KISAH BAGAIMANA MARK MINERVINI MEMENANGI US INVESTING CHAMPIONSHIP 1997.
US Investing Championship pada asalnya diasaskan oleh Norman Zadeh, seorang pakar matematik dan spekulasi pasaran, pada tahun 1983.
Pada ketika itu, teori pasaran efisyen menjadi pegangan kebanyakan akademik. Teori ni memberitahu bahawa manusia tidak boleh mengatasi market kerana market akan diskaun semua informasi ke dalam price sehingga manusia tidak boleh mengambil kesempatan atas sebarang informasi, dan dengan itu manusia tidak mampu mengatasi market itu sendiri.
Norman Zadeh mewujudkan pertandingan ni kerana nak membuktikan yang manusia sebenarnya boleh mengatasi market dan nak membuktikan teori tersebut tidak begitu tepat.
Zadeh, yang pernah mengajar matematik di Stanford University dan UCLA, juga menyedari bahawa teori semata2 tak cukup untuk memahami realiti sebenar dalam pasaran yang dinamik. Dengan USIC, Zadeh bukan sahaja ingin membuktikan bahawa traders berbakat boleh mengalahkan pasaran, tetapi juga untuk menarik bakat-bakat hebat ini dan menguruskan wang untuk pelanggannya.
Pada tahun 1996, Mark Minervini memutuskan untuk menyertai peraduan ini dengan satu tujuan — menjadi juara. Mark, pada usia 31 tahun, yakin bahawa kemahirannya telah mencapai tahap di mana dia mampu menang. Dengan modal awal USD25,000, dia memasuki pertandingan tersebut dan mula berdagang dengan gaya yang sudah sebati dengannya: agresif tetapi dengan kawalan risiko yang ketat.
Pada akhir suku pertama, akaunnya meningkat 49.72%, menjadikan modalnya kepada USD37,430. Walaupun Mark tidak tahu bagaimana dia dibandingkan dengan traders lain, dia tetap fokus pada pelan dagangannya. Akaunnya kemudian meningkat sebanyak 93.75%, dengan jumlah keseluruhan keuntungan mencapai 190.08% pada enam bulan pertama. Mark mula merasakan bahawa dia berada dalam posisi yang sangat baik dalam pertandingan ini.
Namun, sebaik sahaja dia di puncak, dia menerima panggilan yang tak dijangka. Koordinator pertandingan memberitahu bahawa USIC ditangguhkan kerana siasatan dari Securities and Exchange Commission (SEC). Mark terkejut, tetapi tetap tenang. Walaupun kecewa, dia menerima hakikat bahawa peraduan tersebut mungkin ditutup untuk selamanya.
Tetapi, beberapa bulan kemudian, Mark menerima panggilan lain. Isu dengan SEC telah diselesaikan, dan pertandingan akan disambung semula pada 1 Januari 1997. Namun, keputusan tahun 1996 tidak akan dibawa ke hadapan. Jika Mark ingin menang, dia perlu bermula semula dari awal.
USIC 1997 pula diperkenalkan dengan syarat-syarat baru. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua divisyen: satu untuk akaun trading peribadi yang bernilai antara USD200,000 hingga USD999,000, dan satu lagi untuk akaun yang digabungkan melebihi USD1 juta. Tiada sekatan pada apa yang boleh didagangkan dalam mana-mana divisyen; peserta bebas untuk berdagang saham, options, futures, atau campuran ketiga-tiganya.
Mark merasa syarat baru ini tidak adil baginya. Sebagai seorang trader yang hanya fokus pada saham, dia kini terpaksa bersaing dengan traders options dan futures yang boleh menggunakan leverage besar untuk meraih keuntungan yang lebih cepat. Ini bermakna mereka boleh mencapai keuntungan yang jauh lebih tinggi dalam masa yang singkat, memberi mereka kelebihan berbanding traders saham seperti Mark.
Walaupun terasa tidak adil, Mark tetap masuk peraduan tersebut dengan modal baru USD250,000.
Tahun 1997 juga USIC memperkenalkan ciri baru iaitu setiap suku tahun, kedudukan pertandingan di dalam USIC akan diumumkan. Berbanding tahun 1996, kini Mark lebih jelas kedudukannya dalam pertandingan berbanding peserta lain.
Pada suku pertama, Mark hanya mencatat peningkatan lebih dari 8%. Walaupun tidak cukup untuk tempat teratas, dia tahu bahawa apa yang penting adalah keputusan akhir. Pada suku ketiga, Mark berjaya merebut tempat pertama dengan peningkatan 110.10%, bersaing rapat dengan peserta lain yang mencatat 110.00%.