Raihan Syazwani Ghazi @raihansyazwanighazi Channel on Telegram

Raihan Syazwani Ghazi

@raihansyazwanighazi


Raihan Syazwani Ghazi (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Raihan Syazwani Ghazi! Saluran ini adalah destinasi utama untuk semua peminat Raihan Syazwani Ghazi yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai kehidupan beliau. Raihan Syazwani Ghazi, seorang individu yang terkenal dengan bakat seni dan kecintaannya kepada budaya tempatan, berkongsi pandangan, pemikiran, serta kisah inspirasi melalui saluran ini. Sertai kami untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang membesar setiap hari! Dapatkan akses eksklusif ke rakaman video, gambar-gambar terkini, serta info terbaru mengenai acara dan projek yang dijalankan oleh Raihan Syazwani Ghazi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bahan-bahan yang memotivasi dan menginspirasi dari seorang yang sentiasa berusaha untuk berkongsi kebaikan dengan dunia. Sertai kami hari ini! Raihan Syazwani Ghazi menanti kedatangan anda dengan berlenggang-lenggang ke dunia beliau yang penuh dengan keindahan dan inspirasi.

Raihan Syazwani Ghazi

05 Feb, 08:46


20 Aktiviti Menarik Minggu Pertama Persekolahan Sekolah Rendah

Sesi Persekolahan Baru akan bermula tidak lama lagi. Pastinya ramai rakan-rakan guru tercari-cari apakah aktiviti yang sesuai dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan yang pastinya dapat menyuntik semangat kepada murid-murid setelah lama bercuti.

Di sini saya kongsikan 20 idea aktiviti menarik yang sesuai untuk murid sekolah rendah. Semoga bermanfaat.

https://www.cikguainul.com/2025/02/20-aktiviti-menarik-minggu-pertama.html?m=1

Raihan Syazwani Ghazi

04 Feb, 23:11


Perkongsian Fail Program Transisi Tahun 1 2025

๐Ÿ“ฅ Download Fail Program Transisi

Format PDF :
โžก๏ธ https://t.me/sumber_guru/5498

Format Canva (boleh edit) :
โžก๏ธ https://bit.ly/CanvaFailTransisi2025


๐Ÿ“ฅ Modul Lengkap Transisi :
https://bit.ly/TransisiCGGorgeous2025

๐Ÿ“ฑ Tahun 1 Transisi :
t.me/tahun1transisi

Raihan Syazwani Ghazi

30 Jan, 01:54


MUAT TURUN FAIL PROGRAM TRANSISI 2025

Saya cuba susun dahulu, mohon komen daripada rakan-rakan di sini, apa yang perlu tambah dalam fail ini?

Bahan-Bahan terdahulu:

โœ… Pembahagi 2024
โœ… Kit PTTS 2.0
โœ… Surat Siaran
โœ… Buku Program V1
โœ… Buku Program V2
โœ… Risalah Transisi
โœ… Modul Transisi
โœ… Pembahagi 2025
(akan dikemaskini)

๐Ÿ”ต Join Channel:
WhatsApp | Telegram

Raihan Syazwani Ghazi

28 Jan, 06:15


Penerangan Kurikulum Persekolahan 2027 : YBrs. Pn Hjh Nooraini Bt Kamaruddin (PBPK)

Pautan Video : https://www.youtube.com/live/bDlK6eph5To?si=GKbShmo_3ZYIA3tk

Rumusan Video, dipetik daripada catatan Facebook Ts. Haslinda Hassan, DMU KPM.

CO-TEACHING AKAN MULA DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027

Betul, korang tak salah baca!

Saya dapat tahu ni lepas tonton Taklimat Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) kpd Pengetua & Guru Besar oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum sendiri.

Ni 11 perkara menarik saya dpt daripada sesi tersebut. Point ttg co-teaching tu kat no.6:

1.
Peringkat di sekolah rendah disusun semula kpd Prasekolah, Tahap 1 (Tahun 1-2), Tahap 2 (Tahun 3-4), Tahap 3 (Tahun 5-6).

2.
KP2027 Prasekolah akan bermula pada 2026. Kohort Prasekolah ini lah yg akan memulakan KP2027 ketika mereka masuk Tahun 1.

3.
Kurikulum Prasekolah telah dibangunkan bersama-sama dengan Kurikulum Tahun 1 supaya tidak berlaku gap antara keduanya. Ini akan menyelesaikan kemelut Prasekolah belajar main, tetiba Tahun 1 dah kena pandai membaca.

4.
Input daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak secara puratanya mencapai kematangan kognitif pada usia 8-9 tahun. Justeru, dalam KP2027, Literasi dan Numerasi hanya akan diuji selepas Tahap 1.

5.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan kepada Dokumen Kurikulum. Sahaja. Ringkas!

6.
Satu mata pelajaran baru yang menggabungkan ELEMEN Sains, Kesihatan, Muzik, Seni, Digital, dan TVET akan diperkenalkan. Dah takde mata pelajaran yang banyak, dan diajar berasing-asingan. Dunia ni kan interconnected. Budak-budak tak mampu kaitkan pembelajaran kalau diajar berasingan. Pembelajaran Bersepadu ni disusun secara tematik (bertema) & dilaksanakan secara Project-Based Learning.

Yang lagi menarik, subjek ni akan dinamakan sebagai "Alam dan Manusia". Sentimental kan?

Dan.. inilah mata pelajaran yang akan diajar secara co-teaching tu!

7.
Semua mata pelajaran pun dah takde lagi diberikan Jam Minimum Setahun. Penambahbaikannya ialah penggantian dengan jadual standard yang akan dibekalkan. Semua sekolah akan ada masa persekolahan yang sama. Silibus kita sama, masa pun patut sama lah kan? Mudah jugak utk nak kira perjawatan nanti.

8.
Dah ada perubahan besar-besaran ni, yg kita bimbangkan ialah latihan kepada guru. Bila nak bagi? Lambat nanti, masalah lagi.. Pengarah BPK maklumkan yang Kursus Orientasi KP2027 akan mula disampaikan mulai tahun ini.

Ada dua kaedah; secara dalam talian, kemudian secara bersemuka. Dengan cara ni diharapkan semua guru tak terlepas latihan, dapat pengukuhan, dan boleh latih guru baru tanpa pencairan.

9.
Sekolah yg ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pula akan tawarkan mata pelajaran tambahan tau, iaitu Bahasa Isyarat Malaysia. Inisiatif ni untuk merealisasikan inklusiviti. Kita mahukan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh berkomunikasi dengan semua warga sekolah mereka; bukan hanya dengan rakan sekelas sahaja. Menarik!

10.
Yang paling kontroversi, Pembentukan Karakterlah kan? Kan ramai kata yang ia akan jadi mata pelajaran - tambah beban. Tapi dalam video ni dijelaskan, ia bukan mata pelajaran, tetapi program je. Hanya 60 minit seminggu, & akan dimasukkan dalam jadual waktu.

KIta pun tau, nanti masa bekerja, gred tak penting mana. Yang penting ialah kemahiran insaniah, komunikasi, dan agility. Sebab tu KP2027 berhasrat membangun KURIKULUM BERASASKAN STANDARD, BERORIENTASIKAN KOMPETENSI. Ini akan dilaksanakan dalam mata pelajaran kurikulum baru ditambah dengan program Pembentukan Karakter ni nanti.

11.
Yang mungkin kita terlepas pandang ialah pelaksanaan kurikulum sedia ada. KP2027 hanya akan dilaksanakan kepada murid Tahun 1 & Tingkatan 1 2027. Murid lain, akan meneruskan kurikulum sedia ada sehingga sekurang-kurangnya pd tahun 2031.

So, macam mana dengan kurikulum sedia ada ni?

Ha, BPK telah sediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 untuk meringkaskan lagi DSKP. Malah, disyorkan sebagai pilihan utama berbanding DSKP sedia ada

Gabungan Guru Besar Malaysia

Via @CikguLab

Raihan Syazwani Ghazi

23 Jan, 01:49


๐Ÿ” **FREE RPT 2025/2026** ๐Ÿ”

1. BAHASA MELAYU (SK)
2. BAHASA MELAYU (SJK)
3. BAHASA INGGERIS (SK)
4. BAHASA INGGERIS (SJK)
5. SAINS
6. SCIENCE DLP
7. MATEMATIK
8. MATHEMATICS DLP
9. PENDIDIKAN MUZIK
10. PENDIDIKAN SENI VISUAL
11. PENDIDIKAN KESIHATAN
12. PENDIDIKAN JASMANI
13. PENDIDIKAN MORAL
14. PENDIDIKAN ISLAM
15. REKA BENTUK & TEKNOLOGI
16. SEJARAH

Raihan Syazwani Ghazi

20 Jan, 02:42


Profile
https://t.me/bbmnafsiah

Lcd projector
https://goeco.mobi/rZHssOYQ

Raihan Syazwani Ghazi

20 Jan, 02:42


Sharing keceriaan kelas by Bbmnafsiah

Raihan Syazwani Ghazi

13 Jan, 21:53


Kredit to owner

Raihan Syazwani Ghazi

13 Jan, 21:52


Cuti akhir sesi
https://t.me/bbmnafsiah

Mula sesi baharu::
16.2.2025 Kump A
17.2.2025 Kump B

Raihan Syazwani Ghazi

13 Jan, 21:51


๐Ÿ“ ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐˜†๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ๐— ) ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ.๐Ÿณ.๐Ÿฎ.๐Ÿฏ: ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐— 

๐Ÿ“Œ Enam (6) Pekeliling/ Ceraian/ Surat Pekeliling/ Surat Edaran bagi menjelaskan etiket pakaian dan penampilan Pegawai Awam telah dikeluarkan oleh JPA sejak tahun 1970 dan masih berkuat kuasa sehingga kini;

๐Ÿ“Œ Terdapat keperluan untuk menggabungkan kesemua enam (6) Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat Edaran menjadi satu (1) dokumen utama, iaitu di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam;

๐Ÿ“Œ Penambahbaikan Ceraian ini akan memberi penjelasan yang lebih terperinci berhubung etiket berpakaian, di samping memastikan ia kekal relevan serta selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dalam perkhidmatan awam; dan

๐Ÿ“Œ Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-dan-pekeliling-perkhidmatan-sumber-manusia-myppsm-ceraian-up-7-2-3-etiket-pakaian-dan-penampilan-pegawai-awam

๐Ÿ”ต TELEGRAM INFO SPLKPM
https://t.me/SPLKPM2021

๐ŸŽš๏ธ CHANNEL WS INFO SPLKPM
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2Lg

Raihan Syazwani Ghazi

11 Dec, 11:07


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿšฉ๐Ÿšฉ๐Ÿšฉ Kalendar Akademik 2025/2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ”ค Kumpulan A : Kedah, Kelantan & Terengganu

๐Ÿ”ค Kumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

โœ… Dapatkan UASA di sini : https://t.me/cikgugorgeous22 โœ…

Raihan Syazwani Ghazi

24 Nov, 12:14


PERKONGSIAN BAHAN DUTA SAHSIAH

Raihan Syazwani Ghazi

19 Nov, 01:00


Hadis 40 Imam Nawawi
https://t.me/bbmnafsiah

Raihan Syazwani Ghazi

18 Nov, 22:08


๐Ÿ“ ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡ ๐”๐‹๐€๐’๐€๐ ๐†๐”๐‘๐” ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐๐ƒ ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐Š๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐€๐ - ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐” ๐‹๐Ž

Sekiranya cikgu nak guna ulasan sendiri, antara aspek yang diulas adalah:
-Penguasaan Akademik
-Sikap dan Motivasi
-Kemahiran Komunikasi/Sosial
-Penglibatan Kelas

Contoh ulasan di bawah pula boleh sesuaikan mengikut murid masing-masing.

๐Ÿ’ก Tahap Cemerlang
โœ… Tahniah atas pencapaian yang cemerlang.Terus kekalkan prestasi ini dan kembangkan lagi kreativiti. Murd ini mampu mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

โœ… Murid menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pembelajaran. Murid melibatkan diri dalam aktiviti tambahan untuk memperkukuh pengetahuan. Teruskan usaha untuk menjadi contoh kepada rakan-rakan.

โœ… Prestasi konsisten dan membanggakan. Murid suka berkongsi idea dengan rakan sekelas dan mampukembangkan lagi potensi diri. Murid berpotensi menjadi pemimpin yang hebat.

โœ… Kerja sentiasa berkualiti tinggi. Teruskan sikap positif ini dalam semua aspek kehidupan dan jadikan kecemerlangan ini sebagai inspirasi untuk murid lain.

โœ… Murid ini sentiasa proaktif dalam kelas. Teruskan sikap positif ini dan kembangkan lagi pengetahuan.

๐Ÿ’ก Tahap Baik
โœ… Murd ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Fokus pada konsistensi dalam pembelajaran dan tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang.

โœ… Hasil tugasan memuaskan dan tepat pada masanya. Perbaiki pengurusan masa untuk hasil yang lebih baik. Anda berada di landasan yang betul untuk berjaya.

โœ… Aktif bertanya dalam kelas. Cuba mendalami topik yang lebih mencabar untuk memperluas pengetahuan. Keinginan anda untuk belajar sangat dihargai."

โœ… Murid dapat bekerjasama dengan baik dalam kumpulan. Ambil inisiatif untuk memimpin perbincangan dan kembangkan kemahiran kepimpinan. Kemahiran sosial anda akan membawa anda jauh."

โœ… Murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek. Luangkan masa untuk membaca lebih lanjut di luar silibus. Minat adalah kunci kepada kejayaan.

๐Ÿ’ก Tahap Sederhana
โœ… Usaha yang baik. Tingkatkan tumpuan semasa sesi pembelajaran dan perbanyakkan latihan untuk mengukuhkan pengetahuan. Dengan sedikit usaha lagi, anda pasti boleh mencapai lebih baik.

โœ… Murid telah menunjukkan pemahaman asas yang baik. Perbanyakkan latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan jangan putus asa, teruskan usaha!

โœ… Kehadiran ke kelas konsisten. Cuba lebih aktif dalam perbincangan kelas untuk meningkatkan pemahaman. Penglibatan akan meningkatkan pemahaman.

๐Ÿ’ก Tahap Lemah
โœ… Murid telah berusaha untuk memahami topik. Luangkan lebih masa untuk ulang kaji dan jangan putus asa, Teruskan usaha!

โœ… Murid cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan. Minta bantuan jika menghadapi kesukaran dan ingat, jangan takut untuk bertanya.

โœ… Murid hadir ke kelas dengan konsisten. Fokus lebih semasa sesi pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman.

๐Ÿ’ก Tahap Sangat Lemah
โœ… Murid telah menunjukkan keinginan untuk belajar. Teruskan usaha ,setiap langkah kecil membawa anda lebih dekat kepada kejayaan.

โœ… Murid hadir ke kelas secara konsisten. Tingkatkan tumpuan semasa sesi pembelajaran dan jangan ragu untuk bertanya jika tidak faham. Setiap soalan adalah peluang untuk belajar.

โœ… Murid menunjukkan minat dan cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan. Minta bantuan jika menghadapi kesukaran dan ingat, jangan takut untuk bertanya.

Kredit: Cikgu Lo FB

๐Ÿ› Cap disemak oleh dan tarikh custom
https://s.shopee.com.my/3L9hF77FAp
๐Ÿ› Cap ulasan guru custom
https://s.shopee.com.my/AKJRa1Nqws
๐Ÿ› Cap disemak oleh + gambar + tandatangan ๐Ÿ”ฅ
https://s.shopee.com.my/1g1TGBNPzV

๐Ÿ”ต ๐“๐„๐‹๐„๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐’๐๐‹๐Š๐๐Œ
https://t.me/SPLKPM2021

๐ŸŽš๏ธ ๐‚๐‡๐€๐๐๐„๐‹ ๐–๐’ ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐’๐๐‹๐Š๐๐Œ
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L

Raihan Syazwani Ghazi

18 Nov, 08:19


Hadis 40
https://t.me/bbmnafsiah