Ustaz Syamil Esa @ustazsyamilesa Channel on Telegram

Ustaz Syamil Esa

@ustazsyamilesa


Perkongsian beberapa makna kehidupan dan pengalaman dalam mendalami erti fikrah, tarbiah dan harakah.

@syamilesa

Ustaz Syamil Esa (Malay)

Ustaz Syamil Esa adalah seorang tokoh agama yang berpengalaman dalam mendalami makna kehidupan, fikrah, tarbiah, dan harakah. Melalui saluran Telegramnya, @ustazsyamilesa, beliau berkongsi pengalaman dan pandangan dalam memahami erti kehidupan dan agama. Dengan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang mendalam, Ustaz Syamil Esa membantu para pengikutnya untuk meraih pemahaman yang lebih mendalam mengenai kehidupan dan Islam.

Dalam saluran Telegram ini, anda akan mendapat pelbagai bimbingan dan nasihat daripada Ustaz Syamil Esa sendiri. Anda boleh mengikuti perkongsian beliau tentang pelbagai isu kehidupan, termasuk panduan agama, motivasi diri, dan menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Saluran ini sesuai untuk sesiapa yang ingin mendalami ajaran Islam dan mencari inspirasi dalam kehidupan seharian.

Jadi, jom sertai saluran Telegram Ustaz Syamil Esa sekarang untuk mendapatkan panduan dan inspirasi yang bermanfaat dalam kehidupan anda. Ikuti @ustazsyamilesa untuk lebih banyak perkongsian yang mendalam dan bermakna!

Ustaz Syamil Esa

12 Nov, 08:55


Kelajuan hafazan dan isu murajaah

Institusi tahfiz ada pelbagai pendekatan dalam memastikan hafazan Al-Quran dihabiskan oleh para penghafaz Al-Quran.

Ada yang guna kaedah hafaz sikit mengulang banyak.

Ada yang guna kaedah hafaz banyak, mengulang juga cuma tak berapa diberatkan.

Ada yang guna kaedah hafaz aje banyak-banyak, lepas itu dah tamat Al-Quran, baru fikir murajaah (mengulang) ikut kemampuan masing-masing.

Saya antara yang melalui sistem yang kedua. Sistem diinspirasi dari sistem Deoband.

Tempoh keberadaan di maahad kami (Maahad Tahfiz Al-Quran Hira') adalah 2 tahun.

Para senior ada yang tamat kurang dari setahun, ada yang 4 bulan, 7 bulan, 9 bulan dan seumpamanya. Mereka kemudian mengulang setahun untuk proses melakukan syahadah.

Ada juga yang tamat setahun lebih, kemudian tempoh bakinya digunakan untuk mengulang.

Dapat lakukan syahadah atau tidak, itu rezeki masing-masing, bergantung pada taufiq Allah, kebijaksanaan guru dan 'peer-pressure' daripada kawan-kawan yang mampu lakukan.

Saya lihat perkara ini banyak bergantung pada kebijaksanaan dan firasat guru dalam menilai anak murid.

Jika hafazan dihentikan di pertengahan jalan kerana isu pengulangan yang lemah, murid akan berhadapan dengan isu 'patah semangat' kerana ibarat tengah sprint kemudian disuruh berhenti untuk memerhatikan kelemahan sepanjang larian.

Jika terlalu dibiarkan 'sprint' melaju hingga ke garisan penamat tanpa sebarang hentian pengulangan, ketahuilah kebiasaannya orang begini yang paling susah mengulang Al-Quran.

Saya cenderung untuk melakukan pit-stop pada setiap juzuk iaitu setiap kali habis sesebuah juzuk maka akan diulang secara sempurna juzuk itu barulah boleh melangkah ke hafazan juzuk baru.

Pencapaian murid seperti 4 bulan, 7 bulan dan setahun, mungkin di sisi para huffaz lain nilainya tidaklah seberapa jika Al-Quran itu tidak diingatinya dengan lancar dan sempurna.

Namun di sisi murid itu, ia adalah satu 'kredit besar' yang boleh dibawa, ditunjukkan kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat, bahawa kalam Allah ini telah dihafaz dalam tempoh yang singkat, seterusnya membenarkan ayat surah Al-Qamar ; "Sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk diingati (zikr), maka tiadakah orang yang mengambil pelajaran?"

Roh persaingan dalam hafazan perlu ditingkatkan dalam masyarakat, agar masyarakat hidup atas inspirasi Al-Quran sebagai asas kehidupan mereka.

Bab mengulang dan murajaah, itu juga satu persaingan yang perlu dimasyhurkan. Bagi yang dapat melakukan syahadah sewajarnya diangkat pula bagi tujuan yang sama.

Pendek kata, ada anugerah hafazan terlaju, ada pula anugerah hafazan terlancar, ada anugerah bacaan terbaik, dan begitulah seumpamanya.

Mana-mana sahaja yang terkait dengan Al-Quran sewajarnya diangkat setinggi-tingginya. Itulah salah satu cara kita membenarkan janji Allah bahawa ;

"Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran, dan Kami-lah yang menjaganya" - Surah Al-Hijr

Wallahua'lam bissawaab.

----

Dengan taufiq dan inayah Allah SWT, saya bersama sahabat akan membuka Maahad Turath Al-Juwaini untuk ambilan pertama tahun 2025, bermula ambilan umur seawal 12 tahun dan 13 tahun.

Terasnya adalah : Hafazan Al-Quran, Hafazan Matan & Turath, serta Kemenjadian Ulama.

Pendaftaran sudah dibuka. Sila ke link berkaitan.

https://wasap.my/60142214035/DaftarMaahadAlJuwaini

Terima kasih.

Ustaz Syamil Esa

09 Nov, 13:40


Hanyut di lautan "Cahaya Muhammadi"

Tiada sekelumit rasa keseorangan, di dalam dakapan kebersamaan.

Apa yang lebih indah berbanding, berdampingan bersama kekasih, meneliti kalam Kekasih, dalam meniti jambatan makna dan cinta?

Bila semua yang ada itu sirna, yang kekal hanyalah sebuah makna, menerobos dimensi ruang dan masa, lalu menyapa dan memegang erat, secara tersurat dan tersirat, bahawa "rahmat-Ku meliputi kesemua perkara".

Yang kita kurang adalah pengertian sebuah makna, yang kita kurang adalah kefahaman ungkapan sebuah hakikat cinta.

Hilangkan diri dalam dakapan Tuhan, kekalkan diri dalam mengikuti utusan (SAW), hadirkan makna cinta dan perhambaan, kelak suatu hari dirimu akan menemui hakikat sebuah kewujudan, dan menyingkapi sebuah tadbir ketuhanan.

Lalu ketika itu, pertanyaan yang paling bermakna bukanlah kenapa dan bagaimana, tetapi "siapa aku di hadapan-Nya".

Ya, ketika semua dimensi itu bersatu, yang tinggal hanyalah engkau dan "Aku".

Tuhan, pimpin tanganku, mengenali diriku sendiri.

Ustaz Syamil Esa

05 Nov, 01:14


Mimpi yang perlu diletakkan pada kedudukannya yang sepatutnya

Antara kelebihan Islam adalah ia menjadikan sumber wahyu sebagai salah satu sumber yang muktamad, digandingkan dengan khabar yang sahih dan dapatan akal yang sejahtera.

Mimpi yang benar (ru'ya salihah) adalah sebahagian daripada saki baki nubuwwah, seperti hadis Nabi SAW bahawa ia adalah 1/46 Nubuwwah.

Kedudukan mimpi bagi para anbiya' adalah wahyu yang benar, memberinya satu bentuk pengarahan dan di sisi mereka adalah dalil yang absah untuk diikuti.

Adapun bagi selain anbiya', mimpi terdedah kepada pelbagai tafsiran, bergantung kepada kesolehan yang bermimpi, dan apa yang dilaluinya. Ia bertujuan memberi isyarat tertentu samada berita gembira, persediaan atau ancaman tertentu.

Walaupun mimpi mempunyai keistimewaan yang tertentu, kedudukannya tetap tidak mampu mencapai tahap dalil yang membawa kepada satu arahan bersifat wahyu yang tertakluk pada umat secara keseluruhannya.

Dalam masa yang sama, mimpi manusia terbahagi kepada permainan jiwa (hadith nafs), atau permainan syaitan, atau mimpi yang benar daripada Allah, yang menjadikannya tidak konsisten pada sesuatu masa berbanding masa yang lain.

Kedudukannya sebagai mubasyirat, dan berbentuk isyarat menjadikannya lemah dan tidak dapat menandingi dalil syarak yang lain yang menjadi hujjah pemutus ke atas semua manusia.

Oleh itu, mimpi orang soleh memerlukan penafsiran daripada ahli yang mempunyai kepakaran dalam ta'bir mimpi, lalu diletakkan pada tempat yang sesuai untuk tindakan yang tertentu, yang semestinya melibatkan pihak yang bermimpi itu secara langsung.

Walaupun demikian, sebarang tindakan yang terhasil dari sesebuah mimpi, tetap perlu ditapis dan dilandasi prinsip-prinsip syariah yang jelas, di samping mendapat pandangan para ulamak dalam menentukan keselariannya dengan tuntutan syarak semasa.

Umat Islam pada hari ini seharusnya dididik untuk berpegang pada perkara yang muhkamat (perkara yang tidak perlu ditafsirkan) dan musallamat (perkara yang tidak dipertikaikan) yang tiada sebarang pertikaian dan perspektif lain, berbanding didedahkan dengan perkara seumpama mimpi, ilham dan seumpamanya.

Wasatiyah Islam menuntut untuk kita membesarkan perkara yang besar, dan meletakkan perkara yang kecil pada kedudukannya, agar kita tidak meletakkan sesuatu melebihi kadarnya, atau mengurangkan sesuatu daripda kadar yang sepatutnya.

Wallahua'lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

25 Oct, 10:31


GILIRANMU (Fetya x Tarbiah Sentap)

Sudahkan anda mendengar lagu terbaru yang didedikasikan buat panglima Al-Syahid Yahya Al-Sinwar ini?

Dengarkan di YouTube:
https://youtu.be/VY6qfud3Pdc

Kredit: Komuniti Dakwah Tarbiah
t.me/duniapalestin

Ustaz Syamil Esa

20 Oct, 10:37


YS hanya menjalankan kehidupannya, sepertimana ia melalui kematiannya

Ketahuilah, syuhada' tidak lahir tiba-tiba, ia adalah sebuah pakej kehidupan yang tabie dengan penuh rencam dan masalah kehidupan seorang manusia.

Orang yang mati dalam 'syahadah', adalah mereka yang sejak hidupnya adalah dalam menegakkan 'syahadah'.

Saya membayangkan momen kesyahidan YS hanyalah episod-episod kehidupan yang biasa dilalui oleh beliau dan para syuhada' yang lain.

Tiada yang lebih, tiada yang kurang.

Kehidupan mereka adalah ribat, jihad, bersiapsiaga, tidak sekali-kali menyerah, dan sentiasa bersedia untuk bertemu Tuhan.

Benar, mereka tidak memerlukan 'stimulan' seperti umat Islam hari ini, yang disajikan ribuan gambar dan berita yang menghiris hati, namun insafnya hanya seketika, sedihnya hanya sekian masa, demonstrasi sebulan dua, muktamar dan konferens beberapa, kemudian meneruskan kehidupan seperti biasa dengan gelak tawa, hiburan dan kelalaian.

Ya, umat hari ini tidak layak membebaskan P. Selagi rutin harian tidak dipenuhi dengan agenda para mujahidin dan murabitin, selagi mana umat masih memerlukan stimulan-stimulan luaran untuk membangkitkan dan menghidupkan, selagi itu kita masih jauh dalam menjadi umat yang layak membebaskan P.

Kita perlu hidup untuk misi 'syahadah', baru kita layak mendapat 'syahadah'. Hanya umat yang bersifat syuhada' yang layak membebaskan P.

Moga Allah memilih kita menjadi para syuhada' dalam misi besar pembebasan kali ini.

Sampaikan salamku pada Rasulullah SAW dan para sahabat RA, wahai Abu Ibrahim !

InsyaAllah kami akan menyusul di kemudian hari.

Ustaz Syamil Esa

12 Oct, 16:49


Mencintai hingga menuruti, dicintai hingga diaturi

Semalam saya duduk bersama sahabat-sahabat, berbincang mengenai kisah Abu Ayyub yang menyerahkan nasibnya pada Tuhan hingga diminta oleh beliau untuk meninggal di tanah yang dijanjikan sedangkan sahabat yang lain mahu membawa jasadnya pulang ke Madinah.

Saya menyatakan : Sepertimana Allah telah menetapkan bahawa unta Rasulullah SAW akan berlabuh di hadapan rumahnya, hingga baginda SAW menjadi tetamu berbulan lamanya, demikianlah juga jasadnya apabila telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk berlabuh di Kota Konstantinopel, lalu beliau redha dengan ketentuan takdirnya, bahkan sentiasa mencari sebab nabawi untuk dikuburkan di sana.

"Aku mahu mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik tentera yang digambarkan Rasulullah SAW"

Hakikatnya, perasaannya lebih besar daripada perkataannya. Dalam dirinya adalah memori bersama Rasulullah SAW, yang menjadikan rumahnya sebagai batu asas permulaan kehidupan Rasulullah SAW dalam membina sebuah peradaban yang besar.

Seolah-olah beliau mencari bagaimana mungkin unta itu 'disuruh' oleh Allah SWT untuk berlabuh di rumahnya, sedangkan berapa ramai lagi orang-orang lain yang rumahnya lebih besar, lebih luas, dan rumahnya hanya seringkas mungkin, setingkat di atas dan setingkat di bawah. Bilik yang mungkin cuma 4 x 4m sahaja, tetapi tetap dijadikan sebagai salah satu kesan sejarah yang memahat sebuah kegemilangan.

Benar, hakikatnya apa yang dilalui adalah sebuah persediaan.

Persediaan untuk melakukan satu 'langkah' yang pastinya memerlukan lebih dari sekadar sebuah arahan atau keimanan, tetapi suatu perasaan yang mendalam, yang mencari-cari jawapan bagi sebuah persoalan kewujudan dirinya sendiri.

Dahulu yang ditunjukkan di hadapannya adalah ketetapan Tuhan kepada seekor unta, lalu Rasulullah SAW redha akan di mana sahaja berlabuhnya unta baginda SAW.

Kini, jasadnya adalah unta itu. Dan dirinya di posisi Rasulullah SAW, samada mahu menerima aturan yang telah tersusun cantik, atau memaksa diri meneruskan aturan sahabat yang lain yang bakal membawa jasadnya agar dikuburkan di maqam para sahabat di Madinah, berhampiran dengan Rasulullah SAW.

Benar, pilihan yang sangat sulit. Siapa yang tidak mahu bersama Rasulullah SAW? Siapa yang tidak mahu dikuburkan bersama sahabat Rasulullah SAW?

Benar, sepintas congakan orang awam akan menatijahkan keberbaloian yang pertama iaitu dibawa ke Madinah, walau apa pun harganya.

Tetapi tidak bagi Abu Ayyub Al-Ansori RA, jauh di lubuk hatinya menyatakan bahawa jasadnya ada tugas yang lain. Meskipun terpaksa berjauhan dengan tubuh baginda SAW, beliau menerima takdir dan hikmah Tuhan, sambil tetap diselitkan memori-memori kenangan bersama Rasulullah SAW, iaitu seperti beliau berkata :

"Jika tidak pun jasadku berhampiran dengan Rasulullah SAW, paling kurang di sini aku dapat mendengar derapan kuda yang dikhabarkan Rasulullah SAW".

Kini kuburnya dijadikan mercu tanda sebuah makna kesungguhan, kesabaran, dan kecintaan, kepada sebuah peradaban yang bertahan ratusan tahun lamanya.

Itulah kisah sang pencinta.

Mencintai Tuhan, lalu Tuhan yang mengatur hidupnya.

Mencintai utusan Tuhan, lalu dibawa kenangan dan memori bersamanya hingga ke akhir hayatnya.

Moga Allah merahmatimu wahai Abu Ayyub Al-Ansori.

Moga Allah mewariskan kepadaku ketabahanmu, kesungguhanmu, dan kecintaanmu kepada Rasulmu, Sallallahu alaihi wa sallam.

Wallahua'lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

07 Oct, 18:18


Tinggalkan perkara yang tidak berkenaan, sebagai perisai gangguan syaitan

Betapa besarnya erti hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang itu, ia meninggalkan apa yang tidak berkenaan dengannya".

Apabila seseorang menyibukkqn dirinya dengan perkara yang tidak berkenaan dengannya, seperti cerita rumahtangga orang lain, kehidupan peribadi orang lain, gosip mengenai orang lain, hakikatnya ia telah menggunakan sebahagian hidupnya untuk kehidupan orang lain.

Islam adalah agama yang sempurna, yang membawa manusia menuju kesempurnaan kejadiannya dan ketinggian keinsanannya.

Bagaimana seseorang itu mampu membina kesempurnaan hidupnya jika sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk memikirkan perkara yang tidak ada sangkut paut dengan dirinya ?

Perasaan "takut terlepas keretapi" daripada isu-isu semasa yang hanya membazirkan masa adalah suatu permainan Iblis dalam membazirkan waktu manusia.

Imam Al-Ghazali RHM menyatakan di antara sesuatu keburukan adalah kecelaruan prioriti dan keutamaan. Imam Ibnu Qayyim RHM menyatakan jalan syaitan dalam menyesatkan manusia adalah dengan mencelarukan keutamaannya dan memperbanyakkannya dengan perkara harus.

Hari ini adalah genap setahun masihi G4z4 berperang. Operasi Taufan ini sepatutnya telah mengajar umat untuk berfikir pada perkara yang besar, melakukan suatu kerja yang besar, dan mula melangkah untuk menyertai projek pembebasan pada skala yang besar.

Bagaimana kita mahu bangkit jika kita asyik dihidangkan kisah-kisah picisan yang tidak berkenaan dengan dunia kita apatah lagi akhirat kita?

Moga Allah menjadikan kita antara tentera-Nya dalam projek pembebasan, yang sedang berlaku ini.

Ameen.

Ustaz Syamil Esa

28 Sep, 08:12


Zikir tidak sepatutnya jadi bahan sendaan

Jika para ulama yang muktabar berselisih, serahkan perselisihan pada para ulama. Yang bersetuju dengan hujjahnya, yang tidak bersetuju dengan hujjahnya.

Selagi para ulama berselisih, selagi itu ruang keterbukaan syarak padanya jelas dan luas. Jangan disempitkan perkara yang luas, dan jangan meluaskan perkara yang sempit.

Jika anda berpegang zikir itu adalah suatu yang tidak berfaedah, membawa gelak tawa, maka sebutan anda terhadap zikir itu adalah lagha dan boleh membawa kepada dosa kerana mempersendakan lafaz yang dinisbahkan kepada Dia.

Jika anda memahami jalan kira sepertimana yang ditunjukkan para ulama yang bersetuju, maka zikir anda mendapat pahala kerana termasuk dalam saranan mengingati Allah dalam semua keadaan.

Bicaralah dalam kerangka ilmu yang insaf, menyatukan dan membina pemikiran fiqh yang betul, bukan retorik, semangat, perli dan sinis yang hanya melahirkan manusia yang tidak beradab dan menyemai kebencian.

Wallahua'lam bissawaab.

Nota : Perkara khusus tidak sepatutnya dibincangkan atau disarankan pada ruangan umum. Setiap perkara ada kesesuaian tempat, masa dan audiensnya.

Ustaz Syamil Esa

12 Sep, 03:25


Manusia Perlu Memilih Antara Dua Sembahan

Sahl bin Abdullah At-Tustari RHM menyatakan : "Barangsiapa yang tidak menyembah Allah secara sukarela, ia akan ditimpa musibah menyembah makhluk secara paksa" - Awarif Al-Ma'arif

Saya berkata :

Tuhan telah memperkenalkan diri-Nya kepada manusia, untuk manusia menyembah-Nya dengan penuh rasa kasih, kagum, takjub, malu, dan tunduk kepada-Nya. Perhambaan itu hakikatnya adalah manifestasi rahmat-Nya kepada manusia, dan ia membuahkan nilai sebenar 'insaniyah' seseorang manusia.

Apabila manusia memilih jalan yang lain, tuhan yang lain, mereka akan ditimpa malapetaka perhambaan yang dahsyat, kerana diperhambakan oleh makhluk yang jahil, tamak, berkepentingan, tiada kasihan, dan tiada sebarang kesejahteraan.

Memilih untuk menyembah Tuhan adalah jalan menuju kemajuan, keilmuan, ketamadunan dan ke-insan-an. Manakala terpaksa menyembah makhluk adalah suatu malapetaka, kejahilan, kebinatangan dan merosak nilai kemanusiaan.

Itulah hakikat insan, hanya akan menjadi 'insan' apabila bertuhankan Tuhan.

Jika memilih sembahan yang lain, nilai keinsanan akan luntur satu persatu, hingga jatuh ke lembah kehinaan yang lebih teruk daripada haiwan.

"Mereka (ahli neraka) itu ibarat binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - Surah Al-A'raaf : 179

Perhambaan pada-Nya adalah suatu kemerdekaan, merdeka dari-Nya adalah suatu perhambaan.

Wallahua'lam
---
Ikuti catatan di t.me/ustazsyamilesa

Ustaz Syamil Esa

09 Sep, 09:33


Hidup dengan Tuhan

Ertinya, tidak perlu berlakon.

Dia kenal dirimu luar dan dalam.

Ertinya, tidak perlu risau.

Dia susun kehidupanmu, esok dan semalam.

Ertinya, tidak perlu takut.

Dia yang menjagamu, siang dan malam.

Ertinya, tidak perlu hasad.

Dia yang beri rezeki, ketika timbul dan tenggelam.

Ertinya, tiada resah dan duka.

Bersama-Nya adalah paksi kesempurnaan.

Menuju-Nya adalah paksi kebahagiaan.

Hidup penuh makna,

Mati atas tujuan.

"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" - Surah Adz-Zariat

Ibnu Abbas RA menafsirkan : "melainkan untuk mengenali-Ku"

Wallahua'lam bissawaab

---
Ikuti catatan di t.me/ustazsyamilesa

Ustaz Syamil Esa

30 Aug, 23:28


Kemerdekaan Hakiki Disulami Tanggungjawab Syarak

Kemerdekaan hari ini perlu dinilai dengan penilaian syarak. Hakikat kemerdekaan tanah air bertitik tolak daripada kemerdekaan keyakinan dan kehendak umat Islam, yang bebas daripada segala ideologi dan budaya yang asing dan bercanggahan dengan nilai agama.

Kebertanggungjawaban atas nikmat kemerdekaan ini menuntut untuk umat Islam sedar bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga identiti dan jatidiri secara peribadi, tetapi memahami bahawa negara ini juga punyai identiti dan jatidiri yang perlu dipertahankan.

Inilah intipati kemerdekaan yang sebenar, apabila umat Islam menyedari bahawa setiap titisan nikmat yang diberi menuntut satu tugasan kesyukuran hingga mereka mampu keluar daripada belenggu hawa nafsu, pembaratan dan penjajahan pemikiran.

โ€œ(Mereka yang berhijrah ini) apabila Kami tinggikan kedudukannya di muka bumi ini akan mendirikan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah kembalinya segala perkaraโ€ - Surah Al-Hajj, ayat 41

Kemerdekaan yang difahami dalam rangka syarak yang benar, akan membawa negara dan tanah air menuju cita-cita kenegaraan yang unggul kerana ia berpaksikan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

Salam kemerdekaan.

Wallahuaโ€™lam bissawaab

Ustaz Syamil Esa

30 Aug, 13:28


https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/videos/873476088039280

Perkongsian beberapa pengalaman dengan Syeikh Ar-Rashid dan pengenalan kepada siri-siri penulisan beliau. Jemput dengar dan bersama mengambil faedah dan manfaat.

Wallahua'lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

29 Aug, 10:24


PODCAST: Pengalaman Peribadi dan Pengenalan Siri-siri Penulisan Ahmad Ar-Rasyid

"Tulisan-tulisan beliau sejak tahun 70-an bermula dengan siri Ihya' Fiqh Dakwah hingga tulisan yang terakhir iaitu pada tahun 2020 bertajuk : Perspektif Insani dalam Dakwah Ikhwan Muslimin, telah menjadi bukti bahawa beliau adalah seorang mujtahid dalam bidang dakwah dan harakah, dan berterusan menyumbang hingga ke akhir nyawanya."

Pihak MUIS menjemput anda untuk bersama-sama kami mendengarkan sebuah perkongsian eksklusif oleh Ustaz Syamil Esa tentang pengalaman beliau sendiri sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Ahmad-Ar-Rasyid.

Ikuti Podcast kali ini di,

Live FB: Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Tarikh: Khamis, 29 Ogos 2024
Waktu: 9.30 malam

------------------------------------------
Ikuti
Telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh
FB MUIS : https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/
YouTube MUIS : https://bit.ly/muisTV
Tiktok MUIS : https://bit.ly/TTmuis

#TintaAhmadArRasyid
#MuafakatImuanIslam

Ustaz Syamil Esa

28 Aug, 07:10


Kenangan bersama Abu Ammar RHM secara yaqazah dan dalam mimpi

Perkenalan dengan susuk tubuh yang hebat ini secara peribadi telah bermula dengan bukunya Al-Muntalaq yang diterjemahkan oleh Al-Marhum atuk saya Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati, yang saya mula baca ketika sekolah menengah dalam usrah.

Pada tahun 2012 pertama kali bertemu secara personal, di Malaysia. Perbualan sekitar 1 jam lebih membincangkan beberapa persoalan dalam buku beliau, dan sedikit sebanyak isu di Malaysia. (Gambar tengah duduk)

Pada tahun 2013 sekali lagi bertemu beliau secara ringkas apabila menghantar beliau pulang daripada ceramah beliau mengenai politik Mesir selepas penggulingan Morsi. (Gambar dalam kereta)

Pada tahun 2024 setelah itu berkesempatan menziarahi beliau beberapa kali termasuk di kediamannya sendiri. Rupanya inilah tahun terakhir beliau berada di alam dunia.

Beliau pernah dihadirkan beberapa kali dalam mimpi ketika saya menuntut di Mesir, menjawab beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran saya, mengajarkan bukunya sendiri Al-Awaiq dan memberi tips khusus kepada saya ketika sedang bergolak isu dalaman harakah Islam suatu ketika dahulu sekitar 15-16 tahun lepas.

Beliau nyatakan (dalam mimpi itu) : "Taqwa adalah asas sesebuah amalan. Ini adalah wasiat khas untuk engkau, ikhwan hari ini"

Lalu saya bertanya : "Adakah engkau masih menganggapku ikhwan, walau telah berlaku apa yang berlaku?"

Lalu beliau menjawab : "Biarkan semua perkara-perkara (teknikal) itu, engkau dan sesiapa bersamamu adalah ikhwan!"

Kemudian saya terbangun, sambil merasa puas dengan pesanan khususnya yang merungkai pelbagai persoalan dalam hati dan jiwa.

2 tahun setelah itu berlakulah pertemuan pada 2012, dan saya nyatakan pada sesi akhir, apakah yang menjadikan beliau tetap teguh di atas jalan dakwah, lalu beliau menjawab : Yang men-thabat-kan aku atas jalan ini adalah "taqwa" kepada Allah.

Catatan sambungan pesanannya boleh didapati di wall facebook adik saya, Hikmat Mohd Esa yang juga hadir dalam pertemuan malam itu.

Buku-buku beliau banyak menekankan perspektif tarbiyah jiwa dan intima' (penggabungan) dengan gerakan Islam, amal secara kolektif dan menghidupkan roh jihad.

Tulisan-tulisan beliau sejak tahun 70-an bermula dengan siri Ihya' Fiqh Dakwah hingga tulisan yang terakhir iaitu pada tahun 2020 bertajuk : Perspektif Insani dalam Dakwah Ikhwan Muslimin, telah menjadi bukti bahawa beliau adalah seorang mujtahid dalam bidang dakwah dan harakah, dan berterusan menyumbang hingga ke akhir nyawanya.

Pelajaran besar untuk anak-anak harakah adalah tidak mudah jemu dan lesu untuk berkhidmat dalam medan dakwah dan tarbiyah, walau satu dunia tidak mengendahkan dirimu, atau mengetahui potensi sebenarmu, atau menghargai nilaimu yang sebenar.

Hakikatnya kita adalah milik Allah, bekerja kerana Allah, dan akan kembali melapor diri kepada Allah.

Saya petik kata-kata Abu Ammar dalam Al-Awaiq tajuk 'Jundiyah Toriq Al-Qiyadah' ;

"Moga Allah merahmati lelaki yang bertajarrud (bebas daripada apa-apa kepentingan diri) dan mengalahkan nafsunya, samada ia seorang pimpinan atau seorang tentera"

Moga Allah mengganjari usahanya dan memberi umat ini orang sepertinya.

Semoga kita bertemu lagi wahai Abu Ammar, di mimpi dunia dan di syurga sana, insyaAllah.

Al-Fatihah (dibaca)

Ustaz Syamil Esa

15 Aug, 05:06


Khasiat TAQWA : Buatlah apa sahaja kerana Allah Taala akan menjagamu

Imam Al-Ghazali pernah menyebut dalam Kitab Minhajul Abidin, Jika seseorang itu bertaqwa, maka buatlah apa sahaja yang dia mahu, tidurlah di mana-mana sahaja, berjumpalah dengan sesiapa sahaja kerana Allah Taala yang akan selalu menjaganya serta melorongkannya dia jalan-jalan yang benar.

Namun, apakah ciri-ciri TAQWA tersebut? Kayu ukurnya ialah, semakin dia TAKUT kepada Allah, MALU dengan perbuatannya yang selalu mengikut hawa nafsu, sering BERHARAP agar amalnya diterima oleh-Nya. Adapun orang yang tertipu, ia selalu menganggap bahawa "takkan lah Allah tak ampunkan dosaku, Takkan lah Allah tak perkenankan permintaanku.." Ketika itu, dia sedang tertipu dengan nafsunya sendiri.

Jemput tonton dan semoga bermanfaat!
https://youtu.be/64VFEFuDg88

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1 1 0 2 - 2 5 7 0 - 5 9

Ustaz Syamil Esa

12 Aug, 03:22


Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa Taqwa itu ialah sebuah perbendaharaan yang amat besar. Jika engkau mendapatinya, maka engkau tahu betaba banyak di situ permata-permata yang indah, perkara yang ajaib, kebaikan yang banyak, rezeki yang mulia, kemenangan yang besar serta kerajaan yang amat luas.

Lalu dikatakan taqwa ini seperti sebuah pusat graviti. Apabila manusia berusaha mendapatkan pusatnya, ia akan perolehi juga apa di sekelilingnya.

Oleh itu, Al-Imam Al-Ghazali telah mengsyarahkan 12 kelebihan taqwa yang termaktub dalam Quran, apakah itu ia? Jemput tonton penuh untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

https://youtu.be/nlBlRysaRsg

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1 1 0 2 - 2 5 7 0 - 5 9