الْحَمْدُ لِلّه.. 🙂
🌸 *PERJALANAN KIAMAT*🌸
*[ TG Ustaz Hj Md Noor Hj Md Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, Kuliah Subuh Juma'at, Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, 17 Januari 2025 / 17 Rejab 1446H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]*
✅ Selepas kita bangkit kubur, kita berjalan ke Padang Mahsyar, ada yg naik macam² kenderaan naik unta dan sebagainya.
✅ Siapa² yang bagi pakaian pada orang di dunia ini sedekah, esok nanti Allah Ta'ala bagi pakaian bila kita bangkit kubur, x telanjang. Nak sedekah pakaian pada orang, bagi pakaian yg elok masih boleh dipakai. Nak bagi tu hendaklah KERANA ALLAH TA'ALA BUKAN SEBAB NAK MENUNJUK².
✅ Dan siapa yg bagi minum, belanja di kedai kopi ka.. nanti Allah Ta'ala bagi minum pada org tersebut pada hari akhirat kelak.
✅ Adapun hadis yg mengatakan kita telanjang bila bangkit kubur nanti, adalah disebabkan orang tersebut TIDAK PERNAH BAGI PAKAIAN PADA ORANG. Dan ada hadis yg mengarahkan kita kapan orang mati elok² lelaki 3 lapis dan perempuan dgn 5 lapis kain.
✅ Dan cara berjalan dan rupa kita selepas bangkit kubur nanti bergantung kepada pencapaian kita di dunia ini.
●● _Orang yg naik kenderaan adalah orang yg mengikut perintah Allah._
●● _Sementara orang yg berjalan kaki adalah orang yg amalnya sedikit._
●● _Orang yg berjalan menggunakan muka, adalah orang kafir & makan riba._
●● _Ada yg bangkit kubur, rupanya macam kera adalah orang yg berzina dan orang yg menjadi batu api._
●● _Orang yg bangkit mukanya seperti khinzir adalah orang yg makan benda yg haram dan mengambil rasuah._
●● _Orang yg bangkit buta matanya, adalah orang yg tinggalkan hukum syarak._
●● _Orang bangkit tuli/pekak, adalah orang yg ujub perasan diri bagus dgn ilmu & amalannya._
●● _Orang yg bangkit sambil berjalan gigit lidahnya & mengalir nanah pada mulutnya adalah orang yg ajar manusia tp dia x buat & orang yg ajar buat benda yg salah/dosa._
●● _Orang yg berjalan x ada tangan kaki adalah org yg suka menyakiti jiran, jiran adalah org yg sekeliling rumah kita 40,42 rumah._
●● _Orang yg berjalan di sula kayu adalah org yg suka report pada raja² perkara fitnah._
●● _Orang yg berjalan baunya busuk dari bangkai adalah orang yg menggunakan benda haram utk kemewahannya dan orang yg ada harta, tp x tunai zakat._
●● _Orang yg dipakai baju dgn minyak tar adalah orang yg ujub, takabbur suka bermegah²._
●● _Orang yg biasa berzina, x taubat, di hari kiamat kelak kemaluannya menjadi besar._
●● _Orang yg keluar dano'(air busuk) adalah disebabkan dia menyakiti jirannya & buat muzik drpd kayu itu digantung pada lehernya bagi org yg lalai bermain, begitu juga org yg tiup serunai dan segala bunyi²an yg membuatkan seseorg itu menjadi lalai, tukang nyanyi dan yg mendengar juga turut di azab._
✅ Bilamana sampai di Padang Mahsyar, yg x kena hisab, boleh masuk ke Syurga terus. Yang mana kena hisab kena tunggu.
✅ Binatang² juga turut datang ke Padang Mahsyar utk menjadi saksi dan ada juga binatang² yg masuk Syurga sekali.
وَاللَّهُ أَعلَم....
#MukaSurat204
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 امِيْنَ, امِيْنَ, امِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤
Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/
GROUP WASSAP:
FIQH WANITA 1 & 2
TELEGRAM: https://t.me/CatatanKuliahku
~ Pilihan Yang Terbaik ~
21 Januari 2025
21 رجب 1446H
✒
_Raikan Pendapat, Jika Berbeza_
*DI LARANG EDIT*
_كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_
_Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._