Ibrah 114 @ibrahx114 Channel on Telegram

Ibrah 114

@ibrahx114


Perkongsian Motivasi, Tadabbur Tazakkur dan Ibrah Daripada Al-Quran. Dibawakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. www.akademisinergi.com

Ibrah 114 (Malay)

Ibrah 114 adalah sebuah saluran Telegram yang mempersembahkan perkongsian motivasi, tadabbur tazakkur dan ibrah daripada Al-Quran. Saluran ini dibiayai oleh Akademi Sinergi Ikhlas, sebuah platform pendidikan yang berkomitmen untuk menyebarkan ilmu dan pengajaran dari kitab suci Al-Quran. Saluran ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang ajaran-ajaran Al-Quran dan bagaimana ia dapat diterapkan dalam kehidupan harian. Dengan bimbingan daripada pakar-pakar yang berpengalaman, setiap pengikut saluran ini akan mendapat manfaat daripada nilai-nilai dan hikmah yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran. Ibrah 114 adalah tempat yang sempurna untuk memperkukuhkan iman dan mendapatkan inspirasi dari wahyu Ilahi. Sertai kami hari ini dan mari kita bersama-sama menjelajahi keindahan dan kedalaman ilmu Al-Quran.

Ibrah 114

23 Nov, 02:43


🔴 LIVE Surah al-Nisa'

Terdapatnya satu-satunya ayat (56) memperincikan kaedah ahli neraka diulang azab dalam neraka.

Bukankah rentung menyebabkan tiada lagi deria sakit ? Ternyata tidaklah begitu kerana ada sesuatu akan berlaku pada kulit ahli neraka.

Kerana surah ini memfokuskan sentuhan “rasa” dan hal-hal “sensitif” dalam hal-hal rumahtangga, maka tidak peliklah babak “rasa” neraka itu dipaparkan juga dalam surah ini.

Orang yang tidak pernah sensitif dengan apa yang dia lafaz, tak pernah fikir semula implikasi dari apa yang dia buat pada keluarganya dan orang lain yang sangat menyakitkan hati , Allah akan campakkannya ke dalam lubang neraka yang di situ dia akan kenal apa itu sensitif dan sakit.

- Ustaz Syaari Ab Rahman

Ibrah 114

22 Nov, 12:31


Allah berfirman:

إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).”

(An-Nisa’, 4:31)

Menjauhi kesalahan dan perbuatan dosa adalah salah satu bentuk kemulian seseorang terhadap dirinya.

Dan sesiapa yang berusaha memuliakan dirinya dengan menghambakan diri kepada Tuhannya, maka ia berhak mendapat kedudukan yang mulia dari sisi Allah nanti.

Wallahu'alam!

>> Ambil manfaat tadabbur daripada Surah An-Nisa' untuk amal dan perbaiki diri: bit.ly/dhaq2024

Ibrah 114

22 Nov, 05:25


Tak semua yang kita dengar atau baca itu sahih.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌۭ مِّنَ ٱلْأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنۢبِطُونَهُۥ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَٱتَّبَعْتُمُ ٱلشَّيْطَـٰنَ إِلَّا قَلِيلًۭا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

Surah An Nisa' ayat 83 mengajar kita untuk "pause" post.

Dalam era digital, langkah ini tanda profesionalisme dan tanggungjawab.

Profesional bukan hanya pada kerja, tapi juga pada perkongsian.

Maka, berhati-hatilah dengan berita tidak sahih.

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

21 Nov, 12:31


Allah berfirman:

وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri.”
(An-Nisa’, 4:29)

Fudhail bin ‘Iyad berkata: “Janganlah engkau melekakan dirimu dari al-Qur’an dan mengingati Allah.

Kerana, ketahuilah, sesiapa yang melekakan dirinya dari al-Qur’an dan mengingati Allah, maka sesungguhnya ia telah membunuhnya.”

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

20 Nov, 12:32


Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

“Dan sesungguhnya kalau mereka mengamalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).”

(An-Nisa’, 4:66)

Keteguhan iman bukanlah dengan banyaknya mendengar nasihat, ceramah atau ikuti pengajian semata-mata. Ia masih belum mencukupi.

Akan tetapi,
Keteguhan iman itu didapati dengan mengamalkan nasihat pengajaran yang diperolehi.

Kerana dengan amal itu, ia melatih kesungguhan dan membina kekuatan. Wallahu'alam!

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

20 Nov, 02:01


Tarbiah Jiwa untuk Melahirkan Generasi Kepimpinan 🌱

Tarbiah adalah proses. Ia bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi demi kebaikan umat.

Ingatlah, ayat ini bukan sekadar peringatan. Ia adalah panduan lengkap untuk membentuk ar-rijal lelaki yang bukan hanya bijak, tapi juga berperibadi mulia.

Lelaki yang mampu memimpin, memahami tanggungjawabnya kepada keluarga, masyarakat, dan Allah.

Mulakan tarbiah hari ini. Generasi lelaki hebat bermula di sini.

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

19 Nov, 13:05


Kezaliman (dosa, kesalahan, maksiat) menyebabkan seseorang itu terhalang dari mendapat rahmat dan nikmat yang banyak dari Allah 'Azza wa Jalla.

فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا

"Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah."

(An-Nisaa', 4:160)

Semakin banyak kesalahan, semakin berkurang rahmat dan nikmat.

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

18 Nov, 04:31


Mahar Bukan Sekadar Nilai, Tapi Tanggungjawab seumur hidup

Bila kita renungkan Surah An Nisa' ayat 4 jelas, bahawa mahar bukan sekadar pemberian,

Ia sebagai tanda ikhlas, simbol kasih dan permulaan amanah.

Sebagai suami, kepimpinan bermula dari saat kita memberi.

Nak tahu bagaimana pemberian yang tulus mengukuhkan asas keluarga?

Ikuti kupasan lanjut bersama Ustaz Syaari Ab Rahman pada 23 November nanti

#ibrah114
#adeenulhaq

Ibrah 114

16 Nov, 04:32


Ketaatan adalah sumber kekuatan

Hidup di akhir zaman penuh ujian, tapi Allah dan Rasul Nya memberi jalan penyelesaian.

Surah An Nisa' ayat 80 mengajar kita bahawa kunci ketaatan adalah kunci kejayaan.

Sesiapa yang taat kepada Rasul, sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.

"Saat hidup terasa berat, taatlah dan Allah akan buka jalan."

#ibrah114 #adeenulhaq

Ibrah 114

14 Nov, 04:32


Kepimpinan Lelaki adalah Teras Keluarga Bahagia

Menjadi seorang suami bukan sekadar gelaran, tetapi tanggungjawab besar.

Dalam Surah An Nisa' ayat 34, Allah menetapkan peranan lelaki penting sebagai pemimpin rumah tangga,

Namun, kepimpinan ini bukan sekadar arahan, tapi tentang membimbing dengan kasih sayang dan hikmah.

Nantikan kupasan lanjut bersama Ustaz Syaari Ab Rahman pada 23 November nanti.

#ibrah114
#adeenulhaq

Ibrah 114

02 Nov, 09:37


Ulangkaji surah al-Haqqah. Antara sisi pandang dalam tadabbur yang boleh kita ambil manfaat daripadanya.

Wallahu'alam!

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

25 Oct, 12:32


Sebelum ini kita dah tahu tentang beberapa kandungan utama, jom kita semak pula apa....

Hubungan Surah al Haqqah dengan Surah al-Ma'arij

Satu perkara yang kita kena tahu bahawa adalah Surah al-Ma’arij merupakan pelengkap daripada surah al-Haqqah iaitu menjelaskan bagaimana gambaran tentang hari kiamat, hari perhitungan dan hari pembalasan.

Istimewanya dalam surah al Haqqah ada dijelaskan tentang dua golongan manusia pada hari kiamat iaitu golongan ahli syurga yang menerima kitab catatan amal dari sebelah tangan kanannya dan golongan ahli neraka yang menerima kitab catatan amal dari sebelah tangan kirinya.

Rugi jika kita tahu perkara ini secara surface sahaja. Jom belajar lebih mendalam bersama Ustaz Syaari, ya?

Nantikan diskusi nya bersama Ustaz Syaari pada 26 Oktober ini. Save the date ya.

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

25 Oct, 09:32


Perkataan al-Haqqah ini diulang sebanyak 3 kali dari ayat 1 hingga ayat ke-3.

Tidak lain dan tidak bukan, ia bertujuan untuk menunjukkan betapa besar dan dahsyatnya hari kiamat ini.

Ia adalah hari yang pasti dan benar-benar akan terjadi.

▶️
Info lanjut di bit.ly/dhaq2024

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

24 Oct, 12:33


Fakir miskin hakikatnya memiliki makanannya yang merupakan haknya, hanya saja makanan tersebut tidak berada di tangannya, tetapi di tangan orang yang berpunya.

Jangan menduga pemberian seorang kaya itu merupakan 'sumbangan' darinya kepada si miskin, tetapi itu adalah pengembalian hak kepada pemiliknya.

Firman Allah SWT,

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ

"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

Al-Haqqah 69:34

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

24 Oct, 04:31


AZAB KAUM THAMUD

Firman Allah SWT;

فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِكُواْ بِٱلطَّاغِيَةِ

Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

Al-Haqqah 69:5


Ungkapan ‘thaghiyah’ طَاغِيَةٌ merujuk kepada pekikan keras yang sangat melampaui batas dan tidak dapat ditanggung oleh kaum Thamud sehingga mereka musnah binasa.

▶️Info Lanjut, bit.ly/dhaq2024

#ibrah114 #ibrah114

Ibrah 114

23 Oct, 12:32


Allah berfirman:

لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَا أُذُنٌ وَاعِيَةٌ

“(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.”
(Al-Haqqah, 69:12)

Apa yang telinga ini sering dihidangkan?

Perlu diberi perhatian.
Agar kita tidak mematikan keupayaannya.
Kelak dibimbangi telinga itu dengar tapi tidak “dengar”.

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).”
(Al-Anfal, 8:21)

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

23 Oct, 04:32


Peringatan tentang kebenaran Hari Kiamat

Surah Al Haqqah mengingatkan bahawa Hari Kiamat adalah kebenaran yang pasti.

Ini memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa bersedia menghadapi kehidupan akhirat.

Rugi jika kita tahu perkara ini secara surface sahaja. Jom belajar lebih mendalam bersama Ustaz Syaari, ya?

Nantikan diskusi nya bersama Ustaz Syaari pada 26 Oktober ini. Save the date ya.

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

22 Oct, 12:31


MOGA ALLAH GOLONGKAN KITA DARI KALANGAN MEREKA YANG MERAIH KEJAYAAN SEBENAR DI SANA

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَؤُوا كِتَابِيَهْ

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!


إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلاقٍ حِسَابِيَهْ

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan...

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya)...

قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ

Buah-buahannya dekat untuk dipetik...

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ
الْخَالِيَةِ

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
Al-Haqqah, 69 : 19-24

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

22 Oct, 04:16


BUKAN HANYA SEKADAR SEBUAH BAHTERA

Mereka telah ditenggelamkan oleh Allah SWT dalam limpahan air yang membanjiri seluruh permukaan bumi.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Qamar pada ayat 11 dan 12;

فَفَتَحۡنَآ أَبۡوَٰبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٍ مُّنۡهَمِرٍ

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

Al-Qamar 54:11

وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونًا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ قَدۡ قُدِرَ

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

Al-Qamar 54:12

Maka, Allah jadikan seluruh bahagian bumi sebagai tempat keluarnya air sehingga air melimpah teramat banyak.

Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh AS dan kaumnya yang mengikuti masuk ke dalam bahtera yang besar yang dibuat oleh Baginda AS.

Allah jadikan peristiwa tersebut sebagai peringatan buat telinga orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

21 Oct, 12:32


Seorang lelaki berkata kepada Abu Darda':

"Berilah wasiat (nasihat yang penting dan mendalam) padaku."

Abu Darda' berkata:

"Sentiasalah engkau ingat akan hari di mana segala perkara yang disembunyikan menjadi nyata."

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌ

"Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi."

(Al-Haqqah, 69:18)

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

21 Oct, 09:31


Surah Al-Haqqah: Hari Kiamat yang Pasti

Pernah tertanya kenapa Surah ni dinamakan Al-Haqqah?

Surah ni sebenarnya bercakap tentang hari kiamat—hari yang pasti berlaku, tak boleh disangkal lagi.

Al-Haqqah tu maksudnya sesuatu yang benar-benar akan terjadi, realiti kiamat.

Dalam surah ni, kita diingatkan tentang balasan bagi apa yang kita buat di dunia, baik atau buruk.

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

17 Oct, 01:02


Tahukah Anda?

Baki masa yang ada di dunia ini jangan disia-siakan dengan perkara maksiat yang bakal menjemput azab Allah yang sementara di dunia dan kekal yang abadi di akhirat.

Nantikan kupasan lanjut dalam surah Al Haqqah pada 26 Oktober ini bersama Ustaz Syaari.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

15 Oct, 04:32


Para Ulama' berbeza pendapat dalam mentakrifkan maksud al Haqqah.

Ada yang berpendapat ia membawa maksud "pasti terjadi" dan ada yang berpendapat pula ia bermaksud "janji yang ditunaikan".

Pada hari tersebut, golongan yang beriman akan mendapat ganjaran mereka manakala golongan kufur akan menerima balasan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

28 Sep, 02:40


💌 Syahwat tetap akan ada, jangan dinafikan.

Namun ia perlu diurus. Dan apa pilihan kita dalam mengurus syahwat?

Alhamdulillah, hari ini menyelam ke dalam peringatan yang Allah susum dalam surah An-Nur.

#addeenulhaq #ibrah114

Ibrah 114

27 Sep, 12:32


Allah berfirman:

وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ

“Dan kamu memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya.”
(An-Nūr, 24:15)


Ia didikan Allah pada setiap Muslim.

Perkataan adalah tanggungjawab.

Mudah-mudahan, usaha mendalami surah al-Nur daripada CCTV tadabbur yang berbeza akan memimpin kita untuk lebih berjaga-jaga dalam kehidupan ini.

Nantikan 28 September ini Bersama Ustaz Syaari.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

26 Sep, 12:33


Allah berfirman:

لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ

“Janganlah kamu menyangka ia buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.”
(An-Nur, 24:11)


Kata Ibn Qayyim rahimahulLah:

“Kalaulah bukan kerana musibah dan ujian, maka pasti seorang hamba itu akan tertimpa penyakit sombong, ego, ujub dan hati yang keras yang mana ia akan menjadi penyebab kehancuran dirinya.”

Didik jiwa kita dengan sangka baik hingga ia menjadi kekuatan jiwa untuk meninggalkan segala penyakit hati. Santuni mesej Surah al-Nur ini.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

25 Sep, 12:40


Baik atau buruk: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Boleh atau tidak: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Halal atau haram: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Jelas atau syubhah: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintah Nabi beringat serta berjaga-jaga." (An-Nur, 24:63)

Kata Imam asy-Syatibiy:

"Ketikamana munculnya banyak perkara baru di dalam agama dan pengingkaran kepada Nabi sallalLahu 'alayhi wa sallam; dan manusia melakukan yang demikian itu secara beramai-ramai.

Hingga orang yang jahil berkata: Jika ini adalah perkara yang tidak baik, kenapa ramai yang melakukannya?"

Jangan kerana ramai yang buat, kita pun buat.
Jangan kerana ramai yang jual, kita pun jual.
Jangan kerana ramai yang beli, kita pun beli.
Jangan kerana ramai yang makan, kita pun makan.
Jangan kerana ramai yang angguk, kita pun angguk.

Apa pun, asanya tetap al-Qur'an dan as-Sunnah.
Surah al-Nur mendidik kita untuk teguh berpegan pada prinsip ini.

Dalami surah ini bersama Ustaz Syaari pada 28 Sept ini, ya?

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

24 Sep, 12:32


Ketika dada diselubungi kegelapan masalah dan ujian, kegelapan mencari arah tujuan, kegelapan memburu jalan penyelesaian;

Pernah tak kita bertanya pada diri:

“Apa yang menghalang aku dari meminta cahaya petunjuk dari sang pemilik cahaya?”

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

“Allah pemberi cahaya bagi segala yang di langit dan bumi.“
(An-Nur, 24:35)


يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ

“Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.”
(Al-Baqarah, 2:257)


#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

16 Sep, 01:01


"AYAT-AYAT ALLAH"

Sebenarnya,
dalam mendidik anak, kita sedang mendidik diri.

Banyak yang kita boleh belajar tentang diri dan Allah dalam berurusan dengan anak-anak.

Bila anak tak dengar cakap, saya selalu teringat yang saya juga banyak tak dengar cakap Allah.

Bila anak buat salah, saya selalu teringat yang saya juga banyak buat salah kepada Allah.

Bila saya nak marah atas kesalahan anak, saya selalu teringat yang Allah tidak terus marah bila saya buat salah dengan terus mengazab.

Allah tahu segala salah saya dan masih memberi peluang. Bahkan, Allah menutup segala kesalahan dan aib saya dari diketahui orang.

Jadi kenapa saya marah dan tak beri peluang pada anak saya?

Sedangkan saya sendiri pun melakukan perkara yang sama dan berharap Allah berlemah-lembut dengan saya.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ
لَكُمْ

“Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?”
(An-Nur, 24:22)

Terima kasih anak-anak atas pelajaran ini. ❤️ Moga dengan adanya kefahaman surah al-Nur secara komprehensif nanti, Allah bantu diri saya dan ahli keluarga!

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

13 Sep, 12:32


Sudah bersedia untuk menelusuri ke dalam surah an-Nur?Jom, Bismillah!

Perjalanan DHAQ akan diteruskan bulan ini dengan surah an-Nur

Ustaz Adi Hidayat menjelaskan dalam permulaan surah an-Nur, Allah langsung memberikan peringatan kepada hamba agar fokus dengan menaruh perhatian yang sempurna agar mendapatkan cahaya atau petunjuk Allah.

Keistimewaan surah an-Nur ini bukan sekadar menerangkan ini halal dan haram, tetapi menerangkan dengan sejelas-jelasnya, sejernih-jernihnya sehingga tidak ada celah bagi kita untuk mengelak dari semua.

Supaya lebih ingat dan dekat dengan Allah," ujar Ustaz Adi Hidayat.

Bagaimana pula sisi pandang surah al-Nur yang Ustaz Syaari akan kupas? Jumpa, 28 September!

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

06 Sep, 06:24


Apa khabar sahabat ibrah👋 Lama kita tak bertegur sapa 🙏🏻

Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Jom, perbanyak istighfar pada hari yang banyak waktu mustajab ini. 🤲🏻

أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ

Ibrah 114

24 Aug, 03:31


Alhamdulillah, mendalami Surah Qaf hari ini bersama Ustaz Syaari dan DMY Hadi.

#addeenulhaq #ibrah114

Ibrah 114

23 Aug, 12:31


Ada Apa dengan Surah Qaf?

Surah yang menegaskan bahawa Allah tidak didekati keletihan, mengantuk atau tidur.

Bahkan keletihan, mengantuk dan tidur itu makhluk Allah cipta untuk menguji manusia semasa mereka di dunia.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

23 Aug, 04:32


ALLAH SWT menyuruh mereka menggunakan pancaindera mata dan akal untuk melihat bumi yang terhampar luas.

Lihatlah berkali-kali bagaimana ALLAH SWT memasakkan gunung-gunung agar kedudukan bumi ini kukuh dan tidak bergoyang.

Lihatlah berkali-kali bagaimana ALLAH SWT menumbuhkan pelbagai pohon-pohon, tanaman-tanaman, di atasnya dengan begitu indah sekali yang mana semua itu membawa pengaruh yang besar ke dalam jiwa manusia yang melihatnya.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

23 Aug, 00:56


PERLAWANAN PENTING SABTU INI, INSHAALLAH

📍Surah Qaaf diturunkan ketika perlawanan antara gerakan Nabi SAW dan kaum musyrikin Makkah semakin menuju fasa kritikal.

❗️Antara yang bakal dikongsikan ialah tiga ayat yang menunjukkan suasana sirah di sebalik penurunan surah ini, hikmah susunan surah dalam mushaf, hikmah awalan dan akhiran, segmentasi surah sebagai sebuah perjalanan yang tersusun, kemudian apa keunikan diumumkan surah pada setiap segmen berkenaan.

Ayuh bersama surah Qaaf yang sebahagian ulama menyatakan ini “ketua” juzuk Mufassal al-Quran, juzuk yang tidak dikurniakan pada mana-mana anbiya’ melainkan Nabi SAW.

Adapun “ring composition” dari surah ini, ia nilai tambah yang wajar dihargai pelajar ilmu wahyu dan boleh dipanjangkan perbincangan selepas seminar nanti. Inshaallah

1. Surah bermula dengan keagungan al-Quran (ayat 1) dan surah berakhir dengan gesaan menyebarkan peringatan darinya (ayat 45).

2. Bahagian kedua surah bermula dengan kerenah Quraish (ayat 1-5), bahagian kedua terakhir surah mengenai motivasi Nabi untuk terus hadapi Quraish (ayat 39-45).

3. Bahagian ketiga surah mengenai alam (ayat 6-11), bahagian ketiga terakhir surah mengenai alam (ayat 38).

4. Bahagian keempat surah mengenai umat terdahulu (ayat 12-15), bahagian keempat terakhir surah mengenai umat terdahulu (ayat 36-37).

5. Bahagian kelima surah mengenai catatan rapi pada pilihan dan amalan setiap manusia (ayat 16-18), bahagian kelima terakhir surah mengenai pembalasan di Akhirat sama ada neraka atau syurga untuk setiap pilihan (ayat 30-35).

6. Separuh masa pertama surah ini berakhir dengan kisah Qarin iaitu malaikat yang mengiringinya di Mashyar (ayat 20-26), separuh masa kedua surah ini bermula dengan kisah Qarin iaitu syaitan yang menyesatkannya semasa di dunia (ayat 27-29).

Barakallah fikum.
bit.ly/dhaq2024