KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN @pibgskjk2019 Channel on Telegram

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

@pibgskjk2019


KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN (Malay)

Selamat datang ke Komuniti PIBG SK Jalan Kebun! Channel Telegram ini adalah tempat untuk ibu bapa dan penjaga pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun berkongsi maklumat, berinteraksi, dan berkongsi pengalaman bersama. Dengan bergabung dengan komuniti ini, anda akan dapat mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti sekolah, program PIBG, serta isu-isu pendidikan yang berkaitan. Komuniti PIBG SK Jalan Kebun juga merupakan tempat yang sesuai untuk bertukar pendapat, mencari bantuan dalam pendidikan anak-anak, dan menjalin hubungan dengan ibu bapa lain yang berkongsi kepentingan yang sama. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan kami di pibgskjk2019 dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang aktif dan berwawasan! Mari kita bersama-sama menjadikan pendidikan anak-anak kita lebih baik dan menyokong perkembangan mereka dengan sepenuh hati.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Jan, 00:12


Assalamualaikum ibu ayah dan penjaga murid murid SK Jalan Kebun..

Paparan di atas merupakan garis panduan tuan/puan untuk persediaan pakaian seragam sekolah :

1. Kasut sekolah MESTI bertutup penuh sama ada jenis pelekat atau bertali. Selain daripada rupa bentuk tersebut ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

2. Lencana sekolah MESTI dijahit di atas tanda nama.

3. Tanda nama MESTI dijahit di bawah lencana sekolah.

4. Bahagian poket kemeja sekolah MESTI dibiarkan kosong.

Terima kasih atas segala kerjasama semua pihak.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

23 Jan, 02:05


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

PEMBERITAHUAN TENTANG PEMAKAIAN BAJU SERAGAM SEKOLAH, BAJU SUKAN / PJ DAN BAJU KOKURIKULUM

MURID TAHUN 4 , 5 dan 6

🔸
Baju sukan / PJ dipakai semasa ada jadual Pendidikan Jasmani (Ada 2 hari waktu PJ mungkin berbeza hari antara kelas dengan kelas yang lain)

🔸Uniform sekolah dipakai pada 2 hari yang tiada waktu PJ

🔸Uniform Koku (Badan Beruniform seperti Pengakap, BSMM, TKRS Pandu Puteri Tunas dan PPIM) atau Baju PJ /Sukan dipakai pada hari Rabu .

🔸Murid Tahap 1 memakai 3 hari Uniform sekolah pada hari yang tiada waktu PJ .

Harap maklum.
Terima kasih.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

19 Jan, 12:38


MAKLUMAN URUSNIAGA DI KEDAI BUKU

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

19 Jan, 12:38


Edit, Sign and Share PDF files on the go. Download the Acrobat Reader app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

14 Jan, 09:39


[PELUNASAN SUMBANGAN PIBG 2024/2025]
Assalamualaikum wrb.
Memandangkan esok adalah tarikh pemberian BAP SK Jalan Kebun. PIBG menggalakkan kepada penjaga yang belum membuat bayaran sumbangan PIBG untuk sesi 2024/2025 agar dapat melaksanakan pada esok hari kepada guru kelas.

Diharap usaha dan keperihatinan daripada pihak tuan puan sebagai penjaga membantu kecemerlangan anak-anak seterusnya kelangsungan kejayaan buat SK Jalan Kebun.

-YDP PIBG-

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

13 Jan, 04:37


Photo from Mohd Hamdan bin Rahim

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

13 Jan, 04:37


Photo from Mohd Hamdan bin Rahim

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

13 Jan, 04:36


Salam Malaysia Madani.

Maklumat Program Klinik Ez-Math:
Tarikh: *22/1/25 Rabu*
Masa: *8.30 pagi - 4.30 petang*
Tempat: Dewan Seminar, Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 11 MBSA
(Di atas ARR Bistro Berjaya Park)

Adakah anak-anak tuan/pn masih mengira operasi tambah, tolak menggunakan jari ?? Sifir 2-12 OK ke ? Sukacita dimaklumkan *program percuma MPP Zon 11* ini dapat membantu anak tuan/pn. InsyaAllah, pembimbing Ez-Math Cikgu Zullaili berpengalaman lebih 20 tahun & menulis beberapa buku Teknik Asas Matematk bakal membimbing anak tuan/pn.

Berminat sila isi Form 👇

https://forms.gle/g5Cx33ncyoMvoioP6

Atau Whatsapp:
https://www.wasap.my/+6012-3782624/KlinikEzMath

2 buah buku diberi percuma. Minum pagi & makan tengahari disediakan.
*Tempat Terhad - Ibu/Bapa diminta hadir pd jam 3.30 petang* (1 jam sebelum kelas tamat)

Sekian. Terima kasih

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

07 Jan, 02:08


*KHATAN PERDANA MASJID ANNAIM TAHUN 2025*

Assalamualaikum wbt

Dijemput anak-anak untuk menyertai :

🔰Program Khatan Perdana
🔰18 Januari 2025
Sabtu
🔰7.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari
Dewan Ibnu Sina Masjid An-Naim Jalan Kebun

Yuran *RM150* sahaja
Ahli MPAYM percuma

Scan Qrcode untuk pendaftaran atau wasap Imam Rashdan
https://www.wasap.my/+6019-2266246/KhatanPerdana2025

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Dec, 14:56


Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat..

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Dec, 14:55


Assalamualaikum. Mohon ibu bapa prihatin dan ambil perhatian yang serius berkaitan pencegahan penyakit HFMD dikalangan anak-anak. Kebelakangan ini terdapat beberapa kes HFMD yang melibatkan murid SK Jalan Kebun.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Dec, 14:53


Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Dec, 14:52


Cegah HFMD.

Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

Amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

31 Dec, 14:52


Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Amalkan membasuh tangan dengan betul.
Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

20 Dec, 11:36


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ibu bapa/ penjaga SK Jalan Kebun. Pandai Education Sdn Bhd dengan kerjasama pihak pentadbir sekolah ingin menjemput ibu bapa semua untuk hadir ke sesi *Skor A dalam Exam bersama Pandai* pada: 

*Tarikh*: 20 Disember 2024 (Jumaat) 
*Masa*: 8.00 Malam
*Tempat*: Zoom Meeting Online (link akan diberikan dalam group WhatsApp) 

Apa itu Pandai Pandai ialah aplikasi pembelajaran atas talian yang menyediakan soalan dan latihan mengikut silibus terkini KPM. Pandai juga kini boleh diakses melalui portal DELIMa dan boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar samada di sekolah atau rumah.

Aplikasi Pandai mempunyai beberapa ciri yang kuat untuk meningkatkan pembelajaran yang efisien antaranya ialah:
🌟   Pembelajaran Peribadi
🌟   Gamifikasi
🌟   Analisis Pintar dan banyak lagi.

Sejak 2020, lebih daripada 900,000 pelajar telah menggunakan aplikasi Pandai dan sebanyak 3,000,000 soalan tersedia dalam aplikasi ini. Aplikasi ini dirangka khas dengan tujuan untuk memberikan akses kepada sumber pembelajaran yang interaktif dan menarik, serta membantu pelajar menguasai subjek dengan lebih berkesan.

Ibu bapa/penjaga hanya perlu mengimbas Kod QR yang tertera dalam risalah yang disertakan atau klik pada pautan https://go.pandai.org/PP4?ref=qrcode untuk sertai group WhatsApp bagi tujuan hebahan maklumat mengenai program yang akan berlangsung dan pengesahan kehadiran.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan. 😍

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

19 Dec, 05:46


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ibu bapa/ penjaga SK Jalan Kebun. Pandai Education Sdn Bhd dengan kerjasama pihak pentadbir sekolah ingin menjemput ibu bapa semua untuk hadir ke sesi *Skor A dalam Exam bersama Pandai* pada:

*Tarikh*: 20 Disember 2024 (Jumaat)
*Masa*: 8.00 Malam
*Tempat*: Zoom Meeting Online (link akan diberikan dalam group WhatsApp)

Apa itu Pandai Pandai ialah aplikasi pembelajaran atas talian yang menyediakan soalan dan latihan mengikut silibus terkini KPM. Pandai juga kini boleh diakses melalui portal DELIMa dan boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar samada di sekolah atau rumah.

Aplikasi Pandai mempunyai beberapa ciri yang kuat untuk meningkatkan pembelajaran yang efisien antaranya ialah:
🌟 Pembelajaran Peribadi
🌟 Gamifikasi
🌟 Analisis Pintar dan banyak lagi.

Sejak 2020, lebih daripada 900,000 pelajar telah menggunakan aplikasi Pandai dan sebanyak 3,000,000 soalan tersedia dalam aplikasi ini. Aplikasi ini dirangka khas dengan tujuan untuk memberikan akses kepada sumber pembelajaran yang interaktif dan menarik, serta membantu pelajar menguasai subjek dengan lebih berkesan.

Ibu bapa/penjaga hanya perlu mengimbas Kod QR yang tertera dalam risalah yang disertakan atau klik pada pautan https://go.pandai.org/PP4?ref=qrcode untuk sertai group WhatsApp bagi tujuan hebahan maklumat mengenai program yang akan berlangsung dan pengesahan kehadiran.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan. 😍

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

17 Dec, 12:15


In sha allah akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Usia baru sebulan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

17 Dec, 12:15


Video from Mohd Hamdan bin Rahim

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

17 Dec, 12:14


Assalamualaikum. Team kompang cilik sk jln kebun. Murid darjah 2 dan 3. Boleh beri sokongan. Jika berminat hubungi no diberi. Terima kasih.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

16 Dec, 08:33


MAKLUMAN
Kepada ibubapa Tahun 1 2025/2026

1. Murid yang tidak hadir semasa Taklimat Tahun 1 pada 14/12/2024 (Sabtu), sila hubungi pejabat sekolah & maklumkan sebab tidak hadir.

(CONTOH SEBAB : Sakit, urusan keluarga @ menolak penempatan ke SKJK kerana menerima tawaran ke sekolah swasta.

2. Ibubapa yang tidak hadir @ belum membuat bayaran RM20, bayaran boleh dibuat bermula esok Selasa 17/12/2024 hingga 27/12/2024 di pejabat sekolah.

Terima kasih

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

14 Dec, 02:27


Mohon kepada ibu bapa yang hadir untuk taklimat tahun 1  sesi 2025 hari ini(14 Disember)  mengisi maklum balas pada link di bawah. Terima kasih

https://forms.gle/bDR9UZjmdd9qGWZ9A

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

13 Dec, 02:26


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera

Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) telah menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

Marilah kita semua bersama2 memastikan ahli KELUARGA kita terutama anak-anak kita dijauhi dari jangkitan penyakit ini.

Terima kasih atas kerjasama tuan puan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

12 Dec, 00:21


MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA TAHUN 1 SESI 2025/2026

TAKLIMAT TAHUN 1 2025/2026

14/12/2024 (SABTU)
8.30 PAGI
KEHADIRAN : WAJIB

KEPERLUAN:
1. BAYARAN RM20

2. ALAT TULIS & PENSEL WARNA

3. KERTAS PENGENALAN DIRI MURID YANG BERTULIS NOMBOR BILIK & NAMA ANAK SEPERTI SENARAI NAMA.

4. BOLEH RUJUK NAMA MURID  DI GROUP TELEGRAM PIBG SEKOLAH  https://t.me/pibgskjk2019

5. NAMA MURID JUGA TELAH DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN LUAR SEKOLAH.

PERINGATAN:
1. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN: CONTOH ( BAJU KURUNG BIASA, JUBAH, BAJU MELAYU, BAJU FORMAL)

2. SARAPAN TIDAK DISEDIAKAN. KANTIN DIBUKA UNTUK IBU BAPA MEMBELI MAKANAN

3. HANYA IBU ATAU BAPA BERSAMA ANAK TAHUN 1 SAHAJA DIGALAKKAN HADIR BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN

4. SEKIRANYA MURID MENERIMA TAWARAN KE SEKOLAH SWASTA DAN MENOLAK TAWARAN KE SKJK, SILA DATANG KE PEJABAT SEKOLAH UNTUK MEMBUAT PEMBATALAN.

MOHON IBU BAPA WAR-WARKAN MAKLUMAN INI KEPADA IBU BAPA YANG ADA ANAK DI TAHUN 1 PADA SESI DEPAN.

HARAP MAKLUM

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

03 Dec, 13:18


MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA TAHUN 1 SESI 2025/2026

TAKLIMAT TAHUN 1 2025/2026

14/12/2024 (SABTU)
8.30 PAGI
KEHADIRAN : WAJIB

KEPERLUAN:
1. BAYARAN RM20

2. ALAT TULIS & PENSEL WARNA

3. KERTAS PENGENALAN DIRI MURID YANG BERTULIS NOMBOR & NAMA ANAK SEPERTI SENARAI NAMA. (RUJUK CONTOH)

4. BOLEH RUJUK NAMA MURID YANG AKAN DISERTAKAN DI BAWAH.

5. NAMA MURID JUGA TELAH DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN LUAR SEKOLAH.

PERINGATAN:
1. BERPAKAIAN KEMAS

2. SARAPAN TIDAK DISEDIAKAN. KANTIN DIBUKA UNTUK IBU BAPA MEMBELI MAKANAN

3. HANYA IBU ATAU BAPA BERSAMA ANAK TAHUN 1 SAHAJA DIGALAKKAN HADIR BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN

4. SEKIRANYA MURID MENERIMA TAWARAN KE SEKOLAH SWASTA DAN MENOLAK TAWARAN KE SKJK, SILA DATANG KE PEJABAT SEKOLAH UNTUK MEMBUAT PEMBATALAN.

MOHON IBU BAPA WAR-WARKAN MAKLUMAN INI KEPADA IBU BAPA YANG ADA ANAK DI TAHUN 1 PADA SESI DEPAN.

HARAP MAKLUM

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

01 Dec, 23:22


*HEBAHAN UMUM*

*PENDAFTARAN ANAK YATIM NEGERI SELANGOR UNTUK PENERIMAAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H BERSAMAAN 2025M*

*Kaedah Pendaftaran*

1. Pendaftaran secara Online di pautan : www.epayns.com.my .

2. Isi Maklumat Penjaga & Anak Yatim dan Cetak Borang yang telah lengkap diisi.

3. Lampirkan Borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen : Kad Pengenalan Ibu/Penjaga, Kad Pengenalan/sijil kelahiran Anak-Anak Yatim, Sijil Kematian Bapa & Slip Akaun Bank Penjaga/Anak Yatim, seterusnya dapatkan pengesahan Nazir Masjid kariah berhampiran.

4. Hantar sebelum *15 Rejab 1446H bersamaan 15 Januari 2025* Borang & Dokumen Lampiran (serahan tangan/pos) kepada :

*Yayasan Islam Darul Ehsan*
No. 3, Jalan Keluli AM7/AM,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

*Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Zubair : 017-7569476 atau En Haizan : 012-7709453*

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

27 Nov, 03:11


💇‍♂️ *GUNTING RAMBUT PERCUMA untuk Anak Anda di Sungai Kandis!* 💇‍♀️

📢 Team Selangor datang ke kawasan anda! Dapatkan gunting rambut percuma khas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah! 🎉

👀 Ibu ayah, tak perlu risau nak cari kedai gunting—hanya bawa anak-anak ke lokasi kami di Dewan Apartment Sri Ayu, pada 01 Disember 2024! 🤗

💖 Potongan kemas dan rapi yang percuma? Ini peluang istimewa untuk anak-anak anda tampil bergaya ke sekolah dan majlis! 🚸 Tetapi cepat—tempat terhad kepada 70 orang sahaja!

👉 Jangan tunggu lagi! Tandakan tarikh ini dan bawa anak-anak anda seawal 9 pagi. Siapa cepat dia dapat! 🙋‍♂️🙋‍♀️

📅 Tarikh: Ahad, 01 Disember 2024
📍 Lokasi: Dewan Apartment Sri Ayu, Bandar Putera, Klang.
🕘 Masa: 9.00 pagi

*Daftar Link Di Bawah*

https://forms.gle/L6ojrqHacye7kB1j9

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

26 Nov, 09:23


SK Jalan Kebun dalam Sinar Harian
25 November 2024
#sambutanharikanakkanak

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

09 Nov, 07:47


Alhamdulillah. Sk Jalan Kebun Johan kawad kaki peringkat kebangsaan. Terima kasih doa semua.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

09 Nov, 07:47


Photo from Mohd Hamdan bin Rahim

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Nov, 01:35


Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Selamat berangkat untuk pasukan Kawad Kaki Negeri Selangor dari SK Jalan Kebun.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Nov, 00:30


*SKUAD ELIT KAWAD KAKI PASUKAN PPIM SK JALAN KEBUN*

Salam perjuangan anak2 kawad SK Jalan Kebun ke Melaka.
Semoga berjaya untuk negeri Selangor dan Sekolah Tercinta 🤲🏽

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

06 Nov, 02:50


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan bermula jam 2 petang hari ini – murid tahun 4 sehingga tahun 6 boleh menebus baucar RM50, sementara pelajar sekolah menengah, institusi pendidikan tinggi dan perguruan IPGM pula boleh menebus baucar buku RM100 – menggunakan aplikasi DELIMa.

https://btpnsel.edu.my/2024/05/kpm-pelajar-boleh-guna-aplikasi-delima-tebus-baucar-buku-rm50-rm100/

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

05 Nov, 02:05


Bantu iklankan program sk johan setia.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

05 Nov, 02:03


*KARNIVAL RIA PIBG 2024* 🎉🎊🎉🎊

😎 Terbuka kepada semua.

🔉🔉🔉 BERITA BAIKKKK
🥳 *JUALAN KUPON TELAH DIBUKA!!*

🤩🤩 Wowww.. Wowww..
*Hanya RM10 (1 buku kupon)*
Dapatkan segera! Sebelum kehabisan stok.

🔖Setiap buku kupon yang dibeli layak menyertai *Cabutan Bertuah. Pelbagai hadiah menarik menanti anda!*

🔖 Untuk tempahan kupon boleh hubungi :
*En. Saifullah : 0176726567*
*Pn. Hasyanti : 0192084877*

🔖 *Sasaran dana* :
- Membeli 2 biji kipas gergasi (dataran)
- Membeli kabin untuk kelas pemulihan
- Baik pulih surau sekolah

🎉Membeli Sambil Beramal
🎊 Pelbagai aktiviti dan gerai jualan.
🎉 Ayuh.. datang beramai-ramai seisi keluarga

*"Changing The Way.. Pupils See The Future"*

Terima kasih.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Kg Johan Setia

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

04 Nov, 04:39


#HEBAHAN | SAVE THE DATE‼️

PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 DI BAWAH PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - YAYASAN SELANGOR AKAN DIBUKA PADA 4 NOVEMBER 2024.

Tarikh Permohonan Dibuka:
4 November 2024

Tarikh Akhir Permohonan:
19 November 2024

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Yayasan Selangor :-
http://yayasanselangor.org.my

MOHON DIHEBAHKAN KEPADA IBU BAPA, SAUDARA-MARA DAN RAKAN-RAKAN SERTA MASYARAKAT SEKELILING ANDA! 📢📢📢

Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih.

Merujuk pautan berikut, Sila Like, Share, Subscribe & Follow Media Sosial Yayasan Selangor sebagai tanda sokongan anda.
https://linktr.ee/yayasanselangor

#RancanganKhasPendidikanYS
#YayasanSelangor #RKPYS
#Tingkatan1 #Sesi2025
#KPM #KitaSelangor #YS
#Selangor #Biasiswa
#AdaApaDenganYayasanSelangor

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

24 Oct, 07:04


*[INFAQ KEARAH SEKOLAHKU SELESA]*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PIBG SK Jalan Kebun ingin membuka ruang sumbangan kepada semua untuk program Infaq ke Arah Sekolahku Selesa.

Sumbangan ini tertumpu pada 2 tujuan utama iaitu pemasangan kipas gergasi dan membaik pulih padang bola sepak.

Tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan dengan mengimbas QR HerePay yang disediakan atau melalui nombor akaun berikut :
*CIMB 8601954757*
*PERSATUAN IBUBAPA GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN*
*Rujukan Infaq Sekolahku Selesa*

Sukalah sekiranya tuan/puan dapat menguar-uarkan maklumat ini.
Sumbangan dari pihak tuan/puan sangat dihargai dan diharap dapat menyediakan yang terbaik buat anak-anak SKJK.

Sebarang maklumat boleh berhubung pada pautan Whatsapp berikut :
Syahril 📲 www.wasap.my/+60122754441/InfaqSKJK

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

29 Sep, 14:44


*PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2025 SK JALAN KEBUN*


ℹ️ Ibu bapa / penjaga murid tahun 1 sesi 2025 yang telah membuat semakan dikehendaki membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah mulai *1 Oktober hingga 30 Oktober 2024 sahaja*.


ℹ️ Waktu urusan pengesahan penempatan adalah seperti berikut :

Isnin - Khamis : 8:00 pagi hingga 5.00 petang

Rehat : 1.00-2.00 petang


Jumaat : 8:00 pagi hingga 5.00 petang

Rehat : 12.00 tengah hari - 2.45 petang


ℹ️ Sila bawa dokumen berikut :

1) Salinan surat tawaran penempatan ke Sekolah Kebangsaan yang telah dicetak melalui laman web : idme.gov.my/login

2) Sijil lahir murid yang asal

3) Slip pendaftaran


ℹ️ Kerjasama daripada pihak Ibu bapa / penjaga murid amat diharapkan bagi melancarkan proses yang seterusnya.


✳️ Sila sertai kumpulan Telegram PIBG SK Jalan Kebun untuk maklumat seterusnya.
⬇️
https://t.me/pibgskjk2019
Sekian, dimaklumkan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

25 Sep, 12:15


Pusat Pemindahan Sementara Di Buka

Salam Sejahtera,
Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun.
Pejabat JPKK ( MPKK ) Kg Jalan Kebun di buka untuk penempatan sementera kepada mana mana keluarga yang perlu berpindah akibat rumah di naiki air.

Dewan kuliah Masjid An Naim juga di buka untuk penempatan mangsa banjir sekiranya Dewan Pejabat JPKK ( MPKK ) penuh.

Untuk mendapatkan surat pengesahan banjir bagi permohonan cuti kepada warga Penduduk yang berkerja Sila hadir ke Pejabat JPKK ( MPKK ) Kg Jalan Kebun.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ketua Biro Keselamatan dan Kesihatan JPKK ( MPKK ) Sdr Khusnin .
Tel : 1136544552
Wasap : www.wasap.my/60113654452/Pemindahanbanjir

MPKK Kg Jalan Kebun,

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Aug, 09:07


Makluman berkaitan pembayaran sumbangan PIBG per keluarga untuk penjaga yang tidak dapat melakukan pembayaran secara atas talian.

Ibu bapa boleh melakukan bersempena program esok hari kepada guru kelas. Terima kasih.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Aug, 03:36


𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝟰 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Syarat dan Pilihan Program MRSM >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Syarat%20dan%20Pilihan%20Program%20MRSM.pdf

Follow Telegram MARA >>
https://t.me/majlisamanahrakyat

Follow IG MARA >>
https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat?igsh=MWRjOGt5bHcxYzFmNw==

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

07 Aug, 13:30


Alhamdulillah...
Hari ini pasukan kawad kaki SK Jalan Kebun muncul JOHAN Pertandingan kawad kaki (P) Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor.
Tahniah...

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

06 Aug, 01:32


Salam sejahtera dan Salam MADANI,

Untuk perhatian para ibu bapa,

Berikut merupakan pautan site cara log masuk ke portal DELIMa.
Tuan/puan boleh gunakan ini sebagai panduan.

📲https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/public/untuk-ibu-bapa

Harap ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam memperkasakan pendidikan ke arah Pendigitalan dan merealisasikan hasrat SKJK
ke arah TS25
💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

04 Aug, 17:38


https://vt.tiktok.com/ZSYo6nPKN/

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

01 Aug, 02:15


INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026

dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:


Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ .

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

01 Aug, 02:14


Photo from Hidup Berjihad

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

26 Jul, 04:49


*PENCAPAIAN GIMNAS SKJK DI KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSS 2024*

*LELAKI 12TKB* :

🏆JOHAN (pingat emas) Berpasukan Gimnastik Artistik Lelaki 12TKB MSS Selangor 2024
(1 Pasukan = 4/4 murid SKJK)

👉Pencapaian individu gimnas SKJK 12TKB:

🎖️Muhammad Harith Daniyal bin Mohd Faiez
- Tempat ke-3 (gangsa) kekuda berpelana lelaki 12TKB MSSS
- Tempat ke-3 (gangsa) melombol lelaki 12TKB MSSS


*Lelaki 10TKB* :

🏆Tempat ke-4 Berpasukan Gimnastik Artistik Lelaki 12TKB MSS Selangor 2024
(1 pasukan = 2/6 murid SKJK)

Pencapaian individu gimnas SKJK 10TKB:

🏅Ammar Harith bin Mustafa Kamal
- Anugerah Khas Emas 10TKB lelaki (program pembangunan)
- Top 10 Keseluruhan bagi Acara Melombol 10TKB lelaki

🥉Putra Khalish Idraki bin Hairul Fitri
- Anugerah Khas Gangsa 10TKB lelaki (program pembangunan

🏆Pencapaian Keseluruhan Gimnastik Artistik bagi Daerah Klang di MSS Selangor :

- *Klang Rank ke-3* dari 10 daerah MSS Selangor

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

26 Jul, 04:49


Keputusan Dikir Barat :
1. Kategori Pakaian Terbaik SR
2. Tempat ke-4 SR keseluruhan

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

18 Jul, 01:23


Titipan ucapan dari warga SKJK buat pelajar yang mula menjalani UPSA pada hari ini.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

18 Jul, 01:22


[MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (UPSA)]

Berikut merupakan maklumat UPSA yang akan dijalankan pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin pada tarikh yang tertera pada surat.

Pihak sekolah berharap ibubapa mengambil cakna berkenaan kehadiran murid di sekolah agar mengikut perjalanan UPSA yang ditetapkan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

12 Jul, 16:50


INFO KPM: Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi tahun 2025 secara dalam talian.

Permohonan dibuka mulai 15 Julai hingga 15 September 2024 melalui pautan https://essem.moe.gov.my/