5 Minit Resepi @limaminitresepi Channel on Telegram

5 Minit Resepi

@limaminitresepi


Jom share resepi simple, mudah, cepat dan enak.

5 Minit Resepi (Malay)

5 Minit Resepi adalah satu saluran Telegram yang mempunyai koleksi resepi-resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan dalam masa 5 minit sahaja. Pengguna saluran ini boleh berkongsi resepi-resepi simple yang enak dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad tetapi ingin memasak hidangan yang sedap. Jadi, bagi sesiapa yang mencari inspirasi untuk memasak dalam masa yang singkat, 5 Minit Resepi adalah jawapannya! Saluran ini dimiliki oleh pengguna dengan username @limaminitresepi yang sentiasa berkongsi resepi-resepi yang praktikal dan berkesan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan dapatkan idea-idea resepi yang menarik setiap hari. Mari bergabung dengan kami di 5 Minit Resepi dan kongsi resepi anda yang cepat dan sedap dengan kami!

5 Minit Resepi

15 Feb, 01:04


RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI

Bahan-bahan :
200 gm btg keladi (dihiris)
200 gm keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bwg merah (dicincang halus)
1 ulas bwg putih (dicincang halus)
3 btg serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gm ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam & gula secukup rasa

Cara masak :
Panaskan minyak dalam kuali &w tumis bwg putih & bwg merah hingga wangi.
Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi & tumis hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi & keladi & kacau rata.
Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Setelah keladi & batangnya mula empuk , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

NOTA :
Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Kredit : Empunya Resepi

5 Minit Resepi

13 Feb, 23:30


RESEPI RENDANG KERANG

Bahan-bahan:
Kerang 2kilo
2biji kecik bwg merah
3 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 btg serai
(blend smua bahan di atas)
Cili boh 2 sudu besar
Serbuk kari 1sudu besar
Kerisik 1 sudu besar
Santan
Asam keping sekeping je
Daun kunyit

Cara masak :
1) Tumiskan bahan blend shgga air kering letak stu btg serai ketuk
2) Masukkan cili boh masak shgga pecah minyak
3) Masukkn serbuk kari masak shgga pecah minyak.
4) Masukkn kerang, santan,
asam keping garam gula.
5) Last masukkan kerisik dan daun kunyit. Bila air dah mula kering sikit...

Siap!!

Kredit: Kuali Mama

5 Minit Resepi

13 Feb, 05:16


Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih πŸ€€πŸ€€πŸ˜‹

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Kredit kepada pemilik resepi.

5 Minit Resepi

13 Feb, 05:07


Resepi Sambal Goreng Garing.

Jom follow resepi mudah dan menarik hanya di https://t.me/LimaMinitResepi

Insyaallah, sebulan pun tahan.

Resepinya :
Blend cili kering dalam 30 tangkai bersama bawang putih 7 ulas. Bawang putih lebih pun tak apa. Lagi sedap lagi wangi.
Panaskan minyak goreng ikan bilis garingΒ². Ikan bilis halus lagi sedap.
Kemudian tumis bahan kisar guna minyak goreng ikan bilis tadi. Masukkan gula pasir 1 sudu.
Kemudian garingkan cili dgn api sederhana. Boleh masuk garam masa ni.
Bila cili dah garing sebelum tutup api besarkan api dan kacau sambal smpai dpt hasil garing yg kita nak. Part ni penting untuk hasil garing tu. Tutup api dan tapis sekejap sampai sambal sejuk.
Dah sejuk gaulkan ikan bilis dalam sambal.
Kemudian tapis lagi smpai rasa habis minyak dia.

Kredit : Mazlinda Zakaria

5 Minit Resepi

12 Feb, 01:00


Panas-panas pekena air begini...fuh!!!πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Bahan-bahan:
1 tin laici
1 btg serai
Asam boi
I botol icecream soda FN biru
2 biji lemon
(Kalau nak lagi sedap, boleh letak daun pudina)

Kredit : Eda Mohd

5 Minit Resepi

11 Feb, 23:33


Sarapan pgi hr ni saya buat Apom Lenggang.
Resepi mudah dan menyelerakan.

APOM LENGGANG

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5-6 sudu besar gula (ni memang tak manis, kalau nak manis letak 1/2 cawan gula)
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil instant yis
1 cawan air
1 cawan santan

Cara Masak :
Gaul semua bahan kecuali santan.
Rehatkan adunan dalam 2-3 jam.
Saya buat adunan malam. So, saya letak dalam peti ais.
Esoknya baru saya masak.
Bila dah ready, campurkan santan dalam adunan.
Kacau rata.
Masak atas pan.

Siap. Selamat mencuba semua...

Kredit : Mask Musa

5 Minit Resepi

11 Feb, 23:27


Sekali sekala kita buat penkek mudah pulak untuk sarapan pagi. Resepi pun mudah sangat. Tekan je button share kalau nak, saya izinkan.

Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu segar/ susu full cream/ susu cair
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/ mentega yg dicairkan/ minyak masak je

Cara-cara:
Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul2. Biarkan dlm 10-15 mins nak bg penkek gebu skit nnt 😊.
Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yg panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun. Bila adunan dah timbul lubang2 kecil kat atas mcm dlm pic, balikkan penkek. Tunggu seketika, barula angkat sbb dah masak.

1 adunan boleh buat dlm 8 keping penkek. Masa memasak utk each penkek pun dlm 2 min gitu. Kenyang betul

Kredit : Siti Norzainab Taib

5 Minit Resepi

10 Feb, 09:43


Kuih apa tak tau la. Nampak sedap dan menarik pulak.

Kredit : Tuan Zainudin

5 Minit Resepi

10 Feb, 05:07


GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM

Bahan sup :
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 st daun parsley
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sb mentega
1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa

Cara masak :
1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.
3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.
4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.
5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread

Bahan roti :
Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley
1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

Cara buat :
1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.

Kredit resepi foto : Yatie Yusof

5 Minit Resepi

10 Feb, 04:58


Muffin Chocolate Chip

Bahan-bahan :
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur ( pukul sikit1/3 cawan minyak @ butter yg dah dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Chocolate chip secukupnya

Cara masak :
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, sida bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata, masukkan  campuran tepung tadi, kacau rata dan masukkan choc chips.
3. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit choc chips diatasnya dan bakar suhu 170Β°c api atas bawah, ikut oven masingΒ² selama 20 minit @ hingga masak.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

08 Feb, 12:33


Malam ni buat spageti olio aglio seafood. Pakai minyak zaitun original, lain rasa dia. Bau dia pun lain sangat. Mudah dan sedap. Kena masak pakai minyak zaitun untuk anak ni, nak bagi makan macam tu memang tak telan la hihi.
Siapa suka pasta boleh cuba!
Ohh ye chili flakes ni jenis tak pedas, nampak je merah tu.

Spageti olio aglio boleh makan 7-8 orang.

Bahan-bahan :
1peket spageti (rebus dan tos)
Udang
Sotong
Sosej
Brokoli
Tomato cherry
Lada benggala hijau/merah
Chilli flakes
Origano
Mixed herbs
Lada hitam (kisar halus)
Kiub pati ayam
Garam
Gula
Minyak zaitun
Bawang putih
1/2 cawan air rebusan spageti

Cara Masak :
Goreng lauk pauk dengan minyak zaitun.
Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih sedikit garing.
Masukkan bahan perasa, kacau sebati.
Masukkan spageti dan sayur dan sedikit air rebusan spageti.
Rasa la ye secukup rasa, ikut tekan masing-masing.

Dahhh siappp!

Kredit : Suhasnida Ismail

5 Minit Resepi

07 Feb, 23:17


Resipi Roti Sardin Goreng Rangup

Insyaallah sangat sedap.

Bahan-bahan :
1 tin sardin
Bawang merah
Cili padi
Gula sikit
Garam sikit
Serbuk perasa sedap maggie
Sedikit tepung gandum sebagai pelekat

Cara masak :
Hancurkan isi sardin dan gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit bagi ia masak dan bawang layu.
Untuk tepung gorengan biasa saja, bole guna berbagai jenis tepung. Cuma perahkan sedikit air limau untuk rangup.
Nak dapatkan warna kuning akak letakkan serbuk kunyit sedikit.
Tepi roti letakkan bancuhan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tak terbuka. Itu sahaja.
Tak perlu lenyek atau kukus roti.
Celupkan saja roti ke dalam bancuhan tepung.
Goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

Selamat mencuba!

Kredit : Cahaya KasihFirdausi

5 Minit Resepi

07 Feb, 23:11


Popia Satar

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung direbus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih
10 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia
2 batang serai
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara masak :
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk.
Masukkan air asam jawa.
Perasakan garam dan gula.
Sediakan kulit popia, bungkus (jangan banyak sangat isi inti. Nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rasa kelainan.

Kredit : Syarifah Nor Hj Abdullah

5 Minit Resepi

07 Feb, 04:41


Ikan cencaru bakar dari DaporBunda.

Ramadhan nak dekat dah kan. Selalu kita berbuka masak lauk ikan bakar. Sedappp cencaru bakar cicah dengan air asam. perhhh padu.
Makan nasi dengan lauk lemak putihh adeiii🌢️

Bahan-bahan :
Ikan cencaru
7 bj cili merah besar
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
3 btg serai
1 bj tomato
2 sd gula
1/2 sd garam
1 sd maggi cukup rasa

Blend semua bahan kat atas sampai lembut.
Perahkan limau kesturi sebiji.
Lumur dalam ikan.
Bakar atas kuali dah siapπŸ˜„πŸ‘

5 Minit Resepi

06 Feb, 01:39


Puding roti simple

Susu cair 1 tin
2 sudu butter
2 biji terlu
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sdk Assen vanilla
Roti
4 sdb gula
1/2 sdk garam
Coklat chips

Selamat mencuba!

Kredit : bro.bito

5 Minit Resepi

05 Feb, 14:14


Puding Jagung

Bahan-bahan :
1 tin jagung cream
1 tin susu cair
1 tin tepung custard
1 kotak kecil santan(200ml)
2 tin air
1 sudu butter
Sedikit garam
Gula ikut kemanisan masingΒ²

5 Minit Resepi

04 Feb, 03:38


TEKNIK MASAKAN 5 : 30 : 7

Bismillah.

Teknik ini khusus untuk pengguna dapur gas kerana Tak semua rumah ada pressure cooker. Gunakn teknik 5 : 30 : 7 ini untuk menjimatkan masa dan gas.

Cara :
1.Masak air dalam periuk sampai mendidih.

2.Masukkan bahan yang hendak direbus ke dalam air mendidih.

3.Biarkan ia mendidih selama 5 minit (Perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan)

4.Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. JANGAN SESEKALI BUKAK PENUTUP PERIUK walaupn sekadar nk main cak cak.

5.Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidih selama 7 minit ( kira masa dari mula mendidih ).

6.Selepas 7 minit, padam api.
Siap. In Shaa Allah menjadi.

Tips :
1.Teknik ini boleh digunakan untuk merebus daging, ayam pencen, kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda, kacang dhal.
2.Untuk daging, masukkn sedikit garam dan minyak masak sebelum merebus.
3.Tutup periuk sepanjang merebus.

Semoga memberi manfaat. In Shaa Allah.

Kredit : Cham Osman

5 Minit Resepi

04 Feb, 03:31


Mak mertua goreng ayam bau semerbak satu rumah, rasa pun sedap.

Bila tanya rupanya garam kunyit tu ada ramuannya.

Tumbuk bawang putih dengan kunyit hidup,
Tambah dengan garam dan kunyit debu.

Perap sekejap sebelum goreng.

Goreng garing-garing makan dengan nasi panas-panas. Fuh memang membuka selera.

Kalau kat kelantan memang ada jual ramuan garam kunyit ni kat kedai. Boleh lah cuba kalau tak sempat buat sendiri.

Saya pun jarang rajin, hari ni saja baru dapat hidayah.

Sebab tu kena tangkap gambar dan kongsi sini.hehe.

Cuba tau!

Kredit : Owner

5 Minit Resepi

04 Feb, 03:19


Nak telur goreng cantik, gebu dan besar?? Senang jeeee!!!
Cuma masukkan air biasa 1-2 camca besar untuk 1 biji telur.
Lepas tu pukul2, goreng. Pasti anda kagum!!!!.(telur dadar kosong)

Tak sangka kan!! Senang jeaaaa.

Atau

4 biji telor bawang, tomato, potongan cabai besar atau cabai melaka boh sebiji2 dalam telor tu.
Lepas tu bubuh garam sikit dan "air" 6-8 camca besar. Telor anda pasti menakjubkan. trylah yea.
Jadilah seperti dalam gambar ini.

Kalau nak telor dadar jadi tebal macam kat restoran mamak tu, campur tepung gandum sikit. Itu lah rahsianya. Cubalah!

Sumber : Ida Shahida

5 Minit Resepi

03 Feb, 13:50


Keow Teow Goreng

JommmπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

02 Feb, 11:36


Mana yang meniaga tu, boleh cari kat sini.
Boleh jugak masukkan dalam bekas mekanan kita. Kekacang, tepung semua tu. Untuk bagi tahan lama.

Sini..πŸ‘‡πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/2qFPRTg08s

5 Minit Resepi

02 Feb, 11:21


Alkisah beberapa hari yg lepas, di sebuah kedai bakeri. tak yah cakaplah apa nama. satu kisah tentang oxygen absorber (food grade)

Pembeli : Dik apa beza oxygen absober warna biru dan hijau. Akak nk letak utk biskut
Staff kedai : Sama ja kak, packaging ja lain.
Aku yg dgar geleng kepala, kalau tk tahu jgn pandai2 buat tahu. Moral of the story, jgn percaya 100% pada penjual. Aku jumpa akak tu & terangkan. Mula2 dia rasa mcm percaya tak percaya. Betul ke mamat ni. Bila tunjuk business card baru dia senyum.

Ada beza ya sahabat2 semua, jangan main beli ja

1. Pastikan ianya food grade
2. Warna pada packaging menentukan fungsi pada makanan yg berlainan

πŸ’šWarna Hijau ( Food Dessicant )
* kelembapan relatif yg rendah
Kerepek
Biskut
Chips
Cakes

🩡Warna Biru (Dry Maestro)
Kekacang
Ikan bilis
Pasta
Beras

πŸ’›Warna Kuning (Oxygen absorber)
Tepung2
Rempah serbuk
** mengelakkan tepung & serbuk rempah lembap

But it doesn't matter main hentam guna mana2 pun tapi tk mencapai fungsi yg optimum.

Kredit : Saiful Azmi Suhaimi

5 Minit Resepi

02 Feb, 01:53


Resepi Makaroni Cheese Bakar

Bahan-bahan :
150 gram makaroni
100 g daging/ayam cincang
2 ulas bawang putih (cincang)
3 ulas bawang merah (cincang)
1/2 labu bawang holland (cincang)
6 sudu besar sos spageti
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas)
Sayur campuran
Daun sup
Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb
Gula
Garam

Bahan Sos Putih :
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
Serbuk oregano/lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
(bancuh dengan air)
12 keping slice cheese
Garam
Gula

Jommm...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

01 Feb, 13:56


Ambik mood raya. Saya memang suka betul bamboo tray ni. Cantikkkk sangat. Nak hidang air kat tetamu rasa best!

Sini..πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/6fS6YbeEYz

5 Minit Resepi

01 Feb, 10:04


Lagi 2 minggu naik sekolah. Yang dok carik seluar sukan bestΒ² lagi selesa, cari sini. Banyak size. Ikut berat. Senang pilih.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/9pP859jXYv

5 Minit Resepi

28 Jan, 23:05


Healthy Breakfastsβœ…

Ingredients πŸ₯—
Boiled broccoli πŸ₯¦ Cucumber πŸ₯’ Avocado πŸ₯‘ Scrambled egg 🍳 Seeds 🌻

Ingredients πŸ₯—
Tuna 🐟, chickpea 🫘, Cherry tomato πŸ…, cucumber πŸ₯’ egg πŸ₯š, avocado πŸ₯‘, olives πŸ«’ and spinach πŸ₯¬

Kredit : Tarik Kfclargage

5 Minit Resepi

27 Jan, 10:14


Vibes raya suda mari. Sedap biskut raya ni..
Oder untuk CNY.
Boleh oder untuk raya sekali. πŸ‘

5 Minit Resepi

27 Jan, 08:26


Dah lama tak masak sambal sotong kembang.

Dulu mula-mula masak sotong ni, susahnya nak lembut.

Satu hari tu, ternampak seorang pekerja di sebuah restoren sedang menggoreng sotong ni.

Lalu saya tanya beliau goreng sotong kembang tu nak masak apa. Katanya, sotong ni digoreng hingga kering airnya supaya jadi lembut bila masak sambal.

Dalam hati berkata, patutla sambal sotong kembang kat kedai ni lembut dan sedap.

Semenjak hari tu, saya pun mempraktikkan ilmu dari si tukang masak.

Moga Allah terus memberi pahala kepada si tukang masak tu apabila ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada saya dan orang lain.

Kredit : Hanim Hassan

❗Ni Min nak pesan. Jangan pulak nanti korang rebus sotong tu. Potong-potong goreng terus ok.

5 Minit Resepi

27 Jan, 02:02


Candy Kelapa

Buat kudap2an anak cuti sekolah ni. Meh la cuba.

Resepi di bawah yer....

5 Minit Resepi

25 Jan, 06:37


Wet tissue ni senang betul nak lap minyakΒ² lepas masak. Elok beesih terus dapur. Boleh basuh tisu ni untuk guna semula.

Bagi anak balik asrama kot nak lap habukΒ² dekat locker, meja study. Cepat je bersih.

Sini...πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/9Um6Hs9DUO

5 Minit Resepi

25 Jan, 06:17


Ayam masak merah cara kenduri kahwin

Belajar dengan arwah mak dulu.
Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak.
Bersyukurlah sapa yang masih ada mak. πŸ˜‡

Bahan-bahan :
Ayam seekor, gaul garam kunyit n goreng dulu jangan garing sangat.

Bahan blend :
Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu )
Bwg besar 1 stgh bij
Bwg putih 6-7 ulas
Halia stgh ibu jari
Belacan stgh ibu jari
Buah tomato size besar 2 biji

Jom...πŸ‘‡

5 Minit Resepi

25 Jan, 02:03


Kuih Lompang

Percubaan pertama.
Waaa menjadi dengAn jayanya..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Bahan-bahan :
1cawan gula merah *
1/2 gula pasir*
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi/jagung
1 sudu besar air kapur yg jernih2 je tau.
2 cawan air*
simpul daun pandan*

Satukan bahan yang bertanda. Masak sampai mendidih dah sebati semua sejukkan.
Nanti tuang je dalam tepung.
Campurkan je semua kacau2 sampai sebati.
Lepas tu boleh kukus dalam acuan.

5 Minit Resepi

25 Jan, 01:59


Kuih Ulat Bulu Kuih Tradisi Kelantan

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Pewarna ungu
Air secukupnya

*Campur semua bahan dan uli menjadi doh
*pastu masuk inti macam dalam gmbr tu rebus sampai masak & gaul dalam nyor

Inti kacang merah :
Nak senang guna yang instant je.
Masukkan inti dalam peti semalaman.
Lepas tu bentukkan macam dalam gambar dan simpan balik dalam peti seketika biar dia keras. Tujuannya bila nak masuk dalam doh inti tak melekat dan cair.
Beras sangai atas dapur & tabur atas kuih.

Selamat mencuba! 😘

Kredit : Siti Nirazliana

5 Minit Resepi

23 Jan, 10:43


Peminat toge sila masuk mengadap.

Yang tak minat, sila teruskan berjalanπŸ˜‚
Makan keow teow goreng ja petang ni.
Jadi la habuan tarik kain selimut mlalam satgi.🀭😁

#AirTanganOrangJantan
#SayaBroBukanSis

Kredit : Shah Shantry

5 Minit Resepi

18 Jan, 01:53


Sagu kelapa &sagu gula melaka purple πŸ’œπŸ’œ
Sesedap secomeyy mata memandang. Peminat purple meh munculkan diri please.
Yang selalu follow nina tau la kan nina peminat tegar kaler purple niπŸ˜‚

Warna purple tu nina mix pewarna pink+biru. Nina guna yang star brand letak sikit je dah pekat warna dia.

Sambung...πŸ‘‡

5 Minit Resepi

17 Jan, 02:15


Ni cup tadi tu ye. Ada banyak size yang kita boleh pilih.

SiniπŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/1qMS6WNZSe

5 Minit Resepi

17 Jan, 01:39


Ini kalau jual kat kantin sesuai sangat. Nak infaq Jumaat pun best.

Boleh je letak cucur udang, rojak dna lainΒ².. Atas dia bubuh sos. πŸ˜‹

Kredit :dapurbundadisti

5 Minit Resepi

15 Jan, 23:19


Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik. Aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu. Cuba buat arini, memang cantik kejadiaannya sebutir² puas hati.😘

Untuk panduan yang nak cuba membuatnya...takda resepi spesifik ni just agak2 ya..

Resepi #SaguGulaMelaka

Sagu Rm1 direndam sekejap.
Bila dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air.
Agak2 ya kang hancur abes plak sagunya hihi.

Jomm...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

15 Jan, 03:24


Menu utk tengahari ni.😍

#PaprikAyamAlaThai

Resepi Paprik Ayam Ala Thai cara saya.😘

Bahan-bahan :
Ayam (potong kecik2)
Bwg besar
3ulas bwg putih
Serai (ketuk2 je)
Daun limau purut
3cili merah
Lobak
Bunga kubis
Kacang pnjg
Timun (yg ni sy tmbah..)
Ketiak jagung
1sdb cili kering (yg dikisar)
Sos cili thai
Sos tiram
Pes tomyam (yg ni sy tambah)
Gula n garam sckup rasa
1sdb tpung jagung

Cara Masak :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

12 Jan, 02:34


Macam-macam boleh dibuat hanya dengan 1 adunan saja.πŸ‘πŸ˜‹

πŸ”Berger Malaysia
🍩Donut coklat
πŸ₯―Donut cheese
πŸ₯―Pau kacang

Bahan-bahan :
3 sudu susu pekat manis
3 sudu gula
1 peket mauripan
1 cwn air suam

Tunggu bahan-bahan di atas hingga kembang dalam 10-15 minit.

3 cwn tepung gandum
2 sudu majerin
1 biji telor

Campurkan semua bhaan di atas.
Uli dan tinggalkan dalam 10-15 minit atau hingga kembang baru buat doh kecik-kecil.
Tunggu lagi dalam 10-15 minit baru isi apa yang nak ldiletak dalam doh tu.
Baru goreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Cik Puan Hasnah

5 Minit Resepi

09 Jan, 11:10


Resepi Ikan Lengat

Dah siap kukus, goreng makan dengan nasi panas dan sambal.

Sedap!

Jom cuba.

Kredit : chef_farish

5 Minit Resepi

08 Jan, 13:20


Tak yah kupas, rebus lenyek kentang dah. Mana yang nak cepat, nak travel senang je. Tambah air panas siap.

Mashed potato dalam cup.
SiniπŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/9f55oh0a5R

Mashed potato 500g
SiniπŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/2fvLU8bUsg

5 Minit Resepi

31 Dec, 12:20


Yang nak gi travel, nak balik kampung boleh cari beg macam ni. Beg ni water proof. Ramai orang beli ni.

Sini.πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/1qM1fDYc6P

5 Minit Resepi

31 Dec, 07:04


Nak buat hadiah kawin sesuai sangat ni. Comel jer.

Gaabor Mini air frayer 2.0L
Rm72.11 saja
Beli kat sini πŸ‘‰πŸΌhttps://s.shopee.com.my/LXDWhIAPX

5 Minit Resepi

31 Dec, 03:39


Labu
Bawang putih
Garam
Gula
Tepung jangung
Lada hitam
Minyak

Gaul rata semua bahan di atas. Bakar dalam airfrayer.


Kredit : Masakrumah

5 Minit Resepi

30 Dec, 09:20


Pau Goreng Inti Kacang Merah

Sedap pau goreng ni. Min suka betul.πŸ˜‹

Bahan-Bahan:
Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung
110 gm air

Cara Masak :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 30 minit dalam breadmaker. (Guna tangan pun boleh je)
3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40 gram. Kemudian simpan doh selama 10 minit dan tutup dengan plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya (inti tu saya beli dekat bakery) dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Goreng sehingga keperangan. Toskan. Siap!

Kredit : Noor Baini Bakar

5 Minit Resepi

29 Dec, 10:12


Nak rasa white coffee yang sedap boleh cuba Pak Tam  White Coffee.
Saya dah cuba. Sedap.

Sini ada. Berbaloi πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/5AcQIgfiNi

5 Minit Resepi

29 Dec, 02:25


Ni bukanlah resepi authentic carbonara.

Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu dtg tiba2 / last minute nak masak.
30 minit siap masak ni.

Sauce ni cukup utk 1 pack (500 grams) spaghetti.

Spicy Carbonara

Bahan tumis :
Butter & Olive Oil (utk menumis)
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus (mmg rasa mcm banyak kan, tp sedap gila byk garlic ni)
4 ke 6 batang cili padi hiris halus (kalau nak pedas lagi letak la lebih)

Protein : dada ayam / udang / beef pepperoni / salami ikut la apa yg ada

Other :
1 tin button mushroom (any brand) atau boleh pakai fresh button mushroom atau swiss brown mushroom
Boleh tambah capsicum kalau suka

Jom...πŸ‘‡

5 Minit Resepi

28 Dec, 08:11


Org perak mesti tau ni kuih ni. Kuih tradisi kami, dalam inti kelapa.

Putu Perak

Bahan-bhaan
4cwn tepung beras (sy guna cap teratai)
1cwn tepung pulut
1cwn air
3/4 cwn gula kastor
Acuan putu
Kain kasa/kain cotton dipotong 4segi

Inti:
Kelapa parut muda+Garam secukup rasa

Cara Buat:
Campurkan tpg beras dan tpg pulut. Gaul bagi rata.
Tuang air & ramas hingga nampak seperti ketulan2 yg halus.
Blend kering hingga halus (kalau tak nak blend pun tak pe) dan ayak supaya halus. Campurkan gula ke dalam tepung yg diayak tadi. Gaul hgga betul-betul sebati.
Panaskan air kukusan hgga mendidih.
Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan. Buat lubang tgh2.
Masuk inti dan tutup pulak dgn tepung,ratakan
Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada periuk kukus.
Kukus selama 3 minit atau hingga masak. Siap!

Nota kaki:
Resepi ni simple, sedap dan menjimatkan masa. Original recipe menggunakan beras yg perlu direndam semalaman & dikisar halus serta dikukus. Kemudian diayak untuk mendapatkan tepung yg halus.

5 Minit Resepi

27 Dec, 02:30


Resepi tomyam kaw padu

*3/4 ulas bawg putih ketuk
"Cilipadi 2 biji
*Serai 2 batg ketuk
*Bwg Holland sebiji ptg 4
*Tomato 2 biji belah 2
*Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar
*Air 2 cawan
*Ayam
sotong /udang
Sayur karot/bunga kobis
Daun limau purut 2/3 helai
Jus limau
Garam gula
Susu segar satu senduk

Cara masak :
Masukkan semua bahan yg * renehkan dalam 10 mnt then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur2 biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udg than last skali susu cair.

Kredit : Adilina Qstina

5 Minit Resepi

25 Dec, 14:10


Cantik tea pot ni.

Meh tengok sini πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/7KgolsGe3k

Yang lebih rahmahπŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/5VFAaaLBys

5 Minit Resepi

25 Dec, 09:48


Idea Jualan.

Jom cuba. Nampak menarik dan sedap

Kredit : Sahabatwidya

5 Minit Resepi

24 Dec, 09:28


Dah jemu makan aiskrim ala magnum, kita buat pulak aiskrim buah @ aiskrim cermin ni. Makan panas-panas fuhhh rasa fresh sangat tak muak langsung.

Bahan-bahan :
* Air suam @Air tapis (air suam, fungsi dia untuk gebukan aiskrim kita nanti)
* Air gula
* Sedikit perisa buah(saya guna air nata de'coco ja)
* Buah-buahan citrus seperti strawberry, kiwi, nata d'coco dan sedikit biji selasih yang direndam.

Cara buat :
1. Bancuh air suam, air gula dan sedikit perasa buah dalam jug, ketepikan.
2. Masukkan buah-buahan, nata de coco & biji selasih ke dalam plastik aiskrem,kemudian tuang air buah yang telah dibancuh tadi dan ikat.
3. Dah siap ikat letak la dalam freezer. Dah keras boleh ngapppp. Serius sedap fresh sangat tau.

Ktedit : Zana Suzanna

5 Minit Resepi

23 Dec, 12:30


Weiiii patut viral. Sedap weiiii.

Creamy corn rib

Cara buat:
Potong jagung mcm ni (potong 2 belah4) buat dalam 2 tongkol sebab nak test. Dah potong, rebus dulu. Asingkan jap tos air dia.
Ada org dia goreng, malas aku.

Pastu
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil @1/2 bawang besar
Cincang atau tumbuk dulu
Butter 2-3 sudu (ikut korang la)
Tumis dulu kejap.
Masuk cili flakes 1 sudu
Cili serbuk sikit (ikut suka tahap kepedasan)
Pastu 1 cawan susu kotak (fresh milk)
2 keping Cheese
1/2 atau 1 kiub ayam
Masak sampai pekat perasakan ikut tekak korang
Pastu gaul jap dengan jagung yang direbus. Masak jap sekata serasi bersama dulu.

Masuk dalam Airfryer dengan sos tadi.
Taburkan parsley flakes.
Suhu 190Β°C 8-10minit.
Siap!

Dah bolehmakan.
Sedappp, tak cukup. πŸ˜‚

Nasihat saya buat 2 tongkol yanh resepi di atas, kalau lebih dari itu, double kan je la bahan-bahan. Try la buat sikit dulu. Agak2 je la resepinya kalau buat lebih jagung tu nanti ye.

Kredit : Shikin Amir

5 Minit Resepi

21 Dec, 00:58


Paprik Ayam

Selesai sudah. Minat ke tak? ❀️

Resepi:-

1. Ayam - potong kecilΒ².

2. Tumbuk kunyit, bwg putih & garam. Gaul pd ayam bg sebati. Dan goreng hgga garing. Asingkan ayam selepas masak.

3. Sementara itu, blend bbrp biji bwg merah, bwg putih, halia. Kalau tak nak blend, racik halus pun boleh.

4. Tumis bahan blend dlm kuali yg inada lebihan minyak goreng ayam td. Pastikan minyak jgn tlalu byk ..

5. Masukkan cili kisar 2 @ 3 sudu. Tumis hingga hampir garing.

6. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau rata. (Bole masuk suku cawanair jika suka bkuah).

7. Masukkan buah tomato yg telah dibelah, kcg buncis, daun limau purut, hirisn bwg holland, carot, hirisan cili merah/hijau, bbrp btg cili akar.

8. Akhir sekali masukkan ayam td, perasakan dgn garam dan kacau rata

Selamat mencuba!

Credit : Nurul Asyikin

5 Minit Resepi

20 Dec, 09:30


Resepi Pulut Kuning

Pulut kuning berhias untuk pengantin baru.

Bahan Pulut Kuning :
Beras pulut 2 kg
Serbuk kunyit dan pewarna kuning
Santan kara 2 kotak
Serunding dging 250g

Bahan Hiasan :
Telor puyuh
Telor aym
Carrot
Lada
Bunga cengkih
Tomato ceri
Daun parsley
Lidi buah
Mee sanggul

Cara Masak Pulut Kuning :
1. Basuh beras pulut dan rendamkn semalaman di dalam air bersama 1sdu serbuk kunyit dan sedikit pewarna kuning.
2. Kukus pulut keesokkn harinya dalam 8-10mnit.
3. 2 kotak santan tu, letak dalam mangkuk. Masukkan gula dan garam scukupnya. Masin sikit tak apa nanti boleh melemakkan pulut kuning tu.
4. Lepas siap kukus untuk kali pertama, angkat dan letak dqlam besen dan gaul bersama dengan separuh mangkuk santan tadi.
5. Nampak dah meresap cantik, kukus untuk kali kedua (8-10mnit) angkat dan gaul dengan semua lebihan santan tadi. Kukus untuk kali terakhir sampai la masak. Jangan terlampau masak. Nanti pulut tak cantik.

Selamat mencuba dan semoga dimanfaatkn untuk semua org.

Kredit : Ummu Qaisara

5 Minit Resepi

19 Dec, 06:21


Chinese Style Chicken Stew

Bahan-bahan :
Ayam
Bawang besar 1 biji (potong sederhana besar
Halia besar ibu jari (hiris memanjang
Daun Bawang racik kasar-hiasan
Cili Merah 2 batang (hiris-hiasan)
Karot 1 batang potong sederhana besar
Kentang (potong dadu besar)
Kicap Manis 3-4 sudu besar*
Tepung Jagung 1 sdb*
Minyak Bijan 1 sdb (kalau kurang rasa, tambah)*
Sos Tiram 1 sdb*
Air secukupnya
Lada Sulah secukupnya
Lada Hitam secukupnya
Garam secukupnya.

* Satukan bahan bertanda * ke dalam mangkuk dan letak air.

Cara masak :
* Tuang minyak & goreng ayam sehingga perang.
* Masukkan bawang merah & halia, kacaukan.
* Masukkan pula kentang & karot, kacaukan.
* Tuang air sehingga paras ayam, biarkan mendidih.
* Lepas mendidih, tuang bahan bertanda * yang dicampur ke dalam periuk.
* Gaul sehingga sebati.
* Perisakan dengan lada sula, lada hitam dan garam secukupnya.
* Dah mendidih, ayam, karot dan kentang dah masak, tutup api. Taburkan daun bawang dan hirisan cili merah sebagai hiasan.

Kredit : NurAqilah Jufri

5 Minit Resepi

29 Nov, 03:55


Bekas cis kut cantik boleh carik kat sini.πŸ‘‡

πŸ‘‰β—https://s.shopee.com.my/5prKpQR2TB

5 Minit Resepi

29 Nov, 00:17


Untuk yang minta resepi:

Saya buat untuk 35pax.
Anggaran 1 bekas makanan tu RM3 sahaja maximum kosnya.

Sos spageti:
1. 3 jenis sos spageti kimball (rujuk dalam gambar)
2. Bawang holland saiz besar 2 biji
3. Bawang putih 20 ulas
4. 800grm daging cincang Ramly (rujuk gambar)
5. 1 tin kecil 220g tomato puree Duchef (rujuk gambar)
6. Air
7. Garam gula serbuk perasa
8. 3 sudu lada hitam tumbuk (boleh kurangkan)

Cara masak...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

29 Nov, 00:16


Resepi Roti Canai Gebu Persis Kedai Mamak

Bahan-bahan :
1 sudu besar gula*
1 sudu besar susu pekat*
1 sudu besar planta* (cairkan dalam kuali)
1 sudu kecil KFC garam*
1 cawan air sejuk dari peti*
4 cawan gandum

Cara Buat :
1. Sebatikan semua bahan bertanda untuk bagi gula larut.
2. Kemudian, masukkan gandum sedikit-sedikit sambil uli.
3. Uli sehingga doh jadi licin. Kemudian bulatkan mengikut saiz yang dimahukan. Agak-agak sahaja.
4. Kemudian, sapu minyak. Sebenarnya minyak tersebut sedikit sahaja, tapi apabila sudah tengelam roti tersebut nampak macam banyak.
5. Dalam 3-4 jam sudah boleh goreng. Semasa tebar dengan goreng minyak sudah tidak perlu guna banyak sangat.

Roti canai gebu persis kedai mamak 4 632

Sumber: Rohani Ibrahim

5 Minit Resepi

27 Nov, 02:25


Resepi Perut Air Asam

Bahan-bahan :
Perut lembu
Cili padi
Belacan
Air asam
Bawang merah
Tomato
Limau nipis

Cara masak :
1. Rebus perut sampai empuk. Tinggalkan sikit air rebusan.
2. Cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jgn hancur sangat)
3. Hiris bawang merah dan tomato kemudian masukan garam dan perasa.
4. Satu kan semula semua dalam periuk rebus perut tadi. Didihkan sekejap je. Kemudian perah limau nipis.

Siap!

5 Minit Resepi

27 Nov, 02:22


Sup Ketam ThaiπŸ”₯

Bahan-bahan :
Ketam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Daun kunyit
Cilipadi
Rempah sup
Limau nipis
Maggi cukup rasa
Daun sup
Bawang goreng
Chili flakes

Rebus je semua yer. πŸ˜…

Kredit : Tuan Empunya Resepi

5 Minit Resepi

26 Nov, 12:14


Resepi Nasi Goreng Jagung

Bahan tumbuk :
Cili api merah + 1sdb cili kisar (sata guna cili giling adabi)
Bwg putih
Bwg merah

Lain-lain Bahan :
Udang
Nasi
Telor
Jagung
Kacang buncis
Daun sup
Garam
Perencah nasi goreng kampug seri aji

Cara Masak :
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga keperangan.
2. Masukkan garam, kemudian udang, masukkan telor dikocak2 sekejap.
3. Biarkan sedikit keras masukan jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng, gaul2 hgga sebati.
4. Letakkwn sedikit kicap manis & last daun sup.
Gaul lagi bagi sebati.

Note :
Sebelum masak nasi goreng, letak udang dalam kuali kecutkan sekejap utk keluar kan air udang, bila udang dh kemerahan, terus angkat. Tujuannya bila masukkan udang dalam bahan tumisan, tiada air udang.

Selamat Mencuba SemuaπŸ˜‹

Kredit : Taun Empunya resepi

5 Minit Resepi

26 Nov, 01:32


Resepi Cheese Kut

Jom

5 Minit Resepi

25 Nov, 13:51


Kot ada yang teringin nak makan mee siput ni, boleh la carik kat sini.
πŸ–οΈhttps://s.shopee.com.my/BCsMaOKAH

5 Minit Resepi

25 Nov, 09:51


Inilah die mee siput.
Makanan org johor.. Lagi glemer kat Muar!

Kami orang Johor makan macam ni lah..
Kalau nak lagi epic masukkan dalam plastik.
Letak sambal tumis tu.
Lepas tu hancur-hancurkan gaul sebati mee siput dan sambal tumis.
Haa pastu terus ngap dari dalam plastik tu!!

Sedap weii.. Bole gian makan mendaalah ni!
Hihihi.
Sape lagi yang gemorr dengan mee siput ni?

Kredit : Farizan Aualudin

5 Minit Resepi

23 Nov, 02:34


Homemade Mango Cheese Ice Cream

Bahan-bahan:
Mango
Cheddar cheese block [potong dadu]
Condense milk
All purpose cream/whipping cream

Cara buat :
1. sebahagian potong dadu mangga
2. sebahagian lagi Kisar mangga jadikan seperti puree. Ketepikan dulu.
3. Masukkan krim dan pukul sehingga gebu dan selepas tu masukkan susu pekat dan gaulkan kasi sebati
4. Selepas itu masukkan mangga yang di kisar dan gaul sehingga rata
5. Selepas rata masukkan mangga dan cheese yang dah di potong dadu. Dan gaulkan
6. Lepastu, nak nampakkan cantik, mommies letak lah sedikit mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas ice cream tersebut.
7. Selepas itu keraskan di dalam peti ais selama semalaman. Dah siap untuk di makan!

Kredit : Unice Nicole A. Ayuban

5 Minit Resepi

21 Nov, 23:32


DAGING GORENG CILI API SENANG BAK HANG

Resepi mama sy tak pernah mengecewakan

Bahan :
(A)
1/2 kilo daging potong nipis
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Semua bawang halia di atas tumbuk ye
Kalau malas kau blenderrrr jelaaaa

(B)
Cili api ikot sedap rasa
Kunyit hidup panjang jari kelingking

Ini pun tumbuk tapi asingkan dulu tau!

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing
2. Masukkan daging yg dah di hiris halus
3. Masukkan air sampai tenggelam daging.
4. Topup lagi air sampai daging empuk.
(3x topup air insyaallah empuk dah)
5. Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula.
6. Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap
7. Masukkan bawang hiris bulat
Gaul sebati semua dan siappppp!

Cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu!

Kredit : Amyra Abas‎

5 Minit Resepi

21 Nov, 09:13


Resepi Lempeng Apam

Petang ni medang dengan lempeng apam cicah smbl tumis.

Bahan-Bahan :
3 cwn tepung gandum
1 peket yis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cwn gula
Air
Satukan semua bahan dalam besen.
Gaul sebati. Jangan pekat atau cair. Sedang-sedang je.
Perap 1/2 hingga 1 jam.
Masak atas kuali. Tunggu bahagian sebelah masak baru terbalikan.

Siap!

Makan dengan sambal tumis memang best!πŸ˜‹πŸ˜‹

Selamat mencuba.

5 Minit Resepi

20 Nov, 08:52


As salam.
Petang tadi buat apam bakar versi arwah mek.
Alhamdulillah bahan main agak2 jah tak buh banyak bahan sangat tapi teringat arwah mek buh tapai pulut dalam ni.
Suami ore Penang pun suko make makanan ore klate hihi.

APAM BAKAR

Bahan-bahan :
2 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
1 1/2 sudu kecil yis
3-4 sudu besar gula/sedikit gula merah
1 sk lada hitam tumbuk
2 biji bawang merah tumbuk
Sedikit garam
Tapai pulut 1/2 cawan blend
Air secukupnya

Cara Masak :
Campurkan semua bhn dan perap selama 2-3 jam.
panaskan kuali kecil dan griskan minyak pada kuali,
ambil 2 senduk adunan masukkan ke dlm kuali.
tutup apam dengan tdg periuk dan bakar selama 3-4 min dgn api perlahan.
Bila dah nampak apam berlubang- lubang alihkan ke bahagian sebelah.Tutup lagi sehingga nampak kekuningan atau kecoklatan
Angkat dan boleh dihidangkan dengan kelapa muda parut + garam

**Tapai x buh pun x pa. Buh lagi sedap.

Kredit : Mazah Dollah

5 Minit Resepi

19 Nov, 23:12


Salam semua.

Sis suka sgt beli apam balik mini inti kacang merah yg biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama sebenar kuih ni. Ada yang kata apam jepun.

APAM JEPUN

Bahan A :
2 biji telur gred C
3 sudu bsr gula

Bahan B :
2 cwn tpg gandum
1 cwn air
1/2 cwn santan
1 camca teh yis kering
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 sudu bsr marjerin dicairkan
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Inti kacg merah (beli je yg dah siap kat Kedai bahan Kek)

Cara Masak :
1. Blender bahan A hingga berbuih & gula sampai hancur. Ketepikan
2. Dalam bekas lain bancuh semua bahan B. Kemudian masukkan bahan A. Kacau sebati
3. Perap dlmm bekas bertutup selama lebih kurang 1 jam (hingga adunan kembang)
3. Panaskan kuali leper, sapu minyak. Sapu Minyak juga pd keliling acuan. Tuangkan adunan 1/2 acuan. Sudukan inti. Kemudian tutup dgn adunan lagi. Tutup kuali.
4. Biar hingga bahagian ats dah mula mengeras boleh la balikkan.
Bila kedua2 bahagian dah berwarna kecoklatan boleh la angkat.

Kredit : RahmahRosmin

5 Minit Resepi

19 Nov, 02:38


Ayam ni rebus dulu baru mix dengan rempah dan sos perapan. Tapi dia macam kering sikit. Kalau terus lumur bahan perapan dan masak dalam air fryer dia berjus tapi satu je cepat sangat hangus bahagian luar tu.

Resepi ramadan

Bahan-bahan :
Ayam sekor potong 4 rebus dengan 1/2 biji bawang holland hiris2
5 ulas bawang putih ketuk sahaja
2 helai daun bay
1 sudu besar lada hitam
1 batang kayu manis
1/2 sudu rempah nasi arab
1 kiub ayam

Cara Masak :
Ayam dah separuh masak keluarkan perap dengan 1 sudu rempah nasi arab, sedikit serbuk cili, garam dan perasa secukupnya, minyak zaitun. Perap sekejap sebelum sambung bakar dalam air fryer.

Air rebusan ayam tadi boleh jadikan sup untuk makan dengan nasi putih atau kalau rajin masak nasi berperisa dengan air rebusan ayam. Saya diet jadi makan sahaja ayam bakar tadi dengan sup.

Kredit : Lia Jane San

5 Minit Resepi

17 Nov, 01:58


Mee Rebus Daging Simple

Resepi ni kita kena pandai adjust rasa tekak sendiri ye. Tak ada sukatan yang tepat. Sebabnya main agak-agak ja.

Step 1

Bahan-bahan :
* 1 peket mee kuning (dicelur air panas untuk hilangkan pahit kapur)
* 1kg daging
* Air rebusan daging
* 3 Sdb Cili kisar
* 2 biji Tomato blend @ (kalau ada Tomato puree guna ja tak perlu blend tomato dah)
* 5 ketul ubi keledek (ubi oren)-(depand pada saiz ubi, kena pandai2 agak)
* 1sdb serbuk kari daging
* 1sdk serbuk kunyit
* 1 kiub ayam (gantikan kiub ikan bilis xdak)
* 4-5 sdb Gula secukup rasa (kalau kurang tambahkan)
* Garam secukup rasa
* Perecah penambah rasa (ect : hilal, maggi secukup rasa atau pak aji)
* 3 sdb tepung gandum @ 2 sdb tepung jagung - (utk pekatkan kuah.
Depend pada masingΒ² kalau suka cair tak payah masukkan tepung. Saya suka pekat. Jadi, saya masukkan sikit tepung.

Bahan Hiasan :
* Limau kasturi
* Telur rebus
* Cili merah/cili hijau
* Daun sup & Daun Bawang
* Bawang goreng
* Taugeh
* Tauhu goreng

JommmπŸ‘‡

5 Minit Resepi

16 Nov, 01:28


Sambal ikan goreng berapii πŸ”₯

Bahan - bahan :
Ikan goreng
Cili merah + cili padi
Bawang besar
Tomato
Belacan
Gula + garam
Limau kasturi

Cara-Cara :
- Tumbuk isi ikan goreng
- Masuk cili + bawang + belacan + tomato
- Tumbuk sehingga hancur
- Perasakan dengan garam + gula
- Goreng sehingga garingg
- Gaul gaul dan perah limau.. siapp ~~
- Makan dengan nasikk panass panass depann tv.. layannn πŸ˜‹

Kredit : Nuraini Hazirah Zulkeflie

5 Minit Resepi

14 Nov, 23:30


Mee Kari Resipi Ibu

Antara tips yang dikongsi seorang wanita ang saya gelarkannya 'ibu' untuk menghasilkan kuah mee kari yang sedap, pekat likat dan melekat pada mee ialah:

1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak2 dalam kuah kari.

2. Jika tiada bajet, memadai beli 5-6 ekor udang, rebus dan blend semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya. (Kupas kulit dan cabut kepala udang, basuh bersih dan rebus bersama isi udang) Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan diblend akan menjadikan air rebusan udang pekat.
* boleh juga ikut cara ke2 ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih 'manis' dan terasa 'udangnya'.

3. Guna rempah kari Baba's yang bertentangan..cth: untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan/udang.

4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa2 gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.

JommmπŸ‘‡

5 Minit Resepi

14 Nov, 08:44


Resepi Nasi Goreng Jagung

Bahan tumbuk :
Cili api merah + 1 sdb cili kisar (saya guna cili giling adabi)
Bwg putih
Bwg merah

Bahan-bahan Lain :
Udang
Nasi
Telor
Jagung
Kacang buncis
Daun sup
Garam
Perencah nasi goreng kpg seri aji

Cara Masak :
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga keperangan, masukkan garam.
2. Kemudian udang, masukkan telor dikocakΒ² sekejap.
3. Biar sedikit keras masukan jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng, gaul hingga sebati.
4. Letak sedikit kicap manis & akhir sekali daun sup.
5. Gaul lagi bagu sebati.

Note :
Sebelum masak nasi goreng, letak udang dalam kuali kecutkan sekejap untuk keluarkan air udang.
Bila udang dah kemerahan, terus angkat.
Tujuannya bila masukkan udang dalam bahan tumisan, tiada air udang.

Selamat Mencuba!!

Kredit : Owner

5 Minit Resepi

13 Nov, 09:11


Resepi Burnt Cheesecake
Masak dalam airfryer je ni guys !
Helok sempurna rupa cheese cake nya.

Air frayer 7 9. 8 0πŸ‘‡
πŸ“Œhttps://s.shopee.com.my/tD35FR9p

Bahan-bahan :
Cream cheese 250g
Gula halus 1/2 cawan
Telur 3biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whiping cream 125ml

Cara masak :
1. Blender semua bahan hingga lembut.
2. Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180Β°C selama 25 minit.
3. Dah siap, biarkan sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Bila dah sejuk, baru potong.

Selamat mencubaπŸ‘πŸ‘

Perkongsian : Rizal KingRiz

5 Minit Resepi

12 Nov, 01:50


Bunga durian tumis bawang Puteh, sos tiram dan serbuk kari. Masakan popular di Sarawak.

5 Minit Resepi

12 Nov, 00:54


Fillet Dory Sweet & sour

Bahan-bahan :
Ikan dory
Bawang holland
Cili benggala hijau & merah
Nenas kiub
Tomata
Bawang putih cincang 2 ulas
Sos tiram
Cili sos
Tomato sos
Serbuk lada sulah @ hitam
Garam
Gula

Bater :
125gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
250 gm air
(Saya tak timbang, agak2 jer)

Cara masak :
Panaskan minyak celup ikan ke dalam tepung dan goreng kuning keemasan.

Tumis bwang putih, masukkan cili dan tomato sos gula sos tiram lada sulah garam.
Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong.
Cukup rasa, tutup api.
Masukan bahan-bahan lain yang telah digoreng.πŸ˜‰

Selamat mencuba!

Kredit : Lin Naza

5 Minit Resepi

10 Nov, 23:08


Kuih lapis 3 musim 😍
Agak2 jadi ke tak ni ? Pestime uolsss, dah sejuk nt kita bedah siasat. Nervous dia mcm nak ambik exam πŸ˜‚

=UPDATE=

KUIH LAPIS 3 MUSIM

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan (disimpul)

Jom cuba...πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

10 Nov, 22:49


Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

Bahan-Bahan:
Telur 5 biji (buang pusat)
4 ketul nise kerek (gula melaka)
Beras pulut secawan
1/2 cawan santan
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
Secawan air
Secubit garam (ikut sedap)

Cara Masak :
1. Beras pulut rendam dulu (sekurang2nya 30 minit).
2. Nisey kerek cairkan dengan secawan air dan daun pandan. Kalau nak wangi lagi nise kerek cair blend sekali daun pandan dan tapis.
3. Beras pulut yang direndam masuk dalam loyang. Masukkan 1/2 cawan santan yang dicampur garam. Santan agak-agak tenggelam pulut. Jangan lebih nnt lembik. Kukus 20 minit atau sampai masak.
4. Lapisan atas (sekaya), telur kacau manja-manja agak-agak sebati sahaja, campur santan pekat dan nisey kerek cair. Kacau sebati. Kacau manja-manja jah.
5. Lapisan pulut sudah hok masak. Tekan-tekan bagi mampat. Masuk adunan telur. Kukus sampai masak. Agak-agak nampak kering permukaan telur.

P/s: Loyang tu boleh gris dengan majerin atau lapik plastik. Senang nok wat tubik nanti.

Kredit :Adh Amna

5 Minit Resepi

09 Nov, 01:19


Daging Masak Ketumbar

Dah lama dah nak buat lepas tengok rancangan pung pang Rizalman masa bulan puasa hari tu.
Resepi asal dari Permaisuri Agung kalau tak silap.

Cuma sebab bahan-bahan saya modified sikit le guna mana yang ada di rumah.

Resepi:-
Daging diperap dengan serbuk kunyit yang banyak dan garam sikit.
Goreng daging sampai agak-agak garing sikit then masukkn biji ketumbar dalam 4 or 5 sudu besar tumbuk kasar. AgakΒ² je ngan kuantiti daging.
Pastu masukkan bawang besar potong 4 ( resepi asal bawang holland tp sy xde )
Lobak merah n cili masak n cili api
(Resepi asal pakai lada benggala)

Buh le kicap manis sket agak2 je. Saya pakai kicap kipas udang manis tu je.

Lupe tulis dah masak nanti kaup lauk2 je masuk pinggan. Jangan kaup minyaknye ya.😁

Boleh la makan ngan nasi panas dengan sambal belacan pun ok.

Jadi lah masak ni je sempena anniversary kami ke 7 hari ni. Janji perut kenyang. 😁😁

Kredit : Mamaamna Aisyaa‎

5 Minit Resepi

09 Nov, 01:17


Beginilah rutin sy hariΒ² dan berikutnya.. Alhamdulillah.. memandang ramai yg bertnya resepi dan caranya sy kongsikan d sini ye..sedikit sebanyak
Untuk resepi kuih kapal terbang/tiram
Versi saya.

Bahan-bahan doh yang diperlukan :
1kg tepung gandum cap ros/teratai/sauh atau lainΒ².
1 biji telur saiz B atau c
1 sudu kecil garam halus
4 sudu besar susu pekat manis
Air sejuk secukupnya untuk dijadikan doh

Untuk sapuan:
Minyak masak secukupnya
Tepung jagung secukupnya** dicampur
(jadikan pes gam sapuan tak terlalu pekat tak terlalu cair)

JommmπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

5 Minit Resepi

08 Nov, 10:06


Resepi: Cucur Ikan Bilis Viral

cucur ni bulat-bulat tau. jom buat...rangup diluar lembut didalam.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
Kucai/daun sup
lobak merah
bawang besar (dadu)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Jommm....

5 Minit Resepi

05 Nov, 23:45


Buat sambal ni mudah je sebenarnya.
Yang penting tumis lama smpai pecah minyak, betul2 pecah minyak, kalau smbal sotong pun jadi  tak berair sebab tumis betul2 kering.
Setakat ni belum lagi sambal sotong saya berair. Dah banyak saya kongsi resepi tp masih ada yang tnya mcm mana tak nak berair. πŸ˜…

#sambaludangpetai

Saya share resepi tak nak sambal berair :

Bahan-bahan :
udang (basuh dan keringkan betul2)
-boleh juga digoreng dahulu

sotong (basuh dan keringkan betul2)
- Tips sotong segar, cari yg wrna putih kulitnya, kalau ada kemerah merahan tu tanda sotong dah lama

Jommm...

5 Minit Resepi

05 Nov, 01:55


Resepi Ayam Penyet

Kredit : Suhailasaja

5 Minit Resepi

04 Nov, 12:03


Hari hujan anak2 pon dah ke sekolah mak dah kebuluran di rumah,mak terhasil la maggie sedap pekat melekat buasirπŸ˜‚

RESEPI MAGGIE KARI TUMIS

versi perempuan cantik

Jangan lupe share ya..

Bahan-Bahan :
Maggie 2 bungkus
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi

Cara Masak :
1. Tumbuk bawang merah+bawang putih+cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.
3. Last sekali masukan maggie pecahkan telur tutup api.

p/s:
kalau ada sayur sawi, hot dog boleh la masukan sekali, macam ni cik lin just guna ape yang ada je tak pi pasar lagi.

Kredit : Syazlin Mansor

5 Minit Resepi

03 Nov, 02:56


Assalamualaikum
Selera sahur mcmana korang suka
Saya kalau mcmni laju
Sambal telur pecah

Resepi sambal telur pecah

3 biji telur (5 biji pun blh)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan - kisar
Segenggam cili kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

-panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi
-masukkan cili kisar bersama belacan dan bawang besar tumis hingga pecah mnyak.
- masukkan air asam jawa dan gaul rata
Masukkan garam gula
-pecahkan telur berasingan. Tak perlu kacau k biar dlu telur tu sehingga sedikit mengeras.
-bila dah ok semuanya dah boleh angkat.

Kredit : Suhanawatie Ismail

5 Minit Resepi

01 Nov, 22:47


Kuih Talam Pandan Versi Acuan πŸ’š

TALAM PANDAN

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
8 - 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
Secubit garam

Cara buat :
πŸ‘‰Blend daun pandan dgn air. Tapiskan.
πŸ‘‰Tuangkan ke dalam tepung, santan & garam. Kacau rata semuanya.
Tapiskan ke dalam bekas lain.
πŸ‘‰Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan kat dalam acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.
Api jangan terlalu besar. Sederhana saja.

Jom...πŸ‘‡

5 Minit Resepi

01 Nov, 22:40


Selamat pagi. Kuih Talam pagi ni.

Talam Keledek Oren (loyang 10x10x3)

Lapisan bawah :
200g keledek oren (potong dadu dan kukus hingga masak)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
Sedikit garam

Kisar semua bahan kecuali keledek kemudian tapis dan masukkan keledek. Gaul sebati dan tuang ke dlm loyang.
kukus selama 25 minit.

Lapisan atas :
2 cwn santan
1 cwn air
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit garam
4 titis pewarna oren

Kisar sebati, tapis dan tuang atas lapisan bawah.
Kukus selama 25 minit.

Siap!

Selamat mencuba semua.

Kredit : Niessa Chang

5 Minit Resepi

01 Nov, 11:54


MENU PALING SENANG NAK BUAT DAN MESTI MENJADI MENU KEGEMARAN ANAK-ANAK ANDA

AYAM ALA KENNY ROGERS!
.
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper
Sos tiram
Lada hitam
Madu
Sedikit air
.
Bahan Potong
Kentang
Bawang Holland
.
CARA MASAK:
1. Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 jam setengah,
2. Kentang dan bawang hollang boleh potong dan letakkan sekali sebelum bakar.
3. Tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

Siap!

5 Minit Resepi

31 Oct, 23:33


Rutin harian saya setiap Pagi & petang.

KUIH PAU SAMBAL / KUIH BURGER MALAYSIA🀭

Saya sertakan sekali dengan resepi. Semoga bermanfaat😊

BAHAN (A)
*Yis (1 pek)
*gula (3 sdb)
*garam (3 sdk)
*Air suam (500ml)

Cara buat doh :
*Masukkan yis,gula & garam kedalam air suam. (Tunggu sehingga berbuih)

BAHAN B:
*Gandum (1kg)
*marjerin (3 sdb)
*susu pekat (2 sdb)
*Baking Powder (1sdk)
*Pelembut Roti 1(1 sdk)

Cara masak :
*Masukkan kesemua bahan B dan gaul sehingga sebati dan masukkan Bahan A tadi.
Uli sehingga doh tidak melekat d tangan.
Sekiranya lembik boleh tambah tepung.
Sekiranya doh nmpk keras blh tambah air.

PERAP SEHINGGA 1JAM

Setelah doh kembang 2 kali ganda dari bentuk asal.
Uli sekali lagi supaya angin keluar.
Setelah itu, bulatkan doh kecik2 dan perap dahulu selama 15minit (supaya kuih tidak keras)
Kemudian boleh la digoreng dan sejukkan. Belah tengah dan letak la sambal bilis, timun & salad. SIAPPPπŸ˜„

Maaf kalau ayat terbelit2 yea. πŸ˜‚

Kredit : Khairiah Yaa

5 Minit Resepi

30 Oct, 23:10


Chee cheong fun.

Ahmad : ibu masak apa
Ibu : chee cheong fun
Ahmad : nama melayu dia apa.

πŸ˜…πŸ˜…

Resepi simple dimple amik dekat citarasawan.
Sedap hoke.

Bahan kuey tiau :
70g tepung beras
10g tepung jagung
230ml air
30ml minyak masak
1sk garam

Kacau semua ni. Pastu ready nak kukus. Macam buat laksam.
Pastu boleh buh udang yang dah slice dengan daun bawang. Ataupun udang kering.
Kukus 2 min je.
Saya kukus gune bekas microwave container 500ml tu je. Senang.
Boleh masuk 4 bekas sekali dalam periuk kukus 36cm. Buat tebal sikit sebab malas🀣.
Nak dapat banyak doublekan resepi. Utk 4-5 org makan syaya buat 5 resepi.
Makan malam bagi kenyang.

Bahan kuah :
100ml air
30ml kicap cair
1sk gula
1sb minyak bijan
(Reneh dalam periuk, api slow)
Pastu bancuh 1sk tepung jagung denga air sikit. Masukkan ke dalam kuah tu nak bagi pekat sikit.

Utk 5 batang, saya buat kuah ni double.

Letak chee cheong fun
Buh kuah
Tabur bijan sangan
Letak prawn chili crisp. Tapi tak ada stock. Buh je bilis crispy.

Kredit : Sara Cooks Bake

5 Minit Resepi

28 Oct, 03:31


DAGING GORENG CILI API SENANG BAK HANG

Resepi mama sy tak pernah mengecewakan

Bahan-bahan :
(A)
1/2 kilo daging potong nipis
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Semua bawang halia di atas tumbuk ye
Kalau malas kau blenderrrr jelaaaa

(B)
Cili api ikot sedap rasa
Kunyit hidup panjang jari kelingking

Ini pun tumbuk tapi asingkan dulu tau!

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara masak :
Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing
Masukkan daging yg dah di hiris halus
Masukkan air sampai tenggelam daging
Topup lagi air sampai daging empuk
(3x topup air insyaallah empuk dah)
Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula
Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap
Masukkan bawang hiris bulat
Gaul sebati semua dan siappppp!
Cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu!

Kredit : Amyra Abas‎

5 Minit Resepi

27 Oct, 06:05


Bila tekak teringin, yang renyah pun sanggup buat. Demi suami nak makan, makan di kedai ade je yang tak kena tekak nya.

Taaadaaa siap dapat 14 biji.

Resepi roti canai Cara Maksu Dhora

Bahan-bahan :
500 gram tepung gandum
1 sudu teh garam *
1 1/2 sudu makan susu pekat *
1 sudu makan lemak sayur *
1 sudu makan margerin *

Bahan yang bertanda * dicairkan dalam 1 cawan air panas
Bila dah cair tambah air biasa untuk jadikan suam2 kuku.
Bancuh tepung tadi dan masuk sikit2 air tadi ke dalam tepung.
Bancuhan mesti lembut, tapi jangan terlembik.
Uli sampai licin dan tepung tak melekat pada talam / besen.
Buat bulat-bulat, nak lumur dengan magerin boleh nak rendam dalam minyak .

Kredit : Lisa Aisha

5 Minit Resepi

26 Oct, 09:48


RESEPI AISKRIM OREO HOMEMADE SEDAP

* sangat jimat berbanding beli kat kedai tau.

Bahan A:
1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
1 paket oreo

Cara Buat :
1. Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
2. Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
3. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati
4. Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim
5. Masukkan ke dalam freezer sampai beku

Siap!

Selamat mencuba.

Sumber : Owner

5 Minit Resepi

26 Oct, 09:41


Resepi Pisang Goreng Crispy Krup Krap Krup Krap by Wisya Wani.

Tak berminyak. Takmelekat time goreng dan rangup sangat.

Bahan-bahan untuk bancuhan tepung untuk 2 sikat pisang :
1 cawan tepung jagung cap bintang
1 cawan tepung gandum cap bunga raya
1 cawan tepung beras
1 biji telur (mana-mana gred pun ok)
2 sudu besar planta pelangi
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil yis (ta payah bancuh)
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
1 1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk

Cara-cara masak :
1. Campurkan semua bahan sekaligus dan kacau hingga sebati.
2. Biarkan tepung rest sat sambil2 kita potong pisang.
3. Pisang belah 3 tau.
4. Lepastu celup pisang dalam tepung dan goreng menggunakan minyak yang sederhana banyak & panas.πŸ₯°

Selamat mencuba.

Kredit : Wisy Madani

5 Minit Resepi

25 Oct, 00:43


Assalamualaikum

Ini dia cucur orang Pakistan punjab (Pakode) yang korag biasa tengkk dalam tv tu. Hehe.
Diperbuat dari tepung kacang kuda dan rasa lain dari cucur biasa. Biasanya akan dimakan dengan yougert original dan chutney pudina. Lepas tu ada teh tarik kaw. Perrhh serious terangkat.
Tapi bagi citarasa orang kat sini termasuk saya, makan dengan sos chili pun best.

#pakistanifood

Respi :πŸ‘‡
Tepung kacang kuda sepeket
Cili merah 5biji hiris halus
Daun bawang dlm seikat ptg kecik
Bawang merah besar 1 biji potong halus
Garam secukup rasa
Baking pwder sudu kecik
Serbuk cili 1 sudu besar
Gaulkn sekali ye.
Jangan terlalu keras. Tengok macam gambar tau.

Selamat mencuba!

Kredit : Mohd AzmeerDaly

5 Minit Resepi

24 Oct, 23:25


Saya kongsi pada sahabat dalam group ni cara nak simpan beras bagi tahan lama. (MAHN)
Supaya beras kita tak jadi bubuk, jadi ulat dan tak ada kutu beras.
Ni gambar beras yang saya simpan dah hampir setahun 12/2024.
Mana la tau jadi darurat kita dah ada stok beras.
Cara dia bawang putih dan botol air.
Masukkan beras berselang seli dengan bawng putih.
Tutup rapat.
Seblum ni saya buat 2 botol.
Satu lagi saya dah makan dan ganti dengan beras yang baru.
Alhamdulillh beras masih elok dan tak hancur.

Kredit : Saudah Yahya

Bekas beras cantik lagi murah boleh cari kat sini. πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/3L95otmg86

Rm16.80 utk 5kg. Rm24.80 untuk 10kg

5 Minit Resepi

23 Oct, 23:46


BINGKA PANDAN

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 cawan air daun pandan
1 cawan gula
2 sudu besar majerin
Secubit garam
Dua biji telur

Cara masak :
Blend semua bahan2 ni. Kemudian bakar atas api kecil selama 45 minit.

Selamat mencubaπŸ‘

Kredit : Puan Radiah

5 Minit Resepi

23 Oct, 23:43


SAMBAL BILIS LIMAU HIJAU

Bahan-bahan :
Bilis segenggam
Cili padi (ikut kepedasan masing)
Cili hijau
Cili merah
Limau kasturi

Cara masak :
Goreng sekejap bilis dgn cili.
Blend kasar je.
Nak menumbuk pun boleh.
Lepas tu perah limau kasturi.
Tak payah letak garam. Ikan bilis dan masin.
Kulit limau tu saya potong2 gaul sekali.

5 Minit Resepi

23 Oct, 23:40


Siap satu menu..Mee Goreng Campak2 ...
Tgk je erk...jeling tak pe..jgn sua pinggan plk erk...😝😝😝

RESEPI MEE GORENG

Bahan-bahan :
1bungkus Mee kuning
1mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
2biji telur
Cili sos cap mudim
Sos caramel
Kicap manis enaq
Sos tiram
Bawang putih dan merah
Cili padi diketuk
Sedikit garam
Tauhu goreng
Ayam,udang, @ apa jenis seafood
Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara masak :
Mee kuning celur dulu dgn air panas.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yg ditumbuk.
Masak sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak..baru masukkan ayam,udang, lepas tu tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel. Kacau2 jap, tambah air sikit, masukkan sedikit garam.
Masukkan mee kuning, masukkan semua jenis sayur yg ada, pecah kan telur 2 biji.
Gaul semuanya sampai masak, nak tambah kicap pun boleh. Tak suka ltk kicap pun boleh je.

Kredit : Tengku Roselyza

5 Minit Resepi

22 Oct, 23:25


Assalamualaikum semua.

Kek Lapis Masam Manis

Ni cara saya ☺. Ni sumber rezeki saya. Doakan ya moga bisnis kecilan saya berjalan dengan baik dan lancar ya.🀲

(Resepi saya tidak guna gula sebab susu pekat, srikaya, hawflakes dan biskut marie dah manis)

Bahan-bahan :
4 biji telur gred A
2 cwn tepung biskut marie (biskut marie tu kisar halus)
Setengah cawan susu pekat manis
4 sudu srikaya yeos
80 ml susu cair
250gm butter atau margarine
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
Asam hawflakes(masam manis)

Jom...πŸ‘‡

5 Minit Resepi

22 Oct, 23:21


Kalau buat kuih cara berlauk mesti nk kene buat cara manis juga. Kuih cara berlauk utk kami suami isteri, ank2 nak cara manis, buat adunan yang sama je.
Cara berlauk saya lebih suka buat sendiri sebab boleh letak inti banyak. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Resepi cara berlauk :

1. Bahan-bahan inti daging :
β€’ 100gm daging cincang ( sy pkai dgg kisar ramly)
β€’ 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
β€’ 3 ulas bawang putih dipotong dadu
β€’ 1 sb rempah kari daging dibancuh dengan 3 sb air panas
β€’ daun sup
β€’ gula dan garam secukupnya

Cara-cara :
β€’ Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
β€’ Bila dah pecah minyak masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
β€’ Masak sehingga daging kering.

Jom..πŸ‘‡

5 Minit Resepi

21 Oct, 06:00


Kek Coklat Moist

Bahan A:
1 cwn serbuk koko (guna yg dark lg sdp)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau sehingga tak berketul.

Bahan B:
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di atas.

3 biji telur gred A
1sk esen vanila

Cara-cara:
1. Masukkan telur sebiji2 ke dalam bahan A. Setiap kali masukkan telur mix 1 minit.
2. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan mix sebati.
4. Sapu minyak pada loyang size 8. Memang saje guna loyang besar nak bagi kek nipis. Lapik dengan baking paper tuangkan adunan.
5. Kukus 50 minit atau hingga masak. Guna api sederhana ye.

Untuk toping pulak, Ira tak ada sukatan main agak-agak je.
Kek choc ni kalau pahit-pahit sikit baru ada umphhh.

Topping:
Serbuk koko
Susu cair
Susu pekat
Shortening @ minyak sayuran
*masak atas api perlahan. Tunggu kek dah sejuk baru tuang atas kek.

Kredit: Nurul Syafirah

5 Minit Resepi

20 Oct, 12:27


Corong ajaib ni senang ni senang nak buat kuih cara manis, cara berlauk, cup cake, nona manis, bahulu, tepung pelita. Sesuai sangat.
Cepat sikit.

Sini...πŸ‘‡
https://s.shopee.com.my/702Da0JP1s