuah gudang yang terletak di berdekatan kawasan Deir el-Balah di tengah Gaza.

Berita penuh:
https://tvpertiwi.com/2024/11/15/israel-serang-14-trak-konvoi-misi-kemanusian-gaza-curi-semua-makanan/

#PBB #Bantuan

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 06:52


Suasana Musolla Al-Qibli di dalam Masjid Al-Aqsa malam tadi.

Sumber: Al Asima
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 04:35


📍Untuk belian secara walkin/pickup di kedai kami, ini lokasi kami👇
🛍 8-01, 01, Jln Medan Pusat Bandar 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
https://maps.app.goo.gl/pJbPYcJFWMReZayX7

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

15 Nov, 04:33


#PromoJumaat | RAMAI TAK TAHU YANG SETIAP JUMAAT KAMI ADA JUALAN KILAT DENGAN DISKAUN SEHINGGA 50% UNTUK BARANGAN PALESTIN!😱😱😱

📣 Sempena hari jumaat yang penuh barakah ini, ayuh zahirkan solidariti anda bersama Palestin dengan jualan amal, membeli sambil menyumbang ini dengan Raihan!

🇵🇸 Semua barangan kami adalah ready stok, anda beli harini, kami terus pack dan hantar.

🇵🇸 Semua saiz tersedia daripada XS hingg 8XL dengan design yang menarik dan elegan.

🇵🇸 Boleh rujuk carta saiz di link untuk setiap variasi jersi😊

📣 TEMPAH SEKARANG, STOK & MASA TERHAD🔥👇
https://bit.ly/PromosiJumaatRaihan
https://bit.ly/PromosiJumaatRaihan
https://bit.ly/PromosiJumaatRaihan

❤️ Jom hadiahkan yang tersayang atau diri sendiri dengan koleksi bertemakan Palestin ini!🫰

'From River To The Sea, Palestine Will Be Free!'

===============

Edaran,
Raihan Distribution & Marketing

#KongsiRezeki
#MembeliSambilMenyumbang
#JersiPalestin

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 22:46


𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔

Gaza Utara, 4 November 2024 – Bantuan rakyat Malaysia melalui Kelab Perwira Malaysia berjaya melaksanakan inisiatif Bantuan Musim Salju (BMS) dengan melancarkan Projek Bantuan Air Bersih (Wakaf Air) di kawasan Utara Gaza.

Bantuan ini memberi manfaat kepada 2,000 orang penduduk tempatan, yang amat memerlukan akses kepada air bersih. Langkah ini bertujuan meringankan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk Gaza, terutamanya menjelang musim sejuk yang sering mencabar kelangsungan hidup mereka.

Tonton video penuh di Yutube kami
https://youtu.be/A10ryThDiqQ

Sumber: Kelab Perwira Malaysia

❄️ 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/bantuanmusimsalju2024

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 22:46


𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Musim Salju di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dalam bencana akibat pencerobohan penjajah Israel.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

❄️ 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗝𝗨 𝗚𝗔𝗭𝗔
bit.ly/bantuanmusimsalju2024

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 08:48


KESYAHIDAN AHMAD AL-JAABARI
14 November 2012

Hari ini merupakan ulang tahun pembunuhan Panglima Pejuang Palestin, Ahmad Al-Jaabari, apabila pesawat Israel mengebom keretanya, yang membawa kepada kesyahidan beliau dan rakannya, Muhammad Al-Hams.

Sumber: Hamas
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 06:14


Media Israel: Tentera pengganas Israel sedang menghadapi pertempuran sengit di barisan kedua bandar-bandar di selatan Lubnan.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 03:36


Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal menyampaikan mesej melalui akaun beliau di platform X kepada umat Islam dan Arab:

🔘 Mesej saya kepada umat Islam dan Arab: Lebih daripada 400 hari darah terus mengalir di Gaza, namun kalian masih membisu. Saya berbicara dari keadaan yang teguh, kukuh, dan sabar. Tetapi saya katakan kepada kalian, kami tidak akan memaafkan pengkhianatan kalian.

🔘 Setiap titisan darah yang mengalir di Gaza adalah tanggungjawab kalian, dan penjajah tidak akan berani bertindak jika bukan kerana kalian terus membisu.

Kredit: Mahoud Basal
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 00:30


𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜-𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟!"

Kata-kata agung Ismail Haniyeh yang ditanam dalam setiap minda umat Islam sehingga hari ini. Diucapkan di Gaza 18 tahun lalu pada 6 Oktober 2006.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 00:10


Sejak permulaan serangan Israel ke atas Lubnan, lebih 3365 orang awam dibunuh termasuk 203 kanak-kanak.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

14 Nov, 00:10


Kiri (Keir Starmer - Perdana Menteri Britain):
Adalah wajar jika Ahli Parlimen memulakan perbincangan dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada 7 Oktober. Saya memahami sepenuhnya maksud pembunuhan beramai-ramai dan oleh sebab itu, saya tidak menyifatkan apa yang berlaku di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Kanan (Ayoob Khan - Ahli Parlimen Bebas Britain):
Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati apabila dimaklumkan mengenai keadaan di Gaza meskipun apa yang berlaku di sana jelas memenuhi definisi pembunuhan beramai-ramai. Oleh itu, apakah langkah tambahan yang beliau sanggup ambil untuk menghentikan kematian wanita, kanak-kanak dan orang awam? Atau adakah kita akan terus mengetuai Majlis Keselamatan tanpa apa-apa tindakan ?

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 13:35


Mahmoud Abbas berkata dalam telefon dengan Trump: Kami bersedia untuk bekerjasama dengan anda untuk keamanan yang adil dan menyeluruh.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 13:34


400 hari pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.

Berikan emoji 🔥 sekiranya anda masih setia bersama perjuangan pembebasan selepas 400 hari Taufan Al-Aqsa.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 13:33


Unit media tentera Hizbullah telah mengeluarkan imej yang mempersenda dakwaan Israel mengatakan 'tiada kemalangan jiwa,' menyatakan bahawa lebih 100 askar Israel telah terbunuh dan 1,000 askar cedera sejak permulaan pencerobohan darat di selatan Lubnan.

Sumber: Hizbullah
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 13:33


Lima rakyat Palestin syahid ketika tidur susulan serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang melindungi orang awam di kejiranan Al-Tuffah di timur Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 04:26


Hamas memuji keputusan Sepanyol untuk menghalang dua kapal yang membawa senjata bagi entiti Zionis daripada berlabuh di pelabuhannya, menggesa PBB mengeluarkan resolusi untuk mengharamkan eksport senjata kepada penjajah Israel.

Sumber: Hamas
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

09 Nov, 03:49


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: 70% daripada orang yang syahid di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 23:07


Kerajaan Sepanyol menghalang dua kapal yang dipercayai membawa senjata dan bekalan tentera ke Israel daripada berlabuh di pelabuhannya.

Menurut apa yang dilaporkan oleh media Sepanyol dan disahkan oleh sumber di Kementerian Luar Negeri Sepanyol, semalam, Khamis, dua kapal yang datang dari New York, Amerika Syarikat, meminta untuk berlabuh di pelabuhan Algeciras di selatan Sepanyol, tetapi kerajaan menghalang dok mereka.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 23:07


Peminat Maccabi Tel Aviv menyanyikan lagu perkauman menghina Arab dan Palestin selepas tiba di lapangan terbang Ben Gurion dari Amsterdam.

Ya Allah hancurkan entiti haram Israel dan pendatang haramnya.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 13:25


Briged Al-Qassam meletupkan kereta kebal Zionis di sekitar kawasan Al-Khazandar, barat laut Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 13:23


Kami berjaya mengakibatkan kecederaan di kalangan tentera penjajah Zionis selepas kenderaan mereka diserang hendap dengan bahan letupan di dalam kawasan kejiranan timur Jenin.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 13:23


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗦𝗬𝗔𝗠

Daripada Zaid bin Thabit RA, bersabda Rasulullah SAW:

طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا

“Beruntunglah penduduk Syam.” Maka kami bertanya: “Kenapa, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kerana malaikat mengembangkan sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam).” (HR Al-Tirmizi)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

08 Nov, 09:57


Israel dilaporkan sedang merancang untuk memisahkan wilayah utara Gaza dari kawasan lain sebagai langkah untuk menghalang ribuan penduduk yang dipindahkan akibat konflik daripada kembali ke kediaman mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media tempatan Israel, tindakan ini sebahagian daripada strategi baru yang bertujuan mengawal kawasan sempadan utara Gaza.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/2830/

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

21 Oct, 22:39


Pegawai kanan tentera Israel yang terbunuh sejak serangan 7 Oktober.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

21 Oct, 22:38


“Syahid: Ideologi ke-Syurga yang kalis kematian”

Apabila saya mengingat kembali, Asy-Syahid pertama di dalam ingatan saya yang dibunuh oleh Zinniss secara spesifik adalah seorang jurutera pereka bom bagi H..ms, “Al-Muhandis” Yahya Ayyash. Syahid ketika 1996 dengan serangan bom telefon.

Berdasarkan cerita daripada rakan Plstn”, pihak Zonis ketika itu menyangka dapat melumpuhkan teknokogi mjhdn dan semakin sedikit yang menyokong mereka, dan melemahkan semangat mereka. Ternyata yang berlaku sebaliknya.

Kemudian, pada tahun 2004, menggunakan misil yang dilancarkan daripada Helikopter Apache, mereka membunuh pengasas dan murabbi agung kepada perjuangan Plstn”, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang ketika itu sedang pulang dari solat subuh menaiki kerusi roda.

Ternyata. Perjuangan semakin kuat, dan pendokong semakin ramai. Lirik nasyid نم في سلام sering terngiang-ngiang  “tatkala dikau pergi, dikau meninggalkan dibelakang-mu ummah”.

Musuh menyangka makin sedikit, ternyata semakin ramai.

Sebulan selepas itu, pada tahun yang sama juga, pengganti beliau Asy-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi syahid.

Di dalam Taufan, bermula dengan ketua di Tebing Barat- Asy Syahid Solah Arouri.

Kemudian- konspirasi pembunuhan paling  berprofil tinggi, ketika pelantian presiden Iran, berlaku di ibu negara Iran sendiri; Pembunuhan Asy-Syahid Ismail Haniyeh. Pemimpin ruh dan perjuangan tertinggi, yang dianugerahkan syahid diluar Gzah. Allahuakbar.

Terkini, pemergian Asy-syahid Yahya Snwr”, di mana satu-satunya pemergian yang direkod rapi, saat akhirnya, barangan yang dibawa, dengan penuh terperinci.

Daripada Yahya kepada Yahya, setiap siri Syuhada, tidaklah melemahkan perjuangan seperti yang diimpikan oleh Zinnis”, tetapi bukti yang jelas perjuangan semakin kuat, semakin kuat. Mereka yang didalam Gzzh” tidak melihat pemimpin mereka di dalam bilik aircond dengan makanan terhidang, tetapi terbukti dibarisan hadapan melindungi mereka, berlapar bersama, penat bersama, lelah bersama.

Mereka di luar Gzzh” pula tersentap hati, mula berfikir, hebatnya sebuah perjuangan, tingginya nilai sebuah syahid.

Mula tersebar ideologi Syahid yang menyegarkan kembali impian setiap muslim, bahawa hidup bukan sekadar mengejar dunia, tetapi yang penting adalah mencipta kematian yang terbaik.

Dan kematian terbaik akan sepenuhnya berdasarkan rahmat Allah dan usaha serta cara hidup yang kita pilih untuk diri kita.

Sekiranya hidup seperti syuhada’ maka layaklah dikurniakan syahid, tetapi sekiranya sebaliknya maka begitulah sebaliknya, persia mafhum hadis riwayat Ibnu Masud sepertimana di dalam Musnad Imam Ahmad “ramainya syuhada’ ummatku adalah ashhab (pemilik/dan mati) katil”.

Ideologi ini akan tersebar dengan lebih dasyat dengan pemergian beliau, yang hidup akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga kehidupannya tampak sebuah perjuangan, dan mereka berterusan berjuang tanpa takutkan kematian kerana kematian yang tertinggi menjadi impian mereka.

Ideologi yang viral dan menakutkan musuh perjuanagn Plstnn”,. Maka perjuangan semakin kuat, semakin kuat dan semakin kuat sedangkan musuh dalam keadaan ekstrim sebaliknya, amat cintakan dinia dan amat takutkan kematian.

Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian
Ketua Sekretariat Ulum Syara’ PEMIKIR

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

21 Oct, 22:36


Menurut sumber Lubnan yang dilaporkan kepada Quds News Network, pesawat pengganas Israel telah mengebom cawangan tambahan Yayasan Qard al-Hassan di pelbagai kawasan di Lubnan, mendakwa yayasan tersebut membantu dan menyokong 'keganasan'.

Israel berusaha memusnahkan semua yayasan dan NGO utama yang membantu Palestin di seluruh dunia.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

21 Oct, 22:35


Aktivis Jepun menggunakan foto
Yahya Sinwar, membandingkannya dengan pejuang samurai Jepun yang berjuang sehingga nafas terakhir, walaupun menggunakan kayu.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 22:34


Kepimpinan Melalui Teladan

Al-Qassam Brigades:

"We put our leaders before the soldiers" 🇵🇸

Saleh ar Rouri - Timbalan Ketua Hamas & Pengasas al Qassam Tebing Barat syahid di Lubnan pada 3 Jan 2024

Ismail Haneyya - Ketua Biro Politik Hamas syahid pada 31 Julai 2024 di Tehran

Yahya Sinwar - Ketua Biro Politik Hamas syahid pada 17 Oktober 2024 di medan Gaza

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 22:34


Tentera pengganas Israel dari batalion ke-432 baru-baru ini menyiarkan gambar ini menunjukkan mereka membakar sebuah sekolah Palestin berhampiran Hospital Indonesia di Jabalia selepas secara paksa mengusir ratusan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal yang mencari perlindungan di sekolah tersebut.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 22:27


Menurut laporan Israel, komander briged ke-401 tentera Israel terbunuh bersama beberapa komander medan dalam serangan hendap oleh pejuang Palestin di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 22:15


Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah:

Kepimpinan Briged Al-Qassam merasa bangga dengan laporan operasi berani di Laut Mati, yang telah memperkuat potensi peranan strategik dari arah sempadan Jordan.

Dua pejuang yang syahid, Hossam Abu Ghazaleh dan Amer Qawas, adalah wira dalam Operasi Taufan Al-Aqsa. Mereka kekal sebagai inspirasi kepada rakyat Jordan dan keluarga bebas yang terkenal dengan semangat patriotik dan keberanian yang luar biasa.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 22:14


Mujahidin Al-Qassam berjaya menembak tepat dua askar Zionis dan mencederakan mereka secara langsung di "Blok 2" kem Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

20 Oct, 15:03


Al-Syahid Yahya Sinwar menjawab dengan kesedihan dan penuh emosi apabila ditanya soalan tentang pandangannya terhadap pendirian negara Arab dalam isu Palestin.

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Oct, 23:16


Di seluruh dunia umat Islam mengerjakan solat ghaib bersempena dengan kesyahidan Panglima Yahya Sinwar.

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Oct, 23:16


𝗗𝗢𝗔 𝗤𝗨𝗡𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”
(HR Muslim)

𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 Dihatiku 🇵🇸
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Oct, 23:15


Khalil al-Hayya kepada Al Jazeera: Kami ingin mengingatkan semua pihak mengenai tanggungjawab sejarah mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh penjajah Israel di Semenanjung Gaza.

Rakyat kami di Gaza tidak akan menerima rancangan para jeneral Israel yang bertujuan untuk mengusir mereka.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/PalestinDihatiku

Palestin Dihatiku 🇲🇾🇵🇸

19 Oct, 12:47


Di manakah anda akan bersembunyi dari tangan pejuang? Suatu hari nanti pasti apinya akan sampai kepada anda.

Sumber: المطارد
t.me/PalestinDihatiku