Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif @notaemasdankewanganbyazimaliif Channel on Telegram

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

@notaemasdankewanganbyazimaliif


Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Share LINK channel ini kepada kenalan anda untuk manfaat bersama.

https://t.me/NotaEmasdanKewanganbyAzimAliif

☎️01117867760

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif (Malay)

Channel Telegram rasmi Info Emas & Kewangan oleh Azim Aliif adalah tempat terbaik untuk mendapatkan perkongsian berguna mengenai panduan, motivasi, dan info terkini mengenai emas dan kewangan. Dikelola oleh Azim Aliif, seorang pakar dalam bidang ini, channel ini menyediakan pelbagai tip berguna untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam pelaburan emas dan pengurusan kewangan. Dengan menyertai channel ini, anda akan mendapat akses kepada maklumat terkini dan penting mengenai dunia emas dan kewangan, serta panduan praktikal untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan komuniti ini dan kongsikan link channel ini kepada kenalan anda untuk manfaat bersama. Sertai sekarang di https://t.me/NotaEmasdanKewanganbyAzimAliif atau hubungi ☎️ 01117867760 untuk maklumat lanjut.

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

03 Dec, 23:28


Masyallah untung sebanyak RM12,000 in 2 years!

Perkongsian daripada Hani! sahabat dealer



Tuan Puan yang perlukan duit boleh jual emas pada harga tinggi sekarang.

Tahniah klien emas Hani alihkan keuntungan bisnes kepada 100gram gold bar pada
05/10/2022 : RM25,357

Hari ini, beliau jual semula 100 gram gold bar ke Public Gold
21/10/2024 : RM37,534

Keuntungan sebanyak RM 12,177 bersamaan 48% dalam tempoh 2tahun !

Untuk emas bukan keluaran Public Gold, jika jualkan kepada Public Gold hari ini, harga yang ditawarkan :

Emas 999 : RM376/g
Emas 916 : RM344/g

Nak saya bantu daftarkan akaun untuk jual emas anda?

https://mypublicgold.com/azimaliif

kredit : Cik Amirah Wafa

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

23 Nov, 04:02


Perumpamaan yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri suatu ketika dulu iaitu Tun Dr. M

"Dollar seperti tisu tandas" adalah benar.

Kita lihat sendiri peristiwa yang pernah berlaku di India tahun 2015 apabila wang Rs500 & Rs1000 diistiharkan tidak sah diperakukan dengan nilai.

Secara tidak langsung wang kertas itu bermaksud telah bernilai SIFAR (kosong terus).

Ia ibarat seperti tisu tandas yang hanya layak dalam tandas saja.

Sejarah negara kita juga pernah terjadinya peristiwa ini sekitar tahun 90an dimana wang kertas RM500 & RM1000 telah diistiharkan tidak laku digunakan.

Wang kertas sememangnya bukan penyimpan nilai. Wang kertas nilai diberi dari paksaan sesebuah kerajaan negara itu sendiri.

Jika negara itu bergolak dari segi politik atau ekonomi, nilai wang kertas turut akan terjejas.

Tetapi tidak pada emas. Nilai emas tidak akan terjejas biarpun ekonomi ataupun politik sesebuah negara terumbang ambing.

Nilainya terletak pada dirinya sendiri.

Persoalan, adakah anda masih percaya duit kertas yang sekadar dicetak dan dipaksa nilai?

Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

14 Nov, 15:30


8 Nasihat Untuk Anak Muda Elak Bankrap

1. Rancang Perbelanjaan dengan Bijak
Buat bajet bulanan dan pastikan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk keperluan utama dahulu, seperti makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. Elakkan perbelanjaan berlebihan untuk perkara yang tidak perlu.

2. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan.
Perbezaan antara keperluan dan kehendak sangat penting. Sebagai contoh, telefon baru atau barangan mewah mungkin menggiurkan, tetapi cuba tangguhkan kehendak ini sehingga kewangan benar-benar stabil.

3. Elakkan Hutang yang Tidak Perlu.
Cuba elakkan hutang yang tidak produktif, seperti pinjaman untuk barangan mewah. Hutang seperti pinjaman perumahan atau pendidikan mungkin lebih bermanfaat, tetapi harus disesuaikan dengan kemampuan membayar balik.

4. Tetapkan Simpanan Kecemasan.
Amalkan menyimpan sebahagian daripada pendapatan setiap bulan untuk dana kecemasan. Ini penting untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau kecemasan perubatan.

5. Belajar Tentang Pengurusan Kewangan.
Baca buku, hadiri kursus, atau ikuti kelas dalam talian mengenai pengurusan kewangan. Meningkatkan pengetahuan mengenai kewangan boleh membantu dalam membuat keputusan yang lebih bijak.

6. Berunding dengan Pakar Kewangan.
Jika beban hutang semakin sukar diurus, dapatkan nasihat daripada kaunselor kewangan. Agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh membantu dalam mengatur pelan pembayaran hutang.

7. Jangan Mudah Tertarik dengan Gaya Hidup Mewah
Sosial media sering kali mempengaruhi anak muda untuk mengikuti gaya hidup mewah yang mungkin di luar kemampuan mereka. Berpegang pada gaya hidup sederhana boleh membantu mengelakkan beban hutang yang tidak perlu.

8. Tingkatkan Sumber Pendapatan
Selain bergantung kepada satu sumber pendapatan, cuba cari cara untuk menambah pendapatan sampingan, seperti pekerjaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan. Ini boleh membantu untuk menampung kos hidup dan menambah simpanan.

Amalan pengurusan kewangan yang baik memerlukan disiplin dan komitmen. Dengan langkah yang bijak, orang muda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa hutang yang berlebihan dan menstabilkan kewangan demi masa depan yang lebih cerah.

Kredit : Tuan Azlan Abdul Rahman

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

11 Nov, 15:50


Kuwait Finance House (KFH) Tutup Operasi Di Malaysia: Akaun Emas Macamana

Kuwait Finance House (KFH) telah mengumumkan akan keluar daripada pasaran Malaysia selepas 19 tahun beroperasi. Keputusan ini dibuat sebagai sebahagian daripada strategi kumpulan KFH untuk menumpukan perhatian kepada pengembangan perniagaan di pasaran Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

KFH juga sedang mempertimbangkan penjualan segmen tertentu kepada pembeli yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Anda Ada Akaun Emas KFH?
Akaun emas yang diuruskan oleh Kuwait Finance House (KFH) Malaysia kemungkinan besar akan terjejas oleh keputusan bank tersebut untuk menghentikan operasinya di Malaysia.

Namun, menurut kenyataan pihak KFH, proses peralihan akan dilakukan dengan lancar, tanpa mengganggu sebarang perkhidmatan atau akaun pelanggan, termasuk akaun emas. KFH juga sedang mempertimbangkan penjualan segmen tertentu dalam portfolio mereka kepada pihak yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Sekiranya anda mempunyai simpanan emas di Kuwait Finance House (KFH) Malaysia, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi aset anda semasa bank itu melalui proses peralihan:

1. Hubungi KFH Malaysia:
Dapatkan maklumat lanjut mengenai status akaun emas anda. Tanya mereka mengenai rancangan penjualan atau pemindahan portfolio, serta apakah tindakan yang perlu anda ambil.

2. Pertimbangkan Pemindahan Emas: Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memindahkan simpanan emas anda ke institusi kewangan lain yang lebih stabil atau menawarkan perkhidmatan akaun emas. Periksa institusi kewangan lain yang menyediakan produk emas patuh Syariah.

3. Pantau Perkembangan KFH: Sentiasa ikuti perkembangan terkini yang diumumkan oleh KFH mengenai penjualan aset mereka di Malaysia. Ini penting untuk memastikan simpanan anda dilindungi sepanjang proses tersebut.

4. Dapatkan Nasihat Pakar:
Jika perlu, dapatkan nasihat daripada perunding kewangan atau penasihat undang-undang yang berpengalaman dalam pelaburan emas dan perbankan Islam. Mereka boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang cara terbaik menguruskan simpanan emas anda.

Kredit : Tuan Azlan Abdul Rahman

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

10 Nov, 15:41


Istimewanya emas, nilainya melekat pada emas tu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Ia tak perlukan 'marketing' hanya semata-mata nak bagitahu ianya bernilai.

Sebab Tuhan memang ciptakan emas sebagai 'duit' dan kekayaan sebenar untuk manusia. Hinggakan emas juga dijadikan ganjaran untuk penghuni Syurga kelak.

Simpanan emas, kita sebenarnya simpan kekayaan yang sebenar. Tiada siapa boleh musnahkan nilai emas. Walaupun dalam bentuk debu sekalipun, ia tetap emas dan ia tetap bernilai.

Ianya satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak sesekali akan jatuh kosong.
#BukuWangEmas #TipKayaDenganEmas

Sumber : Tn Zulkifli Shafie

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

09 Nov, 13:42


Masyallah untung sebanyak RM12,000 in 2 years!

Perkongsian daripada Hani! sahabat dealer



Tuan Puan yang perlukan duit boleh jual emas pada harga tinggi sekarang.

Tahniah klien emas Hani alihkan keuntungan bisnes kepada 100gram gold bar pada
05/10/2022 : RM25,357

Hari ini, beliau jual semula 100 gram gold bar ke Public Gold
21/10/2024 : RM37,534

Keuntungan sebanyak RM 12,177 bersamaan 48% dalam tempoh 2tahun !

Untuk emas bukan keluaran Public Gold, jika jualkan kepada Public Gold hari ini, harga yang ditawarkan :

Emas 999 : RM376/g
Emas 916 : RM344/g

Nak saya bantu daftarkan akaun untuk jual emas anda?
http://www.wasap.my/60195335075/naksimpanemastele

kredit : Cik Amirah Wafa

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

07 Nov, 15:33


Alang-alang nak simpan emas, simpanlah sampai jadi kaya. Jangan fokus harga, tapi fokus pertambahan gram emas. Barulah untung.

Kalau simpan 1gm bertahun-tahun, mana nak dpt untungnya betul tak?

Orang lain dah ada 50gm, 100gm, 250gm..kita still 1gm tak bergerak-gerak.

Tak salah berimpian besar, tapi berpijaklah di bumi yg nyata kerana kita bukan anak raja.

Jom dengan akaun emas GAP sekarang semua boleh simpan emas. 💪🏻

Credit : Dr Fadhli

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

02 Nov, 15:38


Kuwait Finance House (KFH) Tutup Operasi Di Malaysia: Akaun Emas Macamana

Kuwait Finance House (KFH) telah mengumumkan akan keluar daripada pasaran Malaysia selepas 19 tahun beroperasi. Keputusan ini dibuat sebagai sebahagian daripada strategi kumpulan KFH untuk menumpukan perhatian kepada pengembangan perniagaan di pasaran Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

KFH juga sedang mempertimbangkan penjualan segmen tertentu kepada pembeli yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Anda Ada Akaun Emas KFH?
Akaun emas yang diuruskan oleh Kuwait Finance House (KFH) Malaysia kemungkinan besar akan terjejas oleh keputusan bank tersebut untuk menghentikan operasinya di Malaysia.

Namun, menurut kenyataan pihak KFH, proses peralihan akan dilakukan dengan lancar, tanpa mengganggu sebarang perkhidmatan atau akaun pelanggan, termasuk akaun emas. KFH juga sedang mempertimbangkan penjualan segmen tertentu dalam portfolio mereka kepada pihak yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Sekiranya anda mempunyai simpanan emas di Kuwait Finance House (KFH) Malaysia, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi aset anda semasa bank itu melalui proses peralihan:

1. Hubungi KFH Malaysia:
Dapatkan maklumat lanjut mengenai status akaun emas anda. Tanya mereka mengenai rancangan penjualan atau pemindahan portfolio, serta apakah tindakan yang perlu anda ambil.

2. Pertimbangkan Pemindahan Emas: Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memindahkan simpanan emas anda ke institusi kewangan lain yang lebih stabil atau menawarkan perkhidmatan akaun emas. Periksa institusi kewangan lain yang menyediakan produk emas patuh Syariah.

3. Pantau Perkembangan KFH: Sentiasa ikuti perkembangan terkini yang diumumkan oleh KFH mengenai penjualan aset mereka di Malaysia. Ini penting untuk memastikan simpanan anda dilindungi sepanjang proses tersebut.

4. Dapatkan Nasihat Pakar:
Jika perlu, dapatkan nasihat daripada perunding kewangan atau penasihat undang-undang yang berpengalaman dalam pelaburan emas dan perbankan Islam. Mereka boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang cara terbaik menguruskan simpanan emas anda.

Kredit : Tuan Azlan Abdul Rahman

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

31 Oct, 15:56


Istimewanya emas, nilainya melekat pada emas tu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Ia tak perlukan 'marketing' hanya semata-mata nak bagitahu ianya bernilai.

Sebab Tuhan memang ciptakan emas sebagai 'duit' dan kekayaan sebenar untuk manusia. Hinggakan emas juga dijadikan ganjaran untuk penghuni Syurga kelak.

Simpanan emas, kita sebenarnya simpan kekayaan yang sebenar. Tiada siapa boleh musnahkan nilai emas. Walaupun dalam bentuk debu sekalipun, ia tetap emas dan ia tetap bernilai.

Ianya satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak sesekali akan jatuh kosong. #BukuWangEmas #TipKayaDenganEmas

Sumber : Tn Zulkifli Shafie

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

25 Oct, 15:03


*SEBELUM SAYA TERLAMBAT, saya send terus malam ni !!!*

𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 (𝗞𝗞𝗗𝗘)

Bulan Oktober ini sekali lagi G100 dan 5G Associates akan menganjurkan 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat.

Berikut aktiviti sepanjang karnival berlangsung:

Beli barang kemas tanpa upah
Trade-in barang kemas lama harga tinggi
Withdraw GAP tanpa kos GIT
Cuci dan uji ketulenan emas percuma
Seminar emas dan kewangan bersama pakar
Pameran emas 999 dan 916
Jualan buku kewangan best seller
Pelbagai booth jualan dibuka

Masa dan tempat karnival:

📌 Menara Public Gold @TRX
⌚️ 10.00 pagi - 6.00 petang
🗓 26 Oktober 2024 (Sabtu)

Datang beramai-ramai. Pelbagai promosi dan hadiah menarik disediakan.

#karnivalkayadenganemas

https://www.facebook.com/share/p/AqZ9Z76QbRtcifKj/?mibextid=WC7FNe

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

24 Oct, 15:55


Emas Makin Mahal Sekarang?

Semasa saya mula menabung emas tahun 2015, ramai yang cakap emas mahal. Waktu tu sekitar RM 145 per gram.

Kemudian, tahun 2021.
Harga emas RM 240. Ramai terkejut harga emas tinggi!

Hari ni tahun 2024 pun ramai yang cakap emas mahal, sekitar RM 405 per gram hari ini.

Kalau nak tunggu emas murah, memang tak akan menabung emas bila-bila sebab emas sentiasa akan mahal.

Bahkan kalau tanya nenek kita pun, dulu emas pun mahal juga, RM 30 per gram katanya.

Kesimpulannya.
Emas memang mahal sebab ia emas.
Sebab tu kena ada ilmu baru kita tak akan takut untuk menabung emas pada bila-bila masa.

Kita menabung emas sebab emas confirm naik jangka masa panjang! Tinggi mana pun harga emas hari ni, ia confirm rendah selepas 3-5 tahun.

Yang paling penting. Kita konsisten menabung emas, pastikan GRAM BERTAMBAH setiap bulan untuk jadi aset yang membantu diri dan keluarga kita pada masa akan datang.

Kredit : Tuan Steven Blanda
Menabung emas sejak 2015

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

22 Oct, 15:53


Gais.

Minggu ini harga emas ditutup pada paras tertinggi (2721.41 USD/Oz)

Untuk emas Public Gold, harga emas 999.9 segram telah menjangkau RM408 segram.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas sehingga naik sebegitu tinggi?

Ada 3 faktor utama yang menggerakkan harga emas.

1. Faktor ketegangan geopolitik di Timur Tengah - ketegangan meningkat apabila Israel telah membunuh Yahya Sinwar, pemimpin H@mas.

2. Ketegangan geopolitik meningkat apabila Israel dikatakan berkemungkinan menyerang fasiliti minyak dan fasiliti nuklear Iran.

3. Faktor ketidaktentuan sebab pilihanraya presiden US semakin hampir (5 November 2024). Samada Trump atau Kamala Haris dipilih, ia akan memberikan kesan ketidaktentuan pasaran.

Jika ketegangan semakin meningkat berkemungkinan besar kita boleh melihat harga emas naik lagi.

Namun jika ketegangan reda, maka harga emas boleh jatuh.

Sebagai penyimpan emas selama 16 tahun, saya dah banyak kali melihat harga emas mencapai harga tertinggi.

Jadi, saya nak kongsikan sikit tips.

First sekali, simpanan emas adalah untuk jangkamasa panjang (3 tahun ke atas).

Anda pasti jumpa harga emas paling tinggi.

Anda juga pasti jumpa harga emas jatuh banyak.

Harga tinggi atau jatuh banyak, itu adalah faktor-faktor diluar kawalan kita.

Tapi, samada kita nak buat keputusan beli emas dan tambah gram ataupun nak jual dan rasa untung, maka itu adalah keputusan dalam tangan kita.

Kalau dah untung dan nak jual. Silakan jual dengan senyuman 😃

Kalau nak tambah gram. Silakan tambah dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
19/10/2024

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

21 Oct, 15:05


Testimoni : Jual Goldbar Brand X dan barang kemas lama, patah , bengkok lebih 170gram 🔥

Salah satu kelebihan utama Public Gold. Mudah nak beli, mudah nak jual. 1kg emas pun boleh jual. nak jual pelbagai jenis goldbar jenama lain pun boleh.

Jika nak jual emas, bawa je brg ke branch, kasi ic, inform pg code dealer : PG00197835 then jual.

Duit penjualan brg kemas akan dikreditkan ke akaun bank dlm hari yg sama.

📍Lokasi cawangan Public Gold : https://publicgold.com.my/index.php?route=information

Hubungi saya untuk bimbingan PERCUMA :

Azim Aliif
https://mypublicgold.com/azimaliif

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

20 Oct, 03:54


𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐋𝐋𝐈𝐎𝐍𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐁𝐘 𝟑𝟎?

Beliau kongsikan, Public Gold sudah sediakan jalan yang termudah untuk anak muda capai Financial Freedom secepat mungkin. Bekerja sekali sahaja, tapi perolehi hasilnya bertahun-tahun.

Buat anak muda yang berusia 18-25 Tahun, lapangkan waktu anda pada tarikh 𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 dan hadir program 𝐌𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐛𝐲 𝟑𝟎 yang diadakan di Menara Public Gold.

Layari website:
https://g100.my/millionaireby30/

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

18 Oct, 15:41


𝟴 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗜

1️⃣ Emas tiada pulangan tetap, dividen bulanan atau tahunan.

2️⃣ Emas adalah simpanan jangka panjang , jangka pendek tak sesuai.

3️⃣ Bila simpan emas , fokus kepada pertambahan gram. Lebih banyak gram lebih bernilai.

4️⃣ Harga emas naik turun jangka pendek, tiada masalah, gram emas dalam simpanan tidak terjejas.

5️⃣ Bagi penyimpan emas paling baik ialah beli sikit-sikit tapi sentiasa beli. Harga naik beli sikit , harga jatuh tambah lebih gram lagi.

6️⃣ Guna teknik pemurataan harga untuk minimumkan kos belian emas , contoh

Beli 1 gram May 2022 : RM280
Beli 1 gram Jun 2022 : RM275
Beli 1 gram July 2022 : RM265

Jadi purata setiap gram adalah RM273.

7️⃣ Beli emas dengan duit lebihan yang nak simpan jangka panjang . Jangan beli emas dengan semua duit gaji pula 🤭

*“Simpan emas dengan ilmu.”*

Bulan September sudah nak tamat, siapa belum topup emas, jom topup terus. Konsisten atleast 1 gram 1 bulan.

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

17 Oct, 15:03


𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 - 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻

Pembeli emas sebagai PENYIMPAN jangan buang masa nak pantau harga emas naik atau turun. Harga emas sememangnya ada naik dan ada turun dalam jangka pendek.

Kalau naik tak turun-turun itu pelik namanya.

Fokus berapa gram yang kita nak simpan. Tentang harga emas naik atau turun jangan dipedulikan. Set dalam kepala "janji duit jadi emas".

Ada lebihan duit, tukar terus duit jadi emas untuk elak duit lebihan habis entah kemana. Tetapkan matlamat kenapa "aku simpan emas".

Contoh matlamat yang kita boleh buat ialah nak jadikan simpanan masa depan, simpanan pendidikan anak, simpanan nak kerjakan ibadah haji/umrah dan sebagainya.

Harga emas turun tu adalah satu BONUS sebab kita boleh beli emas pada harga rendah.

Waktu sesuai untuk pantau harga emas adalah bila masa kita nak gunakan tunai (rancang untuk jual). Pada masa itu baru kita pantau waktu yang sesuai untuk kita jual.

Jangan bazirkan masa dan EMOSI nak tengok harga emas naik turun jika kita hanya sebagai penyimpan emas. Fokus UTAMA adalah pertambahan gram bukan RM.

Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen

Tips EMAS & Kewangan by Azim Aliif

12 Oct, 15:31


Setiap daripada kita perlu ada simpanan kecemasan untuk kegunaan dimasa depan.

"Langit tidak selalunya cerah, hujan panas kita tak tahu bila"

Tengok contoh ujian pendemik Covid 19 di negara kita sebelum ini, berapa ramai orang susah dibuang kerja, dipotong gaji.

Kalau tak ada simpanan kecemasan, sudah pasti terpaksa meminta-minta bagi meneruskan kehidupan.

Mengikut kata majoriti pakar kewangan, setiap daripada kita mesti kena ada simpanan sekurangnya 3 bulan pendapatan sebagai simpanan kecemasan.

Kalau terjadi sesuatu pada punca pendapatan, simpanan kecemasan ni dapat bantu kita untuk merancang kehidupan seterusnya.

Tapi saya yakin hanya segelintir dari masyarakat kita yang ada kesedaran ini.

Saya juga dulu tergolong dalam individu yang tidak pernah terfikir tentang pentingnya simpanan kecemasan. Biasanya bila ada duit (dapat gaji) pasti habis dibelanja, dan tunggu duit untuk bulan yang berikutnya.

Bertahun-tahun kerja, tapi simpanannya ZERO! Bila berlaku kecemasan yang perlukan duit, baru pening kepala fikir nak cari kat mana.

Tapi lepas saya belajar ilmu pengurusan kewangan baru kesedaran itu datang.

Tuan puan boleh cuba kaedah yang saya kongsikan ni kalau nak buat simpanan kecemasan;

1. Teknik Potongan Tetap

Boleh set potongan tetap dibank. Potong gaji siap-siap untuk disimpan terus ke bank berasingan atau simpan dalam ASB & Tabung Haji.

Tapi jangan di link kan ASB atau Tabung Haji dengan bank yang mudah cucuk duit di ATM. Kalau dah link kan, memang duit simpanan tu tak akan bertambah, sebab ia mudah dibelanjakan semula duit tu.

2. Teknik Sampul Berwarna

Teknik ini pun boleh digunapakai. Dapat gaji terus asingkan duit siap-siap ikut perbelajaan sediaada. Tapi sebelum tu, asingkan bahagian untuk disimpan dulu, selebihnya baru pecahkan kepada perkara lain.

Kalau setiap sampul tu ada lebihan selepas selesai dibelanjakan, jangan dihabiskan duit tu biarkan saja atau simpan terus dalam bank berasingan (yang boleh dilupakan).

3. Teknik Warna Duit

Ini kaedah menabung ikut warna duit. Kalau bayar atau belanja sesuatu dan dapat duit baki warna yang dah kita set nak simpan, terus sorok dulu dalam dompet.

Balik rumah terus masukkan dalam tabung berwarna. Cara ini boleh dipraktikan, saya yakin kalau ia boleh konsisten selama 1 bulan pasti boleh berjaya.

Pastikan tabung tu susah untuk dikorek semula. Kalau mudah korek, duit tu susah bertambah. Teknik ini saya dah cuba, alhamdulillah memang boleh.

4. Teknik Kumpul Emas

Teknik ini adalah teknik yang paling saya suka. Sebab saya agak lemah untuk simpan duit dalam bentuk tunai. Saya pantang nampak duit yang banyak.

Bila nampak duit banyak, otak ni mulalah fikir pelbagai benda nak dibeli. Tabiat macam ni bukan saya sorang je alami, tapi saya tahu majoriti daripada kita alaminya.

Jadi saya ambil keputusan bila dapat saja gaji, cepat-cepat tukar sebahagian duit kepada bentuk emas.

Simpan duit dalam bentuk emas, kita tak terfikir pun untuk belanja. Otak kita selalunya akan berfikir untuk menambah gram emas je.

Kalau nak belanja pun, akan fikir berkali-kali (ada tempoh bertengang), kita akan kata "Kalau aku tukar duit jadi emas lagi bagus". Duit nampak habis, tapi sebenarnya tak habis pun.

Emas tu juga adalah duit, sebabnya kalau sesak, samada pajak sementara (pinjam duit) atau jual saja.

Kesimpulannya, kita boleh pilih teknik simpan duit kecemasan ikut kesesuaian & bajet sendiri.

Kita "sediakan payung sebelum hujan", jangan kita "sudah terhantuk baru tergadah".

Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen