Saya dah ada ASBF 100K. Sekarang saya ada CASH hasil dividen yang disimpan. Apa cara terbaik untuk kembangkan simpanan saya?
Jawapan: Buatlah Teknik Hybrid. ✓
*ASBF TEKNIK HYBRID*
Teknik Hybrid adalah gabungan teknik compounding (simpan setiap bulan tanpa usik dividen) dan teknik rolling dividen (bayar modal untuk tahun pertama sahaja). Tapi tak semua orang sesuai menggunakan teknik ini. Hanya orang yang mampu konsisten simpan setiap bulan sesuai menggunakan Teknik Hybrid. Komitmen bagi teknik hybrid adalah sama macam teknik compounding. Iaitu wajib simpan setiap bulan.
Bagi sesiapa yang sudah lebih setahun buat simpanan ASBF, kemudian dividen memang tak diusik, inilah teknik yang paling sesuai untuk kembangkan lagi simpanan tanpa perlu tambah modal sampingan.
Contoh kira-kira;
Andai kita mampu simpan setiap bulan lebih kurang RM400 ke RM500...
*Game Plan 5 tahun*
_*Teknik Compounding Sahaja*_
ASBF 100K
Rate 4.35%
40 tahun (berhenti selepas 5 tahun)
Bulanan RM440
Tahunan RM5,280
Jika dividen setiap tahun 5.5%, jumlah dividen terkumpul;
= RM30,696
Anggaran baki hutang selepas 5 tahun lebih kurang RM94,820. Maka jumlah pulangan prinsipal;
100,000 - 94,820 = RM5,180
Jadi jumlah simpanan keseluruhan;
30,696 + 5,180 = RM35,876✓
_*Teknik Hybrid*_
Tahun pertama, apply ASBF 100K. Sijil pertama menggunakan teknik rolling dividen. Jadi hanya perlu bayar untuk setahun sahaja, iaitu 12 bulan. Tahun kedua dah boleh rolling bayar guna dividen. Layan rolling sampai 5 tahun.
Tahun kedua, apply ASBF 100K. Sijil kedua menggunakan teknik compounding. Bayar selama 4 tahun, iaitu 48 bulan (Tamat serentak dengan sijil pertama pada tahun ke 5).
Jadi setiap bulan hanya perlu commit bayar satu sijil sahaja. Tahun pertama bayar sijil pertama. Tahun kedua sampai kelima bayar sijil kedua.
*Hasil sijil pertama - Rolling Dividen 5 tahun*
Tahun 1.
Dividen: 5.5% x 100,000 = 5,500
Bayar semula RM5,280
Baki = RM220
Tahun 2.
Dividen: 5.5% x 100,000 = 5,500
Bayar semula RM5,280
Baki = RM220
Tahun 3.
Dividen: 5.5% x 100,000 = 5,500
Bayar semula RM5,280
Baki = RM220
Tahun 4.
Dividen: 5.5% x 100,000 = 5,500
Bayar semula RM5,280
Baki = RM220
Tahun 5.
Dividen: 5.5% x 100,000 = 5,500
(Dapat full, tak perlu bayar untuk tahun ke 6)
Jumlah Dividen:
220 + 220 + 220 + 220 + 5,500 = RM6,380
Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM94,820. Maka jumlah pulangan prinsipal;
100,000 - 94,820 = RM5,180
Jumlah simpanan sijil pertama;
6,380 + 5,180 = RM11,560✓
*Hasil sijil kedua - Compounding 4 tahun*
Dividen terkumpul = RM23,882
Anggaran baki hutang selepas 4 tahun sebanyak RM95,890. Maka jumlah pulangan prinsipal;
100,000 - 95,950 = RM4,050
Jumlah simpanan sijil kedua;
23,882 + 4,050 = RM27,932✓
Maka hasil keseluruhan bagi teknik hybrid (Sijil 1 + Sijil 2);
11,560 + 27,932 = *RM39,492* ✓✓✓
*Perbandingan*
👉Teknik Compounding = RM35,876
👉Teknik Hybrid = RM39,492
👉Hasil bagi Teknik Hybrid dapat extra RM3,600 walaupun modal simpanan sama.
👉So kalau sesiapa yang ada dividen yang tak guna, daripada dok terperap saja dalam ASB, boleh lah consider Teknik Hybrid ni kalau belum full kuota ASBF 200K.✓
*Kira-kira di atas adalah untuk kadar keuntungan bank (interest) 4.35% dan dividen ASB 5.50%. Hasil sebenar mungkin berbeza.*
📌 Nak buat hybrid 50K pun boleh. Setiap tahun tambah sijil. Cukup 4 tahun, dapatlah sijil 200K.
Untuk maklumat lanjut boleh terus wasap ke;
wasap.my/601159981937/TeknikHybridT
*Cover 1 Malaysia* 🇲🇾