The Islamic Tarbiyah @dakwahhabaib Channel on Telegram

The Islamic Tarbiyah

@dakwahhabaib


Mudah mudahan tulisan kecil ini mampu menjadi saham di akhirat

IG : dakwahhabaib
Telegram : https://telegram.me/dakwahhabaib
Fb Page : https://m.facebook.com/pg/dakwahhabaib

The Islamic Tarbiyah (Indonesian)

Selamat datang di kanal Telegram 'The Islamic Tarbiyah' dengan username @dakwahhabaib. Kanal ini didedikasikan untuk memberikan pengetahuan dan panduan dalam memperkuat iman serta meningkatkan pemahaman terhadap ajaran Islam. Dengan harapan tulisan-tulisan kecil yang disajikan di kanal ini dapat menjadi bekal berharga di akhirat nanti.

Dengan mengikuti kanal ini, Anda akan mendapatkan akses ke beragam konten dakwah, nasihat, dan ceramah agama yang dapat membantu Anda dalam memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, Anda juga dapat mengikuti akun Instagram kami di @dakwahhabaib dan mengunjungi halaman Facebook kami di https://m.facebook.com/pg/dakwahhabaib untuk lebih banyak informasi dan inspirasi seputar keislaman. Jangan lewatkan kesempatan untuk terus belajar dan memperkaya pengetahuan agama Anda melalui kanal Telegram 'The Islamic Tarbiyah'. Bergabunglah sekarang dan jadilah bagian dari komunitas yang peduli akan pengembangan diri secara spiritual dan intelektual dalam ajaran Islam.

The Islamic Tarbiyah

07 Dec, 17:50


Assalamualaikum Aira ada jual vacuum robot brand TRIFO dari kilang ,sedut mmg kuat, harga asal rm1k lebih, nak jual rm150 je sb kilang ni dah tutup. ni *NEW* bukan second ya, cuma item ni ad 2 defect sikit je

1) penyapu, tpi lgsg xde effect dkt tempat sedut
2) Tak boleh auto(pakai apps) kena manual je.

Mmg berbaloi beli sb harga murah sgt, defect pun skit sedut kuat

Cod RM5 jauh, dekat harga sama , area kl,selangor,melaka

sape nak pm tepi or ws aira 01154085824

The Islamic Tarbiyah

05 Dec, 11:45


Assalamualaikum, semua, Aira nk jual vacuum robot sedut mmg kuat Brand trifo ni harga asal rm1000lebih, nak jual rm150 je sb kilang dah tutup. ni new item tau,
defect dia dkt
1) penyapu dia ja senang reput tapi xdak kacau lgsg dgn yg tempat sedut, sedut sampah mmg kuat
2) defect xboleh auto sb remote rosak so kna pakai manual. senang je

mmg berbaloi beli sb sesut kuat dan murah

cod free je area kl,selangor,melaka

meh whtsapp aira skrg sb stoxk tggal 30pcs ja lgi pastu aira close order

serious buyer je whatsapp Aira 01154085824

The Islamic Tarbiyah

25 Nov, 14:40


Wanita kamu terlalu indah Allah ciptakan. Carilah pahala sebanyak mungkin dan perbaikilah dirimu jadi lebih baik. Janganlah kamu hancurkan diri kamu dalam kemaksiatan ia akan merugikan kamu. Jadilah wanita yang mahal dan solehah. Hidup didunia ini hanyalah sementara, hidup di akhirat kekal selamanya. Moga syurga buatmu kerana bertahan dan berusaha jadi wanita yang baik❤️

Muhasabah diri.

#tulisandarihati #byairamuniraa #fyp #viral #muhasabahdiri #untukmu #wanitahebat

The Islamic Tarbiyah

18 Jun, 15:23


Ibu ibu yg dah lama menanti untuk dpt zuriat boleh amalkan ni. Aira dpt ijazah ni dari seorang ulama yg bernama Habib Ali ben Fagih. Sebelum baca doa ni tlg baca “aku terima ijazahnya :-

Baca “Ya Hasib” 100x
Amalkan madu satu sudu setiap hari
Amalkan habbatussauda 7biji sehari

Ada kwn aira dah amalkan amalan ni,dgn izin & kehendak Allah,dia hamil setelah menanti anak 7tahun.

Sebenarnya Aira dah amalkan before pregnant lgi, sampai aira dah ada anak dua dah. koranglah cuba mana tau rezeki. Kita hanya berusaha & serahkan smua kpd Allah. Moga doa kalian dimakbulkan oleh Allah. Amin

jika bermanfaat boleh sebarkan

@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

07 Jun, 16:53


Ketika di akhirat nanti ada manusia yg wajahnya
sangat bercahaya iaitu:

1. Dia yg suka mandi subuh
2. Dia yang menjaga wudhu’setiap kali hendak tidur
3. Dia yg bangun di ⅓ malam untuk Tahajjud
4. Dia yg memperlama sujud ketika solat
5. Dia yg bibirnya sentiasa basah mengucap selawat
6. Dia yg membaca doa ketika bercermin

Doa berserta maksudnya:

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

“Ya Allah sebagaimana Engkau telah
memperindahkan rupaku, maka perindahlah
pula akhlakku.”

@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

07 Jun, 16:53


Channel name was changed to «The Islamic Tarbiyah»

The Islamic Tarbiyah

28 May, 15:52


@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

24 May, 12:19


@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

23 May, 15:05


@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

11 May, 16:14


Jika mahu tinggalkan dia untuk mencari lebih baik.

Lebih baik membentuk dia untuk jadi lebih baik.

Kerana sampai bila pun tak akan jumpa yang sempurna

Kerana kesempurnaan itu terwujud apabila engkau dan aku bersatu☺️

ig / tiktok @airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

10 May, 04:27


Happy Mother’s Day to my dearself! Mummy to Ali & Alwi🥰 Mama cuba jadi ibu yang mithali dan baik untuk anak mama❤️

Happy Mother’s Day to my mom. I’m so lucky to have you as mother. Right from the start, you were the one who nurtured me, prayed over me, worried about me, guided me, and support me in every pursuit. You’re the best mom in the world❤️

Happy Mother’s Day to all single mothers, all mothers and all future mothers. You are amazing! Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah❤️


@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

06 May, 10:55


Bagaimana kita mahu mengenali seseorang?

Kenali wanita ketika suaminya sedang jatuh miskin
Kenali lelaki ketika isterinya sedang sakit
Kenali adik beradik ketika pembahagian harta
Kenali kawan ketika kita susah
Kenali orang beriman itu ketika diuji ujian.

Ketika itu kita akn mengenali diri dia yang sebenar.

Maka bersabarlah kerana kita semua diuji

@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

03 May, 17:06


Wanita...

Kata sayyiduna imamuna Ali bin abi tholib karamaAllahu wajhah:

المرأة تستطيع ان تكتم الحب أربعين سنة
و لا تستطيع ان تكتم البغض ساعة واحدة

Wanita itu boleh sembunyikan(menahan) cintanya selama 40 tahun(kpd yang disukainya)

Dan tidak mampu menyembunyikan kebencianya(terhadap sesuatu) walaupun sesaat

Manakala orang lelaki tidak mampu menahan cintanya pada wanita,jika diberikan harta sebanyak mana pun dia dia tetap mahu mencari wanita untuknya(wanita adalah kelemahan dan menjadi fitnah bagi lelaki)

Allah berfirman
زين للناس الحب الشهوات من النساء

Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan terhadap apa yang mereka inginkan, berupa perempuan-perempuan…”QS. Ali-Imran: 14

Rasulullah saw sabda

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Tidak aku telah tinggalkan selepas kewafatanku akan fitnah yang lebih mudharat keatas lelaki lelaki daripada wanita(fitnah wanita)

Maka wanita bantulah lelaki untuk kuatkan iman mereka bukan melemahkan,jika kasihmu padanya janganlah kamu rosakkan akhiratnya

Dan lelaki lebih banyak berfikir dalam satu tindakan yang akan dibuatnya

Di dalam ilmu bahasa arab lelaki di panggil muzakkar dan wanita dipanggil mua'anas,objek atau isim yang tidak bernyawa,tidak berakal atau tidak bercakap di panggil muan'as demikian menunjukkn wanita itu ada kelemahan dari berfikir berbanding lelaki,namun ianya bukanlah mengatakan wanita itu tidak berakal,adalah salah tanggapan begitu,cuma ianya adalah soal umum dan gholibnya lelaki yang menjadi pemimpin dan lebih panjang fikiranya

Manakala wanita sememangnya mereka itu mempunyai hati yang kuat dan mampu menahan dari menyukai dan mencintai lelaki

Akan tetapi mereka diberikan kelemahan juga iaitu didalam pengawalan perasaan,kesabaran didalam kemarahannya,kebencianya dan pemikiranya

Oleh itu kaum adam dan hawa saling memerlukan dalam menyempurnakan diri mereka

Saling sempurnakan,saling bantu membantu untuk mendapat redho Allah

Setiap manusia Allah ciptakan kelebihan dan kekurangan

Dan Agama tidak mengajar kita untuk jadi sempurna baru kita memperbetulkan yang lainnya akan tetapi agama mengajar

اصلح نفسك و ادع غيرك
Baikilah dirimu dan(waktu yg sama)serulah(kebaikan) kepada selain dirimu(orang lain)

IR

@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

07 Apr, 22:49


@airamuniraa

The Islamic Tarbiyah

06 Apr, 13:35


Simpanlah cinta Allah di dalam hatimu, Dan genggamlah cinta manusia di tanganmu,
Andai nanti engkau terluka..
Lukanya hanya di jari,
Tapi bukan di hati..

@airamuniraa

The Islamic Tarbiyah

06 Apr, 02:22


@airamuniraa

The Islamic Tarbiyah

01 Apr, 23:30


Perempuan ni kalau tak disibukkan dengan ilmu, dia akan disibukkan dengan perasaan-perasaannya. Dia akan disibukkan dengan prasangka-prasangkanya.

Maka perempuan harus disibukkan dengan ilmu, disibukkan dengan belajar, menghadiri majlis ilmu, menulis nasihat-nasihat yang berfaedah, agar perasan dan prasangkanya itu tidak 'mendominasi' dalam hidupnya, agar hidupnya lebih terpimpin dengan ilmu dan amal

Semoga kita dapat jadi perempuan yang cantik dengan akhlak dan ilmu

The Islamic Tarbiyah

30 Mar, 18:03


Isterimu yg biasa itu diimpikan setiap bujang

Anakmu yg nakal diimpikan setiap yang mandul

Rumahmu yg kecil itu diimpikan setiap tiada rumah

Kerjamu yg susah itu diimpikan setiap penganggur

Kesihatanmu yg sihat itu diimpikan setiap pesakit

Apakah tidak boleh kamu bersyukur?

IR

@airamuniraa

The Islamic Tarbiyah

30 Mar, 16:39


Sapa mahu BIDADARI???

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

The Islamic Tarbiyah

30 Mar, 16:39


Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

The Islamic Tarbiyah

29 Mar, 17:28


Betapa jahilnya kita dihadapan ALLAH, bila kita masih sibuk memperkatakan tentang dosa orang lain

sedangkan ALLAH telah lama mengampunkan mereka.

@airamuniraa

The Islamic Tarbiyah

28 Mar, 17:23


Suami Yang Soleh Sentiasa Melayan Isterinya Dengan Baik

Seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab akan menjadikan Islam sebagai asas dalam kehidupan untuk dirinya, isteri dan anak-anak . Dia akan memastikan semua ahli keluarganya sentiasa mentaati Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya.

Membina sebuah rumahtangga yang dihiasi dengan ibadah adalah suasana yang harmonis hanya dapat dibentuk dengan bimbingan taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. Oleh itu salah satu faktor utama dalam pembinaan keluarga bahagia adalah membentuk sebuah rumahtangga yang senantiasa dihiasi dengan amal ibadah yang soleh dan penuh dengan keimanan serta ketakwaan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (Surah al-Nahl ayat 97)

Oleh itu para suami hendaklah senantiasa menganjurkan para isteri untuk beribadah bersama seperti mengerjakan solat tahajud, berpuasa sunat, bertadarus (membaca) serta mentadabbur (memahami) al-Quran dan belajar tentang hal-hal keagamaan yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Rasulullah S.A.W. senantiasa menganjurkan para isterinya agar mengerjakan ibadah sesuai dengan perintah Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Taha ayat 132)

Telah diriwayatkan dari `Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Rasulullah biasa mengerjakan solat malam (tahajud), sementara aku tidur melintang di hadapan baginda. Bila hendak mengerjakan solat witir, baginda akan membangunkanku".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda maksudnya : " Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam, lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Bila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), beliau memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga Allah merahmati seorang isterinya yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam, lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Bila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Oleh itu sewajarnya para suami menghidupkan rumah mereka dengan pelbagai amal ibadah yang sesuai dengan sunnah Nabi S.A.W. Disamping itu hendaklah para suami isteri berusaha untuk saling memperingatkan di antara satu sama lain untuk bersama-sama melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan meninggalkan segala laranganNya.

Suami yang soleh akan pastikan isteri dan anak-anaknya masuk syurga bersama kerana di syurga setiap keluarga yang soleh akan bertemu semula dengan penuh kebahagiaan.

@airamunieyra

The Islamic Tarbiyah

20 Mar, 22:17


Kalau kita rasa diri kita ni tak baik, apa perlu kita usahakan ialah perbaiki diri. Jangan berhenti berdoa, Tuhan mendengar.

"Ya Allah.. perbaiki ibadahku, perbaiki tutur kataku, perbaiki akhlakku dan perbaiki hidupku. Aamiin.."

@airamuniraa