Nota Nuraini Shahbuddin @nuraini_shahbuddin Channel on Telegram

Nota Nuraini Shahbuddin

@nuraini_shahbuddin


Suka berkongsi tentang Al-Quran - Tadabbur dan Jurnal Quran sebagai terapi diri.

Diuruskan sepenuhnya oleh Nuraini Shahbuddin. Pegasas Instagram Journaling Bonda dan penulis buku Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.

Nota Nuraini Shahbuddin (Malay)

Nota Nuraini Shahbuddin adalah sebuah saluran Telegram yang dikelola sepenuhnya oleh Nuraini Shahbuddin. Saluran ini menyediakan konten berkaitan Al-Quran, Tadabbur, dan Jurnal Quran sebagai terapi diri. Nuraini merupakan Pegasas Instagram Journaling Bonda dan penulis buku 'Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang'. Saluran ini adalah tempat yang sempurna bagi individu yang ingin mengeksplorasi makna Al-Quran, mendalami ayat-ayat suci, dan mengaplikasikan pengajaran Quran dalam kehidupan sehari-hari. Dengan gabungan pengetahuan tentang Al-Quran dan pengalaman pribadi Nuraini, pelanggan dapat memperoleh wawasan yang mendalam tentang mesej-mesej tersembunyi dalam Kitab Suci. Bergabunglah dengan Nota Nuraini Shahbuddin sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang bersemangat untuk memahami dan mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan mereka!

Nota Nuraini Shahbuddin

01 Jan, 13:41


Apa kesyukuran terbesar kalian hari ini? Saya mahu baca ☺️

Nota Nuraini Shahbuddin

01 Jan, 09:09


Moga penat kita di di dunia ini tidak sia-sia.

Malah, ia menjadi amal soleh di sisi-Nya.

Terus semangat ya, sahabat-sahabat

Nota Nuraini Shahbuddin

29 Dec, 13:40


Orang yang bertaqwa akan mendapat mafazan, antaranya adalah,

حَدَاۤىِٕقَ وَأَعۡنَـٰبࣰا  (٣٢)

“(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur.” (Al-Naba’: 32)

Kata Ibn Kathir dalam mentafsirkan erti hada’iq, الْبَسَاتِينُ مِنَ النَّخِيلِ وَغَيْرِهَا iaitu“kebunan daripada kurma dan selainnya." (Tafsir al-Qur’an al-Azim)

Ulasan al-Biqai sedikit panjang,

أيْ بَساتِينَ فِيها أنْواعُ الأشْجارِ ذَواتُ الثِّمارِ والرَّياحِينِ لِتَجْمَعَ مَعَ لَذَّةِ المَطْعَمِ لَذَّةَ البَصَرِ والشَّمِّ، قَدْ أحْدَقَتْ بِها الجُدْرانُ وحَوَّطَتْ بِها

“Iaitu kebunan padanya pelbagai pohon yang berbuah dan haruman mewangi, agar terhimpun padanya kelazatan rasa berserta kelazatan melihat dan menghidu. Ia dikelilingi oleh tembok.” (Nazm al-Durar)

Jika sahabat-sahabat mahu belajar lebih mendalam Surah al-Naba’ dan 14 lagi surah dalam juzuk amma, sahabat-sahabat boleh mendaftar di

https://abbascentre.onpay.my/order/form/tadjuzuk30/25

Nota Nuraini Shahbuddin

21 Dec, 07:57


Sindiran dan Kritikan Dalam Dua Surah

Dalam surah al-Mutaffifin dinyatakan orang-orang kafir yang suka menyindir dan mengejek orang lain, akan bersama keluarga mereka dengan bersuka ria.

وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓاْ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمُ ٱنقَلَبُواْ فَكِهِينَ (31)

“Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira.” (Al-Mutaffifin: 31)

Selepas mereka mengejek-ejek orang beriman, dengan gembira mereka menceritakan kepada anak-beranak mereka. Betapa busuknya hati mereka.

Dalam surah berikutnya iaitu al-Inshiqaq, Allah Taala menyindir mereka atas derita di akhirat, bahawa mereka dahulu bergembira bersama-sama keluarga saat berada di dunia.

إِنَّهُۥ كَانَ فِيٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا (13)

“Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersuka ria dalam kalangan keluarganya (yang be juga kufur ingkar).” (Al-Inshiqaq: 13)

Kini di akhirat, mereka bersama-sama menunggu masa untuk dicelup dalam azab yang amat mengerikan, nauzubillah min zalik.

Ambillah pengajaran, فَاعْتَبِرُوا.

Kita akan tadabbur juzuk amma di sini bersama lapan asatizah:

https://abbascentre.onpay.my/order/form/tadjuzuk30/25

Barakallahu feekum.

Nota Nuraini Shahbuddin

17 Dec, 12:27


Assalamualaikum Tuan/Puan Ibu Ayah sekalian

Untuk makluman, pihak Faqih akan menganjurkan Webinar Tadabbur Juzuk 30 (8 Siri). Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Selasa bermula 7 Januari 2025 pukul 8.00 malam - 10.00 malam.

8 Siri | 8 Panel | 15 Surah

Yuran pendaftaran adalah RM20/siri.

Yuran Pendaftaran Early Bird hanya RM79 SAHAJA untuk 8 SIRI - sehingga 31 Disember 2024

AYUH DAFTAR SEGERA di sini👇

https://abbascentre.onpay.my/order/form/TADJUZUK30/25

Atau hubungi ⤵️
https://www.wasap.my/60183828449/DaftarTadabburJuzuk30

Terima kasih 😃

Nota Nuraini Shahbuddin

15 Dec, 02:23


Salah satu cara untuk kita solat di awal waktu ; kita cakna bilakah masuk waktu solat.

Disebutkan dalam satu hadis berkenaan solat awal waktu :

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏"‌‏

Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT? Nabi menjawab“Solat pada waktunya”.

[Sahih al-Bukhari (5970)]

Mari kita sama-sama jaga solat di awal waktu. Insyallah, Allah akan menguruskan urusan kita yang lain.

p/s: Waktu solat ini di Johor Bahru. Adapun masuk waktu solat mengikut tempat masing-masing.

Nota Nuraini Shahbuddin

12 Dec, 22:39


Al-Quran bukan pilihan tetapi satu keperluan untuk kita.

Mulakan pagi hari dengan membaca Al-Quran, insyallah hari-hari yang kita lalui menjadi barakah.

Nota Nuraini Shahbuddin

12 Dec, 08:01


Hikmah disebutkan kuda dalam surah Al-'Adiyat

وَٱلۡعَـٰدِیَـٰتِ ضَبۡحࣰا
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

فَٱلۡمُورِیَـٰتِ قَدۡحࣰا
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

فَٱلۡمُغِیرَ ٰ⁠تِ صُبۡحࣰا
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, (Surah Al-ʿĀdiyāt : 1- 3)

Kuda perang adalah haiwan yang sangat tangkas berlari menyerbu musuhnya dan tidak ada yang dapat menghalangnya.

Begitulah kita sebagai hamba Allah Taala, perlu beringat bahawa mati dan kiamat itu datang dengan mengejut pada bila-bila masa seperti kuda perang tadi.

Tiada siapa yang dapat menghalangnya!

[Rujuk: Menyingkap Tadabbur Juzuk Amma, hlm. 213]

Nota Nuraini Shahbuddin

11 Dec, 04:01


Berkata Sufyan Ats Tsauri tentang memilih kawan.

Ada seseorang bertanya kepada Sufyan Ats Tsauri: Wahai syeikh, kepada siapa kami harus bergaul?

Lalu beliau menjawab;

"Dengan orang yang sentiasa mengingatkanmu untuk berzikir kepada Allah, dengan orang yang membuatmu gemar beramal untuk akhirat.

Juga dengan orang-orang yang akan menambah ilmumu ketika kamu berbicara kepadanya"

Jadi binalah persahabatan atas dasar taqwa. Ianya akan berterusan sampai syurga.

📝 Nota Nuraini Shahbuddin

Nota Nuraini Shahbuddin

11 Dec, 00:59


Insyallah, Kelas Tadabbur Ayat-Ayat Terapi Jiwa Siri 2 akan berlangsung jam 10 pagi ini.

p/s: Nota dan rakaman disediakan.

Jemput sertai grup peserta ya:

https://chat.whatsapp.com/EC4Uk5THdGC5aYqRsLx0aN

Nota Nuraini Shahbuddin

07 Dec, 13:00


Bismillah,

Jemput sertai Grup peserta Tadabbur Ayat-Ayat Terapi Jiwa anjuran Akademi Tadabbur Malaysia dengan kerjasama Journaling Bonda.

Penyertaan adalah percuma.

Kelas ini akan berlangsung selama 10 siri pada :

📌 Hari : Rabu
📌 Masa : 10 pagi - 11 pagi
📌 Buku Rujukan : Tahan dan Kekal Tenang Nanti Datang Senang
📌 Nota dan Rakaman disediakan.

Jemput klik link ini ya:
https://chat.whatsapp.com/EC4Uk5THdGC5aYqRsLx0aN

Barakallahu feekum

Nota Nuraini Shahbuddin

04 Dec, 00:35


Berita baik buat yang sudah memiliki buku Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang.

Yang tiada buku pun boleh sertai. Saya amat mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat.

Jemput sertai ya😊

Nota Nuraini Shahbuddin

04 Dec, 00:33


📒: TADABBUR AYAT-AYAT TERAPI JIWA (SIRI 1)

🗓: 04 DECEMBER 2024

: 10:00 PAGI - 11.00 PAGI (waktu Malaysia)

📌Link Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/84427927588?pwd=BEj58PpWTzqwLv3D7JXqhoQJHS4SQN.1

🔖Meeting ID: 844 2792 7588
🔖Passcode: 560685

Nota Nuraini Shahbuddin

02 Dec, 09:31


Insya-Allah siri Quran Journaling 1 Hari 1 Ayat akan kita teruskan pada jam 5.40 petang ini.

Sesiapa yang sedang drive, dalam perjalanan pulang ke rumah boleh dengarkan juga.

Jemput sertai di Tiktok live saya nanti ya : @journalingbonda

Barakallahu feekum.

Nota Nuraini Shahbuddin

28 Nov, 01:31


Adakala kita perlu duduk sejenak lalu bermuhasabah. Melihat sejauh mana hubungan kita dengan Al-Quran.

Tidak dinafikan banyak tanggungjawab yang menuntut kita untuk dilunaskan. Memakai topi seorang ayah, ibu, anak, majikan, staff, dan sebagainya. Namun, Al-Quran hadir sebagai penawar dan peringatan buat kita dalam menguruskan kehidupan.

Teringat pesan guru saya,
"Jangan engkau mulakan pagi melainkan dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Inilah rahsia keberkatan hidup".

Semoga Allah rezekikan kita untuk terus membaca dan mengamalkan akhlak Al-Quran dalam kehidupan.

Nota Nuraini Shahbuddin

06 Nov, 09:05


Kita jumpa malam ini membincangkan isu badai fitnah yang amat menggerunkan.

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٌ مِّنكُمۡۚ

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu.” (Al-Nur: 11)

Pedih hati difitnah orang jauh dan tidak dikenali, tidak akan setara kepedihan menanggung fitnah yang dipercikkan oleh orang yang kita kenali.

Namun kita mesti positif.

Janji kita malam ini insya-Allah di FB Live Ustaz Dzulkhairi.

Nota Nuraini Shahbuddin

05 Nov, 22:21


Memulakan doa ringkas pagi ini:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صَمْتِي فِكْراً وَنُطْقِي ذِكْراً

"Wahai Allah, jadikanlah diamku berfikir dan bicaraku berzikir."

Nota Nuraini Shahbuddin

29 Oct, 01:56


Insya-Allah siri Quran Journaling 1 Hari 1 Ayat akan diteruskan pada jam 11.30 pagi.

Mohon maaf kerana ada beberapa perkara saya perlu selesaikan hari ini.

Jemput sertai di Tiktok live saya nanti ya : @journalingbonda

Barakallahu feekum.

Nota Nuraini Shahbuddin

28 Oct, 00:01


Insya-Allah jam 10 pagi ini kita akan teruskan siri Quran Journaling 1 Hari 1 Ayat.

Konsepnya; kita akan tadabbur secara ringkas dan menulis quran journaling bersama-sama.

Jemput sertai di Tiktok live saya nanti ya : @journalingbonda

Barakallahu feekum.

Nota Nuraini Shahbuddin

27 Oct, 23:17


Ketika menghadapi sesuatu yang tidak kita sukai atau senangi, ucapkanlah kalimah ini.

Nabi S.A.W bersabda:

“Apabila kamu tertimpa suatu musibah, maka janganlah kamu mengatakan, ‘seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu..’ tetapi katakanlah -

قَدَرُ اللَّهُ وَمَاشَاءَ فَعَلَ
Qodarullah wa maa syaa-a fa’ala’ (ini sudah takdir dari Allah dan apapun yang dikehendaki-Nya pasti terlaksana),

Kerana sesungguhnya ucapan kata ‘seandainya’ akan membukakan jalan bagi godaan syaitan..”

[ HR. Muslim – 2664 ]

Belajar untuk berlapang dada menerima takdir Allah yang tertulis untuk kita.

📝 Catatan Nuraini Shahbuddin

Nota Nuraini Shahbuddin

02 Oct, 01:43


Bismillah,

Insyallah Oktober ini kita teruskan dengan live menulis Quran Journaling di Tiktok.

Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 pagi. Kita tadabbur secara ringkas dan padat, 1 hari 1 ayat

Jemput sertai. Barakallahu feekum. 🌟

Nota Nuraini Shahbuddin

02 Oct, 00:00


Selepas solat, jangan tinggalkan doa ini. Doa ini adalah wasiat Rasulullah ﷺ kepada Muaz bin Jabal r.a.

Daripada Muaz Bin Jabal r.a, bahawa Rasulullah ﷺ memegang tangannya dan bersabda:

‏ "يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ ‏".‏ فَقَالَ ‏" أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ‏"

Maksudnya: "Wahai Muaz, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu, demi Allah aku mencintaimu." Kemudian Baginda bersabda: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau tinggalkan di penghujung setiap kali solat untuk mengucapkan, " Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik.”

Riwayat Abu Daud (1522)

Kita memohon kepada Allah agar bantu kita dalam 3 perkara;

1- Mengingati-Nya
2- Bersyukur kepada-Nya
3- Perbaiki ibadah kita.

Siapalah kita hamba yang lemah ini, andai bukan pertolongan daripada Allah.

📝 Catatan Nuraini Shahbuddin

Nota Nuraini Shahbuddin

29 Aug, 00:51


MAKLUMAN TIK TOK LIVE

Insyallah, pagi ini saya akan sharing Quran Journaling di tik tok live. Kita akan refleksi diri melalui satu ayat daripada surah al-Kahfi.

29 Ogos 2024
10.30 pagi
Tiktok Journalingbonda

Jemput sertai ya.

Nota Nuraini Shahbuddin

28 Aug, 06:55


Alhamdulillah, ini antara quran journaling yang saya kongsikan di tiktok live.

Insyallah, setiap hari ahad hingga khamis jam 10.30 pagi saya akan bersiaran.

Jemput sertai😊

Nota Nuraini Shahbuddin

26 Aug, 11:47


Sesibuk manapun hari kita, usahakan untuk ada masa dengan al-Quran.

Itulah sumber ketenangan dalam menghadapi kesibukan.

Nota Nuraini Shahbuddin

22 Aug, 00:30


Soalan ini yang bermain di fikiran saya sewaktu awal-awal memulakan proses tadabbur:

"Nak tadabbur surah yang mana dulu?"

Ini 2 tips yang kita boleh terus buat:

1- Mulakan dengan surah al-Fatihah

Setiap hari kita baca 17 kali dalam solat. Surah ni ada 7 ayat. Cuba lakukan tadabbur surah ini satu hari satu ayat selama seminggu.

2- Teruskan dengan Surah Lazim

Selesai surah al-Fatihah, teruskan dengan tadabbur Surah Lazim. Boleh mula tadabbur dari Surah An-Nas hingga Surah Ad-Dhuha dulu sebab surah-surah pendek.

Buat 2 tips ini dulu perlahan-lahan ya. Dekat mana nak belajar? Boleh belajar dari channel youtube.

Oh ye, ada satu webinar yang saya sangat recommended untuk belajar tadabbur Surah Lazim. Murah. Pelaburan yang sangat berbaloi.

Ada nota dan rakaman sekali. Boleh akses sepanjang hayat. ⬇️

https://abbascentre.onpay.my/order/form/KPSolat/25

Nota Nuraini Shahbuddin

19 Aug, 13:07


Saya antara orang yang paling bahagia bila melihat nota tadabbur dan jurnal Al-Quran di media sosial. Tidak kira menggunakan tulisan tangan mahupun digital.

Ada sahabat-sahabat di sini yang mencatat nota kuliah, nota tadabbur dan jurnal quran?

Saya mahu berkenalan. Jom komen di bawah dengan satu gambar nota. ☺️

Nota Nuraini Shahbuddin

15 Aug, 01:06


Bismillah.

Insyallah kelas pertama akan dijalankan pada Sabtu ini (17 Ogos 2024) teapt jam 8 malam.

Untuk yang sudah mendaftar, pastikan tuan puan sudah berada dalam grup peserta.

Bagi yang ingin mendaftar, boleh klik link di bawah:

https://bit.ly/quranjournaling3

P/s: Rakaman akan disediakan.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi:

www.wasap.my/60183828449/quranjournaling3.0

Nota Nuraini Shahbuddin

06 Aug, 09:00


Assalamualaikum semua.

Jemput tonton secara langsung di TikTok malam ini bersama 3 penulis buku Mesej 'Deep' Dalam Surah Al-Nur.

Boleh ikuti melalui Tiktok Journaling Bonda, Ustazah Nik Fatma Amirah dan Dr. Siti Sarah Izham.

Jumpa malam ini pukul 9 ya.

Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.💐

Nota Nuraini Shahbuddin

03 Aug, 03:44


Teman-teman, sudi-sudikan dapatkan naskhah terbaru saya ya, "Mesej Deep Dalam Surah An-Nur"

Buku ini sekarang tengah promosi RM39 sehingga 31 Ogos. Kalian boleh baca bab percuma di sini ya.

https://acesse.one/Q675r

Terima kasih ya.

Klik sini https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuSurahAnnur/25

Nota Nuraini Shahbuddin

03 Aug, 00:09


Usah bersedih jika temanmu hanya sedikit.

Namun, sedihlah ketika engkau punya ramai teman tetapi tidak ada seorang pun yang mengingatkanmu kepada Allah.

Nota Nuraini Shahbuddin

02 Aug, 09:00


Tadi pagi saya hantar bekal pada suami di tempat kerja. Saya letak motor di luar pagar berhampiran tempat menunggu bas. Kemudian saya berjalan ke pondok pengawal.

Lepas saya letak bekal di pondok pengawal, saya terus pergi ke motor semula.

Nak start motor tu, tiba-tiba saya perasan ada seorang pakcik sedang menyapu sampah di tempat menunggu bas tadi. Gayanya macam pekerja Majlis Perbandaran. Jarak beliau tidak jauh dengan saya.

Sedang elok nak gerak, saya dengar audio bacaan Surah Yasin. Ingatkan dari pondok pengawal!

Rupanya dari telefon pakcik itu yang diletakkan di kocek baju. Mulutnya perlahan-lahan mengikuti setiap ayat. Sambil menyapu, sambil mulut terkumat-kamit.

Saya senyum. Dia pun senyum sambil mengangkat tangan dan teruskan aktiviti menyapunya.

Situasi ini berlaku seketika cuma, namun sosok lelaki ini mengingatkan saya bahawa sesibuk mana pun seharian kita, jangan tinggalkan Al-Quran.

Carilah waktu untuk bersama al-Quran sebab kalau kita tidak cari, memang kita akan rasa sangat sibuk.

Buat pakcik tadi, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang barakah. Terima kasih pakcik membersihkan kawasan kami.

Nota Nuraini Shahbuddin

02 Aug, 08:37


Buat yang Terfitnah.

Sabarlah wahai saudara, pasti akan ada sinar nur yang akan menerangi kehidupan kita dan kegelapan itu pasti akan berlalu.

Bukankah di sebalik gelap malam itu adanya sinar rembulan dan kerdipan bebintang. Bukankah di sebalik malam yang sunyi itu kita ada Tuhan untuk mengadu.

Luahkan dan lepaskan kepada Yang Boleh menyelesaikan masalah kita, bukan kepada media sosial yang dikhuatiri merosakkan kita.

Buku Annur, mengapa tidak? Di sini jawapannya ada tersedia,

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuSurahAnnur/25

Nota Nuraini Shahbuddin

28 Jul, 03:40


Perbaikilah niat kita selalu kerana niat akan membawa kepada tujuan.

Jika kita melakukan kebaikan untuk mendapat pujian, maka kita akan dapat. Tetapi jika tidak dipuji, kita akan tawar hati malah mengundurkan diri.

Namun, bila redha Allah menjadi tujuan, kita tak megah dek pujian malah tak hina dek kejian.

Sebahagian salaf berkata:
"Betapa banyak amalan kecil menjadi besar kerana niat. Betapa banyak pula amalan besar menjadi kecil kerana niat" (Tazkiyatun Nafs, hlmn. 20)

Wallahu'alam.

Nota Nuraini Shahbuddin

27 Jul, 01:38


Muslimah itu menuntut ilmu bukan untuk menandingi orang sekeliling, namun dia sedang perbaiki diri menjadi muslimah versi qurani.

Muslimah,
Teruslah menuntut ilmu, kerana dengan ilmu akan mengeluarkan diri dari gelap kejahilan menuju cahaya kebenaran.

Wallahu'alam.

Nota Nuraini Shahbuddin

22 Jul, 03:36


Bismillah walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan dan pertolongan-Nya dalam menghasilkan buku Mesej Deep dalam Surah Al-Nur.

Ketika menulis manuskrip ini seringkali bermuhasabah. Menginsafi banyak kekurangan dan kelemahan akan diri sendiri 🥹

Akhirnya saya mengerti bahawa mendapat 'cahaya' Ilahi itu adalah anugerah istimewa yang tiada tolok bandingnya.

Pra-tempah buku sudah dibuka. Boleh klik link di bawah untuk mendapatkannya.

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuSurahAnnur/25

Jika ada pertanyaan, boleh dapatkan bantuan saya di:

www.wasap.my/60183828449/pratempahalnur

Nota Nuraini Shahbuddin

16 Jul, 22:34


Zikir yang pendek tetapi sangat bermakna.

Zikir yang menyedarkan diri bahawa kita tiada apa-apa dan sangat mengharapkan bantuan-Nya.

لَا حَولَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

"Tiada daya dan upaya melainkan semua kekuatan dari Allah"

Hadis sahih yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

‌أَكْثِرُوا ‌مِنْ ‌قَوْلِ ‌لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللهِ، ‌فَإِنَّهَا ‌كَنْزٌ ‌مِنْ ‌كُنُوزِ ‌الْجَنَّةِ

Maksudnya:“Perbanyakkan menyebut la haula wa la quwwata illa billah (tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah). Sesungguhnya ucapan tersebut (hauqalah) adalah gedung daripada gedung syurga.

(Riwayat Ahmad no. 8406)

Andai tanpa bantuan dan kekuatan dari Allah, kita tidak mampu lakukan sesuatu perkara.

Wallahua'lam.

Nota Nuraini Shahbuddin

15 Jul, 09:15


Jazakumullahu khaira buat yang sudah mendaftar.

Berbaki 51 orang lagi untuk mendapatkan harga kombo dan buku secara percuma.

Jemput mendaftar di bawah:

https://abbascentre.onpay.my/order/form/TadabburAl-Nur/25

Atau boleh hubungi:

www.wasap.my/60183828449/tadabbursurahalnur