Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik @walidalmalik Channel on Telegram

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

@walidalmalik


Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik (Indonesian)

Selamat datang di saluran Telegram resmi kami, Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik, dipimpin oleh Walid Ibrahim Al Malik! Saluran ini adalah tempat di mana Anda dapat menemukan wawasan, pemikiran, dan ide-ide yang inspiratif dari Walid Ibrahim Al Malik. Siapa sebenarnya Walid Ibrahim Al Malik? Dia adalah seorang pemikir dan motivator yang telah memberikan pengaruh positif bagi banyak orang di seluruh dunia. Melalui saluran Telegram ini, Anda dapat mengakses pandangan dan gagasan-gagasan brilian dari Walid Ibrahim Al Malik secara langsung. Apakah Anda mencari motivasi, inspirasi, atau sekadar ingin memperluas wawasan Anda, saluran ini adalah tempat yang tepat untuk Anda. Bergabunglah sekarang dan ikuti perjalanan spiritual dan intelektual bersama Walid Ibrahim Al Malik!

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

12 Jan, 15:55


TAHAP PROSES NAFSU DISAKITI

Tahap 1 ➡️Dia menangis. Sedih dengan apa yang diperbuat orang ke atas kita.
Tahap 2➡️ Dia tidak lagi menangis. Dia tidak rasa apa-apa lagi. Dia kekal diam.
Tahap 3➡️ Dia akan tersenyum dengan peristiwa yang sama berlaku, kerana dia melihat yang menggerakkan itu adalah dari Allah. Dia faham teguran Allah dengan itu dia tersenyum, kerana dia tahu semua itu dari Allah. Orang yang makrifah, dia senyum kerana dia faham Allah nak kurniakan kita pengenalan pada diriNya.

Orang yang ada ilmu, nafsu amarah tidak akan dapat menguasai dirinya.

Jangan mempersoalkan takdir-takdir Allah.
Dewasakan pengajian tauhid, dewasakan lagi makrifah.

Tenangkan nafsu itu dengan makrifatullah.
Ikat nafsu dengan syariat. Ikat nafsu dengan ilmu (tauhid, feqah, tasawuf).

Kalau kita menikmati kebahagiaan, bukan sekadar pada manusia. Kebahagiaan itu daripada Allah. Diatas sifat jamalNya yang indah. Namun tidak boleh terhenti disitu.

Ketidaksempurnaan itulah kesempurnaan. Kita tidak boleh ambil kesempurnaan itu sahaja, kita perlu ambil kekurangan itu juga bagi untuk menyempurnakan kita.

4 BENTUK UJIAN

1. Ujian dalam bentuk musibah. Jalan penyelesaian : sabar.
2.Ujian dalam bentuk kenikmatan. Jalan penyelesaian : syukur.
3.Ujian dalam bentuk kebaikan-kebaikan yang dilakukan. Jalan penyelesaian : pandang segalanya dari Allah.
4.Ujian dalam bentuk kejahatan /kesalahan yang berlaku. Jalan penyelesaian : istighfar.

Ujian kelas rendah adalah dari orang yang jauh. Ujian kelas tinggi adalah dari orang yang hampir dengan kita, seperti ibu bapa /anak-anak/ suami isteri.

Kena lalui proses ketidaksempurnaan ini. Ini tempat aku bersabar. Maka akan keluarlah sayap sabar. Ya Allah, dengan sifat kelembutan Mu berikanlah aku kesabaran.

Rehatkan hati dari manusia.
Alihkan hatimu kepada Allah.
Tumpukan hati dengan Allah.
Disitu dia akan dapat merasakan kemanisan ibadah.

Kamu tidak boleh betulkan orang lain dengan diri kamu. Betulkan orang DENGAN TUHAN.

Kepelbagaian dalam berpakaian diwujudkan agar mesra dalam komuniti. Jemaah kita adalah komuniti. Tiada jemaah dalam jemaah. Jika tidak, akan wujud permasalahan dalam masyarakat itu bukan sufi.

Sufi memberi kebaikan pada dirinya dan masyarakat. Sayang saudaranya seperti sayang dirimu sendiri. Itulah ajaran Nabi. Hormati sesama insan. Disini tempat kita berkasih sayang.

Waallahua'lam
PETIKAN TAUSIAH WALID
MUKHAYYAM MIKRAJ - PERJALANAN CINTA
11 - 12 Jan 2025

Catatan- Kak Long Fara

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

12 Jan, 15:50


Majlis Mukhayyam Mikraj di De Palma Resort, Kuala Selangor

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

12 Jan, 02:31


💫 MINI KARNIVAL KOTA RAJA 2025 dengan KERJASAMA 3 MASJID 💫

1. Masjid Al-Bakri Bukit Naga
2. Masjid Himmatul Aliyah Seri Gambut
3. Masjid Al-Barakah Sentosa  
   
📣 18 January 2025 (Sabtu)  8  Pagi sehingga 11.00 Malam   
🕌 Bertempat Di Surau Al ikhlas Bandar Putera Klang

https://maps.app.goo.gl/U8NGUNg3BdhNayNe8

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

11 Jan, 23:28


Malam Cahaya Cinta - Majlis Selawat, Munajat & Doa Selamat, anjuran bersama Surau An-Nur Idaman, Apartment Idaman Sentosa & Masjid Al Barakah Taman Sentosa. Tausiyah disampaikan oleh "Ustaz Abe" Amirul Hafidzi & Majlis Zikir Maghfirah diketuai oleh "Ayah De" Tn Hj Yusof Abd Razak dan diiringi oleh Tn Nazir Masjid Al Barakah, "Ayah Ucu" Ust Ahmad Basori. Majlis dikelolakan oleh Tn "Pok Nik Man" Pengerusi Surau An-Nur Idaman.

Terima kasih buat semua yang hadir termasuk pengerusi & wakil2 surau kariah memenuhi segenap ruang, melebihi 200 orang malam ini. Semoga cahaya cinta kita kepada Rasulullah ﷺ kekal bertaut kepada setiap antara kita, keluarga & masyarakat. Insyallah...

"Selawat membawa Rahmat
Muafakat membawa Berkat"

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

11 Jan, 23:19


SELAWAT, IBADAH SOSIAL DAN MUAFAKAT (JAMAAH)

Selawat dan Ibadah Sosial adalah dua amalan yang boleh membawa seseorang kepada Darjat Kemuliaan di akhir zaman ini.

Mereka yang bekerja kerajaan dan swasta atau sendiri yang melibatkan urusan kebaikan masyarakat, jika dilakukan dengan niat yang benar dan menjalankan dengan penuh amanah, maka mereka tergolong golongan yang melakukan Ibadah Sosial.

Begitu juga para NGO atau perkumpulan atau persendirian yang melakukan kebajikan pada masyarakat dengan keikhlasan, mereka golongan yang melakukan Ibadah Sosial.

Begitu juga para ilmuan yang memberi ilmu dengan ikhlas, mereka golongan yang melakukan Ibadah Sosial.

Apabila digabungkan dengan perbanyakkan Selawat, maka ianya cepat membawa mereka kepada kecintaan الله dan Rasul.

Cintai Selawat untuk mendapat Rahmat, wujudkan Muafakat atau jamaah dalam gerak kerja ibadah sosial, pembinaan Masyarakat dan Negara agar perolehi Berkat.

Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, 
“Berdua lebih baik daripada sendiri, bertiga lebih baik daripada berdua, berempat lebih baik daripada bertiga, maka hendaklah kalian tetap bersama berjemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sebuah petunjuk (hidayah).” (HR. Ahmad)

Sabda Baginda ﷺ lagi yang bermaksud:
“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Jamaah yang dimaksudkan ialah Masyarakat Islam yang berpegang teguh dengan ASWJ, hormati segala kepimpinan Masyarakat dalam komuniti masing2 yang pelbagai posisi dan bantu mereka dalam memimpin demi membawa kebaikan Masyarakat dan Negara.

"Selawat membawa Rahmat
Muafakat membawa Berkat."

Wallahualam..

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

11 Jan, 16:13


Ijazah umum Selawat Jibril hanyalah pintu , sesiapa yang merasai sesuatu perubahan pada dirinya dan mahu bimbingan, maka berdagulah dengan para Mursyid atau Guru-Guru yang berdekatan dengan mereka atau yang sesuai dgn mereka atau yang menempati dengan jalur Leluhur mereka.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Jan, 05:17


Risalah Annur salah satu silibus yang perlu dibawa pada ummah yg membawa bicara Al Quran dlm bentuk Tauhid yg mengabungkan moden dan tradisi, sains dan Sufi.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Jan, 05:08


Kunjungan persaudaraan dari Keluarga Risalah Annur Said Baiduzaman an nursi dari Turkey ke Teratak Walid.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Jan, 01:38


Sollu ala Nabi

NAFSU AMMARAH ADALAH RAHMAT

Firman Allah SWT yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat.” (Surah Yusuf: 53)

Nafsu ammarah yang bersifat mengajak kepada kejahatan adalah ciptaan الله SWT yang pastinya ada hikmah dan rahmat. Tiada الله SWT mencipta kejahatan pada sisiNya melainkan semua kebaikan sebagai ujian pada insan.

Nafsu ammarah berada dalam diri insan, ia bersifat ganas lebih daripada haiwan yang ganas pada alam ini. Haiwan ganas hanya mampu membunuh nyawa sedangkan Ammarah mampu menghalangi atau membunuh iman.

Ia adalah musuh yang tiada boleh kita hilangkan kerana ia sebahagian diri kita. Dia sentiasa bersama dengan kita dan akan membisikkan kejahatan dalam pelbagai bentuk. Ia mampu bertukar wajah mengikut kedudukan seseorang. Kadangkala secara terangan mengajak kepada kejahatan adakala bersembunyi disebalik kebaikan.

Namun hikmah ciptaan nafsu ammarah ini adalah menjadikan insan itu lebih mulia daripada malaikat dan boleh mencapai syurga lantaran kebaikan yang mereka lakukan adalah hasil perlawanan dengan nafsu ammarah tersebut. Mereka digelar golongan yang menang.

Nafsu kejahatan tiada boleh kita hilangkan kerana insan bukan Malaikat. Apa yang diperintah الله adalah tundukkan, lemahkan dan kendalikan ia dengan baik melalui ajaran Islam yang dibawa Nabi ﷺ.

Nafsu ammarah mengajak berontak dengan takdir الله SWT، maka tenangkan ia dengan Ilmu tauhid yang benar hingga ia menjadi tenang dan Redha. Tiada menyalahkan pada takdir الله SWT melainkan pada dirinya sendiri.

Nafsu ammarah ganas mengajak melakukan kemahuannya tanpa ada batasan, maka dikawal dengan hukum Fekah yakni Halal dan Haramnya.

Nafsu ammarah mengajak kepada keegoan, ketamakan, kedengkian, riak dan dendam, maka ia dimurnikan dengan Tasawwuf melalui bimbingan para Mursyid melalui kaedah penyucian jiwa melalui ibadah, zikir, selawat, riadah dan adab berdasarkan metode tarekah masing².

Semakin kuat cahaya menguasai Qalbu maka semakin lemah nafsu ammarah dalam dirinya, maka muncul nafsu yang baik menguasainya meningkat kepada Lawammah, Malhammah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah hingga kemuncaknya Al Kamil.

Syurga adalah hadiah الله SWT pada insan yang berjaya tundukkan nafsu ammarah lantaran demi mendapat Cinta dan Redha الله SWT. Maka untunglah mereka yang menyucikan dan rugilah mereka yang mengikut nafsu ammarah.

Segala ciptaan الله SWT adalah rahmat walaupun pada akal manusia adalah tidak baik. Di sebalik nafsu ammarah tersebut maka manusia boleh mencapai kemuliaan yang mengatasi Malaikat .

Nafsu ammarah menjadikan insan setiasa berjalan pahala apabila ia menahan diri daripada mengikutinya. Nafsu ammarah sebagai ujian menjadi kayu pengukur apakah hamba tersebut benar dalam ketauhidan dan kecintaannya pada الله SWT.

Tiada lain jalan kebenaran adalah jalan Muhammad ﷺ. Ia adalah tauladan bagaimana untuk kendalikan nafsu ammarah yang ada dalam diri insan.

Wallahualam.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Jan, 00:03


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَا لُوْا کُوْنُوْا هُوْدًا اَوْ نَصٰرٰى تَهْتَدُوْا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ اِبْرٰهٖمَ حَنِيْفًا ۗ وَمَا كَا نَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
wa qooluu kuunuu huudan au nashooroo tahtaduu, qul bal millata ibroohiima haniifaa, wa maa kaana minal-musyrikiin

"Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik"."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 135)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

07 Jan, 15:16


*"Tahun Baru, Harapan Baru. Bersama Kita Bantu Mereka Memulakan Langkah Baru Dengan Lebih Senyuman"*

*JOM SERTAI KEMPEN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL DAN BAKUL KASIH – JANUARI 2025*

*HANYA INFAQ RM10 SEORANG SUDAH MEMADAI DAN SANGAT DIHARGAI*

Setiap langkah ke hadapan bermula dengan harapan. Di tahun baru ini, jom kita hulurkan tangan dan ringankan beban mereka yang memerlukan. Bersama kita mampu membawa sinar baru dalam kehidupan anak-anak asnaf, anak yatim, dan Ibu Aminah (ibu tunggal).

*BACK TO SCHOOL*
Bantu anak-anak ini mendapatkan kelengkapan sekolah – pakaian seragam, beg, dan alat tulis – agar mereka boleh melangkah ke sekolah dengan yakin dan semangat untuk berjaya.

*BAKUL KASIH*
Isi dapur keluarga asnaf dan ibu tunggal dengan keperluan asas, supaya mereka dapat menjalani hari-hari mendatang dengan tenang dan tersenyum.

Tahun baru ini adalah peluang kita untuk mencipta kebaikan yang lebih besar. Setiap sumbangan, sekecil mana pun, adalah harapan baru untuk mereka yang memerlukan.

🎯 *Sasaran Dana: RM20,000.00*
Sumbangan anda bukan sekadar wang. Ia adalah harapan, senyuman, dan semangat baru buat mereka.

💡 Bagi pembayar cukai pendapatan - Penderma juga layak mendapat Pengecualian Cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Salurkan Sumbangan Ikhlas Anda ke:-
🏦 *Akaun Bank: Agro Bank*
🔢 *Nombor Akaun: 1007-6810-0000-2642*
📌 *Reference: Asnaf*

Atau hanya klik link di bawah untuk menyumbang👇
https://infaq.i-madina.com/produk/kempen-sumbangan-back-to-school-dan-bakul-kasih-januari-2025/

"Setiap kali kita memberi, kita bukan sekadar membantu. Kita menyambung harapan, memberi semangat, dan membuka pintu-pintu rezeki yang lebih luas untuk semua."

MARI KITA CIPTA TAHUN BARU YANG LEBIH BERMAKNA DENGAN CINTA, HARAPAN, DAN KEBAIKAN.

*I-Madina*
*Di Sini Bermulanya CINTA*
#Muafakat Membawa Berkat

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

07 Jan, 03:01


Assalamualaikum..
Sollu Alan Nabiy...

Alhamdulillah dengan barakah Ayahanda, telah selesai kami keluarga N9 menjalani Safar Salik di Masjid Tuan Tulis Kuala Pilah N9.. SS berjalan bermula dari 3/1 Jumaat petang hingga 5/1 Ahad T/hari.

Untuk pengetahuan Ayahanda, Masjid Tuan Tulis merupakan Masjid Tempat Ateh Syafiq memberikan kuliah bulanan. Mereka juga telah istiqamah menjalankan majlis selawat sebelum subuh setiap pagi Sabtu yang diberikan panduan sebelum ini oleh Dr UMAY.

Antara aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang SS ini :

1. Latihan solat 50waktu sehari semalam

2. Muzakarah ilmu kitab Allah Syariat dan Hakikat 1 dan Muhammad Syariat dan Hakikat.

3. Majlis Maghfirah selepas solat subuh dan isya'

4. Majlis Selawat Jibril bersama jemaah masjid

5. Majlis Bacaan Maulid Al Malik

6. Ziarah Mahabbah kepada asnaf² yang terpilih

7. Ziarah Maqam Tuan Tulis Ismail

8. Gotong royong membersihkan kawasan masjid dan telaga Tuan Tulis Ismail

Antara respon yang diperolehi

1. Ramai peserta menyatakan kesyukuran kerana dapat pencerahan dan memantapkan lagi ilmu dari muzakarah yang dijalankan. Antara pencerahan berkaitan Tauhid Sifat 20, tentang Nur Muhammad, kepentingan mursyid dan kaedah zikir. Dan menyarankan agar teruskan lagi Safar Salik seperti ini.

2. Peserta juga berasa seronok duduk di suasana kampung dan berdekatan maqam yang merasai penuh ketenangan.

3. Selain  menambahkan kefahaman dan amalan hubungan sesama ahli keluarga makin mesra dan jugak dpt membina silaturrahim dengan pihak pengurusan Masjid dan jemaah di Masjid.

Khidmat ahli kariah masjid juga sangat hebat dari segi penyediaan makanan, tempat tinggal dan aktiviti yang dijalankan menjadikan kami merasai seperti keluarga dengan pihak pengurusan Masjid.

4. Ahli masjid juga teruja mendengar maulid al malik yang merupakan maulid bahasa melayu. Mereka menjemput kepada keluarga untuk mengajar mereka Maulid Al Malik ini agar dapat menjalankan maulid ini selepas ini.

5. Tuan Nazir Masjid sangat mengalukan-alukan kehadiran kami selepas ini dan menjemput lagi untuk SS 2.0 ke Masjid Tuan Tulis juga. Ayahlan menyahut baik hasrat ini dengan akan membuka utk sesi SS 2.0 akan datang.  Kami juga menyatakan kesediaan untuk khidmat dalam haul Tuan Tulis yang dijangka Ramadhan nanti.

Mohon doa dan bimbingan dari Ayahanda agar kami dapat jalankan Safar Salik sesuai dengan hasrat Ayhanda.

Sekian.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

07 Jan, 02:03


Al Allamah Baba Najmuddin Kerandang Besut ( 1939 - 2006 )

Baba dilahirkan di Patani dan mendapat didikan awal di kampung halaman . Beliau mengaji di Pondok Dala selama 10 tahun. Oleh kerana kelebihan yang ada pada Baba, beliau dipilih menjadi kepala tela'ah . Seterusnya Baba berangkat ke Mekah.

Diantara gurunya ialah Tok Dala dan Baba Hussien Dala. Kemungkinan di Mekah, beliau menuntut ilmu dengan Pak Da Eil Mekah & Syeikh Abdul Qadir al Mandili.

Selepas selesai menuntut ilmu, Baba mula mengajar di Masjidil Haram selama 20 tahun . Suatu ketika, kerajaan Saudi tidak membenarkan beliau mengajar di Masjidil Haram, lalu Baba mengajar di rumah . Tidak lama selepas itu, kerajaan Saudi tidak membenarkan pula beliau mengajar di rumah . Oleh sebab kekangan dari pihak Saudi, Baba pulang ke tanah air dan menetap di Kerandang, Besut.

Baba Najmuddin al Fathani pakar didalam 4 mazhab. Bukan itu sahaja ilmu usulnya juga hebat. Beliau pernah dipuji oleh gurunya ketika di Mekah kerana kepintaran dan kekuatan ingatannya.

Baba meninggal dunia ketika berusia 67 tahun dan dimakamkan di Pondok al Falahiyah, Pondok Paku, Kerandang, Besut, Terengganu.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
Al Fatehah ..

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

07 Jan, 01:40


Sollu ala Nabi

BARAH YANG MELANDA

Kita tidak boleh lari dari masalah khilafiah lantaran disiplin dan kaedah dalam tafsiran Al Quran dan Hadis berlaku perbezaan kalangan para Mujtahid.

Berkhilaf orang alim adalah Rahmat namun berkhilaf kalangan orang jahil dan sombong membawa mudharat pada umat.

Orang jahil bertelingkah dengan "Keng" bukan dengan akal, orang yang alim tetapi takbur bertelingkah dengan meletakkan dirinya adalah paling benar bukannya saling merendah diri dan takwa dalam mencari kebenaran.

Rasulullah ﷺ dan para sahabat r.a. berjuang siang dan malam dengan airmata dan darah untuk membawa umat manusia dari kafir kepada Islam, kini ada golongan yang berjuang siang dan malam untuk mengeluarkan orang Islam kepada kafir.

Mereka sibuk untuk membawa umat Islam ke neraka daripada membawa orang kafir beriman agar dapat membawa mereka ke Syurga.

Sunnah mana yang mereka ambil dan pelajari, wallahualam tetapi yang jelas bukan dari Rasulullah ﷺ.

Muzakarah khilafiah orang² alim dan para penuntut agama di Madrasah² amat baik. Belajar dengan seorang Guru yang menguasai pelbagai Mazhab amat memberi kebaikan.

Pengalaman Walid yang belajar dengan Baba Najmuddin di Pondok Kerandang Besut yang menguasai 4 Mazhab telah menukar karakter diri dari seorang yang keras menjadi terbuka kepada perbezaan.

Berkata Baba, "Belajar keluasan fiqh hingga hati mu bersangka baik dengan amalan sesiapa jua, tanda keluasan ilmu seseorang adalah sukar untuk menyalahkan sesiapa. Jika dilihat ada sandaran khusus dari ulama yang terkenal kealiman dan ketakwaannya maka mereka akan lapang menerimanya."

Ada pendapat fiqh dipakai secara khusus pada dirinya atau tempatnya, ada yang dipakai secara umum. Seorang alim bijak meletakkan sesuatu hukum sesuai pada tempatnya tanpa berlaku bertelingkah dengan sesiapa walaupun mereka punyai pandangan yang berbeza dengan yg lain.

Seorang Guru bukan sahaja bertanggung jawab memberi ilmu tetapi memastikan ilmu yang diberi membawa kebaikan akhlak pada murid dan keharmonian masyarakat.

Berkata Imam al Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin, "Ilmu bagaikan senjata, jika jatuh pada orang yang baik maka menjadi baik, jika jatuh pada perompak maka akan diguna untuk kerosakan."

Perbahasan khilafiah tiada afdhal dibawa pada orang awam secara terbuka lantaran mereka tiada displin ilmu dan hati yang belum jernih, pasti membawa kerosakan pada mereka dan masyarakat.

Berkata Guru yang dikasihi Tuan Guru Hj Ismail, "Tiada perlu orang awam bertanya dimana dalil diambil pada amalan atau pendapat seorang ulama yang terkenal alim dan takwa, mereka adalah "Rijal yang thiqah" dalam agama yang pasti ada dalilnya."

Justeru itu kitab2 para ulama dahulu jarang mereka meletakkan dalil secara khusus dan sebutan akan martabat Hadis lantaran zaman mereka orang awam begitu tinggi adab dan kepercayaan pada Ulama. Mereka fokus untuk beramal dari sibuk membahas dalil.

Biar urusan mencari dalil hanya kalangan ulama dan kemudian menulis atau mengajar memberi panduan untuk mereka beramal dengan sebaiknya.

Kini kita tak mampu ubati barah yang melanda kini, tengok sahaja dalam media sosial begitu hebat berlaku serangan pada ulama yang muktabar seolah ulama tersebut tidak mengikuti al Quran dan Sunnah, buat bida'ah dan mencipta sesuka hati urusan agama.

Kita hormati setengah pihak yang mahu membawa masyarakat kepada memahami dalil² . Namun niat yang baik tidak cukup, ia perlu cara yg baik untuk hasilkan kebaikan. Banyak kebaikan yg tiada menghasilkan kebaikan jika tiada difahami Waqi' atau suasana atau siapa yg kita mahu sampaikan.

Keilmuan wajib bersulam dengan Adab, tanpa Adab ia membawa fitnah yang bahaya pada umat. Fekah wajib disatukan dengan Tasawwuf, baru ia menjadi mukmin yang benar ubudiahnya.

Seorang alim perlu bersifaf wara' agar ilmu yang dihidang pada masyarakat membawa kebaikan dan tidak timbul perpecahan agar tiada membawa kemunduran pada umat ini yang sememangnya sedang kelemahan di akhir zaman.

Wallahualam.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

07 Jan, 00:15


Nasehat yang baik utk umat dan bangsa ini agar tidak terlarut dalam perselisihan Khilafiah.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

06 Jan, 14:29


Beberapa Rujukan Bab Selawat Jibril

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

01 Dec, 17:53


Majlis Mawlid di Majlis Ilmu & Dzikir al Isyraq milik Sidi Rohimuddin

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

01 Dec, 17:49


Pada malamnya para Masyaikh berhimpun di Pasantren Sidi Rohimuddin utk acara Maulid mengambil barakah dan syukur atas kejayaan Majlis Liqa' Masyaikh Se Nusantara.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

01 Dec, 17:42


Selepas Majlis , para Masyaikh  bergerak menuju ke Pasentren Kiyai Abdillah utk makan tengah hari dan tangani sijil Rabitah Masyaikh yg telah diluluskan pendaftarannya oleh pihak jabatan Pertubuhan Indonesia.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

26 Nov, 14:23


𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗞𝗧𝗔𝗠𝗔𝗥 𝗦𝗨𝗙𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

23 & 24 Nov 2024
Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama,
Universiti Sains Islam Malaysia - USIM

#jmknns
#muftin9
#muktamarsufi2024

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:57


Ketua Umum Naqobah Ansab Awliya' Tis Ah Kiyai Ilzamuddin Sholeh memberi penerangan silsilah Wali Songo dr Jalur Yunnan pada paparan di Muzium Cheng Ho, Melaka, Tingkat Tiga

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:38


Sumber awal kajian tentang Syed Jamaluddin Kubra dan Wali Songo diambil dari Penelitian Naqobah Ansab Awliya Tis ah (NAAT) dari Madura, Indonesia, dari pelbagai sumber primer serta pengesahan beberapa organisasi Naqobah antarabangsa, mendapati salasilah ahlul bait Walisongo bukan dari Azmatkhan, tetapi dari jalur Musa al Kazim putera kepada Imam Jafar as Sodiq.

Berdasarkan hal tersebut, Bonda Tun Suzana melalui Sidi Rohimuddin bersetuju untuk bekerjasama dgn Ketua Umum NAAT, KHR Ilzamuddin Sholeh untuk laksanakan projek buku _Rekonstruksi Sejarah dan Salasilah Wali Songo_ bagi mendokumentasikan data2 berkaitan

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:22


Peta penghijrahan leluhur walisongo drp jalur Syaikh Jumadil Kubro

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:20


Pertemuan dengan Bonda Tun Suzana dan Ayahanda Muzaffar serta team ACF dalam merungkai jalur Syed Jamaluddin Kubra dan Wali Songo. Di pertemuan itu juga kita telah hubungi wakil dari kemboja utk mendapat pengesahan sanad keturunan Syed Jamaluddin Kubra dari jalur Champa.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:12


Disamping mereka miliki nama2 di alam Melayu mereka juga miliki nama CINA.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:09


Berapa Wali Songo juga kebanyakkan melalui jalur CINA dan KHURASAN yakni JALAN SUTERA. Method dakwah mereka adalah bayangan dakwah yang di bawa oleh SAYYID AL AJALL di YUNNAN.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Nov, 02:02


Sollu ala Nabi

Dalam penemuan terkini kajian Nasab, SYED JAMALUDDIN KUBRA bukan dari jalur INDIA tetapi dari jalur YUNNAN. Ia ditahkik oleh Naqobah Pakistan dan Turkistan.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

24 Nov, 10:58


Dalam ucapaan aluan Walid memperkenalkan seorang tokoh Islam moyang kepada Wali Songo iaitu Sayyid al Ajjal Syamsuddin di Yunan yang begitu hebat dan bijaksana dalam dakwahnya hingga amat dihormati dan disayangi kerajaan China dizamannya.

*Kecemerlangan pemerintah Sayyid al Ajjal Syamsuddin di Yunnan, China*

Kecemerlangannya dalam bidang politik dan pentadbiran telah mendapat kepercayaan Kublai Khan untuk melantiknya sebagai ahli Sekretariat Majlis Tertinggi kerajaan, seterusnya menjadi gabenor bagi wilayah Yunnan. Kawasannya merangkumi dua puluh wilayah, dengan sempadan di timur Song, di barat Pirmaneh, di utara Tibet, dan di selatan Anam. Dengan dasar-dasar baiknya, beliau berjaya menundukkan raja-raja Tonkin dan Anam di bawah kekuasaan Kaisar.

Sebagai seorang gabenor dalam wilayah yang ketika itu berada dalam keadaan kemunduran yang teruk, Sayyid al-Ajall telah melaksanakan pelbagai pembaharuan, termasuk membina sekolah, jalan raya, jambatan dan empangan. Beliau menghapuskan penindasan terhadap rakyat, memansuhkan kerja paksa, membina tempat perlindungan untuk anak yatim dan golongan lemah, mengurangkan cukai, memperkenalkan kaedah baru untuk mengusahakan tanah, menggali perigi, mendirikan pasar dan menggalakkan rakyat untuk bersikap patriotik kepada negara.

Sebagai sebuah wilayah yang mempunyai penduduk berbilang etnik termasuk penduduk asli Han dan Muslim, Sayyid al Ajall mendokong dasar toleransi agama dengan merapatkan hubungan antara penduduk berbilang etnik dan agama di bawah pemerintahan Dinasti Yuan . Selain mendirikan masjid-masjid, memperkenalkan amalan Islam serta membangunkan komuniti Islam yang kuat di wilayah tersebut yang dikenali sebagai Muslim Hui beliau juga mendirikan kuil-kuil untuk penganut Konfusianisme .

Pada hari ini, Sayyid al-Ajall Syamsuddin dikenang sebagai salah seorang pembangun komuniti Muslim Hui di Tiongkok yang cemerlang. Legasinya sebagai seorang pemimpin Muslim yang berjaya dalam pentadbiran serta pembangun komuniti Muslim Hui memberi pengaruh besar kepada perkembangan Islam di Tiongkok, terutamanya di Yunnan. Sayyid al-Ajall meninggalkan jasa yang besar dan berpanjangan dalam sejarah Muslim di wilayah tersebut, selain menjadi tokoh yang berhasil memupuk kerjasama serta perpaduan pelbagai kaum .

Selepas kemangkatannya, Sayyid al-Ajall dikurniakan gelaran ‘Putera Xianyang’ dan nama Zhongyui oleh pihak kerajaan. Makamnya terletak di daerah Wo-erh-to di Yunnan, sebuah monument peringatan juga dibina sebagai penghormatan kepadanya yang mengandungi, antara lain pakaiannya di Xi’an, wilayah Shaanxi. Makamnya dihiasi dengan inskripsi batu di keempat-empat sisinya. Inskripsi di bahagian depan bertulis "Raja Shams al-Din dari Xianyang, Dinasti Yuan" (元咸阳王赡思丁). Di sisi kiri terdapat petikan daripada "Sejarah Yuan" (《元史·赛典赤赡思丁传》), manakala sisi kanan mengandungi catatan mengenai pembinaan semula, yang ditulis oleh Yuan Jiagu (袁嘉谷) pada tahun keenam Republik China (1917).

Inkripsi tersebut tercatat:

"Baru-baru ini, penduduk Yunnan merindui Raja, sering datang untuk memberi penghormatan, berlama-lama di bawah gundukan makam, enggan pergi." (近,滇人思慕于王,瞻拜凭眺,往往徘徊陵下,不忍去).

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

20 Nov, 10:01


Syukur, idea gagasan ا م س@ IMS telah dijadikan teras dlm Program Kodemas Desa Madani di Indonesia melalui usaha Alang Ehsan keluarga dari Malaysia.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

20 Nov, 09:57


Kodemas Desa Madani (1).pdf

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

20 Nov, 09:44


Sollu 'alan Nabiy

BUKU TERBARU DEDIKASI KEPADA KELUARGA BESAR BSM TUN MUTAHIR TUN ALI (PAHANG)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana setelah hampir 20 tahun semenjak bermulanya pencarian saya menjejaki sejarah dan salasilah keluarga daripada BSM Tun Mutahir Tun Ali (Pahang), baru tahun ini saya bersama suami berhasil membantu menyusun hampir semua zuriat Tun Mutahir daripada putera-puterinya seramai 9 orang.

Selain salasilah keluarga, buku ini juga mengketengahkan beberapa dapatan-dapatan baru seperti Perjanjian Tun Mutahir dengan Temenggong Ibrahim 1861, Chop Mohor Tun Mutahir yang menunjukkan tahun pemerintahannya bermula 1841, hujjah primer yang merujuk Sultan Mahmud Muzaffar sebagai Sultan Johor Lama terakhir dll.

Kepada waris kerabat Tun Mutahir, jadikan buku ini sebagai 'pusaka keluarga', supaya anak cucu kenal balik siapa nenek moyang mereka serta perjuangan keluarga zaman dulu-dulu.

Buku ini juga untuk peminat sejarah, khususnya sejarah Pahang.

Untuk maklumat lanjut tempahan buku, klik pada pautan berikut;

http://Www.wasap.my/601115337053/tunmutahir

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

18 Nov, 02:45


*PROGRAM SEMARAK CINTA❤️ SENI DAN BUDAYA*

📌Anjuran bersama Wanita Kampung Kawsan 6 / Majlis kuliah Rumah Cahaya / Qhadeeja Squad Managment

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 . 12. 2024
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tghari

Tempat : Hujung Tanah Art Residency

💥🤩🤩 Apa yang menariknya program ni..‼️‼️

Pelbagai aktiviti dan pertandingan disediakan🥳🥳

📌 pertandingan kesenian 👏
📌pameran seni dan budaya 🌅🌄
📌Qasidah dan Selawat
🎁🎁 cabutan Nama Betuah
🍞🥠🍥🍢 gerai jualan😋😋
💥 persembahan silat
💥💥 persembahan zapin kanak2
💥💥 persembahan deklarasi Puisi


Jom‼️‼️ buat pendaftaran segera kepada urusetia pertandingan yang sangat Ramah mesra 🥰🥰😘😃

1. Puan Musmiah.    📞 01125803057 - kategori Menganyam tikar mengkuang
2. Ustazah Hanisah  📞 0143112602 - Memperkasa Jawi
   3.  Ustazah Narimah 📞 011 233 42126 - Deklamasi Puisi
   4.  Puan Roshayati.   📞 0177267302 - Gubahan Masakan
   5.  Puan Noriah.        📞  010 6681861 - congkak
   6.  Cikgu Norashikin 📞 010 2076084 - mewarna wau
   
7. 5 Tapak jualan percuma - hubungi Puan Roshayati ☎️ 0177267302

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pengelola Program

☎️Ustazah  Narimah- 011 233 42126

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

15 Nov, 17:31


Tuan Guru Baba Rusli Jamauddin muzakarah bersama Ayahanda Walid

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

15 Nov, 01:44


Malam ini

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

14 Nov, 23:29


Ayahanda Walid menziarahi Sidi Syeikh Rohimuddin, membincangkan tentang isu semasa dan hal Rabithah Masyaikh Sufiah Senusantara.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

14 Nov, 05:21


Bersama berdoa agar Allah memberi kesembuhan pada Syeikh Abd Rahman. Ribuan umat memerlukan bimbingan ilmu dan ruhani Syeikh dalam zaman yg penuh cabaran kini.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

14 Nov, 05:14


14.11.2024
Walid bersama sahabat Syeikh Mursyid Tarekah Naqsabandiah al khalidi Tuan Guru Abd Rahman di Hospital Putra Specialis Melaka.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

13 Nov, 20:54


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِلَّا عِبَا دَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِيْنَ
illaa 'ibaadaka min-humul-mukhlashiin

""Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 40)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

13 Nov, 20:53


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قَا لَ رَبِّ بِمَاۤ اَغْوَيْتَنِيْ لَاُ زَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى الْاَ رْضِ وَلَاُ غْوِيَـنَّهُمْ اَجْمَعِيْنَ 
qoola robbi bimaaa aghwaitanii la-uzayyinanna lahum fil-ardhi wa la-ughwiyannahum ajma'iin

"Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 39)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

13 Nov, 13:54


https://www.facebook.com/share/v/15cox68JJX/?mibextid=KsPBc6

Jom Dialog Santai malam ini !

𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠 𝐀𝐤𝐢𝐝𝐚𝐡 & 𝐒𝐨𝐚𝐥 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐏𝐔 𝐅𝐚𝐢𝐳

Nak santai tapi ilmu penuh bermanfaat?

Jom sertai program ‘Santai Tapi Berisi’ yang bakal mengupas isu-isu akidah, diserikan dengan Mawlid Ringkas serta Dialog & Soal Jawab! 💬

Menampilkan Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin, Mudir Maahad Rumi Sufi Jawi, yang akan menjawab segala persoalan anda dengan penuh hikmah.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

13 Nov, 04:09


Sollu ala Nabi

Telah kembali kehadrat Allah seorang yang amat berjaya dalam pejuangan pada Agama , Bangsa dan Negara bersama Tun Mahathir.

Segala tuduhan yg tidak baik masih dalam bentuk dakwaan yang mungkin benar dan mungkin tidak benar. Justeru itu yg terbaik kita mengambil sikap bersangka baik dan berpegang pada yg zahir kita ketahui.

Jasa yg ditaburkan khusus membawa kebaikan pada ekonomi negara dan bangsa amat besar yang wajib kita hargai dan berterimakasih. Jasanya dalam membantu umat Islam serantau dgn kekayaan yg dikurniakan Allah amat memberi kebaikan pd umat.

Ramai yg tak mengetahui betapa banyak beliau membantu umat Islam di Aceh tika Tsunami dahulu dalam pelbagai aspek termasuk mendirikan pusat pendidikan dan rumah anak yatim.

Dunia Politik membawa kpd kebencian dan permusuhan yg tiada penghujung. Hal ini masih menjd budaya bangsa ini.

Jangan kebencian kita pada seseorg atau kumpulan membawa kita tidak bersikap adil padanya.

Firman الله

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, membuatmu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
"Surat Al Ma'idah ayat 8

Semoga diampuni segala kesalahannya dan diangkat darjat hamba yang soleh.
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Amin.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

12 Nov, 23:24


🍂 Wasiat Nusantara
https://t.me/wasiatnusantara

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

11 Nov, 12:30


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنَّ اللّٰهَ لَا يَظْلِمُ النَّا سَ شَيْـئًا وَّلٰـكِنَّ النَّا سَ اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ
innalloha laa yazhlimun-naasa syai-aw wa laakinnan-naasa angfusahum yazhlimuun

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(QS. Yunus 10: Ayat 44)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

10 Nov, 01:48


📢 𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚: 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠 𝐀𝐤𝐢𝐝𝐚𝐡 & 𝐒𝐨𝐚𝐥 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐏𝐔 𝐅𝐚𝐢𝐳

Nak santai tapi ilmu penuh bermanfaat?

Jom sertai program ‘Santai Tapi Berisi’ yang bakal mengupas isu-isu akidah, diserikan dengan Mawlid Ringkas serta Dialog & Soal Jawab! 💬

🗓 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 13hb November 2024 (Rabu)
🕘 𝐌𝐚𝐬𝐚: 9.00 malam
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Pejabat Pusat NA’AM,
No. 62-1, Tingkat 1, SP 1/2, Bandar Saujana Putra, 42610, Selangor (atas Nasi Ayam Babah) - Waze Nasi Ayam Babah

https://maps.app.goo.gl/SM4cdc1S5R7NVY6P8?g_st=com.google.maps.preview.copy

Menampilkan Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin, Mudir Maahad Rumi Sufi Jawi, yang akan menjawab segala persoalan anda dengan penuh hikmah.

🚨 Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis penuh manfaat ini. Ilmu disampaikan secara santai tapi padat dengan pengisian yang sangat berguna!

📞 Hubungi Ustaz Angah Sunan di talian 017-9260714 untuk sebarang maklumat lanjut.

Semua Dijemput Hadir!

Semoga program ini dapat menarik lebih ramai peserta.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

09 Nov, 02:33


Tausiah Walid di Malam Mahabbah Pendekar yang menekankan beberapa point iaitu Kepentingan Mursyid, Cinta Leluhur, Hubungan Mistik dan Jin serta Mahabbah.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Nov, 23:40


Duhai para pendekar sejati
Tangkas silat mu tiada berarti
jika tiada berpasak Tauhid sejati
bersulam  pekerti saling hormati.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

08 Nov, 23:37


Malam Mahabbah Pendekar

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

31 Oct, 10:58


Ku bicara cinta 

Kerana dalam diri ada cinta
Namun ianya telah dinodai 
Dengan bayangan cinta palsu
Sehingga cinta sejati pudar dan suram

Oh betapa insan dalam kepalsuan
Mengejar cinta permainan bayang-bayang
Cinta yang takkan kesampaian
Penuh penderitaan kesedihan dan gelora

Bangunkan cinta sejati dalam dirimu
Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta
Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran 
Bukan lagi bayang yang tak terpegang

Engkau akan merasai kenikmatan 
Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang
Cinta yang sejati membawa cahaya
Menyinar cinta kebenaran
Menghancurkan bayang cinta kebatilan

Engkau akan menemui Dia dan Dia
Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi
Engkau akan bahagia dan amat bahagia 
Sehingga engkau tiada peduli lagi 
Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku
Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..

Walid Ibrahim almalik

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 23:46


Jika umat Islam di Negara ini hidup dalam kelalaian, perpecahan, permusuhan , rasuah malah jadi barua pada musuh kerana wang hingga satu masa kafir menguasai Negara ini.

Akibatnya ramai umat Islam dizalimi, dibunuh , para wanita diperkosa , kanak² disembelih dan dihalau dari negara ini. Adakah الله yang zalimi bangsa kita atau kita yang zalimi bangsa kita sendiri, adakah yg zalimi kaum wanita dan anak² kecil atau kita yg zalimi mereka.

Itulah Takdir الله yg ditetapkan, bukan الله yg zalimi hambaNya tapi hambaNya yg zalimi diri , bangsa dan Umatnya sendiri.

Allah tidak mengubah nasib satu kaum jika mereka tidak mahu mengubahnya.

Ar ra'ad ayat 13

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 23:15


Sollu ala Nabi

Duhai Saudara ku.

ALLAH yg Maha Rahman amat mahu kalangan hambaNya beriman , hidup dalam kebaikan dan mendapat keampunananNya. Justeru itu ALLAH menurunkan para Rasul² untuk membawa manusia kpd Iman , berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Iman dan Kebaikan, Kafir dan kejahatan adalah pilihan manusia. Ada yg memilih ikuti tipudaya Iblis dan syaitan walaupun dilarang Allah.

Golongan jahat inilah yg melakukan pelbagai kejahatan dan Allah memerintah golongan mukmin bangun melakukan kebaikan dan cegah kejahatan mereka.

Itulah takdir@sistem yg berjalan atas hukum asbab dan musabab ditetapkan Allah . Apabila orang kafir dan jahat kuasai dunia maka banyak berlaku kejahatan dan kezaliman lantaran nafsu iblis dan haiwan dalam diri mereka bermaharajalela.

Firman Allah " Segala kerosakan dibumi adalah dari tangan manusia sendiri."

Surah Ar rum ayat 41

Golongan yg beriman yg teguh dgn Islam wajib bangun menguasai dunia agar kebaikan dan keadilan ditegakkan dan segala kezaliman dihentikan.

Justeru itu jangan letakkan kesalahan pada Allah apa jua yg berlaku kerana sudah ditetapkan dalam takdirNya. Allah tiada sekali zalimi hambaNya melainkan hamba tersebut zalimi diri mereka atau zalimi manusia sekeliling.

Orang kafir yg jahat melakukan kezaliman namun orang beriman juga bersama lakukan kezaliman jika tak bangun berjuang dan membiarkan kezaliman terus berlaku.

Jika hidup ini tiada perlawanan kebaikan dan kejahatan maka tiada hidup ini dikatakan ujian. Mereka mahu Allah sentiasa campurtangan menghentikan kejahatan golongan yg zalim dan mereka yg beriman hanya mahu diam membisu.

Hakikatnya Allah yg mahu golongan beriman bangun hentikan kejahatan dan kezaliman tersebut dan Allah akn memberi pertolongan jika perjuangan tersebut menempati syaratnya.

Ar Rahman Allah tetap berlaku pada hamba yg dizalimi. Yg zalim akan menerima azab yg pedih diakhirat dan yg dizalimi diangkat ketinggian darjat Syahid. Mata kasar kita melihat mereka mati dalam keazaban padahal mereka mati dalam kenikmatan. Ada yg kita lihat mati dalam kenikmatan dgn segala kelengkapan perubatan dan dikelilingi keluarga sedangkan mereka mati dalam keazaban.

Sifat Ar Rahman Allah akan mengangkat darjat mereka yg tetap teguh tauhid mereka walaupun dizalimi dengan syurga yg tertinggi yg tiada akan dapat dikecapi kita yg selesa tiada kezaliman walaupun teguh ketauhidan sekalipun.

Wallahualam.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 21:35


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلْ اَمَرَ رَبِّيْ بِا لْقِسْطِ ۗ وَاَ قِيْمُوْا وُجُوْهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَّا دْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَـهُ الدِّيْنَ ۗ كَمَا بَدَاَ كُمْ تَعُوْدُوْنَ 
qul amaro robbii bil-qisth, wa aqiimuu wujuuhakum 'ingda kulli masjidiw wad'uuhu mukhlishiina lahud-diin, kamaa bada-akum ta'uuduun

"Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 29)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 21:18


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاِ ذَا فَعَلُوْا فَا حِشَةً قَا لُوْا وَجَدْنَا عَلَيْهَاۤ اٰبَآءَنَا وَا للّٰهُ اَمَرَنَا بِهَا ۗ قُلْ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَأْمُرُ بِا لْفَحْشَآءِ ۗ اَتَقُوْلُوْنَ عَلَى اللّٰهِ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ
wa izaa fa'aluu faahisyatang qooluu wajadnaa 'alaihaaa aabaaa-anaa wallohu amaronaa bihaa, qul innalloha laa ya-muru bil-fahsyaaa, a taquuluuna 'alallohi maa laa ta'lamuun

"Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?""
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 28)

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 06:18


Assalamualaikum yang dikasihi Ayahanda,

Alhamdulillah semalam dapat diadakan Jamuan makan kesyukuran bersama komuniti Tarian Singa Selayang yang melibatkan Cina dan India meraikan kebersamaan semua dalam menjayakan persembahan perpaduan di Bukit Bintang Berselawat.

Majlis pada malam ini ibunda komuniti bermuafakat membawa juadah bagi meraikan majlis,majlis diisi dengan berbalas pantun, persembahan silat Sifu Ng Hwa dibalas persembahan silat Adik Ajwad dari komuniti Selayang Mulia,nyanyian lagu rakyat rasa sayang,lemak manis,diselangi qasidah memuji Rasulullah saw bersama paluan darbuka dan gendang Cina.

Kami menyampaikan penghargaan Walid atas kerjasama pihak Sifu dan menyampaikan mesej Prophet Muhammad for All bermaksud Nabi Muhammad saw menyebarkan kasih sayang merentasi kumpulan dan bangsa dan ajaran Baginda saw yang mengajak kepada perpaduan.

Sifu Ng Hwa & Simou Mages menyampaikan salam kepada Walid.

Prophet Muhammad For all

Ampun Ayahanda,
Mohon doa Ayahanda jua.

Komuniti Selayang

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 03:52


Walid bersama Kumpulan Haqqani mendengar lantunan Qasidah mereka yg mengasyikan di Pantai Port Dickson.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

30 Oct, 03:43


KITAB BICARA DIRI
"HIDUPKAN ZIKIR YANG MATI"

Orang yang mencapai zikir syuhudi..dia tenang, sentiasa redha dalam hidupnya walau dalam apa jua keadaan yang diletakkan oleh Allah untuknya🌹

Daurah Kitab Bicara Diri karya Ayahanda Walid Ibrahim Al-Malik..sangat menarik isinya🥰...bagi yang ingin menyertai daurah tersebut, boleh hubungi 018-2439509. Rakaman disediakan. 😊

Berikut adalah 📝catatan nota daurah bagi subtopik
HIDUPKAN ZIKIR YANG MATI...semoga bermanfaat 🤗

Zikir syuhud..makrifatnya akan semakin hidup, terang dan penuh nikmat. Orang yang telah mencapai hakikat zikir dia berada dalam kenikmatan, ketenangan. Bahkan dia sentiasa redha dengan Allah. Inilah kemuncak makrifat.

Zikir yang hanya di lisan tidak akan dapat menarik rohani kepada Allah Taala.

📌Jangan tinggalkan zikir walaupun dalam keadaan lalai sekalipun. Zikir dalam keadaan lalai itu lebih baik daripada lalai berzikir kepada Allah.

Terdapat beberapa tingkatan zikir. Dari zikir yang lalai kemudian zikir yang pindah kepada ingatan. Daripada ingatan itulah akan terbit cinta, rindu. Apabila rindu, akan membawa kepada keasyikan. Inilah yg akan membawa kepada kemabukan cinta. Daripada zikir cinta rindu..membawa kepada zikir musyahadah. Bahkan membawa kepada penyaksian. Hingga membawa kepada zikir syuhudi..dalam gerak diam, dia sentiasa menyaksikan Allah. Dengan nur itulah dia dapat memandang keesaan dan kehebatan Allah. Untuk mencapai cinta rindu, dia kena sentiasa berhubung dengan sesuatu yang membawa ingatan kepada kekasihnya. Hati yang hidup, dimana sahaja dia berada..dia tetap berzikir kepada Allah.

Seorang kekasih, dia tidak mahu memandang kekasihnya disebalik langsir dan disebalik tirai. Dia mahu memandang diri kekasih itu dengan nyata dan senyata-nyatanya. Maka, setelah Allah membuka tirai segala apa yg tertutup di dalam batinnya..ketika itu Allah nak menyatakan bahawa,
"ini AKU..tidak ada lagi rahsia diantara AKU dengan mu ..tidak ada lagi yang tersembunyi diantara kita berdua."

Zikir yang kekal hidup tiada mati ialah zikir ihsan, iaitu zikir yang mencapai makrifat atau dinamakan zikir syuhud, yang berada di rohani yg tidak akan hancur hingga ke alam kubur. Zikir syuhud ialah zikir yang kekal.

Zikir yang mencapai syuhudi..inilah yang mencapai hakikat zikir. Zikir mereka tidak ada lafaz, kalimah, sebutan, huruf dan suara..kerana hakikat zikir itu telah hidup dalam batinnya. Kekasih..bila dia berjauhan, di memanggil-manggil nama kekasihnya..wahai kekasih ku, asma'-asma' Mu...sering dia sebut, dia lafazkan...wahai kekasih ku~

Namun apabila kekasihnya semakin dekat, sudah tidak ada lagi seruan pada bicaranya..cukup dia menatap wajah kekasihnya. Diam dalam memandang wajah kekasihnya. Sudah tidak ada lagi seruan, panggilan, asma'-asma' yang bersesuaian dengan kekasihnya. Maka tidak ada lagi lafaz kalimah suara yang terbit dalam lisannya. Cukuplah aku memandang wajah Mu..itulah kerinduan ku. Cukuplah aku memandang wajah Mu..membawa kepada keasyikan. Cukuplah aku memandang Mu..membuat aku tenggelam dengan Mu. Zikir syuhudi ini..dia diam. Ini zikir yg mencapai sirr..kembali seperti di alam roh dahulu. Cukup dia memandang. Dia mencapai wilayah penyaksian Allah Taala.

Jangan berlama-lama zikir secara lisan dan zikir akal. Dapatkan talqin zikir dari guru. Limpahan yang kamu dapat..itu yang ada dari dada guru.

Bagi seorang kekasih, ketika dia memandang wajah kekasihnya..tidak ada lagi lafaz kalimah yang mampu dia ungkapkan lagi. Kerana dia telah terpegun terpersona..kuat sinaran nur wajah kekasihnya itu yang menyebabkan hilang haibah dirinya, hilang sifat-sifatnya, hilang ilmunya..hilang kehebatan diri. Begitulah tajalli Allah, asma'-asma' Allah yang telah masuk dalam qolbinya..telah hilang dirinya. Inilah telah mencapai fana' dengan Allah. Apabila telah masuk nur dalam batin mu, lenyaplah dirimu..hilanglah dirimu. Fana'

Waallahua'lam

Dr. UMAY
29.10.2024

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

29 Oct, 04:50


Sollu alan Nabiy
Yang dikasihi Ayahanda,

Alhamdulillah buat julung kalinya telah berlangsung majlis BICARA TAUHID & MAULID KELUARGA TEMASEK di Kota Singa (Singapura) pada Sabtu, 26 Oktober.

Majlis ini adalah atas inisiatif keluarga Babah Andak yang asalnya hanya beberapa orang yang mendapat bimbingan dibawah Ayah Ngah (Ustaz) Nordin sejak 4 tahun lalu. Bermula dengan pengajian online, kemudian Rumah Cahaya, seterusnya sebahagian mereka menyertai Kem Rohani Al Malik (KRM) di Zawiyah dan mengikuti majlis-majlis bersama Ayahanda di Kuala Lumpur, akhirnya berjaya diadakan majlis diatas yang menghimpunkan 3 generasi keluarga ini beserta rakan-rakan mereka tempohari.

Majlis bermula dengan solat asar berjemaah disusuli alunan Selawat dan Qasidah oleh kumpulan Bro-Selawat dari Johor sebagai pembuka majlis. Kemudian Ayahde Yusof mengambil tempat dengan sesi Bicara Tauhid dalam Kehidupan dengan penggunaan slide, montaj, simulasi secara interaksi dua hala. Bermula dengan ayat 31 surah Ali ‘Imran yang memperihalkan bahawa jalan kejayaan hidup dunia akhirat hanyalah dengan mengikuti Baginda Nabi ﷺ dalam tauhid dan ubudiyahnya kepada Allah serta akhlak mulia dalam urusan sesama manusia.

Hadirin difahamkan secara ringkas tentang perjalanan diri dari alam ruh dan tujuan dizahirkan ke dunia ini, sepadukan Iman, Islam dan Ihsan, pandangan alam (worldview) tentang kehidupan dan segala pergolakannya, serta kepentingan mencapai tauhid ihsan (Tauhid Ibrahimiah) dan akhlak Muhammadiah sebagai kunci kekuatan dan solusi masalah kehidupan. Segmen ini diakhiri dengan alunan Syair Tauhid Sufi karya Ayahanda oleh Bro-Selawat.

Ketika waktu rehat selepas Maghrib, hadirin mengambil peluang bertaaruf, beramah mesra dan mengukuhkan silaturrahim sesama sambil menikmati jamuan ringan.

Selepas Isyak, diadakan majlis ringkas Kasih Leluhur dengan zikir dan selawat serta mendoakan kebaikan kepada semua khususnya mereka yang telah meninggalkan alam dunia ini.

Segmen terakhir adalah Maulid @ Mahabbah Rasul menyusuri sirah Rasulullah ﷺ berlatarkan montaj dan klip sirah, disulami dengan alunan selawat dan qasidah bersama-sama, serta diakhiri dengan doa munajat dibacakan Ayahde.

Majlis selesai kira-kira jam 10 malam, namun diteruskan dengan sembang santai dan soal jawab serta ijazah amalan Awrad AlMadaniah AlQusyayiah kepada sebahagian mereka. Majlis bersurai sepenuhnya kira-kira jam 12 malam.

Antara dapatan dan impak dari majlis ini adalah ;

1. Dapat menghimpunkan hampir 80 orang keseluruhannya (jangkaan awal dalam 30-40 orang sahaja) kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang tak pernah diadakan sebelum ini dalam suasana santai tapi padat dengan pengisian ilmu dan kerohanian (namun sebahagiannya terpaksa balik awal kerana ada urusan lain).
2. Latar negara yang pelbagai kaum dan sangat berorientasikan kerja serta berada dalam zon selesa (dalam aspek sosio-ekonomi dan lainnya) menyebabkan kebanyakan mereka kurang inisiatif dalam usaha meningkatkan keilmuan dan mengukuhkan kerohanian. Namun majlis sebegini membuka kesedaran minda dan jiwa mereka untuk lebih bersungguh-sungguh dalam hal tersebut.
3. Kebanyakan menzahirkan rasa syukur dapat hadir kerana ia lebih dari apa yang mereka sangkakan. Banyak persoalan terjawab, bahkan dapat merasai pengalaman rohani yang membawa rasa tenang dan bahagia dalam jiwa mereka. Menambah rasa dekat dengan Allah dan cinta rindu pada Rasulullah ﷺ serta lebih erat ikatan kekeluargaan.
4. Ramai yang menyatakan komitmen untuk hadir lagi di masa akan datang, dan ingin membawa lebih ramai keluarga dan kenalan untuk program akan datang.
5. Sebagai langkah susulan awal insha Allah akan dihidupkan Rumah Cahaya di beberapa lokasi selepas ini.

Insha Allah ini hanyalah satu permulaan dan akan disusuli dengan beberapa tindakan susulan dalam menyebarkan nilai  ا م س  (Gagasan IMS) khususnya di Kota Singa ini.

Sekian laporan ringkasnya, mohon sentiasa doa dan pedoman Ayahanda khususnya untuk kami disini.

Keluarga Temasek

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

26 Oct, 02:50


https://www.facebook.com/share/bTTF2yB5LJxbhLCg/

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Oct, 04:39


Salam Jumaat yang mulia

Sesiapa jua baik perseorangan, organisasi, persatuan, kelab, NGO, pejabat, badan, sekolah, kolej, komuniti dan lainnya boleh membawa gagasan أم س dalam bentuk dan cara masing-masing namun wajib fahami bahawa ia berteraskan:

1. Manhaj Ahlu Sunnah wal Jamaah.

a. Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah Asya'irah dan al-Maturidiyah tanpa mengkafirkan golongan ahlu kiblat yg lain.

b. Fiqh Syafi’i sebagai keutamaan serta fiqh muktabar yang lain yakni Maliki, Hanbali dan Hanafi berdasarkan fatwa mufti negeri masing-masing. Hormati khilafiah selagi ada sandaran dari pendapat ulama yang haq dan beradab dengan sebaiknya agar umat ini terus maju ke hadapan, tidak mundur dan berpecah dalam hal khilafiah.

c. Tasawuf Imam al-Ghazali dan Imam al-Junaidi. Hormati dan saling mendukung semua aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar dan tinggalkan mana-mana aliran yang membawa ketaksuban terhadap Syeikh dan tarekatnya hingga menolak kebenaran yang lain. Ia membawa kemunduran dan perpecahan umat.

Golongan sesat di sisi ASWJ tetap saudara kita, hanya tersalah fahaman atau jalan yang wajib kita betulkan dengan penuh kasih sayang dan adab sebagai saudara Islam.

2. Politik

Tiada terlibat dengan politik kepartian, bebas untuk memilih pemimpin dan parti mengikut ijtihad masing-masing berdasarkan gagasan أم س Tauhid, akhlak dan kepimpinan . Hormati perbezaan agar mahabbah persaudaraan Islam terus utuh. Musuh sebenar bukan saudara Islam kita tetapi Yahudi dan Nasrani serta Dajal/Syaitan yang menyesatkan.

3. Hormati dan Kasihi kepada semua para Auliya’, Masyaikh Sufi yang haq dan para ulama syariat yang haq walaupun ada perbezaan pandangan dan kaedah selagi berada dalam garisan syariat yang dibenarkan.

4. Beramal dengan akhlak yang mulia berasaskan syariat dan ihsan penuh budi pekerti, takwa dan kesopanan bangsa. Tiada boleh merendahkan mana-mana aliran kerana sifat merendahkan yang lain menunjukkan kerosakan budi dan jiwa yang bersalut iblis.

5. Bersifat merangkul dan menyantuni semua golongan tanpa ada kebencian dan memandang hina walau apa kedudukan, pangkat, bangsa serta golongan walaupun mereka di jalanan.

6. Menjauhi unsur mistik, syirik, tahyul dan hal ghaib, mimpi, firasat, kasyaf yang tiada sandaran jelas atau tidak menepati al-Quran dan sunnah.

Wallahu a’lam.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

25 Oct, 03:19


KOLEJ CAHAYA
KOLEJ KEMAHIRAN BERLIAN

Assalamualaikum.. Sollu alan Nabiy.... Ayahanda yang dikasihi.

Alhamdulilah pada 21.10.2024 (Isnin), bertempat di Kolej Kemahiran Berlian Kemaman, Terengganu telah diadakan Kolej Cahaya KKB mingguan yang telah dihadiri seramai 45 orang (wanita) yang terdiri daripada pelajar², guru² dan staf² kolej.

Majlis Kolej Cahaya dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, Bacaan Al-Quran dan Selawat Jibril mengikut kaifiat Rumah Cahaya yang diberikan garis panduan oleh Ayahanda.

Sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Ma Ngah Nani berkenaan asas agama dapat diringkaskan seperti berikut:

🩷 Asas agama terbahagi kepada 4 ; Iman, Islam, Taujid dan Makrifat.
🩷 Iman - Mempercayai dan meyakini kewujudan Allah dengan sifat, asma dan afal Nya.
🩷 Islam - Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Nya.
🩷 Tauhid - Mengesakan Allah, tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yg lain. Kebergantungan yang mutlak terhadap Allah. Dosa paling besar apabila berlaku syirik pada Allah.
🩷 Makrifat - Mengenal Allah pada sifat, asma dan afal Nya. Wujudnya yang sedia ada, tiada awal dan akhir, tidak pula beranak dan diperanakkan.

Majlis diteruskan lagi dengan zikir, qasidah dan selawat sebelum ditutupi dengan bacaan doa. Majlis diakhiri dengan salam berjamaie utk mengeratkan lagi ukhuwah satu sama lain.

InshaaAllah, Kolej Cahaya ini akan dijalankan lagi selepas ini.

Terima kasih Ayahanda atas pedoman dan bimbingan. Mohon doa & restu sentiasa daripada Ayahanda.

Kolej Cahaya KKB

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

24 Oct, 01:09


Assalamualaikum Ayahanda yang dikasihi,

‎صلُّوا علَى النَّبِي محمد ﷺ

Alhamdulillah, dengan barakah Ayahanda dan IzinNya jua, pertama kalinya, BDC menganjurkan Program Rehlah Srikandi Persilatan Melayu dengan kerjasama Akademi Panglima Aduka & Srikandi Silat Gayong Makrifat diadakan di Sakura Lake, Elmina, Sg Buloh. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan anak remaja Perempuan dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh dan Srikandi Silat Gayong Makrifat.

Membawa simbolik EMAS membentuk kalimah ا م س , di awal program diadakan majlis Selawat dan doa, diperkenalkan Selawat Jibril bersanad serta Selawat Ibrahimiah, Selawat Nuril Mubin dan Selawat Asygil. Alhamdulillah di kalangan anak-anak remaja ini sudah menghafal setiap selawat yang dilantunkan.

Seterusnya, program pengisian rehlah mengenai Kebangkitan Jati Diri “Alif Mim Sin" yang dikongsikan oleh Coach Nora Zyan dalam suasana santai dan menyeronokkan peserta. Program turut dihiburkan dengan Qasidah Kasihmu Seluas Alam dan Pesanan Kekasih Tuhan.

Sesi kemuncak program adalah, persembahan Silat dari Srikandi Gayong Makrifat, serta persembahan bunga silat istimewa dari Coach Nora Zyan.

Di akhir program, sesi penyampaian Cenderahati kepada Ketua Srikandi Gayong Makrifat, iaitu Bonda Citra Kirana, pentadbir Rumah Kasih Harmoni iaitu Pn Noreain Mohd Dris serta Coach Nora Zyan.

Antara maklumbalas dari para peserta adalah :

“Alhamdulillah program yg bagus. Sesuatu yg baru bg anak2 perempuan rumah kami. Mereka merasa diri sangat berharga” - Pn.Noraein

“Program begini bagus untuk membangkitkan jati diri kepada anak remaja perempuan mengenai ketauhidan, adab dan ilmu yang diwarisi” - Bonda Citra Kirana

“Pertama kali saya datang program ilmu yang santai dengan macam-macam aktiviti, saya boleh ikuti selawat dengan mudah” - Izzany, Rumah Kasih Harmoni.

“Majlis ilmu yang berguna kepada kami sebagai bekalan untuk menjadi seorang Srikandi Melayu yang hebat. Saya suka suasana santai dan gembira dapat hadir di sini” - Aina, Srikandi Gayong Makrifat.

Justeru itu, mohon restu dan pedoman Ayahnda semoga program sebegini dapat diteruskan bagi membangkitkan kesedaran jati diri  ا م س dalam memelihara warisan ilmu persilatan ini terutamanya di kalangan wanita.

Sekian,
Bangkit Dengan Cinta🌹

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

19 Oct, 22:50


Majlis Maulid Walid bersama Guru dikasihi Syeikh Syed Ahmed Kamel al Husaini al Syaziliah

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

19 Oct, 06:50


Wirid Qushāshī atau Madanī [dan Tambahan Asas Yang Biasa Diamalkan*]

Semoga bermanfaat

<<<<< >>>>>

Wirid Qushāshī atau Madanī Selepas Solat Fardu: Amalan Yang Sebati dengan Masyarakat Melayu

Wirid selepas solat yang banyak diamalkan oleh para ulama’ Melayu dan tersebar luas di kalangan umat Islam Tanah Melayu (khususnya selepas solat Subuh dan Mahgrib dan diamalkan dengan ringkas selepas Zohor, Asar dan Isyak) ini dikenali sebagai al-Awrad al-Qushāshiyyah atau al-Madaniyyah [dengan sedikit penambahan yang tidak menjejaskan susunan wirid yang asal].

Wirid ini pada asalnya dihimpunkan dan disusun oleh seorang ulama’ besar Madinah iaitu al-Imām al-ʿAllāmah al-Faqīh al-ʿĀrif billāh Ṣafiyy al-Dīn al-Imām Aḥmad bin Muḥammad bin Yūnus al-Ḥusaynī al-Anṣārī al-Dajānī al-Madanī al-Qushashī. Beliau merupakan wali Allah yang masyhur, ahli sufi dan ulama’ besar Madinah yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan memberi fatwa bagi dua mazhab: Maliki dan Syafie. Beliau dilahirkan di Madinah pada 12 Rabiul Awwal 991 Hijrah dan wafat di sana juga pada akhir tahun 1071 Hijrah dan dikebumikan di permakaman al-Baqīʿ yang masyhur [Rujuk Biografi beliau selepas ini].

Beliau mengambil wirid-wirid selepas solat ini daripada para guru beliau yang merupakan para ulama’ Madinah ketika itu. Oleh kerana itu, wirid ini juga dikenali sebagai al-Awrad al-Madaniyyah (wirid-wirid ulama’ Madinah). Beliau mempunyai ramai pelajar di kalangan para ulama’ Melayu yang belajar di Mekah dan Madinah. Salah seorang murid beliau, al-Shaykh Abdul Rauf Singkel (w.1105H/1693M) dari Acheh telah menyusun wirid-wirid ini di dalam dua kitabnya yang bertajuk:

[i] ʿUmdat al-Muḥtājīn ilā Sulūk Maslak al-Mufarridīn.

[ii] Tanbīh al-Māsḥī al-Mansūb ilā Ṭariq al-Qushāshī.

Wirid ini juga dinukilkan di dalam kitab-kitab para ulama’ Melayu yang lain.

Al-Awrād al-Qushāshiyyah atau al-Madaniyyah ini tersebar di dalam masyarakat Islam Melayu dan diamalkan oleh ramai ulama’ kita dan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain sehingga ke hari ini, dengan sedikit tambahan yang tidak menjejaskan kerangka asalnya.

Sesungguhnya wirid ini pada hakikatnya disusun berdasarkan pelbagai riwayat hadis Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan memiliki keberkatan dan fadilat yang sangat besar.

Penulis masih tertanya-tanya:

apakah "rahsia" dan "hikmah" di sebalik ketentuan Allah bagi sambutan dan penerimaan ulama’ Melayu dan masyarakatnya untuk mengamalkan wirid zikrullah ini secara meluas sedangkan wirid ini dahulunya merupakan amalan para ulama’ Madinah?.

Dan setelah melihat amalan majlis-majlis zikir yang ada di Malaysia, salah seorang guru penulis iaitu al-Shaykh Hasan al-Yamani (kami belajar kitab Bustan al-Arifin karangan al-Imam al-Nawawi dengan beliau), pernah berkata:

“Aku melihat masyarakat Melayu di Malaysia ini seumpama para ahli sufi kesemuanya. Dan jika ada kamera dan TV pada zaman para Sahabat, kamu akan melihat beginilah amalan mereka.” (Majlis Zikir)

Ya Allah, kekalkanlah dan tambahkanlah nikmat-nikmat ini ke atas kami dan janganlah Engkau mencabutnya daripada kami.

Segala pujian hanyalah bagi-Mu.

PENUNTUT ILMU

Muat turun PDF:

https://penuntutilmu.com/wp-content/uploads/2024/04/wirid-qushashi-atau-madani-selepas-solat-fardu.pdf

Dengan keizinan untuk disebarkan. Afwan

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

18 Oct, 09:36


Sayyed Ahmed Kamel al Husaini daripada Australia menziarahi Ayahanda Walid.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

17 Oct, 04:39


Kuasai 3 ilmu menuju peradaban Nubuwwah.

1. Ilmu Tauhid / adab ketuhanan.
2. Ilmu Akhlak / etika kemanusiaan.
3. Ilmu Peradaban/ penguasaan ilmu duniawi

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

17 Oct, 04:34


مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِاْلعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَهَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ

Artinya: "Barangsiapa yang hendak menginginkan dunia, maka hendaklah ia menguasai ilmu. Barangsiapa menginginkan akhirat hendaklah ia menguasai ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan keduanya (dunia dan akhirat) hendaklah ia menguasai ilmu," (HR Ahmad).

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

17 Oct, 04:27


Jangan dilayani golongan ini , biarkan para ahli ulama tertentu yang santuni mereka. Kita teruskan gerakan perkukuhkan umat ini dengan gagasan ا م س yakni perkukuhkan Ketauhidan pada Akal ( Ilmu) dan Qalbu ( Ihsan) , menghidupkan Akhlak dan jiwa Muhamadiah dan miliki kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu dunia menuju Peradaban Nubuwwah.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

17 Oct, 04:20


Bangsa lain sedang persiapkan negara mereka dengan pelbagai teknologi AI dan senjata nuklear, kita sibuk perbahasan hal Maulid, zikir lepas solar, Qunut, tawasul , tahlil dan lainnya yg sudah jelas hal tersebut adalah khilafiah.

Golongan seperti ini yang membawa kemunduran umat namun mereka lemparkan kesalahan tersebut pada golongan Sufi Asha'irah dan al Maturidiah yang jelas dalam sejarah mereka adalah golongan pendakwah dan pejuang yang gigih menyebar dan mempertahankan Islam di serata wilayah dunia.

Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik

17 Oct, 04:12


Jika hal khilafiah menjadi keutamaan dalam dakwah dan tarbiah, bilakah umat ini akan mencapai Tauhid Haqqul Yaqin , Akhlak Al Karimah serta fokus membina Peradaban dalam pelbagai bidang ilmu dunia yang membawa umat ini kembali kuat , dihormati dan digeruni.