Hantar karya kepada Dewan Budaya
Kami mengalu-alukan para karyawan untuk mengirimkan karya kreatif dan bukan kreatif bagi menghiasi ruang dalam Dewan Budaya tahun 2025 dan seterusnya. Pastikan karya asli ciptaan sendiri dan belum pernah dikirimkan ke mana-mana penerbitan.
Antara segmen/karya yang diperlukan:
โขPerdana: Rencana utama yang mengupas isu budaya/sosial dengan mendalam.
โขAnjung Visual: Ulasan berkenaan lukisan dalam dan luar negara.
โขPentas: Mengupas dan menganalisis sesuatu pementasan teater.
โขCerminan Budaya: Kupasan lirik lagu atau album.
โขPemikiran: Membincangkan falsafah dan ideologi. Kisah tentang tokoh pemikir dalam dan di luar negara.
โขLayar: Pandangan dan analisis tentang filem tempatan dan antarabangsa.
โขWacana: Garapan secara kritis isu budaya, seni, dan sebagainya di dalam atau luar negara.
โขWarisan/Tradisi: Mengetengahkan warisan yang dimiliki dan masih diamalkan oleh rakyat di negara ini mengikut bangsa dan agama masing-masing.
โขBintang: Mengetengahkan individu (seperti pelukis, penyair, penyanyi, penenun, pemuzik) atau bintang filem yang telah lama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap yang tinggi.
โขLensa: Memaparkan sekeping foto yang mempunyai maksud mendalam dalam aspek seni, budaya, kehidupan dan kemanusiaan.
โขGaleri: Ruangan ini memaparkan koleksi laporan pameran yang berlangsung di pelbagai tempat.
โขSilang Budaya: Pengamatan ataupun analisis silang budaya yang merentas budaya tempatan dan antarabangsa.
โขSalam Benua: Menceritakan pengalaman penulis tentang keunikan sesebuah tempat di luar negara yang dilawati.
โขSekeliling Kita: Merakamkan sesuatu perkara yang menarik tentang negara ini. Perkara itu termasuklah tempat pelancongan, muzium dan makanan/minuman.
โขLembaran Pembaca: Ulasan pembaca tentang isu yang pernah disiarkan dalam Dewan Budaya atau hal-hal yang menyentuh sosiobudaya.
โขCeritera Bulan Ini: Ruangan cerpen
โขStanza Bicara: Ruangan puisi
โขSantapan Minda: Ulasan buku
-Format yang berikut:
- Judul Buku
- Penulis
- Penerbit
- Harga
- Nama Pengulas
E-melkan karya anda kepada:
[email protected][email protected][email protected]Sertakan:
i. Nama sebenar (di samping nama pena, jika ada)
ii. No. kad pengenalan
iii. No. akaun bank/nama bank
iv. Alamat surat-menyurat yang tepat, lengkap dengan poskod
v. No. telefon