AstroMet Malaysia @astrometmalaysia Channel on Telegram

AstroMet Malaysia

@astrometmalaysia


Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

AstroMet Malaysia (Malay)

AstroMet Malaysia adalah saluran Telegram yang memaparkan info-info menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi di Malaysia. Jika anda adalah penggemar sains angkasa dan cuaca, saluran ini adalah tempat yang sesuai untuk anda! Dapatkan maklumat terkini tentang fenomena langit seperti gerhana bulan, gerhana matahari, dan bintang jatuh. Selain itu, saluran ini juga menyediakan pemantauan cuaca yang terkini dan ramalan cuaca untuk membantu anda merancang aktiviti luar yang lebih baik. Anda juga akan mendapat pelbagai fakta menarik mengenai planet, asteroid, dan bintang-bintang dari pakar sains tempatan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai AstroMet Malaysia dan terokai dunia sains angkasa dan meteorologi bersama-sama!

AstroMet Malaysia

13 Jan, 10:40


2024 memegang takhta sebagai tahun terpanas 🌡️

Enam set data antarabangsa yang digunakan untuk memantau suhu global menunjukkan tahun 2024 merupakan tahun terpanas sejak rekod suhu permukaan global direkodkan. Purata suhu tahunan permukaan global pada tahun 2024 adalah 1.55 ±1.3 °C di atas paras pra-industri (1850-1900) sekaligus mengatasi tahun terpanas sebelum ini iaitu pada tahun 2023 (1.45 ± 0.12 °C).

Buat pertama kalinya bacaan suhu tahunan permukaan global telah melepasi had pemanasan global yang telah ditetapkan sebanyak 1.5 °C dalam Perjanjian Iklim Paris.

AstroMet Malaysia

13 Jan, 05:38


Masjid Al-Taqwa di Altadena yang menjadi pusat ibadah dan aktiviti komuniti muslim di sana selama lebih 20 tahun merupakan salah satu daripada belasan ribu struktur yang musnah dalam kebakaran liar di California.
..

Sejak awal Januari 2025 sehingga hari ini, kira-kira 40,198 ekar kawasan telah terbakar di California. Hampir 200 ribu orang yang melibatkan pelbagai latar bangsa dan agama termasuklah komuniti muslim di sana telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat manakala 24 orang disahkan maut serta 16 orang dilaporkan hilang.

AstroMet Malaysia

12 Jan, 11:59


Luruan monsun yang membawa hujan lebat ketika ini bukan sahaja menyebabkan banjir di selatan Semenanjung tetapi turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Singapura pada 10 Januari 2025 yang lalu.

AstroMet Malaysia

12 Jan, 05:47


Unjuran model ramalan corak tiupan angin pada paras 925 hPa dan 850 hPa pada jam 2:00 PM, 12 Januari 2025.

AstroMet Malaysia

11 Jan, 01:01


Anggaran hujan terkumpul selama 24 jam ( setakat jam 2:00 AM, 11 Januari 2025 ) berpandukan data satelit.

AstroMet Malaysia

10 Jan, 15:14


Kemaskini amaran cuaca pada jam 8:00 PM, 10 Januari 2025.

a) Bahaya ;
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di :-

- Pahang ; Rompin.
- Johor ; Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

b) Buruk ;
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di :-

- Pahang ; Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
- Johor ; Tangkak, Segamat dan Muar.

c) Waspada ;
Hujan berterusan dijangka berlaku di :-

- Kelantan.
- Terengganu.
- Pahang ; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.
- Negeri Sembilan ; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
- Melaka.
- Sarawak ; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu
..

Kesemua amaran berkuatkuasa sehingga 12 Januari 2025.

AstroMet Malaysia

10 Jan, 07:43


Kebakaran liar yang meluas telah memusnahkan kawasan kejiranan di Pacific Palisades, California.

AstroMet Malaysia

10 Jan, 04:53


Keseluruhan Johor sedang mengalami hujan ketika ini dengan pelbagai keamatan.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengemaskini amaran cuaca pada jam 11:35 AM, 10 Januari 2025.

a) Bahaya ;
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di :-

- Pahang ; Rompin.
- Johor ; Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

b) Buruk ;
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di :-

- Pahang ; Bera dan Pekan.
- Johor ; Tangkak, Segamat dan Muar.

c) Waspada ;
Hujan berterusan dijangka berlaku di :-

- Terengganu ; Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
- Pahang ; Jerantut, Maran dan Kuantan.
- Negeri Sembilan ; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
- Melaka.
- Sarawak ; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
..

Kesemua amaran berkuatkuasa sehingga 12 Januari 2025.

AstroMet Malaysia

10 Jan, 03:17


Unjuran model GFS yang memaparkan jumlah hujan terkumpul dari jam 2:00 AM, 10 Januari 2025 sehingga 11:00 PM, 12 Januari 2025.

AstroMet Malaysia

09 Jan, 23:52


Hujan yang dibawa luruan monsun mula memasuki rantau negara kita pagi ini.

AstroMet Malaysia

09 Jan, 10:58


'Angin Syaitan' membakar California.

Beberapa kawasan di California ketika ini sedang dilanda kebakaran yang meluas.

Antara faktor yang menyumbang kepada kebakaran di California ketika ini adalah disebabkan kehadiran deruan angin tempatan jenis katabatik yang dipanggil angin Santa Ana atau turut dikenali sebagai angin syaitan oleh penduduk setempat .

Angin Santa Ana yang bersifat kering berasal daripada sistem bertekanan tinggi di Great Basin akan bergerak turun melalui cerun - cerun dari banjaran gunung bersebelahan California ke arah lautan Pasifik.

Memburukkan lagi keadaan apabila kemarau melanda dan tahap kelembapan yang rendah serta deruan angin Santa Ana bertiup dengan sangat kencang.

Dedaun serta kawasan semak samun yang telah sedia layu dan kering boleh menyemarakkan lagi kebakaran yang tercetus dengan lebih meluas.

Setakat ini lebih 100 ribu telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat apabila lebih 20 ribu ekar kawasan terbakar. Lima orang telah disahkan maut manakala beberapa orang mengalami lecur kebakaran serta ribuan struktur telah musnah.

AstroMet Malaysia

09 Jan, 02:49


Awas ! Episod hujan berterusan akan kembali melanda.

Terdapat kawasan tekanan udara tinggi yang kuat di pedalaman Asia ketika ini sehingga beberapa hari ke hadapan dan dalam masa yang sama berlaku pengukuhan rabung subtropika di lautan Pasifik.

Kesan kawasan tekanan udara tinggi yang kuat di pedalaman Asia tersebut boleh menyebabkan berlaku ledakan keluar udara sejuk ke arah rantau negara kita sebagai luruan sejuk/luruan monsun timur laut manakala pengukuhan rabung subtropika di lautan Pasifik boleh menyebabkan luruan angin timuran. Kedua-dua luruan ini umumnya dikenali sebagai luruan monsun yang merupakan kompenan monsun timur laut.

Luruan monsun boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan laut China selatan serta menyebabkan keadaan cuaca yang lebih lembap di rantau negara kita.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada pada 7 Januari 2025 yang lalu.

Hujan berterusan dijangka berlaku di :-

- Terengganu ; Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
- Pahang ; Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
- Negeri Sembilan ; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
- Melaka.
- Johor.
- Sarawak ; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

* Berkuatkuasa dari 10 Januari sehingga 12 Januari 2025.

Kawasan lain yang tidak diletakkan di bawah amaran cuaca waspada juga perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana aktiviti ribut petir berserta hujan lebat juga masih boleh berlaku di kebanyakan kawasan.

Amaran cuaca akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan. Sila cakna dengan setiap amaran yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan.
..

1) Imej dari satelit Himawari-9 JMA pada jam 10:10 AM, 9 Januari 2025.
2) Analisis peta cuaca JMA pada jam 2:00 AM, 9 Januari 2025.
3) Unjuran corak tiupan angin pada paras 925 dan 850 hPa RJTD/JMA pada jam 8:00 AM, 10 Januari 2025.
4) Amaran cuaca MMD.
5) Amaran angin kencang dan laut bergelora MMD.

AstroMet Malaysia

06 Jan, 05:40


1) Penerbangan Cathay Pacific dari Jakarta ke Hong kong yang menggunakan pesawat Airbus kelihatan meninggalkan jejak pemeluwapan atau Contrails ketika ia berada pada altitud 40,000 kaki pada pagi tadi.

2) Sebahagian pihak mendakwa jejak pemeluwapan seperti itu sebagai 'Chemtrails' yang sengaja disembur pesawat misteri untuk meracuni orang ramai sedangkan ia hanyalah wap yang terhasil akibat tindak balas haba dari ekzos enjin dengan keadaan persekitaran di atmosfera yang sesuai seperti suhu yang sangat sejuk serta kehadiran kelembapan ditambah faktor altitud pesawat yang sesuai sehingga membolehkan jejak pemeluwapan itu terhasil. Selain tindak balas dari ekzos enjin, perbezaan tekanan pada pesawat juga boleh menghasilkan jejak pemeluwapan.

3) Tiada pesawat misteri. Di zaman moden ini, banyak aplikasi yang membolehkan orang ramai menjejak pesawat yang lalu-lalang di kawasan mereka seperti aplikasi Flightradar24 dan sebagainya.

4) Jika keadaan atmosfera tidak sesuai ataupun pesawat terbang pada altitud yang rendah, jejak pemeluwapan sukar untuk ia terhasil. Sebab itu tidak semua pesawat meninggalkan jejak pemeluwapan.

5) Lazimnya jejak pemeluwapan akan terhasil pada altitud 32,000 ke 42,000 kaki dan suhu berada pada paras bawah -36.5°C serta kelembapan yang sesuai.

6) Tempoh masa jejak pemeluwapan menghilang bergantung keadaaan di atmosfera. Pemahaman yang salah jika ada pihak menganggap jejak pemeluawapan cepat hilang manakala jejak yang lambat hilang itu merupakan 'Chemtrails' yang sengaja disembur.

7) Tidak pelik jika terdapat banyak jejak pemeluwapan yang berselirat di atmosfera lebih-lebih lagi kawasan anda menjadi laluan utama penerbangan ke pelbagai destinasi asalkan syarat-syarat untuk pesawat menghasilkan jejak pemeluwapan itu dipenuhi.

AstroMet Malaysia

02 Jan, 14:45


1) Sekarang ini sedang hangat isu kononnya kabus hitam menyelubungi satu Bumi. Benarkah ?

- Kabus hitam menyelubungi satu Bumi
- Hanya sebahagian kawasan berkabus ✔️
* Tidak perlu lihat jauh. Di Malaysia sendiri masih banyak kawasan yang tidak berkabus ketika ini. Siang hari masih boleh nampak langit yang membiru. Jadi, macam mana boleh menyatakan kabus hitam menyelubungi satu Bumi ?Ada mata pandanglah keluar, jangan duduk terperap sahaja di dalam rumah. Di negara-negara yang didakwa diselubungi kabus hitam itu juga tidak melibatkan keseluruhan negara. Hanya sebahagian kawasan sahaja yang berkabus.

2) Hijau di dalam peta bukan merujuk kabus hitam yang pekat. Peta yang tertera merujuk jarak ketampakan. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi jarak ketampakan antaranya seperti kualiti udara, kelajuan angin, suhu dan kelembapan udara.

3) Jarak ketampakan 9 km masih boleh dianggap tahap ketampakan sederhana manakala 13 km boleh dianggap tahap ketampakan yang baik.

4) Merujuk Pertubuhan Meteorologi Sedunia, jerebu (haze) adalah disebabkan oleh partikel kering yang terampai di udara dan tersebar luas dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar serta menyebabkan keadaan udara kelihatan kabur. Jerebu dilaporkan apabila cuaca kering dan kelembapan relatif kurang daripada 95% manakala kabus (mist) dilaporkan apabila kelembapan relatif melebihi atau sama dengan 95% dan ketampakan antara 1 km hingga 5 km. kabut (fog) pula dilaporkan apabila ketampakan kurang daripada 1km dan kelembapan relatif menghampiri 100%.

5) Macam mana boleh menyatakan kabus hitam yang pekat akan melanda negara kita sedangkan jarak ketampakan masih lagi jauh ( 9 km dan 13 km seperti yang dinyatakan ) ? Dari sini kita boleh nilai yang penyebar berita ini tidak faham langsung berkenaan tahap ketampakan.

6) Sebar berita menakut-nakutkan memang seronok dan dalam masa yang sama ada yang jual produk 'overclaim' 😁 . . Pandai ambil kesempatan.
..
..
..

AstroMet Malaysia

01 Jan, 00:27


Salam 1 Rejab 1446 Hijrah dan selamat tahun baru masihi 2025

AstroMet Malaysia

31 Dec, 14:17


Beberapa jam sahaja lagi Bumi akan melengkapkan satu kali pusingan mengelilingi Matahari.

AstroMet Malaysia

27 Dec, 12:54


Melawan lupa . . .

23 tahun yang lalu iaitu pada 27 DISEMBER 2001,
Taufan Vamei telah melanda daratan Johor. Vamei satu - satunya Taufan yang pernah melanda Malaysia secara langsung setakat ini dan masih memegang tahta sebagai siklon tropika yang terbentuk paling hampir dengan garis khatulistiwa.

KESAN YANG DIBAWA VAMEI

Dua kapal USN yang berada di bahagian dinding mata Vamei iaitu bahagian yang paling dahsyat dan ditakuti di dalam sistem siklon tropika kerana kekuatan angin yang terhasil di kawasan tersebut dilaporkan telah mengalami kerosakan akibat pukulan angin kencang.

Ketika Vamei semakin menghampiri persisiran daratan semenanjung Malaysia, ia membawa sekali luruan ribut iaitu deruan air dari laut naik ke daratan. Luruan ribut dilaporkan telah melanda tenggara negeri Johor.

Selain berlakunya angin kencang berserta hujan lebat di serata Johor,  Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan juga negara Singapura turut terasa tempiasnya ketika Vamei bergerak melintasi selatan semenanjung Malaysia. Banyak kawasan dilaporkan berlaku banjir.

Di Gunung Pulai, Johor pula hujan lebat berterusan telah menyebabkan berlaku tanah runtuh sehingga mengorbankan 5 nyawa.

AstroMet Malaysia

26 Dec, 03:36


Melawan lupa . . .

20 tahun lalu iaitu pada 26 Disember 2004, telah berlaku gempa Bumi berkekuatan magnitud 9.1–9.3 di luar pantai barat Sumatera utara pada kedalaman 30 kilometer sehingga mencetuskan Tsunami yang mencapai ketinggian 30 meter di beberapa kawasan.
Tsunami telah melanda banyak negara di sekitar lautan Hindi dan selat Melaka termasuk Malaysia.

Secara keseluruhan, jumlah mangsa yang terkorban dianggarkan melebihi 200 ribu orang.

AstroMet Malaysia

23 Dec, 08:37


Pabuk !
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) nampaknya telah menaik taraf status lekukan tropika a Kepada ribut tropika dengan nama timangan Pabuk dalam satu kemaskini maklumat siklon tropika yang dikeluarkan pada jam 3:05 PM ( waktu Malaysia ), 23 Disember 2024.

Angin maksimum berterusan yang dicerap selama 10 minit berhampiran pusat sistem telah mencapai kelajuan 65 km/j.

* Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) masih lagi mengekalkan status sistem tersebut sebagai lekukan tropika 28W setakat jam ini.

AstroMet Malaysia

23 Dec, 06:29


Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) telah menaiktaraf status gangguan cuaca 99W kepada suatu lekukan tropika 28W yang berpusar-pusar di laut China selatan ketika ini.

Manakala Agensi Meteorologi Jepun (JMA) yang terlebih dahulu memantau sistem sebagai lekukan tropika masih lagi mengekalkan statusnya sebagai lekukan tropika a.
..

Kelajuan maksimum angin berterusan yang dibawa sistem mencapai kelajuan sekitar 56 km/j manakala deruan angin langkisau yang boleh datang secara tiba-tiba dan berlalu pergi mampu mencapai kelajuan sekitar 74 km/j.

Unjuran model ramalan setakat ini menunjukkan ia berpotensi meningkat kekuatan menjadi ribut tropika pada lewat hari ini.

Haluan sistem pula menunjukkan ia akan bergerak ke arah Vietnam.

AstroMet Malaysia

19 Nov, 10:35


Kepada yang berminat jomm daftar..

*Seminar Peralatan Astronomi : Mizwalah Menerangi Waktu*

Tarikh: 23 November 2023 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi - 4:30 petang
Tempat: PD Forest Sungai Menyala, Port Dickson

*Yuran Pendaftaran: RM10*

Bersama:
Ustaz Abdullah Hassan - Pembuat Jam Matahari

*TERBUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 13 TAHUN KE ATAS SAHAJA*

*PENYERTAAN TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA*

Untuk pendaftaran, hubungi WhatsApp Balai Cerap Telok Kemang, https://wa.me/60102664506

#MAINS #BaitulHilalMAINS
#KompleksBaitulHilal #BCTK
#BalaiCerapTelokKemang
#infoBCTK #AstronomiUntukSemua

AstroMet Malaysia

19 Nov, 07:35


Kemaskini amaran cuaca pada jam 3:30 PM, 19 November 2024

AstroMet Malaysia

19 Nov, 07:34


Unjuran model ramalan cuaca untuk minggu hadapan lebih merisaukan berbanding minggu ini. Kekuatan luruan monsun yang boleh menyebabkan hujan berterusan dijangka akan meningkat.

AstroMet Malaysia

19 Nov, 03:22


Kemaskini amaran cuaca pada jam 9:30 AM, 19 November 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Amaran cuaca buruk :-
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 23 November di :

-Terengganu.
-Pahang ; Kuantan, Pekan dan Rompin.
-Johor ; Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran cuaca waspada :-
Hujan berterusan dijangka berlaku di :

-Kelantan ; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
-Pahang ; Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

Sehingga 23 November.
..

-Negeri Sembilan ; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
-Melaka.
-Johor ; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sehingga 20 November.

AstroMet Malaysia

19 Nov, 01:24


Gema radar jam 09:10 AM, 19 November 2024

AstroMet Malaysia

18 Nov, 12:04


Jangkaan jumlah hujan terkumpul selama 72 jam berpandukan unjuran model GFS dan ECMWF.

* Meteologix ; GFS/ECMWF

AstroMet Malaysia

18 Nov, 08:43


Amaran banjir negeri Johor

AstroMet Malaysia

18 Nov, 06:31


Kemaskini amaran cuaca pada jam 1:00 PM, 18 November 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Amaran cuaca buruk :-
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 23 November di :

-Pahang ; Kuantan, Pekan dan Rompin.
-Johor ; Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran cuaca waspada :-
Hujan berterusan dijangka berlaku di :

-Kelantan ; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
-Terengganu.
-Pahang ; Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

Sehingga 23 November.
..

-Negeri Sembilan ; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
-Melaka.
-Johor ; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sehingga 20 November.

AstroMet Malaysia

18 Nov, 05:03


Melalui imej satelit dapat diperhatikan kelembapan yang padat di laut China selatan beransur-ansur bergerak masuk ke Semenanjung ketika ini.

* Himawari-9 Water Vapor Enhanced BMKG

AstroMet Malaysia

18 Nov, 00:48


Awas ! Luruan monsun telah tiba.

Terdapat sel tekanan udara tinggi yang kuat di pedalaman Asia ketika ini sehingga beberapa hari ke hadapan.

Kehadiran sel tekanan udara tinggi yang kuat tersebut menyebabkan berlaku ledakan keluar udara sejuk ke kawasan rantau negara kita yang dikenali sebagai luruan monsun. Luruan monsun merupakan salah satu ciri lazim ketika monsun timur laut.

Angin monsun timur laut akan bertiup lebih kencang berbanding kebiasaan. Keadaan ini akan menyebabkan perairan laut China selatan agak bergelora .

Ledakan udara sejuk itu juga ketika melalui perairan akan membawa lembapan bersamanya yang boleh mencetuskan keadaan cuaca yang lebih lembap.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada bermula dari 19 November sehingga 23 November 2024.

Hujan berterusan dijangka berlaku di :-

- Kelantan ; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
- Terengganu.
- Pahang ; Kuantan, Pekan dan Rompin.
- Johor ; Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

* Kawasan lain yang tidak diletakkan di bawah amaran cuaca waspada juga perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
..

1) Peta cuaca JMA
2) Corak tiupan angin pada paras 925 hPa RJTD
3) Amaran cuaca waspada MMD
4) Amaran laut bergelora MMD

AstroMet Malaysia

17 Nov, 09:46


Wilayah Aurora di Pulau Luzon, Filipina menjadi sasaran seterusnya pusat Man-Yi pada petang ini selepas Catanduanes pada malam semalam.

Ketika tiba di daratan Pulau Luzon, kekuatan Man-Yi sedikit melemah kepada taufan super kategori 4 dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 240 km/j.

AstroMet Malaysia

16 Nov, 13:12


Pusat taufan super Man-Yi kategori 5 telah tiba di Catanduanes, Filipina.

AstroMet Malaysia

16 Nov, 12:12


Catanduanes, Filipina ketika ini sedang dilanda bahagian dinding mata taufan super Man-Yi kategori 5 !

Dinding mata adalah bahagian yang paling dahsyat di dalam mana-mana struktur siklon tropika kerana kekuatan angin paling kencang berlaku di bahagian itu manakala Mata pula adalah bahagian yang paling tenang.

Diameter mata Man-Yi sekitar 37 km.

AstroMet Malaysia

16 Nov, 09:35


Taufan Super Man-Yi kategori 5 !

Man-Yi telah meningkat kekuatan menjadi taufan super kategori 5 dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 260 km/j manakala deruan angin langkisau yang boleh datang secara tiba-tiba mampu mencapai kelajuan lebih 300 km/j.

Unjuran model ramalan setakat ini menunjukkan pusat Man-Yi akan tiba di daratan Filipina pada malam ini, 16 November 2024.

Selain angin kencang, Man-Yi juga boleh menyebabkan hujan yang sangat lebat serta luruan ribut ( air laut ditolak naik ke arah daratan ) setinggi lebih 3 meter di sekitarnya.

Setibanya Man-Yi di daratan menjadikan ia taufan keempat melanda Filipina pada bulan November setakat ini selepas taufan Yinxing kategori 4 ( 220 km/j ),  taufan Toraji ( 150 km/j ) dan taufan super Usagi kategori 4 ( 240 km/j ).
..

Kesan terhadap Malaysia :-
Kehadiran Man-Yi tidak menyebabkan kesan yang signifikan terhadap Malaysia. Orang ramai terutama yang tinggal di timur semenanjung dan timur Sabah perlu bersedia menghadapi episod luruan monsun yang pertama untuk monsun timur laut kali ini yang dijangka melanda pada minggu hadapan. Luruan monsun berpotensi menyebabkan hujan berterusan sekaligus boleh menyebabkan banjir terutama di kawasan rendah.

AstroMet Malaysia

15 Nov, 14:58


Cantik Bulan malam ini. Secara teknikalnya Bulan akan memasuki fasa Purnama pada jam 05:29 pagi nanti, 16 November 2024. Bulan Purnama November merupakan Purnama Gedang ( Supermoon ) yang ketiga paling dekat dengan Bumi bagi tahun 2024 dengan jarak sekitar 361867 km dan merupakan Purnama Gedang terakhir tahun ini

AstroMet Malaysia

15 Nov, 13:18


HEBAHAN RAMALAN AWAL BANJIR BAGI NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN JOHOR

Susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 15 November 2024 jam 1.00 tengahari, diramalkan banjir akan berlaku di daerah-daerah Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor seperti berikut:
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PublicInfoBanjir

Dikeluarkan oleh:
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN)
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
No. Rujukan: JPS-PRABN-KEL-15112024-1800-01
No. Rujukan: JPS-PRABN-TER-15112024-1800-01
No. Rujukan: JPS-PRABN-PHG-15112024-1800-01
No. Rujukan: JPS-PRABN-JHR-15112024-1800-01

AstroMet Malaysia

15 Nov, 13:16


Amaran cuaca waspada !
Hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh 19 November sehingga 23 November.

AstroMet Malaysia

15 Nov, 08:58


1⃣ Tahukah anda masyarakat pesawah dan pelaut di utara Semenanjung Malaysia pada zaman dahulu menandakan kemunculan Bintang Tujuh pada waktu senja sebagai permulaan piama tahunan yang disebut Piama Sa?

2⃣ Tahukah anda Bintang Tujuh dari sudut astronomi ialah gugus bintang terbuka Pleiades (M45) yang terletak di buruj Taurus?

3⃣ Tahukah anda, 'ketika' terbitnya Bintang Tujuh selari dengan Monsun Timur Laut yang disebut musim angin 'Timoq'?

4⃣ Tahukah anda, 12 bulan yang disebut 'piama kecil' ini ditandakan dengan ciri-ciri bulanan seperti arah tiupan angin, migrasi burung, sifat tumbuh-tumbuhan, dll.?

🤝 Sahabat Langit Utara - SALUT dengan kerjasama Muzium Padi, Lembaga Muzium Negeri Kedah membawakan program fizikal sempena terbit akronik jasad samawi yang julung-julung kali diadakan di negara kita.

🏕️ Kami ingin mengajak anda semua berkampung di 📍 Muzium Padi, Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah pada 🗓️ hari Jumaat, 29 November 2024 / 27 Jamadil Awal 1446H, bermula jam 2.00 petang untuk sama-sama berkongsi tentang kisah musim, mencerap langit malam, dan berkhemah di sini.

📝 Pendaftaran boleh dibuat menerusi kod QR dalam poster program.

🔭 Jumpa anda di Muzium Padi, insyaAllah!

AstroMet Malaysia

14 Nov, 07:53


Pusat taufan super Usagi kategori 4 telah tiba di daratan wilayah Cagayan di pulau Luzon, Filipina dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 240 km/j.

Ini adalah taufan ketiga yang melanda pulau Luzon pada bulan November 2024 selepas Yinxing kategori 4 ( 220 km/j ) dan Toraji kategori 1 ( 150 km/j ).

Taufan seterusnya yang dijangka akan melanda pulau Luzon adalah Man-yi.

AstroMet Malaysia

14 Nov, 00:53


Taufan Super Usagi !

Kekuatan Usagi telah meningkat dengan mendadak dalam tempoh 12 jam terakhir dari 140 km/j ( Taufan kategori 1 ) kepada 240 km/j iaitu suatu Taufan super kategori 4.

Pusat Usagi dijangka akan tiba di daratan Santa Ana, wilayah Cagayan di Pulau Luzon, Filipina sekitar tengah hari ini ( lokasi sama pusat Taufan Yinxing Kategori 4 melanda pada awal November lalu ).
..

* Toraji semakin melemah. Ia ketika ini berstatus ribut tropika dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 75 km/j manakala ribut tropika Man-Yi (75 km/j ) menunjukkan peningkatan kekuatan dan dijangka akan mencapai status taufan pada hari ini serta perlahan-lahan bergerak ke arah Filipina.

AstroMet Malaysia

13 Nov, 02:30


Pihak Climate Prediction Center menjangkakan taburan hujan melebihi paras purata dengan kebarangkalian >50% di negara kita dalam tempoh unjuran dari 20 November sehingga 3 Disember 2024.

AstroMet Malaysia

12 Nov, 02:19


Di lembangan barat laut Pasifik ketika ini :-
- Lekukan tropika Yinxing ( 30 km/j )
- Ribut tropika Toraji ( 85 km/j )
- Ribut tropika Usagi ( 85 km/j )
- Ribut tropika Man-Yi ( 75 km/j )

AstroMet Malaysia

11 Nov, 02:48


Meriah dengan aktiviti pembentukan siklon tropika di lembangan barat laut Pasifik ketika ini.

AstroMet Malaysia

10 Nov, 23:55


Imej dari satelit GEO-KOMSAT-2A, jam 7:40 AM, 11 November 2024

AstroMet Malaysia

10 Nov, 23:42


Satelit Himawari-9 sedang mengalami masalah teknikal sejak beberapa jam yang lalu. Tiada imej dari satelit yang terkini dapat diperoleh 🥹

AstroMet Malaysia

10 Nov, 23:37


Selepas dilanda Taufan Yinxing kategori 4 pada minggu lepas, Pulau Luzon di Filipina akan dilanda Taufan Toraji kategori 1 pula hari ini yang membawa angin kencang berterusan sekitar 150 km/j.

AstroMet Malaysia

09 Nov, 17:46


Cantiknya langit malam ni 😍

AstroMet Malaysia

09 Nov, 07:44


Yinxing ketika ini sedang berada di laut China selatan berhampiran Pulau Hainan , China sebagai suatu Taufan kategori 3 dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 185 km/j.

Susulan Yinxing yang sudah berada di laut China selatan, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur dan utara semenanjung Malaysia yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

Dalam masa yang sama terdapat kawasan bertekanan rendah di semenanjung Malaysia sekaligus menyebabkan aktiviti ribut petir lebih menyeluruh di kebanyakan kawasan.

AstroMet Malaysia

08 Nov, 16:13


Wilayah Al-Jawf/jouf di Arab Saudi buat pertama kalinya turun salji baru-baru ini ?

Tapi kalau tengok rekod, tahun-tahun lalu pun pernah turun salji di utara Arab Saudi termaksuklah wilayah Al-Jawf/jouf.

Utara Arab Saudi sangat terdedah dengan sistem cuaca di rantau sekitarnya sehingga boleh menyebabkan suhu jatuh di bawah paras beku sekaligus menyebabkan salji terbentuk. Keadaan ini lazimnya berlaku ketika musim sejuk di sana.

Ya Arab Saudi ada musim sejuk. Siapa cakap tiada ? Rekod suhu paling rendah di Arab Saudi adalah -12°C yang dicatatkan di Turaif.

AstroMet Malaysia

07 Nov, 14:30


Macam mana suasana di mata taufan ?
* Lihat imej yang dilampirkan.

3:40 petang tadi, 7 November 2024, pusat mata Taufan Yinxing kategori 4 berada di sekitar Santa Ana, wilayah Cagayan, Pulau Luzon, Filipina.

Keadaan yang tenang dengan langit membiru dapat diperhatikan di bahagian mata taufan manakala di sekeliling mata terdapat dinding mata taufan yang merupakan bahagian paling dahsyat kerana kekuatan angin paling kencang berlaku di bahagian itu.

Kredit imej :- Aweng Aletnac

AstroMet Malaysia

07 Nov, 04:56


Dinding mata Taufan Yinxing kategori 4 telah menyentuh daratan Pulau Luzon, Filipina.

Dinding mata adalah bahagian yang paling dahsyat di dalam mana-mana struktur siklon tropika yang boleh menimbulkan malapetaka kerana kekuatan angin paling kencang berlaku di bahagian itu manakala Mata pula adalah bahagian yang paling tenang.

AstroMet Malaysia

07 Nov, 02:02


Yinxing mencapai kekuatan Taufan kategori 4 !

Beberapa jam sahaja lagi Taufan Yinxing akan menerjah daratan Luzon, Filipina. Ketika ini ia berstatus Taufan kategori 4 yang membawa angin kencang berterusan sekitar 220 km/j.

Unjuran model ramalan sebelum ini hanya menunjukkan Yinxing melintasi perairan Selat Luzon. Walaubagaimana terdapat perubahan pada unjuran yang menunjukkan daratan Filipina akan menjadi sasarannya.

AstroMet Malaysia

05 Nov, 11:23


Pandang ke arah barat sekarang. Malam ini Bulan sabit berada berdekatan dengan Planet Zuhrah.
😍

AstroMet Malaysia

05 Nov, 09:50


Sekitar waktu Maghrib nanti sehingga Isya', Bulan akan kelihatan berdekatan dengan Planet Zuhrah di langit arah barat.

AstroMet Malaysia

05 Nov, 05:22


KELAS PENGGUNAAN RADIO DUA HALA

(1) MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 30 November 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00 am hingga 5:00 pm
Tempat : Dewan terbuka Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Had Penyertaan : 50 pax
Penganjur : Persatuan Malim Gunung Perhutanan cawangan Negeri Sembilan (PMGPNS)

(2) TOPIK YANG AKAN DISENTUH
1. Standard Operating Prosedure (SOP) komunikasi.
2. Pemeriksaan radas (radio & antena)
3. Penggunaan pemancar ulang (repeater).
4. Demonstrasi penggunaan pengulang dan cara berkomunikasi.
5. Etika, peraturan dan perundangan.

(3) PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada ahli PMGPNS dan bukan ahli PMGPNS.

(4) YURAN PENYERTAAN
1. Ahli PMGPNS:-
- Early bird (sebelum 15/11) : RM45
- Yuran biasa : RM50
2. Bukan ahli PMGPNS:-
- Early bird (sebelum 15/11): RM55
- Yuran biasa : RM60

(5) PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah:-

https://chat.whatsapp.com/GC2QRZ4B7ZoHmBfeT2VX0d

AstroMet Malaysia

04 Nov, 16:10


Lekukan tropika tempoh hari kini berstatus Taufan kategori 1 dengan nama timangan Yinxing yang sedang berpusar-pusar di Laut Filipina dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 120 km/j

Sistem telah bergerak ke arah barat laut dan unjuran model ramalan menunjukkan ia akan melintasi Selat Luzon sebelum memasuki Laut China selatan.

Tiada kesan signifikan terhadap negara kita yang dapat diperhatikan setakat ini.

AstroMet Malaysia

03 Nov, 14:00


Satu lagi sistem siklon tropika telah terbentuk di lembangan barat laut Pasifik. Ketika ini ia berstatus lekukan tropika dan berpotensi meningkat kekuatan menjadi suatu ribut tropika dengan nama timangan Yinxing pada esok hari.

AstroMet Malaysia

03 Nov, 11:23


UTC vs Waktu Suria dan kesan terhadap waktu solat.

Waktu yang tertera pada jam analog atau digital yang kita rujuk setiap hari itu merupakan Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) yang berasaskan waktu purata Suria yang ditetapkan menjadi 24 jam sehari.

Waktu Suria (Solar time) pula berasaskan kedudukan ketara Matahari di langit yang boleh dirujuk pada jam Matahari/Sundial. Waktu Suria tidak tetap 24 jam sepanjang tahun. Ada hari waktu Suria akan melebihi 24 jam dan ada hari waktu Suria kurang dari 24 jam.

Perbezaan antara UTC dan waktu Suria ini dipanggil 'Persamaan waktu/Equation of time'. Perbezaan paling besar antara UTC dan waktu Suria dapat diperhatikan pada pertengahan Februari (kedudukan ketara Matahari lewat sekitar 14 minit dari UTC) dan awal November (kedudukan ketara Matahari awal sekitar 16 minit dari UTC).

Faktor yang menyebabkan waktu Suria tidak seragam kerana kecondongan paksi Bumi semasa mengeliling Matahari di dalam orbit yang berbentuk elips.
..

UTC hanya mengambil kira waktu purata Suria dalam tempoh sehari tanpa mengambil kira kedudukan ketara Matahari di langit. Disebabkan itu, kedudukan Matahari di langit tidak sama dengan jam yang kita rujuk setiap hari. Ada hari di mana Matahari akan terbit/terbenam awal dan sebaliknya. Sebagai contoh, hari ini Matahari sudah terbit sebelum jam 7 pagi tetapi pada bulan hadapan Matahari masih lagi belum terbit walaupun jam sudah menunjukkan 7 pagi.

Perbezaan UTC dengan waktu Suria ini telah mempengaruhi waktu solat kerana waktu solat dihitung menggunakan kedudukan Matahari di langit. Jadi jangan pelik waktu solat berubah-ubah.

AstroMet Malaysia

03 Nov, 04:14


Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di
Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac
2025. Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku

AstroMet Malaysia

02 Nov, 03:09


Di kawasan tropika seperti Malaysia contohnya, sangat jarang kita dapat menyaksikan keadaan ufuk langit yang sentiasa bebas daripada halangan setiap hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari keadaan ufuk berawan sehingga menyukarkan kita untuk menyaksikan tanda-tanda fizikal alam dengan jelas seperti piringan Matahari terbit dan terbenam, hilanganya mega merah di langit serta kemunculan fajar Sadiq yang menjadi indikasi bagi waktu solat.

Itu tidak cerita lagi masalah ufuk yang terlindung dengan bukit bukau, pokok, struktur binaan seperti rumah dan bangunan serta keadaan langit yang dicemari cahaya buatan yang terang benderang.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut dan memudahkan orang ramai, tanda-tanda fizikal alam itu telah ditafsirkan kepada definisi astronomi dan seterusnya dibuatkan formula matematik yang digunakan oleh ahli falak untuk menghitung waktu solat berkaitan.
..

Tidak salah untuk menyaksikan tanda alam bagi menentukan waktu solat. Memang sangat digalakkan tetapi pastikan dengan ilmu dan tidak semberono.

Jangan pula menidakkan jadual waktu solat yang telah disusun dengan dakwaan kononnya tidak tepat.
Formula matematik yang digunakan oleh ahli falak untuk menghitung waktu solat hasil daripada kajian dan pemerhatian di lapangan dalam tempoh masa yang panjang sehingga memperoleh ketepatan yang tinggi.

Jika ada masjid/surau yang mengumandangkan azan lebih awal berbanding tanda-tanda fizikal alam, cuba pastikan betulkah masjid/surau itu mengikuti waktu yang tertera pada jadual waktu solat. Boleh jadi ia berpunca daripada masalah teknikal di masjid/surau itu sendiri seperti beberapa kes azan Maghrib berkumandang lebih awal ketika bulan Ramadan tahun-tahun yang lalu sehingga menyebabkan orang ramai di kawasan itu berbuka lebih awal berbanding waktu sebenar.
..

* Gambar Matahari terbenam ini saya ambil di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Rezeki dapat menyaksikan keadaan ufuk langit yang bebas daripada sebarang halangan.

AstroMet Malaysia

01 Nov, 15:50


Langit masih terang tetapi azan Maghrib sudah berkumandang.

Isu sebegini tidak akan berkesudahan selagi terdapat segelintir individu yang masih tidak dapat membezakan masuk waktu Mahgrib ketika Matahari terbenam dengan kecerahan langit itu dua isu yang berlainan.

Gambar ini saya ambil ketika Matahari sudah terbenam tetapi jelas menunjukkan keadaan langit masih lagi terang.

Kenapa ?

Ketika Matahari terbenam di ufuk yang menandakan masuknya waktu solat Maghrib, langit tidak serta-merta berubah menjadi gelap gelita. Kecerahan langit akan gelap secara beransur-ansur seiring dengan kedudukan Matahari yang semakin jauh dari ufuk langit.

Keadaan ini berlaku disebabkan kesan serakan cahaya Matahari yang melalui atmosfera Bumi.

Di dalam bidang Astronomi, kesan serakan cahaya Matahari di atmosfera selepas Matahari terbenam dibahagikan menjadi tiga peringkat iaitu senja Awam, senja Nautika dan senja Astronomi. Kesan serakan tersebut berlangsung sehingga Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Kedudukan Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk merupakan indikasi bagi waktu solat Isya' di Malaysia iaitu bilamana Syafa' ahmar (mega merah) hilang dan langit menjadi gelap.
..

Kesan serakan cahaya Matahari juga berlaku sebelum Matahari terbit yang turut dibahagikan menjadi tiga peringkat. Bermula dengan fajar Astronomi, fajar Nautika dan diakhiri dengan fajar Awam. Fajar Astronomi muncul ketika Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Kedudukan Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk merupakan indikasi bagi waktu solat Subuh di Malaysia.
Ketika itu fajar Sadiq (cahaya putih yang memancar di ufuk timur berhampiran kedudukan Matahari terbit) didapati telah muncul di langit. Sebelum fajar Sadiq muncul, fajar Kazib kelihatan terlebih dahulu. Fajar Kazib kelihatan dalam bentuk cahaya yang menegak manakala fajar Sadiq kelihatan dalam bentuk cahaya yang melintang.

Waktu solat Subuh berakhir apabila Matahari terbit (Waktu Syuruk).

AstroMet Malaysia

01 Nov, 03:10


Statistik berkaitan monsun timur laut di Malaysia.

Waktu bermula dan berakhir musim monsun timur laut dipengaruhi banyak faktor. Antara faktor utama adalah keadaan semasa El Nino - Ayunan Selatan (ENSO).

Hasil tinjaun beberapa agensi meteorologi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Biro Meteorologi Australia (BoM) dan juga Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan keadaan ENSO ketika ini masih lagi berstatus neutral (bukan La Nina mahupun El Nino).

Berpandukan data yang terkumpul ketika ENSO-neutral, monsun timur laut boleh bermula seawal 20 Oktober dan paling lewat bermula pada 27 November.

Tarikh purata permulaan monsun timur laut pula sekitar 6 November ketika ENSO-neutral sedang berlangsung.
..

Berkenaan luruan sejuk atau turut dikenali sebagai luruan monsun iaitu suatu peristiwa ledakan keluar udara sejuk dari kawasan pedalaman Asia menuju ke rantau negara kita yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan berserta angin kencang pula menunjukkan luruan monsun yang pertama paling awal boleh berlaku pada 30 Oktober dan luruan monsun yang pertama paling lewat berlaku pada 13 Disember ketika ENSO-neutral.

Tarikh purata luruan monsun yang pertama ketika ENSO-neutral adalah sekitar 20 November.

Luruan monsun terakhir paling awal boleh berlaku pada 7 Januari dan paling lewat pada 5 Mac manakala purata luruan monsun terakhir pada 8 Februari.
..

Sekurang-kurangnya 3 episod luruan monsun berlaku ketika ENSO-neutral sedang berlangsung dan boleh mencapai sehingga 7 episod luruan monsun manakala purata sebanyak 5 episod luruan monsun.

AstroMet Malaysia

31 Oct, 14:28


Semakin menghampiri musim tengkujuh.

Ini merupakan data Indeks Monsun Timur Laut ( NEMI ) yang digunakan sebagai salah satu kriteria bagi menentukan bila bermula dan berakhirnya monsun timur laut.

Monsun timur laut bermula apabila NEMI bernilai negatif selama 7 hari berturut - turut dengan sekurang - kurangnya 1 hari berada pada paras -2.5 m/s ( garisan merah ke bawah ) .

Berpandukan unjuran daripada model ramalan, monsun timur laut 2024/2025 mungkin akan bermula sekitar minggu pertama November ini atau awal minggu kedua November.
..

Ini hanyalah jangkaan saya berpandukan data yang tertera. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh MetMalaysia .
..

Sama-sama kita nantikan.

AstroMet Malaysia

31 Oct, 07:34


Taufan Kong-rey membawa taburan hujan yang tinggi ke atas Taiwan.

Imej yang dipaparkan merujuk kepada jumlah hujan terkumpul di Taiwan dalam tempoh bermula dari 1200 AM sehingga 0300 PM, 31 Oktober 2024

AstroMet Malaysia

31 Oct, 06:16


Pusat Taufan Kong-rey telah menerjah daratan Taiwan sebagai suatu Taufan kategori 3 dengan membawa angin kencang berterusan lebih 200 km/j berserta hujan yang sangat lebat.

AstroMet Malaysia

30 Oct, 14:03


Tinjauan beberapa agensi meteorologi (Metmalaysia, BOM,JMA,NOAA) berkenaan El Nino-Ayunan Selatan (ENSO) masih lagi berstatus neutral (bukan La Nina mahupun El Nino) setakat hari ini.

AstroMet Malaysia

30 Oct, 10:02


Maran(Pahang),Kemaman(Terengganu),Limbang(Sarawak) telah diletakkan di bawah status berjaga-jaga gelombang haba.
* Suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.

AstroMet Malaysia

30 Oct, 08:27


Ricih angin menegak yang lemah dan suhu permukaan laut yang hangat merupakan keadaan yang sangat sesuai untuk Kong-rey meningkat kekuatan.

AstroMet Malaysia

30 Oct, 08:20


Taufan Super Kong-rey.

Kekuatan Kong-rey telah meningkat dengan sangat drastik sehingga mencapai status Taufan super Kategori 4 mengikut skala Saffir-Simpson ketika ini yang membawa angin kencang berterusan sekitar 240 km/j manakala deruan angin langkisau yang boleh datang secara tiba-tiba dan berlalu pergi mampu mencapai kelajuan lebih 290 km/j.

Keadaan persekitaran yang sesuai seperti ricih angin menegak yang lemah serta suhu permukaan laut Filipina yang hangat memungkinkan Kong-rey untuk terus mengumpul kekuatan.

Unjuran model ramalan setakat ini masih lagi menunjukkan Kong-rey akan bergerak ke arah Taiwan dan pusatnya akan menerjah daratan pada Khamis ini sebagai suatu taufan kategori 4.

Untuk rekod sejak 1945, tiada taufan yang mencapai kategori 4 pernah menerjah daratan Taiwan pada bulan Oktober. Jika berlaku, satu sejarah baru dalam bidang meteorologi akan tercipta.
..

Kesan terhadap Malaysia :-

Disebabkan kedudukan Kong-rey yang jauh dari negara kita ( berada di Laut Filipina ketika ini ), tiada kesan terlalu signifikan dapat diperhatikan.

Kong-rey mempengaruhi corak tiupan angin di rantau negara kita, menyebabkan kurang taburan hujan di kebanyakan kawasan serta suhu yang hangat. Aktiviti ribut petir terpencil masih lagi berpotensi berlaku di sebahagian kawasan.

AstroMet Malaysia

26 Oct, 15:15


Komet C/2024 S1 (ATLAS) telah memasuki medan pandangan instrumen LASCO (Large Angle Spectrometer Coronagraph) C3 yang terdapat pada Solar and Heliospheric Observatory (SOHO).

AstroMet Malaysia

26 Oct, 13:08


Beberapa jam sahaja lagi Komet C/2024 S1 (ATLAS) akan memasuki medan pandangan instrumen LASCO (Large Angle Spectrometer Coronagraph) C3 yang terdapat pada Solar and Heliospheric Observatory (SOHO).

* Ia akan muncul dari bahagian bawah sebelah kanan LASCO C3.
..

Komet C/2024 S1 (ATLAS) merupakan jenis komet Sungrazing daripada kumpulan Kruezt yang akan melintas sangat dekat dengan Matahari ketika Perihelion ( titik terdekat orbit sesuatu objek dengan Matahari ). Disebabkan kedudukan komet yang sangat dekat dengan Matahari, potensi ia musnah adalah tinggi.

Komet C/2024 S1 (ATLAS) hanya berjarak sekitar 1.2 juta km dari barycenter sistem suria ketika Perihelion pada 28 Oktober 2024.

Jangkaan awal berkenaan komet tersebut menunjukkan jika ia mampu pertahan daripada kemusnahan ketika mendekati Matahari, ia mampu bersinar cukup terang untuk disaksikan dengan mata kasar dengan kedudukan yang rendah di langit arah timur sebelum Matahari terbit.

Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian sejak beberapa hari yang lalu menunjukkan ia mungkin tidak mampu bertahan daripada kemusnahan.

Melalui cerapan SOHO nanti, kita boleh mengetahui lebih lanjut keadaan Komet C/2024 S1 (ATLAS).

Tidak perlu letak harapan yang tinggi untuk komet ini berbanding Komet C/2023 A3 (Tsuchinshan-ATLAS) yang cukup cemerlang sehingga menarik perhatian orang ramai untuk mencerapnya.

Sama-sama kita nantikan.

AstroMet Malaysia

26 Oct, 11:08


Selamat tinggal C/2023 A3 (Tsuchinshan-ATLAS) 🥹

Komet C/2023 A3 (Tsuchinshan-ATLAS) sudah semakin kelam dan semakin jauh dari Bumi.

Komet tersebut kini bersinar dengan kecerahan magnitud 5.2 ( menghampiri batas kecerahan maksimum objek langit yang boleh disaksikan dengan mata kasar iaitu sekitar magnitud 6.5)

AstroMet Malaysia

24 Oct, 00:41


Pusat Ribut Tropika Trami telah tiba di daratan Pulau Luzon, Filipina pada jam 12:30 AM, 24 Oktober 2024 dan beransur-ansur bergerak memasuki Laut China selatan.

AstroMet Malaysia

22 Oct, 09:44


Meriah

AstroMet Malaysia

22 Oct, 07:51


Terdapat satu sistem siklon tropika berstatus ribut tropika dengan nama timangan Trami sedang berpusar-pusar di Laut Filipina ketika ini dan perlahan-lahan sedang bergerak ke arah daratan Filipina dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 65 km/j manakala deruan angin langkisau yang boleh datang secara tiba-tiba dan berlalu pergi mampu mencapai kelajuan 83 km/j.

Kesan terhadap Malaysia :-

Berlaku penumpuan angin di Sabah untuk beberapa hari ini yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada yang melibatkan Sabah ; Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan berterusan dijangka boleh berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh 23 Oktober sehingga 25 Oktober 2024.

Manakala keadaan cuaca panas membahang dengan taburan hujan yang kurang boleh berlaku di kebanyakan kawasan di negara kita.

AstroMet Malaysia

22 Oct, 03:38


Pada pagi 31 Januari 2021, penduduk di beberapa kawasan di Sabah, utara Sarawak, Labuan dan Brunei dikejutkan dengan satu bunyi letupan disusuli gegaran sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Punca situasi itu berlaku adalah disebabkan Bolide ( Meteoroid berukuran besar atau Asteroid ) yang memasuki Atmosfera Bumi lalu terbakar dan meledak di udara.

Terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut dan imej jejak asap objek itu juga berjaya diambil.
..

* Boleh jadi letupan disusuli gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh lewat pagi semalam berpunca daripada Bolide tetapi tidak dapat disaksikan oleh sesiapa kerana cahaya objek yang kelam dan berlaku ketika terik mentari yang terang benderang memancar sehingga mengganggu kenampakannya.

Ini penjelasan yang paling logik yang dapat saya simpulkan berbanding bermacam-macam andaian yang meleret-leret tak ketahuan.

Tutup kes bahas topik lain pula

Kredit imej :- Astronomical Society of Brunei Darussalam ( PABD )

AstroMet Malaysia

21 Oct, 14:10


Tu ada tu komet . Kecik jerr 🥹 . Jadi lahhh.

Kecerahan komet yang kelam iaitu sekitar magnitud 4 ditambah pencemaran cahaya yang tinggi memang mencabar betul nak cerap komet 'shinchan' tu 🥹

AstroMet Malaysia

21 Oct, 10:10


Macam ada harapan saja untuk memburu komet 👀
Banyak kawasan di semenanjung langit membiru petang ini.

Boleh cuba ambil gambar komet dekat arah barat selepas Matahari terbenam nanti. Lagi ok bila langit dah semakin gelap.

* Kedudukan komet C/2023 A3 (Tsuchinshan-ATLAS) semakin meninggi di langit arah barat selepas Matahari terbenam. Jarak komet semakin hari semakin jauh dari Matahari dan kecerahannya akan semakin kelam.

Data cerapan terakhir COBS menunjukan ia bersinar dengan kecerahan magnitud 4.6

Masih ada harapan lagi untuk abadikan kenangan bersama komet tersebut.

AstroMet Malaysia

21 Oct, 08:34


Misteri bunyi letupan disusuli gegaran di sekitar Ipoh pagi tadi ( 21 Oktober 2024 ), jam 11:06 Pagi ;

- Tiada latihan melibatkan bahan letupan daripada anggota pertahanan negara ✔️
- Tiada aktiviti letupan di kuari ✔️
- Tiada gempa Bumi di rantau negara kita dalam julat masa terdekat sebelum dan semasa letupan disusuli gegaran di sekitar Ipoh ✔️
..

- Berpandukan imej satelit dan radar cuaca, keadaan cuaca dalam keadaan baik ✔️
..

- Adakah disebabkan ledakan sonik pesawat
* Perlu pengesahan pihak berkuasa penerbangan atau tentera.

- Adakah disebabkan ledakan Bolide ( Meteoroid berukuran besar atau Asteroid )
* Bermula 2 Oktober sehingga 7 November, Bumi melalui sisa debu ( Meteoroid ) yang ditinggalkan oleh komet Halley dan menghasilkan musim hujan meteor Orionids. Kemuncak hujan meteor Orionids berlaku pada 20-21 Oktober dengan kadar kenampakan meteor 10 ke 20 meteor/jam.

AstroMet Malaysia

21 Oct, 07:04


Satu bunyi letupan kuat kedengaran di sekitar Ipoh disusuli gegaran telah berlaku pada jam 11:06 Pagi tadi (21 Okt 2024). Pada lewat pagi 4 Okt 2018 juga pernah berlaku situasi yang serupa di sekitar Ipoh tetapi masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Letupan dan gegaran pada 2018 tiada kaitan dengan aktiviti di kuari ( siasatan Jabatan Mineral dan Geosains ), bukan berpunca daripada gempa Bumi (METMalaysia) atau melibatkan latihan ketenteraan (ATU).

Sama situasi dengan apa yang berlaku hari ini. Tiada aktiviti di kuari, tiada gempa Bumi atau sebarang latihan yang melibatkan letupan.

* * Misteri * *

AstroMet Malaysia

21 Oct, 05:10


- Taburan hujan di bawah paras purata dijangka berlaku di rantau negara kita pada 23 Oktober sehingga 29 Oktober dengan kebarangkalian >50% yang melibatkan seluruh semenanjung dan sebahagian kecil Sarawak.

- Taburan hujan di atas paras purata pula dijangka berlaku di Sabah dengan kebarangkalian >50% kecuali bahagian Kudat dengan kebarangkalian >65% dari 23 Oktober sehingga 29 Oktober.
..

- Taburan hujan di bawah paras purata dijangka berlaku pada 30 Oktober sehingga 5 November dengan kebarangkalian >50% yang melibatkan utara semenanjung, negeri pantai timur dan sebahagian besar Sarawak manakala >65% di tengah dan selatan semenanjung.

- Taburan hujan di atas paras purata pula dijangka berlaku di Sabah dengan kebarangkalian >50% kecuali bahagian Kudat dengan kebarangkalian >65% dari 30 Oktober sehingga 5 November.
..

AstroMet Malaysia

19 Oct, 15:26


Komet C/2024 S1 (ATLAS) ;
Satu lagi Komet yang dijangka akan bersinar dengan kecerahan yang boleh disaksikan dengan mata kasar.

Namun perlu diingat, Komet C/2024 S1 (ATLAS) merupakan Komet Sungrazing iaitu komet yang melintas sangat dekat dengan Matahari ketika Perihelion ( titik terdekat   orbit sesuatu objek dengan Matahari ). Disebabkan kedudukan komet yang sangat dekat dengan Matahari, potensi ia musnah adalah tinggi.

Komet C/2024 S1 (ATLAS) hanya berjarak sekitar 1.2 juta km dari barycenter sistem suria ketika Perihelion pada 28 Oktober 2024.

* Komet C/2024 S1 (ATLAS) berada di sekitar langit arah timur dan boleh dicerap sebelum Matahari terbit. Data cerapan daripada COBS pada 19 Oktober menunjukan komet tersebut bersinar dengan magnitud 8.6 ( masih kelam ). Jika ia mampu bertahan ketika perihelion, magnitud kecerahannya dijangka boleh disaksikan dengan mata kasar tetapi kedudukannya agak rendah dari ufuk sebelum Matahari terbit.

Adakah ia mampu bertahan daripada kemusnahan ?
Adakah ia cukup terang untuk disaksikan dengan mata kasar ? Sama-sama kita nantikan.