Setiap daripada kita, membesar dengan tiga "P" yang berbeza.
1) Persekitaran yang berbeza.
2) Pendidikan yang berbeza.
3) Pengalaman yang berbeza.
Orang yang membesar dalam keadaan yang sangat miskin dan susah waktu kecilnya, "hungry" dia untuk sukses, kaya dan berjaya, berbeza dengan orang yang membesar dalam keadaan senang dan selesa waktu kecilnya.
Orang yang membesar dalam keadaan keluarga yang sempurna, lengkap ayah, ibu, dan semuanya, berbeza dengan orang yang membesar tanpa ayah atau ibu atau keduanya.
Tahap berdikarinya berbeza, tahap urus emosinya berbeza, tahap kesanggupan dan pengorbanannya juga berbeza. Tekanan yang dihadapi juga berbeza.
Orang yang dah biasa melawan tekanan, dia akan keluar daripada zon selesa rutin hariannya. Mula-mula mungkin susah, terpaksa, lama-lama dia terbiasa dengan disiplin dirinya.
Orang yang tak biasa melawan tekanan, malah, serap tekanan tu pula, takkan mampu keluar daripada zon selesanya.
Kita akan mencari 1001 alasan untuk tidak melawan tekanan-tekanan hidup yang semakin menekan. Kita akan mencari 1001 kesalahan orang lain untuk tidak menyalahkan diri sendiri.
Hidup kita, adalah tanggungjawab kita. Kita bertanggungjawab dengan diri kita sendiri.
Hidup kita sentiasa dibentang dengan pelbagai pilihan. Pilihlah sesuatu ikut "timeline" jangka masa panjang. Bukan jangka masa pendek.
Sebab apa?
Sebab masa kita tak banyak. Dah alang-alang kita nak bersungguh, nak berpenat, nak melawan hidup yang semakin keras ni, biar manfaatnya untuk jangka masa panjang.
Untuk insan-insan kesayangan kita. Bukan untuk kepuasan diri sendiri saja. Untuk dunia akhirat (ibadah) kita, bukan dunia semata.
Guru saya ada pesan,
"Pernah dengar kisah Siti Hajar? Kalau nak ikutkan logik, mana ada air tiba-tiba nak muncul dekat tempat yang tandus, batu-bata, berbukit lagi, tak ada orang pula tu. Ulang alik ke Safa dan Marwah dengan anak kecil.
Tapi itu usaha dia. Dia usaha mencari, mencari dan mencari, dan dia percaya, Allah ada dan Allah akan bantu dia. Itu salah satu pengorbanan dia - seorang isteri dan seorang ibu.
Suaminya juga berkorban. Tinggalkan anak isteri dekat tempat tandus tu. Atas perintah Allah.
Kita?
Selalu takut dengan rezeki kita.
Selalu risau dengan masa depan kita.
Usaha belum buat sehabis baik lagi, tugasan banyak yang bertangguh itu dan ini, mulut selalu mengeluh dan bagi alasan, entah apa je yang kita korbankan - masa, duit, tenaga?
Belum lagi soal yakin dan percaya Allah yang akan bantu dan izinkan untuk hasilnya nanti. Tugas kita sebagai hamba - berdoa, berusaha sehabis daya dan serah pada-Nya. Bukan buat kerja Tuhan."
Terasa berbekas di hati. Semoga ada manfaatnya.
Muhasabah 3/365 hari.
Semoga terus dipermudahkan urusan kita semua, para pejuang rezeki.
Salam Jumaat.