Empayar Bola

@empayarbola


Bukan Sekadar Bola Sepak

Empayar Bola

23 Oct, 14:09


"Ballon d'or πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯" tulis Karim Benzema di posting Instagram Vinicius Jr yang meledak hatrik dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Dortmund.

βšͺ️2022 Benzema Ballon d'or
⏳2024 Vinicius Jr........

Empayar Bola

23 Oct, 02:56


Arsenal memerlukan gol sendiri untuk menang 1-0 ke atas Shaktar Donetsk bagi meraih kemenangan Kedua daripada tiga perlawanan Liga Juara-Juara.

The Gunners mensia-siakan berpeluang menambah gol di babak kedua bila Trossard gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Arsenal bermula baik dalam perlawanan ini dengan gandingan Brazil, Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus mencipta beberapa peluang sebelum gol sendiri Shakhtar pada minit ke-29.

Kemenangan ini melonjak Arsenal buat sementara waktu ke kelompok ke-4 daripada 36 pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara.

Empayar Bola

22 Oct, 23:56


Real Madrid bangkit daripada ketinggalan dua gol dengan Vinicius Jr meledak hatrik untuk menang 5-2 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ini adalah pasukan Madrid yang pelik, penuh dengan pemain elit, tetapi sering tidak berfungsi sebagai satu unit.

Pada separuh masa pertama, mereka lemah, rapuh dalam pertahanan, tidak wujud bahagian tengah dan teragak-agak dalam serangan.

Pada separuh masa kedua, mereka kelihatan seperti pasukan "berkuasa" yang tidak dapat dihalang, diketuai oleh Vinicius Jr.

Empayar Bola

22 Oct, 08:52


Imbas kembali pada 2020 apabila seorang wartawan bertanya kepada Jose Mourinho

πŸ—£οΈ: "City mengawal bola selama 90 minit, dan menguasai bola melebihi 80%."

Mourinho: "Mereka boleh membawa pulang bola bersama mereka. Saya mengambil 3 mata."

JosΓ© Mourinho πŸ˜‚

Empayar Bola

22 Oct, 05:30


Setakat ini Mohamed Salah telah menjaringkan 38 gol dan membuat 14 assists ketika menentang pasukan β€˜Big Six’ di Liga Perdana Inggeris 😳πŸ”₯

Arsenal: 10 goals, 2 assists
Spurs: 9 goals, 2 assists
Man City: 7 goals, 4 assists
Aston Villa: 7 goals, 3 assist
Chelsea: 5 goals, 3 assists

Empayar Bola

22 Oct, 01:51


Hanya Pep Guardiola yang mampu mencatat 10 kemenangan daripada 10 perlawanan pertama dalam semua pertandingan sebagai pengurus EPL.

Arne Slot pula memenangi 10 perlawanan dalam 11 perlawanan pertamanya bersama Liverpool.

Dua botak yang geliga, satu botak lagi apa cerita duduk no 11πŸ‘€

Empayar Bola

21 Oct, 08:16


Ini kedudukan top 10 terkini selepas 8 perlawanan EPL musim 2024/25.

Liverpool berada di puncak liga sambil diekor rapat oleh Manchester City.

Minggu ke-8 adalah minggu yang malang buat kelab London bila Arsenal & Chelsea masing-masing tewas dan gagal memungut sebarang mata.

Hanya Spurs wakil tunggal dari London yang berjaya meraih mata bila menang keatas West Ham.

Maaf untuk luar top 10 sebab anda tak penting 🫠

Empayar Bola

21 Oct, 06:04


Manchester City memerlukan tandukan saat akhir oleh John Stones untuk meraih kemenangan 2-1 keatas Wolves.

Seperti biasa City mendominasi permainan tetapi dikejutkan pada minit ke-7 apabila hantaran Nelson Semedo berjaya disudahkan oleh penyerang Wolves, Jorgen Strand Lersen.

Semedo terlepas peluang untuk menambah jaringan ketika berdepan Ederson tetapi penjaga gol City itu berjaya menyelamatkan percubaannya.

City menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan Josko Gvardiol yang melencongkan bola melepasi penjaga gol Wolves, Jose Sa.

Jaringan masa kecederaan Stone terlebih dahulu diperiksa oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum disahkan.

City kini berada di tangga ke-2 liga, 1 mata di belakang Liverpool yang kini berada di puncak liga.

Empayar Bola

21 Oct, 01:52


Liverpool lulus ujian getir pertama apabila berjaya menundukkan Chelsea 2-1 di Anfield.

Penalti Mohamed Salah dan gol kemenangan Curtis Jones memberikan 10 kemenangan dalam 11 perlawanan sejak Arne Slot menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Kemenangan ini juga meletakkan Liverpool kembali satu mata di depan City dan empat mata di depan Arsenal.

Empayar Bola

20 Oct, 04:22


TIGA kad merah dalam 8 perlawanan jelas membuktikan Arsenal adalah pasukan paling teruk dalam aspek disiplin dalam EPL.

Dalam 3 pemain Arsenal yang dilayangkan kad merah, Declan Rice dan William Saliba masing-masing mendapat kad merah pertama dalam karier senior mereka.

Empayar Bola

20 Oct, 04:11


Arsenal mengalami kekalahan EPL pertama mereka sejak April apabila kad merah William Saliba menjadi punca kekalahan memgejut 2-0 kepada Bournemouth.

Saliba dilayangkan kad merah selepas aksi berlangsung 30 minit kerana kekasaran profesional ke atas Evanilson.

Pengadil perlawanan pada mulanya melayangkan kad kuning kepada Saliba tetapi hukuman itu ditukar kepada merah selepas semakan VAR.

Beraksi dengan 10 orang bukan sesuatu yang mudah, benteng The Gunner akhirnya roboh pada minit ke-70 apabila Ryan Christie merembat cantik bola ketika situasi sepakan sudut.

Penalti Justin Kluivert sembilan minit kemudian memastikan 3 mata milik Bournemouth.

Ini satu tamparan besar buat Arsenal, yang boleh merampas tangga teratas EPL jika menang tetapi kini terpaksa berdepan pendahulu kejuaraan Liverpool hujung minggu depan tanpa Saliba yang digantung perlawanan.

Arsenal akan ketinggalan empat mata di belakang Liverpool jika anak buah Arne Slot berjaya menewaskan Chelsea di Anfield malam ini.

Empayar Bola

19 Oct, 23:53


Manchester United mengajar pasukan dalam EPL cara untuk bangkit apabila menang 2-1 keatas Brentford.

Ini adalah kemenangan pertama United dalam enam perlawanan, perkara yang melegakan Erin Ten Hag.

United ketinggalan di masa kecederaan separuh masa pertama apabila Ethan Pinnock menjaringkan gol menerusi tandukan.

United bangkit di babak kedua dengan gol penyamaan Garnacho yang menyempurnakan hantaran lintang Marcus Rashford pada minit ke-47.

Hojlund memastikan kemenangan buat tuan rumah pada minit ke-62 hasil hantaran Bruno Fernandes, yang menguis bola menggunakan tumit untuk penyerang Denmark itu menewaskan penjaga gol, Mark Flekken.

Kemenangan itu melonjak United ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris pada 11 mata selepas lapan perlawanan.

Empayar Bola

19 Oct, 07:21


Dia menyertai Bordeaux bukan kerana wang tapi ada matlamat lain yang ingin dikejarnya iaitu terus bermain bola sepak sehingga umur 40 tahun tidak kira ditahap mana.

Matlamat Caroll juga ingin menjadi seperti LeBron James, iaitu bermain dalam pasukan sama dengan anak sulungnya yang kini berusia 14 tahun.

Empayar Bola

19 Oct, 07:21


Dulu menaiki jet peribadi ketika di EPL kini menggunakan bas untuk bermain di padang-padang buruk liga ke-4 Perancis, itulah kisah Andy Caroll

Caroll meninggalkan EPL pada tahun 2021 apabila kontraknya dengan Newcastel United tamat, kemudian menyertai kelab liga Kejuaraan iaitu Reading dan West Brown.

Pada musim 2023-24 Caroll berhjrah dari England ke Perancis untuk menyertai Amiens yang beraksi dalam saingan Ligue 2.

Selepas gagal mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama, Caroll berpindah ke Bordeaux bulan lalu, selepas bekas juara Perancis itu diturunkan ke National 2 dalam liga amatur akibat masalah kewangan.

Gaji Caroll kini tidak sampai €3,500 sebulan (RM17,850), lebih rendah daripada sewa rumah yang diibayarnya.

Caroll mendedahkan yang dia pernah menerima tawaran untuk bermain di Arab Saudi tetapi dia tidak berminat.

Empayar Bola

18 Oct, 23:51


Tapi bola sepak sekarang sudah berubah dan tak sama seperti era Ferguson. Beliau sendiri di akhir-akhir menjadi pengurus United pun dilihat sukar meraih kejayaan ekoran perubahan dalam bola sepak.

Malah boleh dikatakan kejatuhan United bermula bila Ferguson bersara dengan meninggalkan skuad yang β€œrapuh”.

Empayar Bola

18 Oct, 23:51


Legenda Manchester United, Eric Cantona, berang dengan pemilik bersama kelab itu, Ineos, yang memecat Alex Ferguson daripada peranan duta global.

Menerusi Instagram Cantona mengatakan :-

Sir Alex Ferguson sepatutnya boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan di kelab ini sehingga hari dia meninggal dunia. Kurang rasa hormat!”

β€œIa benar-benar skandal. Sir Alex Ferguson akan menjadi bos saya selama-lamanya! Dan saya membuang mereka semuanya ke dalam tong najis!”

Sebenarnya langkah Ineos ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos tapi juga dapat mengurangkan bayangan Ferguson terhadap United.

Tak dinafikan Ferguson merupakan pengurus paling berjaya sepanjang sejarah United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana dia membina sebuah dinasti yang menguasai 20 tahun pertama pertandingan itu dan menjadi cerminan sebenar bola sepak Inggeris sepanjang eranya.

Empayar Bola

18 Oct, 07:48


8 perlawanan terakhir Lionel Messi bersama Argentina πŸ‡¦πŸ‡·

6️⃣ gol ⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️
4️⃣ bantuan 🎯🎯🎯🎯

Masih hebat, lincah dan mengancam πŸ’ͺ

Empayar Bola

18 Oct, 04:03


Tahukah anda Alisson terpaksa menunggu lama sehingg 206 perlawanan untuk membuat 3 bantuan gol di Liga Perdana Inggeris.

Sedangkan Antony hanya perlukan 55 perlawanan sahaja untuk mencapai 3 bantuan gol.

Ramai yang perli Antony sedangkan dia boleh tahan juga berdasarkan rekod ni πŸ‘†

Empayar Bola

17 Oct, 22:04


Media Inggeris, Daily Mail menganggap pelantikan Thomas Tuchel sebagai hari GELAP kepada bola sepak England dan juga satu kesilapan besar yang dibuat oleh FA England.

Mereka juga menuduh FA England panik untuk melantik Tuchel selepas pengurus itu dikaitkan dengan Manchester United.

Kisah 2 pengurus asing sebelum ini iaitu Fabio Capello dan Sven Goran Eriksson turut diungkit dengan labelkan mereka hanya bersikap: β€˜ambil duit dan lari’.

Bagi penulis oleh kerana wang tersebut hasil daripada cukai rakyat, dan ianya patut diberikan kepada orang England sendiri bukan orang luar seperti Tuchel.

Penulis juga berkata jika pengurus yang dilantik itu adalah Pep Guardiola, maka mereka boleh tutup mata kerana Guardiola pengurus luar biasa.

Empayar Bola

17 Oct, 12:50


Chelsea ambil keputusan drastik dengan tidak membenarkan scout Liverpool hadir ke pusat latihan mereka dan menonton perlawanan akademi mereka.

Keputusan ini dibuat selepas Liverpool berjaya mendapatkan tandatangan prospek muda Chelsea yang berusia 16 tahun, Rio Ngumoha pada jendela perpindahan lepas.