Ekonomi Rakyat @ekonomirakyatmy Channel on Telegram

Ekonomi Rakyat

@ekonomirakyatmy


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Ekonomi Rakyat (Malay)

Ekonomi Rakyat adalah saluran rasmi di Telegram yang bertujuan untuk merakyatkan pemikiran tentang ekonomi. Dengan nama yang bermakna 'Ekonomi Rakyat', saluran ini memberikan platform kepada para pengguna untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang ekonomi secara mudah difahami dan relevan. Saluran ini merupakan sumber inspirasi dan panduan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat, sama ada mereka ahli perniagaan, pelajar, profesional, atau individu biasa yang ingin memahami aspek ekonomi dalam kehidupan harian. Di sini, anda akan menjumpai kandungan-kandungan berkaitan ekonomi seperti artikel, berita terkini, tips kewangan, panduan pelaburan, dan banyak lagi. Semua ini disusun dengan teliti untuk memberikan informasi yang bermanfaat kepada setiap individu. Apa yang membezakan Ekonomi Rakyat daripada saluran lain adalah pendekatannya yang 'merakyatkan' ilmu ekonomi, menjadikannya sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Jadi, jika anda ingin memperkayakan pemikiran anda tentang ekonomi dan kewangan, jom sertai saluran Ekonomi Rakyat di Telegram sekarang! Bersama-sama, kita dapat belajar dan berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama.

Ekonomi Rakyat

20 Nov, 18:18


Gabungan P'Raya Bersih dan Adil (BERSIH) beri markah gred D buat pentadbiran PM Anwar Ibrahim dalam usaha beliau melakukan reformasi

Laporan BERSIH itu juga menyatakan prestasi pembangkang sebagai tidak memuaskan kerana tidak terlibat dengan perbahasan konstruktif di Parilmen

Ekonomi Rakyat

19 Nov, 12:24


Balu kepada bekas Menteri Kewangan, Naimah Khalid berkata Daim berhasrat agar perbicaraan kesnya diteruskan sehingga tamat di mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah

Jelaskan bahawa tiada keperluan untuk Pendakwaraya atau SPRM untuk menyemak semula pendakwaan tersebut

Ekonomi Rakyat

18 Nov, 16:58


Resort World Sentosa yang dioperasikan oleh Genting Singapore hanya mendapat lesen untuk meneruskan operasi kasino selama dua tahun bermula Februari 2025 hingga Februari 2027 kerana prestasi yang kurang memberangsangkan menurut Agensi Kawalselia Perjudian Singapura.

Pada kebiasaannya, lesen kasino di Singapura akan diperbaharui untuk tempoh tiga tahun.

Selain Resort World Sentosa, sebuah lagi kasino yang beroperasi di Singapura adalah Marina Bay Sands.

Ekonomi Rakyat

17 Nov, 12:36


S'jaya Komunikasi & Multimedia M'sia (MCMC) meminta MalaysiaKini untuk mengeluarkan artikel dan video berkaitan skandal rasuah di Sabah

MCMC menyatakan artikel dan video berkenaan boleh menganggu siasatan yang sedang dilakukan polis terhadap ancaman terhadap pemberi maklumat

Ekonomi Rakyat

16 Nov, 07:24


Bank Negara Malaysia jangka inflasi pada tahun ini berada di paras 1.5%-2.5% manakala inflasi pada tahun 2025 diunjurkan berada sekitar 2.0%-3.5%

Polisi domestik dan harga komoditi global yang tinggi antara risiko yang mungkin melonjakkan kadar inflasi pada tahun hadapan

Ekonomi Rakyat

16 Nov, 03:12


Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3% pada suku ketiga tahun 2024 didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM)

Meskipun lebih perlahan berbanding suku sebelumnya (S2 2024: 5.9%), ekonomi negara masih di landasan tepat untuk mencatatkan kadar pertumbuhan antara 4.8%-5.3% untuk tahun 2024, jelas Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour

Ekonomi Rakyat

13 Nov, 16:45


Artikel eksklusif Ekonomi Rakyat bersama bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika diwawancara di pejabatnya pada 15 November 2022

https://ekonomirakyat.com.my/inflasi-naik-gaji-tak-naik-tun-daim-zainuddin/

Ekonomi Rakyat

13 Nov, 16:18


SPB Yang di-Pertuan Agong nasihat graduan untuk tidak terlalu memilih kerja apabila melangkah ke alam pekerjaan

Baginda yang bertitah di Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM turut mengingatkan graduan agar belajar berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan K'jaan semata-mata

Ekonomi Rakyat

12 Nov, 16:58


Penyelidik ekonomi, Dr Zouhair Rosli berkata model rasionalisasi subsidi minyak yang dilaksanakan Iran pada tahun 2010 boleh dipertimbangkan untuk digunapakai di Malaysia

Beliau yang berucap di UKM berkata bahawa komunikasi penting untuk langkah rasionalisasi subsidi Kerajaan berjaya selain perlu memastikan rakyat mendapat bantuan tunai terlebih dahulu sebelum subsidi minyak ditarik

Ekonomi Rakyat

11 Nov, 12:07


Dari Kenaikan Gaji ke Rombakan Sistem Cukai: Belanjawan 2025 dan Masa Depan Ekonomi M'sia

" Menurut OECD, nisbah kutipan cukai kepada KDNK di M'sia hanyalah sebanyak 12.2% pada tahun 2022, lebih rendah berbanding purata rantau Asia & Pasifik (19.3%) "

https://ekonomirakyat.com.my/dari-kenaikan-gaji-ke-rombakan-sistem-cukai-belanjawan-2025-dan-masa-depan-ekonomi-malaysia/

Ekonomi Rakyat

11 Nov, 11:51


Ahli Parlimen BERSATU, Wan Saiful Wan Jan beri amaran kepada Vincent Tan agar tidak bermain politik susulan kenyataannya membidas Muhyiddin Yassin

Wan Saiful turut memanggil Vincent sebagai tauke judi mahakaya yang mendapat manfaat hasil pemberian spektrum 5G kepada U Mobile

Ekonomi Rakyat

09 Nov, 19:53


Kumpulan perbankan terbesar Singapura, DBS Group dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia

DBS dilaporkan meneroka kemungkinan untuk mengambilalih pegangan Temasek di dalam Alliance Bank ataupun membeli operasi runcit Kuwait Finance House di M'sia

Ekonomi Rakyat

07 Nov, 19:26


Bank Pusat Amerika Syarikat potong kadar faedah sebanyak 0.25% kepada 4.50%-4.75% bagi menyokong pasaran buruh negara berkenaan

Jawatankuasa Monetari jelaskan mereka kekal fokus bagi memaksimumkan penggunaan tenaga buruh disamping mengekalkan sasaran inflasi pada kadar 2%

Ekonomi Rakyat

06 Nov, 14:53


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia dilaporkan membekukan beberapa akaun persendirian milik pengasas Fashion Valet, Fadza dan Vivy yang dilaporkan bernilai RM1.1 juta

11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah juga disita bagi membantu siasatan berkait pelaburan Khazanah & PNB

Ekonomi Rakyat

05 Nov, 17:11


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 (3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri dalam perusahaan komersial ketika mengulas mengenai pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara

Beliau berkata demikian melalui hantaran Facebooknya dengan mendakwa muncul lagi kapitalis kroni di zaman pentadbiran PMX yang kebal dan tidak mudah disentuh

Ekonomi Rakyat

04 Nov, 23:50


FashionValet Sdn Bhd (FV) dilaporkan sudah mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebelum menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 2018

Semakan akaun kewangan syarikat yang didapati menerusi SSM mendapati kerugian FashionValet Sdn Bhd (FV) meningkat lebih 60 kali ganda kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding hanya RM166,793 pada 2012. Malah, syarikat itu turut catat kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta pada tahun yang sama Khazanah dan PNB melabur dalam FashionValet

Ekonomi Rakyat

04 Nov, 17:12


Singapore Airlines akan membelanjakan sekitar S$1.1 bilion bagi mengubahsuai kabin 41 kapal terbang A350 susulan kelewatan tempatan pesawat Boeing 777-9

Langkah ini penting bagi memastikan pengalaman penumpang terbaik dapat dikekalkan buat pelanggan Singapore Airlines

Ekonomi Rakyat

03 Nov, 14:17


Maxis akan berhubung dengan S'jaya Komunikasi & Multimedia M'sia bagi memahami rasional di sebalik pemilihan U Mobile sebagai peneraju rangkaian 5G kedua negara

Kini pertimbang beberapa pilihan bersama pemegang taruh berkaitan pelaksanaan 5G

Ekonomi Rakyat

02 Nov, 06:59


Perdana Menteri yang juga Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, arah Khazanah untuk melaksanakan audit dalaman terhadap kerugian pelaburan di dalam syarikat Fashion Valet

Langkah ini bagi memastikan setiap GLC mewujudkan tadbir urus yang lebih baik