Bazli Zakaria #infoQuranMBZ @bazlizakariambz Channel on Telegram

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

@bazlizakariambz


Perkongsian menarik buat teman-teman yang ingin mengetahui,

Info bacaan Quran
Tips HAFAZ Quran
Bengkel Bacaan Quran
Seni Bacaan Quran
Nasihat Bermanfaat

Jemput join dan share Channel ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ (Malay)

Selamat datang ke Channel Bazli Zakaria #infoQuranMBZ! Channel ini adalah tempat perkongsian menarik buat teman-teman yang ingin mengetahui lebih banyak mengenai bacaan Quran. Di sini, anda akan mendapati info-info berguna mengenai bacaan Quran, tips HAFAZ Quran, bengkel bacaan Quran, seni bacaan Quran, serta nasihat bermanfaat. Channel ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin memperkaya pengetahuan mereka mengenai bacaan Quran dan memperbaiki teknik serta kefahaman dalam membaca al-Quran. Jadi, jemputlah untuk menyertai Channel ini dan berkongsi maklumat yang bermanfaat ini dengan orang sekeliling anda. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

21 Nov, 11:48


Jemput masuk group wasap ni, ambil link zoom malam ni. Saya akan tunjukkan cara mudah faham Quran dalam masa 6 bulan

https://chat.whatsapp.com/HOLvA5BSvVqKRTWXzxPoaX

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

17 Nov, 21:10


Ada sekali tu masa dalam kelas, saya ditanya,

"Kenapa mereka yang mengaji dengan Syeikh masih menghafaz al-Quran? Bukankah kebanyakan mereka sudah tamat hafaz 30 juz?"

Saya jawab,

"Selepas beberapa tahun menghafaz untuk kali yang ke 'berapa ntah' sehingga kini saya sendiri pun tidak mampu lagi mengkhatamkan al-Quran dengan baik dan lancar sebagaimana saya menghafaznya 20 tahun dahulu."

Kalau minta diberi alasan, banyak sangat alasan kita. Malu dan rasa berdosa.

Pesan saya buat sahabat-sahabat huffaz,

Teruskan dan usahalah untuk mengulang kembali hafazan kita. Pastikan setiap hari ada ayat yang kita murajaah. Bukan ditinggalkan.

Sesungguhnya 'menghafaz' kembali hafazan lama adalah 'lebih perit' berbanding hafazan baru (pertama kali).

Lebih perit lagi, bila syeikh kita tidak tahu yang sebenarnya kita 'pernah khatam' suatu ketika dulu, lalu dia menghukumkan kita adalah 'penghafaz yang lemah dan malas' kerana tidak mampu menghantar hafazan dengan lancar walau semuka sehari!

Sedangkan kita sendiri tahu, sudah berapa banyak kali kita ulang dan baca tapi masih tak 'lekat' dalam kepala ni ha.

Ketahuilah, jika itu yang berlaku makananya itu adalah tahap tertinggi bahawasanya hafazan kita semakin hilang dari ingatan.

Allahuakbar!

Menghafaz cepat adalah satu bonus, tapi kekal lama ayat yang dihafaz adalah satu nikmat.

Itulah.

Muhd Bazli Zakaria
Teruskan murajaah sampai kiamat.

https://t.me/bazlizakariaMBZ

#infoHUFFAZ #MBZ #infoQURAN

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

16 Nov, 21:03


Imam Abi Muhammad Ibni Qutaibah RA telah menegaskan:

“Sesungguhnya penuntut ilmu di waktu dahulu mendengar untuk belajar, belajar untuk beramal, mendalami agama Allah untuk dimanfaatkan dan memanfaatkan.

Namun apa yang berlaku sekarang, penuntut ilmu mendengar hanya untuk mengumpul ilmu. Ilmu tersebut semata-mata digunakan untuk perbahasan.

Dengan itu, mereka inginkan kemenangan dalam perbahasan malah berbangga dengan ‘kejayaan itu’."

(Abdul Fattah Abu Ghuddah, Rasail al-Aimmah al-Salaf wa Adabuhum al-‘Ilmi, m.s: 49)

#MBZ

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

15 Nov, 20:58


MENJAGA PERASAAN

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya."

HURAIAN HADIS:

1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga.

Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

#MBZ

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

14 Nov, 20:24


Pilih Kawan

Kita selaku Muslim mukmin dituntut mewujudkan biah solehah ( suasana islamik ) di persekitaran kita.

Antara cara mewujudkan biah solehah adalah dengan memilih dengan siapa kita berkawan.

Al Quran menceritakan penyesalan akhirat akibat salah memilih kawan.

Firman Allah Taala :

{ یَـٰوَیۡلَتَىٰ لَیۡتَنِی لَمۡ أَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِیلࣰا }
{ لَّقَدۡ أَضَلَّنِی عَنِ ٱلذِّكۡرِ بَعۡدَ إِذۡ جَاۤءَنِیۗ وَكَانَ ٱلشَّیۡطَـٰنُ لِلۡإِنسَـٰنِ خَذُولࣰا }
[Surah Al-Furqān: 28, 29]

Maksudnya :

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".

Telah berkata Malik bin Dinar Ra :

" Sesungguhnya kamu memindahkan batu bersama orang baik ( bersusah bersama orang baik ,

Lebih baik bagi kamu dari memakan manisan bersama orang jahat ( bersenang bersama orang jahat ) "

Ingatlah,kawan dunia akan menjadi musuh satu hari nanti.

Firman Allah taala :

{ ٱلۡأَخِلَّاۤءُ یَوۡمَىِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِینَ }
[Surah Az-Zukhruf: 67]

Maksudnya :

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)

Semoga Allah mengurniakan kami kawan yang soleh.

# semua tulisan di Fb ini milik ust Mukri,diizinkan untuk dicopy dan disebarkan tanpa meletakkan kredit kepada sang penulis.Tidak perlu meminta izin untuk sebaran.Sekian.

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

14 Nov, 08:25


*SERIUS LA 6 BULAN JE DAH BOLEH FAHAM QURAN?*

Tak percaya? Jom masuk zoom malam ni, saya tunjuk.


Pm saya untuk dapatkan link zoom malam ni👇🏻
www.wasap.my/60108437445/nakfahamQuran

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

13 Nov, 20:40


Pilihan Hidup

Allah telah menciptakan kehidupan manusia antara Taqdir Musayyar dan Taqdir Mukhayyar.

Mari kita hayati hadis Nabi saw ini :

" Sesungguhnya Allah taala memberi harta dunia kepada sesiapa yang Dia sukai dan sesiapa yang tidak disukai,

Dan Dia tidak memberikan Iman melainkan kepada yang disukaiNya sahaja,Maka apabila Allah sukakan seorang hamba,maka diberinya Iman ( Agama ) "

Kerana itu wahai sahabat,berdoalah selalu agar Allah memilih kita atas jalan agamaNya.

Firman Allah :

{ وَمَا تَشَاۤءُونَ إِلَّاۤ أَن یَشَاۤءَ ٱللَّهُۚ ..}
[Surah Al-Insān: 30]

Maksudnya :

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan Allah yang berkehendak

Semoga Allah memelihara kita semua atas jalan Agama dan Iman.

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

12 Nov, 20:12


"Kau dah kahwin untunglah, aku ni bujang lagi."

"Kau bujang takpela, senang. Aku dah kahwin susah sikit."

"Kau takpelah duit banyak, aku ni apa pun tarak."

"Kau takpelah ada kereta, aku motor je."

"Kau sihat sedaplah cakap, aku ni sakit."

"Kau... kau.. kau... aku?

* * *

Setiap orang ada kelebihan, kekurangan, rezeki, nikmat, ujian dan cabaran masing-masing.

Cuma masa dan waktu berbeza.

Sikap membanding-banding adalah sifat IBLIS.

Kisah iblis dengan Nabi Adam a,s, yang mana iblis membandingkan dirinya dengan Nabi Adam.

Kata iblis,

"Aku diciptakan dari api manakala Nabi Adam diciptakan dari tanah, mana mungkin aku bersujud?"

Dengan kelebihan yang ada pada kita, gunakan peluang ini berkhidmat untuk Islam dan juga ummat.

Bukan sentiasa lari dari tanggungjawab selepas kita tahu kelemahan yang ada pada diri.

Faham keadaan diri, keadaan orang lain, sama-sama bantu kerjasama naikkan izzah Islam dengan penuh keikhlasan.

Kalau banyak kali membanding, akhirnya kita mudah tertekan dengan kehebatan orang lain.

Cari kehebatan diri, dan bantu dengan apa yang ada, bukan lari disebabkan kita lemah.

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

HIDUP JANGAN SUKA MEMBANDING.

JALAN TERRRROSSS!

#MBZ

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

11 Nov, 20:13


"Jika engkau melihat satu perhubungan yang berjaya (utuh, kekal, bahagia) antara 2 orang, maka ketahuilah bahawa Allah lah yang ketiganya."

Kerana,

Segala hubungan perlu disandarkan urusannya kepada Allah.

Kita Berdoa dan bertawakkal. Selepas berbincang, berserahlah kepada Allah. Merintih agar dipanjangkan hubungan itu.

Salam bahagia wahai dua manusia yang telah disatukan oleh Allah. Moga kekal hingga ke Syurga.

https://t.me/bazlizakariaMBZ

#MBZ

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

11 Nov, 07:36


6 BULAN JE BOLEH FAHAM QURAN!

Kalau siapa perasan, sejak ² menjak ni saya sakan berkongsi mengenai Think Quran.

Kalian tahu tak apa tu Think Quran?

Kalau nak tahu apa itu Think Quran, meh pm saya sekarang.

www.wasap.my/60108437445

Bazli Zakaria #infoQuranMBZ

11 Nov, 05:35


Ini adalah Sumbangan Wakaf Quran yang team saya uruskan minggu lepas. Siapa yang ingin turut sama bersama saya dalam misi ini, boleh pm saya ya.

"Jom bersama kami 1 Bulan 1 Quran"

www.wasap.my/60108349503/nakwakafQuran