My #HadithTime @myhadithtime Channel on Telegram

My #HadithTime

@myhadithtime


Infak untuk My #HadihTime: https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime (Malay)

Selamat datang ke My #HadithTime! Channel ini direka khas untuk membantu ummah memahami dan mengamalkan hadis yang sahih dengan betul. Kami dengan bangga mengumumkan pelancaran My #HadithTime 2.0, dengan lebih banyak kandungan bermakna dan relevan bagi setiap individu.

Siapa sebenarnya kami? Kami adalah kumpulan individu yang bersemangat dalam menyampaikan ajaran Islam melalui hadis yang benar dan dipahami dengan betul. Kami ingin menjadi sumber ilmu yang dipercayai oleh ummah dalam menuntut ilmu agama.

Channel ini mempromosikan pemahaman yang tepat mengenai hadis serta kepentingannya dalam kehidupan sehari-hari umat Islam. Dengan menyertai kami, anda akan mendapat akses kepada pelbagai hadis yang memberi petunjuk dan panduan dalam kehidupan anda.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kefahaman anda terhadap ajaran Islam melalui My #HadithTime! Sertai kami hari ini dan jadikan setiap detik yang anda luangkan untuk belajar hadis sebagai masa yang bermakna.

Untuk menyokong usaha kami dalam menyebarkan ilmu, anda boleh memberi infak melalui pautan berikut: https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

02 Jan, 22:55


Rasulullah SAW menyifatkan Jumaat sebagai hari yang paling baik dalam seminggu. Dengan itu, kita digalakkan untuk melebihkan ibadah pada hari Jumaat.

My #HadithTime

02 Jan, 13:52


Sebahagian kita mungkin menganggap al-Quran hanyalah buku biasa lalu hati mereka tidak bersedia ketika membacanya. Bukalah pintu hati sebelum membuka helaian al-Quran.

My #HadithTime

02 Jan, 02:39


Ayah Melakukan Ibadah Bersama Anak
=====
Bukan sekadar berdoa agar dikurniakan anak yang soleh, Nabi Ibrahim turut mengajak anaknya untuk melakukan ibadah bersama. Inilah yang perlu dilaksanakan oleh setiap ayah pada hari ini, mengajak anak-anak mereka melaksanakan ibadah bersama. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail membina Baitullah iaitu Kaabah. Firman Allah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 127)

Semoga Allah membimbing kita.
https://t.me/MyHadithTime

My #HadithTime

31 Dec, 14:40


REJAB BULAN MULIA: BESAR DOSA & PAHALA

Abu Bakrah RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu telah pun berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada 12 bulan. Pada 12 bulan itu terdapat empat bulan haram (bulan yang mulia) iaitu tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, yang terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.”

(Sahih al-Bukhari, no. 3197)

Kini kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang mulia & suci, selain Zulkaedah, Zulhijjah & Muharram.

Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Ibn Abbas RA berkata:

وَجَعَلَ الذَّنْبَ فِيهِنَّ أَعْظَمَ، وَالْعَمَلَ الصَّالِحَ وَالْأَجْرَ أَعْظَمَ

"Allah menjadikan dosa lebih besar pada bulan-bulan haram ini. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar." (Tafsir al-Tabari)

Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa dan perbanyakkan amalan soleh.

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

31 Dec, 11:53


Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah. Pada bulan ini, dosa dan pahala lebih besar.

My #HadithTime

31 Dec, 07:37


Selamat Tahun Baru 2025!

Seiring dengan Misi Surah Al Saff (Barisan), semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kesatuan, dan kekuatan dalam perjuangan kita.

Kempen #QuranHour 2025: #SavingTheUmmah

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas mengajak untuk kita semua bersatu dalam saf perjuangan yang kukuh, saling menguatkan sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Jom sertai Kempen #QuranHour 2025 seperti info di poster.

Imbas QR untuk maklumat lanjut dan daftar penyertaan sekarang.

Mohon bantuan sebarkan.
Dari Malaysia ke seluruh Dunia.

My #HadithTime

31 Dec, 03:28


Coming soon. InsyaAllah.

My #HadithTime

30 Dec, 13:33


Dalam al-Quran, Allah menggambarkan salah satu sifat orang beriman adalah terdapat kesan sujud pada wajah mereka. Kesan sujud ini bukanlah tanda fizikal pada dahi seseorang, tetapi lebih kepada rupa elok yang sedap mata memandang.

My #HadithTime

29 Dec, 12:29


Ikhlaskan hati kita dalam menjadi hamba Allah. Jauhkan diri daripada segala unsur kesyirikan. Mohonlah bantuan daripada Allah dan bertawakkallah kepada-Nya.

My #HadithTime

28 Dec, 11:53


Apabila kita berbuat baik kepada ibu bapa, Allah akan memudahkan rezeki kita.

My #HadithTime

26 Dec, 13:30


Alhamdulillah sedang berlangsung Kelas Komunikasi Nabi sesi 2 bersama Ustaz Saifuddin.

Malam ini belajar tentang Komunikasi Suami Isteri.

Siapa yang belum join, klik sini untuk daftar: https://bit.ly/CaraNabiKomunikasi

My #HadithTime

26 Dec, 02:14


Dalam sejarah Perang Khaibar, terdapat sebuah peristiwa penting yang berkaitan dengan Rasulullah SAW.

Ketika pembukaan Kota Khaibar berlaku, baginda telah dihadiahkan seekor kambing oleh seorang wanita Yahudi.

Namun, kambing tersebut telah diracun. Wanita tersebut dengan sengaja meletakkan racun dalam bahagian kambing yang paling disukai Rasulullah SAW.

Dalam peristiwa itu, daging kambing tersebut sendiri ‘memberitahu’ kepada Rasulullah SAW bahawa ia telah diracun.

Namun, seorang sahabat yang turut makan bersama Rasulullah meninggal dunia akibat racun tersebut.

Walaupun baginda selamat, kesan racun itu dirasakan hingga saat-saat akhir kehidupan baginda.

Tonton di YouTube: https://youtube.com/shorts/vx94o2Jl3Fo?si=eNz0fWQRY9iA0Va3

My #HadithTime

24 Dec, 02:07


Rasulullah Sensitif Elemen Kekufuran
=====
1. Islam adalah agama yang berpegang kepada prinsip toleransi yang sangat tinggi. Namun dalam perihal akidah, Rasulullah dilihat sangat sensitif dalam beberapa perkara. Ini bagi memastikan muslim mempunyai pendirian yang tegas dalam isu berhubung akidah.

2. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

“Sesungguhnya Rasulullah tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari).

2.1 Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu penipuan ke atas Nabi Isa kerana dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah:

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ

“Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157).

3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan:

كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: " اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ

“Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya.

4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa. Begitulah perihalnya kita pada hari ini. Seorang muslim seharusnya bersikap berhati-hati dalam isu yang memberikan gambaran yang salah tentang perkara akidah.

5. Begitu juga dengan sikap Rasulullah terhadap Bible atau kitab terdahulu. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengundang sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar:

"أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏"

“Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab? Dan demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i).

6. Perhatikan dalam hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Saidina Umar. Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Apakah iman para sahabat begitu lemah sehingga tidak berupaya melihat lambang salib? Sudah tentu tidak!

7. Tetapi Baginda meletakkan satu garis sempadan yang jelas, bahawa dalam isu akidah seorang muslim hendaklah berhati-hati daripada sikap seakan menerima atau redha dengan akidah yang salah. Atau larangan ini bagi mengelak kita dari mempromosikan imej yang salah mengenai Nabi Isa yang dimuliakan tinggi dalam al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====
Follow @myhadithtime:
https://mylink.la/myhadithtime

My #HadithTime

24 Dec, 01:49


Download PDF buku 40 Hadis Tentang Rasuah dan Amanah oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi di sini:

https://www.researchgate.net/publication/387327880_40_Hadis_tentang_Rasuah_dan_Amanah

atau download di sini:

https://40hadithsanusi.wordpress.com/2024/12/24/40-hadis-tentang-rasuah-dan-amanah/

My #HadithTime

23 Dec, 12:28


Apabila Nabi SAW menerima khabar yang menggembirakan, baginda akan bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

My #HadithTime

23 Dec, 00:24


Ayuh daftar dan infak kepada Tabung Gerakan Al-Quran: https://bit.ly/CaraNabiKomunikasi

My #HadithTime

22 Dec, 13:48


Setiap kita seharusnya berusaha menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan khusus supaya menjadi bekalan peribadi buat diri kita di akhirat kelak.

My #HadithTime

26 Nov, 02:56


Pilihlah sahabat yang membimbing kita kepada kebaikan.

Sahabat yang baik boleh membawa kita ke syurga.

Salah memilih sahabat akan menjadi penyesalan yang abadi di hari akhirat kelak.

=====
Whatsapp channel @myhadithtime:
https://whatsapp.com/channel/0029VakWCch7z4koq28whD1W

My #HadithTime

25 Nov, 11:54


Bacaan Merdu Surah al-Baqarah ayat 247

Johan Qari Antarabangsa, Ustaz Husaini Mahmur

Link:
https://youtu.be/GngUp34nRCk?si=EAoS3wbb4tYdPRu-

My #HadithTime

25 Nov, 03:13


3 Tips Urus Harta Berdasarkan Kisah Pemilik Kebun Surah al-Kahfi

Ikuti kupasannya di kelas online aplikasi Surah al-Kahfi.

Infak & daftar di link berikut: https://bit.ly/TadabburKahfi

My #HadithTime

24 Nov, 13:47


Antara golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat adalah orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekah oleh tangan kanannya.

My #HadithTime

24 Nov, 11:35


Tidak mengapa seseorang itu membayar lebih kepada peniaga dengan niat bersedekah.

My #HadithTime

22 Nov, 00:35


Infak & Join Kelas Tadabbur Al-Kahfi!

Hanya dengan infak RM40, anda akan:
Sumbang ke Tabung Gerakan al-Quran
Join Kelas Tadabbur Surah Al-Kahfi secara PERCUMA!

Bermula: 20/11/2024

➡️ Setiap Rabu (4 minggu)
➡️ 9:00 - 10:00 malam
➡️ LIVE di Zoom (Rakaman disediakan)

Ustaz Fazrul Ismail & Ustaz Faiz akan kupas cara aplikasi Surah Al-Kahfi dalam kehidupan.

📲 Infak & Daftar: https://bit.ly/TadabburKahfi
📞 Pertanyaan lanjut, whatsApp: 01164307480 atau 01135458397

My #HadithTime

21 Nov, 22:56


Hari Jumaat, banyakkan selawat.

My #HadithTime

21 Nov, 12:51


Semoga ibu bapa terus cekal mendidik anak dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.

My #HadithTime

21 Nov, 09:42


Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)

2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami daripada hadis Rasulullah yang menegaskan:

إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ

“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.

3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibu bapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami daripada doa Baginda yang direkodkan dalam al-Quran. Firman Allah:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa ini.” (Surah Ibrahim: 40)

5. Perhatikan doa ini. Di hujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan dalam doa Nabi Ibrahim yang lain sebagai kata penguat iaitu ungkapannya:

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”

Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.

6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ

“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi Rumah-Mu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)

7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih daripada itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.

8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa ialah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hamba-Nya yang berharap kepada-Nya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

21 Nov, 03:11


UCAPAN SUNNAH UNTUK ORANG SAKIT

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

La Ba'sa Tohurun InsyaAllah

Maksudnya: "Tak apa, sakit ini menyucikan dosa, insya-Allah."

Apa hadisnya?

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَى مَرِيضٍ يَعُودُهُ قَالَ: «لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» فَقَالَ لَهُ: «لاَ بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ»

Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa biasanya apabila Nabi SAW masuk menjenguk orang sakit, Baginda akan mengucapkan:

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

"Tak apa, sakit ini menyucikan dosa, insya-Allah."

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3616)

1) Kita digalakkan mengucapkan kata-kata yang baik dan menenangkan kepada orang sakit seperti memberitahu penyakitnya akan membersihkan dosanya.

2) Ini membuka ruang kepada pesakit bersangka baik dengan Allah dan yakin setiap ujian itu tidak sia-sia.

3) Antara maksud lafaz ini adalah penyakit tersebut tidak berbahaya dan penyakit ini akan membersihkan dosa-dosa si pesakit. Begitu juga, penyakit ini menghalang pesakit daripada melakukan maksiat yang boleh dilakukan ketika sihat.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

=====

Infak untuk My#HadithTime:
https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

20 Nov, 15:15


Ibu bapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak.

My #HadithTime

20 Nov, 13:15


Alhamdulillah sedang berlangsung Kelas Aplikasi Surah al-Kahfi bersama Ustaz Fazrul.

Lebih 250 orang yang mendaftar.

Malam ini belajar kisah ashabul kahfi dan cara mengurus iman. Best masyaallah

Siapa yang belum join, daftar melalui pautan berikut: https://bit.ly/TadabburKahfi

My #HadithTime

19 Nov, 12:58


Dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa sifat suka bersedekah berupaya melapangkan rezeki seseorang.

My #HadithTime

18 Nov, 13:09


https://youtu.be/GljSaYpsbCI?si=Uou2ZgnQ6uXHJQxy

Ada orang bernazar dengan perkara aneh, seperti menanggalkan pakaian dan berlari bila hajat tercapai. Hakikatnya, ini bukan nazar yang sebenar!

Menurut Mazhab Syafie, nazar ialah qurbah, iaitu perbuatan ibadah. Contohnya, bernazar memberi makanan, membuat kenduri atau membantu orang miskin, itu dibolehkan.

Namun, nazar dengan perkara pelik dan memalukan diri bukanlah yang dipandukan oleh syarak. Kita perlu berhati-hati dalam memahami konsep nazar ini.

My #HadithTime

18 Nov, 13:08


Menjalin dan menjaga hubungan silaturrahim akan meluaskan punca dan pintu rezeki.

My #HadithTime

17 Nov, 11:59


Maafkan orang setiap hari. Sekiranya kita sentiasa memaafkan, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai.

My #HadithTime

17 Nov, 00:12


Lagi Buat Maksiat, Lagi Kaya
=======
1. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana sebahagian manusia diuji dengan kemewahan. Apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan kepada mereka, Allah memberikan kepada mereka kemewahan yang lebih sehingga mereka lalai. Lalu dikenakan azab kepada mereka, firman Allah:

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (Surah al-An`am)

2. al-Imam Ibn Kathir menjelaskan fenomena ini sebagai istidraj iaitu kemewahan yang dilimpahkan kepada mereka sekalipun mereka berpaling dari perintah Allah. Kata Ibn Kathir:

فتحنا عليهم أبواب الرزق من كل ما يختارون ، وهذا استدراج منه تعالى

“Iaitu kami limpahkan kemewahan kepada mereka dengan pelbagai pintu rezeki yang mereka pilih, dan ini ialah istidraj dari Allah.”

3. Dengan sebab itu Rasulullah pernah mengingatkan:

إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب ، فإنما هو استدراج

“Sekiranya engkau melihat sekiranya Allah memberikan seorang hambanya itu segala nikmat dari dunia dengan maksiat yang dia lakukan, maka sesungguhnya itu adalah istidraj." (HR Ahmad)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Whatsapp channel @myhadithtime:
https://whatsapp.com/channel/0029VakWCch7z4koq28whD1W

My #HadithTime

15 Nov, 23:08


No.1 video paling banyak likes di YouTube My#HadithTime 👇🏻 Anda rasa sebab apa? Cuba tengok!

Klik:
https://youtu.be/D0pblJpbjbw?si=ExBfv3_j_YgAF4h0

My #HadithTime

15 Nov, 11:33


Ibu bapa yang mendidik anak dengan ilmu yang bermanfaat akan mendapat pahala yang mengalir sekalipun setelah meninggal dunia.

My #HadithTime

14 Nov, 22:44


Infak RM40 & Join Kelas Tadabbur Al-Kahfi!

Hanya dengan infak RM40, anda akan:
Sumbang ke Tabung Gerakan al-Quran
Join Kelas Tadabbur Surah Al-Kahfi secara PERCUMA!

➡️ Mula: 20 November 2024
➡️ Setiap Rabu (4 minggu)
➡️ 9:00 - 10:00 malam
➡️ LIVE di Zoom (Rakaman disediakan)

Ustaz Fazrul Ismail & Ustaz Faiz akan kupas cara aplikasi Surah Al-Kahfi dalam kehidupan.

📲 Infak & Daftar: https://bit.ly/TadabburKahfi
📞 WhatsApp: 011-64307480

My #HadithTime

14 Nov, 12:58


Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa ialah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

My #HadithTime

14 Nov, 12:14


Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal.

My #HadithTime

14 Nov, 01:15


Hentikan Iklan Berunsur Lucah
=========
1. Bagi melariskan penjualan produk, sebahagian peniaga menggunakan elemen penipuan bahkan ada yang menyelitkan unsur lucah sebagai daya penarik bagi produk mereka. Ini adalah budaya yang dilarang.

2. Rasulullah pernah menegur para peniaga yang menggunakan unsur penipuan dan lagha (iaitu perkara yang sia-sia) yang membawa kepada dosa. Sabda Rasulullah:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ، إِنَّ هَذَا الْبَيْعَ يَحْضُرُهُ اللَّغْوُ، وَالْحَلِفُ، فَشُوبُوهُ بِالصَّدَقَةِ

“Wahai para peniaga, sesungguhnya proses jual beli ini (terkadang) disertai dengan unsur lagha (sia-sia, dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanla ia dengan sedekah.” (HR Ahmad)

3. Sebagai seorang Muslim, kita sudah pasti mengharapkan rezeki yang diberkati yang boleh kita suapkan kepada anak dan zuriat kita. Kita tentu tidak mahu sekiranya punca rezeki mengandungi unsur dosa dan syubhat yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan kita.

4. Para sahabat terdahulu sangat bimbang sekiranya punca rezeki mereka diselaputi dengan unsur-unsur syubhah (perkara yang meragukan dan dosa). Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan anak-anaknya. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

5. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan para peniaga agar menjauhi unsur-unsur penipuan apatah lagi menyumbatkan elemen kelucahan yang berupaya membina persepsi yang negatif terhadap masyarakat.

6. Penggunaan perkataan yang mempunyai dua makna (double meaning) yang boleh menimbulkan salah faham atau maksud yang lucah adalah perlu ditegah, apatah lagi dengan penampilan yang tidak senonoh.

7. Peniaga muslim seharusnya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan mereka dan bukan terikut-ikut dengan trend yang boleh menjatuhkan kedudukan mereka sendiri sebagai orang yang beriman.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

13 Nov, 14:10


Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

My #HadithTime

13 Nov, 02:23


(Lucu) 😂 Jangan Salah Baca Hadis Ini! Bahaya.

Tonton di YouTube: https://youtu.be/IEhd56ZT2jY?si=zrlw3SsKqu4orrRl

My #HadithTime

13 Nov, 02:23


Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

My #HadithTime

12 Nov, 01:20


DOA RASULULLAH KETIKA HUJAN TURUN

Aisyah RA meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah SAW melihat hujan, baginda akan berdoa:

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat."

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1032)

Rasulullah SAW mendidik kita agar banyak berdoa termasuk ketika hujan turun.

Baginda mengajar kita agar memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan yang memberikan manfaat kepada kita dan kawasan sekeliling kita, bukan hujan yang membawa bencana.

Semoga Allah SWT memelihara kita.

=====

Infak untuk My#HadithTime:
https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

11 Nov, 02:01


Gejala Zina Tanda Kehancuran Umat
==========
1. Berita Harian melaporkan bahawa berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu. Daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil.

2. Isu kehamilan luar nikah ini jelas berpunca dari jenayah zina yang berleluasa. Zina yang tidak terkawal merupakan satu indikator yang jelas mengenai kerosakan masyarakat yang akan membawa kehancuran dalam jangka masa yang panjang.

3. Perkara ini pernah disabdakan oleh Rasulullah. Baginda SAW pernah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan. Pembudayaan zina dalam kalangan anak muda menggambarkan rosaknya masa hadapan sesebuah negara. Sabda Rasulullah:

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Sekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka.” (HR al-Tabrani, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Malah pertumbuhan dan peningkatan budaya zina dalam kalangan mahasiswa berupaya menghasilkan anak-anak zina. Ini adalah seakan satu proses ke arah pembinaan keruntuhan sesebuah negara bangsa. Sabda Rasulullah:

لاتزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا، فإذا فشا فيهم ولد الزنا؛ فأوشك أن يعمهم الله بعذاب

“Umat ini akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik selagimana tidak tersebarnya anak-anak zina. Sekiranya berleluasanya anak-anak zina, maka dibimbangi Allah akan merencana azab yang lebih luas buat mereka. (HR Ahmad)

5. Justeru segala platform dan ruang yang membawa kepada pembudayaan keji ini haruslah dihentikan. Kita tidak mahu melahirkan pelacur dalam kalangan pelajar. Semua pihak hendaklah menjalankan peranan masing-masing dalam menghancurkan budaya zina ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://whatsapp.com/channel/0029VakWCch7z4koq28whD1W

My #HadithTime

11 Nov, 01:32


Rasulullah mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah.

My #HadithTime

10 Nov, 05:43


BAGAIMANA ANAK ANDA MENJADI PUNCA REZEKI?

Tonton di YouTube:
https://youtu.be/D0pblJpbjbw?si=ExBfv3_j_YgAF4h0

My #HadithTime

08 Nov, 01:02


Pengajaran Fitnah Surah al-Kahfi
=====
1. Surah al-Kahfi benar-benar menunjukkan kepada kita bagaimana manusia boleh tewas dengan pelbagai fitnah dunia yang ada pada hari ini. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mewakili setiap elemen dan mesej yang ingin disampaikan.

2. Kisah pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari dalam usaha menyelamatkan agama tauhid mereka. Mereka tidak berkongsi akidah dengan kepercayaan lain jauh sekali memperjuangkan konsep pluralisme agama.

3. Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Follower yang ramai menjadikan dirinya ego. Firman Allah:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut (follower) yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah tanpa dia sendiri menyedarinya.

5. Kemudian Allah datangkan pula kisah Nabi Musa, yang menceritakan tentang fitnah (ujian) ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepada baginda tentang Nabi Khidir.

6. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. Merasakan dirinya lebih tahu dari orang lain, mereka mudah untuk menyalahkan malah merasakan hanya pandanganya yang benar.

7. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong dan mengelirukan manusia mengenai agama Allah yang suci ini.

8. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan mengenai satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."

9. Sekalipun menurut Sheikh al-Tantawi, ayat ini merujuk kepada golongan musyrikin, Yahudi dan Kristian, namun pengajarannya adalah baik untuk kita semua. Ia mengingatkan kita bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

06 Nov, 04:18


https://youtube.com/shorts/2W9sC4Qesp8?si=cX9Y2huRwJ8S4xka

Alunan merdu ustaz husaini
Allahumma solli `ala muhammad

My #HadithTime

05 Nov, 23:03


Berdampinglah dengan kawan yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.

My #HadithTime

05 Nov, 23:02


Tinggalkan Mereka Yang Mempersenda Allah
=====
1. Hari ini muncul golongan yang dilihat seakan bermain-main dengan sentimen agama. Allah memerintahkan kita agar menjauhkan diri dari golongan sebegini. Mereka tidak layak untuk diberikan perhatian sebaliknya mereka hanya menjemput azab Allah. Firman Allah:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). (Surah al-An’am: 70)

2. Pada hakikatnya, sifat mempersenda Allah dan Rasul ini lahir dari benak kumpulan munafik yang memusuhi Islam pada zaman Rasulullah. Dalam Perang Tabuk, Allah mendedahkan sikap mereka yang mempersenda perjuangan Rasulullah. Perkara ini dipaterikan dalam al-Quran di mana Allah berfirman:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" (Surah al-Taubah: 65)

4. Menurut al-Imam al-Baghawi, sekumpulan orang munafik mengejek-ejek perjuangan Rasulullah yang berusaha menyebarkan dakwah hingga ke sempadan wilayah Rom. Mereka mempersenda usaha dakwah Baginda dan menakut-nakut para mujahidin bahawa mereka akan kalah bertempur dengan kerajaan Rom nanti. Allah mendedahkan sikap buruk mereka ini sehingga dinukilkan dalam al-Quran.

5. Saidina Abdullah bin Abbas pernah menceritakan tentang seorang lelaki yang memiliki Umm Walad (seorang hamba perempuan yang melahirkan anak kepada tuannya). Perempuan ini (Umm Walad tersebut) sering mengutuk (mencaci: tashtumu) Nabi. Setelah dinasihati oleh lelaki ini berkali-kali, perempuan tersebut masih kekal dengan sifatnya yang menghina Rasulullah. Hilang sabar dengan sikap perempuan itu, lelaki tersebut mengenakan hukuman. Apabila perkara ini disampaikan kepada Nabi, Rasulullah berkata perjanjian keamanan yang diberikan kepada perempuan tersebut telah terbatal kerana menyakiti Nabi.

6. Adakalanya tindakan yang tegas perlu dilaksanakan bagi mendidik masyarakat tentang batasan-batasan yang perlu mereka fahami dalam memuliakan kalimah Allah. Kesatuan umat Islam dalam memuliakan agama merupakan langkah yang dipuji Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

04 Nov, 06:56


Jika seorang ayah memainkan peranan penting, menjaga dirinya, dan menjadi seorang yang soleh, Allah akan memelihara anak-anaknya.

Youtube: https://youtube.com/shorts/TZIbYPieSHU?si=9P5wWn4edH7zyWan

My #HadithTime

04 Nov, 00:56


My #HadithTime baru aktif di Whatsapp Channel.

Jemput follow: https://whatsapp.com/channel/0029VakWCch7z4koq28whD1W

My #HadithTime

02 Nov, 23:21


Manusia Yang Paling Kaya
======
1. Jiwa manusia tidak pernah cukup dengan harta dunia. Manusia sentiasa mengejar kekayaan sekalipun apa yang telah ada di sisinya melebihi keperluan diri dan keluarganya.

2. Lalu Rasulullah memberikan definisi yang berbeza tentang pengertian kekayaan. Sabda Rasulullah:

وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ

"Dan bersikap redhalah dengan apa yang telah dibahagikan oleh Allah kepada kamu, maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya." (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

02 Nov, 22:57


Dalam kalangan 10 sahabat yang dijamin syurga, separuh daripada mereka telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah Uthman, al-Zubair ibn al-Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan Talhah.

My #HadithTime

02 Nov, 22:57


Al-Quran mengingatkan kepada kita tentang kepentingan memilih sahabat yang baik. Sahabat sebenar akan membimbing kita kepada keimanan dan bukan yang mengajak untuk menjauhkan diri daripada Allah.

My #HadithTime

02 Nov, 22:56


Qamarun, Rasulullah Umpama Bulan

https://youtube.com/shorts/XFTqq6eqxjw?si=NTpm_uzQjcXm-3yp

My #HadithTime

01 Nov, 13:32


Tidak Berkurang Harta Yang Disedekah
==========
1. Rasulullah mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)

2. Malah Rasulullah ﷺ mendidik Saidatina Aisyah bahawa harta yang kita sumbangkan akan kekal sebagai amalan. Perkara ini difahami melalui dialog Rasulullah ﷺ bersama isterinya itu. Aisyah menceritakan kepada Rasulullah ﷺ bahawa Para Sahabat telah menyembelih kambing untuk sumbangan. Lalu Rasulullah ﷺ bertanya kepada Aisyah:

مَا بَقِيَ مِنها؟ قالت: مَا بَقِيَ مِنها إِلَّا كَتِفُهَا، قَالَ: بَقِي كُلُّهَا غَيرَ كَتِفِهَا

“Apakah masih berbaki kambing tadi wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Tiada yang tinggal melainkan bahagian bahu sahaja. Lalu Rasulullah membetulkan kenyataan Aisyah: (bukan begitu Wahai Aisyah) kekal semuanya yang telah disumbangkan tadi (sebagai amalan) melainkan bahagian bahunya sahaja (yang tertinggal bukan sebagai amalan). (HR al-Tirmizi)

Perhatikan bagaimana Rasulullah ﷺ mendidik Aisyah agar faham bahawa bahagian yang kita sumbangkan akan kekal sebagai pahala di sisi Allah.

3. Malah sedekah dikatakan boleh membantu dalam menyembuhkan penyakit. Pesan Rasulullah ﷺ:

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ

“Rawatlah pesakit itu dengan sedekah.” (HR Abu Daud, dinilai Hasan)

4. Ya! Rasulullah ﷺ menasihati kita supaya bersedekah. Mudah-mudahan Allah berikan penawar buat sakit kita. Yang memberi dan menyembuhkan penyakit ialah Allah. Kita tidak tahu barangkali dengan sedekah yang kita sumbangkan buat mereka yang susah akan menyebabkan untuk Allah memberikan kesembuhan kepada kita. Dalam perihal memberi, Allah berfirman:

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah.” (al-Muzammil, 20).

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime

My #HadithTime

01 Nov, 09:50


My #HadithTime akan terus berusaha supaya sentiasa aktif dan konsisten berkongsi ilmu di media sosial.

Terima kasih kerana menyokong My #HadithTime.

Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

My #HadithTime

01 Nov, 05:57


DOA SUNNAH APABILA MEMBELI KENDERAAN BARU

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً أَوِ اشْتَرَى خَادِمًا، فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَإِذَا اشْتَرَى بَعِيرًا فَلْيَأْخُذْ بِذِرْوَةِ سَنَامِهِ

Maksudnya:

Apabila salah seorang daripada kamu berkahwin dengan seorang wanita atau membeli seorang hamba, maka bacalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau jadikan padanya. Aku berlindung denganmu daripada keburukannya dan keburukan apa yang Engkau jadikan padanya.”

Jika membeli unta, hendaklah memegang puncak bonggolnya dan membaca seperti itu juga.

(Hadis Riwayat Abu Dawud, no. 2160)

1) Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdoa kepada Allah dan memohon kebaikan dalam setiap keadaan kita, termasuk dalam urusan jual beli dan perkahwinan.

2) Disunatkan bagi pembeli kereta atau motor untuk berdoa dengan lafaz ini kerana itu juga merupakan kenderaan zaman ini.

3) Jika unta dipegang pada bahagian bonggolnya, maka kereta dan motor kita boleh pegang pada mana-mana bahagiannya yang paling atas.

Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita semua.

=====

Infak untuk My#HadithTime:
https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

31 Oct, 23:27


Sokong dakwah myhadithtime dengan berinfak. Moga pahala tuan/puan sentiasa mengalir.

Link:
https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

30 Oct, 08:14


Persepsi Jahat Buat Pendakwah
============
1. Sudah menjadi lumrah buat para pendakwah, mereka akan disekat, diancam malah dilemparkan persepsi buruk. Tindakan ini adalah bagi menyekat usaha dakwah mereka.

2. Teknik memburukkan imej pendakwah ini telah dilalui oleh para Nabi terdahulu. Ia bertujuan bagi membunuh imej (character assassination) para pendakwah supaya manusia menjauhkan diri dari mereka.

3. Melibatkan diri dengan pendakwah pula dikatakan kolot atau hidup dalam "buble sendiri." Allah merekodkan perkara ini dalam al-Quran di mana para Nabi terdahulu dipanggil “gila” (majnun), ahli sihir dan tukang tilik.

4. Menurut al-Imam al-Tabari, isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan LGBT terkutuk. Bimbang pula kita kalau hari ini melawan arus kemungkaran LGBT ini kita pula dikatakan gila. Namun, begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut dahulu, melawan LGBT dipanggil gila. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan, Muassasah al-Risalah, 2000, 23/497).

5. Nabi Nuh dan Nabi Musa dituduh gila kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu (lihat Surah al-Qamar: 9 dan al-Syu’ara: 27). Kalau dahulu tuhan-tuhan mereka adalah berhala yang megah tersergam zahir, hari ini manusia menjadikan nafsu mereka sebagai tuhan, berhala yang terpendam sulit. Mereka meninggalkan arahan Allah dengan menyembah akal liberal dan menuruti nafsu mereka. Benarlah firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Apakah kamu tidak melihat (wahai Muhammad), mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?

6. Rasulullah pula diberikan pelbagai gelaran bagi memberikan imej buruk buat Baginda. Bagi mengelakkan manusia dari mendekati Muhammad, mereka membunuh imej Baginda (character assassination) dengan menyifatkan Baginda sebagai orang gila, ahli sihir, tukang tilik dan ahli syair.

7. Begitulah jalan dakwah. Dari zaman para Rasul lagi mereka diberikan gelaran buruk agar manusia menjauhi mereka. Ciptaan gelaran dan lemparan persepsi buruk akan menyelubungi mereka semata-mata kerana memperjuangkan agama Allah.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://t.me/MyHadithTime

My #HadithTime

30 Oct, 00:38


Antara petua murah rezeki adalah banyak beristighfar memohon ampun kepada Allah.

My #HadithTime

29 Oct, 09:45


Video: https://youtube.com/shorts/XbFBIVJZrJU?si=BOExWBsQVbLal6eN

Kalau di rumah, kadang-kadang ayah tak banyak bercakap.

Ayah sekadar berkata "emm," begitu sahaja.

Mak pula yang lebih banyak berbual.

Selalunya, ayah cuma berkata, “Emm, dengar apa yang mak kau cakap.”

Peranan seorang ayah sebenarnya sangat besar.

Kalau kita perhatikan dalam al-Quran, kebanyakan dialog yang dipaparkan adalah antara ayah dan anak.

My #HadithTime

29 Oct, 00:56


Dapatkan perkongsian myhadithtime di whatsapp group

Join: https://chat.whatsapp.com/LDMJ501CcCYF6rxwBE7aRA

My #HadithTime

25 Oct, 00:46


Perbanyakkan berselawat pada hari Jumaat

My #HadithTime

24 Oct, 01:43


Berjalan, Berlumba dan Berlari Dalam al-Quran
========
1. Perhatikan bagaimana perkataan berjalan, berlumba dan berlari disebutkan dalam al-Quran. Ia dipersembahkan dengan konteks dan objektif yang sangat sesuai dengan keadaannya.

2. Perkataan berjalan digunakan dalam konteks yang menjelaskan soal usaha mencari rezeki. Seakan-akan Allah ingin mendidik kita agar soal rezeki diusahakan dengan tenang, tidak terlalu gopoh dan gelojoh bagi meraih keuntungan dunia. Firman Allah:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah.."

3. Namun apabila menyebut tentang solat, Allah menggunakan perkataan "berusaha segera." Ia seakan satu mesej, solat ini adalah sesuatu yang mesti diusahakan dan ditunaikan segera bagi mengingati Allah. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli."

4. Apabila menyebutkan tentang keampunan Allah, Allah meminta kita berlumba-lumba. Ia seakan satu tingkatan yang lebih tinggi lagi. Firman Allah:

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ

"Berlumbalah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu..."

5. Kemuncaknya apabila menyebut tentang keredaan Allah, maka Allah meminta kita berlari kepada. Firman Allah:

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

"Maka berlarilah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata."

6. Perhatikan bagaimana semakin tinggi objektif yang ingin dicapai, semakin tinggi usaha yang mesti dilakukan dengan kadar yang segera.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://mylink.la/myhadithtime

My #HadithTime

23 Oct, 08:08


DOA AGAR DIKURNIAKAN KEBAIKAN DALAM SETIAP PERKARA

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengajarkan doa ini kepadanya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu."

(Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3846)

Apa yang kita belajar daripada doa ini?

1) Memohon kebaikan secara umum tanpa mengkhususkan jenis kebaikan.
2) Boleh jadi kita mahukan sesuatu tapi kita tidak tahu sebenarnya ia tidak baik buat kita.
3) Serahkan urusan kita kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat.

Semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja kepada kita di dunia dan akhirat.

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

23 Oct, 02:41


Bacaan Merdu Surah al-Baqarah Ayat 235 oleh Johan Qari Antarabangsa, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur

https://youtu.be/HoSMDRDZY0o?si=c1HFuxgLAnm-OGhK

My #HadithTime

21 Oct, 23:44


Andai kita sedang marah, kawallah diri agar kita tidak mengucapkan perkataan yang akan kita kesali.

My #HadithTime

21 Oct, 04:04


Jangan jemu tanya anak tentang solat

Youtube: https://youtube.com/shorts/TrY2BR0DMPo?si=z6hUTX6KZ-sGNwpo

My #HadithTime

20 Oct, 09:39


DOA KEHANCURAN TERHADAP MUSUH ISLAM

Seorang sahabat, Abdullah bin Abi Aufa RA menulis surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika beliau pergi berhadapan dengan orang-orang Haruriyyah (Khawarij).

Abdullah beritahu bahawa pernah suatu ketika dahulu, apabila Rasulullah SAW berhadapan dengan musuh, Baginda menunggu hingga matahari mulai condong. Kemudian, Baginda berdiri dan berkata:

"Wahai kaum muslimin, janganlah kamu menginginkan perjumpaan dengan musuh, mohonlah kesejahteraan kepada Allah. Tetapi apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah naungan pedang."

Kemudian Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

"Ya Allah, Tuhan Yang Menurunkan Kitab al-Quran, Yang Menggerakkan Awan, Yang Menghancurkan Tentera al-Ahzab, Engkau hancurkanlah mereka (musuh Islam) dan bantulah kami mengalahkan mereka."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1742)

Doa ini antara doa Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan dan baca ketika menghadapi musuh Islam, juga doa buat saudara kita di Palestin dan lain-lain agar Allah membantu mereka dan mengalahkan musuh.

Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita.

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

19 Oct, 13:02


Tangan-tangan Yang Terputus
==========
1. Demi memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada dalam kalangan mereka yang terkorban, ada dalam kalangan mereka yang hilang anggota. Kami senaraikan di sini, beberapa orang sahabat yang terputus tangannya ketika berjihad. Antaranya:

2. Tangan Mus'ab bin Umair. Menurut riwayat Ibn Sa'ad, tangan Saidina Mus'ab bin Umair telah terputus dalam Perang Uhud. Beliau memegang panji tentera Islam lalu tangannya ditebas oleh Ibn Qami'ah.

3. Tangan Ja'far bin Abi Talib. Tangan Saidina Ja'far dikatakan terputus keduanya dalam Perang Mu'tah. Rasulullah ﷺ menangis mendengar perkhabaran ini dan menyifatkan Ja'far seorang yang akan diberikan sayap di syurga.

4. Tangan Nusaibah binti Ka'ab. Saidatina Nusaibah ialah contoh ibu pejuang. Beliau telah menyertai Perang Yamamah dan terputus tangannya dalam perang tersebut. Malah anaknya syahid di medan jihad.

5. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

My #HadithTime

19 Oct, 11:53


Demi memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada yang terkorban, ada yang hilang anggota. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.

My #HadithTime

19 Oct, 11:40


https://youtube.com/shorts/1UZOs6lRIMs?si=5JuY6wXWw6dK5Icz

My #HadithTime

19 Oct, 11:37


Tentang “Qul” dalam al-Quran
=====
1. Perkataan Qul disebutkan sekitar 332 kali dalam al-Quran dan sebanyak 57 surah mengandungi kalimah istimewa ini. Dalam erti kata yang lain, hampir separuh surah dalam al-Quran memikul perintah Qul yang diwahyukan dari Ilahi.

2. Daripada jumlah tersebut, Surah al-An’am adalah surah yang paling banyak menyebutkan perkataan Qul ini. Sebanyak 44 kali, Allah memerintahkan Rasulullah agar mendidik umatnya melalui perintah Qul ini.

3. Perkataan Qul membayangkan bahawa al-Quran itu adalah wahyu dari Allah dan bukan ciptaan Muhammad seperti yang didakwa oleh Quraysh. Baginda hanya menerima perintah “Qul” untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada umatnya. Firman Allah:

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam).” (Surah al-An’am: 14)

4. Perkataan “Qul” juga menunjukkan terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan penjelasan dan penghujahan secara verbal. Ada perkara yang tidak memadai hanya dibiarkan manusia itu manusia berfikir dengan fikirannya sendiri.

4.1 Sheikh al-Tantawi menjelaskan, surah ini diturunkan sekitar tahun keempat dakwah bermula. Saat ini merupakan tempoh yang paling crucial buat Nabi untuk memberikan penjelasan tuntas bagi menghadapi argumen kaum Qurasyh. Maka tidak hairan surah ini memikul paling banyak perintah Qul, iaitu satu bimbingan buat Nabi dalam menghadapi penghujahan Jahiliah.

5. Malah menurut Sheikh al-Tantawi lagi, surah ini banyak mengandungi upacara, kepercayaan serta tradisi Jahiliah yang merangkumi aspek sembelihan, nazar, makanan, minuman serta sembelihan mereka. Lalu Allah bimbing Rasulullah melalui perintah Qul, dalam usaha membanteras kerosakan Jahiliah.

6. Selain itu, kalimah Qul ini turut mendidik kita menyebutkan lafaz-lafaz yang telah diwahyukan oleh Allah, sebagai satu ikrar buat diri kita dalam kehidupan ini. Firman Allah:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

7. Menariknya dalam surah al-An'am ini, Allah menutup penghujung surah tersebut dengan perintah Qul, sama seperti yang berlaku dalam surah al-Kahfi (yang kita baca mingguan) dan dalam surah al-Mulk (yang kita baca harian).

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime

My #HadithTime

17 Oct, 23:18


Rasulullah SAW menyifatkan Jumaat sebagai hari yang paling baik dalam seminggu.

Dengan itu sebahagian ulama memberikan fokus untuk lebih beribadah pada hari Jumaat. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:

Hari Jumaat ialah hari yang diharuskan buat kita untuk menyendiri dalam memfokuskan masa untuk beribadah. (Zad al-Ma'ad)

Semoga Allah membimbing kita

=====

Infak untuk My #HadithTime:
https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

My #HadithTime

16 Oct, 15:03


Sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.

My #HadithTime

15 Oct, 21:38


Marilah bersama kita doakan agar Allah membantu saudara kita yang dizalimi dan mengalahkan musuh Islam.

My #HadithTime

14 Oct, 22:34


Menulis atau menyebarkan ilmu di ruang media sosial ialah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita.

My #HadithTime

14 Oct, 01:19


TAHNIAH USTAZ HUSAINI

Sekalung Tahniah buat Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Qari My #HadithTime yang telah dinobatkan sebagai JOHAN QARI, mewakili Malaysia sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1446H / 2024M.

Semoga terus cemerlang mengalunkan keindahan ayat al-Quran dan memberikan inspirasi kepada ummah.

Semoga kita semua terus rajin membaca dan perbaiki bacaan al-Quran.

My #HadithTime

13 Oct, 09:16


Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka.

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah.

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime