Raja berpelembagaan ialah sistem pemerintahan dimana raja bertindak berdasarkan perlembagaan. Istilah raja berperlembagaan telah bermuka daripada Eropah antaranya Perancis. Falsafah yang membentuk konsep ini salah satunya daripada Perancis disebabkan raja perancis ketika itu menyalah guna kuasa dengan menggantung parlimen sesuka hati.
Tidak semua negara mengamalkan konsep raja berperlembagaan kerana ada yang fobia dengan raja. Ada yang masih mengekalkan raja seperti Malaysia, Jepun, Thailand dll atas kepentingan tertentu.
Di Malaysia, setiap negeri mengamalkan konsep ini. Raja persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong juga mengikut konsep sama memandangkan kita menggunakan corak pemerintahan bercorakkan British. Walaupun istilah raja berperlembagaan muncul di Perancis, namun aplikasinya telah muncul lebih awal iaitu di England dengan pengenalan Magna Carta. Di England, kuasa Parlimen lebih tinggi berbanding Raja/Ratu England.
Mengapa raja berperlembagaan penting?
Di Malaysia, mungkin kita tak berapa nampak peranan Agong melainkan melantik PM. Namun, krisis politik yang berlaku pada 2020 sehingga 2022 menampakkan peranan dan kepentingan raja berperlembagaan kepada Malaysia. Belgium juga pernah mengalami krisis yang mana tiada Perdana Menteri untuk tempoh yang lama sejak 2014 x silap kerana tiada majoriti di Parlimen macam yang berlaku di Malaysia.
Kita perlukan sebuah autoriti yang bebas dalam melantik Perdana Menteri kerana jika tidak, ketidakstabilan politik akan berlaku dengan tiada pemimpin serta mungkin boleh membawa kepada perang saudara.
Kalau tak silap saya, anda boleh jumpa ni dalam pengajian am dan sejarah sem 3.
Suka? Komen