Majlis Sukan Sekolah Johor @mssjohor Channel on Telegram

Majlis Sukan Sekolah Johor

@mssjohor


Majlis Sukan Sekolah Johor (Malay)

Majlis Sukan Sekolah Johor, juga dikenali sebagai @mssjohor, adalah sebuah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti sukan di sekolah-sekolah di Johor. Saluran ini adalah tempat yang sempurna untuk para pelajar, ibu bapa, dan penyokong sukan untuk mendapatkan maklumat mengenai acara sukan, kejohanan, dan kempen kesihatan yang dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor. Dengan menyertai saluran ini, anda akan sentiasa terkini mengenai prestasi sukan pelajar-pelajar di Johor, serta dapat memberi sokongan kepada mereka dalam pelbagai acara sukan. Majlis Sukan Sekolah Johor juga menyediakan ruang untuk berkongsi pengalaman dan foto mengenai kejayaan sukan di sekolah, menjadikannya tempat yang interaktif dan menyeronokkan untuk semua. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Telegram @mssjohor sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti sukan sekolah yang berkembang pesat di Johor!

Majlis Sukan Sekolah Johor

21 Feb, 08:32


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

الفاتحة

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم
الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ

آمِّيْنَ

Salam takziah. Semoga keluarga Arwah redha dan sabar diatas pemergian Arwah tersayang. Semoga roh Arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan para soleh.. Aamiin..

Dukacita dimaklumkan bahawa Othman bin Abdullah, merupakan penggerak Sukan Boling Tenpin MSSD Kota Tinggi dan MSS Johor suatu masa dulu bersama kami telah kembali kerahmatullah tadi. Satu kehilangan yang besar buat keluarga sukan negeri Johor dan Malaysia kerana beliau merupakan insan yang sangat HEBAT dan KOMITED dalam Arena Boling.

Kami urusetia MSS Johor serta semua keluarga Boling Tenpin mengucapkan SALAM TAKZIAH kepada keluarga beliau.

Sama-sama kita doakan dan sedekahkan Alfatihah buat Arwaharyam Othman bin Abdullah. Semoga rohNya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman hendakNya.

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Feb, 22:52


𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 🚶🏽🚶🏽‍♀️

Antara manfaat berjalan yang ramai orang tidak tahu adalah ia adalah pengurusan berat badan yang lebih efektif dan menambah kualiti tidur.

Jom kekal aktif dengan berjalan untuk meningkatkan kualiti hidup‼️

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Feb, 17:27


The Round of 16 cast is complete!

All the Best JDT ❤️💙🔥

Meet your #ACLElite East challengers!

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Feb, 07:20


𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗢𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗣𝗥𝗔𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗦𝗧𝗠𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱

TARIKH :: 27 FEBUARI 2025 (KHAMIS)
MASA :: 8.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT :: ASTAKA SEKOLAH SUKAN

Semua perserta yang berminat untuk menyertai larian tuan/puan boleh membuat pendaftaran awal melaui QR Code yang tertera di Poster.

‼️Bagi yang ingin mendaftar sila IMBAS QR CODE ‼️Esok Last daftar ya semua..

Untuk makluman lanjut boleh menghubungi ATAU whatsapp:
https://wa.link/z1k1oq

#SSTMI
#SCHOOL FOR CHAMPION
#KARNIVAL SSTMI

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Feb, 06:18


𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗢𝗨𝗧𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 (𝗠𝗦𝗦𝗝) 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱

18 FEBRUARI 2025
PPD KLUANG
KEHADIRAN :
1. Timbalan PPD SPM Kluang
2. Penyelaras Olahraga MSSJ
3. Setiausaha MSSD Kluang
4. PTPS Olahraga MSSJ
5. Pengetua & Guru Besar Sekolah Pengelola

Lantikan JK terlibat untuk menjayakan kejohanan edisi kali ini. Terima kasih kepada semua JK yang terlibat dalam taklimat ini.

Majlis Sukan Sekolah Johor

06 Feb, 01:38


𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Anugerah Sukan MSSJ ini diadakan pada setiap tahun bagi menjadi lambang pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Pemenang-pemenang dalam anugerah ini akan menjadi model pencapaian cemerlang sukan dan akademik untuk dicontohi atlet murid dan guru lain.

Anugerah Sukan MSSJ ini juga adalah acara kemuncak kepada usaha murni semua pihak yang menjadi stakeholders dalam pembangunan sukan di kalangan atlet murid negeri Johor.

BORANG PERMOHONAN

Boleh rujuk SU MSSD, PTPS MSSJ dan MSSD, PK Kokurikulum & Setiausaha Sukan Sekolah.

Majlis Sukan Sekolah Johor

05 Feb, 04:48


𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗦𝗦 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Dadah baharu di Sekolah.

Tolong sampaikan ini walaupun anda tidak mempunyai anak di sekolah. Ibu bapa harus tahu tentang ubat ini. Ini adalah ubat baru yang dikenali sebagai 'strawberry quick'. Terdapat satu perkara yang sangat menakutkan berlaku di sekolah sekarang yang perlu kita semua sedari.

Terdapat sejenis meth kristal yang beredar yang kelihatan seperti batu pop strawberi (gula-gula yang mendesis dan 'meletus' di mulut anda). Ia juga berbau seperti strawberi dan ia diedarkan kepada kanak-kanak di halaman sekolah. Mereka memanggilnya meth strawberi atau strawberi cepat. Kanak-kanak termakan pemikiran ini bahawa ia adalah gula-gula dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan teruk.

Ia juga terdapat dalam coklat, mentega kacang, cola, ceri, anggur dan oren. Tolong arahkan anak-anak anda untuk tidak menerima gula-gula daripada orang yang tidak dikenali malah tidak menerima gula-gula yang kelihatan seperti ini daripada rakan (yang mungkin telah diberi dan mempercayainya adalah gula-gula).

Majlis Sukan Sekolah Johor

05 Feb, 00:57


Ramai ingat kanser mesti ada benjolan atau sakit yang berterusan, tapi sebenarnya ada tanda-tanda halus yang kita selalu abaikan. Jangan terkejut kalau gejala yang anda anggap biasa rupanya boleh menjadi petunjuk awal kanser.

Antara tanda kanser yang sering tidak disedari:

Batuk berpanjangan atau suara serak – lebih dari 3 minggu? Jangan anggap ia cuma batuk biasa.
Luka yang lambat sembuh – terutamanya di mulut atau kulit, boleh jadi tanda awal kanser.
Perubahan pada najis atau air kencing – sembelit, cirit-birit berterusan, atau darah dalam najis? Ini boleh menjadi tanda kanser usus.
Penurunan berat badan mendadak – jika tanpa diet atau senaman, ini mungkin petunjuk sesuatu yang serius.
Rasa letih melampau – bukan sekadar penat biasa, tetapi letih yang tidak hilang walau cukup tidur.
Perubahan pada kulit – tompok gelap, tahi lalat yang berubah bentuk atau warna, boleh jadi petanda awal kanser kulit.

Jika ada simptom yang berlarutan atau luar biasa, dapatkan pemeriksaan segera. Kanser yang dikesan awal lebih mudah dirawat.

Sayangi diri, jangan tunggu sehingga terlambat.

Majlis Sukan Sekolah Johor

02 Feb, 23:08


Di media sosial, ramai mula perasan. Geng 80-an nampak lebih muda, geng 90-an pula cepat nampak matang. Kenapa?

Dulu, budak 80-an balik sekolah, campak beg, terus main kejar-kejar, panjat pokok. Geng 90-an pula membesar dengan PlayStation, komputer, dan akhirnya skrol media sosial. Kurang gerak, metabolisme pun perlahan, badan cepat letih, muka cepat nampak berusia.

Makanan pun berbeza. Dulu lauk panas, air suam. Sekarang fast food, air manis, dan boba. Gula dan makanan proses merosakkan kolagen kulit, sebab tu ramai geng 90-an struggle dengan kulit kusam dan badan cepat naik.

Tekanan hidup pun makin awal. Umur 25 dah kena fikir kerja, kahwin, rumah, kewangan. Stres buat hormon kortisol naik, hasilnya jerawat, rambut gugur, wajah nampak lesu.

Tidur pun tak macam dulu. Zaman 80-an tidur awal sebab TV pun ada waktu tamat siaran. Sekarang Netflix, TikTok, skrol sampai pagi. Kurang tidur buat kulit tak sempat repair, mata lebam, muka nampak lesu. Ditambah pula dengan pencemaran, kurang udara segar, lebih banyak penghawa dingin, kulit pun penat.

Nak reverse aging? Kurangkan gula, lebihkan gerak, tidur cukup, dan jangan stress sangat. Awet muda bukan pasal umur, tapi gaya hidup.

Adakah anda bersetuju??

Majlis Sukan Sekolah Johor

02 Feb, 00:24


PENDAFTARAN DIBUKA!

Kursus Sains Sukan dan Kursus anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan!

Rujuk pd poster tarikh dan lokasi.

Pendaftaran boleh dibuat di Website AKK
Coachingacademy.isn.gov.my/programme/course

#BeyondCoaching #BeyondPerformance #TeamISN #TeamAKK #TeamKBS #DemiISN #sportscience

Majlis Sukan Sekolah Johor

29 Jan, 01:12


𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮!

Semoga Tahun Ular ini membawa keberanian, kekuatan, dan kejayaan kepada seluruh warga Majlis Sukan Sekolah Johor.

Moga semangat kesukanan terus membara, pencapaian semakin gemilang, dan perpaduan semakin utuh.

Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财! 🍊🐍

Majlis Sukan Sekolah Johor

28 Jan, 00:39


𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗸 𝗠𝗶𝗸𝗿𝗮𝗷 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 1,

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maksudnya:
“Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

#𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝘿𝙖𝙣𝙆𝙤𝙠𝙪𝙧𝙞𝙠𝙪𝙡𝙪𝙢𝙉𝙖𝙙𝙞𝙆𝙧𝙈𝙅
#𝘾𝙤𝙣𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙣𝙘𝙮𝙄𝙨𝙏𝙝𝙚𝙆𝙚𝙮𝙏𝙤𝙎𝙪𝙘𝙘𝙚𝙨𝙨
#𝙎𝙥𝙤𝙧𝙩𝘿𝙚𝙫𝙚𝙡𝙤𝙥𝙢𝙚𝙣𝙩𝙍𝙚𝙦𝙪𝙞𝙧𝙚𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙤𝙪𝙨
#𝙀𝙛𝙛𝙤𝙧𝙩𝘼𝙣𝙙𝙎𝙝𝙖𝙧𝙥𝙁𝙤𝙘𝙪𝙨
#𝙐𝙣𝙞𝙩𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝙐𝙋𝘽𝙈
#𝙎𝙚𝙠𝙩𝙤𝙧𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣𝙈𝙪𝙧𝙞𝙙
#𝙅𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 23:07


PETUA PILIHAN :

Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia...

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn

Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)
4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Mencuci hati.

Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

Sumber: dara anggun

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 00:33


Naib Johan Batu Pahat

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 00:33


Keempat Kulai

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 00:33


Ketiga - Pasir gudang

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 00:33


Batu Pahat

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Jan, 00:33


Johan Johor Bahru A

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Jan, 03:59


Jawatan Kosong: Jurugambar
Kami sedang mencari individu berbakat dan berpengalaman untuk mengisi jawatan jurugambar.

Kelayakan:
1.Mempunyai kemahiran dalam fotografi (acara, potret, produk, dll.).

2.Berpengalaman dalam menggunakan kamera DSLR/Mirrorless.

3.Mahir menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Photoshop atau Lightroom.

4.Mempunyai daya kreativiti dan boleh bekerja secara berdikari atau dalam pasukan.

Lokasi: Kuala Lumpur / Selangor
Gaji: RM3000 - RM3500
Cara Memohon: Hantarkan CV dan portfolio ke [email protected] atau Whatsapp 01123437911

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Jan, 03:59


Adakah anda seorang pencinta sukan olahraga sejati yang tahu setiap detik penting di padang, gelanggang, atau trek?

Kami sedang mencari Wartawan Penyiaran yang bukan sahaja berbakat menulis, tetapi juga selesa beraksi di depan kamera untuk menyampaikan berita sukan secara langsung dengan penuh keyakinan dan karisma!

Calon ideal mestilah memiliki ijazah dalam bidang kewartawanan, penyiaran, atau bidang berkaitan, serta bersemangat tinggi

Hantarkan resume anda ke [email protected] / Whatsapp +601123437911

Majlis Sukan Sekolah Johor

16 Jan, 09:12


IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Gred : DG10 / DG12 KUJ
Sektor : Sektor Pembangunan Murid
Kod Iklan : PPPBM

Syarat umum :

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG10/12 (KUJ) yang berkhidmat di KPM, PPD atau Sekolah.

2. Mempunyai minat dan berpengetahuan dalam bidang pengurusan kokurikulum dan sukan.

3. Bebas tindakan tatatertib dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

5. Mempunyai keyakinan dan keupayaan yang tinggi untuk merancang, mengurus dan menilai program yang berkaitan pembangunan potensi murid.

6. Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan berkeyakinan dalam komunikasi yang efektif terhadap pelanggan.

7. Keutamaan diberikan kepada calon yang :
i. Berpengalaman dalam menguruskan program kokurikulum (sukan dan permainan) sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
ii. Mempunyai kemahiran ICT dan berkeupayaan menganalisis data.
iii. Pegawai Teknikal dan Pembangunan Sukan (PTPS) di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Klik di sini untuk dapatkan borang permohonan: https://jpnjohor.moe.gov.my/pengumuman/iklan-kekosongan-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-di-jabatan-pendidikan-negeri-johor-2

Borang permohonan dan salinan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dijilid (Binding) dan dihantar ke alamat berikut :
Unit Pengurusan Bakat
Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru
Johor
(U.P : ENCIK MOHD ALIAS BIN SAMAD)

Tarikh Tutup : Selewat-lewatnya pada 28 Januari 2025 (Selasa)
(BORANG YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DIPROSES)

Majlis Sukan Sekolah Johor

01 Jan, 03:57


𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗦𝗞𝗣𝗣 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱

Program ini adalah kerjasama antara PSKPP Johor bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Semua warga pendidik termasuk AKP di bawah KPM yang ingin menonjolkan bakat yang telah lama terpendam. Boleh mengisi maklumat yang diperlukan melalui link di bawah :

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍
https://forms.gle/xteeybmyYcJ99ynp8

𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈/ 𝐀𝐊𝐏 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐒𝐊𝐏𝐏𝐉 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
https://t.me/+vGrb_HIptWpkNDJl

Surat pelepasan akan dikeluarkan untuk pegawai dan AKP yang terlibat.

Majlis Sukan Sekolah Johor

31 Dec, 03:07


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟱 🔥📅

𝑩𝒊𝒔𝒎𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉..
Semoga tahun 2025 ini membawa kita ke arah yang lebih cemerlang. Semoga setiap langkah kita diberkati dan segala usaha yang dilakukan diberi kejayaan.

Selamat Tahun Baru, semoga semua impian kita tercapai untuk KEMENJADIAN MURID MELALUI SUKAN.

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Dec, 23:44


Hidup ini penuh dengan perkara yang kita genggam, kadang-kala terlalu lama, hingga ianya menyakitkan.

Tapi dikemuncak Disember ini, berhentilah sejenak. Renunglah apa yang membebankan hati.

Apakah semua itu benar-benar berbaloi untuk dibawa ke tahun baru?

Singkirkan apa yang menyakitkan. Padamkan kenangan yang melukakan. Buang jauh-jauh apa sahaja yang merendahkan nilai diri dan kebahagiaan anda.

Jangan biarkan ia mengekori langkah anda ke tahun 2025 yang bermula esok ❤️

Majlis Sukan Sekolah Johor

29 Dec, 03:32


𝕿𝖆𝖐𝖜𝖎𝖒 𝕸𝖆𝖏𝖑𝖎𝖘 𝕾𝖚𝖐𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖐𝖔𝖑𝖆𝖍 𝕸𝖆𝖑𝖆𝖞𝖘𝖎𝖆 𝕿𝖆𝖍𝖚𝖓 2025 🏆🎖

Berikut Merupakan Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bagi Tahun 2025. Surat Siaran boleh didapati melalui Channel Telegram MSSJ https://t.me/MSSJohor.

#𝑺𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑷𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏.

𝑲𝒆𝒈𝒊𝒈𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒈𝒂𝒈𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒓𝒆𝒔𝒕𝒂𝒔𝒊 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 🔥 🔥🔥

Majlis Sukan Sekolah Johor

29 Dec, 03:31


𝕿𝖆𝖐𝖜𝖎𝖒 𝕸𝖆𝖏𝖑𝖎𝖘 𝕾𝖚𝖐𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖐𝖔𝖑𝖆𝖍 𝕵𝖔𝖍𝖔𝖗 𝕿𝖆𝖍𝖚𝖓 2025 🏆🎖

Berikut Merupakan Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) Bagi Tahun 2025. Surat Siaran boleh didapati melalui Channel Telegram MSSJ https://t.me/MSSJohor.

#𝑺𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑷𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏.

𝓚𝓮𝓳𝓪𝔂𝓪𝓪𝓷 𝓫𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓭𝓮𝓼𝓽𝓲𝓷𝓪𝓼𝓲, 𝓲𝓪 𝓪𝓭𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷🔥 🔥🔥

Majlis Sukan Sekolah Johor

29 Dec, 03:31


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂
𝑫𝒊𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏-𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂, 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒂𝒉𝒊 𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻

𝙼𝙰𝙺𝙻𝚄𝙼𝙰𝙽 𝚃𝙰𝙺𝚆𝙸𝙼 𝙼𝙰𝙹𝙻𝙸𝚂 𝚂𝚄𝙺𝙰𝙽 𝚂𝙴𝙺𝙾𝙻𝙰𝙷 𝙼𝙰𝙻𝙰𝚈𝚂𝙸𝙰 (𝙼𝚂𝚂𝙼) 𝙳𝙰𝙽 𝙼𝙰𝙹𝙻𝙸𝚂 𝚂𝚄𝙺𝙰𝙽 𝚂𝙴𝙺𝙾𝙻𝙰𝙷 𝙹𝙾𝙷𝙾𝚁 (𝙼𝚂𝚂𝙹) 𝙱𝙰𝙶𝙸 𝚃𝙰𝙷𝚄𝙽 2025

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Sekolah Johor akan mengelola dan melaksanakan kejohanan sukan bagi sesi persekolahan 2025/2026 sebagaimana ketetapan dalam surat KPM.600-5/5/1 Jld.11(32) bertarikh 23 Disember 2024. Sebanyak 24 kejohanan sukan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12, 15 dan 18 tahun akan di pertandingkan.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Takwim Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) tahun 2025 untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Diharapkan pihak tuan dapat merancang dan melaksanakan program kecemerlangan sukan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

Segala kerjasama tuan/puan dalam merancang sukan di peringkat MSS Sekolah amatlah dihargai dan diucapkan penuh kesyukuran.

Sekian, terima kasih جزاك اللهُ خيرً

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Dec, 03:42


𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗫 & 𝗧𝗔𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Majlis Sukan Sekolah Johor mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha kalian yang sentiasa meningkatkan kualiti permainan melalui kejohanan-kejohanan luar.

Berikut merupakan wajah-wajah pemenang dan juga pencapaian pasukan ragbi sekolah-sekolah di negeri ini ke Kejohanan Ragbi Penang X & Tag Tahun 2024 baru-baru ini :

12TKB
-----
CUP
Johan: Steenboks - Johor
Naib Johan: KoMuDa - Kedah
Ke-3: Penang All Blues B - Pulau Pinang
Ke-4: Setiawangsa Knights - Kuala Lumpur.

PLATE:
Johan: KL Saracence Red - Selangor
Naib Johan: Kandis Scorpion - Kelantan
Ke-3: Bukit Mewah Wolve - Johor
Ke-4: Melaka Jr - Melaka

BOWL:
Johan: Prides - Kedah
Naib Johan: KuBRA Lighting - Kedah
Ke-3: Cobrats Black - Selangor
Ke-4: BPJ Giants B - Kedah

SHIELD
Johan: Viking - Johor
Naib Johan: Binjalese Bear Alpha - Kedah
Ke-3: TJ Falcon - Perak
Ke-4: Raub Rugby - Pahang

FORK:
Johan: TK Tsunami - Perak
Naib Johan: Penang All Blues A - Pulau Pinang
Ke-3: KL Saracence Black - Selangor
Ke-4: Panthers Warrior - Kedah

SPOON
Johan: Elmina Bronco - Selangor
Naib Johan: BPJ Giants A - Kedah
Ke-3: Pendang Jerangkung - Kedah
Ke-4: Cobrats Gold - Selangor

10TKB
------
CUP
Johan: Thunderstorms - Johor
Naib Johan: GDS RC - Johor
Ke-3: Cobrats Black - Selangor
Ke-4: TJ Falcon - Perak

PLATE:
Johan: KuBRA Shark - Kedah
Naib Johan: Viking - Johor
Ke-3: Penang All Blues C - Pulau Pinang
Ke-4: Binjalese Bear Beta - Kedah

BOWL:
Johan: Setiawangsa Knights - Kuala Lumpur
Naib Johan: Penang All Blues D - Pulau Pinan
Ke-3: Elmina Bronco RC - Selangor
Ke-4: Cobrats Stingers - Selangor

Majlis Sukan Sekolah Johor

26 Dec, 14:15


𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲

Mohon jasa baik semua Warga MSSJ berkaitan mempunyai atlet berpotensi dan berkelayakan untuk mengisi maklumat ke dalam link yang diberikan ini.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1LZqfSvN6sfgiUq68FbwTNEo8V0gAoKWG/edit?gid=1873197300

Terima kasih atas kerjasama.

Majlis Sukan Sekolah Johor

26 Dec, 04:29


𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝟳'𝗦 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) mengucapkan syabas dan tahniah buat 2 pasukan ragbi dari negeri ini iaitu SMK Tun Hussein Onn, Kluang (THOR) dan SMK Seri Mersing apabila bertemu di pentas Final Cup dan membawa pulang piala kejohanan serta merangkul pemain terbaik kejohanan.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 21 dan 22 Disember 2024 bertempat di Pekan, Pahang.

Berikut merupakan pencapaian kedua-dua pasukan :

21.12.2024
GROUPING
1. 9.00 pagi -THOR VS SHAH A - 38-0
2. 11.00 pagi - THOR VS YOUNG WARRIORS - 53-0
3. 1.20 TGH HARI - THOR VS MRSM BENTECH - 45-0

22.12.2024
QUARTER CUP/PLATE
1. 10.00 pagi -THOR VS LYNX 39-0

SEMI FINAL CUP
2. 12.00 pagi - THOR VS SSMP 12-5

Final Cup
3. 2.00 petang - THOR VS SRI MERSING 29-0

Best player forward :
Muhammad Harraz Bin Muhammad Hairi

Best player backline
Muhammad Aqmarthaqif Bin Zunaidi

Best player overall
Muhammad Fattah Bin Syahril Rizal

Majlis Sukan Sekolah Johor

09 Dec, 00:12


𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗞𝗢𝗞 @ 𝗩𝗔𝗣𝗘 🚬!!

Si dia seorang yang aktif bersukan. Setiap minggu turun ke padang bermain bola sepak dan berlari ke sana sini. Makan dijaga rapi, BMI ideal, dan kelihatan seperti contoh terbaik gaya hidup sihat. Tetapi, ada satu tabiat yang dia tak mampu dia tinggalkan iaitu merokok & vape.

Pada usia 40 tahun, semasa sedang bermain bola bersama rakan-rakan, dia rebah di tengah padang. Semua menganggap itu keletihan biasa. Tetapi, dia tidak bangkit lagi.

Hasil post mortem mengejutkan semua orang. Saluran darah utama ke jantungnya tersumbat sepenuhnya. Dinding saluran darahnya sempit dan keras. Ia merupakan kesan bertahun-tahun akibat bahan kimia dalam rokok.

Rokok tidak memilih siapa. Ia menyerang dalam senyap, walaupun anda aktif bersukan dan kelihatan sihat.

Berhenti sekarang. Jika anda berhenti merokok, manfaat kesihatan boleh dilihat dalam masa beberapa hari hingga beberapa bulan malahan bertahun2.

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 ❤️‍🔥

Majlis Sukan Sekolah Johor

07 Dec, 23:09


𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗙𝗕𝗢𝗟 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟭 𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗖𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟𝗦 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Kejohanan tahun ni melibatkan 23 pasukan yang terdiri dari juara-juara kejohanan di peringkat MSSD yang dikumpulkan dalam satu kejohanan yang lebih prestij di peringkat negeri. Pasukan ini mewakili sekolah dan membawa nama MSSD masing-masing. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula 2hb Disember hingga 5hb Disember bertempat di Padang SMK Semerah, Batu Pahat.

Berikut merupakan wajah-wajah pemenang dan juga pencapaian pasukan sofbol bawah 11 tahun dan 16 tahun sekolah-sekolah di negeri ini ke Kejohanan Sofbol Bawah 11 dan 16 tahun Champion Schools 2024 kali ke-2 :

Kategori Perempuan Bawah 11 tahun bagi merebut Piala Encik Rosli Mohammed
🏆Johan : SK PEKAN BAHARU, MUAR
🥈Naib Johan : SK LUBOK, BATU PAHAT
🥉Ketiga : SK FELDA SUNGAI SIBOL, KULAI

Anugerah Pemukul Terbaik : NUR DAMIA AISYAH BINTI ABDUL RASHID, SK SERI TELOK, BATU PAHAT
Anugerah Picer Terbaik : AUNI NADIHRAH BINTI AZLAN, SK BANDAR TENGGARA 1, KULAI

Kategori Lelaki Bawah 11 tahun bagi merebut Piala Encik Rosli Ismail
🏆Johan : SK SERI TELOK, BATU PAHAT
🥈Naib Johan : SK PEKAN BAHARU, MUAR
🥉Ketiga : SK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU

Anugerah Pemukul Terbaik : MUHAMMAD RAZIQ BIN YUSRI, SK KAYU ARA PASONG, PONTIAN
Anugerah Picer Terbaik : MUHAMMAD AIRIEL NAUFAL BIN HAIRODIN, SK SERI TELOK, BATU PAHAT

Kategori Perempuan Bawah 16 tahun bagi merebut Piala Tuan Haji Muhammad Yusoff Hussein
🏆Johan : SMK SIMPANG RENGGAM, KLUANG
🥈Naib Johan : SMK AYER BALOI, PONTIAN
🥉Ketiga : SMK TAMAN MOLEK, PASIR GUDANG

Anugerah Pemukul Terbaik : AINUR SYAKINAH BINTI AZMAN, SMK TAMAN MOLEK, PASIR GUDANG
Anugerah Picer Terbaik : NUR QISNINA ALIYA BINTI MOHD KHAIRUL RIZAM, KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

Kategori Lelaki Bawah 16 tahun bagi merebut Piala Encik Mohd bin Md Ikhsan
🏆Johan : SMK PASIR GUDANG 3, PASIR GUDANG
🥈Naib Johan : SMK SEMERAH, BATU PAHAT
🥉Ketiga : SMK PARIT BUNGA, TANGKAK

Anugerah Pemukul Terbaik : IMADUDDIN HIDAYAT BIN MOHD ALI, SMK SEMERAH, BATU PAHAT
Anugerah Picer Terbaik : FAKHRI ARIF BIN MUSTAJAB, SMK SEMERAH, BATU PAHAT

Tahniah dan syabas buat semua. Penghargaan tidak terhingga pada Penyelaras Sofbol MSSJ, En Nukman Nasir, Pengetua SMK Semerah, Guru Besar SK Peserian, PT Sofbol MSSD Batu Pahat dan semua pegawai kejohanan yang terlibat. Berjumpa lagi tahun hadapan edisi kali ke-3 tahun 2025.

Majlis Sukan Sekolah Johor

04 Dec, 23:29


Macam mana nak berhenti sayang gula, bila dia yang beri kita banyak ‘pertama kali’? Kek pertama masa hari lahir. Ais krim pertama masa kecil. Minuman manis yang jadi peneman setiap hari.

Tapi, cinta ini ada harganya. Gula mungkin manis, tapi bila diambil berlebihan, ia boleh jadi racun. Dari kenaikan berat badan, kerosakan gigi, hingga risiko penyakit seperti diabetes—semua ini adalah “hadiah” yang kita tak minta.

Melupakan gula tak bermakna melupakan nikmat hidup. Ia bermaksud memilih alternatif yang lebih baik—buah-buahan, air kosong, atau pencuci mulut rendah gula. Kita boleh nikmati hidup tanpa bergantung pada manis yang memudaratkan.

Jadi, mulakan langkah kecil. Kurangkan satu sudu gula hari ini. Untuk tubuh yang lebih sihat, untuk cinta yang lebih bermakna—cinta pada diri sendiri.

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Nov, 23:32


🔥 The MSSJ U15 Rugby Tournament 2024 is start from Dis 3-5 🔥

Get Ready for an Epic Showdown! 🏉

Intrested. Let's buy tshirt sponsor 👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.me/p/8754838257941768/60173869199

#MSSJRugby #U15Tournament #JohorRugby #OneStepAhead

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Nov, 23:25


Individu yang lahir pada 1985 akan masuk fasa baru pada tahun 2025.

Anda kini layak masuk Kelab 40-an, fasa hidup di mana segala gaya hidup sejak remaja mula membalas dendam.

Sebelum terlambat, kami cadangkan anda buat beberapa pemeriksaan asas:
1. Tekanan Darah
• Nak pastikan tekanan hidup anda tak turut menaikkan tekanan darah.
2. Bacaan Gula dalam Darah
• Cukup cukuplah guna alasan sekali sekala. Ucap selamat tinggal pada mixue, bobba, tealive dan lain lain.
3. Paras Kolesterol
• Kalau sebelum ni nasi kandar surre menjadi rakan karib, mungkin ini masa sesuai untuk kurangkan sebelum jantung buat drama Majukk.

Mungkin usia 40 hanya angka, tapi angka ini bakal menentukan sama ada anda nak berseronok di usia emas atau ulang-alik ke hospital. Pilihan di tangan anda.

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Nov, 03:10


𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗗𝗢𝗗𝗚𝗘𝗕𝗔𝗟𝗟 𝗠𝗦𝗦 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗟𝗜𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗘𝗗𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 🔥🔥🔥

Jika ada yang berminat mendapatkan baju edisi khas DODGEBALL pada tahun ini dengan pembelian T-shit Eksklusif untuk peminat setia MSS Johor.

👕𝗣𝗢𝗟𝗢 𝗦𝗛𝗢𝗥𝗧 𝗦𝗟𝗘𝗘𝗩𝗘
𝗥𝗠35

🎽ROUND NECK SHORT SLEEVE
𝗥𝗠30

🥼𝗥𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗡𝗘𝗖𝗞 𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗟𝗘𝗘𝗩𝗘
𝗥𝗠40

🧥𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠𝗔𝗛
𝗥𝗠45

4 variasi pilihan reka bentuk eksklusif dengan harga serendah RM35 sebagai tanda sokongan kepada seluruh warga MSS JOHOR terutama buat pasukan Dodgeball MSSJ yang telah berjaya mencipta kejayaan di Kem Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 dan 2024.

🦺 𝐅𝐮𝐥𝐥 𝐒𝐮𝐛𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐓-𝐬𝐡𝐢𝐫𝐭
👘 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟
👗 4 𝐯𝐚𝐫𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧
🧶 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐳𝐞 𝐝𝐚𝐫𝐢 3XS 𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 10𝐗𝐋

TEMPAHAN KINI DIBUKA SEHINGGA 28 NOVEMBER 2024. SERAHAN TEMPAHAN AKAN DIBUAT SEMASA KEJOHANAN DODGEBALL MSSJ 2024.

𝑻𝒆𝒎𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊:
https://surveyheart.com/form/673e8e162b9cb077c224d5a9

Majlis Sukan Sekolah Johor

21 Nov, 12:07


Get ready for a night of color and excitement!

Join the Johor Run x JB Neon Run at Dataran Bandaraya Johor Bahru on 22 November 2024. Let’s run and shine together! 🏃🏻‍♂️

#MSNJ
#JohorRunXJBNeonRun2024
#DemiJohor

Majlis Sukan Sekolah Johor

20 Nov, 07:10


𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗘𝗥𝗢𝗕𝗜𝗖 𝗗𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tahniah kepada pasukan SkyHigh yang telah menjuarai Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan bagi kategori 17 tahun ke bawah selepas menewaskan 14 pasukan dari negeri lain.

Pasukan SkyHigh adalah terdiri daripada Cikgu Hafeezah Sulong dan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4 iaitu Nurul Syazwanah Abdal, Nur Aleesya Batrisyia Nurazmi, Nurul Eryna Aqilah Mokhtiar, Nur Filzah Aqilah Md Isa, Alya Syazwani Suhaimi, Nur Aleya Safiah Nurazmi, Faiqah Lee Cing Yee, Rizq Afia Ruzaimi dan Ainasherna Jison dari SMK Dato’ Penggawa Timur, Pasir Gudang.

Tahniah dari kami warga MSS Johor kerana mengharumkan nama Johor!

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan :

Johan : Johor
Naib Johan : Pahang
Ketiga : Melaka

Pertandingan Aerobic Dance telah berlangsung pada 15 hingga 17 November yang lalu dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada 15 buah negeri yang berlangsung di Pusat Membeli belah Datum Jelatek, Ampang, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua penyokong SkyHigh yang sentiasa beri sokongan kepada pasukan ini.

Majlis Sukan Sekolah Johor

19 Nov, 22:54


Apa yang orang nampak adalah Piala, sijil penghargaan, gelaran yang gah.

Di bawah sinar kejayaan itu, ada malam-malam yang sepi. Air mata yang tumpah dalam diam.

Tidur yang tergadai demi mengejar impian.
Ada pengorbanan, masa bersama keluarga,
momen indah yang dilepaskan demi satu tujuan besar.

Di balik senyuman seorang yang berjaya,
ada luka dari kegagalan, penolakan bertubi-tubi yang mematahkan hati.

Kejayaan bukan sekadar nasib.
Ia adalah fokus yang tidak pernah goyah, habit kecil yang konsisten, dan keberanian untuk terus melangkah walau tiada siapa yang tahu peritnya perjalanan.

Kepada anda yang sedang bertarung dalam diam.

Jangan berhenti.
Setiap usaha anda, walau kecil,
adalah batu bata yang sedang membina puncak kejayaan anda.

Orang mungkin hanya nampak puncak gunung, tapi anda tahu cerita di bawahnya. Jalan Terus

Majlis Sukan Sekolah Johor

18 Nov, 01:04


INFO BERKAITAN SUKAN MAKSAK JOHOR
6 NOVEMBER 2024

PROGRAM DERMA DARAH MAKSAK JOHOR 2024
TARIKH :: 27 NOVEMBER 2024, RABU
MASA :: 10.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
TEMPAT :: DEWAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH KULAI JOHOR

Semua perserta yang berminat untuk menderma darah tuam/puan boleh membuat pendaftaran awal melaui QR Code yang tertera di Poster.

Hanya 100 penderma yang akan menerima cenderamata khas dari MAKSAK JOHOR dan MAKSAK MALAYSIA

‼️Bagi yang ingin mendaftar sila IMBAS QR CODE atau Link tersebut‼️

https://tinyurl.com/e-daftar-dermadarah2024

Untuk makluman lanjut boleh menghubungi ATAU whatsapp
www.wasap.my/60137533301/SayaNakDaftarDermaDarahMAKSAKJOHOR

#MSNJ
#DemiJohor
#KempenDermaDarah

Majlis Sukan Sekolah Johor

16 Nov, 04:40


Being a student athlete is not easy, but it's also not impossible. You're pushing yourself to be your best in two areas that are equally important: academics and athletics. 🎓🏆

It takes dedication, hard work, and perseverance. And trust me, it's not just about the wins or the grades - it's about the journey you're on.

The rewards you'll reap from being a student athlete are immeasurable. You'll learn valuable skills like time management, teamwork, and discipline. You'll build unbreakable bonds with your teammates and coaches. And you'll discover a sense of accomplishment that's hard to find elsewhere. 🤞

So don't give up when things get tough. Don't let the pressure get to you. Remember that every sacrifice you make is leading you closer to your goals. 🔥

And when you're standing on that podium, holding up that medal or trophy, or receiving that diploma - you'll know that it was all worth it. ❤️

Keep pushing yourself student athletes, stay focused, and always believe in yourself. You got this! 🤗

Majlis Sukan Sekolah Johor

15 Nov, 23:34


Manis itu Sementara, Namun Derita itu Selamanya

Setiap teguk air manis itu mungkin buat kita tersenyum.
Tapi di sebaliknya, tubuh kita menanggung bebananya.

Gula bukan kawan sejati, ia perlahan-lahan mencuri kesihatan kita.
Air kosong? Ia sederhana, tapi tulus menjaga kita.

Katakan tidak pada air manis, kerana cinta pada diri bermula dengan pilihan hari ini.

Majlis Sukan Sekolah Johor

12 Nov, 17:01


𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗥𝗜𝗦𝗕𝗘𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tarikh : 10 hingga 11 November 2024
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara, Kulai

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Moga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk semua dibawa balik ke sekolah masing-masing hendakNya.

#𝘿𝙚𝙢𝙞𝙈𝙎𝙎𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧
#𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝙉𝙖𝙙𝙞𝙆𝙧𝙈𝙅
#𝘾𝙤𝙣𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙣𝙘𝙮𝙄𝙨𝙏𝙝𝙚𝙆𝙚𝙮𝙏𝙤𝙎𝙪𝙘𝙘𝙚𝙨𝙨
#𝙎𝙥𝙤𝙧𝙩𝘿𝙚𝙫𝙚𝙡𝙤𝙥𝙢𝙚𝙣𝙩𝙍𝙚𝙦𝙪𝙞𝙧𝙚𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙤𝙪𝙨
#𝙀𝙛𝙛𝙤𝙧𝙩𝘼𝙣𝙙𝙎𝙝𝙖𝙧𝙥𝙁𝙤𝙘𝙪𝙨
#𝙐𝙣𝙞𝙩𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝙐𝙋𝘽𝙈
#𝙎𝙚𝙠𝙩𝙤𝙧𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣𝙈𝙪𝙧𝙞𝙙
#𝙅𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧

Majlis Sukan Sekolah Johor

08 Nov, 03:46


🎉 *FIT MALAYSIA JOHOR 2024 Kembali Lagi!🎉

Jom sertai kami untuk acara larian paling dinanti di Johor! 🏃‍♂️🏃‍♀️

📅 Tarikh: 9 November 2024
📍 Lokasi: Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
Masa: 7:00 pagi (Flag Off)

jangan lupa untuk hadir menuntut kit larian bagi pendaftaran berbayar 1000 peserta terawal dan peserta percuma 500 terawal

📅 Pengambilan Kit Larian:
8 November 2024 (Jumaat)

🕚 Jam 11:00 pagi - 9:00 malam
📍 Decathlon, Toppen Johor Bahru

Ayo, kawan-kawan! hadir esok dan Daftar untuk menerima e-sijil serta jadikan pengalaman larian anda lebih berharga! 🌟

#JBSJohor #FitMalaysiaJohor #TourismJohor #VisitJohor2026 #JohorFunRun #xtifjohor #FunRunToppen

🔗 Untuk maklumat berkaitan program-program menarik di Fit Malaysia klik link di bawah 👇🏻

https://drive.google.com/file/d/1yoNs29n5GM7JY4orfi8bDmtrk0xNXx2B

Majlis Sukan Sekolah Johor

08 Nov, 01:45


Dalam suasana kerja, teguran itu perlu – tapi cara kita sampaikan boleh menentukan sama ada seseorang rasa termotivasi atau tercalar.

Inilah sebabnya Teknik Sandwich penting untuk setiap bos belajar dan praktikkan.

1. Mulakan dengan Pujian – Sentuh hati mereka dulu. Tunjukkan yang kita nampak usaha mereka.

“Awak memang dah buat yang terbaik, saya hargai itu.”

2. Tegur dengan Lembut – Sampaikan kritikan dengan penuh rasa hormat.

“Cuma, mungkin ada beberapa bahagian yang kita boleh perbaiki …”

3. Akhiri dengan Sokongan – Tunjukkan kita ada untuk bantu.
“Saya percaya pada awak, dan saya ada di sini kalau awak perlukan sokongan.”

Dengan teknik ni, teguran jadi lebih bermakna, bukan sekadar kritikan kosong. Pekerja rasa dihargai, hati tenang, dan motivasi pun meningkat.

Majlis Sukan Sekolah Johor

04 Nov, 09:51


Tahniah pasukan Ragbi Johor yang terdiri daripada pemain-pemain dari SMK Tun Hussein Onn, Kluang apabila muncul Johan Cup di Kejohanan Ragbi NRDP 7's Peringkat Kebangsaan Lelaki 2024.

Kejohanan Ragbi NRDP 7's Peringkat Kebangsaan 2024 bermula pada 28 hingga 29 Oktober 2024 ini bertempat di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJCD), Port Dickson.

🥇 JOHOR
🥈 MELAKA
🥉 SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG (SSMP)
🏅PERAK

Majlis Sukan Sekolah Johor

03 Nov, 12:45


𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥𝗪𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗣 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Nor Affazly Bin Abdul Gaffar dan Cikgu Mohd Nor Aqmal Bin Abdul Gaffar serta pemaian-pemainnya iaitu Muhammad Amir Qhalis, Abdul Hamzah Yahkip dan Gagandeep Singh kesemuanya dari SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat kerana terpilih mewakili Malaysia Tigress ke Kejohanan Hoki Mirnawan Cup 2024.

Kejohanan Edisi Ketiga ini akan berlangsung pada 3 hingga 10 November 2024 bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil melibatkan 14 pasukan lelaki dan wanita kategori bawah 17 tahun dari dalam dan luar negara.

Antara negara yang menyertai kejohanan ini adalah Korea Selatan, Afrika Selatan, Austria, Kanada, Australia dan Jepun.

#TahniahDariKamiMSSJ
#KitaSemuaTeamMAS
#MirnawanCup2024

Majlis Sukan Sekolah Johor

01 Nov, 22:15


KBS MASTERS GAMES 2024

12 Sukan dipertandingkan
Umur 40 tahun dan ke atas

Sukan dipertandingkan :

1. Akuatik Renang
2. Badminton
3. Berbasikal
4. Boules - Petanque
5. Catur
6. Esports
7. Lawn Bowls
8. Memanah
9. Olahraga Master
10. Pickleball
11. Ping Pong
12. Sepak Takraw

Website KBS MASTERS GAMES 2024 akan mula beroperasi pada 28 Oktober 2024. Segala info berkaitan KBS MASTERS GAMES 2024 akan dipaparkan dalam laman web tersebut beserta peraturan pertandingan.

Sebanyak 6 Sukan telah membuat hebahan peraturan pertandingan melalui laman rasmi persatuan sukan kebangsaan serta media sosial iaitu Akuatik Renang, Catur, Olahraga Master, Boules - Petanque, Memanah dan Ping Pong.

Tekan link utk jenis sukan :

https://kbsmastersgames2024.nsc.gov.my/sports.php

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Oct, 05:10


𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢!

Semoga cahaya perayaan ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran kepada yang menyambutnya.

Semoga perayaan festival cahaya ini juga akan menerangi kehidupan anda dengan kesihatan dan kegembiraan. Selamat bercuti.

𝐈k𝐡l𝐚s d𝐚r𝐢 𝐤a𝐦i U𝐫u𝐬e𝐭i𝐚 𝐌a𝐣l𝐢s S𝐮k𝐚n S𝐞k𝐨l𝐚h J𝐨h𝐨r (𝐌S𝐒J)

Majlis Sukan Sekolah Johor

30 Oct, 01:08


Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dilatih untuk melakukan kerja rumah akan lebih bersedia menghadapi cabaran hidup dan menjadi individu yang berdikari & bertanggungjawab.

Contohnya anak anda diberi tugas untuk menyiram pokok setiap pagi. Ia mungkin kelihatan seperti tugas kecil, tetapi dalam proses ini, mereka belajar tanggungjawab & konsistensi.

Atau mungkin tugasan sederhana seperti membasuh pinggan sendiri selapas makan. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka dapat belajar untuk menghargai usaha, menghormati orang lain, dan memahami bahawa setiap tindakan ada tanggungjawabnya.

Anak yang biasa melakukan tugas-tugas ini juga lebih peka dengan keperluan sekeliling, kerana mereka sudah biasa melihat bahawa usaha kecil mampu memberi kesan besar.

Mungkin mereka nampak remeh, tetapi dari tugas-tugas ini, anak anda sedang membina asas kejayaan untuk masa hadapan mereka.
Jadi, mari galakkan mereka dengan tugasan mudah di rumah.

Siapa tahu, ‘tugas kecil’ hari ini boleh menjadi langkah besar untuk impian mereka kelak!

Majlis Sukan Sekolah Johor

27 Oct, 00:24


Tahniah diucapkan kepada Encik Ithnin bin Mahadi atas lantikan sebagai Pengarah BSKK, Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu.

Semoga lantikan ini akan terus memacu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui sukan, kokurikulum dan kesenian ke arah kecemerlangan.

Selamat melaksanakan amanah yang diberi.

#𝘿𝙚𝙢𝙞𝙈𝙎𝙎𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧
#𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝙉𝙖𝙙𝙞𝙆𝙧𝙈𝙅
#𝘾𝙤𝙣𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙣𝙘𝙮𝙄𝙨𝙏𝙝𝙚𝙆𝙚𝙮𝙏𝙤𝙎𝙪𝙘𝙘𝙚𝙨𝙨
#𝙎𝙥𝙤𝙧𝙩𝘿𝙚𝙫𝙚𝙡𝙤𝙥𝙢𝙚𝙣𝙩𝙍𝙚𝙦𝙪𝙞𝙧𝙚𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙤𝙪𝙨
#𝙀𝙛𝙛𝙤𝙧𝙩𝘼𝙣𝙙𝙎𝙝𝙖𝙧𝙥𝙁𝙤𝙘𝙪𝙨
#𝙐𝙣𝙞𝙩𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣𝙐𝙋𝘽𝙈
#𝙎𝙚𝙠𝙩𝙤𝙧𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣𝙈𝙪𝙧𝙞𝙙
#𝙅𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧

Majlis Sukan Sekolah Johor

26 Oct, 02:16


𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 (𝗠𝗦𝗦𝗝) 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝗦𝗦𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟰

Berikut merupakan Keputusan Rasmi MSSJ sepanjang di Kejohanan MSSM 2024 berdasarkan kepada 24 Sukan & Permainan yang dipertandingkan bermula pada

𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟏 : 𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟐 : 𝟏𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 : 𝟐𝟎 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒

Tahniah atas komitmen yang diberikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

𝘼𝙔𝙐𝙃 𝘽𝘼𝙉𝙂𝙆𝙄𝙏𝙇𝘼𝙃 𝙈𝙎𝙎 𝙅𝙊𝙃𝙊𝙍!

Jangan putus harapan. Terapkan dalam diri kalian dengan latihan berterusan dan titipkan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang kita

𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑴𝑺𝑺 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 & 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑳𝑬𝑨𝑫𝑺 !!!🔥❤️💙💪🏻

Majlis Sukan Sekolah Johor

26 Oct, 00:40


Hari ini, saya berdiri di hadapan cermin, melihat diri sendiri. Rasanya berat, macam semuanya tak kena. Tapi, perlahan-lahan saya katakan pada diri sendiri—“Saya akan okey.”

Hidup memang kadangkala sukar. Tapi walau apa pun yang terjadi, saya tahu saya akan teruskan, hari demi hari, langkah demi langkah. Akhirnya, saya akan okey.

Percayalah, walau seberat mana pun rasa hari ini, esok ada harapan. Teruskan, kerana diri anda layak untuk bahagia. 🌷

Majlis Sukan Sekolah Johor

25 Oct, 11:22


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur hanya untuk Allah SWT yang telah memberikan kejayaan pasukan MSS Johor menduduki merangkul 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗠𝗦𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰 serta memecahkan beberapa rekod kejohanan dan ianya bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Pastinya ada lelah dan keringat yang ditumpahkan. Pengorbanan guru-guru kita yang berpanas dan berhujan meletakkan ungkapan keramat : 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 & 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐒 sentiasa tersemat di sanubari.

Setinggi-tinggi penghargaan dan selautan terima kasih kepada semua kontinjen Johor yang telah menunjukkan kesungguhan dengan penuh komited serta daya saing yang tinggi bagi 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐚𝐡𝐫𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐒𝐒𝐌 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞-𝟔𝟒 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM serta dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Sekolah Perak.

Ianya telah berlangsung pada 20 hingga 24 Oktober 2024 bertempat di Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Ragbi Perak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Encik Jalaludin bin Ismail, TPP BSKK mewakili Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan serta Kerwin Lim, Pengurus Pemasaran Sukan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Johor YAB Onn Hafiz Ghazi & YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor atas sokongan berterusan kepada Kemenjadian Murid melalui Sukan dan kokurikulum.

Jutaan terima kasih kepada semua barisan Pengurusan, Cepron, kejurulatihan, fisioterapi, atlet-atlet murid MSSJ yang berjuang demi maruah diri dan MSSJ serta pihak ibubapa serta kepada semua penyokong yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Dididoakan agar segala usaha serta pengorbanan rakan-rakan dibalas dengan ganjaran pahala dan kebaikan oleh Allah SWT.

Majlis Sukan Sekolah Johor

25 Oct, 11:21


𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗠𝗦𝗦𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟲𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 - 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 (𝟮𝟰.𝟭𝟬.𝟮𝟬𝟮𝟰)

📆𝟮𝟬 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
🏟𝗦𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸, 𝗜𝗽𝗼𝗵 & 𝗦𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗥𝗮𝗴𝗯𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸

🎖𝗣𝗨𝗡𝗚𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧
🥇𝟑 🥈𝟑 🥉𝟏

🥇𝗘𝗠𝗔𝗦
1- MUHAMMAD IZZAT AIMAN BIN MOHAMAD ZAINI
LONTAR PELURU L12
SK SERI PULAI, KULAI

2- KUARTET 4x400M P15

3- KUARTET 4x400M P18

🥈𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
1- MUHAMMAD AMIR FIRDAUS BIN ZAIMI
REJAM LEMBING L15
SMK DATO' SRI AMAR DI RAJA, MUAR

2- MUHAMMAD AKID HAFIY BIN MOHD HAIRUL ANDI
LONTAR PELURU L12
SK PARIT KADIR, BATU PAHAT

3- MUHAMMAD NUR ADNI BIN MOHD YAZID
LOMPAT TINGGI L18
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

🥉𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔
1- HARRAZ ASYRAAF BIN ABDUL FATTAH
2000M LARI BERHALANGAN L15
SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL, KOTA TINGGI

🏅𝗞𝗘𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧
1- LOUIS CHONG TZE PIN
2000M LARI BERHALANGAN L15
SMK GELANG PATAH, JOHOR BAHRU

🏅𝗞𝗘𝗘𝗡𝗔𝗠
NUR ALISYAH QAISARA BINTI ABDUL ALLIF
2000M LARI BERHALANGAN PT
SMK TAMAN RINTING 2, PASIR GUDANG

𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐒𝐒𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/olahraga-mssm-2024/pungutan-pingat

𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐒𝐒𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒
https://www.jsports.com.my/olahraga/mssm/index.php?id=2

𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐒𝐒𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒
https://www.youtube.com/@sportzattex

𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐒 ❤️💙🔥
𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐒𝐒 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 💪🏻

#KejohananOlahragaMSSM2024🏟
#SalamMSSM2024
#SukanNadiKrMJ