Saya fikir ada orang Melayu bernama Syerin. Nama yang kelihatan elegan, unik, dan moden. Nah sekarang kita bahaskan, apakah maksud nama Syerin?
Nama Syerin sefaham saya berasal daripada nama Sirin yang ejaannya dalam Arab adalah سِيرِين, iaitu nama bagi wanita dan mungkin diguna pakai oleh lelaki juga.
Menurut kamus almaany, nama سِيرِين adalah nama wanita dalam bahasa Parsi, ia terdiri daripada dua nama iaitu سِير maksudnya kenyang dan badan ‘berisi’ dan ين pula memberikan isyarat ketinggian atau kemuliaan.
Ada yang mendefinisikan Sirin sebagai bunga dan puncak gunung.
Ada juga pendapat lain mengatakan nama Sirin berasal daripada bahasa Yunani.
Dalam sejarah ada dua orang yang terkenal bernama Sirin. Pertama, ayah kepada ahli hadith yang terkenal iaitu Muhammad dan Anas bin Sirin. Ini Sirin lelaki.
Kedua, yang jarang diketengahkan ialah Sirin binti Syam`un شمعون, beliau ialah adik (Ummul Mukminin) Mariah al-Qibtiyyah r.a. Sirin r.a. ini berkahwin dengan Hassaan bin Thabit r.a. dan mendapat anak yang bernama Abdul Rahman.
Dalam satu riwayat, nama beliau adalah شيرين atau Syerin.
Rumusannya, Sirin bermaksud,
1- Sirin atau Syerin adalah orang yang ‘sihat’, simbol orang yang hidup dalam keadaan senang.
2- Sirin juga bermaksud bunga iaitu simbol orang yang cantik, atau puncak gunung yang merupakan simbol ketinggian.
3- Syerin juga nama dalam bahasa Parsi namun maksudnya sedikit berbeza iaitu manis, lazat dan sempurna.
Wallah a`lam.
Kalau nama Sirin dan Syerin pun sudah sebegini indah perbahasannya, bagaimana agaknya perbahasan tentang kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran?
Pasti jauh lebih indah