Kembara Korban YBIM @kembaraqurbanybim Channel on Telegram

Kembara Korban YBIM

@kembaraqurbanybim


Portal Informasi Yayasan Budi Ihsan Malaysia

Kembara Korban YBIM (Malay)

Kembara Korban YBIM adalah saluran Telegram rasmi bagi Portal Informasi Yayasan Budi Ihsan Malaysia. Saluran ini menyediakan maklumat terkini berkaitan program kembara korban yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia. Yayasan ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan membantu masyarakat yang memerlukan. Melalui saluran Telegram ini, anda akan dapat mengetahui butiran program kembara korban seperti lokasi, tarikh, dan cara untuk menyertai serta menyumbang. Selain itu, saluran ini juga memberikan liputan langsung semasa program berlangsung, gambar-gambar dan cerita mengenai orang-orang yang mendapat manfaat daripada inisiatif Yayasan Budi Ihsan Malaysia. Bergabunglah dengan saluran Telegram Kembara Korban YBIM hari ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha ke arah kebaikan dan kemanusiaan yang diteruskan oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia.

Kembara Korban YBIM

09 Jan, 21:02


Seminggu 1 Hadis

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang mukmin." (Riwayat al-Hakim)

Doa adalah cara kita berhubung dengan Allah. Gunakan doa untuk memohon pertolongan, perlindungan, dan keberkatan dalam hidup.

Mulakan Subuh Jumaat ini dengan kebaikan di waktu Subuh, walaupun hanya RM10

Semoga kebaikan ini membawa keberkatan yang besar, dimudahkan segala urusan, dan dibanyakkan rezeki. Tekan link ni untuk membantu https://yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

09 Jan, 09:07


Jangan pernah putus asa dalam berdoa dan berusaha, kerana Allah sentiasa dekat dengan hamba-Nya

Kembara Korban YBIM

03 Jan, 00:46


Sekiranya tuan/puan ingin
membantu pelajar-pelajar universiti awam yang sedang kelaparan sila tekan: https://ybim.org.my/fmow-vending-machine/

Kembara Korban YBIM

01 Jan, 05:34


Salam 1 Rejab dan Selamat Tahun Baharu 2025! Semoga tahun ini membawa keberkatan, kemajuan, dan kebahagiaan buat kita semua. Terima kasih atas sokongan padu anda dalam usaha kebajikan sepanjang tahun lalu.

Mari kita teruskan perjuangan membantu mereka yang memerlukan. Bersama, kita mampu mencipta perubahan yang lebih baik.

Kembara Korban YBIM

27 Dec, 01:49


Sekiranya tuan/puan ingin
membantu pelajar-pelajar universiti awam yang sedang kelaparan sila tekan: https://ybim.org.my/fmow-vending-machine/

Kembara Korban YBIM

26 Dec, 08:27


Alhamdulillah, dengan sokongan geran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), dua kertas kerja berjaya dihantar dan dibentangkan di Seminar Antarabangsa SIME 2024 bertempat di The University of Western Australia.

Tajuk kertas kerja tersebut adalah:

1. A SWOT Analysis of Packaging and Distribution for Qurban Meat
2. Exploring the Scholarly Landscape of Humanitarian Aid and Volunteering in the Economics Perspective

Peluang ini membuka jalan untuk menyebarkan ilmu dan penemuan penyelidikan ke peringkat global. Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha ini.

Kembara Korban YBIM

17 Dec, 03:02


Tabung Haji mengumumkan peningkatan bayaran haji 2025 untuk jemaah muassasah:

B40: Bayaran naik dari RM12,356 (2024) ke RM15,000 (2025).
M40: Bayaran naik dari RM19,152 (2024) ke RM23,500 (2025).
T20: Bayaran kekal RM33,300, sama seperti kos keseluruhan haji.

Peningkatan ini akibat kenaikan kos penginapan, penerbangan, dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Sumber: Tabung Haji

Kembara Korban YBIM

05 Dec, 10:05


PENGUMUMAN KHAS!
Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada Peserta Setia Ibadah Korban YBIM yang bertuah.

Bagaimana untuk menyertai?
Isi borang maklum balas Mutu Perkhidmatan ibadah korban YBIM yang akan diberikan pada hari Khamis malam Jumaat 5/12/2024
Hadiah Menarik:

🎁 Sejadah Eksklusif Siti Khadijah bernilai RM258 setiap satu menanti anda!

Kembara Korban YBIM

05 Dec, 06:19


Kisah adik Muhammad Kamaruzaman yang terlibat dalam dalam kemalangan langar lari. Ibunya juga merupakan seorang ibu tunggal yang tabah, yang menyara keluarga dengan menjual kuih. Dalam perjalanan ke sekolah bersama adiknya, mereka menaiki motosikal. Malangnya, mereka terlibat dalam insiden langgar lari yang menyebabkan adik kepada Kamaruzaman tercedera, manakala Kamaruzaman cedera parah dengan patah kaki.

Kejadian ini memberi tamparan hebat kepada keluarga mereka. Ibu Kamaruzaman kini menghadapi cabaran kewangan yang besar, terutama apabila dia tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga Kamaruzaman yang sedang dalam proses pemulihan.

Bantuan yang Disalurkan:
Sebagai usaha meringankan beban keluarga ini, kami telah menyampaikan:

1 Katil dan tilam baharu untuk memberikan keselesaan kepada Kamaruzaman semasa proses pemulihan.
2 Bantuan kewangan bagi menampung kos perubatan dan keperluan asas keluarga.

Dengan sokongan yang diberikan, kami berharap Kamaruzaman dan keluarganya dapat terus tabah menghadapi ujian ini. Kepada para dermawan, setiap sumbangan anda memberi makna besar kepada keluarga yang memerlukan seperti mereka.

Sekiranya tuan/puan ingin membantu lebih ramai asnaf sila tekan: https://yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

28 Nov, 07:39


Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) sekali lagi hadir untuk menyampaikan sumbangan susulan kepada Anak Syurga, Adik Wafiy, dan keluarganya. Menyedari keperluan berterusan yang tinggi, khususnya untuk rawatan dan penjagaan Adik Wafiy, YBIM terus komited untuk meringankan beban mereka.

Pada kali ini, sumbangan yang disampaikan termasuk:

1. Bekalan tambahan susu khas Pediasure, memastikan nutrisi Adik Wafiy terus terjamin untuk tumbesaran yang lebih baik, dan
2. Peralatan penjagaan khusus, termasuk kerusi roda khas yang telah diperbaiki dan dilengkapi aksesori tambahan untuk meningkatkan keselesaan Adik Wafiy dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan YBIM untuk memastikan kebajikan anak-anak syurga seperti Adik Wafiy tidak terabai. Ia juga menjadi bukti betapa kasih sayang dan sokongan masyarakat boleh memberikan impak besar kepada mereka yang memerlukan.

Sekiranya tuan/puan ingin membantu lebih ramai asnaf sila tekan: https://yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

25 Nov, 08:59


Tiga Golongan Mustajab Doanya ❤️

Kembara Korban YBIM

22 Nov, 03:06


Posisi paling dekat dengan Allah adalah ketika kita bersujud. Terwujud atau tidak, tetaplah bersujud dengan penuh syukur.

Kembara Korban YBIM

21 Nov, 12:34


Terima Kasih kepada Semua Penyumbang: Membantu Perjalanan Adik Umairah


Yayasan Budi Ihsan Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebuah televisyen 40 inci untuk kegunaan adik Umairah mengikuti pembelajaran secara online dan dari rumah. Sepertimana yang kita tau adik Umairah tidak dapat bersekolah disebabkan oleh keadaan kesihatan beliau. Pada masa yang sama pihak YBIM turut menyampaikan bantuan wang tunai kepada ibu adik Umairah untuk kegunaan belanja harian dan membeli keperluan adik Umairah.


Terima kasih kepada para penyumbang yang telah bermurah hati membantu adik Umairah. Sumbangan anda bukan sahaja memberi peluang pembelajaran kepada adik Umairah tetapi juga membawa harapan baru dalam hidupnya. Terima kasih atas keikhlasan anda semua, semoga Allah SWT membalas segala kebaikan ini dengan berlipat kali ganda.


Sekiranya tuan/puan ingin membantu lebih ramai asnaf sila tekan: https://yup.la/wrf.

Kembara Korban YBIM

07 Nov, 01:56


Memohon Ketenangan Jiwa: Doa Ketika Resah dan Sunyi Bersandarkan Kepada Allah SWT

Kembara Korban YBIM

01 Nov, 00:01


Sumbangan anda telah kami sampaikan

Kisah Norhasmidar Tahir sangat menyayat hati, menggambarkan ketabahan seorang insan yang terpaksa berdepan ujian besar dalam hidupnya. Nahas jalan raya yang menimpa beliau bukan sahaja meragut keupayaan fizikalnya, tetapi turut menyebabkan beliau kehilangan sumber pendapatan. Kini beliau sedang dijaga oleh ibunya yang uzur.

YBIM menyumbangkan kerusi hydraulic untuk membantu Norhasmidar Tahir dalam menjalani aktiviti harian dengan lebih mudah. Sumbangan ini bukan sahaja memberi keselesaan kepadanya tetapi juga meningkatkan keupayaannya untuk mengurus diri dengan lebih baik meskipun dalam keadaan yang terbatas. Bantuan seperti ini sememangnya sangat bermakna bagi mereka yang dalam kesulitan, dan semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk turut serta membantu golongan yang memerlukan.

Klik link untuk membantu para asnaf: yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

24 Oct, 13:23


Sumbangan anda telah kami sampaikan

Kisah adik Mizi

Keluarga Mizi berdepan dengan pelbagai cabaran kewangan dan kesihatan. Ayahnya, Encik Ridzuan, bekerja sebagai pengawal keselamatan dgn pendapatan yang tidak mencukupi untuk menanggung keluarganya. Ibu beliau, Puan Suraida, menghidap penyakit kanser & adik bongsunya juga mengalami masalah kesihatan, hypothyroidism, yg memerlukan rawatan sejak lahir. Keadaan ini memerlukan Puan Suraida & anak bongsunya berulang-alik ke hospital utk menerima rawatan, yg secara tidak langsung meningkatkan kos perbelanjaan keluarga.

Diharapkan dengan bantuan ini, Adik Mizi dapat memberi tumpuan penuh kepada pelajarannya di Kolej Komuniti tanpa perlu risau tentang masalah kewangan yg membebani keluarganya. Semoga usaha kecil ini mampu menjadi pendorong buatnya untuk mengubah nasib keluarga dan mencapai masa depan yang lebih cerah. Bantuan & sokongan daripada orang ramai sangat dihargai untuk meringankan beban keluarga ini.

Klik link untuk membantu para asnaf: yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

17 Oct, 08:11


YBIM dalam Program Tahsin Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah Daerah Seremban"

Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) dengan bangganya menaja Program Tahsin Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah Daerah Seremban, satu inisiatif yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program ini memberi fokus kepada pemantapan tajwid dan sebutan, serta membentuk generasi muda yang mahir dan mencintai Al-Quran. Tajaan ini mencerminkan komitmen YBIM dalam memperkasakan pendidikan agama dan pembangunan generasi yang berilmu serta berakhlak mulia.

Terima kasih atas sumbangan anda semua yang telah memungkinkan usaha murni ini.

Kembara Korban YBIM

14 Oct, 03:05


“3 Perkara Jangan Kongsi di Sosial Media”

Oleh : Ustaz Syamsul Debat

Kembara Korban YBIM

04 Oct, 00:34


Kali ini, tim YBIM menyampaikan bantuan kepada keluarga Puan Norsaliza.

Keluarga Puan Norsaliza kini benar-benar diuji. Sejak PKP dahulu, kehidupan mereka berubah sekelip mata. Puan Norsaliza tidak lagi mampu bekerja, disebabkan kencing manis dan darah tinggi yang teruk menyebabkan doctor menasihat beliau berehat. Bayangkan, betapa sukarnya beliau menguruskan rumah tangga dalam keadaan sebegitu.

Lebih menyayat hati, suaminya Encik Musa, yang dahulunya gigih mencari rezeki untuk keluarga, kini tidak berdaya. Encik Musa menderita kencing manis dan sakit saraf yang kronik. Lebih menyedihkan, kakinya terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit itu. Sekarang, beliau hanya mampu terlantar di rumah dan menangung rasa bersalah kerana tidak lagi dapat menyara mereka seperti dulu.

Fatima, anak bongsu mereka, turut menghadapi penderitaan yang sukar digambarkan. Menghidap hydrocephalus sejak kecil, Fatima kini memerlukan pembedahan untuk mengatasi masalah angin pasang di bahagian peranakannya. Beliau masih kecil, namun sudah terpaksa melalui kesakitan yang tidak mampu kita bayangkan.

Hidup mereka penuh dengan ujian dan air mata. Beban kewangan yang menghimpit, kos perubatan yang tinggi, dan keadaan kesihatan yang makin merosot—semuanya membuatkan keluarga ini semakin tidak berdaya. Namun, mereka tetap berusaha untuk bertahan, walaupun terasa sukar. Setiap hari, Puan Norsaliza hanya berharap ada sinar harapan yang akan tiba buat keluarganya.

Marilah kita hulurkan tangan, ringankan beban mereka. Setiap sumbangan yang kita berikan, walaupun kecil, dapat menjadi cahaya dalam kegelapan hidup mereka. Keluarga ini sangat memerlukan bantuan kita. Semoga ada saham kita diakhirat nanti.
Klik pautan berikut untuk membantu keluarga Puan Norsaliza: https://yup.la/wrf.

Kembara Korban YBIM

27 Sep, 02:06


Tahukah anda bahawa terdapat sebilangan pelajar-pelajar di universiti awam yang sering kelaparan akibat tiada wang untuk membeli makanan. Mereka ini merupakan pelajar dari keluarga fakir miskin yang tiada berpendapatan atau dari keluarga yang berpendapatan isirumah di bawah paras RM 1000 sebulan.

Sanggupkah kita membiarkan nasib mereka dalam kelaparan dan tak boleh beri tumpuan pada pelajaran akibat kelaparan. Bantulah mereka seadanya demi anak bangsa kita dan demi memperoleh pahala sedekah yang berlipat kali ganda di hari jumaat.

Marilah kita rebut peluang kerberkatan hari Jumaat yang mulia ini, bantulah mereka kerana mereka tergolong dalam golangan fi sabilILLAH (berjuang di jalan Allah). Hanya serendah RM 15. Untuk menyumbang sila tekan yup.la/71y

Kembara Korban YBIM

19 Sep, 22:31


Adik Wafiy, kanak-kanak yang pada awalnya dilahirkan sempurna, kini berdepan dengan ujian yang sangat besar. Seawal usia 4 bulan, dia telah disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui, iaitu Morquio Syndrome. Penyakit ini menyebabkan tulang dan saraf adik Wafiy menjadi lembik, seakan-akan agar2 dan proses pemulihannya memerlukan masa yang lama.

Selain itu, adik Wafiy memerlukan susu khas Pediasure sebanyak 10 tin sebulan serta vitamin yang penting untuk menguatkan tulangnya.Lebih memilukan, adik kepada adik Wafiy, adik Nail kemungkinan menerima nasib yang sama sepertinya. Menunggu masa untuk disahkan melalui MRI. Sama-sama doakan yang terbaik untuknya.

Mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan dan keperluan harian adik Wafiy yang tinggi. Walaupun turut menerima bantuan zakat daripada Baitulmal dan JKM. Beban yang ditanggung oleh mereka sgt berat. Marilah kita bersama-sama menyumbang, walau sekecil mana sekalipun
Tekan link untuk bantu adik Wafiy yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

12 Sep, 22:30


Bayangkan bagaimana seorang bapa yang sepatutnya menjadi tonggak dalam sebuah keluarga ditimpa musibah sehingga lumpuh.Terbaring dan tak boleh bekerja. Nasib keluarga ini bertambah malang apabila bapa meraka tak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan.

Pihak YBIM tidak mahu ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini walaupun sebelum ini ada pihak yang telah menghantar bantuan tapi mereka perlu meneruskan kehidupan,mereka perlu makan setiap hari,mereka perlu menjalani kehidupan seperti biasa.Sekiranya tidak ada bantuan yang berterusan dari NGO seperti kami,maka keluarga ini mungkin tidak dapat dibantu.

Justeru itu,kita menyeru orang ramai menyokong usaha usaha NGO yang sering menolong orang ramai yang dalam kesusahan.

untuk menyumbang sila tekan https://yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

05 Sep, 23:19


Ramai pelajar-pelajar miskin yang bijak pandai, tapi mereka akhirnya tidak dapat beri tumpuan kepada pelajaran disebabkan masalah peribadi iaitu ketidakcukupan wang untuk membeli makanan. Setiap hari mereka terpaksa makan sekali sahaja untuk jimat duit dan ada ketikanya mereka tiada duit lansung. Sekarang anda telah bekerjaya, apa salahnya di niatkan untuk bantu mana-mana pelajar miskin untuk mereka makan hari ini. Walaupon seorang, pahalanya besar. Kerana sabda Nabi SAW:

"Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." Riwayat at-Tabrani

Marilah kita rebut peluang kerberkatan hari Jumaat yang mulia ini, bantulah mereka kerana mereka tergolong dalam golangan fi sabilILLAH (berjuang di jalan Allah). Hanya serendah RM 15. Untuk menyumbang sila tekan yup.la/71y

Kembara Korban YBIM

30 Aug, 05:57


Adik Wafiy, kanak-kanak yang pada awalnya dilahirkan sempurna, kini berdepan dengan ujian yang sangat besar. Seawal usia 4 bulan, dia telah disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui, iaitu Morquio Syndrome. Penyakit ini menyebabkan tulang dan saraf adik Wafiy menjadi lembik, seakan-akan agar2 dan proses pemulihannya memerlukan masa yang lama.

Selain itu, adik Wafiy memerlukan susu khas Pediasure sebanyak 10 tin sebulan serta vitamin yang penting untuk menguatkan tulangnya.Lebih memilukan, adik kepada adik Wafiy, adik Nail kemungkinan menerima nasib yang sama sepertinya. Menunggu masa untuk disahkan melalui MRI. Sama-sama doakan yang terbaik untuknya.

Mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan dan keperluan harian adik Wafiy yang tinggi. Walaupun turut menerima bantuan zakat daripada Baitulmal dan JKM. Beban yang ditanggung oleh mereka sgt berat. Marilah kita bersama-sama menyumbang, walau sekecil mana sekalipun
Tekan link untuk bantu adik Wafiy yup.la/wrf

Kembara Korban YBIM

22 Aug, 23:33


Kali ini, tim YBIM menyampaikan bantuan kepada adik Umairah.

Adik Umairah yang dahulunya hanya mampu terlantar di atas katil kini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Adik Umairah menghidap kanser otak dan sebelum ini hanya mampu minum susu, namun Alhamdulillah, keadaannya semakin baik. Kini, dia sudah mampu duduk dan makan bubur, satu kemajuan besar buat dirinya.

Walaupun ada sedikit peningkatan, rawatan yang dilaluinya masih berterusan dan memerlukan perhatian yang rapi. Bagi membantu adik Umairah menghadapi suasana rawatan dengan lebih selesa, YBIM turut menyumbangkan wang tunai serta memasang penghawa dingin di rumahnya. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarganya dan memberikan keselesaan yang diperlukan untuk terus sembuh.

Marilah kita bersama-sama menyokong perjuangan adik Umairah dengan menyumbang walaupun sedikit, kerana setiap bantuan anda membawa harapan dan kebahagiaan untuk masa depan adik Umairah.

Tekan link untuk bantu adik Umairah https://yup.la/wrf