I-Keluarga @infobkm Channel on Telegram

I-Keluarga

@infobkm


Biro Keluarga & Masyarakat ISMA

I-Keluarga (Indonesian)

Selamat datang di channel Telegram I-Keluarga! Channel ini dikelola oleh Biro Keluarga & Masyarakat ISMA, sebuah organisasi yang fokus pada pembinaan keluarga dan masyarakat. Dengan bergabung di channel ini, Anda akan mendapatkan informasi terbaru seputar program-program yang diselenggarakan oleh ISMA, tips-tips tentang kehidupan keluarga, serta berita-berita terkini yang relevan dengan isu-isu sosial. ISMA adalah organisasi yang peduli terhadap perkembangan dan kesejahteraan keluarga dan masyarakat, sehingga melalui channel ini, mereka berusaha memberikan edukasi dan informasi yang bermanfaat bagi para anggotanya. Jadi, jika Anda tertarik untuk memperluas pengetahuan dan keterampilan dalam mengelola keluarga dan masyarakat dengan baik, bergabunglah dengan channel I-Keluarga sekarang juga! Jangan lewatkan kesempatan untuk terhubung dengan komunitas yang peduli dan mendukung satu sama lain dalam membangun keluarga yang kuat dan harmonis.

I-Keluarga

25 Dec, 03:39


Rasulullah Sensitif Elemen Kekufuran
=====
1. Islam adalah agama yang berpegang kepada prinsip toleransi yang sangat tinggi. Namun dalam perihal akidah, Rasulullah dilihat sangat sensitif dalam beberapa perkara. Ini bagi memastikan muslim mempunyai pendirian yang tegas dalam isu berhubung akidah.

2. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

“Sesungguhnya Rasulullah tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari).

2.1 Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu penipuan ke atas Nabi Isa kerana dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah:

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ

“Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157).

3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan:

كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: " اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ

“Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya.

4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa. Begitulah perihalnya kita pada hari ini. Seorang muslim seharusnya bersikap berhati-hati dalam isu yang memberikan gambaran yang salah tentang perkara akidah.

5. Begitu juga dengan sikap Rasulullah terhadap Bible atau kitab terdahulu. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengundang sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar:

"أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏"

“Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab? Dan demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i).

6. Perhatikan dalam hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Saidina Umar. Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Apakah iman para sahabat begitu lemah sehingga tidak berupaya melihat lambang salib? Sudah tentu tidak!

7. Tetapi Baginda meletakkan satu garis sempadan yang jelas, bahawa dalam isu akidah seorang muslim hendaklah berhati-hati daripada sikap seakan menerima atau redha dengan akidah yang salah. Atau larangan ini bagi mengelak kita dari mempromosikan imej yang salah mengenai Nabi Isa yang dimuliakan tinggi dalam al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

I-Keluarga

11 Dec, 04:38


Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam pemerintahan, dan keberkatan dalam memayungi rakyat Selangor.

Daulat Tuanku!

_

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

11 Nov, 12:35


11 MINIT UNTUKMU PALESTIN

Hari ini, demi merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat hak mereka, ISMA dan beberapa rakan NGO lain menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk luangkan 11 minit untuk bergelap di lokasi anda berada.

Pada 11-11-2024.
Bermula 9.00 malam hingga 9.11 malam.


Tangkap gambar anda dengan simbolik genggam tangan (seperti logo GSPP).

Muat turun di media sosial dengan tanda pagar
#SetahunPerangTaufanAlAqsa #11MinitUntukPalestin
#SebarkanKemenangan #AkhiriPenjajahan


_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

07 Oct, 01:42


SETAHUN PERANG TAUFAN AL-AQSA
GAZA MUSNAH, KEMANUSIAAN SIRNA.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus menerus menyokong perjuangan pembebasan Palestin.

Sokongan kami kepada Palestin tidak pernah luntur, dan kami akan terus bersuara demi keadilan, kebebasan, dan keamanan buat rakyat Palestin.

#SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #SetahunTaufanAlAqsa #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

16 Sep, 09:36


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1446H DAN HARI MALAYSIA.

Barisan Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul dan Hari Malaysia.

"Jati Diri Merdeka, Asas Negara Unggul."

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #BulanKebangsaanISMA #BersamaMembangunPeradaban

_

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

28 Aug, 02:13


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
PERGINYA SANG MURABBI...

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum Abdul Mun'im Soleh al-Ali al-Izzi atau nama penanya Muhammad Ahmad ar-Rasyid.

Beliau merupakan seorang pendakwah dan tokoh pemikir Islam. Tulisannya banyak menjentik jiwa yang lalai dan kosong. Karyanya banyak menjadi rujukan para pendakwah dan gerakan-gerakan Islam.

Antara karyanya adalah al-Muntalaq (Langkah Bermula), ar-Raqaiq (Pelembut Hati), al-Awaiq (Hambatan-Hambatan Dakwah) dan al-Masar (Khitah Dakwah).

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

al-Fatihah.

_____

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

23 Aug, 02:06


Bersempena ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-67, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Kelab Anak-Anak Hebat ISMA (NAZIM) menganjurkan Karnival Ambang Merdeka ROBLOX: Temasya Tanjung Penaga dengan kerjasama Cikgu Zyd Gaming dan Tanah Melayu Roblox, istimewa untuk komuniti Roblox.

Tarikh : 30 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 malam
Masuk Percuma!
Platform : Permainan Digital Roblox

Perkukuhkan jati diri sebagai anak bangsa yang cintakan tanah air dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah malam merdeka, pertunjukkan sejarah, pameran rumah-rumah Melayu, dan persembahan kenderaan bertemakan sejarah Malaysia. Semua ini disediakan khusus untuk membangkitkan rasa bangga terhadap warisan kita!

Daftar sekarang:
bit.ly/TemasyaTanjungPenaga
bit.ly/TemasyaTanjungPenaga
bit.ly/TemasyaTanjungPenaga

Ayuh meriahkan sambutan merdeka kali ini dengan penuh semangat patriotik dan jati diri yang unggul!

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #Merdeka2024 #roblox

I-Keluarga

22 Aug, 05:07


SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG!

tiktok.com/@ikatanmusliminmalaysia dan tiktok.com/@ustazshuhaibarrumy
Khamis, 22 Ogos 2024, jam 12.30 tengah hari.

I-Keluarga

19 Aug, 02:41


"Profesor daripada Sri Lanka telah membuat catatan bahawa bermula tamadun keduniaan adalah di rantau Melayu berdasarkan bukti antaranya pembinaan perahu-perahu layar yang boleh merentasi lautan Atlantik dan Pasifik. Inilah adalah bukti kegemilangan Empayar Melayu Melaka dan sebelum ini."

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #BulanKebangsaanISMA #BersamaMembangunPeradaban

_

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

18 Aug, 13:08


ISMA gesa kerajaan pertahankan identiti negara, elak jati diri terancam

Sekiranya keadaan itu berterusan ia memberi implikasi pada identiti kebangsaan seperti perpecahan masyarakat yang melemahkan kestabilan politik sehingga akhirnya wujud jurang yang membuka ruang campur tangan asing.

https://malaysiagazette.com/2024/08/18/isma-gesa-kerajaan-pertahankan-identiti-negara-elak-jati-diri-terancam/

I-Keluarga

18 Aug, 13:06


KENYATAAN MEDIA

JATI DIRI MERDEKA ASAS NEGARA UNGGUL


Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menghayati slogan ‘Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul’ bersempena dengan Kempen Kemerdekaan ISMA 2024.

Baca lanjut di:

https://www.facebook.com/share/p/W4fy1YRHjXKiDMeV/?mibextid=WC7FNe

I-Keluarga

18 Aug, 01:27


SIARANG LANGSUNG FACEBOOK
PELANCARAN KEMPEN KEMEDERKAAN & FORUM JATI DIRI MERDEKA, ASAS NEGARA ISLAM

Jemput tonton, LIKE & SHARE Pelancaran Kempen Kemerdekaan & Forum Jati Diri Merdeka, Asas Negara Islam.

https://fb.watch/u11kbfpqH3/

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #Merdeka2024 #BersamaMembangunPeradaban

_

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

16 Aug, 07:43


KENALI PANELIS | FORUM JATI DIRI MERDEKA, ASAS NEGARA UNGGUL

Prof. Dato' Dr. Ahmad Murad Mohd Noor Merican merupakan seorang profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebelum ini, beliau berada di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau mengajar pelbagai aspek kewartawanan dan sains sosial selama tiga dekad. Beliau juga mengasaskan Institut Pengajian Kewartawanan di sebuah universiti awam di Lembah Klang.

Buku beliau yang lain termasuk satu mengenai sejarah media dan satu lagi mengenai sejarah pengajian kewartawanan dan komunikasi di Malaysia. Buku pertamanya mengenai kewartawanan bertajuk The Journalist as Storyteller: Essays on the Scribe and His Times (2001).

Minatnya yang lain ialah dalam sejarah kebangsaan, tempatan dan pensejarahan, yang dicerminkan dalam penerbitan Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang (2015). Seorang kolumnis untuk New Sunday Times, dia juga menyumbang kepada beberapa majalah berkala lain. Ahmad Murad adalah seorang wartawan dengan BERNAMA, agensi berita nasional pada awal 1980-an.

Jom daftar sekarang!
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA


#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul #Merdeka2024 #BersamaMembangunPeradaban

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

16 Aug, 07:43


Waktunya semakin hampir!

Jadi sebahagian peserta yang akan membanjiri Anjung Melayu dalam Pelancaran Kempen Kemerdekaan Ahad ini bermula jam 8.00 pagi.

Simpan tarikh 18 Ogos ini untuk sama-sama menonton Forum Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul oleh panel-panel hebat.

Jom daftar sekarang!
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul
#BersamaMembangunPeradaban

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

15 Aug, 05:06


PELANCARAN KEMPEN KEMERDEKAAN & FORUM JATI DIRI MERDEKA, ASAS NEGARA UNGGUL anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Adakah benar sudah 67 tahun kita MERDEKA? Jom hadir ke Forum Kemerdekaan: Jati Diri Merdeka, Asas Negara Unggul untuk kita benar-benar merungkai erti kemerdekaan yang sebenar sebuah negara Islam yang merdeka.

Forum bertemakan "Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul" ini akan mengupas susuk tubuh sebuah negara yang merdeka bermula dengan jati diri yang merdeka.

Jom daftar sekarang!
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul
#BersamaMembangunPeradaban

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

15 Aug, 03:17


3 HARI LAGI SEBELUM PELANCARAN KEMPEN KEMERDEKAAN

Anda nak tahu apa kunci kearah membina Negara Unggul? Apa pula yang dimaksudkan dengan Negara Unggul?

Rungkai persoalan tersebut dengan hadir ke Forum Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul pastinya Ahad ini di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang bersama-sama kami dalam Pelancaran Kempen Kemerdekaan.

Jumpa kami di Anjung Melayu 18 Ogos ini!

Jom daftar sekarang!
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA

#JatiDiriMerdekaAsasNegaraUnggul
#BersamaMembangunPeradaban

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

15 Aug, 00:57


🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🌟 FORUM IDENTITI KEBANGSAAN MELAYU 🌟

“JATI DIRI MERDEKA ASAS NEGARA UNGGUL” 
Anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)* 🌺

Adakah benar sudah 67 tahun kita MERDEKA? Mari kita HADIR ke FORUM KEMERDEKAAN - JATI DIRI MERDEKA ASAS NEGARA UNGGUL untuk kita benar - benar merungkai erti kemerdekaan yang sebenar sesebuah NEGARA ISLAM yang MERDEKA.

📅 Tarikh: 18 Ogos 2024 (Ahad) 
Waktu: 8.30 am – 1.00 pm 
🏛 Tempat: Anjung Melayu, Bukit Petaling, Kuala Lumpur 
💰 Yuran: RM20.00 percuma bagi 40 peserta terawal

Forum bertemakan "Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul" ini akan mengupas susuk tubuh sebuah negara yang merdeka bermula dengan jati diri yang merdeka.

Kenapa anda perlu sertai?
📚 Perkongsian ilmu yang berinspirasi
🤝 Peluang berinteraksi dengan tokoh-tokoh hebat
🌟 Memberi peluang untuk anda berfikir bagaimana anda boleh menyumbang kepada kemerdekaan hakiki negara Malaysia
🍲 Sarapan disediakan

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami untuk sama-sama memahami dan memperkukuh jati diri sebagai rakyat Malaysia. 🇲🇾

👉 Daftar sekarang dan pastikan anda bersama-sama kami dalam usaha membangun peradaban yang unggul. Tempat adalah terhad!
https://tinyurl.com/DaftarForumKemerdekaanISMA

💰Pembayaran boleh dibuat ke butiran berikut:

Bank: CIMB
Nama: Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia
No Akaun: 860 492 6904
Rujukan: YFMerdeka

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak anda amat kami hargai.

Sekian, terima kasih. 🤲

"BERSAMA MEMBANGUN PERADABAN"

I-Keluarga

07 Aug, 00:55


AKAN DATANG

Apakah erti kemerdekaan jika setiap rakyat masih lagi keliru dengan identiti negara ini?

Kemerdekaan kali ini, ISMA menyeru seluruh rakyat Malaysia perkuatkan jati diri demi membangunkan sebuah negara unggul.

"Jati Diri Merdeka, Asas Negara Unggul."

__

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

I-Keluarga

31 Jul, 06:05


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

(Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Tuhannya). Surah Aali-Imran: 169

Pergerakan Perjuangan Islam Hms mengucapkan takziah buat rakyat Plstn yang hebat, negara Arab dan Islam, dan semua orang yang merdeka di dunia:

Saudara Syahid Mujahid Ismail Haniyeh, pemimpin pergerakan Hms, yang meninggal dunia akibat serbuan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran, selepas menyertai upacara perasmian presiden baharu Iran.

Dan kepada Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Ia adalah jihad, kemenangan atau syahid.

Gerakan Perjuangan Islam - Hms

Rabu: 25 Muharram 1446 Hijrah
Bersamaan: 31 Julai 2024 Masihi

Sumber: Hms

__________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia