Nurul Izzah Anwar @nurulizzahanwar Channel on Telegram

Nurul Izzah Anwar

@nurulizzahanwar


Saluran Rasmi Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat - Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah Anwar (Malay)

Selamat datang ke Saluran Rasmi Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat - Nurul Izzah Anwar. Saluran ini dikelola oleh Nurul Izzah Anwar sendiri, seorang figur penting dalam politik Malaysia. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Parti KEADILAN Rakyat dan pandangan-pandangan Nurul Izzah Anwar, saluran ini adalah tempat yang sesuai. Nurul Izzah Anwar, anak kepada tokoh penting dalam politik Malaysia, Anwar Ibrahim, telah lama dikenali sebagai suara pembaharuan dan keadilan dalam negara. Melalui saluran ini, anda boleh mengikuti perkembangan terkini yang berkaitan dengan beliau, termasuk ucapan, wawancara, dan aktiviti politik yang dijalankan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Nurul Izzah Anwar dan Parti KEADILAN Rakyat melalui saluran ini. Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang diusung oleh Nurul Izzah Anwar!

Nurul Izzah Anwar

21 Oct, 11:36


https://vt.tiktok.com/ZSjeyJypB

Nurul Izzah Anwar

01 Oct, 08:01


https://vt.tiktok.com/ZS2steuT2

Nurul Izzah Anwar

27 Sep, 05:55


Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia ❤️

Santai petang semalam bersama ibu-ibu tunggal Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna Kg. Malaysia Tambahan. Di sebalik senyuman mereka, tersembunyi kekuatan dan pengorbanan yang luar biasa dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Semoga sumbangan yang diberikan ini, mampu meringkankan sedikit beban para ibu dan yang utama, menjadi simbol sokongan dan penghargaan kepada kekuatan mereka, Insya-Allah.

Terima kasih, Sdr. Kamil Munim di atas jemputan.

#MalaysiaMADANI
#BandarTunRazak

Nurul Izzah Anwar

23 Sep, 13:56


Apa khabar warga DUN Mahkota? Insya-Allah, kita ketemu esok teman-teman.

#PerpaduanDemiKestabilanDanKemakmuran
#Hussien4Mahkota
#MahkotaKita

Nurul Izzah Anwar

21 Sep, 11:09


Reformasi bukan hanya sekadar masa lalu; ia adalah gerakan dan harapan untuk membina masa depan yang lebih baik, demi generasi akan datang 🇲🇾

Persahabatan yang terbina menerusi liku-liku perjuangan ini - akan terus mekar dan hidup, sebagai tonggak yang memastikan semangat reformasi tidak pernah padam.

Lipatan sejarah ini akan terus tersemat, menjadi pemangkin kepada Malaysia yang lebih adil, inklusif, dan demokratik. Insya-Allah.

Tonton video penuh 👇🏽

FB :
https://www.facebook.com/share/v/bXvXt5hQQXiRXDpa/?mibextid=WC7FNe

Nurul Izzah Anwar

16 Sep, 12:48


Kecil usaha kita, namun besar maknanya buat mereka 🏡

Bina-bina rumah dalam 3 hari,
Minta-minta tolong kawan-kawan EPIC Homes,
Siap-siap sebuah, buat keluarga Orang Asli Suku Temuan - Priesslie, Lisa & Fiani,
Lain kali kita bina lagi, buat pengalaman penuh epik! ✊🏼

Selamat Hari Malaysia, teman-teman senegaraku! 🇲🇾

Hantaran penuh 👇🏽

FB :
https://www.facebook.com/share/cUP1gKBNszTETbxK/

INSTAGRAM :
https://www.instagram.com/p/C_-lorNy68p/?igsh=aDdka2RnZmd3bXNw

Nurul Izzah Anwar

14 Sep, 15:11


Ucapan saya seputar isu melindungi pendidikan anak-anak khususnya di wilayah yang dilanda konflik peperangan sempena 5th Observance of The International Day to Protect Education from Attack di Qatar.

Tonton ucapan penuh :
https://www.instagram.com/reel/C_47bgcynCu/?igsh=c3dzamViMGg2cjQ4

Nurul Izzah Anwar

02 Sep, 13:48


“Do our best, we must!” 👊🏽

Menghadiri jemputan Pre-Summit Workshop : Youth Empowerment : Celebrating Girls in ICT Day Malaysia 2024 di Menara BAC hari ini 🇲🇾

Saya turut berkongsi cerita tentang Margaret Hamilton, seorang wanita yang merupakan seorang ibu dan juga jurutera perisian (computer software). Margaret telah mencipta kod perisian yang ditulisnya secara manual, dan perisian ini lah antara perisian penting yang mampu menghantar angkasawan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan.

Dalam kita meraikan kemajuan yang telah kita capai bagi memberdayakan anak-anak perempuan kita dalam bidang ICT, kita harus bergerak melangkaui hanya sekadar menggalakkan mereka untuk menceburi bidang ICT; tetapi, kita juga perlu mencipta ekosistem yang mampu mendokong mereka sepanjang kerjaya mereka 💪🏽

Seronok dapat bertemu anak-anak dari Assuntarian, alma mater saya 🥰

Nurul Izzah Anwar

26 Aug, 06:35


https://vt.tiktok.com/ZS2rg14gE

Nurul Izzah Anwar

18 Aug, 13:52


Innalillahiwainnailayhiraji'un.

Amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, En Rozaid Rahman sebentar tadi.

Seringkali ketika bertemu, Allahyarham akan berkongsi cerita kenangan lalu ketika beliau bersama menempuh perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Pengorbanan dan jasa Allahyarham tidak akan sesekali saya lupakan.

Salam takziah diucapkan buat seluruh anggota keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati dan menjadikan Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

Setiap pesanan dari Uncle, akan sentiasa Izzah ingat dan kenang.

Al-Fatihah.

Nurul Izzah Anwar

18 Jun, 05:11


Tahun ini, Alhamdulillah saya menyambut Hari Raya Aidiladha di Permatang Pauh.

16 ekor lembu telah disumbangkan menerusi Program Qurban Madani di DUN Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir untuk diagihkan buat warga #PermatangPauh.

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)” (108:2)

Semoga segala pengorbanan kita yang disulami dengan penuh keikhlasan dan ketaatan tanpa syarat kepada perintah Allah SWT, mendapat keredhaan dari-Nya.

Salam Aidiladha 1445H.

Nurul Izzah Anwar

12 May, 08:31


Ibu, Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku ❤️

Selamat Hari Ibu buat Mama dan semua para ibu yang telah banyak berkorban masa, keringat dan tenaga buat keluarga dan anak-anak. Tiada kata mahupun perbuatan yang mampu membalas segala jasamu.

Terima kasih di atas segala curahan kasih sayang yang telah diberikan dan pengorbanan yang dilakukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati di setiap langkahmu serta mengurniakan kejayaan di setiap usahamu.

Mudah-mudahan para ibunda yang kita sayangi akan sentiasa diberkati Allah SWT dengan rahmat-Nya yang Maha Luas. Insya-Allah.

Love you, Mama and all supermoms out there 🫰🏻