Ini kisah Bidin.
Dulu, Bidin rajin follow group-group dalam Telegram. Bila Bidin follow seorang sifu untuk belajar dan Bidin tak jumpa rentak, Bidin akan down gila.
Tengok orang lain senang profit, tapi Bidin tak jadi-jadi. Jadi Bidin merajuk.
Bidin left semua group dan focus pada group yang Bidin nampak tengah menjadi.
Lama-lama, cycle yang sama berulang. Bidin merajuk pulak dengan group baru ni. Bidin cari lagi group lain yang dilihat tengah profit sedap.
Sampai satu masa, baru Bidin sedar yang bodohnya tu dia sendiri. Sebab Bidin cari benda yang tak wujud.
Bidin cari teknik yang tak ada loss langsung. Bidin cari method yang 100% win.
Bidin masih mentah dalam trading untuk sedar bahawa tak ada method yang 100% menjadi. Yang ada 95% je 😂
Nak jadi trader, kena ada circle yang betul. Carilah circle yang betul.
Jangan jadi macam Bidin.