Macam ni. Kau yang bergaji RM2,000. Hidup jimat cermat, guna RM1,500 saja sebulan. Dapatlah kau konsisten simpan RM500 setiap bulan.
Apa jadi lepas 5 tahun kalau kau kekalkan lifestyle RM1,500 dan simpan lebihan? Kita anggap kenaikan income bulanan kau adalah RM200 setiap tahun.
Simpanan tahun pertama,
RM500 x 12 = RM6,000
Simpanan tahun kedua,
RM700 x 12 = RM8,400
Simpanan tahun ketiga,
RM900 x 12 = RM10,800
Simpanan tahun keempat,
RM1,100 x 12 = RM13,200
Simpanan tahun kelima,
RM1,300 x 12 = RM15,600
Total simpanan kau selama 5 tahun konsisten hanya RM54,000. Iya, simpanan kau bertambah. Mestilah kekayaan kau pun meningkat.
Tapi yang sedihnya kau tak dapat menikmati pun apa yang kau usahakan selama ni. Lifestyle RM1,500 masih sama macam dulu-dulu.
Susah nak fikir logik kau boleh maintain lifestyle yang sama selama 5 tahun. Macam-macam berubah. Burger RM2.50 mungkin dah jadi RM3.
Dulu bujang sewa bilik RM300, mungkin sekarang dah kahwin kena sewa rumah RM800.
Dulu bujang naik kapcai, sekarang dah kahwin paling tidak kena beli Axia. Parking, tol, petrol dan tentu jadi kos tambahan setiap hari.
Ini yang kita namakan sebagai inflasi keperluan hidup, inflasi gaya hidup. Bukan mudah nak maintain lifestyle.
Jadi, saya lebih suka galakkan anak muda untuk bersederhana, nikmati hidup.
Kalau nak simpan banyak-banyak, jangan sampai menyeksa diri. Tapi buatlah side income.
Contoh kau habiskan gaji kau, tapi simpan semua side income kau. Alang-alang kita terus sembang kecang, side income kau RM5,000 sebulan.
Kau simpan semuanya. Selepas 2 tahun kan dah jadi RM120,000. Okaylah tu. Kan lagi cepat kau punya kekayaan bertambah.
Bolehlah nak simpan duit banyak-banyak, tapi letaklah target 2-3 tahun, jangan lama sangat. Kita pun tak tahu sampai bila kita hidup.
Letak target nak kena ada berapa ribu simpanan. All out 2-3 tahun berjimat dan hustle buat side income. Dah capai target, nikmati hidup.
Lepas tu, buatlah simpanan bulanan ikut %, lebih baik daripada strict kekalkan gaya hidup sampai terseksa diri dan keluarga.
Kata kunci, bersederhana. Tak guna kau kaya tapi kedekut dengan isteri. Tak guna kau banyak harta tapi keluarga sendiri papa kedana. - HF
#harithfaisal