Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ @didikguru_my Channel on Telegram

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

@didikguru_my


Desak KPM mengenal pasti solusi dan sebagai penambahbaikan sistem Sokongan Mental Guru PJJ.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ (Malay)

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyediakan solusi serta penambahbaikan dalam sistem sokongan mental guru PJJ. Saluran ini diwujudkan bagi membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru PJJ serta memberikan bantuan yang diperlukan. Dengan adanya saluran ini, guru-guru PJJ dapat berkongsi pengalaman, mencari nasihat, dan mendapatkan sokongan dari rakan sejawat mereka. Didik Guru memainkan peranan penting dalam membina komuniti yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran PJJ. Selain itu, saluran ini juga menyediakan ruang untuk bertukar pendapat dan strategi terbaik dalam menghadapi cabaran sebagai guru PJJ. Bagi guru-guru yang ingin terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan jarak jauh, Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan sumber-sumber dan bimbingan yang diperlukan. Jadi, jom sertai kami di saluran Telegram ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti guru PJJ yang proaktif dan berkembang bersama-sama!

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

08 Jan, 14:35


..sorok menyorok & membakulsampah dah jd mainan di sstgh jabatan( utk tidak panjangkan faedah urusan ke atas individu yg tak disenangi)
Dunia lepas lah.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

08 Jan, 10:25


Betul ko jadual cuti sekolah 19mac25 hingga 23 seminggu sebelum cuti raya. Macam tahun lepas Raya ke 4 dah kena daftar masuk ipt. Penatt wat dasar, cuti raya lain 2024 cuti sekolah

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

08 Jan, 04:22


Al-Quran penuh dengan motivasi dan menjadi penawar. Inilah sebahagian daripada motivasi untuk memberi kekuatan kepada kita yang setiap hari berjuang dalam hidup.

Pertama
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaun sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
(Ar Raโ€™ad ayat 11)

Kedua
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah ayat 216)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Al Baqarah ayat 286)

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(Al Insyirah ayat 5-6)

Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah ayat 153)

Dan barang siapa mengerjakan kebaikan sekecil apapun, nescaya dia akan mendapat balasannya.
(Al Zalzalah ayat 7)

Ketahuilah sesungguhnya milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi.
(Surah Yunud ayat 55)

Sungguh Rabbku benar-benar Maha Mendengar(memperkenankan) doa.
(Surah Ibrahim ayat 39)

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
(At Thalaq ayat 2)

Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
(At Talaq ayat 3)

Jangan merasa lemah, jangan merasa sedih sesungguhnya kamu ditinggikan darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.

Terdapat hubungan di antara menghilangkan kesusahan dan kesulitan hidup dengan membaca Al Quran. Jika kita mahu Allah memenuhi keperluan kita dan menghilangkan segala kesulitan dalam urusan kehidupan kita, maka bacalah Al-Quran. Saya yakin bahawa sesiapa sahaja yang sedang didatangi kesulitan dalam hidup, maka ambillah wuduk dan bacalah Al-Quran 30 minit sehingga satu jam. Tidak kira juzuk berapa atau halaman mana sekalipun. Dan lihatlah sendiri perubahan dalam urusan hidup kita.

Semoga Allah terus memberikan limpahan rahmatNya kepada kita.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

05 Jan, 03:14


Without you, what do I have to live for?

Semoga yang berjauhan dengan keluarga terus tabah.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

02 Jan, 11:29


Esok siapa balik tu, BTW ada yg balik ke cuti new year, cuti sehari pun sanggup drive 5 jam sehala...

Btw

Berita baik buat peminat SQUID GAME. Musim ketiga dilaporkan akan tayang pada 27 Jun 2025

Sekian

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

01 Jan, 04:05


Kongsikan berapa jam seminggu/bulan kos masa dan kos ringgit anda travel balik jumpa anak dan pasangan.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

30 Dec, 23:48


Teringat cerita Squid Game jika kamu ada anak, isteri dan emak kamu mungkin faham keperluan itu, jika tidak kamu tidak layak jadi manusia.

Jika guru minta kebenaran balik awal benar-benar atas urusan keluarga

Jika guru minta cuti atas sebab tertentu seperti bencana banjir

, saya tidak mahu tanya "kelas cikgu siapa ganti?".

Jika saya ketua, Saya cuma kata "semoga urusan cikgu dipermudahkan".

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

30 Dec, 06:39


18 hari lagi

Menghitung hari melihat anak

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

29 Dec, 23:50


Assalamualaikum dah sampai ke destinasi ke?

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

29 Dec, 06:51


Hadapi GB neraka dengan tenang

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

28 Dec, 20:34


Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H bersamaan tahun 2025 Masihi adalah pada 1 Januari 2025 (Rabu)
*bermula waktu Maghrib, 31 Disember (Selasa).

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

28 Dec, 19:45


Jadual Cuti

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

23 Dec, 08:43


Berita Cikgu Nur Nazalishah ditemui tidak dapat disahkan. Hanya komen orang sahaja, tapi tiada dalam portal berita atau polis. Jika benar dah ditemui, mohon sertakan sumber sahih ya. Sementara itu kita doakan agar ditemui segera.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

20 Dec, 09:01


Kdg yg dok stu rumh pon dh burn out apalgi yg PJJ, smoga Allah kuatkn smngat para ibu ๐Ÿ’ช

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

20 Dec, 09:00


PJJ ni tak adil untuk sebelah pihak.

Majoriti isteri yg jaga anak2... semua hadap sendiri, sakit pening, ragam anak semua tanggung sendiri macam tak bersuami.

Yg suami sedap balik kerja rileks2 macam orang bujang. Habis kuat video call sejam dua tanya khabar.

Cukup time bagi duit (itu pun kalau dia tanggung full)
Kalau perbelanjaan pun share dengan bini. Wahh... Betul2 sebelah pihak aje yg sedap senang lenang.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

20 Dec, 09:00


"Aku post dalam group FB. Abang (suami) nak marah ke, nak talak ke, suka hatilah. Orang dah tak sanggup" - Isteri #KisahDunia

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

19 Dec, 08:25


Teringat filem Braveheart laungan William Walaceโ€ฆ.
FREEDOMMMMM!!!

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

16 Dec, 10:56


Dah hampir tiga tahun. Apa bentuk perlaksanaan?

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

16 Dec, 10:55


Guys siapa yang ada template cuti tahun depan

Raya, cuti penggal. Utk mudahkan urusan rakan borneo beli tiket

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

16 Dec, 10:20


Wish awal tak kalut selama bercuti kawan2.

Harap menteri jangan pertimbangkan sahaja. Nilai juga isu kemanusiaan untuk guru pjj

- pertukaran tanpa ikut opsyen guru x PJJ
- pertukaran ikut body suka sama suka dibuka semula.

Harap kita ada usaha viralkan isu di media sosial

Jangan tunggu dan lihat

Anak2 tak tunggu untuk membesar tanpa kita di depan mana

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

10 Dec, 11:29


Dunia tak kejam tapi sistem.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

05 Dec, 15:08


Siapa ada akses sosial media fauzi Singon?

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

05 Dec, 13:40


Isteri Cikgu Din, yang menghidap barah tulang rawan tahap empat meninggal dunia semalam.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, dilaporkan mengemukakan permohonan kepada KPM bulan lepas untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan itu bagi mengelak kisah seperti Cikgu Din berulang.

Pada Oktober lalu, Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar menerusi perkongsian warganet di media sosial berharap dapat ditukarkan dari Sarawak ke Semenanjung untuk menemani isterinya yang sakit.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

05 Dec, 06:46


Harap jangan pertimbangkan sahaja. Nilai juga isu ini

- kurangkan syarat 3 tahun untuk guru PJJ
- pertukaran tanpa ikut opsyen guru PJJ
- pertukaran ikut body suka sama suka dibuka semula.

Harap kita ada usaha viralkan isu di media sosial

Jangan tunggu dan lihat

Anak2 tak tunggu untuk membesar tanpa kita di depan mana

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

04 Dec, 22:10


KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332884/kpm-sedia-pertimbang-permohonan-kurangkan-tempoh-pertukaran-guru

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

11 Nov, 07:31


Kenapa Pertukaran perlu utamakan PJJ

1.Sekolah kat Kelantan banyak SKM,nak masuk banyak2 nak mengajar sapa tu?
2.Tengok statistik nak masuk dan keluar Kelantan.
3.Baru 9tahun cikgu merantau ,ada yang dah 15tahun 20tahun pun masih tak dapat masuk.
For me, tak ada isu duduk mana pun jika tak PJJ dan masalah terdesak macam masalah kesihatan pasangan or parents etc.


Masa kita sign kerja dulu tak ada pula sign akan kerja kat kampung sendiri kan.
So kerja lah dengan sebaiknya kat mana pun yang diperlukan.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

07 Nov, 05:23


Assalamualaikum cuba senaraikan ahli parlimen, senator di kawasan anda yang sanggup suarakan isu guru PJJ dan anda boleh bantu hantarkan memorandum kami kepada pejabat ahli parlimen anda.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

27 Oct, 03:35


Jangan engkau harapkan keadilan dari dunia, aku telah hidup dan melihat dunia berdiam diri ketika kita menghadapi kesakitan. Jangan harapkan keadilan
, tetapi engkaulah yang perlu menjadi keadilan

Yahya Sinwar

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

27 Oct, 00:44


Kalau cmpur tangan dongzong pasti org atasan akan terus brtindak...donzong ni lg berkuasa dr kerajaan

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

24 Oct, 22:20


Saya yakin YBM Fadhlina Sidek seorang menteri yang punya empati tinggi dan akan bantu Cikgu Din ini. Amik cakna jugak kebajikan guru jangan cakna isu Dong Zhong sahaja!

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

24 Oct, 13:54


kesian cikgu Din mcm kita ulang alik naik Putrajaya...sorg pun xlayan ..mai viral baru hegeh2 nk respon

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

24 Oct, 08:37


Barah dialami Nor Atiqah, 30, sudah masuk tahap 4 & sangat agresif. Di manakah budi bicara orang yang lebih berjawatan tinggi?๐Ÿ˜”

Dapat cuti sebulan, tapi cuti separuh gaji ka? Bagi jala cikgu Din ni pindah duduk dengan wife dia. Ish sedih la aku..

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

08 Oct, 03:25


SubhanaAllah kasihan nasib Allahyarhamah Ustazah Norashura Omar, dizalimi dan dibuli oleh pentadbir sekolah lama arwah. Baru sempat bertukar sekolah dan meninggal dunia beberapa hari lepas. Beliau menghubungi aku pada Ogos 2024 sebaik TT aku โ€˜Pentadbir Buli Guruโ€™ mula viral ketika itu. Berikut adalah bukti DM aku dengan arwah ketika itu yang dihina, ditengking dan diaibkan oleh pentadbir. Komen dalam TT aku โ€˜diarahkan padam oleh pentadbir beliauโ€™.
Beliau dan beberapa rakan-rakan di sekolah itu sangat tertekan tanpa pembelaan dan menghadapi kemurungan. Akhirnya kesan buli dan tekanan mental yang sangat teruk ini menyebabkan beliau cuba memohon pertukaran. Antara nasihat aku ketika itu adalah meminta beliau memohon bertukar ke sekolah lain dari berhadapan dengan pentadbir yang tidak ada perasaan empati dan kemanusiaan. TakdirNYA sebaik dapat bertukar aku dimaklumkan beliau meninggal dunia baru-baru ini. Lebih menyedihkan arwah adalah ibu tunggal yang meninggalkan dua anak, seorang di Jordan dan seorang lagi sedang akan mengambil SPM tahun ini. Aku diberitahu, rakan-rakan sekolah lama tidak diberikan pelepasan awal utk menziarahi jenazahnya, sebelum dikebumikan..Kalaulah betul.. Tak tahu jenis manusia apakah ini !! dan aku melihat semakin ramai pentadbir gila dan mental sedang mula memimpin sekolah di Malaysia sekarang. Mereka tidak ada sifat empati, sabar dan dipenuhi ego melangit bila duduk di kerusi pentadbir sekolah. Ramai guru tertekan tanpa pembelaan PPD dan JPN. Menteri hanya menyatakan โ€˜ada kes pentadbir membuli guruโ€™ tetapi tidak pun membantu mereka untuk mengatasi masalah yang sangat serius ini. Kesudahannya kami menunggu masa mengisi borang pencen pilihan, dalam masa sama berdoa agar pentadbir kejam dan SAKIT ini menerima pembalasan setimpal dalam kehidupan mrk sama ada cepat atau lambat ianya pasti tiba.
Al Fatihah buat Allahyarhamah Ustazah Norashura Omar, semoga ditempatkan sebagai ahli Syurga Firdaus tanpa dihisab amalannya. Ameen

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

02 Oct, 03:44


Saya setuju beri penghargaan berdasarkan prestasi cemerlang anak-anak bukan pilih sebab dia dari kalangan B40 saja. Akhirnya pelajar cemerlang yang bukan B40 tiada penghargaan atas usaha mereka. Mereka cemerlang bukan sebab status keluarga mereka tapi sebab usaha dan disiplin mereka. Pelajar B40 juga boleh cemerlang jika mereka berusaha dan berdisiplin.

Kesian anak guru tak dapat masuk IPG dan biasiswa jika penilaian ikut status bukan prestasi

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

29 Sep, 22:04


Selain seronok membuat larangan guru PJJ berpindah kalau tak cukup 3 tahun. Dia juga mansuhkan UPSR, sampai guru SMK bising dgn kualiti murid sekarang

Dia makan pencen menteri tak habis.. cikgu cikgu jadi mangsa dan teraniaya nak kena hadap semua masalah dia tinggalkan.

Sistem sekolah bermula bulan 3 pun dia juga yang mulakan. Now jadi masalah bila kena u turn dan guru PJJ hilang cuti sebulan bulan 12.

Ini level menteri Qazaf.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

26 Sep, 05:55


https://vt.tiktok.com/ZS2qEFf5J/

Minta ahli group tag YB Fadhlina Sidek di video TT ini. Saya ingin perjuangkan isu guru PJJ. Mana tahu dengan kuasa viral. KPM notice isu ini.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

24 Sep, 03:59


Tahniah yang berjaya posting. Jemput guru PJJ datang group ni ya.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

22 Sep, 13:03


Zaโ€˜ba turut menghuraikan penyempitan makna kebajikan dan kejahatan yang boleh menyebabkan salah tafsir dan salah faham bagi konsep-konsep tertentu. Contohnya sedekah yang disempitkan maksudnya sedangkan dalam Islam, konsep sedekah lebih daripada sekadar menghulurkan sesuatu barangan. Begitu juga penyempitan makna pada amal jahat yang hanya dieertikan sebagai โ€œkerja-kerja maksiat atau melanggar larangan-larangan agama yang membuahkan dosa dan balasan nerakaโ€. Dalam bab โ€œKejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannyaโ€, Zaโ€˜ba menyatakan bahawa kejatuhan umat Islam berpunca daripada kehilangan โ€˜izzah, yakni kekuasaan dan kekuatan yang patut ada dalam masyarakat Islam. โ€˜Izzah hilang kerana orang Islam tidak mahu berfikir, berusaha, berijtihad dan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Karangan yang terhasil puluhan tahun lalu ini memancarkan pengetahuan mendalam Zaโ€˜ba tentang Islam, terutamanya tentang akhlak. Beliau mengupas ayat-ayat al-Quran dengan cukup jelas, dalam bahasa yang difahami oleh orang biasa dalam zamannya. Contoh-contoh akhlak dan sikap orang Melayu yang berlaku pada zaman sebelum merdeka masih ada pada hari ini. Beliau memberikan contoh orang bertaklid buta yang bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam bidang pengetahuan yang lain.

Walaupun sudah dikarang begitu lama, ternyata kandungan buku ini masih relevan dengan kehidupan orang Islam/Melayu pada hari ini. Banyak perkara yang disentuh wajar dijadikan iktibar supaya orang Melayu akan berubah perangai dan menjadi bangsa yang dihormati dalam perkara yang berfaedah.

Seperti tulisan penulis asal.

#CikguShah

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

22 Sep, 13:03


Saya pernah baca buku ini semasa saya masih di sekolah menengah dan saya masih ingat isi penting buku ini. Saya cadangkan buku ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

.

ZAโ€˜BA (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal.

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri merupakan naskhah terakhir Zaโ€˜ba yang membicarakan punca orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan. Melaluinya, Zaโ€˜ba menyimpulkan, kelemahan sahsiah merupakan punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Bagi Zaโ€˜ba, orang Melayu lemah kerana mereka tidak mempercayai kebolehan sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu bergantung harapan kepada orang lain. Katanya, orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri tidak diajukan oleh Zaโ€˜ba kepada mana-mana penerbit semasa hayatnya; sebaliknya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka lapan tahun selepas pemergiannya menghadap Ilahi. Mungkin Zaโ€˜ba berbuat begitu kerana sedar bahawa orang Melayu sukar menerima pandangannya yang kritikal.

Buku ini berfokus pada perangai orang Melayu yang paling dibenci oleh Zaโ€˜ba, iaitu terlalu bergantung kepada orang lain. Daripada perangai ini lahir sikap lain seperti tidak mahu berfikir sendiri dan tidak mahu menggunakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Mereka lebih suka hidup tanpa berfikir walaupun sikap ini membawa akibat-akibat yang merugikan diri sendiri.

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini terbahagi kepada dua risalah, iaitu โ€œPerangai Bergantung pada Diri Sendiriโ€ dan โ€œKebajikan dan Kejahatanโ€. Terdapat empat bab dalam risalah โ€œPerangai Bergantung pada Diri Sendiriโ€, iaitu: โ€œWajibnya bagi Mendapat Kejayaanโ€, โ€œKekurangan Kita dalam Sifat Iniโ€, โ€œFikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agamaโ€, dan โ€œBersendiri pada Ilmu dan Amalanโ€.

Dalam risalah seterusnya terdapat empat bab juga, iaitu โ€œFahaman yang Luasโ€, โ€œBaik dan Jahat Tetap Adaโ€, โ€œFahaman yang Sempitโ€, dan โ€œKejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannyaโ€.

Kata Zaโ€˜ba, perangai suka bergantung pada orang lain timbul daripada dua faktor, iaitu tidak ada keyakinan pada diri sendiri, dan terbit daripada sikap yang digambarkan dalam simpulan bahasa, โ€œseperti kutu di atas kepalaโ€. Daripada sikap pertama, seseorang itu sentiasa menganggap dirinya rendah dan tidak ada kebolehan serta kemampuan.

Sikap kedua digambarkan kepada orang yang malas, yakni tidak mahu berusaha dengan menggunakan tenaga dan akal fikiran sendiri. Mereka hanya mengharapkan rezeki daripada orang lain. Sikap itu menyebabkan orang Melayu tidak mahu berikhtiar dan berusaha sebaliknya mengharapkan bantuan orang lain. Zaโ€˜ba membandingkannya dengan sikap orang luar yang datang untuk bermastautin di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. Perangai orang Melayu mengharapkan bantuan bukan sekadar dalam hal yang berkaitan dengan kehidupan dunia malah urusan alam baqa. Zaโ€˜ba tidak bersetuju dengan adat โ€œfidyahโ€ yang diadakan bagi orang yang sudah meninggal dunia, kerana dalam menjalankan adat ini kita seolah-olah โ€œmembayar hutangโ€ kepada Allah bagi pihak si mati yang tidak beribadat ketika hidup.

Satu lagi sifat buruk yang ditonjolkan oleh Zaโ€˜ba adalah orang Melayu menerima secara membuta tuli pandangan tok guru bagi hal yang berkaitan dengan agama walaupun yang diajarkan itu tidak ada nasnya. Zaโ€˜ba menggalakkan orang Melayu supaya meningkatkan pengetahuan dengan mempelajari ilmu-ilmu lain supaya dapat menajamkan akal fikiran. Dalam memperkatakan antara baik dengan jahat, Zaโ€˜ba mengenal pasti bahawa sesuatu yang baik atau jahat dalam perangai manusia mempunyai kemungkinan berubah; yang baik menjadi jahat dan sebaliknya. Beliau mengambil contoh sikap riak, yang pada mulanya kelihatan sebagai kebajikan tetapi disertai sikap menunjuk, lalu beralihlah kebajikan menjadi kejahatan.

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

22 Sep, 00:42


Rancang perjalanan anda bersama anak isteri yang berjauhan

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

22 Sep, 00:39


Next cuti sekolah sempena Deepavali :

30 Okt - 3 Nov 2024

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

21 Sep, 15:12


kene ubah dah patutnya, org atas boleh nilai org bwh orang bwh boleh nilai org atas

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

21 Sep, 08:01


Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi Pelantikan bawah SSPA bermula 1 Disember 2024.

TBBK masih ada โ˜บ๏ธ

DG10 (8 tahun DG9)
DG12 (8 tahun DG10)
DG13 (6 tahun DG12)
DG14 (3 tahun DG13)

Laluan kenaikan gred berdasarkan kekosongan diperkenalkan. Perincian belum ada. โœŒ๏ธ

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

21 Sep, 07:57


SSPA ni merugikan :

1. Yang terima elaun wilayah dan kritikal - dipegunkan
2. Perjawatan yang dimansuhkan dan dijumudkan. Wajib pilih SSPA atau dibersarakan. Cikgu-cikgu tak terlibat benda ni
3. Penjawat awam yang bermasalah. Mudah untuk dibuang / dikenakan tindakan / tiada kenaikan gaji dan ditawarkan exit policy (dipencenkan)

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

20 Sep, 14:04


Cuti sekolah dah nak habis. Dah packing barang ke?

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

18 Sep, 02:12


Menuju Masa Depan atau Mundur Ke Masa Silam?

Dr Azam:
"Sejak UPSR dimansuhkan, ramai murid, terutama dari golongan B40, makin ketinggalan. Ujian kemasukan yang menggantikan UPSR tidak memberi hasil yang baik, terutama kepada murid-murid yang kurang bernasib baik. Ekosistem pendidikan kita belum bersedia untuk Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru-guru dibebani dengan pelbagai tugas lain selain mengajar, menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan PBS dengan baik. Dalam keadaan ini, kita patut pertimbangkan untuk mengembalikan peperiksaan awam supaya murid-murid, terutama dari keluarga B40, tidak terus ketinggalan."

Didik Guru | EG Tukar Guru PJJ

17 Sep, 09:44


Betulka dengan Sspa time based akan terhad. Sebab tak lojik atau rare DG54 jadi guru biasa di Sekolah Rendah?

Anak pegawai mana yg dengki dengan kerjaya guru ni


Ke Palsu..