Nota Hibah, Wasiat & Pusaka @notahibahwasiatpusaka Channel on Telegram

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

@notahibahwasiatpusaka


Selamat datang ke Channel Nota Hibah, Wasiat & Pusaka. Sebarang pertanyaan boleh telegram ke 011-21667126. 😊

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka (Malay)

Selamat datang ke Channel Nota Hibah, Wasiat & Pusaka. Jika anda mencari maklumat mengenai hibah, wasiat, atau pusaka, anda berada di tempat yang betul! Channel ini menyediakan pelbagai informasi berkaitan dengan proses hibah, penulisan wasiat, dan penjagaan harta pusaka. Dengan bimbingan dan tips yang diberikan di sini, anda boleh memahami dengan lebih jelas mengenai hak anda dalam urusan hibah, wasiat, dan pusaka. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan untuk menghantar mesej melalui Telegram ke nombor 011-21667126. Kami akan berusaha untuk membantu anda sebaik mungkin. Sertai kami di Channel Nota Hibah, Wasiat & Pusaka sekarang untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan penting dalam melindungi harta anda untuk generasi akan datang. 😊

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

19 Nov, 03:39


[𝐅𝐚𝐭𝐭𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐢𝐧 𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥, 𝐚𝐩𝐚 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐛 𝐅𝐚𝐭𝐢𝐦𝐚 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢?]

Ramai betul yang risau bila aktor ramai peminat ni membuat keputusan untuk meletakkan nama ibu beliau sebagai penama untuk hibah takaful. Habis tu, apa nasib anak beliau nanti, Fatima?
Sebenarnya, ramai yang masih belum faham tentang konsep takaful ni.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang Fattah dah buat, jemput dengarkan perkongsian ini ya!

https://vt.tiktok.com/ZSjmjgKLB/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

11 Nov, 04:55


𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍: 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐔𝐍𝐘𝐀?
𝗔𝗗-𝗗𝗛𝗜𝗬𝗔 🌙 𝘅 𝗣𝗘𝗖𝗨𝗡𝗜𝗔𝗥𝗬 💸
Assalamualaikum semua!
Sejak kebelakangan ini, isu pembahagian harta menjadi topik hangat dalam kalangan pasangan suami dan isteri di Malaysia. Ingin tahu pencerahan lebih mendalam tentang isu ini?
Sertai bual bicara bersama tetamu undangan kami:
🎙️ : 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐢𝐟 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐚𝐫𝐢, Perunding Pengurusan dan Perancangan Harta Islam
🎙️ : 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐡𝐚, Peguam Syarie dan Pesuruhjaya Sumpah
🗓️ : 11 November 2024, Isnin
🕘 : 21:00
Siaran langsung di YouTube:
https://youtube.com/live/otdZqxbbis8?feature=share
Siaran langsung di Facebook:
https://www.facebook.com/events/499437086427695/
Jangan lupa temu janji kita! 😉
“𝑬𝒙𝒑𝒍𝒐𝒓𝒆 𝑪𝒓𝒆𝒂𝑻𝑽𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝑰𝑰𝑼𝑴𝑻𝑽”
Salam,
IIUMTV 2024/2025
📌 Ikuti kami di IIUMTV untuk mengetahui perkembangan terkini
📲 https://linktr.ee/iiumtvofficial

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

11 Nov, 04:03


Hutang saman polis wajib Bayar tak?

https://vt.tiktok.com/ZSjDdr1SL/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

#RancangKeranaSayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #KausarGroup #WasiyyahShoppeBerhad #hibahhartakelantan #hibahtanahkelantan #hibahrumahkelantan

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

11 Nov, 02:28


Ayah bercerai dengan ibu, tak ambil tahu hal anak, dapat bahagian faraid ke tidak?

https://vt.tiktok.com/ZSjDd2TUm/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak
𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

#RancangKeranaSayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #KausarGroup #WasiyyahShoppeBerhad #hibahhartakelantan #hibahtanahkelantan #hibahrumahkelantan

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

05 Nov, 13:42


Pusaka dan Faraid, apa yang kita perlu tahu?
.
Boleh rujuk info grafik di bawah.
.
Semoga apa pun pilihannya, pastikan bukan pilihan yang haram, sebaliknya yang dapat memberi pahala kepada semua ahli waris.
.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak
𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
#rancangkeranasayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #amanah #KausarGroup #KausarEastCoastRegion #WasiyyahShoppeBerhad #SyarikatAmanahPatuhSyariah #hibahrumahkelantan #hibahhartakelantan #hibahtanahkelantan

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

04 Nov, 10:16


Tebus bahagian faraid guna duit hibah takaful vs hibahkan terus rumah kepada isteri dan anak.
.
Mana lagi bagus dan lagi jimat? Jemput dengarkan perkongsian ini.

#RancangKeranaSayang #hibah #wasiat #faraid #hibahhartakelantan #hibahtanahkelantan #hibahrumahkelantan

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

04 Nov, 01:16


Soalan berkaitan hibah takaful.

Mula-mula beri kepada mak sebab masih bujang. Lepas kawen, nak tukar beri kepada mak dan isteri, boleh ke tidak?

#RancangKeranaSayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #amanah #KausarGroup #WasiyyahShoppeBerhad

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

03 Nov, 03:56


[𝐄𝐧𝐚𝐦 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚]
Jika anda tergolong dalam kategori ini, ini bermaksud anda adalah antara golongan yang perlu membuat perancangan harta semasa hidup.
Kategori tersebut adalah:
1) Pasangan yang belum direzekikan zuriat.
2) Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja.
3) Pasangan yang mempunyai anak angkat.
4) Pasangan yang membeli rumah secara bersama.
5) Pasangan yang mempunyai anak istimewa
6) Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun.

Kenapa mereka ini tergolong dalam golongan kritikal untuk merancang harta? Nak tahu kenapa, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
#rancangkeranasayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #amanah #KausarGroup #KausarEastCoastRegion #WasiyyahShoppeBerhad #SyarikatAmanahPatuhSyariah #hibahrumahkelantan #hibahtanahkelantan #hibahhartakelantan

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

29 Oct, 04:02


Beli kereta sambung bayar, tak tukar nama dalam geran.

Apakah implikasi dari sudut pewarisan harta?

Jom belajar!

#rancangkeranasayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #KausarGroup
https://vt.tiktok.com/ZSjFMSjVj/

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

09 Oct, 00:56


Hutang si mati pun wajib faraid?

Jom belajar!

https://vt.tiktok.com/ZS2vT3Db8/

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

11 Sep, 03:56


[𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐌𝐚𝐥 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝?]

Dalam beberapa situasi, Bailtulmal jugak boleh menjadi waris Faraid.

Antara situasi tersebut adalah termasuk:

1) Mereka yang tidak lagi mempunyai susur galur ahli keluarga yang masih hidup.

2) Muallaf yang masuk Islam secara berseorangan.

3) Muallaf yang berkahwin tetapi tidak direzekikan zuriat.

4) Mualaf yang dberkahwin dan direzekikan zuriat perempuan sahaja.

Dalam video ini, Shiqien kongsikan bagaimana balu dan anak-anak menebus bahagian faraid kepada pihak Baitulmal untuk membolehkan mereka memiliki rumah pusaka yang ditinggalkan secara penuh.

Ini adalah perkongsian dari kisah benar yang dilalui oleh perunding kami sendiri.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

#rancangkeranasayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #amanah #KausarGroup #WasiyyahShoppeBhd #hibahrumahkelantan #hibahtanahkelantan #hibahhartakelantan

https://www.facebook.com/share/v/WbwJXeCFWUQaBFrm/?mibextid=qi2Omg

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

10 Sep, 04:13


[𝐈𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐮𝐝𝐮𝐭 𝐩𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦]

Proses mengambil anak angkat ini biasanya ada dua cara, iaitu cara yang sah dan cara yang tidak sah.

𝟏) 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡
Cara yang sah ini adalah dengan cara mendaftarkan melalui pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan mempunyai dokumen yang lengkap.

Proses pengangkatan yang berdaftar ini mudah dirujuk melalui dokumen pengenalan diri. Boleh rujuk video tentang perbezaan antara pengangkatan yang sah dengan yang tidak sah.

𝟐) 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐡
Cara yang tidak sah atau tidak berdaftar ini, adalah dengan cara terus meletakkan nama bapa angkat di surat beranak dan sehingga kepada kad pengenalan, anak tadi dibin atau dibintikan kepada bapa angkat.

𝐈𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚

Jika proses pengangkatan itu berlaku dalam keadaan yang tidak sah atau tidak berdaftar, dikhuatiri perkara berikut akan berlaku:

1) Anak angkat terambil bahagian hak waris bagi faraid ibu dan bapa angkat, kerana tidak mengetahui status beliau.

2) Waris kepada ibu dan bapa kandung terambil hak adik beradik kandung mereka sendiri, kerana tidak tahu tentang status anak tersebut.
Oleh itu, kepada ibu dan bapa di luar sana yang ingin mengambil anak angkat, eloklah ambil secara sah dan berdaftar, untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak
𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
#rancangkeranasayang #hibah #wasiat #pusaka #faraid #amanah #KausarGroup #WasiyyahShoppeBhd #hibahrumahkelantan #hibahtanahkelantan #hibahhartakelantan

https://www.facebook.com/share/v/b5cXZnGEp8zRdaiw/

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

03 Sep, 01:43


[𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐥𝐨𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐮𝐥𝐮, 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡?]

Soalan ini datang dari salah seorang penjawat awam di mukabuku.

Pertama, apa yang kita perlu faham adalah, apabila salah seorang meninggal, apa yang berlaku terhadap hutang dan pemilikan harta.

📌𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝟏: 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮.

𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧: 50% bahagian suami akan menjadi pusaka suami. Perlu diberika kepada waris faraid suami yang berhak.

𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠: Isteri akan membayar secara penuh rumah tersebut, kerana hutang sepenuhnya berada pada suami.

📌𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝟐: 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮.

𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧: 50% bahagian isteri akan menjadi pusaka isteri dan perlu diagihkan kepada waris faraid isteri.

𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠: Hutang rumah akan terlangsai dengan takaful yang telah dicarum ketika membeli rumah. Suami tidak lagi perlu membuat apa2 bayaran, (jika tidak ada sebarang masalah dengan tuntutan di pihak takaful).

𝐒𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 untuk memastikan isteri tidak terbeban jika suami meninggal dunia terlebih dahulu adalah dengan cara, suami boleh mencarum hibah takaful untuk memastikan duit takaful tadi boleh membantu meringankan beban isteri, kerana telah dinyatakan bayaran semasa hidup dikongsi secara bersama.

𝐒𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 pula, kedua-dua pasangan boleh menghibahkan bahagian masing2 kepada pasangan mereka, suami hibah kepada isteri, isteri hibah kepada suami. Atau jika mereka mempunyai anak-anak, boleh hibahkan kepada anak-anak. Ini kerana, jika berlaku kematian serentak, anak-anak solid mendapat rumah tersebut secara 100%.

Penerangan lanjut di TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS2D62seS/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

11 Aug, 01:55


[𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐧 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚?]

Secara asasnya, anak tiri bukanlah waris faraid yang berhak mewarisi pusaka si mati.
.
Namun begitu, ada situasi yang boleh menyebabkan anak tiri mewarisi pusaka si mati, sebagai contoh jika berlaku kematian berlapis.
.
Jemput dengarkan penerangan lanjut di:
📲TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS2d9qxHn/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak
𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

31 Jul, 01:29


[𝐁𝐞𝐳𝐚 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚: 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮]

Dalam dunia perancangan kewangan dan pengurusan harta, memahami perbezaan antara hibah takaful dan hibah harta adalah penting. Kedua-duanya adalah cara untuk memastikan kesejahteraan keluarga, tetapi berfungsi dengan cara yang berbeza. Mari kita lihat perbezaan utama antara hibah takaful dan hibah harta.

𝟏. 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥: 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧

Hibah takaful adalah bentuk perlindungan kewangan yang disediakan melalui polisi takaful. Ia bertujuan untuk memberi manfaat kewangan kepada penerima hibah apabila berlakunya kematian atau ketidakupayaan peserta takaful.

𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧: Memberi perlindungan kewangan kepada penerima hibah (biasanya ahli keluarga) jika berlaku kematian atau cacat kekal.

𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧: Apabila peserta takaful meninggal dunia atau menjadi tidak mampu, jumlah pampasan yang dijanjikan dalam polisi takaful akan diberikan kepada penerima hibah yang telah ditetapkan.

𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭: Penerima hibah akan mendapat sejumlah wang yang telah dipersetujui, membantu mereka menguruskan kewangan dalam masa sukar.

𝟐. 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚: 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩

Hibah harta adalah pemberian harta yang dilakukan semasa pemberi masih hidup. Ia melibatkan ijab qabul secara sukarela di antara pemberi dan penerima hibah.

𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧: Memberi harta kepada kepada sesiapa yang diingini semasa pemberi masih hidup.

𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧: Pemberi hibah menyediakan dokumen pengistiharan hibah. Antara harta yang boleh dihibahkan termasuklah rumah, tanah, kenderaan, akaun bank, asb, Tabung Haji.

𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭: Penerima hibah mendapat hak milik penuh ke atas harta yang diberikan dan hasrat pemberi hibah tercapai.

𝟑. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚-𝐝𝐮𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢?

Memahami perbezaan antara hibah takaful dan hibah harta membolehkan anda membuat keputusan yang bijak dalam merancang masa depan keluarga. Pastikan anda mendapat nasihat yang betul dan membuat perancangan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.

Video penerangan lanjut boleh tonton di sini ya:
📲Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSYwRd5Cx/
📲Fb Reels : https://www.facebook.com/share/r/487iQCyWQkViGeNc/?mibextid=xfxF2i

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

30 Jul, 02:05


[𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐭𝐥𝐚𝐤 𝐯𝐬 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭]

Ramai antara kita yang bila nak buat hibah, tak tahu nak pilih hibah jenis hibah yang mana satu. Nak buat hibah mutlak ke, atau hibah bersyarat?

Dalam infografik di bawah, Shiqien ada kongsikan perbezaan di antara hibah mutlak dan hibah bersyarat. Nak buat hibah yang mana satu, pilihan berada di tangan pemberi hibah ya!

Jemput untuk tonton video penerangan tentang hibah mutlak vs hibah bersyarat ini di:

📲Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSYTPr2KE/
📲Reels : https://www.facebook.com/share/r/BJz4sy8NRKxY73tQ/?mibextid=qi2Omg

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

https://www.facebook.com/share/p/r1aB9nSVMQwJd7Xd/?mibextid=xfxF2i

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

25 Jul, 02:23


𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭!

📌Adakah anda sedang mencari peluang untuk bekerja secara fleksibel, sambil berpeluang menjana saaham akhirat mebantu umat Islam?

📌Mahu bekerja dengan kumpulan yang penuh semangat dan sentiasa memberi sokongan?

Di Kausar Group, kami percaya bahawa kejayaan bermula dengan kerjasama yang baik dan kepemimpinan yang hebat. Kausar Group terdiri daripada individu-individu yang berinspirasi dan berdedikasi, yang sentiasa bersedia untuk memimpin dan membimbing anda ke arah kejayaan.

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐬𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐩𝐞 𝐁𝐡𝐝 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩?

𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢: Kami mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan sentiasa komited untuk melihat setiap ahli pasukan berjaya. Mereka bukan sahaja memimpin, tetapi juga menjadi mentor yang akan membantu anda mencapai potensi maksimum anda.

𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠: Dengan sokongan dan sistem yang disediakan, anda akan mempunyai peluang untuk menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan. Kami menyediakan latihan yang berkualiti tinggi dan komprehensif untuk memastikan anda sentiasa dapat berada di hadapan dalam industri ini.

𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: Di sini, anda tidak akan berjuang seorang diri. Kumpulan kami sentiasa ada untuk memberi sokongan dan tunjuk ajar, memastikan anda kekal fokus dalam menambah nilai kepada ummah.

𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐇𝐚𝐝: Kami menyediakan platform yang fleksibel dan peluang tanpa had untuk memastikan anda mencapai impian dan matlamat anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perunding kumpulan Kausar Group yang luar biasa hebat,
𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝟗 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭.

Sertai kami di Wasiyyah Shoppe Bhd melalui Kausar Group dan mulakan perjalanan anda ke arah kerjaya yang dapat membantu membina saham akhirat, membantu umat Islam merancang harta.

Untuk pendaftaran, jemput klik link di bawah ya.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak
𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

25 Jul, 02:23


Photo from Noorashiqien binti Ishak

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

25 Jul, 01:19


https://www.facebook.com/share/r/rj2qNNh93BHSSPfV/?mibextid=qi2Omg

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

24 Jul, 01:32


[𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡: 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮]

Dalam pengurusan harta dan perancangan kewangan, memahami perbezaan antara penama dan penerima hibah adalah penting untuk memastikan segala urusan harta dilakukan dengan betul. Mari kita lihat apa sebenarnya yang membezakan kedua-dua istilah ini.

𝟏. 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚: 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐚 𝐅𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢𝐧𝐲𝐚?

Penama adalah individu atau entiti yang anda tetapkan untuk menguruskan dan mengendalikan aset tertentu, biasanya dalam konteks akaun bank, polisi insurans, atau pelaburan. Penama bertanggungjawab untuk menguruskan harta tersebut mengikut arahan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda.

𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚: Menguruskan aset atau akaun apabila pemiliknya tiada.

𝐇𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚: Penama tidak mempunyai hak milik atau penguasaan atas aset tersebut. Mereka hanya bertindak sebagai pengurus untuk memastikan harta diagihkan mengikut kehendak pemilik.

𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡: Penama pada akaun simpanan bank yang akan menguruskan akaun tersebut sekiranya anda meninggal dunia.

𝟐. 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡: 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐚 𝐅𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢𝐧𝐲𝐚?

Penerima hibah adalah individu atau entiti yang anda beri hak untuk menerima aset atau harta yang anda berikan melalui hibah semasa hayat anda. Hibah adalah pemberian harta secara sukarela yang berlaku semasa anda masih hidup dan tidak memerlukan proses pembahagian pusaka selepas kematian.

𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡: Menerima dan memiliki harta yang dihibahkan kepada mereka.

𝐇𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡: Penerima hibah mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas aset yang diterima. Mereka tidak perlu menunggu proses pembahagian pusaka kerana hak milik telah diserahkan semasa hayat pemberi hibah.

𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡: Anak yang menerima rumah atau wang tunai sebagai hibah daripada ibu bapa mereka semasa ibu bapa masih hidup.

𝟑. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢?

Memahami perbezaan antara penama dan penerima hibah adalah penting untuk memastikan:

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧: Anda boleh mengatur siapa yang akan menguruskan harta anda dan siapa yang akan menerima harta tersebut secara langsung.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨: Menentukan penama dan penerima hibah dengan jelas mengelakkan kekeliruan dan pertikaian di kemudian hari.

𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢: Anda dapat memastikan bahawa harta anda diagihkan mengikut kehendak anda, sama ada semasa hayat atau selepas kematian.

Jangan Biarkan Urusan Harta Anda Tertangguh!

Kami di Wasiyyah Shoppe Bhd sedia membantu anda dalam merancang dan menguruskan harta anda dengan cara yang terbaik. Dengan pengalaman dan kepakaran kami selama lebih 20 tahun, anda boleh yakin bahawa setiap aspek perancangan harta anda akandiuruskan dengan komprehensif dan profesional.

Untuk penerangan lanjut tentang perbezaan antara penama dan penerima hibah, jemput tonton video yang telah disediakan di :

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSY7nWUPr/
Youtube: https://youtu.be/0aGpEvvllz4

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

23 Jul, 00:16


[𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐠𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫]

Menguruskan harta pusaka adalah satu tanggungjawab yang penting dan perlu dilakukan dengan teliti. Di sini kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk memastikan harta pusaka dapat diagihkan dengan adil dan mengikut undang-undang Islam.

𝟏. 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐢 𝐌𝐚𝐭𝐢
Langkah pertama adalah dengan mengumpulkan semua harta yang dimiliki oleh si mati. Ini termasuk harta tak alih seperti rumah dan tanah, serta harta alih seperti wang tunai, kenderaan, dan barang kemas.

𝟐. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡
Semak sama ada si mati telah membuat hibah semasa hayatnya. Hibah adalah pemberian harta kepada seseorang semasa masih hidup dan perlu diasingkan daripada harta pusaka.

𝟑. 𝐀𝐬𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡
Jika terdapat harta yang telah dihibahkan, asingkan harta tersebut terlebih dahulu daripada harta pusaka. Harta hibah tidak termasuk dalam pembahagian faraid.

𝟒. 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚
Setelah harta hibah diasingkan, baki harta yang tinggal adalah harta pusaka yang akan diagihkan.

𝟓. 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐊𝐨𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡
Daripada harta pusaka tadi, tolak dahulu kos pengurusan jenazah seperti kos pengebumian dan urusan berkaitan.

𝟔. 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠
Seterusnya, tolak semua hutang si mati. Ini termasuk hutang kepada Allah seperti zakat dan nazar, serta hutang kepada manusia.

𝟕. 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧
Jika si mati mempunyai harta sepencarian bersama pasangan, harta tersebut perlu ditolak dan diberikan kepada pasangan yang masih hidup.

𝟖. 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐖𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 𝟏/𝟑
Jika si mati telah meninggalkan wasiat, hanya satu pertiga daripada harta boleh diwasiatkan kepada penerima yang bukan waris. Pastikan jumlah ini ditolak sebelum pembahagian faraid.

𝟗. 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭
Akhir sekali, baki harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid. Jika semua waris bersetuju, pembahagian boleh dibuat secara muafakat.

Video penerangan lanjut di sini ya.

https://vt.tiktok.com/ZSY7MLe1J/

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐢?
Kami di Wasiyyah Shoppe menyediakan khidmat konsultasi dan perancangan harta dan pengurusan pusaka yang komprehensif. Dengan pengalaman 20 tahun dan kepakaran dalam industri pewarisan, kami bersedia untuk membantu anda melalui setiap langkah dengan tenang dan teratur.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
Dengan panduan yang tepat, pengurusan harta pusaka boleh menjadi proses yang mudah dan adil untuk semua pihak. Jom mulakan langkah anda bersama kami sekarang!

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

16 Jul, 02:39


[𝐃𝐚𝐡 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡, 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐞 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐊𝐄?]

Dalam prinsip keadilan di Malaysia, apa sahaja perkara boleh dicabar tidak kira la isu jenayah ke, isu syariah ke, isu sivil ke.

Dalam konteks hibah ini, pihak yang berautoriti untuk menentukan hibah itu sah, adalah 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡.
.
Apakah elemen yang perlu ada untuk memastikan sesuatu hibah itu adalah sah?

Untuk memastikan sesuatu hibah itu adalah sah, hibah itu perlu cukup 𝐫𝐮𝐤𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡:

1) 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 hibah yang berada dalam keadaan sihat tubuh badan, waras akal fikiran, tidak berada dalam keadaan maraduhul maut, tidak alzhiemer dan yang seangkatan dengannya.

2) 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 hibah

3) 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 yang ingin dihibahkan adalah milik sah pemberi hibah. Jangan dok pi hibah harta jiran pulak! 😂

4) Ada 𝐢𝐣𝐚𝐛 diantara pemberi dan 𝐪𝐚𝐛𝐮𝐥𝐧𝐲𝐚 ini diterima oleh penerima hibah. Hibah ni tak boleh suprise naaaa. 😅

Seterusnya, empat rukun ini perlu dilengkapi dengan syarat penyerahan harta atau bahasa syaraknya 𝐪𝐚𝐛𝐚𝐝 telah pun berlaku semasa hidup. Contohnya, ayah hibah rumah kepada anak, anak dah duduk dalam rumah tersebut atau urus sewa rumah tersebut. Ada banyak lagi la pasal ni nanti kita sembang lain na. 😆

Di Wasiyyah Shoppe Bhd, ada lebih daripada 𝟒𝟎𝟎 𝐤𝐞𝐬 dokumen hibah, telah pun mendapat pengesahan hibah dari Mahkamah Tinggi Syariah. Sebab itu sangat penting untuk kita pastikan, hibah yang ingin dibuat adalah melengkapi rukun dan syarat hibah.

Untuk penerangan lebih lanjut, jemput untuk dengarkan video penjelasan di Tiktok ya.

📲https://vt.tiktok.com/ZSYsTCegV/

Untuk mendapatkan sesi konsultasi tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput untuk klik link di bawah.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

https://www.facebook.com/share/p/9GNBt4hKpWxshws4/?mibextid=qi2Omg

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

15 Jul, 02:51


[𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍]

Di Malaysia, bukan semua harta boleh dibuat penamaan. Terdapat harta yang tidak berpenama seperti rumah, tanah, kereta, akaun bank. Tetapi ada juga harta yang sifatnya boleh diletakkan penamaan. Antara harta yang boleh diletakkan penamaan adalah seperti Tabung Haji, Takaful, Unit Amanah.

Ada tiga sebab utama kita perlu mengemaskini penama:

1) Tuntutan wang di dalam akaun Tabung Haji, Takaful, KWSP dan Takaful dapat dibuat segera tanpa perlukan masa yang lama.

2) Tidak perlu melalui proses mendapatkan surat kuasa mentadbir.

3) Menjimatkan kos pengurusan pusaka.

Untuk penerangan lanjut tentang kelebihan membuat penamaan, jemput tonton video di channel berikut:

📲Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSYsLsXMc/
📲Youtube: https://youtu.be/gqZYITNUfGc

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pengurusan harta, jemput klik link di bawah untuk sesi konsultasi.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

15 Jul, 02:51


https://www.facebook.com/share/p/tpgNS8zTkzyH3tCQ/?mibextid=qi2Omg

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

08 Jul, 03:53


[𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥, 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚?]

Ini adalah salah satu tanggapan yang sama sekali tidak tepat.

Pertama sekali, kita perlu faham bahawa. Hibah takaful ini adalah polisi perlindungan yang menjanjikan pulangan tunai kepada waris pencarum sekiranya pencarum meninggal dunia atau cacat kekal.
Polisi hibah takaful ini berada di bawah pendaftarnya iaitu syarikat takaful yang berada di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia.

Urusan pusaka pula berada di bawah bidang kuasa 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚, iaitu Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil dan juga Amanah Raya Berhad.

Syarikat takaful sama sekali tidak menjalankan perkhidmatan menguruskan pusaka. Syarikat yang menguruskan pusaka adalah 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berdafar di bawah Akta Syarikat Amanah. Selain daripada itu, peguam-peguam juga antara mereka yang menawarkan perkhidmatan menguruskan pusaka.

Namun begitu, waris yang menerima wang pampasan takaful ini, boleh menggunakan wang takaful tersebut untuk menguruskan pusaka si mati. Kita perlu tahu bahawa urus pusaka itu bukanlah sesuatu yang percuma. Suka atau tidak, kita nk buat perancangan semasa hidup, atau nak biar waris urus di kemudian hari.

Selain itu, terdapat juga salah faham bahawa. Buat ada hibah takaful, harta tidak perlu diagihkan secara faraid lagi. Ini juga satu pemahaman yang tidak tepat. 𝐂𝐮𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐦𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐬𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐚𝐠𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚-𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐢, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐚𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 sekiranya si mati tidak membuat apa-apa perancangan semasa hidup.

Semoga penerangan ini dapat membantu memberi pencerahan kepada tuan-tuan dan puan2 semua tentang perbezaan hibah takaful dan pengurusan pusaka.

Video penerangan lanjut boleh dilayari di:

📲Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSY4uMNWU/
📲Youtube : https://youtu.be/5mVuosERDiM

Untuk maklumat lanjut tentang perancangan harta dan pengurusan pusaka, jemput klik link di bawah ya.
👇👇👇👇👇
https://linktr.ee/NoorashiqienIshak

𝓝𝓞𝓞𝓡𝓐𝓢𝓗𝓘𝓠𝓘𝓔𝓝 𝓘𝓢𝓗𝓐𝓚
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
𝙆𝙖𝙪𝙨𝙖𝙧 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥
𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙆𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩 𝙉𝙤 1 𝙒𝙖𝙨𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙝𝙤𝙥𝙥𝙚 𝘽𝙝𝙙
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖

Nota Hibah, Wasiat & Pusaka

07 Jul, 02:12


Salam Maal Hijrah!

Di awal tahun baru ini, mari kita renungkan perjalanan hidup kita.

Ambillah pengajaran dari masa lalu untuk menjadi lebih baik di masa depan.

Sambutlah tahun ini dengan tekad baru untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya.

Semoga tahun ini penuh keberkatan buat kita semua.

Salam Maal Hijrah 1446 H dari Kausar Group.