Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ @komunitijt2023 Channel on Telegram

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

@komunitijt2023


Komuniti Pencinta Buku Jejak Tarbiah & JIWA | Memasyarakatkan Ilmu dan Budi Melalui Buku, Wacana dan Kembara.

JT Publishing House Sdn Bhd 202201024412 (1470109-K).

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (Malay)

Selamat datang ke Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA! Channel ini adalah tempat di mana pencinta buku dan pembelajar yang berminat untuk memperkembangkan diri melalui pembacaan berkumpul. Komuniti ini menyediakan platform yang membolehkan para ahli berkongsi pandangan, ulasan buku, dan pandangan terkini tentang dunia literasi. Dengan mengikuti channel ini, anda akan mendapat pelbagai cadangan buku dari pelbagai genre dan penulis yang berbeza. Komuniti ini juga berusaha untuk memupuk budaya literasi di kalangan masyarakat Malaysia, mendukung program-program bacaan, dan berkongsi tip-tips berguna untuk menjadi pembaca yang lebih efektif. Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA adalah tempat yang sempurna bagi mereka yang ingin terlibat dalam perbincangan yang mendalam mengenai buku dan pembelajaran. Sertai kami hari ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang berjaya ini! ๐Ÿ“šโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Feb, 13:01


DAPATKAN TANDATANGAN PENULIS DAN PELAKON RONA BOSPHORUS!

Pss...Min ada cerita dan berita nak kongsi ni ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Ceritanya haritu kan, ramai mesej min- "bila boleh mula beli buku Rona Bosphorus, Sesegar Nailofar dan Salju Sakinah?"

Lepastu ada yang tak sabar nak tahu tarikh dan masa pelancaran pula bila? Nanti masa pelancaran, Afham dan Amal ada tak?

Ok, sekarang semua dah terjawab- buku-buku Dr. Zaid Akhtar sudah pun dibuka tempahan dan sekarang berita baik untuk semuaaaaaaa.

Siapa yang nak hadir ke hari pelancaran dan berjumpa dengan penulis juga barisan pelakon Rona Bosphorus?

Tandakan siap-siap tarikh dan masa dalam kalendar anda ya ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ—“ SABTU, 22 FEB 2025
โฐ๏ธ 2.30 - 4.30 PETANG
๐Ÿ“MPH, THE EXCHANGE TRX KL

Segera isi borang di sini:
ezy.la/pelancaranronabosphorus

Link ada di bio.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Feb, 03:18


JOM NGOPI BUKU BERSAMA ABDULLAH HUSSAINI!

Baru kelmarin (8 Februari) kami melancarkan Autobiografi Shahnon Ahmad. Kini, kami teruskan momentum minggu Sastera Terus Hidup dengan sesi santai bersama Abdullah Husaini!

Kenal beliau? Pemenang Hadiah Sastera Selangor 2021, aktif menulis cerpen, esei dan sajak. Karya beliau telah banyak tersiar di media arus perdana seperti akhbar dan majalah sastera ternama.

Sembang santai dan bedah buku Shahnon Ahmad serta sastera sambil ngopi. Peminat sastera, inilah peluang anda!

๐Ÿ“… Sabtu, 15 Februari 2025
โฐ 10.30 - 11.30 pagi
๐Ÿ“ Jejak Buku & Kopi, Bandar Puteri Bangi

Sesi percuma dan terbuka untuk semua.
โ˜• Jom luangkan pagi Sabtu bersama kopi dan sastera!

Sahkan kehadiran di https://ezy.la/ngopibuku

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Feb, 02:58


RONA BOSPHORUSโ€” Kisah Afham dan Amal Hayati di Istanbul. Dapatkan di ezy.la/viprona

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10 Feb, 13:15


๐Ÿ“š3 NOVEL, 1 KOMBO EKSKLUSIF โ€“ TEMPAH KOMBO VIP RONA SEKARANG.

Buat pertama kali Rona Bosphorus, Sesegar Nailofar, dan Salju Sakinah hadir dalam set istimewa KOMBO VIP RONA!

Jom dapatkan koleksi novel terhebat Dr. Zaid Akhtar ini dengan ๐ŸŽ diskaun 20%.

Nak beli satu per satu? Boleh! Ada diskaun 10% untuk anda.

โœ… PERCUMA penanda buku dan poskad eksklusif pada setiap pembelian.

โœ… Penghantaran bermula 22 Februari 2025.

Terus klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป ezy.la/viprona

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

08 Feb, 07:00


TONTON LIVE TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSM1TsRNp/

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

08 Feb, 01:10


Bermula awal pagi ini.

InsyaAllah petang nanti akan berlangsung acara besar di Dewan @jejakbukukopi Bandar Puteri Bangi.

Fuhh, berdebar betul!๐Ÿ˜…

Semua pasukan JT dan JIWA sedang berusaha keras untuk PELANCARAN AUTOBIOGRAFI SASTERAWAN NEGARA โ€” SHAHNON AHMAD petang ini.

Naskhah hebat ini akan dilancarkan oleh Sasterawan ke-15, SN Dato Rahman Shaari.

Jemput datang beramai-ramai tau!

Ada buku percuma, makan percuma dan persembahan istimewa daripada kami.

Info penuh:

๐Ÿ“šPELANCARAN AUTOBIOGRAFI SN SHAHNON AHMAD

๐Ÿ—“๏ธ 8 Feb 2025 (Hari ini!)
โฐ 2:30 - 4:30 Petang.
๐Ÿ“ JEJAK BUKU & KOPI Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

07 Feb, 13:43


Jumpa esok! Kita akan berikan buku percuma kepada tetamu yang hadir dan sudi berkongsi ulasan di media sosial.

โฐ 2:30 - 4:30 Petang.
๐Ÿ“Jejak Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi.

Sahkan kehadiran anda di: ezy.la/shahnonahmad

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

04 Feb, 08:37


Jemput datang ke Pelancaran Autobiografi Shahnon Ahmad di @jejakbukukopi Bandar Puteri Bangi Sabtu ini.

Sahkan kehadiran anda di: ezy.la/shahnonahmad

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

03 Feb, 12:36


*JEMPUTAN KE PELANCARAN AUTOBIOGRAFI SHAHNON AHMAD!*

Assalamualaikum Tuan/Puan dan sahabat pencinta buku sekalian.

JIWA ingin menjemput anda ke Pelancaran Penerbitan Semula Autobiografi Sasterawan Negara - Shahnon Ahmad pada hari Sabtu ini.

Karya hebat ini akan dilancarkan oleh Dato Rahman Shaariโ€” Sasterawan Negara ke-15.

Info penuh:

๐Ÿ—“๏ธ *Tarikh:* 8 Februari 2025, Sabtu โฐ *Masa:* 2:30 - 4:30 Petang. ๐Ÿ“ *Lokasi:* Jejak Buku & Kopi, Bandar Puteri Bangi.

Minum petang disediakan.

Sahkan kehadiran anda di: ezy.la/shahnonahmad

Terima kasih.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Feb, 06:21


Malam ini sesi bersama lebih 400 volunteer Komuniti Buku Jejak Tarbiah yang baru mendaftar untuk intake 2025.

Kita hidupkan semula semangat komuniti dan membangun usaha bersama memasyarakatkan ilmu dan budi melalui buku, wacana dan kembara.

Bagaimana JT bermula 10 tahun lalu, kali ini kita bangunkan semula dengan wajah baru.

Untuk 2025 yang lebih menginspirasi.

Daftar di: ezy.la/volunteerjt

Link ZOOM Meeting: https://surl.li/ghpiyj

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

01 Feb, 08:30


Dua pelakon utama Rona Bosphorus insyaAllah akan hadir ke pelancaran buku ini pada 22 Feb nanti di MPH TRX.

Tamai yang tanya, โ€œAfham ada tak nanti?โ€

Maaf, tak boleh jawab lagi. Nanti kami update semula.

Sertai VIP RONA dulu. Kita akan update pra-tempah isnin ini. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป ezy.la/viprona

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Jan, 03:19


Yeayy! Dah nampak mock-up buku RONA BOSPHORUS dan SESEGAR NAILOFAR di meja ketua editor.๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

Mock-up ini buku contoh untuk tim editor buat pembetulan terakhir sebelum cetak ribu-ribu naskhah nanti.

Ehh, tapi tak nampak pun mock-up SALJU SAKINAH?๐Ÿค”

Tak apa. Jadi pembaca VIP Rona dulu ye.

InsyaAllah kita akan kongsikan bab-bab pilihan KOMBO ZAID AKHTAR ini minggu depan.โœจ

Klik๐Ÿ‘‰๐Ÿป ezy.la/viprona

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Jan, 01:55


"Di bumi yang keras ini, Pak Lebai Deraman percaya bahawa hidup adalah perjuangan, dan setiap titis peluh adalah lambang pengorbanan.โ€

Sejak beberapa hari lepas, permintaan buku RANJAU SEPANJANG JALAN sangat ๐Ÿ“ˆ di platform online JIWA.

Belum baca lagi?

Dapatkan di ๐Ÿ‘‰๐Ÿป shopee.com.my/Ranjau-Sepanjang-Jalan-Shahnon-Ahmad-i.151076202.21105837061

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Jan, 12:30


Kampung Melayu, Kampung Jawa dan Kampung Hokkien. Tiga kampung dengan rencam kehidupan di tepi Sungai Melaka.

Alahโ€ฆ kalau naik Melaka River Cruise, terpampang papan tanda besarโ€” Kampung Morten.

Melayu mana pula bernama Morten?

Muhammad Morten atau Abdul Morten?

Bukan. Itu bukan nama Melayu.

Nama itu diambil sempena nama Frederick Joseph Morten, Pesuruhjaya British tahun 1920-an.

Dah kenapa pula nama Kampung Melayu kena letak nama โ€œomputehโ€?

Haa.. nanti tanya Kak @raihabahaudin.

Sabtu ini kami buat sesi โ€œNGOPI BUKUโ€ dengan Kak Raihaโ€” penulis Kunang Pesisir Morten.

Jemput datang ke JEJAK Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi ye.

Sesi santai tanpa protokol. Terbuka untuk semua.

Suka nak tenang-tenang di hujung minggu menikmati buku dan kopi? Jomm!

Info penuh:

๐Ÿ—“๏ธ Sabtu, 1 Feb 2025.
โฐ 10:30 - 11:30 Pagi.
๐Ÿ“ No.8 Jalan 2A/8 Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Jan, 06:55


Tahun ini tahun untuk bersatu, bergabung dan melonjak lebih tinggi!๐Ÿคฉ๐Ÿ”ฅ

PBAKL Mei nanti JTโ€” JIWAโ€”JTX akan berada di Dewan Tun Razak 3.

Senang nak cari!

Masuk pintu utama, jalan terus saja ke dalam sampai jumpa reruai kami.

Nantikan konsep PBAKL tahun ini!๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Jan, 03:01


Dendam dan amarah umpama api yang membakar seseorang dari dalam diri mereka sendiri.

Ramai orang boleh mengkhutbahkan sabar, tetapi saat dia diuji; belum tentu jadi.

Demikian itu ujian terbesar menggambarkan peribadi.

Ehh.. Dah baca RENTONG?๐Ÿค”๐Ÿ“š

๐Ÿ‘‰๐Ÿป shopee.com.my/RENTONG-SHAHNON-AHMAD-i.151076202.27668912436

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29 Jan, 03:48


Bayangkan getaran (literal: vibe) positif sesi mengopi + kupasan buku dengan penulis dalam satu sesi santai.

Santai tetapi sampai!

Berbual tentang buku, isu-isu semasa, dan ke mana komuniti buku boleh bekerjasama memacu pemikiran anak bangsa.

Sempena kempen SASTERA TERUS HIDUP ini kami nak ajak anda semua ke JEJAK BUKU & KOPI Bandar Puteri Bangi.

Sesi pertama NGOPI BUKU kali ini kita jemput penulis KUNANG PESISIR MORTEN, Kak Raiha Bahaudin.

Nanti tolong tanyakan bila Kak Raiha nak tulis buku baru?๐Ÿซข

Info penuh:

๐Ÿ—“๏ธ 1 Februari, Sabtu.
โฐ 10:30 - 11:30 Pagi.

Sesi terbuka! Jemput datang beramai-ramai ke JEJAK BUKU & KOPI di:

๐Ÿ“No.8 Jalan 2A/8 Bandar Puteri Bangi

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29 Jan, 01:31


โ€œDi samping benda, adalah roh.
Pada segenap yang hidup adalah roh. Pada alam seluruhnya pun adalah roh. Dan yang mengatur semuanya itu ialah Allah SWT." โ€”HAMKA.

Ketika membaca 10 ayat pertama Surah Yunus (10:1-10) terasalah kita dengan keteguhan ayat-ayat Allah SWT dengan kebesarannya.

Terasa juga nikmat syurga kepada kaum yang ingin berfikir, dengan disebutkan juga balasan kepada yang ingkar; dicontohkan dengan kaum-kaum terdahulu.

Baca, ๐Ÿ“šFalsafah Ketuhanan.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28 Jan, 11:57


SASTERA TERUS HIDUP!๐Ÿ“š๐Ÿ”ฅ

Sastera bukan sekadar tulisan di atas kertas, bukan sekadar buku healing satu dua baris setiap muka.

Ia adalah denyut nadi pemikiran, emosi, dan perjuangan yang menghidupkan jiwa penulis dan pembacanya.

Sempena kempen SASTERA TERUS HIDUP, kami hamparkan karya-karya terbitan JIWA yang merentasi masa, menjadi inspirasi, dan membangkitkan kesedaran nilai-nilai hidup.

Pilih-pilih kombo mana yang berkenan di hati.

InsyaAllah setiap buku JIWA menawarkan solusi.

Dapatkan kombo-kombo terbaik ini sekarang!

Kerana di tangan pembaca seperti anda, sastera akan terus hidup!๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ‘‰๐Ÿป ezy.la/hidupsastera

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

24 Jan, 03:56


JOM SERTAI SUKARELAWAN JT/JIWA!โœจ

2025 ini banyak projek yang kami usahakan untuk memasyarakatkan ilmu dan budi.

Ini termasuklah pesta-pesta buku peringkat negeri dan kerjasama dengan kolej dan universiti.

Tak cukup tenaga kalau nak buat semua.

Kami perlukan sukarelawan dengan jiwa buku yang ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ untuk bersama-sama menjayakan acara-acara di seluruh Malaysia ini.

Jom jadi sukarelawan JT dan bersama-sama kita memasyarakatkan ilmu dan budi.

Boleh daftar di: https://ezy.la/volunteerjt

Ada soalan? Boleh terus Whatsapp pengurus acara kami.

Klik QR di poster ye.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

23 Jan, 03:03


Autobiografi Shahnon Ahmad. โ€”Sasterawan Negara kedua.

Boleh dapatkan di ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

22 Jan, 02:14


Perasan tak kita senang terinspirasi bila baca kisah hidup orang lain?

๐Ÿ“š ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

19 Jan, 04:07


Ruang santai dan selesa untuk menikmati buku dan kopi di Bandar Puteri Bangi.

Jemput datang ke kafe buku paling sempurna, JEJAK Buku & Kopi.

Gabungan lengkap kopi, buku dan kamu.โค๏ธ

โฐ 10 Pagi - 10 Malam.
๐Ÿ“ No. 8 Jalan 2A/8
Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

17 Jan, 12:03


Setahun lepas kami pernah kongsikan ulasan YB Khairy Jamaluddin mengenai buku RANJAU SEPANJANG JALAN.

Dalam buku itu kita dapat lihat macam mana Shahnon Ahmad menggambarkan kemiskinan kaum Melayu dalam Kampung Banggol Derdap.

Demikian juga apabila membaca RENTONG.

Siapa saja yang tidak sakit hati dengan perangai mengadu domba Si Dogol itu.

Tetapi, โ€œkekayaanโ€ suasana demikianlah yang membentuk Shahnon Ahmad sehingga menjadi seorang Sasterawan Negara.

โ€œKata orang, kami memang kaya-raya dengan kemiskinan, kaya dengan alam semula jadi, kaya dengan malapetaka dan segala ujian yang sulit-sulitโ€ฆโ€ - Shahnon Ahmad.

Segala hal kekayaan ini ada beliau nukilkan panjang lebar dalam autobiografinya.

Apa yang awalnya kelihatan seperti malapetaka, dengan takdir Tuhan rupa-rupanya itulah permata.

Sekarang kami sedang buka pra-tempah Autobiografi Shahnon Ahmad.

Kepada peminat tegar Shahnon Ahmad, autobiografi ini adalah pelengkap koleksi yang ada.

Baca macam mana beliau mengulas tentang kehidupannya dengan jujur tanpa sembunyi-sembunyi.

Lapangkan dada dan akal fikiran โ€œlebih sedikitโ€pada bab-bab tertentu.

Terutama pada bab berkaitan politik dan penglibatan beliau dalam al-Arqam.

Selain itu, nikmati kehidupan di sebalik pena Sasterawan Negara kita ini.

Dapatkan autobiografi beliau dengan diskaun RM10 di: ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

17 Jan, 03:31


Di sebalik kehidupan Sasterawan Negara. Buku yang sangat memberi inspirasi!โœจ

Dapatkan di ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 Jan, 11:58


Bakal diterbitkan semula Februari ini!โœจ

Nantikan tiga novel terbaharu Jejak Tarbiah:

1- ๐Ÿ“š RONA BOSPHORUS.
2- ๐Ÿ“š SESEGAR NAILOFAR.
3- ๐Ÿ“š SALJU SAKINAH.

Sekarang drama RONA BOSPHORUS boleh ditonton di TV Okey dan aplikasi RTMKlik.

Ada 26 episod semuanya.

Layan drama dulu sebelum layan novelnya. โ˜บ๏ธ๐Ÿ“š๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

13 Jan, 11:57


Dah tonton Rona Bosphorus? Kisah Afham dan Amal Hayati dengan latar di Istanbul, Turkiye.

Drama ini ada 26 episod dan boleh ditonton di TV OKEY (RTM).

Kenapa JT promosikan drama ini?

Sebab kami akan terbitkan novelnya tak lama lagi.โ˜บ๏ธ๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Nantikan karya emas Dr. Zaid Akhtar dengan sentuhan Jejak Tarbiah, insyaAllah sedikit masa lagi.๐Ÿ“šโค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

12 Jan, 01:18


Betapa banyak penderitaan yang pernah kita tangiskan dahulu, sekarang hanya menjadi cerita dan gelak tawa sahaja pada hari ini.

Demikian mendalamnya falsafah dan spiritual Shahnon Ahmad membicarakan takdir hidupnya.

Baca, ๐Ÿ“šAutobiografi Shahnon Ahmad.

Bakal terbit hujung bulan ini.โค๏ธ

Dapatkan di: ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Jan, 11:59


๐Ÿ“šAUTOBIOGRAFI SHAHNON AHMAD, BUKU PERTAMA JIWA TAHUN 2025.๐Ÿคฉโœจ

Selepas Ranjau Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung dan Rentong; ini naskhah keempat yang mengisi rak penerbitan JIWA.

Meniti perjalanan hidup seseorang, membaca kisah jatuh bangun dan pukul henyak dunia daripada naratif peribadi penulisnya sendiri; โ€”Itulah autobiografi.

Perkenalkan: ๐Ÿ“šAUTOBIOGRAFI SHAHNON AHMAD, PERJALANANKU SEJAUH INI.

โ€œPerjalanan itu semuanya, bermula dari satu titik menuju ke satu titik yang lain, dari satu stesen menuju ke satu stesen yang lain, sehingga berakhir dengan titik stesen keabadian.โ€ โ€”Shahnon Ahmad.

Rupanya menjadi seorang Sasterawan Negara itu bukanlah seenak bertopi ketika panas atau berpayung ketika hujan.

Melainkan ia adalah perjuangan yang tidak popular tanpa tepuk sorak ramai bahkan hanya mengundang kecaman ketika menyentuh isu-isu sensitif anak bangsa.

Shahnon Ahmad meniti jalan itu.

Menjadi pejuang bangsa melalui karya-karya tajamnya dan menjadi guru dan pemimpin kepada anak bangsanya.

- Dialah Profesor Emeritus.
- Dialah politikus.
- Dialah Sasterawan Negara.

Seorang yang banyak berjasa kepada umat, hanya kemudian pada penghujung hayatnya dia memilih untuk beruzlah.

Ini bukan novel fiksyen dengan watak buatan yang ditempa naik turun jalan ceritanya.

Ini kisah benar hidup seorang Sasterawan Negara.

Jemput dapatkan:

๐Ÿ“šAUTOBIOGRAFI SHAHNON AHMAD, PERJALANANKU SEJAUH INI.

Sekarang dalam fasa akhir cetakan di kilang.

Jadi pemilik terawal naskhah ini dengan promosi pra-tempah sehingga 20%.

Ada lagi kejutan hebat kepada pembeli yang serius.

Nak tahu apa dia?โœจ

Klik ezy.la/shahnon sekarang!๐Ÿ”ฅ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Jan, 01:35


โ€œKaya-raya dengan kemiskinan dan hal-hal lain yang tidak langsaiโ€ฆโ€๐Ÿ˜…

Begitulah Shahnon Ahmad sinis menghuraikan kekayaan orang kampungnya.

Sambung SA lagi, โ€œNamun kami yang tinggal sekampung begitu mesra dan penuh kasih sayang antara kami.โ€

Itulah erti kekayaan sebenar!

Baca, ๐Ÿ“šAutobiografi Shahnon Ahmad. Pelengkap koleksi terbitan JIWA.

Bakal terbit bulan ini.๐Ÿ˜โค๏ธ

Pra-tempah sekarang di:
ezy.la/shahnon

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10 Jan, 02:12


Semalam. Bicara santai dakwah Jepun bersama Ustaz Abdullah Bukhari (UAB) dan Tuan Guru Dr. Abu Anas Madani (AAM) di Tenang Book Cafe Bangi Gateway.

Siapa yang dah baca buku merah putih ini pasti tahu, makna unta merah yang dimaksudkan adalah berdasarkan hadis Nabi SAW;

Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah. [HR al-Bukhari 2942].

Unta merah adalah unta yang paling baik di zaman Nabi SAW.

Nak mengislamkan seseorang yang sudah serba serbi disiplin hidup mereka seperti bangsa Jepun bukanlah mudah.

Disiplin hidup mereka sudah ada.
Sifat pembersih pun mereka sudah ada.
Kerja keras pun merekalah contoh rujukannya.

Maka jalan dakwah di sana perlukan pendekatan yang berbeza.

Tidak cukup sekadar ceramah dan buka kitab, minda mereka perlu dijentik dahulu supaya berfikir yang alam ini ada pentadbirnya.

Dalam buku ini ada ditulis perjalan UAB, Tuan Guru AAM, dan juga watak penting seorang jurutera mesin yang kemudiannya menjadi jurutera โ€œmanusiaโ€.

Kisah dakwahnya sangat menginspirasikan.

Siapa namanya? Baca dalam ๐Ÿ“šMENCARI UNTA MERAH JEPUN.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป shopee.com.my/Mencari-Unta-Merah-Jepun-Abdullah-Bukhari-i.151076202.7764410616

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06 Jan, 12:04


โ€œSampai hati penulis buat saya menangis tersedu-sedan tengah malam. Haaa.. kan saya dah tak boleh tidurโ€ฆโ€

PATAHโ€” Kisah empat sekawan dengan dilema dan rahsia yang menguji persahabatan.

Siapa yang paling patah antara mereka?

Dapatkan di: shopee.com.my/Yang-Paling-Patah-Antara-Kita-Ainul-Farihah-i.151076202.21453787144

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06 Jan, 01:16


HAMKA menekankan selain ilmu, penting juga kekuatan fikiran untuk membuat pertimbangan yang bijak.

Tanpa upaya berfikir yang kritis, manusia mudah kehilangan arah dan mungkin terperangkap dalam kejahilan yang merugikan.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

05 Jan, 03:59


Jemput datang nikmati kopi dan buku di @jejakbukukopi Bandar Puteri Bangi.

Buku kanak-kanak ada.
Buku remaja ada.
Buku dewasa pun ada.

Promosi jualan gudang masih berlangsung sehingga minggu depan.

Jom, jomm!๐Ÿคฉโœจ

๐Ÿ“JEJAK BUKU & KOPI
No.8 Jalan 2A/8
Bandar Puteri Bangi.

โฐ 10 Pagi - 10 Malam.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

04 Jan, 01:45


HAMKA mengingatkan kita supaya jangan mengagungkan guru secara berlebihan dan menelan semua perkara tanpa soal.

Dalam kebanyakan karyanya HAMKA menekankan peri penting berfikir secara kritis dan bijaksana untuk mengelakkan taklid buta.

Baca, ๐Ÿ“šLembaga Hidup.

Boleh dapatkan buku-buku HAMKA di shopee.com.my/jejaktarbiah

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

03 Jan, 11:58


Tahun baru, semangat baru, peluang baru!๐Ÿ”ฅ

Kami nak tahu apa impian atau cita-cita anda tahun 2025 ini?

๐Ÿ“š Nak baca berapa buah buku?
โœˆ๏ธ Nak kembara ke mana?
๐Ÿ’ช Nak ubah gaya hidup?

Siapa tahu impian anda boleh jadi inspirasi kepada orang lain, atau membuka peluang kolaborasi dengan JT tahun ini.

Nak? Kongsikan di ruang komen.๐Ÿ’ซ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Jan, 06:25


Semalam ada pelanggan tanya, โ€œpromosi 90% ni istimewa untuk hari ni saja ke?โ€๐Ÿค”

Ehh, tak!

Semalam memang kami buat acara khas sempena ulang tahun pertama JEJAK Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi.

Diskaun kedai sempena 2025 kita buat sehingga ๐Ÿ—“๏ธ 12 Januari, Ahad.

Jemput datang ye!

Kami buka โฐ 10 Pagi - 10 malam.

๐Ÿ“No.8 Jalan 2A/8
Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Jan, 01:12


Abang Amir dan Rynn di UiTM Rembau!๐Ÿคฉโœจ

Hari ini ada KARNIVAL LITERASI MAKLUMAT & EKSPO KERJAYA sehingga Sabtu nanti.

Orang Rombau jom! Kami di Dewan Biduanda.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

01 Jan, 07:28


Permulaan ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ 2025 dengan wacana aras tinggi pendeta bangsa, โ€”Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya, Zaโ€™ba.

Alhamdulillah sambutan sangat baik. Dewan JEJAK Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi penuh sejak pukul 10 pagi.

Terima kasih semua yang hadir!๐Ÿคฉโœจ

Wacana ini dibuat sempena ulang tahun pertama JBK dan jualan awal tahun 2025.

Sempat lagi nak datang! Kami buka sehingga jam โฐ 10 Malam ini.

๐Ÿ“No.8 Jalan 2A/8
Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Dec, 11:56


โ€œOrang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum yang tersangat miskin.

Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada sifat-sifat lain kebangsaannyaโ€ฆโ€ โ€”Pendeta Zaโ€™ba.

Ketika berumur 28 tahun Zainal Abidin Ahmad sudah mula menulis makalah-makalah dengan bukti intelektualnya yang tinggi.

Berani-berani dia mengatakan bangsanya pemalas?

Tidakkah itu seperti meludah ke langit atau seperti menepuk air di dalam tempayan arakian akan terpercik kembali air itu ke mukanya sendiri?

Demikianlah cara pendeta bangsa mengejutkan umatnya yang sedang terlena.

Menelaah khazanah yang terperam lebih 100 tahun ini, pada hari pertama tahun baru; pasti menaikkan semangat ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ pembacanya.

Mari! Esok kita akan wacanakan buku ini bersama Datuk Nik Hasyudeen dan Tuan Muhamad Hanapi Jamaludin.

Yuran kehadiran percuma!

Hadirkan diri dengan pena dan nota di:

JEJAK BUKU & KOPI
๐Ÿ“No.8 Jalan 2A/8
Bandar Puteri Bangi

โฐ 10 Pagi - 12 Tengah hari

Jumpa esok!๐Ÿซกโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Dec, 06:44


Perbincangan bersama CEO Lembaga Zakat Selangor, Tuan Mohd Sabirin dan Tuan Aliff Basri.

Zakat selalu menjadi topik terpencil berbanding Rukun Islam yang lain.

Zakat fitrah, ya! Semua maklum. Setiap tahun muat naik status dengan tanda pagar โ€œdonefitrahโ€.

Tetapi zakat pendapatan, zakat simpanan, dan zakat perniagaan masih belum popular di kalangan masyarakat.

Perbincangan hari ini adalah bagaimana untuk memasyarakatkan ibadah zakat supaya dilihat sama penting seperti Rukun Islam yang lain.

Doakan, 2025 ini!๐Ÿ“šโค๏ธโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Dec, 03:47


Kita maklum bangsa yang duduk di zon selesa tanpa mencabar akal fikiran dan kudratnya akan terus โ€œdijajah tanpa paksaโ€ kerana memang sedap dan enak saat disuap semua perkara.

Hanya kemudian ketika sudu dan garfu itu ditarik, barulah kita sedar yang sepatutnya dan sewajibnya kita berdiri di atas kaki sendiri dan tidak berkhayal.

โ€œKalaulah dulu aku usahakan xxxxโ€ฆโ€
โ€œKalaulah dulu aku tidak xxxxโ€ฆโ€

Sesalan ketika itu telah terlambat.

Jelas nyata dalam cermin sejarah bagaimana suatu masa dahulu bangsa yang begitu maju menguruskan maritim timur dan barat; hanya kemudiannya selepas beberapa generasi ditarik nikmat, mereka bertukar menjadi bangsa yang miskin di tanah sendiri.

Cukup-cukuplah begitu.

Jomm! Cipta sejarah baru yang lebih baik untuk anak cucu kita.

Jomm! Mulakan tahun 2025 dengan tanda aras yang tinggi untuk dicapai supaya tercabar kebiasaan dan keselesaan.

Sempena ulang tahun pertama @jejakbukukopi Bandar Puteri Bangi, kami nak mengajak anda menyertai wacana pendeta bangsa.

๐Ÿ“ KEMISKINAN MELAYU DAN JALAN KEPULIHANNYA, โ€”PENDETA ZAโ€™BA.

Kami gandingkan di atas pentas dua orang tokoh daripada dua sudut pandang berbeza; Datuk Nik Hasyudeen dan Tuan Muhamad Hanapi Jamaludin.

Penyertaan percuma hanya dengan yuran kehendak yang tinggi untuk hadir membawa buku nota dan pen.

Sahkan kehadiran anda di:
ezy.la/membacazaba

Info penuh:

๐Ÿ“ KEMISKINAN MELAYU DAN JALAN KEPULIHANNYA, โ€”PENDETA ZAโ€™BA.

๐Ÿ—“๏ธ 1 Januari 2024, Rabu.
โฐ 10 Pagi - 12 Tengah hari.
๐Ÿ“ No.8 Jalan 2A/8 Bandar Puteri Bangi
(Waze: Jejak Buku & Kopi).

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29 Dec, 07:10


KEMBARA JEJAK HAMKA pulang hari ini.

Selepas 4 hari 3 malam menjelajah Padang Panjang, Bukittinggi dan Maninjau; merentas pergi balik Kelok 44 sambil menahan nafasโ€” sekarang sudah tiba masanya untuk pulang.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Nampak jelas puncak Marapi dan Singgalang.

Panorama luar biasa melihat Danau Maninjau dari Puncak Lawang.

Peluang mendengar kisah HAMKA melalui Pak Dasri dan Pak Amir Syakib adalah pengalaman yang sangat berharga kepada pencinta tokoh Nusantara itu.

Semoga kembara ini memberi manfaat kepada semua pesertanya.โค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28 Dec, 14:39


Jemputan Raikan Ulang Tahun ~ JEJAK BUKU & KOPI โ˜•๐Ÿ“š

Alhamdulillah atas sambutan yang hangat daripada anda semua, kafe buku ini semakin berkembang dan dekat dengan masyarakat lokal serta yang dari jauh. Tahun ini juga, genap 10 tahun Komuniti Buku Jejak Tarbiah dalam rangka merealisasikan usaha "Memasyarakatkan Ilmu & Budi".

Sebagai penghargaan dan rasa terima kasih, kami ingin mengundang anda untuk hadir menikmati suasana kafe pada Hari Ulang Tahun JEJAK BUKU & KOPI pada 1 Januari 2025.

Antara acara dan aktiviti menarik yang akan dianjurkan:

โœจ 200 cawan kopi Monti - Percuma
โœจ Wacana Za'ba
โœจ Jamuan makan
โœจ Diskaun jualan sehingga 90%
โœจ Santai bersama para penulis Jejak Tarbiah & JIWA

TANDAKAN KALENDAR ANDA:

๐Ÿ—“๏ธ 1 Januari 2025 (RABU)
โฐ 10 Pagi - 5 Petang
๐Ÿ“Œ No.8 Jalan 2A/8 Bandar Puteri Bangi (Waze: Jejak Buku & Kopi)

Jemput datang bersama rakan-rakan dan seisi keluarga ya. SAHKAN KEHADIRAN anda di : ezy.la/anniversaryjbk01

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

27 Dec, 11:57


Menikmati Kopi Kawa dengan pemandangan padi bukit di Desa Terindah Pariangan.

Ini lokasi persinggahan wajib KEMBARA JEJAK HAMKA.

Selain menjejak ketokohan HAMKA, kembara ini juga menjejak latar adat dan budaya membentuk HAMKA menjadi seorang HAMKA.

Bertenang menikmati kopi dalam tempurung, pemandangan sejuk padi bukit sejauh mata memandang, senyap sunyi jauh daripada hiruk-pikuk kota; semua ini pengalaman yang wow!โ›ฐ๏ธ๐Ÿ•๏ธ

Alhamdulillah!โค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

24 Dec, 11:56


Alhamdulillah hari ini JT PUBLISHING HOUSE SDN BHD menunaikan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor bagi tahun 2024.

Ini adalah amanah besar yang hanya dapat dicapai dengan sokongan anda semuaโ€” pengikut di media sosial, pembeli dan pencinta buku dan rakan-rakan industri yang setia bersama kami sepanjang tahun ini. ๐Ÿ™โค๏ธ

Sekecil-kecil ๐Ÿ‘๐Ÿป, ๐Ÿ” , setiap buku yang anda beli dan setiap doa yang anda titipkan menjadi sebab kami dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan JEJAK TARBIAH dalam memasyarakatkan ilmu dan budi.

Semoga tahun 2025 nanti rezeki kita terus bertambah dan berkat, supaya dapat disalurkan lebih banyak kepada ummah.

Terima kasih semua.๐Ÿซกโœจ

Jom, semangat terus๐Ÿ“ˆ 2025!

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

23 Dec, 11:56


Mak ayah boleh tolong?๐Ÿ™

Cuba tengok akaun BOOK CAPITAL dan MYSISWA anak-anak, dah tebus baucar buku ataupun belum?

Kalau belum, klik lama-lama QR di bawah dan terus buat penebusan sekarang.

Tarikh akhir penebusan Baucar Buku Madani sehingga 31 Disember 2024. Kemudian, akaun akan automatik bertukar jadi RM0.

Sayang kalau tak pakai.

Buku percuma kerajaan nak belanja anak-anak kita.

Mohon sebarkan poster ini dan tebus sekarang ye!

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

23 Dec, 01:26


Pantas siswa!๐Ÿ”ฅ Abang Amir dah terpacak di perpustakaan USIM sejak awal pagi tadi.

Kalau nak tebus baucar MYSISWA atau nak dapatkan buku-buku JT dan JIWA boleh datang ke sini ye.

Kami di sini sehingga ๐Ÿ—“๏ธ Khamis, 26.12.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

21 Dec, 11:56


Simpan tarikh-tarikh penting ini dalam nota ye.

Kongsikan dengan pencinta buku yang lain juga.

Ohh dan, insyaAllah ๐Ÿ—“๏ธ 1 Januari 2025 nanti kami akan buat kenduri kesyukuran sempena 1 tahun JEJAK Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi.

Nantikan update seterusnya ye.โœŒ๐Ÿป๐Ÿ˜Ž

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

20 Dec, 11:59


Orang Kajang dan Bangi, jom ke Kompleks Hentian Kajang esok!

Daripada Stesen KTM Kajang, terus sahaja sehingga nampak KWSP Kajang, kemudian belok ke kanan.

Kalau nampak bas banyak-banyak, betullah tempatnya tu.

Esok ada perasmian HENTIAN BUKU SELANGOR. Dengar cerita bakal dirasmikan oleh YB Shahredzan Johan, ahli parlimen Bangi.

JT dan JIWA akan ada di sana membuka meja jualan.

Jom sama-sama menyokong HENTIAN BUKU SELANGOR ini menjadi hab buku penting buat warga Kajang dan sekitar.

Jumpa esok!๐Ÿซกโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

20 Dec, 03:33


Tauhid adalah asas keimanan dan ketaasuban hanya akan memandulkan akal fikiran.

Telah berlaku pada umat terdahulu, mereka mengagungkan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka secara melampau sehingga menjadi perantara antara mereka dengan Tuhan.

"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya.โ€

Kata HAMKA;

โ€œTauhid ialah pokok yang pertama bertujuan melepaskan jiwa manusia daripada perhambaan, akal yang terkunci, fikiran yang tumpul dan taklid buta yang membunuh akal fikiran.โ€

Baca, Dari Lembah Cita-Cita.๐Ÿ“š

shopee.com.my/Dari-Lembah-Cita-Cita-Hamka-i.151076202.11084324881

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

19 Dec, 04:06


โ€œKetika menghadapi fasa kejatuhan dalam hidup, kau memilih untuk berdiam atau terus bergerak?โ€ โ€”Luna Liya.

Kehadiran penulis ke acara-acara buku di sekolah dan universiti boleh memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar.

Kisah air mata dan tawa menyiapkan naskhah yang cantik terletak di atas meja itu boleh menjadi pencetus kreativiti dan daya gerak kepada pelajar untuk lebih dekat dengan buku dan ilmu.

โ€œKalau dia boleh menulis buku, aku pun boleh!โ€

Demikian percikan bara semangat yang terpapar pada mata hadirin yang hadir.

Cuma, kalau bara yang kecil itu tidak ditiup dan dipupuk elok-elok, akan terpadam jua nanti.

Jom 2025 ini!

Kami membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk kolaborasi sesi bicara buku di sekolah-sekolah dan universiti-universiti seluruh Malaysia.

Whatsapp pengurus acara kami di +60 12-697 3244 (Cik Syuhadah) untuk kerjasama bicara buku tahun 2025 ye.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

19 Dec, 01:36


#kembarabukujt Hari ini kami terus memasyarakatkan ilmu dan budi di UTM Johor Bahru dan UKM Bangi.

Selain jualan buku, kami juga membantu pelajar-pelajar yang nak buat penebusan BAUCAR BUKU MADANI di Book Capital dan Mysiswa.

Tak sempat nak pilih-pilih dah!

Tarikh akhir penebusan ๐Ÿ—“๏ธ31 Disember 2024.

Pilih saja buku-buku JT dan JIWA yang anda suka. Manfaatkan bantuan kerajaan sebaiknya.

Okay?โœŒ๐Ÿป๐Ÿ˜Ž

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Dec, 04:32


JT di Johor Bahru. Ada beberapa acara kecil yang telah diaturkan sehari dua ini.

Hari ini kami di SK Taman Damansara Aliff memberikan sumbangan buku-buku JT, JIWA dan terbitan lain yang sesuai dengan bacaan pelajar sekolah rendah.

Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan pihak sekolah, universiti dan institut pendidikan seluruh Malaysia yang ingin bekerjasama dengan misi memasyarakatkan ilmu dan budi.

Jom perkenalkan buku-buku yang baik kepada anak-anak kita melalui wacana buku dan program-program bertemakan buku yang bermanfaat.

Whatsapp Pengurus Acara kami di +60 12-697 3244 (Cik Syuhadah) untuk program buku tahun 2025 ye.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

17 Dec, 12:23


Besar sekali kecelakaan syirik itu, bukan kepada orang lain, bahkan kepada diri sendiri.

Mulanya secara kecil-kecil saja orang menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, tetapi lama-lama penyakit ini bertambah mendalam dan meluas.

Sehingga tertutuplah jalan kepada Allah SWT yang selangsung dan sejelas itu oleh perantaraan lain yang diperbuatkan oleh tangan manusia sendiri..

Yang lain itulah akhirnya dipuja dan jiwanya sendiri bertambah tertekan ke bawah oleh perbuatannya.

Segala nazar, kaul, permintaan bahkan perjuangan yang bersemangat, telah ditujukan untuk berhala buatan sendiri itu.

Dari segala sudut dan jurusan dapatlah fikiran salah itu mempengaruhi diri dan lunturlah iman yang sebenarnya.

Petikan, ๐Ÿ“šFalsafah Ketuhanan
โ€” Prof (Dr.) HAMKA.

Dapatkan di ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

shopee.com.my/Falsafah-Ketuhanan-Hamka-i.151076202.7214398037

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

09 Dec, 08:56


Minggu ini kita pulun habis!

Bermula malam ini sampai hari Khamis ๐Ÿ—“๏ธ12.12 nanti, kita kongsikan topik-topik rumah tangga secara ๐Ÿ”ดLive.

Tak larat baca cerita bukan-bukan di media sosial sekarang. Kena luruskan semula fokus masyarakat kepada hal-hal yang positif.

Kita kupas terus buku NIKAH, BHBTP, LAKI-LAKI JUGA PUNYA HATI, dan semua judul yang ada di JEJAK Buku & Kopi yang berkaitan dengan topik ini.

Jumpa malam ini ye.

Mohon kongsikan sesi ๐Ÿ”ดLive ini. Nak luahkan rasa atau tanya pendapat? Jomm!

โฐ 8:30 - 10 Malam.
๐ŸŽฅ Shopee dan TikTok Jejak Tarbiah.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

08 Dec, 12:11


SEJADAH dan NIKAH mengungguli carta judul paling laris kami di SIBF 2024.๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

Kedua-duanya buku baru terbit. Tahniah!๐Ÿ‘๐Ÿป

๐Ÿ“• SEHELAI SEJADAH DI LANTAI KAABAH.
Travelog Umrah Ramadan Nisah Haron.

๐Ÿ“• PERLU TAHU APA SEBELUM BERNIKAH.
Fikah munakahat yang dipermudahkan, Dr Nurul Hasna' Hazni.

Boleh dapatkan buku-buku ini di www.shopee.com.my/jejaktarbiah โœŒ๐Ÿป๐Ÿค 

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

08 Dec, 01:16


Ke mana hari ini?๐Ÿ˜Š

Kalau nak berehat menikmati kopi dan buku, jemput datang ke JEJAK Buku & Kopi Bandar Puteri Bangi ye.

Buku, kopi, wifi, surau (aras 1) dan sudut bacaan percuma ada di sini.

โฐ 10 Pagi - 10 Malam.
๐Ÿ“ No.8 Jalan 2A/8 Bandar Puteri Bangi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06 Dec, 11:59


โ€œSaya Kassim Selamat, hos anda pada malam ini, dengan bangganya mempersilakan anda ke pentas akhir Liga Laga Pujangga!โ€

Apabila keris yang dijulang dibenamkan ke atas pentas, satu bias cahaya terhasil lalu mengelilingi platform berukuran separuh padang bola itu.

Mikrofon dicapai dan terluncur serangkap pantun daripada mulutnya.

Pahlawan menyergah, seekor naga,
Teguh bertarung, walau terluka,
Menyingkap tirai, Laga Pujangga,
Salam bersambut, gelanggang dibuka!

Maka muncullah bayangan seekor naga yang gah, menyembur api ke langit dan mengelilingi ruang udara stadium.

.
Fuhh, imaginasi kena tinggi bila baca Laga Pujangga ini.

Fantasinya macam membaca Harry Potter, tapi! versi alam Melayu.

Bayangkanlah bila berpantun boleh keluar sosok naga dan segala macam haiwan mistik lagi.

Suka baca novel fantasi? Baca Laga Pujangga!

shopee.com.my/Laga-Pujangga-Osman-Deen-i.151076202.22369865799

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06 Dec, 03:34


ANTARA SUJUD KEPADA NABI ADAM A.S DENGAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.

Dalam surah al-Baqarah (2:34), Allah SWT mengarahkan semua makhluk langit sujud kepada Adam a.s, lalu mereka semua tunduk dan patuh kecuali iblis.

Jika diperhatikan, perkataan sujud dalam ayat iniโ€” ุณุฌุฏูˆุง disebut dalam fiโ€™il madhi yang menunjukkan perbuatan yang telah dilaksanakan.

Perbuatan itu sudah menjadi sejarah dan berlaku hanya sekali itu sahaja.

Berbeza dengan penghormatan para malaikat kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW.

Dalam ayat ke-56 surah al-Ahzab (33:56), Allah SWT dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Kalimah ูŠุตู„ูˆู† dalam ayat ini menggambarkan proses yang berterusan melalui penggunaan fiโ€™il mudhariโ€™.

Perbezaan kata kerja dalam surah al-Baqarah ayat 34 dan surah al-Ahzab ayat 56 memberi gambaran:

1- Upacara sujud hormat kepada Nabi Adam a.s hanya berlangsung sekali sahaja dan tiada pengulangan.

2- Penghormatan serta selawat daripada para malaikat kepada Nabi Muhammad SAW berlaku secara berterusan sehingga hari kiamat.

Ayuh kita muliakan Baginda Nabi SAW dengan mengamalkan segala ajaran yang diwariskan kepada kita melalui al-Quran dan sunah Baginda!

.
๐Ÿ“ NURAN MUBINA - Cahaya Yang Menerangi | Tadabur ajaib 30 juzuk al-Quran.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

05 Dec, 13:01


JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA

JT Publishing House mempelawa anda yang berminat dengan buku serta bermotivasi tinggi untuk menyertai pasukan kami dalam usaha memasyarakatkan ilmu dan budi.

Butiran lanjut seperti yang tertera di poster.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

05 Dec, 04:47


Hari Sabtu minggu depan ๐Ÿ—“๏ธ 14 Disember, jom berkelah bersama-sama nak?๐Ÿคฉโœจ

๐Ÿ“ Taman Botani Putrajaya.
โฐ 7 Pagi - 7 Malam.

Nantikan KELAH BUKU anjuran Booktube Malaysia.๐Ÿ“š

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

03 Dec, 05:30


#SIBF2024 Sesi hari terakhir pesta buku.

Kami tetap meneruskan ruang wacana supaya mesej buku-buku ini sampai kepada orang ramai.

Khas kepada pengunjung SCCC, kita jumpa sekejap lagi ye.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

03 Dec, 02:37


#SIBF2024 Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024.๐Ÿ“šโœจ

6 Hari yang sangat meriah sejak kami berkampung di SCCC ini minggu lepas.

Hari inipun ramai pelajar-pelajar sekolah yang datang seawal jam 9:30 pagi tadi.

Kalau anda nak datang, sempat lagi ni.

Kami tunggu sampai jam 10 malam.

SIBF 2024 ๐Ÿ“šโœจ
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Disember 2024.
๐Ÿ“ Setia Alam Convention Centre 2.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Dec, 12:56


Esok kita akan sambung lagi sesi membedah sejarah Johor-Riau dengan tuan peguam, Syed Azharul Asriq.

Tak puas Live tadi.

Nantikan โฐ 2:00 petang esok ye.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Dec, 12:41


#SIBF2024 Selesai hari ke-6.

Esok hari terakhir, peluang terakhir anda untuk datang ke sini sebelum SIBF melabuhkan tirainya.๐Ÿฅฒ

Ada dua acara penting esok:

1- Bual Bicara bersama CEO JT.

๐Ÿ“ Pentas Utama.
โฐ 3:30 Petang.

2- Sesi โ€œMeet & Greetโ€ bersama penulis KERTAS-KERTAS YANG MERUBAH FIKIR & RUMAH SEJUTA BUKU.

โฐ 4:00 Petang.
๐Ÿ“ Reruai H39 Jejak Tarbiah.

Jumpa esok!๐Ÿคฉโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Dec, 08:41


#SIBF2024 Huh! Selepas 2 hari diterjah pagi sampai ke malam, hari ini suasana di SCCC kembali tenang.

Nak bersantai membelek-belek buku? Inilah masanya. Tinggal hari ini dan esok sahaja peluang anda tau.

SIBF 2024 ๐Ÿ“šโœจ
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Disember 2024.
๐Ÿ“ Setia Alam Convention Centre 2.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

01 Dec, 04:15


#SIBF2024 KEMASKINI JADUAL PENULIS JT.

Sesi Meet & Greet Nik Nur Madihah pada petang ini ye!

Jom dapatkan NOKTAH TERJAHIT dan DENAI CINTA di reruai JT.

Nak jumpa NNM? Datang pukul 4 petang ini ye.

.
SIBF 2024 ๐Ÿ“šโœจ
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Disember 2024.
๐Ÿ“ Setia Alam Convention Centre 2.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

01 Dec, 03:30


#SIBF2024 Hari Ahad, maka suasananya lebih meriah!๐Ÿคฉโœจ

Awal-awal pagi lagi pengunjung sudah berpusu-pusu di Setia City Convention Centre 2 ini.

Nak merasa โ€œhari rayaโ€ dunia buku, inilah harinya.

Jemput datang.

Kami tunggu hingga jam 10 malam ini.

SIBF 2024 ๐Ÿ“šโœจ
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Disember 2024.
๐Ÿ“ Setia Alam Convention Centre 2.
.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Nov, 03:07


Doa kita untuk seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir.

#pray4mangsabanjir #banjir

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Nov, 02:05


#SIBF2024 โ€œDatang penuh, balik kosong. Kita buat macam Pesta Buku Borneo!โ€๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

Cuti kan? Jom datang ke SIBF di Setia City Convention Centre 2.

Reruai kami dekat saja dengan pentas utama. Cari reruai H38 & H39 ye.

SIBF 2024 ๐Ÿ“šโœจ
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Disember 2024.
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

14 Nov, 06:33


โ€œJauh-jauh datang ke Kota Kinabalu, JT tak ada buat diskusi buku ke?โ€

Ehh, mesti ada.

Teringin juga berjumpa dengan pembaca tegar JT di sekitar KK ini.

Jom kita mengopi bersama.

Hari Sabtu, 16 November ini di OLD TOWN WHITE COFFEE Likas.

Sesi akan berlangsung โฐ 2-5 Petang.

Terhad kepada 40 peserta sahaja, daftar sekarang di ezy.la/mengopisabah ye.โœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

14 Nov, 03:20


Hari ke-2 Pesta Buku Borneo.๐Ÿ“šโœจ

Tidak semata-mata menanti di reruai SICC Kota Kinabalu sahaja, Tim Jelajah Buku JT merantau ke sekolah-sekolah mempromosikan buku-buku kepada pelajar.

Semalam kami di SMITI Kota Kinabalu.
Hari ini di SMA KIMANIS, Papar.

Alhamdulillah jadual sehingga Ahad ini sudah penuh.

Anak bangsa kita bukan tak suka membaca, cuma mereka perlu diperkenalkan kepada buku-buku yang tepat sahaja.

Jom orang Sabah!

Teruskan menyokong industri buku negara.๐Ÿ“šโค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

13 Nov, 08:09


Orang Sabah, boleh dapatkan novel HAMKA ini sekarang di PESTA BUKU BORNEO di SICC Kota Kinabalu, ๐Ÿ—“๏ธ 13-17 November.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

12 Nov, 09:14


Urang Sabah, jumpa esok!๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

JT dan JIWA akan berada di SICC KOTA KINABALU sempena Pesta Buku Borneo.

๐Ÿ—“๏ธ 13-17 November 2024
โฐ 10 Pagi - 10 Malam.
๐Ÿ“š Reruai D06.

Nanti boleh dapatkan buku-buku HAMKA, Andrea Hirata dan semua judul terbitan kami di reruai D06.

Kongsikan info ini dengan semua pencinta buku di Kota Kinabalu ye. โ›ฐ๏ธ๐Ÿ“š

Jumpa esok!โœŒ๐Ÿป๐Ÿ˜Ž

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Nov, 08:37


Boleh dapatkan buku ini di PESTA BUKU BORNEO 13-17 November ini, atau terus klik shopee.com.my/jejaktarbiah

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Nov, 02:07


Pagi ini kami di Auditorium Kompleks Perdana Siswa sempena FESKUM 2024.

Kepada warga UM, boleh cari Inche Amir di meja jualan kami untuk dapatkan ๐Ÿ“šbuku-buku JT dan JIWA ye.

LIBRARY CAFE
๐Ÿ—“๏ธ 11-13 November 2024.
โฐ 9 Pagi - 5 Petang.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

07 Nov, 07:39


20 Hari lagi SIBF 2024 akan berlangsung. Nantikan pengumuman buku-buku baru JT dan JIWA sedikit masa lagi.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ“šโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

06 Nov, 04:55


Orang Sabah! Jom ke Pesta Buku Borneo bermula 13 November ini!๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

05 Nov, 12:50


Jom urang KK! Sempena Pesta Buku Borneo minggu depan, kami nak jemput semua pencinta buku di Kota Kinabalu โ˜•๏ธmengopi bersama-sama.

Jom kita duduk berbual santai seputar industri ๐Ÿ“šbuku dan topik-topik yang memasyarakatkan ilmu dan budi bersama CEO Jejak Tarbiah.๐Ÿ™†๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Di mana? OLD TOWN WHITE COFFEE, Likas.

Bila? 16 November, Sabtu.

Penyertaan terhad kepada 40 peserta terawal sahaja.

Sahkan kehadiran anda di: ezy.la/mengopisabah

Jumpa nanti!๐Ÿซกโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

05 Nov, 05:34


BOHONG DI DUNIAโ€” Antara buku HAMKA yang โ€œunderratedโ€, tetapi sangat penting dibaca oleh orang awam.

Sejak baucar buku Fasa 2.0 dilancarkan pada minggu lepas, buku ini kembali mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelajar IPT.

Seakan berbohonglah jika ada antara kita yang berkata, โ€œaku tidak pernah berbohong.โ€

Di antara benar-benar berbohong, bohong diam atau bohong samar; semua hal itu ada dihuraikan oleh HAMKA dalam buku ini.

โ€œSemata-mata berdiam diri sahaja, belum boleh dikatakan bersikap benar.โ€โ€” HAMKA.

Tidak terhad dalam sudut pandang Islam sahaja, HAMKA meluaskan perbahasan sifat bohong dari sudut pandang Yahudi, Kristian dan Falsafah.

Naskhah ini menyajikan ramuan dalam mengubati kebiasaan dalam berbohong.

Belum pernah baca? Kena baca!๐Ÿ“š

Dapatkan di: shopee.com.my/Bohong-di-Dunia-Hamka-i.151076202.17970987824

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

04 Nov, 04:31


๐Ÿ”‰ 9 HARI LAGI JT AKAN โœˆ๏ธ KE SABAH!โœจ

Orang Kota Kinabalu dan sekitar, nantikan JT dan JIWA di Pesta Buku Borneo di SICC Kota Kinabalu ye.

๐Ÿ—“๏ธ 13-17 November 2024.
โฐ 10 Pagi - 10 Malam.

Ada beberapa acara jelajah buku yang kami telah aturkan juga di sana.

InsyaAllah kita jumpa minggu depan.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ“š

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

02 Nov, 06:12


๐Ÿ“š BINTANG TANPA NAMA sedang bersaing rapat dengan PADA SUBUH Mangosteeenbooks.๐Ÿ”ฅ

Mohon sebarkan info baucar buku MYSISWAPLACE kepada semua student IPT ye.๐Ÿ™

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Oct, 03:48


Pelajar-pelajar IPT sudah boleh log masuk ke MYSISWAPLACE dan tebus baucar buku RM100 bermula sekarang ye.

Ini inisiatif kerajaan nak menggalakkan generasi muda kita membaca.๐Ÿ“š

Boleh dapatkan buku-buku JT dan JIWA dengan carian โ€œJT OFFICIAL - (judul buku).โ€๐Ÿ”Ž๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป

Nak lebih mudah, scan sahaja QR di bawah.๐Ÿง

Boleh simpan poster ini dan kongsikan dengan semua group komuniti pelajar.๐Ÿ‘๐Ÿผโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29 Oct, 09:14


๐Ÿ”Š [PERHATIAN] Orang Shah Alam, Klang, dan Setia Alam!๐Ÿคฉโœจ

Kurang sebulan sahaja lagi PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2024 akan bermula.

Tahun ini SIBF 2024 akan berlangsung di lokasi baruโ€” Setia City Convention Centre 2.

Ini info penting yang anda kena tahu:

โœจ SIBF 2024
๐Ÿ—“๏ธ 27 Nov - 3 Dis 2024.
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre 2.
๐Ÿ“š Reruai H38 & H39.

InsyaAllah senang saja nak cari reruai kami sebab dekat dengan pentas utama.

- Apa kejutan sempena SIBF kali ini?
- Apa judul-judul baru yang kami akan terbitkan?

Nantikan update seterusnya ye.๐Ÿ“šโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29 Oct, 05:22


๐Ÿ”Š Hebahan penting kepada semua pelajar IPT seluruh Malaysia.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Baucar buku Fasa 2 boleh mula ditebus bermula esok!โœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28 Oct, 02:41


Ini staf sementara kami, seorang bakal doktor. Tengoklah tu, cara periksa AWB macam nak periksa laporan makmal.๐Ÿ˜†๐Ÿ”ฌ

Alhamdulillah tim Pesta Buku Kelantan sudah selamat sampai semalam, tim Pesta Buku Miri pun insyaAllah akan pulang hari ini.โœˆ๏ธโœจ

Terima kasih kepada semua pencinta buku seluruh Malaysia yang menyokong kami.

Pesta Buku Pahang masih berjalan sehingga hujung minggu ini di BERJAYA MEGAMALL KUANTAN.

Orang Kuantan, boleh dapatkan buku-buku kami di reruai B10 FARHIS CEKAL dan reruai C21-C22 + C34 IDEALICON ye.๐Ÿ“š๐Ÿ›๏ธ

Kembali kepada rutin asal.โœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

27 Oct, 02:13


Hari ini hari terakhir kami di BINTANG MEGAMALL MIRI.

Terima kasih kepada semua orang Miri, Brunei dan sekitar yang datang menyokong pesta buku di sini.

Kepada yang berhajat nak datang, sempat lagi.

Selagi kami belum tutup meja jualan, boleh dapatkan buku-buku yang ada di sini.

Ini hari terakhir!๐Ÿคฉ๐Ÿ“šโœจ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

26 Oct, 08:12


Selain sedang sibuk di:

๐Ÿ“š1- KARNIVAL SEMARAK ILMU MYDIN TUNJONG KOTA BHARU.

๐Ÿ“š2- PESTA BUKU MIRI DI BINTANG MEGAMALL.

๐Ÿ“š3- SESI TERTUTUP MINDA CEO DI JEJAK Buku & Kopi.

Kami juga berada di Pesta Buku๐Ÿ“š Pahang di Berjaya Megamall Kuantan sehingga ๐Ÿ—“๏ธ 3 November nanti.

Warga Kuantan dan sekitar yang nak dapatkan buku-buku JT dan JIWA, boleh terus cari reruai B10 FARHIS CEKAL CENTRE ye.

Boleh juga dapatkan di reruai C21-C22 dan C34 IDEALICON.

Jom orang Kuantan!๐Ÿ“šโšช๏ธโšซ๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

22 Oct, 06:35


Bermulo hari ni, kito bukok mejo juale di Mydin Tunjong sempena Karnival Semarak Ilmu 2024.๐Ÿ“šโœจ

Kepado ore-ore Kota Bharu, bulih pakat mari untuk dapatkan buku-buku kami di sini deh.

Masuk jah pintu utama Mydin pahtu terus naik tingkat 2, cari pintu masuk Karnival Semarak Ilmu 2024.

Pintu masuk berada di tengoh-tengoh antara keda makey Steak Mansion dan keda pakaian Muaz.

Terus jah sapa lah hok paling hujung, nanti ake napok reruai JT dan JIWA.

Cari Abe Amir dan Pokjak.

-Buku agamo ado.
-Buku falsafah ado.
-Novel dan puisi pun ado.

Nok buku lagu mano, ado belako.

Diskaun pun ado, tapi hok petim kalu pandai kecek kito bui sajo.๐Ÿ˜†

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

21 Oct, 09:18


Negeri Sembilan > Kuala Lumpur (Pesta Buku UIA) > hari ini di Johor.

Lusa ada tim yang akan ke Sarawak pula.

Doakan usaha-usaha kami diberkati.

Semangat memasyarakatkan ilmu dan budi.๐Ÿ”ฅ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

17 Oct, 09:15


Tidak cukup pecahan tim ke Pesta Buku UIAM dan Kembara Jogjakarta, ada satu lagi unit tindakan khas Jejak Tarbiah yang bergerak menjejak sekolah-sekolah.

Alhamdulillah hari ini selesai urusan di SMA Kuala Klawang.

Dengar ceritanya mereka tak terus balik. Esok ada 2 lagi sekolah berdekatan yang akan dijejaki.

Misi memasyarakatkan ilmu dan budi diteruskan!

Doakan usaha tim JT dan JIWA di UIAM, di Jogjakarta, di Negeri Sembilan dan di seluruh jagatraya membuahkan kesan bermanfaat kepada umat.๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 Oct, 03:49


๐Ÿ“šBermula hari ini kami di KAED, UIAM Gombak sempena pesta buku mereka.

Warga UIAM dan sekitar, jemput datang beramai-ramai ye.

5 Buku paling laris yang anda wajib dapatkan:

1- Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan.
2- Perlu Tahu Apa Sebelum Bernikah? (PTASB).
3- Sirah di Sebalik Surah.
4- Seperti Air Yang Mengalir.
5- Terusir, HAMKA.

Cari Inche Amir dan Kak Nad di meja jualan kami berdekatan pentas utama ye.

Tunjukkan post ini untuk tebus penanda buku istimewa dengan setiap pembelian.๐Ÿ“šโœจ

.
JEJAK TARBIAH
Memasyarakatkan Ilmu dan Budi.

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

15 Oct, 04:52


โ€œIndependent Women Syndrome (IWS) - semua benda dia nak buat sendiri, semua perkara dia nak selesaikan sendiri. Jangan begitu, baca buku PTASB iniโ€ฆโ€โ€” Bai Duri๐Ÿ‰

Wahh hari ini BOOKTOK REVIEW PTASB dah bermula.๐Ÿคฉโœจ

Setiap hari akan ada pempengaruh buku yang buat ulasan PERLU TAHU APA SEBELUM BERNIKAH, Dr. Nurul Hasna' Hazni.

Bai Duri kata buku ini sesuai dibaca oleh 3 orang:

1- Orang yang belum merancang untuk bernikah.

2- Orang yang betul-betul nak bernikah.

Ketigaโ€ฆ kena tonton sendiri ulasan Bai Duri ye.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://vt.tiktok.com/ZS2KV3jtQ/

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

14 Oct, 08:10


Hari ini kami bersiap-siap untuk beberapa Pesta Buku yang bakal berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.

Bermula esok Ranger Biru JT akan ke UIAM untuk persiapan pesta buku yang bakal bermula lusa.

Kemudian persiapan ke Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Pahang dan Sarawak pada minggu depan pula.

Itu belum termasuk Kembara Jogjakarta bermula Khamis ini dan beberapa acara kecil yang lain.

Doakan usaha dan perjalanan tim JT dan JIWA merantau ke seluruh pelusuk tanah air demi memasyarakatkan ilmu dan budi diberkati.

Ya, buku-buku itu hanya alat.

Menyebarkan ilmu dan budi kepada sekalian anak bangsa adalah misi yang sebenar.

Semoga segala penat lelah ini diterima sebagai ibadah oleh Allah SWT.๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Oct, 12:16


"Selama ini sudah berapa kali orang-orang di sini menolong kita?"

"Sekerat beras pun aku tak pernah merasai pertolongan mereka. Yang tahu hanya mengecam aku. Aku buas. Aku harimau kampung. Aku iblis. Semua suka melihat kita berpindah dari sini."

Dipulaukan, disalah erti dan dipandang hina โ€” itulah pandangan orang Kampung Banggul Derdap terhadap Pak Kasa yang melarat hingga kepada anaknya, Semaun.

Apabila lembu bunting Dogol dibaham harimau, inilah peluang yang digunakan olehnya bagi mencoreng arang di muka keluarga arwah Pak Kasa.

. . . . .
RENTONG โ€” Novel pertama karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pada tahun 1965.

Nantikan penerbitan edisi baru hanya di JIWA.

Sebuah usaha memanjangkan hayat karya berkualiti untuk dinikmati generasi baru.

Akan diterbitkan bersama Autobiografi Shahnon Ahmad: Perjalananku Sejauh Ini.

Undi kulit buku ini sekarang!๐Ÿ“šโœจ,

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 Oct, 02:35


โ€œKalau suaminya seorang yang miskin sehingga tidak dapat memberi nafkah secukupnya, dialah yang bertindak berusaha di belakang layar secara rahsia untuk menutup malu suaminya.

Itulah yang dilambangkan oleh Zainab, isteri Abdullah bin Mas'ud."

BHBTP ini bukan sekadar buku tips rumah tangga, tetapi membicarakan peranan kehidupan kaum perempuan secara keseluruhan.

Siapa kaum perempuan yang HAMKA maksudkan?

Isteri.
Ibu.
Nenek.
Saudara perempuan.
Anak perempuan.

Semuanya termasuk dalam erti kaum perempuan itu.

Orang perempuan kena baca buku ini untuk tahu hak-hak mereka.

Orang lelaki kena baca untuk melunaskan tanggungjawab kepada mereka.

Baca, baca, baca.๐Ÿ“šโค๏ธ

https://shopee.com.my/Buya-Hamka-Berbicara-Tentang-Perempuan-i.151076202.11846897565?xptdk=6edf80c4-ae29-4ef5-8ec4-ffc1a874e473

Komuniti Buku JT - Jejak Tarbiah / JIWA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10 Oct, 09:48


Pagi tadi rancak sambutan ๐Ÿ”ดLive JIWA. Mula pukul 10 pagi sampai 1 tengah hari.

Mana tidaknya, siapa beli terus tim kami proses pesanan. Siap dapat tote bag istimewa sebab komen masa ๐Ÿ”ดLive.

Ada yang tanya, โ€œmalam ini Live tak? Sekarang saya tengah sibuk kerjaโ€ฆโ€

Mesti!๐Ÿ”ฅ

Nak sambung bicara panas TEGURAN SUCI HAMKA atau nak sembang buku santai-santai sahaja?

Anda tentukan.

Jumpa malam ini. โฐ 8:30-10 Malam.

Jom, jom! Sebarkan ke seluruh jagatraya pencinta buku.๐ŸŒ๐Ÿ“šโœจ