SarahCikguSejarah @sarahcikgusejarah Channel on Telegram

SarahCikguSejarah

@sarahcikgusejarah


Setiap persoalan, kemusykilan, pertanyaan,blh direct PM @PnSarahNoor

SarahCikguSejarah (Malay)

SarahCikguSejarah adalah sebuah saluran Telegram yang ditubuhkan oleh seorang guru yang berpengalaman dalam bidang Sejarah, Puan Sarah Noor. Dengan saluran ini, beliau menyediakan platform kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan dalam mata pelajaran Sejarah. Bukan sahaja beliau memberikan jawapan kepada soalan-soalan tentang Sejarah, malah beliau juga membantu dalam menyelesaikan kemusykilan dan persoalan yang berkaitan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Puan Sarah Noor melalui PM di @PnSarahNoor. Dengan bimbingan dan sokongan beliau, anda pasti dapat meningkatkan pemahaman anda dalam mata pelajaran Sejarah. Sertai SarahCikguSejarah hari ini dan mula capai kejayaan anda dalam bidang Sejarah!

SarahCikguSejarah

02 Jan, 08:51


Takwim 2025 latest, pindaan negeri Johor

SarahCikguSejarah

24 Dec, 02:08


Secara Dalam Talian
Pautan Youtube IABCUKPM:
https://youtu.be/RBeTMHhou-0

SarahCikguSejarah

20 Dec, 02:25


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Saksikan Webinar Penyelidikan dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Anjuran: Jabatan Penyelidikan Pendidikan, Pusat Penyelidikan dan Penilaian, Institut Aminuddin Baki

Tajuk:
Pulangan Pelaburan Pendidikan
(Return on Investment in Education)

Tarikh: 20.12. 2024/Jumaat
Masa: 10:00pg

AHLI PANEL:
YBrs. Dr. Afifuddin Husairi bin Mat Jusoh@Hussain
Timbalan Dekan (Akademik),
Pusat Pengajian Citra Universiti,
Universiti Kebangsaan Malaysia

KETUA PUSAT: YBrs. Dr. Redzuan bin Jantan
Pusat Penyelidikan dan Penilaian, Institut Aminuddin Baki

MODERATOR: YBrs. Dr. Siti Fairuz binti Murshid
Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan Pendidikan,
Institut Aminuddin Baki

Secara dalam talian melalui Laman Youtube di pautan:
https://youtu.be/0VWMqw6X8-U

SarahCikguSejarah

17 Dec, 06:40


Hari ini 121 tahun yang lalu, Wright bersaudara berjaya melakukan penerbangan pesawat yang pertama.

Dua beradik Wright, Wilbur (1867-1912) & Orville (1871-1948) lahir & membesar di Dayton, Ohio. Mereka mula meminati dunia penerbangan sekitar 1890-an selepas membaca tentang peluncur ciptaan jurutera Jerman, Otto Lilienthal.

Wilbur & Orville tak lanjutkan pelajaran ke kolej, namun mereka punyai kemahiran teknikal luar biasa. Mereka membina mesin cetak, kemudian membuka kedai basikal & hasil perniagaan ini dilaburkan dalam usaha mencipta pesawat pertama dunia.

Selepas pelbagai fasa kajian, mereka mula membuat ujian penerbangan dengan prototaip yang dibangunkan. Kitty Hawk, sebuah kawasan terasing di utara California berpadang pasir landai yang luas & berangin stabil menjadi tempat ujian mereka.

Percubaan pertama pada 1900 gagal & pelbagai fasa penambahbaikan dibuat. Mereka membina terowong angin di mana lebih 200 model sayap pelbagai bentuk diuji, hingga berjaya menerbangkan peluncur dengan sistem kawalan pada 1902.

Mereka kemudian membangunkan enjin 12 kuasa kuda untuk dipasang pada pesawat & membuat percubaan pertama penerbangan berenjin pada 14 Disember 1903. Namun enjin mati semasa berlepas & pesawat rosak akibat pendaratan kurang kemas.

Selepas 3 hari dibaiki, akhirnya tepat 10.35 pagi 17 Disember 1903, pesawat dinamakan “Flyer” itu dilancarkan & berjaya terbang selama 12 saat sejauh 120 kaki. 3 lagi ujian dibuat & penerbangan terakhir dipandu Wilbur mencatat masa 59 saat sejauh 852 kaki.

Untuk beberapa hari kemudian, mereka terus menambahbaik pesawat itu dalam kerahsiaan untuk melindungi hakcipta. Menjelang 1905, “Flyer” berupaya melakukan pemanduan lebih kompleks & kekal di udara untuk sekurang-kurangnya 39 minit.

Pada 1908, Wilbur & Orville membuat demonstrasi penerbangan awam pertama di Perancis. Mereka kemudian menubuhkan Wright Company untuk membina & memasarkan pesawat ciptaan mereka sesudah patennya diperoleh.

*Gambar: Detik bersejarah penerbangan sulung “Flyer” dipandu Orville, disaksikan Wilbur di sisi pesawat itu.

Sumber: History, Library of Congress, This Day in Aviation, Rancak TV

#PeristiwaHariIni

SarahCikguSejarah

16 Dec, 21:17


Stress nk sediakan proposal?
DM ye @PnSarahNoor

SarahCikguSejarah

12 Dec, 06:37


Sertai kuiz u-Pustaka di pautan https://forms.gle/2A2i14Ec3PAWJMbR8 dan jawab 10 soalan mudah. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira umur.
.
Hadiah Wang tunai RM50 menanti 10 pemenang bertuah. E-sijil disediakan. Tertakluk pada syarat.

SarahCikguSejarah

11 Dec, 11:01


Gambar menunjukkan Perhentian Bas Muar era 1970an — juga dikenali sebagai Tangga Batu kerana wujudnya tangga batu bot penambang milik Syarikat Penambang Muar. Kelihatan bas milik Syarikat Lian Hoe Omnibus Sdn.Bhd dan bas lainnya perkhidmatan beca roda tiga yang dipanggil teksi serta perhentian teksi dan kereta sewa.

Kredit gambar kepada pemiliknya.

SarahCikguSejarah

19 Nov, 08:15


That's me

SarahCikguSejarah

19 Nov, 08:15


Ambivert🥸

People are usually divided into 2 categories: extroverts and introverts. But there is a third type - the universal ambivert.

This is a psychotype that combines the qualities of both. He feels great in company. He enjoys communication, but periodically needs solitude.

Being an ambivert is the most convenient thing in life. And that's why:

- Wide circle of contacts. He approaches friends in an introverted way - thoughtfully and selectively. Not limited to a couple of people.

- Emotional elasticity. The ambivert will not be sad for a long time: he quickly finds the cause of the disorder and eliminates it.

- Easily switches between the roles of observer and doer. An excellent interlocutor, because he can both listen and tell interesting stories.

- Adapts to any circumstance. Both physically and mentally.

- High level of empathy. Understands and feels the problems of others. Helps to overcome them.

And these are just the brightest features. Becoming an ambivert is not so easy, but it is possible. Try it.

SarahCikguSejarah

17 Nov, 23:15


Cerita semlm, 17 Nov 2024.. joy and tears 2022-2024

SarahCikguSejarah

15 Nov, 00:59


Hari ini 36 tahun yang lalu, Yasser Arafat mengisytiharkan kemerdekaan Palestin.

Pembentukan negara haram Israel di bumi Palestin pada 1948 membawa kepada pengusiran serta pembunuhan puluhan ribu penduduk asalnya oleh rejim Zionis. Tahun-tahun berikutnya, konflik bersenjata & percubaan rundingan silih berganti, namun terus buntu.

Peluasan jajahan & penindasan Zionis di Palestin kian dahsyat hingga meletus Intifada Pertama digerakkan gabungan kumpulan pejuang pembebasan Palestin pada Disember 1987. Perkembangan penentangan yang memberangsangkan membawa kepada sidang tergempar Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) pada 12-15 November 1988.

Pada sesi penutupan sidang ke-19 PNC yang berlangsung di Algiers itu, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin yang ditulis oleh penyair Mahmoud Darwish, menamakan Al-Quds (Jerusalem) sebagai ibu negaranya.

Justifikasi undang-undang kepada pengisytiharan tersebut adalah berdasarkan Resolusi 181 (II) Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947, yang memperuntukkan penamatan & pembahagian wilayah Mandat British kepada 2 negara - gagasan yang ditentang Zionis.

Pada 15 Disember 1988, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Resolusi 43/177, mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Palestin (pada 2012 Palestin diberi status pemerhati bukan ahli PBB). April 1989, Majlis Pusat PLO dengan rasminya melantik Arafat sebagai Presiden Palestin yang pertama.

3 tahun selepas deklarasi tersebut, Palestin memulakan rundingan dengan Israel di Madrid pada 1991, seterusnya membawa kepada Perjanjian Oslo pada September 1993 & disusuli beberapa lagi perjanjian dalam usaha merealisasikan penyelesaian 2 negara.

Bagaimanapun rejim Zionis memungkiri janji-janjinya, terus memperkuat cengkamannya terhadap tanah Palestin yang dijajah, membina lebih banyak penempatan haram & menindas rakyat Palestin hingga hari ini.

Sumber: WAFA, PBB, The Interactive Encyclopedia of the Palestine Question

#PeristiwaHariIni

SarahCikguSejarah

12 Nov, 12:42


Malaysia bersedia menerajui ASEAN sebagai Pengerusi, dengan tujuan memupuk kerjasama dan kemakmuran demi masa depan yang lebih cerah. Tahniah 🇲🇾

#MYASEANChair2025
#KeterangkumanDanKemampanan
#InclusivityAndSustainability
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#JabatanPenerangan

SarahCikguSejarah

10 Nov, 06:55


Jom sertai dan terokai dunia #sains! 🌱

📅 Tarikh Kuiz: 10 – 11 November 2024 (Ahad - Isnin)
🔗 Pautan Kuiz: https://forms.gle/XXFUprRD18RXrbYr6
👩‍🎓 Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua murid bermula dari Tahun 4

#Sains #HariSainsSedunia #SainsUntukKeamanan #SainsUntukPembangunan #EngagingMinds #EmpoweringFuture #STEMuntukSemua #PendidikanSTEM

SarahCikguSejarah

04 Nov, 23:22


Hari ini 89 tahun yang lalu, permainan “Monopoly” dilancarkan oleh Parker Bros.

Sejarah “Monopoly” bermula pada 1903 di Washington, DC, apabila Elizabeth Magie, seorang jurutrengkas, pelakon teater, feminis & penulis, mencipta sejenis permainan yang diharap dapat menjelaskan teori pencukaian ekonomis Henry George.

Tujuannya sebagai alat pendidikan, untuk menggambarkan aspek negatif monopolisme dalam pemilikan hartanah. Magie mendapat paten ciptaannya itu yang dinamakan “The Landlord’s Game” pada 1904, dihasilkannya sendiri & mula dijual pada 1906.

Magie mencipta 2 jenis set peraturan: set anti-monopolis di mana semua pemain mendapat ganjaran apabila kekayaan terhasil, & set monopolis di mana matlamatnya untuk memiliki semua lot tanah yang ada & menjatuhkan pemain lain.

Pada 1923, Magie mempatenkan sekali lagi permainan itu. Menjelang 1930-an, beberapa variasi berdasarkan konsep “The Landlord’s Game” dimainkan apabila popularitinya meluas khususnya dalam kalangan komuniti Quaker & intelektual berhaluan kiri.

Ia diperkenalkan kepada seorang penganggur, Charles Darrow oleh rakannya Charles Todd pada 1932, yang kemudian mengolah permainan itu lalu dijual hakciptanya dengan nama “Monopoly” kepada syarikat pengeluar permainan, Parker Brothers.

Parker Bros. mula memasarkan “Monopoly” pada 5 November 1935 & patennya diberi kepada Darrow pada Disember 1935. Ia menjadi sensasi, terjual lebih 278,000 unit pada tahun pertamanya & lebih 1.75 juta unit pada tahun berikutnya.

Apabila syarikat itu mengetahui Darrow bukan pencipta tunggalnya, mereka membeli hakcipta permainan itu daripada Magie. Namun Magie sekadar dibayar $500 & Darrow terus membina kekayaan hasil royalti daripada penjualan “Monopoly.”

Walaupun terus popular hingga hari ini, permainan itu hilang hubungannya terhadap Magie & hasrat sebenar beliau untuk menjadikannya sebagai satu kritikan terhadap ketamakan Amerika.

*Gambar: Set edisi pertama Monopoly, 1935.

Sumber: The Guardian, Britannica, Smithsonian Mag.

#PeristiwaHariIni

SarahCikguSejarah

02 Nov, 15:18


PEMENTASAN TEATER PELAYARAN PANGLIMA AWANG

Pisang Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan (BPI) akan mengadakan pementasan Teater Pelayaran Panglima Awang pada 2 November 2024 (Sabtu), pukul 8.30 malam dan pada 3 November 2024 (Ahad), pukul 2.45 petang bertempat di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan pas masuk dengan menghubungi Encik Razali melalui talian 017-640 7003.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa

SarahCikguSejarah

30 Oct, 11:24


Selamat Hari Deepavali!

Semoga pesta cahaya kali ini membawa kegembiraan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada anda dan keluarga.

Manfaatkan kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.

SarahCikguSejarah

27 Oct, 08:30


Jadual Gaji 2025

SarahCikguSejarah

25 Oct, 02:07


School Leadership Matters Summit 2024
Tarikh:5 hingga 7 November 2024

Masa:11.00 am (UTC) hingga 2.00 pm (UTC) /

7.00 pm (MYT) hingga 10.00 pm (MYT)

Zoom:Aplikasi Zoom

mendaftar di pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScCbTzPmHvmlftbS_KQ1_4ac-QX0XLQLY4jrW3S4X4smfPZnw/viewform

Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh diperolehi melalui pautan rasmi Global School Leaders iaitu seperti berikut: https://www.globalschoolleaders.org/slmsummit2024.

SarahCikguSejarah

23 Oct, 13:36


Jom beramai-ramai ke Karnival Cuti-Cuti Malaysia pada 25-27 Oktober depan bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay. Banyak aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk tawaran diskaun pakej pelancongan dosmestik sehingga 50 peratus dari lebih 100 pempamer.

#MOTAC #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

SarahCikguSejarah

23 Oct, 13:26


Jom sertai Astro AWANI sebagai Penyampai Berita!

Anda berbakat dan berminat dalam bidang penyiaran? Ini peluang untuk anda membina karier bersama Astro AWANI!

Jumpa kami di #JiwaSME untuk sesi uji bakat bersama Astro AWANI di Central i-City, Shah Alam pada minggu ini 25-27 Oktober!

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my

#JiwaSME2024 #JelajahJiwaSME

SarahCikguSejarah

23 Oct, 02:22


Karnival Pendidikan STEM Kebangsaan 2024 akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2024 bertempat di Albukhary International University (AIU), Alor Setar Kedah. Karnival ini bakal menyediakan platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang akan diadakan. Pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam Karnival STEM berfokuskan kepada kemahiran fizikal dan aplikasi digital dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. Selain itu, pengisian lain seperti bengkel , komunikasi dan pameran berkaitan STEM juga akan diadakan yang melibatkan agensi kerajaan, bukan kerajaan dan industri. Maklumat berkaitan karnival boleh didapati di laman sesawang: https://bit.ly/kstem2024 .

SarahCikguSejarah

20 Oct, 04:18


Hari ini 13 tahun yang lalu, Muammar Gaddafi terbunuh.
Lahir dalam keluarga Badwi dekat Sirte, di Libya yang dijajah Itali, perjuangan nasionalis Gaddafi bermula sejak sekolah lagi. Menyertai tentera, beliau mendaki hierarki & memimpin sekumpulan revolusioner tentera menggulingkan Raja Idris lalu menjadi pemerintah Libya pada September 1969.

Matlamatnya - menyingkir segala unsur kuasa Barat di Libya. Rejimnya membelakangi banyak gerakan ekstrem anti-Barat di seluruh dunia. Gaddafi dituduh bertanggungjawab terhadap banyak insiden pengeboman, terutamanya tragedi Pan Am 103 pada 1988 & UTA 772 pada 1989. Gaddafi menyeru penyatuan Arab & mencadangkan penyatuan Afrika untuk mendepani ancaman Barat.

Meletus Kebangkitan Arab di awal 2011, tumbang rejim-rejim totalitarian di Tunisia & Mesir, akhirnya merebak ke Libya. Gaddafi menggunakan kekerasan untuk meredam pemberontakan, mencetuskan Perang Saudara Libya. Kumpulan penentang membentuk Majlis Peralihan Nasional (NTC) sebagai pentadbiran alternatif kepada rejim Gaddafi.

Konflik mengundang campur tangan PBB yang meluluskan Resolusi 1973 pada Mac untuk membenarkan kemasukan NATO ke negara itu. Gaddafi yang semakin ditekan lari bersembunyi, sambil mengatur pergerakan tenteranya. Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Gaddafi.

Gandingan NTC & NATO berjaya menakluk Tripoli pada 23 Ogos 2011. Tumbangnya pemerintahan Gaddafi, namun keberadaannya tak diketahui. Pertempuran demi pertempuran berlarutan untuk 2 bulan seterusnya hingga memaksa Gaddafi berundur ke Sirte, kubu terakhirnya.

Sekitar 8 pagi 20 Oktober, konvoi Gaddafi dibom NATO. Beliau lari bersembunyi di dalam sebuah terowong saliran di tapak pembinaan berdekatan, sebelum ditemukan oleh militan penentangnya. Gaddafi dipercayai mati dalam kekecohan ketika ditawan & kemudian dikebumikan di gurun, di lokasi yang tak diberitahu.

Sumber: Biography, Sputnik News

#PeristiwaHariIni

SarahCikguSejarah

20 Oct, 04:17


Kejuruteraan ontologi: Teras teknologi pintar masa kini

https://www.sinarharian.com.my/article/692017/berita/cetusan/kejuruteraan-ontologi-teras-teknologi-pintar-masa-kini