Selamat Akhir Zaman @selamatakhirzaman Channel on Telegram

Selamat Akhir Zaman

@selamatakhirzaman


Channel ini membincangkan persediaan kita rohani & jasmani dalam menghadapi akhir zaman.

Buku Rahsia Keluarga Selamat Di Akhir Zaman ialah buku survival 100% Bahasa Melayu.

Milikinya di sini https://linktr.ee/RKSAZ

Selamat Akhir Zaman (Malay)

Selamat Akhir Zaman channel ini adalah platform yang membincangkan persediaan kita rohani & jasmani dalam menghadapi akhir zaman. Bagi mereka yang ingin mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk menghadapi cabaran dan kesusahan di masa depan, channel ini adalah tempat yang sesuai. Dengan fokus pada keselamatan keluarga, channel ini memberikan panduan dan tips berguna untuk menjaga kebajikan dan keselamatan seisi keluarga. Salah satu bahan bacaan yang dianjurkan adalah Buku Rahsia Keluarga Selamat Di Akhir Zaman, sebuah buku survival 100% Bahasa Melayu yang pastinya akan menjadi panduan berguna untuk memahami dan menghadapi situasi genting. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki bahan bacaan yang bernilai ini! Milikinya di sini: https://linktr.ee/RKSAZ

Selamat Akhir Zaman

19 Jul, 00:41


🌹 _*Check list hari Jumaat*_ -

1. Bangun Tahjud awal ambil barakah malam Jumaat untuk munajat panjang.. Kemudian Solat subuh berjemaah di Masjid.Jika Sebagai iamambaiknya Baca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insan dalam solat subuh
2. Baca Surah Al Kahfi di malam atau di siang hari Jumaat
3. Baca Surah Ad Dukhan di malam atau di siang hari Jumaat
4. Banyakkan Selawat kepada Rasulullah Saw
Khususnya selawat selepas asar 80kali
5. Banyakkan berdoa - ada waktu mustajab doa pada hari Jumaat - di antara 2 khutbah dan senja Jumaat
6. Banyakkan bersedekah
7. Mandi sunat, potong kuku, misai dsn bulu, pakaian Putih yang terbaik pada hari Jumaat merupakan Sunnah di tambah pula dgn wangian
8. Usahakanlah untuk datang Awal ke masjid, duduk dekat imam, dengar khutbah dengan penuh tumpuan
9. Laluan yang berlainan pergi dan balik dari masjid supaya dapat sebarkan Salam dan dpt infradi Dakwah insyAllah.

Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin..

Us khann Da'ie
Muhajir Madani

Selamat Akhir Zaman

04 May, 10:56


Buku Timeline Akhir Zaman ini saya (penulis) tulis secara simple dan mudah faham.

Dah 10,000 unit terjual! (waktu anda baca ni mungkin dah lebih)

Semua peristiwa akhir zaman saya susun secara kronologi dan perincikan dengan sandaran nas.

Buat pemula yang ingin tahu tentang peristiwa akhir zaman, tak tahu mana awal dan akhir, boleh lah miliki senaskhah.

Harga tak mahal pun ☺️, RM30 sahaja senaskhah. Harga postage ikut berat.

Tempah terus di sini: https://nuktah.onpay.my/order/form/timeline_sale/specialoffer

Selamat Akhir Zaman

09 Mar, 16:08


*ULANG KAJI KEMBALI BAB PUASA RAMADHAN:*
~~~~~~~~~~~~~
*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Sya ALLAH..

Selamat Akhir Zaman

01 Jan, 01:59


Just some things to ponder πŸ€” πŸ’­

What is an Egyptian pyramid doing on a US dollar bill?

Why have 56 countries signed a treaty to not venture into Antarctica?

Why do planes never fly over Antarctica?

How is it that the moon is the perfect distance and position to cover the sun PERFECTLY and EQUIDISTANTLY during an eclipse, instead of too small or big or off to one side?

How did NASA β€˜lose’ the moon landing footage? Arguably one of the most advanced agencies AND one of the most important moments for mankind?

If Neil Armstrong was first on the moon, who held the camera?

Why haven’t we been to the moon since 1969-1972?

Why do official NASA images show images of the Earth with different sized and grossly disproportionate continents year to year?

If apes evolved into people, why are apes still apes?

How is there 95% β€˜junk’ DNA? Who decided it’s actually β€˜junk’?

How were giant, symmetrical, detailed, sacred geometrically sound structures like cathedrals and parliament buildings created by people who lived in wooden shacks, rode horse-drawn carts and didn’t have any machinery, or lasers?

Why is this same predeluvian architecture found all over the world?

Why are there spaceships depicted on ancient Egyptian art?

Why do we have to pay to LIVE on a planet we were BORN on?

Why are there images of mushrooms all over ancient Christian art?

Why do popes dress like giant amanita muscaria mushrooms? πŸ„

How is it cheaper to buy fast food made from rearing, feeding and housing a cow than to buy natural fruit and veg?

Why do ancient Egyptian artworks depict pinecones and is it a coincidence that the pineal gland also looks like a pinecone?

Why are there depictions of dragons all over the world across different cultures, thousands of years apart?

Why are the giant flat topped mountains in the world consistent with the geometry of giant petrified trees?

Why is there so much overtly demonic symbolism in the music and entertainment industry?

Why do pilots not have to adjust the nose cone of a plane to account for the curvature of the Earth?

Why do almost all video games revolve around killing??

Why are our names on official documents written in block capitals the same way they are on tomb stones and corporations?

How is it that movies and cartoons like the Simpsons are able to so accurately and precisely predict specific cultural events?

How do bush fires melt cars yet leave trees intact?

Where does taxpayer money go and does that make us complicit in any of its nefarious use?

Why is being β€˜out of a job’ considered bad?

Why does the β€˜office’ so closely resemble the β€˜classroom’?

Why is poisoning ourselves regularly with alcohol considered β€˜normal’ and euphemistically called β€˜drinking’?

Why is alcohol depicted in almost every show and movie?

How do news anchors all over the world and on different channels say and repeat the same exact script verbatim?

If we are more advanced than we’ve EVER been and more knowledgeable, why do we have the highest rates of obesity, cancer and heart issues not to mention depression?

Some people accept the answers they’ve been fed. I feel the true answers surface when we begin asking better questions.

Written ✍🏼 by Tariq EQ Amawi

Selamat Akhir Zaman

21 Dec, 04:35


Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,
"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara:
"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

#sedekahmembahagiakan..

Selamat Akhir Zaman

18 Dec, 01:34


orang alim beri amaran tentang penipuan sebelum ditipu,

orang bodoh akan sedar ditipu lepas semuanya dah terlambat.

so ikutlah orang alim, jangan jadi bodoh.

Selamat Akhir Zaman

21 Nov, 04:58


Si bermata satu. Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.

Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.

Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

Selamat Akhir Zaman

18 Nov, 07:06


ISRAELITES. JEWS. JUDAISM.

Nak deal dengan hipster dan KL gangster polis evo kena pakai lukis, tak boleh tulis.

Saya cipta infografik ini untuk menjimatkan masa menerang.

Orang Yahudi adalah sebahagian daripada Bani Israil ('Israelites'). Bani Israil dan Bani Ismail (sebahagian besar Arab) adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. Mereka dikenali sebagai bangsa Semitik (keturunan daripada Sem, anak Nabi Nuh a.s.).

Bani Israil berasal dari 12 anak Nabi Yakub (nama lain: Israil). 12 anak Nabi Yakub ini yang membentuk 12 suku Bani Israil: Reuben, Simeon, Levi, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Napthali, Gad, Asher, Joseph, Benjamin. Suku Joseph (keturunan Nabi Yusuf) terbahagi kepada 2 suku lagi iaitu Ephraim dan Manasseh.

Bani Israil pada asalnya hidup di Mesir. Sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (kira-kira 3300 tahun yang lalu), Nabi Musa memimpin Bani Israil keluar dari Mesir ke Kanaan. Di Kanaan Bani Israil mendirikan negara. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah raja Bani Israil.

Selepas Nabi Sulaiman wafat (kira-kira tahun 931 SM), Negara Bani Israil berpecah: 10 suku di utara, 2 suku (Judah dan Benjamin) dan suku Levi di selatan.

Negara utara dihapuskan oleh Assyria pada tahun 722 SM. 10 suku jadi 'Lost Tribes'. Negara selatan dihapuskan oleh Babylon pada tahun 587 SM dan penduduk Judah, Benjamin dan Levi dibawa ke Babylon. Pada tahun 539 SM, Parsi menawan Babylon dan membebaskan suku Judah, Benjamin dan Levi kembali ke tanah Kanaan.

Mereka yang kembali ke Kanaan membina semula kuil suci dan membina agama yang dikenali sebagai Agama Yahudi yang dipimpin oleh golongan Rabbi. Di situ mulanya penyelewengan ke atas kitab Taurat ('Torah').

Yang membawa kekeliruan ialah perkataan 'Yahudi' yang tidak membezakan konsep-konsep 'Jews', 'Judaism' dan 'Judea'.

'Jews' adalah konsep etnik, merujuk kepada 'Orang Yahudi' (Bahasa Hebrew: Yehudi). Di zaman pemerintahan Rom, kawasan selatan Palestin dinamakan sebagai Judea (Bahasa Hebrew: Yehuda).

Nama 'Judea' diambil dari 'Judah' (Yehudah) sebab situ adalah kawasan suku Judah. Orang yang hidup di Judea dinamakan sebagai 'Judean'. Kemudian istilah 'Judean' ini jadi 'Jew' dalam Bahasa Inggeris.

'Judaism' adalah konsep kepercayaan, merujuk kepada 'Agama Yahudi' (Bahasa Hebrew: Yahadut). Tak semua 'Jews' itu penganut 'Judaism'. Ada juga 'Jews' sekular, 'Jews' ateis (seperti Albert Einstein dan Mark Zuckerberg) dan 'Jews' beriman seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.

Setiap kali Al-Quran menyebut tentang 'Yahudi', ia merujuk kepada 'Agama Yahudi' kerana ia disebut bersama-sama dengan Nasrani dan Islam.

Negara moden yang bernama 'Israel' tak sama dengan Bani Israil. Sebabnya kewarganegaraan Israel agak terbuka. Jadi penganut 'Judaism' yang bukan berasal dari etnik 'Jews' pun boleh jadi warganegara.

Jadi,
Jew = Yehudi = Orang Yahudi atau penduduk Judea;
Judaism = Yahadut = Agama Yahudi;
Judah = Yehudah = Yahudza (anak Nabi Yakub).

Nabi Zakaria, Yahya dan Isa bukan penganut agama Yahudi (Judaism) tapi mereka adalah 'Jews'. Tapi kedua-dua istilah 'Judaism' dan 'Jews' dikenali sebagai 'Yahudi' dalam Bahasa Arab dan Melayu.

Tak faham lagi? Serabut? Pening? Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus. Istighfar. Sambung baca sampai faham.

(sambil buat grafik ni sambil terbayang lagu 'When You Believe'. BTW, saya kaji benda ini [hubung kait Yahudi, Kristian, Islam] sejak umur 12 dan benda ini yang membawa saya kepada Islam)

#GalGadotPunyaPasal
#AkuOKJew
====
Rujukan:
Bible (terjemahan King James Version) selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran
Imam Shahrastani, Kitab al-Milal wal Nihal (terjemahan Inggeris)
Dr. Ahmad Syalabi, Muqaranah al-Adyan: al-Yahudiyyah (terjemahan Bahasa Indonesia)

- Ayman Rashdan Wong

3,883

subscribers

351

photos

118

videos