🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024 @konvokesyen_uthm2024 Channel on Telegram

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

@konvokesyen_uthm2024


Informasi pengurusan graduan sempena Istiadat Konvokesyen UTHM ke-24

KONVOKESYEN UTHM 2024 (Malay)

Selamat datang ke saluran rasmi 'KONVOKESYEN UTHM 2024'! Anda dijemput untuk menyertai kami dalam memeriahkan majlis istimewa ini yang menandakan kejayaan graduan UTHM dalam Konvokesyen ke-24. Saluran ini menyediakan maklumat terkini mengenai pengurusan graduan, jadual majlis, protokol dan garis panduan penting yang perlu diperhatikan oleh graduan UTHM yang bakal menyertai istiadat bersejarah ini. Dapatkan info berguna dan berkaitan dengan persediaan konvokesyen serta perkembangan terkini di saluran ini. Jadikan persediaan anda sebaik mungkin dan sertai kami dalam memperingati detik kebanggaan dan kejayaan bersama-sama. Jom sertai saluran 'KONVOKESYEN UTHM 2024' sekarang untuk maklumat terkini! 🧑‍🎓🎓

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

17 Jan, 03:21


SENARAI PERMOHONAN PENGEPOSAN SIJIL/TRANSKRIP
UNTUK GRADUAN BERSTATUS MOHON SEMULA

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

17 Jan, 03:20


STATUS PERMOHONAN POS SIJIL DAN TRANSKRIP BAGI GRADUAN TAHUN 2024

1. Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) telah selesai membuat urusan pos (Syarikat Pos Malaysia) kepada semua graduan tahun 2024 yang telah membuat permohonan melalui sistem E-GRADUAN. Graduan boleh mendapatkan nombor pengesanan di dalam sistem E-GRADUAN.

2. Graduan yang berstatus mohon semula dikehendaki membuat permohonan semula melalui emel setelah melengkapkan semua perkara yang belum selesai. (Sila rujuk peraturan konvokesyen UTHM)

3. Sila kemukakan permohonan semula melalui emel ke alamat seperti di bawah. Pastikan anda telah menyelesaikan semua perkara berkaitan sebelum mengemukakan permohonan semula. Emel permohonan semula hendaklah dilampirkan dengan surat kebenaran pos sijil dan transkrip di alamat emel : [email protected]

Muat turun borang kebenaran pos : https://ppa.uthm.edu.my/images/borang/Surat_Kebenaran_Mengepos_Sijil_Dan_Transkrip_BM_2020.pdf

4. Graduan Pasca Siswazah diminta merujuk kepada Pusat Pengajian Siswazah berkenaan status penghantaran pos.

5. Pertanyaan berkenaan SKPG, SisMA dan BEM sila berhubung dengan Pejabat Alumni (Unit Data dan Perangkaan)
https://telefon.uthm.edu.my/fakulti/senarai2/41

6. Pertanyaan berkaitan hutang si berhubung dengan Pejabat Bendahari (Unit Akaun Pelajar)
https://telefon.uthm.edu.my/fakulti/senarai2/8

Terima Kasih.

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

15 Dec, 03:03


Pengecualian PTPTN Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Kaedah permohonan adalah secara dalam talian melalui aplikasi web myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my) yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/

https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/

Terima Kasih

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

15 Dec, 02:53


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, kaunter pemulangan jubah akan hanya akan dibuka sehingga hari ini sahaja (15 Disember 2024; 4.30PM)
Mohon kepada semua graduan yang belum memulangkan jubah untuk segera berbuat demikian.
Caj Denda Harian boleh dikenakan bermula 16 Disember 2024.

Assalamualaikum and Greetings.

For your information, the gown return counter will only be open until today (15th December 2024; 4:30 PM).

We kindly request all graduates who have not yet returned their gowns to do so as soon as possible. A Daily Penalty Fee may be imposed starting from 16th December 2024.


Terima Kasih
Thank you.

🧑‍🎓KONVOKESYEN UTHM 2024

12 Dec, 05:30


Kaunter Pemulangan Jubah Konvokesyen
Convocation Robe Return Counter

1st Floor, Block F2
(Examination Building)

7 - 11 December 2024
(9.00 am - 4.30 pm)

12 December 2024
(9.00 am - 3.30 pm)

15 December 2024
(9.00 am - 4.30 pm)