DILA MUBARAK Channel @dilamamadil Channel on Telegram

DILA MUBARAK Channel

@dilamamadil


Channel ini sekadar berkongsi "corat coret" kehidupan & ALLAH jualah Pemilik Hatiku๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel (Malay)

Selamat datang ke DILA MUBARAK Channel! Channel ini dikenali dengan username @dilamamadil dan merupakan tempat di mana kisah kehidupan dan motivasi rohani disampaikan secara santai. Channel ini ditubuhkan dengan tujuan berkongsi 'corat coret' kehidupan dan mengetengahkan betapa pentingnya hubungan dengan ALLAH sebagai Pemilik Hatiku. Dengan logo hati ungu sebagai simbol kasih syukur, pengikut-pengikut channel ini pasti akan diberikan inspirasi dan motivasi untuk terus memperbaiki diri serta menghargai segala nikmat yang diberikan oleh ALLAH. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai DILA MUBARAK Channel dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang sentiasa berusaha untuk lebih dekat dengan ALLAH dalam setiap perjalanan kehidupan. Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada perjalanan kehidupan yang bermakna! ๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

18 Jan, 10:17


Ok sekarang aku percaya anak bujangku dah besar sebab pertama kali Akid naik flight sorang diri balik cuti 4 hari๐Ÿ˜‚
Mama papa tak dapat pergi ambil dia banyak kerja kat sini.
Alhamdulillah selamat semuanya๐Ÿ’œ

#mtsshahalam #mamadil

DILA MUBARAK Channel

16 Jan, 09:45


Alhamdulillah๐Ÿ˜ฅ

DILA MUBARAK Channel

15 Jan, 06:35


Jenis malas bercakap ni memang payahhhh๐Ÿ˜‚
Tapi kena paksa jugak buat video.
Ok onz

#mamadil #since2012

DILA MUBARAK Channel

14 Jan, 02:36


Jarang2 berlaku ni guys.
Oh tidakโ˜บ๏ธ


_____________________
ADMIN IRA :
www.wasap.my/60165116985
ADMIN Nadia :
www.wasap.my/60109085555
ADMIN Yasmin :
www.wasap.my/60129040085
@
www.mamadil.app

DILA MUBARAK Channel

10 Jan, 12:17


Alhamdulillah..
Sampai Kelantan๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

10 Jan, 07:09


11 Tahun Susu Rizqi di pasaran..
Tak pernah lagi Mamadil keluarkan Susu Rizqi 24sachets/box๐Ÿค”

DILA MUBARAK Channel

09 Jan, 02:42


Bila geng makcik2 buka tiktok jumpa suara latar tuuuuuuu..Mujur tak sawan๐Ÿคฃ๐Ÿ™„

#mamadil #since2012

DILA MUBARAK Channel

08 Jan, 06:45


https://vt.tiktok.com/ZS6a5Tk5W

Admin bgtau banyak parcel nak kuar..jom live jap๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

05 Jan, 08:55


Semalam sorang sahabat bisnes tanya..

โ€œApa rahsia sebenar Mamadil?โ€

Rahsia apa tu?
Sama je kot dari dulu sampai sekarang.

โ€œHaah itulah soalannya apa rahsia sustain dari dulu sampai sekarang?โ€

Ntahlah..
Selagi Allah masih izinkan..

โ€œYang tu semestinya..Plislah hurai lebih sikit..โ€

Ermmm..

1- Niat berbisnes.
- Ramai nak kaya..kaya untuk apa?

2- Jaga & tunai yang wajib.
-Semualah yang diperintahNya.
Usahakanlah.

3- Gandakan yang sunat.
-Apa2 saja amalan sunat cari habit.
Jadikan macam wajib kena buat.

4- Jangan khianat.
-Tentang produk @ sesama manusia.
Jujurlah shayangggg๐Ÿ˜Œ

5- Sangka baik apapun ujian dariNya.
-Memang tak lepas dari cabaran.
Yakin ada manis di depan.

6- Belanja sekadarnya.
-Tak perlu impress sesiapa.
Tak kan hari2 nak menunjuk? Penatlah.
Orang pun tak kisah. Yang sakitnya kita.

7- Tiada niat bersaing dengan siapapun.
-Niat bersaing jadi tak tenang.
Melainkan betul2 positif.

8- Sentiasa fokus dalam track sendiri.
-Naik @ turun fokus kita bukan fokus orang lain.

9- Apapun yang negatif, lepaskan.
-Jangan simpan.
Jika disimpan makan hati. Makan diri.

10- Win2.
-Sama2 sedap sama2 tak sedap.
Jangan asyik nak sedap sorang.
Tak sedap bagi orang lain.
Jual ikan namanya.

11-Syukur.
Jangan lupa diri. Sedar2lah diri.
-Lu pikir la sendiri hahahah

Kesimpulannya..
Buat benda basic je yang agama kita dah ajar.
Atas izin dariNya belaka..
InsyaAllah.

PEPATAH:
TAK BOLEH BUAT SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA.

P/s: Terima kasih Sifoo Baitul Mustawa dari satu ganda naik ke dua ganda nak pergi ke tiga ganda dah ni masyaallah alhamdulillah.

Terima kasih Allah untuk segalanya๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

04 Jan, 14:27


Allah bersamamu anakku๐Ÿฅฒ๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

03 Jan, 02:13


Buruk rupanya wajahku bila serius๐ŸคฃBerkerut2 nak capai ke angka seterusnyaaaaa๐Ÿ˜‚
Yang lalui saja tahu.
Begitulah..

#mamadil #testedtrusted #since2012

DILA MUBARAK Channel

01 Jan, 12:36


Baru nampak wajah anaknda sejak tinggal di sana๐Ÿ˜‚
Majlis iftar di MTS Sham Alam.
Moga baik2 semuanya amin.

DILA MUBARAK Channel

01 Jan, 08:46


AZAM 2025:

*USAHA UNTUK SENTIASA SOLAT AWAL WAKTU.

*SETIAP HARI SIBUK DENGAN AL QURAN.

*SEDEKAH BERGANDA LAGI.

InsyaAllah amin.

Itu yang sunat.

YANG WAJIB TETAPLAH KENA BUAT WALAUPUN TANPA AZAM.

*TAAT SUAMI

*BERBAKTI PADA ORANG TUA.

*LAIN2โ€ฆ..Banyak yang wajib.

Jom.
Moga Allah tolong kita dunia akhirat.
Amin.

DILA MUBARAK Channel

01 Jan, 08:39


Setiap kali diuji fikir satu perkara,
Allah nak beri lebih baik lagi.

Paksa fikiran, hati untuk positif.
Paksa.

Paling penting,
Bersangka baik pada Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Insyaallah.

Tahun 2022 & 2023 paling sakit jiwa raga nak lalui..

Sampai pernah tertanya sendiri..
Dah 2 tahun rasa sakit ni..
Agaknya bila Allah nak buang rasa sakit ni..agaknya bila Allah nak ganti rasa sakit ni..
Aku sabar & menunggu janjiMu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji..
Engkau saja harapan sebenar2 harapan hambaMu.

Masuk 2024 Dia hadirkan satu persatu kegembiraan.
Hinggalah sepanjang tahun.
Allahurabbi.

Maha Baiknya Allah๐Ÿ˜ญ

2025โ€ฆ
Belum tahu lagi perjalanannya.
Ya Allah Engkau Maha Mengetahui.

DILA MUBARAK Channel

01 Jan, 08:28


Siapa sangka..
Sales paling tinggi sepanjang 2024 jatuh pada bulan Disember.
Bulan penutup.

Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..

Nak taip nak mula dari mana saya tak tahu.

Cuma itulah yang saya selalu kata,
Urusan dunia saya tak risau..
Jatuh bangun tergolek terhina dihina ditinggal difitnah dipalau dicemuh dimenganjing2kanโ€ฆ
Apa sajaaaaaaaaaโ€ฆ
Terus melangkah dengan tenang dalam senyuman.
Kerana yang Memberi itu Dia.
Bukan manusia.

Yang risau,
Akhirat.

Ya Allah..
Engkau buat hambaMu ini lebih yakin sepenuh hati dengan satu perkara.
Biarlah saya simpan saja.
Insyaallah saya akan teruskan.
Kerana itu janjiNya.

Terima kasih pada semua yang bersama & support Mamadil.
Tak kisah siapa anda.
Terima kasih๐Ÿ™

P/s: Ikutkan hati nak post juga di fb/ig untuk ucap terima kasih pada semua yang bersama Mamadil..yang support Mamadil..
Cuma saya risau dengan mata2 lalat.
Mata lalat yang sentiasa mencari najis.
Cukuplah saya post di sini saja.
Saya percaya anda semua insan2 baik.
Amin3๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

01 Jan, 01:25


Selamat tinggal 2024.

Majlis makan malam akhir tahun 2024 sebelum anaknda Akid Anaqi berpindah ke MTS Shah Alam.

Hubungan kekeluargaan itu bukan habis di dunia saja..sampai akhirat sana. Sampai syurga. Itu yang saya selalu ingatkan anak2.

Hargai setiap peluang, setiap rezeki, setiap kurniaan..apa saja yang Allah berikan, HARGAI..kerana esok belum tentu ada.

#Welcome2025 #mamadil

DILA MUBARAK Channel

31 Dec, 13:49


Welcome..

DILA MUBARAK Channel

31 Dec, 06:46


Louder sis!
Eheeee

Komen ni saya tengok kat video Dato Alif Syukri salam cium tangan anak dia.
Anak dia pun cium tangan dia jugak.

Maka macam biasalahโ€ฆ
Pengkomen2 mengkomen seperti benda tu luar biasa sangat.

Maklumlah mungkin dorang tak akan buat camtu kat anak dorang.
Dorang kan orang tua..
Mestilah yang muda kena hormat yang tua๐Ÿ˜Œ

Saya dah lama buat camtu kat anak2 sendiri.
Anak lelaki ke anak pompuan ke..
Bukan sebab tanda apapun..
Hanya tanda โ€œaku hargai kamuโ€
Itu untuk sayalah.

Alah..
Macam awak duk cium tangan anak awak masa baby tu boleh pulak eheee
Bukan setakat tangan..
Kaki pun cium masa baby tu.

Cuba tengok orang Filastina santuni anak dorang.
Tengok syeikh2 Indo cium tangan para penghafal Quran.
Tengok insan2 yang rendah hatinya merendah diri walaupun di hadapan anak kecil.

Tak pernah tengok?

Itulah..
Hidup ni jangan asyik cari keburukan.
Maka jumpalah keburukan.

Isteri cium tangan awak, awak suka.
Suami cium tangan awak, awak suka.
Kenapa dengan anak tak boleh tinggal satu perasaan yang bermakna untuk mereka?

Yelah..
Lain orang lain cara kan.

Jadinya, biarlah orang lain dengan cara mereka.
Kenapa semua nak suruh ikut cara kita?
Bukan kita betul sangat pun ehee

Ntah2 anak kita pun tunggang langgang.
Banyak sangat kita intai hidup orang.
Erghhh

Benda tak salah pun.
Chill sudah la.

P/s: Zaman ni nak post sesuatu kena fikir banyak kali..sebab..itulah sebabnya.

DILA MUBARAK Channel

31 Dec, 00:45


โ€œAku tak tau apa aku kejar dalam dunia ni..KAYA TAK JUGAK..gitu je..โ€

Ambil pengajaran bagi yang berfikir.

https://www.facebook.com/share/r/JPXMLgbDVPJZEgxV/?mibextid=wwXIfr

DILA MUBARAK Channel

30 Dec, 15:30


Terharuuuuuuuuโ€ฆ
Allah hadirkan orang2 baik walau tak pernah terlintas di hati untuk susahkan orang lain.
Allah hantar.
Ya Allah.
Alhamdulillah terima Allah.
Terima kasih orang2 baik๐Ÿฅฒ๐Ÿ™

DILA MUBARAK Channel

25 Dec, 05:33


Beliau pakai dah 6 bulan.
Yang guna je tahu feel dia camana.
Mamadil Age Defying Booster Serum๐Ÿ˜˜
Best amat!
Tq mss๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

25 Dec, 01:33


Alhamdulillah di atas segala kurniaan masyaallahโ˜บ๏ธ

Jangan takut waktu kamu ditinggalkan.
Jangan takut waktu kamu dipermainkan.
Jangan takut waktu kamu dibantai habis2an.
Jangan takut waktu kamu terasa sendirian.

Kerana disebalik semua itu,
Allah dah aturkan segalanya๐Ÿ’œ

Terima semua yang masih setia dengan Mamadil.
Terima kasih semua yang terus support.
Terima kasih yang terus percaya.
Terima kasih yang lama @ yang baru.
Terima kasih semuanya.
Terima kasih๐Ÿ˜Š

#mamadil #trusted #since2012

DILA MUBARAK Channel

24 Dec, 08:06


Tapi saya dengar ustaz kata tak baik..
Orang puji tu ucap la syukur kembali pada Allah..
Semuanya milik Allah.

Itu yang saya cuba buat selalu.
Alhamdulillah semuanya kurniaan Allah.

P/s: Kadang orang nilai kita sombong. Kadang orang nilai kita baiknya tak sombong pun.
Kadang bergantung situasi..
Kadang kita tak sedar.
Kadang kita sedar.
Kita hanyalah manusia biasa.

Maafkanlah segala kekurangan๐Ÿ’œ

Terima kasih semua ya.
Tak nak screenshot dah kikiii
Nak makan nasi + singgang + budu ni๐Ÿ’ƒ

DILA MUBARAK Channel

04 Dec, 07:13


Dari kisah pakcik ni..
Kita cuba belajar sabar, diam & senyum saat di hina.
Mampukah?

Bila redha, sekejap saja Allah angkat darjatnya.
Dimuliakan.
Dijemput menunaikan umrah sekali.
Masyaallah.

Itulah yang selalu dipegang..
Setiap ujian pasti ada hikmahNya.
Yakin janjiNya.

P/s: Bayangkan wajah ini ayah kita..

DILA MUBARAK Channel

03 Dec, 03:43


Tak habis2 dengan isu poligami ekโ€ฆ
Kita try send cerita terhangat ni kat asben.
Ermmmmmmm๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ

DILA MUBARAK Channel

02 Dec, 08:32


Camni la dari anak sulong sampai anak bongsu..Alhamdulillah.

Bahasa Melayuโœ…
Jawiโœ…
Al-Quranโœ…
English-OTW๐Ÿš—

2025 tahun 1 sudah Cik Anggun insyaallah๐Ÿ’œ

#ilovemyjob #housewife #mother #entrepreneur #mamadil

DILA MUBARAK Channel

01 Dec, 23:42


Selalu cakap pada diaโ€ฆ
Andai dah tiba masa,
Biarlah saya yang pergi dulu.
Jangan dia.
Saya tak nak lalui semua tu.
Tak nak.
Saya bukan siapa2 pun tanpa dia.
Namun kita tak tahu rencana Allah.
Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu..

DILA MUBARAK Channel

01 Dec, 16:54


Dan kerana itu..
Allah berikan aku ketenangan.
Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

01 Dec, 13:06


Disaat kamu bantu orang lain,
Allah sedang bantu kamu.

Masyaallah subhanallah.

Lalu depan ofis tadi,
3 buah van Pos Laju sedang pick up parcel.

Tim maklum ketiga2 van penuh rapat kiri kanan depan belakang.

Yakinlah rezeki dariNya.
Tidak kira apa musim & ketika.

Bila Dia nak beri,
Dia beri.
Alhamdulillah.

Terima kasih tim Mamadil & juga Sifoo Baitul Mustawa
Atas usahasama.
Sifoo nak kasi jadi lori pulak datang pick up.

InsyaAllah rezeki ini untuk terus dikongsi.
Amin3๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

30 Nov, 12:52


Anak tanyaโ€ฆ
โ€œMama bagi tak bantuan banjir?โ€

Bagi sayang.

โ€œKenapa mama tak pergi sekali?โ€

Kalau mama pergi siapa nak jaga anak2 mama kat rumah ni?

โ€œYe jugak..โ€

Jangan risau sayang.
Insyaallah setiap tahun tim Ezaaq Hazriq a.k.a CikJat akan turun padang mewakili kita semua.
Insyaallah.

Cuma tahun ni mama rasa sayu lain macam.
Nak update apapun tak ada mood.

Berapa kali nangis lihat mangsa banjir.
Lebih2 lagi yang semalam anak tertimbus sampai meninggal.
Lihat si abgnya dah lembik longlai..
Aku nangis teruk.

Gambar ni alhamdulillah tim CikJat berjaya sampai juga akhirnya di Madrasah Ustaz Kamaruzaman di Basung.
Ustaz K yang selalu jadi moderator program bersama UAI.

Kemarin Ustaz K voice note Cik Jat.
Anak2 madrasah balik Solat Jumaat tak sempat makan tengahari..
Air naik sangat cepat.
Tak dijangka langsung.
Makanan hanyut di bawa arus.
Anak2 pelajar lain pun ada menumpang di situ sementara.

Aku nangis lagi.
Aku terbayangkan anak aku di situ..

Ustaz cakap nak beras & roti saja kalau boleh..
Untuk sehari dua ni.

Tim CikJat bergegas pergi.
Waktu dah petang.
Akhirnya..
Tak berjaya sampai.
Laluan dah jadi macam lautan.

Hari ni cuba lagi..
CikJat update dari semasa ke semasa.

Beberapa kali harung air sampai air masuk dalam 4x4.
Harung..janji nak sampai.
Terbayang anak2 di sana kelaparan.
Cuma kami di sini risau juga keselamatan.

Alhamdulillah petang tadi sampai.

Insyaallah esok lusa tulat & seterusnya,
Kami akan pergi ke madrasah lain pula yang terlibat.

Ambil bahagian sikit sorang.
Jangan pandang saja tanpa ada rasa..
Ujian ni bukan untuk mereka saja.
Ujian ni juga untuk kita.
Takut esok2 Allah tanya.

Bukan soal sumbangan sikit atau banyak.
Soalnya,
Apa yang kamu bantu?

Awal bulan 11 hari tu saya cakap kat adik beradik saya..
โ€œAlhamdulillah nampak macam ok tahun ni..harap2 tak banjir teruk macam sebelum2 ni..kesian sangatโ€

Sekali dia mariโ€ฆ..
Paling teruk dari yang sudah.
Allahurabbi.

Bukan di Pantai Timur saja.
Banyak negeri terlibat sama.
Apakah sebenarnya tanda dariNya?

Jawapan hanya ada pada hati yang hidup.

P/s: Itu saja coretan sekadarnya.
Minta maaf jika kami kurang update.
Nak edit2 video bagai tak ada mood.
Janji kami tetap turun padang.
Insyaallah selagi ada izinNya.
Amin..๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

29 Nov, 08:48


๐Ÿ˜“๐Ÿ™

DILA MUBARAK Channel

29 Nov, 07:48


Kita mulakan bantuan makanan dll insyaallahโ€ฆ

Bertakwalah.
Ingatan untuk diri yang hina ini.

DILA MUBARAK Channel

28 Nov, 13:44


Dah kaya siap menganjing kita pulak eheh
Semoga terus maju jaya hendaknya.

DILA MUBARAK Channel

28 Nov, 11:57


Moga dipermudahkan segala urusan๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

27 Nov, 01:20


UAI malam ni di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah(MTS),
Batu Rakit.

Yang berdekatan dijemput memeriahkan kuliah Maghrib malam ni insyaallah.

MTS ni betul2 sebelah pagar INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS(INSTEP)
Ada signboard jalan masuk.
Waze je insyaallah jumpa๐Ÿ˜˜

DILA MUBARAK Channel

25 Nov, 07:51


Kenapa order tak pernah surut?

Alhamdulillah..

โœ”๏ธ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐ค๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐œ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค dari muka sampai ke kaki.
โœ”๏ธ ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐›๐จ๐๐ฒ ๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฆ dan mantap!
โœ”๏ธ ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐š๐ฌ๐ž๐ญ ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐œ๐ž๐ค๐š๐ง๐  dan anjal.
โœ”๏ธ ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐ค๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ก๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ , rasa lebih bersih & segar.
โœ”๏ธ ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐จ๐ ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ซ, badan pun rasa stabil.
โœ”๏ธ ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ ๐ซ๐ข๐ฉ, makin best hubungan.
โœ”๏ธ๐’๐ž๐๐š๐ซ-๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ ๐ฌ๐ฎ๐š๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐œ๐š๐ฆ.

Camana nak dapat Women Love ni?

ADMIN IRA :
www.wasap.my/60165116985
ADMIN Nadia :
www.wasap.my/60109085555
ADMIN Yasmin :
www.wasap.my/60129040085
@
www.mamadil.app ๐Ÿ˜˜

DILA MUBARAK Channel

25 Nov, 06:08


Masyaallah..
Bising berisi.
Diam pun berisi.
Itu kita mauuuuuu ehee
Alhamdulillah๐Ÿ˜˜
Tq semua๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

24 Nov, 15:34


Semalam sahabat saya kehilangan anak yang disayangโ€ฆ
Anak yang berumur 4 tahun lebih.
Allahuakbar.
Jujur tiada ayat.
Tiada kata2.
Rasa terdiam kaku.
Kalau kita pun dah camtu..
Ntah bagaimana ibu ayahnya.
Ya Allah kuatlkanlah sahabat kami ini.
Mereka keluarga yang sangat baik Ya Allah.
Sesungguhnya, syurgaMu tiada taranya Ya Allahโ€ฆ
Mahalnya syurgaMu Ya Allah.
Satukanlah mereka semula dalam syurgaMu yang terindah.
Amin๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

24 Nov, 06:18


https://vt.tiktok.com/ZSjQ4WL1k

Live jap sambil pack order jom๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

21 Nov, 01:22


Nilai barang COD ni Rm200 lebih.

Ada orang rasa banyak.
Ada orang rasa sikit.

Bukan itu point dia.

Tapi Allah tetap nak selamatkan dari kena scam.
Masyaallah alhamdulillah.

Semalam masa saya di ofis,
2-3 kali courier ni call.
Saya tak sempat jawab.

Tak sampai seminit pun.. saya wasap saja minta send no akaun.
Saya akan transfer barang COD tersebut.

Kurier nak call jgk.
Ok2.

Dia kata,
Kak saya nak tanya kak ada order tak barang ni sebab saya tengok pada info pengirim ni biasanya scammer.

Saya pun dalam situasi camtu tak dapat nak ingat semua..
Saya memang ada order barang COD
Tapi bukan hanya satu barang.
Haaaa..

Saya tanya dia boleh buka tak parcel tu sebab saya tak dapat nak โ€œtangkapโ€ barang mana satu..

Dia cakap boleh.
Dia pun bukak la satu persatu.

Alhamdulillah.
Memang bukan barang saya order.
Kalau kurier tu tak call maklumkan keraguan dia..
Dah pasti saya transfer saja.

Terima kasih orang baik.
Allah hantar untuk bantu saya.

Pernah dengar tak orang kata,

Beli barang nak COD.
Bila barang sampai, nan transfer pulak.
Baik transfer je dari awal.

Cuba relate dengan apa yang berlaku di atas.
Ada kebaikannya.

Terima kasih sekali lagi orang baik.
Moga Allah rahmatinya amin3.

Alhamdulillah.

P/s: DAH LA SIZE BAJU TU 4XL..
Ko rasa nyahhhhhhh๐Ÿ™‚โ€โ†”๏ธ

DILA MUBARAK Channel

16 Nov, 09:46


Masyaallah..tgk noti masuk..
Tqsm cust Mamadil selalu beli tak hengat donia๐Ÿ˜
Alhamdulillah semoga terus bermanfaat kami doakan๐Ÿคฒ๐Ÿป

DILA MUBARAK Channel

15 Nov, 03:39


Biasanya kita akan nampak waktu ni..
Camana dengan adik beradik awak?โ˜บ๏ธ

DILA MUBARAK Channel

14 Nov, 02:05


Pagi semalam..
Nak pergi kubur ayah macam biasa lalu depan kedai Pok Nong.

Ntah dalam hati tiba terlintas,

โ€œOrang baik Pok Nong ni..kalau dah tak ada nanti mesti ramai orang ziarah sebab ramai orang kenal Pok Nongโ€

Rasa bersalah masa tu kenapa hati aku terlintas camtu.
Patutnya doakanlah moga panjang umur, sihat selalu..dll.

Semalam tengok dalam group famili,
Pok Nong masuk hospital.
Komplikasi jantung.

Subuh tadi bukak phone,
Pok Nong dah tak adaโ€ฆ..๐Ÿ˜จ

Aku: ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ข

P/s: Pernah dulu Pok Nong bagitau kalau tak ada sotong fresh, Pok Nong tutup kedaiโ€ฆ

DILA MUBARAK Channel

14 Nov, 01:57


Innalillahiwainnailaihirojiunโ€ฆ
Buka phone pagi tadi rasa tersekat di dada.
Sebak rasa hingga saat ini.

Ikon celup tepung Terengganu telah pergi buat selamanya.

Pok Nong celup tepung kami kenal dari kami masih anak2 kecil.
Arwah ayah selalu bawa makan sotong celup tepung Pok Nong.

Bila dah besar ni agak tak rajin nak pergi..
Sebab orang selalu ramai.
Bila rasa nak makan sangat,
Bungkus.
Makan kat rumah.

Sampai sekarang bila sembang dengan adik beradik..
Kami selalu puji Pok Nong.

Orang baik.
Perniagaan makin maju.
Hingga di kenali ramai.
Jadi salah satu tempat tarikan pengunjung datang ke Terengganu.

Semalam lepas hantar anak sekolah..
Macam biasa nak pergi kubur ayah, lalu depan kedai Pok Nong.

Dalam hati terlintas sesuatu.
Tak sangka..
Semua dah tertulis dalam rencana Allah.

Ya Allah,
Ampunilah dia.
Rahmatilah dia.
Kasihanilah dia.
Tempatkanlah arwah bersama para solihin.
Arwah orang baik.
Amin Ya Allah๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih Pok Nong.

DILA MUBARAK Channel

12 Nov, 05:33


Tahniah Amad๐Ÿซก
Konvo semalam.
Tak sangka insan hebat ni sebenarnya sedang bekerja di pejabat Mamadil.
Tahniah seribu kali tahniah.

P/s: Semalam majikannya juga ditemu ramah Urusetia Penerangan Darul Iman.
Nak masuk dalam majalah kerajaan negeri๐Ÿ˜Œ
Alhamdulillah atas segala kurniaan Ya Allah.

DILA MUBARAK Channel

12 Nov, 02:35


Terus menjual macam biasa tak kisah la tarikh apapun๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah๐Ÿ˜˜

#mamadil #produkkeluaranfarmasi #since2012 #trusted #TqConsumer

DILA MUBARAK Channel

11 Nov, 02:57


Live kejap jom๐Ÿ˜‚

DILA MUBARAK Channel

11 Nov, 02:57


https://vt.tiktok.com/ZSjD8puxH

DILA MUBARAK Channel

10 Nov, 06:39


Percayalah saya sayang awak..๐Ÿ™„

DILA MUBARAK Channel

10 Nov, 02:13


Siapa tengok semalam?๐Ÿ˜‚

DILA MUBARAK Channel

10 Nov, 02:13


Tobat laaa sakit perut tengok live dorang semalam๐Ÿคฃ
Kecoh yakmat.

Nak cerita lagi, nak share feedback lagi, nak telan Women Love tu lagi..excited lagi๐Ÿ˜‚

Memang takleh bla laโ€ฆ

Yang penting best gila sharing dorang semalam.
Sebab real.
5 beradik ni sahih consume Suplimen Women Love.

Jadi masing2 nak share feedback masing2..
Itu yang jadi bergegar live dorang semalam๐Ÿ˜‚

Yang pregnant tu asbab Women Love jugak..
Tak sabar2 nak bersalin..
Nak consume balik cepat2๐Ÿ˜‚

97% feedback dorang โ€œdalaman padu terukโ€

Sempat la saya screenshot skit komen2 semalam.

Kena buat lagi live dorang ni rasanya..
Sebab best!๐Ÿ˜˜

#womenlovesuplimen #suplimenluarandalamanwanita
#produkkeluaranfarmasi #since2012 #mamadil

ADMIN IRA :
www.wasap.my/60165116985

ADMIN Nadia :
www.wasap.my/60109085555

ADMIN Yasmin :
www.wasap.my/60129040085

@

www.mamadil.app

DILA MUBARAK Channel

09 Nov, 13:18


Jom tengok geng kecoh nak ceeita apa pasal Mamadil๐Ÿ’œ

https://vt.tiktok.com/ZSjSEh2Jx/

DILA MUBARAK Channel

09 Nov, 01:44


Kita dengar sendiri โ€œreal feedbackโ€ dari 5 beradik malam ni live di TT ok๐Ÿ˜‰

Kelima2 mereka consume Women Love Suplimen Mamadil berpunca mak saudara yang rekomen๐Ÿ˜‚

So kita nak tahu cerita lebih lanjut.
Tunggu malam ni insyaallah๐Ÿซก

DILA MUBARAK Channel

08 Nov, 12:28


Ok..Mamadil dah booking Syatilla Melvin & adik beradiknya insyaallah esok!

Kita nak dengar sendiri real feedback dari 5 beradik ni lepas consume Women Love Mamadi๐Ÿ’œ
APA YANG JAHAT SANGAT TUโ€ฆ๐ŸŒš

#WomenLoveSuplimen #Since2013 #produkkeluaranfarmasi #trusted #mamadil

DILA MUBARAK Channel

07 Nov, 12:28


Terkejut jugak bila sahabat saya send screenshot ni dari Syatilla Melvin.
Alaaa Tilla wife Shaheizy Sam tu..

Ni bukan paid review ok.
Ni real punya feedback.
Kami tak bagi produk suruh try ke apa.
Tak ada.

Meh saya bagitau sikit.
Ini bukan cerita tak senonoh.

Beliau sebut part โ€œmoodโ€ tu sebabnya..
Women Love bantu perbaiki hormon yang berkecamuk..yang menggila..

Terutama bagi wanita yang dah bersalin.
Hormon selalunya tak stabil.

Sebab tu la mood kejap camtu kejap camni.
Nama pun tak stabil.
Yang selalu jadi mangsa suamilah hu3โ€ฆ

Izara pun share feedback yang sama masa mula2 consume dulu..

Bila hormon dah stabil itu yang mood kucing meow2 kembali.
Termasuklah yang lain2โ€ฆ..ermmm.

Tapi saya tak puas hati cerita sekerat jalan camni.

Sahabat saya bagitau,
Tilla bagi adik beradik dia yang kecoh tu consume sekali.
5 beradik consume Women Love ni.

Jadi saya nak minta dorang buat live.
Mintak cerita feedback masing2 lepas consume Women Love Mamadil ni.

Tunggu!๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

07 Nov, 02:39


Lepas hantar anak sekolah..
Tak ada keje nak buat.

Pergi sarapan Nasi Dagang Atas Tol.
Pastu tak tau nak gi mana..

Singgah pasar tani.
Beli petai.
Beli tebu๐Ÿคฃ๏ฟผ

Tebu tu nak tunjuk kat Anggun sebab dia tak pernah makan tebu.
Air tebu pun dia tak minum.
Aryan pun sama la.
Nak suruh dia rasa makan tebu camana.

Nama je duk kampung tapi itu tak kenal ini tak kenal budak2 sekarang nohhh..
Berbeza masa kita budak2 dulu.

Lepas tu nak balik rumah awal lagi..
Lepak kat pantai lu jap.

Begitulah..๐Ÿ˜Œ

DILA MUBARAK Channel

31 Oct, 05:36


MTS ni memang asal Turki sebab tu mereka buat dish Turkiye๐Ÿ˜˜

DILA MUBARAK Channel

31 Oct, 05:35


Macam biasa aktiviti tahunan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah akan adakan jualan amal menu Turkiye.

Siapa peminat makanan Turki boleh pergi 3 hari ni saja 31Okt-2Nov.

Jalan Pasir Panjang,Terengganu..
Tepi jalan besar tu saja.

Support jangan tak support k๐Ÿฅฐ

DILA MUBARAK Channel

30 Oct, 04:40


Ingat lagi masa pergi kelas bisnes dulu..saya letak handbag Chanel atas lantai jerghhhh
Lantai carpet la. Kasut kena tinggal kat luar
Kawan2 kecoh kejap oiiii Dila letak beg Chanel atas lantai je wehhhh๐Ÿ˜‚
Orang lain kemain letak atas kerusi tak pun atas meja๐Ÿ˜‚
Dalam hati saya,
Ntah aku tak ada rasa apapun๐Ÿ˜‚
Duk la kat situ beg oiiii aku nak belajar ni..

DILA MUBARAK Channel

29 Oct, 04:13


Cantik kan kotak baru lipbalm๐Ÿ˜˜

DILA MUBARAK Channel

27 Oct, 10:02


Alhamdulillah..ni belum betul2 tekan lagi ni. Kita test2 je dulu๐Ÿ˜˜

#mamadil #produkkeluaranfarmasi #trusted #since2012

www.mamadil.app

DILA MUBARAK Channel

24 Oct, 08:17


Dengan Anggun tak boleh tinggi suara sikit..
Nanti dia kata,

โ€œMamaโ€ฆkan kita dah janji nak cakap baik2..tak nak marah2..kan kita dah janji..โ€

Kita ok. Kita.
Bermakna..
Mama kena cakap lembut.
Dia pun cakap lembut.

Hasilnya sikap dia jauh lebih baik alhamdulillah.
Moga2 sampai ke sudah la camtu.
Amin3

Tapi saya faham je ragam setiap anak berbeza2.

DILA MUBARAK Channel

24 Oct, 01:55


Guru saya Sifoo Baitul Mustawa selalu cakap,

โ€œPuan jangan percaya ada yang kata zaman ni orang tak ada duit. Orang dah kurang membeli. Tak tepat sangat tu..Orang ada je duit cuma bezanya sekarang orang membeli yang mana kerap lalu lalang depan mata dia, dia buat pilihan nak beli brand mana & cara belian mana yang senang dapatโ€

Saya pun sahut kata guru saya.
Alhamdulillah ada benarnya.
Berhasil.

Bila kita ubah teknik sikit berbeza dengan cara yang dulu, orang tetap membeli macam dulu2 jugak..

Dorang beli produk Mamadil 300 ke atas tu memang selamba saja sejak 2012. 500, 1000. Selamba.
Alhamdulillah.

Gini,
Saya selalu berpegang & saya bagitau mak saya, adik beradik saya jugak..๐Ÿ˜‚

โ€œSelagi kita tolong orang, Allah akan tolong kitaโ€
Insyaallah.

Tqsm guru saya.
Esok nak gi jumpa sifoo la nak susun strategi baru pulak.
Doakanโ˜บ๏ธ

DILA MUBARAK Channel

23 Oct, 13:28


Dapat sesuatu dari perkongsian ni..

DILA MUBARAK Channel

23 Oct, 09:08


Kita shamerโ€ฆ.
Tak shuka simpan benda yang kita tak shukaaaโ€ฆ
Banyak lagi benda yang boleh buat kita shukaaaaโ€ฆ

Terpengaruh pelat ica pakmat western tu๐Ÿคฃ

Bila orang tu dah buat saya sakit hati,
Saya anggap dia dah tak wujud.
Setel.

Cubalah.
Tenang hidup kita ni insyaallah๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

23 Oct, 00:43


Tak gi kulohhhh ariniโ€ฆ
Semalam batuk bersambung2.
Bagi minum Susu Rizqi alhamdulillah reda sikit tu.
Kesian kalau pergi sekolah berjangkit kat kawan2 pulak nanti.

DILA MUBARAK Channel

22 Oct, 15:21


Biasa duk kata pompuan tak pernah salah..
Ni bukan kerja senang nak buat ni.
Tapi mak saya camnilah dengan arwah ayah๐Ÿ˜ช
Anak2 jadi saksiโ€ฆ.
Moga syurga tertinggi buat orang tua kita.
Amin3๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

21 Oct, 01:24


Alhamdulillah..
Tahniah anak sulong mama.

Mama tak tahu kakak akan ambil anugerah ni.
Gambar ni pun sahabat mama yang send.

Bila mama tanya kakak..
Kakak kata,
โ€œMama tak sihat. Mama rehat je kat rumah..Kakak ok jeโ€

Kakak oh kakak..

Ya Allah..
Tolong bahagiakan anak sulong kami.
Lapangkan dadanya.
Tenangkan hatinya.
Tajamkan fikirannya.
Indahkan akhlaknya.
Jadikan mereka insan hebat dunia akhirat.
Biarlah keindahan zahir batinnya menurun pula buat adik2nya Ya Allah..

Maafkanlah segala kekurangan ibu ayahmu wahai anak sulong..
Kamulah yang pertama belajar hidup susah senang bersama orang tuamu.
Mungkin kerana kau lihat segalanya kau jadi kuat wahai anak.
Dengan izin Allah jua.

Tahniah anakku.
Doaku selalu untukmu.
Semoga adik2mu juga mengikut langkahmu syg amin๐Ÿ’œ

#AnugerahMumtaz #MaahadDarulQuran #mamadil

DILA MUBARAK Channel

21 Oct, 00:50


Tengok komen kat post ni..
Komen lelaki teruk betul.
Kesiannya pemikiran jenis tak memahami.

Saya dah dapat apa yang dikatakan ni.
Alhamdulillah.
Rasa nak kerja, pergi kerja.
Rasa malas, duk je membungkam kat rumah.
Apa yang mustahil sangat bila Allah nak bagi?
Memang itu yang kebanyakan wanita nak pun.
Dia nak duk saja je..
Tapi tak ada masalah kewangan.

Macam mimpi di siang hari je kan?

Kalau tak mampu bagi pada isterimu ituโ€ฆdiam sajalah.
Tak perlu komen menampakkan anda suami lemah.

Sakit manusia sekarang.
Nak menutup kelemahan mereka maka keluarlah kata2 mengejek.

Emo tiberghhhhhhh๐Ÿคฃ

Assalamualaikum & morning guys๐Ÿ˜˜

P/s: Orang selalu kata saya ni seakan2 suka bekap kaum lelaki.
Tak jugak.
Tengok isu la ehee

DILA MUBARAK Channel

20 Oct, 14:18


Kifarah tu ada.
Sabar jelah walau sakit.
Nite๐Ÿ’œ

DILA MUBARAK Channel

20 Oct, 10:55


Order hari2 alhamdulillah tqsm semua๐Ÿ˜˜

#mamadil #produkkeluaranfarmasi

DILA MUBARAK Channel

20 Oct, 02:10


Cukuplah jadi lelaki lembik siang malam duk berbalah hal rumah tangga orang.
Berbalah hal remeh temeh.
Membawang siang malam.
Semua isu nak masuk.
Bahasa yang tak enak dibaca.
Memalukan wahai lelaki.

Jadi la lelaki berkarisma tinggi.
Yang mahal.
Yang payah nak dapat.
Satu dalam seribu๐Ÿ™„
Ah gitewwww๐Ÿคช

DILA MUBARAK Channel

19 Oct, 14:31


2 kali dah dia padam.
Dengan orang yang dah tak ada pun takut..
Apa lagi hidup.
Coward.

DILA MUBARAK Channel

19 Oct, 12:38


The final countdown.

DILA MUBARAK Channel

19 Oct, 12:18


Panjang rasa nak menaipโ€ฆ
Tapi biarlah.
Malas.
Beza susuk yang mengejar syurga & susuk yang hanya mengejar dunia.
Dunia tipu2 sampai masuk kubur.

DILA MUBARAK Channel

19 Oct, 11:57


Lelaki pilihan.

DILA MUBARAK Channel

18 Oct, 09:52


Selagi namanya hidup..

DILA MUBARAK Channel

18 Oct, 01:22


Semalam sahabat tanya kenapa tak hantar Anggun sekolah Al Amin tahun 1 nanti?
Tak ok ke?

ishhhh..
Mana pulak tak ok.

Alhamdulillah Al Amin antara terbaik juga setakat ni..
Dari anak sulong sampai yang no.3 belajar di Sekolah Rendah Islam Al Amin.

Kalau ikutkan abg dia Si Aryan memang mintak adik bongsu dia ni sekolah Al Amin tahun depan.
Dia nak jaga adik dia kat sekolah katanya.

Lagi pun Aryan setahun je lagi di Al Amin.
Pastu naik sekolah menengah la pulakโ€ฆ

Tak ada apapun.

Mama masih buat istikharah untuk Anggun.
Mana Allah bagi petunjuk yang tulah saya pilih.

Kadang camni,
Bila Allah bagi petunjuk A,
Bukan yang B tu tak bagus.
Kadang mungkin anak kita yang tak dapat sesuaikan diri nanti.

Kadang kita sesuai dengan persekitaran camtu.
Kadang camni.
Bergantung.

Contoh kakaknya Si Aisha sekolah di Maahad Darul Quran.
Si Akid adiknya saya hantar ke lain.
Tak hantar pun Maahad Darul Quran.
Padahal boleh je kalau nak hantar sekali.
Tapi saya tahu kemampuan mereka tak sama.
Aisha lain.
Akid lain.
Aryan lain.
Anggun lain.

Paling terbaik ibu ayah,
Sebelum apa2โ€ฆ
Buat istikharah.
Mohon petunjuk dari Allah.

โ€œYa Allah..anak aku nak masuk darjah 1 tahun depan..Kau berilah petunjukMu yang jelas Ya Allah..sekolah mana terbaik untuk dunia & akhirat anakku yang bernama Anggun Qisya Bt.Azuan ini..โ€

Contohโ€ฆ.

Begitulah.
Cara saya.

DILA MUBARAK Channel

17 Oct, 05:44


Mama bagitau dia..

Anggun dapat panggilan interview SRIDI untuk tahun 1 nanti..

SRIDI payah nak masuk dik..
Interview dia bukan besher2โ€ฆ
Adik kena sungguh2 la kalau nak masuk SRIDI.

Pagi tu sampai sekolah..
Dia suruh cikgu ajar semua subjek.
Dia bagitau cikgu, Anggun nak pergi interview๐Ÿ˜‚

Doakan Anggun berjaya ya.
Interview bulan 11 nanti.
Insyaallah๐Ÿ’œ