#TabungHartanah
Teruskan menyewa je gais! Jangan terikut-ikut trend anak muda miliki hartanah sendiri jika korang masih berada dalam 8 situasi ni.
1. Jika korang masih single! Ini kerana rumah untuk orang single, penjual akan promote rumah seperti studio unit, jangan terjerat! Studio unit tak sesuai nanti bila dah berkeluarga. Korang wat lex wat pis je time ni, sewa je bilik, lagi pun waktu ni korang lebih habiskan masa diluar sama ada bekerja atau lepak dengan kawan, bilik sewa tu untuk buat balik tidur je.
2. Income tak menentu! Kebanyakkan kita hari ni, income tak menentu, adakala ok, ada kala pishang tapi bank peduli apa. Tiap-tiap bulan kena bayar amount yang sama, tu belum opr naik lagi, tak pasal kena bayar lebih, bayangkan orang bergaji tetap pun adakala sesak nak settlekan installment, apa lagi kita yang tak tentu ni, so hold dulu.
3. Jika terlalu jauh! Elak-elak beli jauh dari tempat kerja konon nak buat pelaburan. Kerja KL nak beli di Tapah, sebab? Murah, hati-hati trend begini, sebab 7/10 dari pembeli yang begini tak sempat nak pantau pun rumah sendiri, sudahnya upah orang. Lastly upah orang lagi mahal dari income sewa diperoleh.
4. Tiada ilmu basic dalam hartanah! Ini penting gais, kita tak boleh harap agent semata-mata untuk menilai kawasan rumah yang kita nak beli tu, dia pun belum tentu tinggal berdekatan dengan rumah yang dia jual tu. So survey dengan inisiatif sendiri dulu sebab banyak projek jadi gajah putih, sebab pembelinya pun tak pernah tengok pun masa sign s&p.
5. Selagi kadar sewa tidak melebihi installment bank tuan rumah! Tapi ni kena buat kira-kira sikit. Korang rajin-rajin tengok mudah dot my. Tengok kawasan tu ada rumah nak jual tak? Korang anggap je, rumah nak jual RM100K tuan rumah kena bayar RM500, RM200K kena bayar RM1000, kalau rumah situ nak jual RM200K, tapi korang still bayar sewa RM500-600 itu masih berbaloi, terus kan je sewa, tapi kalau tiap2 tahun tuan rumah dah mula naikkan sewa, itu jam dah kena planning ada rumah sendiri.
6. Kerja tak tetap lagi! Kita nak beli rumah, income kena lah yakinkan bank untuk permohonan pembiayaan. Ini kalau kerja pun masih kontrak, pun tak tahu di mana tempat kerja paling kita hargai, macam mana kita yang cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja kita kan? Selain tu, kena survey juga kemudahan yang ada disekeliling tu, jangan duk nampak ada 7-e je, senang beli rokok. Kena fikir nanti sekolah dimana, klinik dimana. Kita nak beli rumah ni ikat dengan bank 30-35 tahun! Anak-anak membesar disitu nanti!
7. Pastikan pelindungan korang stabil terlebih dahulu! Jangan sibuk nak beli rumah itu ini kalau dana kecemasan sendiri pun kelaut, pelindungan takaful korang pun pastikan ada dulu. Jangan mengharapkan skim-skim zero deposit. Memang banyak bank sediakan, tapi masih banyak kos-kos lain perlu disediakan. Kalau beli projek baru, lampu kipas pun takde hari ni di siling, semua tu kos.
8. Elak projek yang beri cashback, walau ada kebaikkannya, sebab nak rumah, ada cashback, adang tu RM50K, RM80K, boleh tutup lubang hutang lain sebab interest perumahan ni lagi rendah berbanding rate interest personal loan, atau kredit kad yang pernah kita buat silap dulu, ya!! Memang boleh dan tak salah! Yang salah lebih separuh dari kita ni bila dapat cashback, tak pergi settle pun hutang-hutang lama tu, dia pergi tukar sportrim pulak!!! Beli basikal lagi! Tu belum join skim skim ntah apa-apa!
So gais, hari ni kita jangan terlalu mengikut trend retis retis beli kondo, beli banglow. Dieorang tu retis, bayar tax pun puluh-puluh, kita ni tax agent pun tak kenal, so semoga kita semua memiliki rumah yang diimpikan suatu hari nanti.
Kredit: Ihsan Zainal