Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany @bicarafeqhhazrialbindany Channel on Telegram

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

@bicarafeqhhazrialbindany


Persoalan feqh yg diajukan kepada @hazrialbindany dikumpulkan dalam channel ini untuk bacaan umum

Bicara Feqh bersama Ustaz Mohd Hazri al-Bindany (Malay)

Selamat datang ke dalam channel 'Bicara Feqh bersama Ustaz Mohd Hazri al-Bindany'! Channel ini dipersembahkan oleh @hazrialbindany, seorang ustaz yang pakar dalam bidang feqh. Dalam channel ini, anda akan menemui pelbagai persoalan feqh yang diajukan kepada Ustaz Mohd Hazri al-Bindany, yang kemudiannya dikumpulkan untuk bacaan umum. nnSiapa sebenarnya Ustaz Mohd Hazri al-Bindany? Beliau adalah seorang cendekiawan Islam yang memiliki pengetahuan mendalam dalam hukum Islam. Melalui channel ini, beliau berkongsi pandangan-pandangan dan jawapan-jawapan beliau terhadap persoalan feqh yang dikemukakan kepadanya. nnDengan mengikuti channel ini, anda akan dapat menambahkan pengetahuan anda tentang feqh Islam, serta memperoleh pandangan dari seorang pakar dalam bidang ini. Jadi, jom sertai kami dalam perbincangan yang mendalam mengenai persoalan-persoalan feqh yang dikemukakan kepada Ustaz Mohd Hazri al-Bindany. Pastinya, anda akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat memperkukuhkan keimanan anda. Tunggu apa lagi? Sertai channel kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti pembelajaran feqh yang berterusan!

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

28 Nov, 03:01


Keluhuran Nasab, Ilmu dan Akhlak Asy-Syafi'iy.pdf

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

22 Nov, 11:08


E-Book Percuma Majlis Sama Sahih Bukhari 2024.pdf

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

14 Sep, 10:43


Intisari Keimanan Terhadap Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam

Hadiah buat semua

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

14 Sep, 10:43


DOC-20240904-WA0153.pdf

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

12 Sep, 23:27


Pintu Ka’bah yang agung. Pintu ini dibuka setiap selesai salat Jumat dan di hari kelahiran Nabi (Rihlah Ibni Bathuthah, 1/60)

5. Masa Ibni Jubair [579 H], ulama sejarawan Andalusia:

ومن مشاهدها الكريمة أيضاً مولد النبي، صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم... يفتح هذا الموضع المبارك فيدخله الناس كافة متبركين به في شهر ربيع الأول ويوم الاثنين منه، لأنه كان شهر مولد النبي، صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم، وفي اليوم المذكور ولد،صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم، وتفتح المواضع المقدسة المذكورة كلها. وهو يوم مشهود بمكة دائماً.

Di antara tempat bersejarah adalah tempat lahir Nabi. Tempat ini dibuka pada Rabiul Awal, khususnya hari Senin. Semua orang masuk dan mencari berkah. Ini adalah hari yang disaksikan oleh umat Islam (Rihlah Ibni Jubair, 1/34)

Tulisan dari para ulama hingga tahun 500an Hijriyah sudah dijumpai perayaan Maulid Nabi di Makah, baik Ka'bah terlebih rumah kediaman lahirnya Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.

¤ Mohon doa agar diberi kesehatan dan keselamatan selama di Pontianak, untuk acara Maulid Nabi, pengajian dan seminar. Bismillah.

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

12 Sep, 23:27


"Tidak Ada Maulid Nabi Di Tempat Kelahiran Nabi" Kata Mereka

Statemen seperti ini ringkas sekali tapi dapat menggoyahkan kemantapan para pengamal Maulid. Maka dari itu, jawaban saya tulis panjang karena berkaitan keakuratan sanad, data dan mengumpulkan bahan referensi lebih dari 1 kitab. Bagi anda yang belum punya waktu 10 menit untuk baca secara lengkap sebaiknya buat kopi dulu. Tulisan saya urutkan dari tahun terdekat hingga ratusan tahun ke belakang.

1. Maulid Nabi Di Masa Pendiri NU. KH Hasyim Asyari (1946 M) menulis di salah satu kitabnya:

يُؤْخَذُ مِنْ كَلَامِ الْعُلَمَاءِ الْآتِيْ ذِكْرُهُ أَنَّ الْمَوْلِدَ الَّذِيْ يَسْتَحِبُّهُ الْأَئِمَّةُ هُوَ اِجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ وَرِوَايَةِ الْأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا وَقَعَ فِيْ حَمْلِهِ وَمَوْلِدِهِ مِنَ الْإِرْهَاصَاتِ وَمَا بَعْدَهُ مِنْ سِيَرِهِ الْمُبَارَكَاتِ ثُمَّ يُوْضَعُ لَهُمْ طَعَامٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ وَإِنْ زَادُوْا عَلَى ذَلِكَ ضَرْبَ الدُّفُوْفِ مَعَ مُرَاعَاةِ الْأَدَبِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ

“Dikutip dari pendapat para ulama (yang akan disebutkan nanti), bahwa maulid yang dianjurkan oleh para imam adalah kegiatan berkumpulnya masyarakat, membaca ayat Al-Qur'an, membaca riwayat tentang sejarah kehidupan Nabi Muhammad, peristiwa luar biasa sejak dalam kandungan dan kelahiran Nabi, dan sejarah yang penuh berkah setelah dilahirkan. Kemudian menyajikan beberapa hidangan untuk masyarakat lalu menyantapnya dan selanjutnya mereka bubar. Apabila mereka menambahkan beberapa kegiatan dengan memukul rebana disertai tetap menjaga adab, maka hal itu tidak apa-apa." (At-Tanbihat Al-Wajibat, hal. 5)

2. Maulid Nabi di masa guru-guru Ulama Nusantara.

- Syekh Nawawi al-Bantani (1315 H), Makah

واعلم ان الاعتناء بمولده صلى الله عليه وسلم من أعظم القربات وذلك يحصل باطعام الطعام وقرأة القرأن والقصائد النبوية

Ketahuilah bahwa mengadakan Maulid Nabi termasuk mendekatkan diri kepada Allah, bisa dengan sedekah, mambaca Quran dan kisah-kisah Nabi (Madarij As-Shu’ud, 15)

- Syekh Dimyathi Syatha (1310 H), Makah

وقد بسط الكلام على ذلك شيخ الاسلام ببلد الله الحرام مولانا وأستاذنا العارف بربه المنان سيدنا أحمد بن زيني دحلان في سيرته النبوية، ولا بأس بإيراده هنا، فأقول: قال رضي الله عنه ومتعنا والمسلمين بحياته. (فائدة) جرت العادة أن الناس إذا سمعوا ذكر وضعه صلى الله عليه وسلم يقومون تعظيما له صلى الله عليه وسلم وهذا القيام مستحسن لما فيه من تعظيم النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد فعل ذلك كثير من علماء الامة الذين يقتدى بهم.

Guru kami Syekh Ahmad Zaini Dahlan (1303 H) menjelaskan secara luas tentang hukum Maulid. Kami sampaikan di sini. Sudah berlaku kebiasaan berdiri saat mendengar kelahiran Nabi. Hal ini dinilai sebagai kebaikan dan dilakukan oleh banyak ulama (Ianah Thalibin, 3/414)

- Syekh Abdul Hamid Asy-Syarwani (1301 H), Makah

وَقَدْ أَطَالَ فِي إيضَاحِ الِاحْتِجَاجِ لِكَوْنِ الْمَوْلِدِ مَحْمُودًا مُثَابًا عَلَيْهِ بِشَرْطِهِ مَعَ إيضَاحِ الرَّدِّ عَلَى مَنْ خَالَفَ فِي ذَلِكَ بِمَا يَنْبَغِي اسْتِفَادَتُهُ وَجَعَلَ ذَلِكَ كُلَّهُ مُؤَلَّفًا سَمَّاهُ حُسْنُ الْمَقْصِدِ فِي عَمَلِ الْمَوْلِدِ فَجَزَاهُ اللَّهُ تَعَالَى مَا هُوَ أَهْلُهُ

As-Suyuthi menjelaskan dengan Panjang lebar tentang hujjah Maulid sebagai perbuatan baik dan berpahala dengan syaratnya. Serta menulis bantahan bagi ulama yang menolaknya. Semoga Allah memberi balasan yang sesuai baginya (Hawasyi Syarwani, 31/378)

3. Masa Ibnu Dzahirah Al-Makhzumi (985 H), ulama sejarawan Makah:

وجرت العادة بمكة في ليلة الثاني عشر من ربيع الأول في كل عام أن قاضي مكة الشافعي يتهيأ لزيارة هذا المحل الشريف بعد صلاة المغرب في جمع عظيم منهم القضاة الثلاثة وأكثر الأعيان من الفقهاء والفضلاء

Tradisi di Makah pada 12 Rabiul Awal tiap tahun, Hakim Makah siap-siap ziarah ke tempat lahir Nabi setelah Salat magrib, bersama para ulama, hakim, ahli fikih, orang-orang mulia (Al-Jami’ Al-Lathif, 201)

4. Masa Ibnu Bathuthah [779 H], ulama sejarawan dari Maroko:

وباب الكعبة المعظمة ... ويفتح الباب الكريم في كل يوم جمعة بعد الصلاة، ويفتح في يوم مولد النبي صلى الله عليه وسلم

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

12 Sep, 16:44


SOALAN.

Hukum pertandingam memancing yuran sebatang joran rm50. Pemenang hanya untuk 10 peserta yang mendapat ikan paling berat. Hadiahnya ada yang berbentuk wang tunai dan berbentuk hamper. Bagaimna dari segi hukum syara' adakah ia dikirakan judi?.
.
.
JAWAPAN.
.
.
1. Judi termasuk dalam dosa besar yang dilarang oleh agama Islam.

Firman ALLAH ta'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, JUDI, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah KEJI DARI PERBUATAN SYAITAN. Oleh itu hendaklah kamu MENJAUHINYA supaya kamu berjaya".

(Surah al-Maidah: 90)

Syekh Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah dalamالزواجر عن اقتراف الكبائر (2/328:

الكبيرة الثالثة والأربعون بعد الأربعمائة: القمار

"Dosa besar yang ke 443 ialah judi."
.
.
2. Apakah definisi judi?.

Dalam kitab حاشية الباجوري 2/351 menyebut definisi judi katanya:

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

"Iaitu setiap permainan (peraduan, pertandingan) yang diantara rugi dan untung".
.
.
3. Sekiranya hadiah pertandingan itu adalah dari duit yuran penyertaan, maka hukumnya adalah HARAM, kerana ia adalah pertaruhan yang dinamakan sebagai JUDI disisi syara'.
.
.
4. Namun jika hadiah itu adalah dari duit lain dari yuran penyertaan seperti hadiah itu ditaja oleh pihak ketiga, manakala duit yuran penyertaan itu adalah untuk bayaran sewa tempat, upah pekerja, makan minum peserta dan seumpamanya, maka hukum pertandingan tersebut adalah HARUS kerana ia tidak dinamakan sebagai judi.
.
.
5. Menjadi KEWAJIPAN bagi individu yang ingin menyertai pertandingan yang seperti ini, menyelidiki terlebih dahulu tentang konsep pertandingan tersebut dan sumber hadiahnya agar tidak JATUH KE DALAM DOSA BESAR YANG DIBENCI OLEH ALLAH DAN RASULNYA, dan agar ia lebih BERHATI-HATI dalam hal yang berkait dengan hukum hakam agama, walaupun pihak penganjur itu berwatakan agama, kerana dibimbangi pihak penganjur juga masih jahil tentang hukum hakam agama berkenaan dengan pertandingan yang seperti itu.
.
.
6. Manakala bagi pihak penganjur yang telah mengguna helah untuk mengharuskan pertandingan tersebut dengan helah yang dibenarkan, menjadi KEWAJIPAN kepada goloongan ini MENJELASKAN konsep pertandingan tersebut dan sumber hadiahnya, kerana pertandingan seperti itu pada zahirnya adalah HARAM, apatah lagi tinggi rendahnya hadiah mempengaruhi tinggi rendahnya yuran penyertaan, dan juga agar pihak penganjur tidak mendidik masyarakat kepada menghalalkan kesemua pertandingan yang seumpamanya yang mengandungi unsur judi yang dianjurkan oleh pihak penganjur lain.
.
.

والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah bin Hj Hussin

12/9/2024

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

22 Aug, 02:14


BAHAGIAN BAWAH DAGU WANITA.
.
.
Perkara yang telah maklum dalam mazhab Syafie, bahawa aurat wanita ketika solat dan tawaf ialah seluruh tubuh badan melainkan muka dan tangan sahaja. Menjadi persoalan ialah manakah had muka yang wajib di tutup.
.
Mengikut apa yang di sebut oleh ulama mazhab Syafie, sempadan muka dari segi bujur ialah antara tempat tumbuh rambut hingga dagu. dari segi lebar ialah antara telinga ke telinga. Oleh itu mengikut mazhab Syafie, wajib di tutup yang selain daripada itu termasuk di bahagian bawah dagu.
.
Namun mengikut mazhab lain seperti mazhab Hanafi dan Maliki, tidak batal solat dan tawaf jika terbuka bahagian bawah dagu.
.
Kata Syeikh Ismail Uthman az Zain al Makki di dalam kitab fatwanya Qurratul Ain:
وحينئذ لو وقع ذلك من العاميات اللاتي لم يعرفن كيفية التقيد بمذهب الشافعية فإن صلاتهن صحيحة لأن العامي لا مذهب له وحتى من العارفات بمذهب الشافعي إذا أردن تقليد غير الشافعي ممن يرى ذلك.
Ertinya: Sekiranya berlaku kepada perempuan-perempuan awam yang tidak mengetahui cara untuk mengikut mazhab Syafi, terbuka bahagian bawah dagu tersebut maka solat mereka di kira sah. begitu juga kalau berlaku kepada perempuan-perempuan yang alim mengetahui perkara tersebut, tetapi ia ingin mengikut mazhab lain selain mazhab Syafie.[ Qurratul Ain 133]
.
Kesimpulannya:
-Sah solat dan tawaf wanita jika terbuka bahagian bawah dagu mengikut mazhab Hanafi dan Maliki.
-Namun tidak sah mengikut mazhab Syafie.
-Boleh taqlid kepada mazhab Hanafi dan Maliki.
.
MZMAZ
13-8-2020

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

24 Jul, 03:04


عشرون_مسألة_مختصرة_في_قنوت_النازلة.pdf

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

21 Jun, 06:57


6) Menurut kaedah ilmu fiqh, sesuatu perbuatan makruh dalam solat berjemaah dilakukan maka ia menjadi sebab luputnya fadilat berjemaah. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikh Dr. Muhammad Sidqi al-Burnu di dalam karyanya “Mausūʿat al-Qawāʿid al-Fiqhiyyat” 8/614:

كل مكروه في الجماعة يسقط فضيلتها. معنى هذه القاعدة ومدلولها إذا فعل المقتدي فعلاً مكروهاً في الصّلاة خلف إمامه، فهذا الفعل يسقط فضيلة الجماعة.

Maksudnya: “Setiap perkara makruh dalam solat berjemaah menggugurkan fadilatnya. Makna kaedah ini dan maksudnya, jika seorang makmum melakukan sesuatu perbuatan makruh di dalam solat di belakang imam, maka perbuatan ini menggugurkan fadilat solat berjemaah.”

7) Kesimpulan dari perbincangan ini, solat seseorang secara berjemaah dengan imam yang berada di dalam Masjidil Haram sedangkan makmum berada di surau hotel berdekatan, hukum solatnya tidak sah di sisi mazhab Syafi’i. Namun sah di sini mazhab Maliki, akan tetapi hukumnya makruh yang menggugurkan fadilat solat berjemaah. Walaupun sah di sisi mazhab Maliki namun ia merupakan kerugian yang besar, iaitu kehilangan pahala solat berjemaah sepertimana yang dinyatakan dalam kaedah ilmu fiqh.

8)) Perlu diingatkan bahawa seseorang yang mengerjakan solat berjemaah tidak masuk ke dalam saf yang bersambung adalah satu perbuatan yang tidak digemari oleh Rasulullah ﷺ, apatah lagi saf yang terputus jauh. Hal ini berdasarkan teguran Baginda ﷺ terhadap Abu Bakrah RA, sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat yang sahih:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ: أَنَّهُ انْتَهَى إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ رَاكِعٌ، فَرَكَعَ قَبْلَ أَنْ يَصِلَ إِلَى الصَّفِّ، ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّفِّ. فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا، وَلَا تَعد. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Abu Bakrah RA meriwayatkan bahawa beliau tiba ketika Nabi ﷺ dan Baginda ﷺ dalam keadaan rukuk, lalu beliau rukuk (setelah takbiratul ihram) sebelum masuk ke dalam saf, kemudian berjalan masuk ke dalam saf. Setelah itu ada seseorang memberitahu perkara ini kepada Nabi ﷺ, lalu Baginda ﷺ bersabda: “Semoga Allah menambahkan lagi semangat kamu, tetapi jangan ulangi (perbuatan ini).” (HR al-Bukhari)

9) Seruan kepada para mutawwif yang dihormati sekelian agar tidak menggalakkan jemaah mereka melakukan perbuatan yang merugikan diri mereka. Mutawwif selayaknya menggalakkan jemaah agar menggarap sebanyak mungkin ganjaran bukan dengan amalan yang mengurangkan pahala mereka. Manakala untuk individu yang direzekikan oleh Allah ke Tanah Haram, gunakan peluang sebaik mungkin untuk mengaut keuntungan akhirat sehinggakan tidak bermudah-mudah dalam urusan ibadah.

Wallahu A'lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

21 Jun, 06:57


::IMAM DI MASJIDIL HARAM DAN MAKMUM DI SURAU HOTEL::

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Saya mohon pencerahan dari dr. Alhamdulillah baru2 ini saya pulang dari mengerjakan umrah buat pertama kali. Apa yng saya tengok ramai Jemaah Malaysia yang solat di dalam surau hotel. Jadi saya musykil dan saya tanya salah seorang Jemaah yang saya kenal sah ke solat kat sini? Kenapa tak masuk solat dalam masjidil haram? Dia kata mutawwif cakap mazhab syafie tak sah tapi solat macam ni sah menurut mazhab maliki. Jadi saya mohon pencerahan dr tentang ini. Betulkah sah solat berjemaah di surau hotel sedangkan imam dalam masjdil haram?

JAWAPAN:

1) Secara ringkas solat berjemaah antara imam dan makmum yang berkedudukan bangunan yang berbeza sebagai contoh imam berada di masjid, manakala makmum di rumahnya yang berdekatan dengan masjid adalah tidak sah menurut mazhab Syafi’i. Melainkan jika dengan menepati syarat-syarat tertentu, maka solat berjemaah tersebut dikira sah. Syarat-syarat yang dimaksudkan ialah:

i. Makmum mengetahui perpindahan imam.
ii. Jarak antara akhir bangunan masjid dan makmum tidak melebihi 300 hasta.
iii. Tiada halangan yang menghalang makmum untuk sampai kepada Imam.
iv. Tiada halangan untuk makmum melihat imam, atau melihat salah seorang makmum yang boleh melihat imam.
v. Jika makmum tidak dapat melihat imam disyaratkan wujud RABITAH antara kedua-duanya.
vi. Ada kemampuan untuk sampai kepada imam tanpa perlu membelakangkan tubuh badan dari arah kiblat (izwirar dan in’itaf).

(Rujuk: al-Qawl al-Tām Fī Aḥkām al-Imām Wa al-Maʾmūm & al-Taqrīrāt al-Sadīdat)

2) Berbalik kepada amalan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam Malaysia ketika mengerjakan umrah, iaitu makmum tidak mendirikan solat berjemaah di dalam masjid bahkan mendirikannya di surau-surau hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Konsep solat berjemaah seperti ini tidak sah di sisi mazhab Syafi’i kerana tidak menepati kebanyakan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

3) Manakala dakwaan yang menyatakan bahawa solat berjemaah sebegini sah dan harus di sini mazhab Maliki adalah benar dan tepat ASALKAN makmum dapat mendengar suara imam dan nampak pergerakannya. Perkara ini dinyatakan oleh seorang ulama mazhab Maliki, Sheikh Ibn ‘Arafah al-Dusuqi di dalam karyanya “Hāsyiat al-Dusūqiy ʿAla al-Syarḥ al-Kabīr”, kata beliau:

إذا أراد من في الدار التي بقرب من المسجد أن يصلوا بصلاة المسجد جاز ذلك إذا كان إمام المسجد في قبلتهم يسمعونه ويرونه

Maksudnya: “Jika seseorang yang berada di rumah yang berdekatan dengan masjid ingin mendirikan solat dengan solat (yang didirikan di dalam) masjid maka hukumnya harus(sah) sekiranya Imam masjid berada di arah kiblat mereka yang mana mereka mendengar suara imam dan dapat melihatnya.”

4) Namun begitu, hukum harus dan sah ini menjadi makruh jika makmum berkedudukan jauh dari imam yang mana hanya dapat mendengar suara imam tetapi tidak dapat melihat pergerakannya, begitu juga sebaliknya. Hal ini juga dinyatakan oleh Sheikh al-Dusuqi lagi dalam rujukan yang sama:

ويكره إذا كان بعيدا يرونه ولا يسمعونه لأن صلاتهم معه على التخمين والتقدير وكذلك إذا كانوا على قرب يسمعونه ولا يرونه لحائل بينهم لأنهم لا يدرون ما يحدث

Maksudnya: “Makruh hukumnya jika imam berada di kedudukan yang jauh yang mana mereka dapat melihatnya tetapi tidak mendengar suaranya kerana solat mereka (mengikut imam itu) secara tekaan dan andaian. Begitu juga kedudukan mereka yang dekat (dengan imam) yang mana mereka mendengar suaranya tetapi tidak dapat melihatnya disebabkan Batasan di antara mereka. Ini kerana mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepadanya.”

5) Oleh yang demikian, solat berjemaah yang didirikan berdasarkan situasi di atas sememangnya sah di sisi ulama Malikiyyah. Namun perlu diingat, meskipun sah solat tersebut tetapi hukumnya makruh. Apabila sesuatu ibadat dikaitkan dengan perbuatan makruh, maka ia melibatkan konotasi yang kurang baik maksudnya walaupun ia tidak jatuh kepada hukum haram.

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

19 Jun, 14:46


SOALAN

Salam ustaz yg amat sy kasihi.

Musim pkp ni bayak persoalan tntg hukum hakam agama dijawab oleh ustaz di facebook. Setiap satu permasalahan dijawab dgn kemas teliti beserta dalil yg mantap. Oleh krn itu izinkn sy utk mmbuat satu pertanyaan.

Sebagai seorang peniaga ayam segar selalu saya mendapati ayam yg disembelih tidak putus 2 urat. Biasanya urat yg tak sempurna putus ialah urat mari'.

Adakah ayam tersebut halal dimakan dan dijual. Kerana disana ada pndangan ulama yang mengatakan memadai hanya putus urat halkum sahaja.

Terima kasih ustaz.
.
.
JAWAPAN

Waalaikumussalam.

بسم الله. والحمد لله. والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1.0. Dalam proses penyembelihan binatang ada empat urat yang perlu dikerat.

[1]. Urat halqum. Iaitu saluran pernafasan.
[2]. Urat meri. Iaitu saluran makanan dan minuman.
[3]. Urat wadaj. Iaitu dua urat yang berada di tepi halqum.

Didalam kitab منهاج الطالبين hlm.318 ada menyebut :

وهو مخرج النفس والمرىء وهو مجرى الطعام ويستحب قطع الودجين وهما عرقان في صفحتي العنق.

" Halqum iaitu saluran pernafasan, meri iaitu saluran makanan ... dua urat wadaj iaitu dua urat yang berada pada permukaan leher."
.
.
2.0. Ulama fiqh sepakat mengatakan bahawa apabila telah di potong kesemua empat urat ini daripada binatang sembelihan maka halal dimakan.

Didalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته 4/2764 Syekh Wahbah Azzuhailiy -Rahimahullah - menyebut :

اتفق العلماء على أن الذبح الذي يقطع فيه الودجان والمري والحلقوم مبيح للأكل.

" Sepakat ulama mengatakan bahawa sembelihan yang dipotong dua urat wadaj, urat meri dan halqum membolehkan untuk dimakan."
.
.
3.0. Namun ulama fiqh berbeza pandangan pada menetapkan kadar yang wajib dipotong daripada urat-urat tersebut.

3.1. Perbezaan ini berlaku kerana dalil sahih yang menyebut tentang penyembelihan tidak menetapkan secara jelas kadar bilangan urat yang wajib di kerat itu.

Apa yang disebut dalam hadis sahih adalah dituntut mengalirkan darah.

Nabi ﷺ bersabda:

مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ

" Sesuatu yang dapat mengalirkan darah dan disebut nama Allah, maka hendaklah kalian makan."

( HR al-Bukhari dan Muslim )

3.2 Pandangan pertama ialah wajib di kerat urat halqum dan urat meri.

Manakala dua urat wadaj hukum memotongnya adalah sunat, namun kebiasaannya dua urat ini terpotong apabila terpotong halqum.

Pandangan ini adalah pandangan Muktamad Mazhab Syafie dan pandangan yang Masyhur dalam Mazhab Hanbali.

( Kitab Mazhab Syafie ) Didalam kitab منهاج الطالبين للنووي 6/103 ada menyebut :

وَذَكَاةُ كُلِّ حَيَوَانٍ قُدِرَ عَلَيْهِ بِقَطْعِ كُلِّ الْحُلْقُومِ، وَهُوَ مَخْرَجُ النَّفَسِ وَالْمَرِيءِ وَهُوَ مَجْرَى الطَّعَامِ، وَيُسْتَحَبُّ قَطْعُ الْوَدَجَيْنِ.

" Penyembelihan binatang yang mampu disembelih adalah dengan dikerat kesemua Halqum, iaitu saluran pernafasan, dan urat meri iaitu saluran makanan. Dan sunat dipotong dua urat wadaj."

( Kitab Mazhab Hanbali ) Didalam kitab المغني لابن قدامة ada menyebut :

وَأَمَّا الْفِعْلُ فَيُعْتَبَرُ قَطْعُ الْحُلْقُومِ وَالْمَرِيءِ. وَبِهَذَا قَالَ الشَّافِعِيُّ ... وَلَا خِلَافَ فِي أَنَّ الْأَكْمَلَ قَطْعُ الْأَرْبَعَةِ؛ الْحُلْقُومِ، وَالْمَرِيءِ وَالْوَدَجَيْنِ

" Adapun sudut perbuatan maka di iktibar memotong halqum dan urat meri. Dengan pandangan ini telah berpendapat oleh Imam Syafie ... Namun tidak ada khilaf pada yang lebih sempurna adalah memotong ke empat-empatnya iaitu halqum, urat meri, dua urat wadaj."

3.3. Pandangan kedua ialah wajib dipotong tiga urat daripada empat urat tersebut. ( Halqum + Meri + Satu urat wadaj ) ( Halqum + Dua urat wadaj ) ( Meri + Dua urat wadaj ).

Pandangan ini adalah pandangan Imam Abu Hanifah dan satu riwayat daripada imam Ahmad.

( Kitab Mazhab Hanafi ) Dalam kitab بدائع الصنائع 5/41 ada menyebut :

فَعِنْدَ أَبِي حَنِيفَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - إذَا قَطَعَ أَكْثَرَ الْأَوْدَاجِ وَهُوَ ثَلَاثَةٌ مِنْهَا أَيُّ ثَلَاثَةٍ كَانَتْ وَتَرَكَ وَاحِدًا يَحِلُّ.

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

19 Jun, 14:46


" Disisi imam Abu Hanifah R.a apabila seorang telah memotong kebanyakan urat-urat tersebut iaitu tiga daripadanya tidak kiralah yang mana sekalipun sedangkan dia tidak memotong satu urat maka halal sembelihan tersebut."

3.3. Pandangan ketiga ialah wajib dipotong tiga urat tertentu daripada empat urat tersebut. ( Halqum + Dua urat wadaj ). Tidak disyaratkan potong urat meri.

Pandangan ini adalah pandangan Imam Malik.

( Kitab Mazhab Maliki ) Didalam kitab رسالة أبي زيد القيرواني ada menyebut :

وَالذَّكَاةُ قَطْعُ الْحُلْقُومِ وَالْأَوْدَاجِ وَلَا يُجْزِئُ أَقَلُّ مِنْ ذَلِكَ.

" Sembelihan itu ialah memotong Halqum dan urat-urat wadaj. Tidak memadai kurang daripada demikian itu."

Didalam kitab الفواكه الدواني على رسالة القيرواني 1/384 ada menyebut :

وَلَا يُشْتَرَطُ عَلَى الْمَشْهُورِ قَطْعُ الْمَرِيءِ.

" Tidak disyaratkan memotong urat meri menurut pandangan yang Masyhur."

3.4. Pandangan keempat ialah wajib dipotong ke empat-empatnya.

Pandangan ini adalah pandangan Imam Al-laith, imam Daud dan imam Ibnu Al-munzir.

Didalam kitab المجموع شرح المهذب 9/90 ada menyebut :

وَقَالَ اللَّيْثُ وَدَاوُد يُشْتَرَطُ قَطْعُ الْجَمِيعِ وَاخْتَارَهُ ابْنُ الْمُنْذِرِ.

" Imam Al-laith, imam Daud berpendapat bahawa disyaratkan memotong sekeliannya. Imam ibnu Al-munzir memilih pandangan ini.

3.5 Ada juga pandangan segelintir ulama bahawa apa yang diwajibkan adalah potong salah satu daripada Urat Halqum dan Urat meri, namun pandangan ini adalah pandangn yang dhaif.

Didalam kitab المجموع شرح المهذب 9/8 menyebut :

وَفِيهِ وَجْهٌ لِأَبِي سَعِيدٍ الْإِصْطَخْرِيِّ أَنَّهُ يَكْفِي قَطْعُ أَحَدِهِمَا لِأَنَّ الْحَيَاةَ لَا تَبْقَى بَعْدَهُ قَالَ الْأَصْحَابُ هَذَا خِلَافُ نَصِّ الشَّافِعِيُّ.

" Padanya ada satu wajah bagi imam Abi sa'id Al-Isthakhriy iaitu memadai memot salah satu dari keduanya itu, kerana hidak tidak kekal setelahnya. Namun Ashab Syafie menyebut bahawa wajah ini menyalahi Nas imam Syafie."
.
.
4.0 Adakah disyaratkan dalam melakukan pemotongan itu mesti putus kesemua urat tersebut atau memadai potong sebahagian sahaja walaupun tidak putus?

4.1. Ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum ini kepada dua pendapat.

[1] Disyaratkan putus semua urat yang wajib dipotong itu.

Pandangan ini adalah pandangn Mazhab Syafie, imam Malik dan sebahagian ashab imam Ahmad.

( Kitab Mazhab Syafie) Didalam kitab المجموع شرح المهذب 9/86 ada menyebut :

قال أصحابنا ولو ترك من الحلقوم والمرئ شَيْئًا وَمَاتَ الْحَيَوَانُ فَهُوَ مَيْتَةٌ

"Ashab kami menyatakan bahawa sekiranya ditinggalkan sedikit daripada halqum dan meri kemudian haiwan itu mati maka haiwan itu dik bangkai."

[2] Tidak disyaratkan putus semua urat itu. Bahkan sudah memadai terpotong urat-urat tersebut walaupun masih lagi tidak putus habis.

Pandangan ini adalah pandangan yang Masyhur daripada Mazhab Hanbali dan apa yang zahir daripada Mazhab Hanafi.

( Kitab Mazhab Hanbali) Didalam kitab كشاف القناع على متن الإقناع 6/206 :

(فَإِنْ أَبَانَهُمَا) أَيْ الْحُلْقُومَ وَالْمَرِيءَ (كَانَ أَكْمَلُ) لِلْخُرُوجِ مِنْ الْخِلَافِ. (وَإِلَّا) أَيْ وَإِنْ لَمْ يُبِنْهُمَا (صَحَّ) الذَّبْحُ وَحَلَّ الْمَذْبُوحُ.

" Jika ia memisahkan halqum dan urat meri maka itulah yang paling sempurna untuk keluar daripada khilaf. Namun jika ia tidak memutuskan keduanya itu, sembelihan masih lagi sah dan halal sembelihan tersebut."
.
.
KESIMPULAN
.
.
1. Sebaik-baik dalam melaksanakan proses penyembelihan binatang adalah memotong dan memutuskan kesemua empat urat tersebut agar dapat keluar dari khilaf ulama.

Kaedah feqh menyebut :

الخروج من الخلاف مستحب.

" Keluar dari khilaf adalh perkara yang digalakkan".

2. Namun jika didapati ada urat meri tidak putus dengan sempurna maka masih halal dimakan menurut pandangan Mazhab Hanbali.

Dan boleh bertaklid kepada Mazhab Hanbali dalam permasalahan ini, apatah lagi ketika diperlukan, kerana Mazhab Hanbali juga Mazhab muktabar dan khilaf dalam permasalahan ini adalah khilaf yang kuat.
.
.
والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولوالدي ولوالديكم ولمعلمينا ولجميع المسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات.

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

19 Jun, 14:46


مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

12 Jun, 11:53


SOALAN

Si mati yang telah berwasiat daging ibadah korbannya mesti disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin, malahan tidak boleh ahli warisnya makan walaupun sedikit.

Manakala daging ibadah korban sunat yang tuannya meninggal dunia setelah selesai penyembelihan ibadah korban, boleh ahlu warisnya makan sebahagian daripadanya.

Soalannya, apakah perbezaan antara keduanya?

Mohon pencerahan.
.
.
JAWAPAN
.
.
1. [SI MATI TELAH BERWASIAT AGAR DILAKSANAKAN IBADAH KORBAN UNTUKNYA]

Daging korban si mati ini tidak boleh ahli waris makan sebahagian daripadanya, bahkan wajib disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.

Dalam kitab Asna al-Mathalib 1/545:

فَلَوْ ضَحَّى عَنْ غَيْرِهِ بِإِذْنِهِ كَمَيِّتٍ أَوْصَى بِذَلِكَ فَلَيْسَ لَهُ، وَلَا لِغَيْرِهِ مِنْ الْأَغْنِيَاءِ الْأَكْلُ مِنْهَا وَبِهِ صَرَّحَ الْقَفَّالُ فِي الْمَيِّتِ، وَعَلَّلَهُ بِأَنَّ الْأُضْحِيَّةَ وَقَعَتْ عَنْهُ فَلَا يَحِلُّ الْأَكْلُ مِنْهَا إلَّا بِإِذْنِهِ وَقَدْ تَعَذَّرَ ‌فَيَجِبُ ‌التَّصَدُّقُ ‌بِهِ عَنْهُ

"Sekiranya dia melakukan ibadah korban untuk orang lain dengan izinnya, seperti si mati telah mewasiatkan agar dilaksanakan ibadah korban bagi pihaknya, maka tidak boleh baginya dan bagi orang-orang kaya makan daripada binatang korban tersebut. imam Qaffal telah menjelaskan perkara ini dalam bab mayat. Alasannya adalah kerana korban itu terjadi bagi pihak si mati, maka tidak boleh makan daripadanya kecuali dengan izin si mati sedangkan tidak mampu untuk dapatkan izin si mati. Justeru, hendaklah bersedekah korban tersebut bagi pihak si mati."
.
.
.
2. [DAGING IBADAH KORBAN YANG TUANNYA MENINGGAL SETELAH PENYEMBELIHANNYA]

Sekiranya orang yang melakukan ibadah korban sunat meninggal dunia setelah selesai penyembelihan ibadah korbannya, maka ahli warisnya boleh makan sebahagian daripada daging korban tersebut.

Kata Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami dalam kitab al-Fatawa Al-Fiqhiyyah al-Kubra 4/253:

وَمِنْ ثَمَّ قُلْت فِي شَرْحِ الْعُبَابِ فَرْعٌ مَاتَ الْمُضَحِّي وَعِنْدَهُ شَيْءٌ مِنْ لَحْمِ الْأُضْحِيَّةِ الَّذِي يَجُوزُ لَهُ أَكْلُهُ وَإِهْدَاؤُهُ لَمْ يُورَثْ عَنْهُ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِمَمْلُوكٍ لَهُ كَمَا عُلِمَ مِمَّا مَرَّ لَكِنْ لِوَارِثِهِ وِلَايَةُ الْقِسْمَةِ وَالتَّفْرِقَةِ وَالْإِهْدَاءِ وَالْأَكْلِ كَمَا كَانَ لَهُ ذَكَرَهُ السُّبْكِيّ وَغَيْرُهُ. اهـ

"Oleh seba itu, saya telah menyebut dalam Syarh al-'Ubab: (Far'un): Seorang yang melaksanakan ibadah korban meninggal dunia sedangkan masih ada bersamanya sebahagian daging korban yang halal baginya memakannya dan menghadiahkannya, maka tidak boleh diwarisi daging itu daripadanya, kerana daging itu bukan lagi miliknya sebagaimana diketahui daripada penjelasan yang telah lepas. Tetapi bidang kuasa membahagikan daging tersebut, menghadiahkan dan memakannya adalah milik ahli warisnya sebagaiman sebelumnya bidang kuasa itu adalah milik si mati. Perkara inj disebut oleh al-Subki dan lain-lain"
.
.
3. [APAKAH PERBEZAAN ANTARA KEDUANYA?]

Antara perbezaan yang disebut oleh ulama fiqh ialah orang yang melakukan ibadah korban sunat yang meninggal dunia setelah selesai penyembelihan ibadah korbannya, dia memiliki hak untuk membahagikan daging korban sunatnya, dia memiliki hak untuk makan sebahagiannya dan dia memiliki hak untuk menghadiahkannya kepada orang lain, maka semua perkara tersebut berpindah kepada ahli warisnya.

Berbeza dengan daging korban si mati yang telah berwasiat itu, dia sendiri tidak memiliki hak untuk makan sebahagiannya dan lain-lain, maka semua itu tidak berpindah kepada ahli warisnya.

Dalam kitab al-Fatawa Al-Fiqhiyyah al-Kubra 4/254:

وَبِهَا يُعْلَمُ ظُهُورُ الْفَرْقِ بَيْنَ الْمُضَحِّي إذَا مَاتَ وَبَيْنَ الْمَيِّتِ الْمُضَحَّى عَنْهُ فَإِنَّ الْأَوَّلَ كَانَتْ لَهُ وِلَايَةُ التَّفْرِقَةِ وَالْأَكْلِ وَالْإِهْدَاءِ فَثَبَتَ كُلُّ ذَلِكَ لِوَارِثِهِ وَأَمَّا الثَّانِي فَلَمْ يَكُنْ لَهُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ فَلَمْ يَثْبُتْ لِوَارِثِهِ شَيْءٌ مِنْهُ لِمَا ذُكِرَ

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

12 Jun, 11:53


"Dengan penjelasan tersebut diketahui bahawa jelas adanya perbezaan antara orang yang berkorban apabila dia mati dan orang yang mati yang dibuat korban untuknya. Sesungguhnya orang yang pertama itu mempunyai kuasa untuk membahagikan, makan, dan menghadiahkan, maka sabitlah semua itu kepada ahli warisnya, Adapun orang yang kedua, dia tidak mempunyai apa-apa daripada semua perkara itu, maka tidak sabitlah kesemua perkara itu untuk ahli warisnya, kerana apa yang telah disebutkan."

والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah bin haji Hussin

11/6/2024

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

07 Jun, 00:54


PERBEZAAN HARI RAYA HAJI IKUT MATHLA' RUKYAH SETEMPAT

#hariwukuf2022
Wukuf Arafah hari jumaat 8 julai 2022
Raya Aidiladha Sabtu 9 julai 2022
Di saudi.

Assalamualaikum ustaz.. Pertanyaan saya.. Bila agaknya sunat kita puasa arafah ? memulakan takbir muqayyad di malaysia..

Nak ikut waktu mekah atau Malaysia?

JAWAPAN :

PENETAPAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN DZULHIJJAH BERDASARKAN RU'YAH SETEMPAT INI DAPAT DIFAHAMI DARI HADIS BERIKUT :

، عَنْ كُرَيْبٍ، أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ، قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْتُ الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ؟ فَقُلْتُ: رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، وَرَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، فَقَالَ: " لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَوَ لَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ فَقَالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " وَشَكَّ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى فِي نَكْتَفِي أَوْ تَكْتَفِي

Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami…’.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1087)

Pencerahan :

Hadis ini menyebutkan bahwa sesuai petunjuk Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas (di Madinah) tidak mengambil ru’yah Muawiyah (di Syam, kini syiria), padahal kedua-duanya sangat dekat dari segi jarak dan waktu.

Maka atas dasar ini fuqaha mengatakan setiap negara mengambil ru’yah negaranya sendiri, bukan ru’yah Negara lainnya”. (Lihat al-Mufhim al-Qurthubi 3/142, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an al-Qurthubi 2/295,Nailul Author asy-Syaukani 4/230)

Jadi puasa arafah bagi kita semua mengikut ru'yah tempatan. Iaitu jatuh pada hari sabtu 9 dzulhijjah.

PUASA ARAFAH TELAH BERLAKU SEBELUM ADANYA WUQUF ARAFAH

Ketika Nabi SAW puasa pada 9 dzulhijjah belum ada umat Islam yg wuquf di Arafah. Sebab ibadah haji baru terlaksana di tahun ke-10 hijriyah (baca : Zaadul maad II : 101, Manarul qari III : 64).

Sedangkan puasa 9 dzulhijjah sudah disyariatkan sejak tahun ke-2 hijriyah jauh sebelum wukuf haji disyariatkan (baca : shubhul a'sya II : 444, Bulughul Amani Juz VI : 119, Subulus salam I : 60).

Jelas, penamaan nama Arafah bukan karena fi'lun (wukuf di Arafah dalam ibadah haji). Bahkan ibadah korban dan idul Adha sudah disambut sejak tahun kedua hijrah..

Kecanggihan teknologi maklumat yg menghubungkan kita dengan mekah tidak sama sekali boleh dijadikan alasan untuk terus ikut waktu di sana.. Jelas sekali kita solat ikut waktu solat tempatan bukan waktu solat mekah. Begitu juga waktu solat hari raya mestilah sesuai waktu tempahan..

Mohd Hazri Al-Bindany
#kuala Besut Terengganu
#pencerapan PDP Turath Dirasat Islamiyah Imtiyaz Besut

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

23 Apr, 02:31


ANEKA RAGAM PUASA ENAM:

1- Terus berpuasa hari kedua syawal secara berturut-turut, itu yang afdhal.

2- Berpuasa 6 hari dalam bulan syawal tidak secara berturut-turut, ia hal yang dibolehkan.

3- Berpuasa sebahagian di dalam bulan syawal dan bakinya dibulan yang lain. Ia juga hal yang boleh. Yang dibuat dalam syawal jadi tunai, manakala yang dibuat luar syawal jadi qadha.

4- qadha 6 hari puasa syawal di bulan yang lain sepanjang tahun.. ia juga hal yang boleh. Kerana puasa 6 termasuk puasa sunat yang boleh diqadha.

Semua keadaan ini masih dapat fadilat puasa 6.

Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. [Riwayat Muslim (1164)]

Kadangkala kita dah niat puasa, tetapi di bulan syawal ini kita sering dikunjungi tetamu. Maka boleh berbuka untuk meraikan tetamu. Dan berpuasa di hari atau bulan yang lain.

Tak ada alasan langsung tak buat puasa 6 sepatutnya.

Akhukum Mohd Hazri al-Bindany

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

14 Apr, 03:59


Isu Ziarah Kubur Di Hari Raya

Wahabi tak semestinya cerdik...

Disebut dalam hadith baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam pernah mengkhususkan hari Sabtu sebagai hari menziarahi masjid Quba'. Di dalam Shahih Al-Bukhari disebut :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أنه قال: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءَ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا».

"Dari Abdullah bin Umar RadhiyaLLahu Anhuma beliau berkata : "Baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam sering mendatangi masjid Quba' setiap hari Sabtu baik dalam keadaan berjalan mahupun menunggang unta"

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkomentar mengenai hadith ini : "Di dalam hadith ini menunjukkan dalil atas bolehnya mengkhususkan sebahagian hari dengan sebahagian amalan soleh dan berterusan ke atasnya"
(Fath Al-Bari: 3/69)

Menziarahi kubur kedua orang tua atau orang soleh adalah amalan yg mulia. Kerana di samping dapat memberi salam dan berdoa untuk mereka, ia juga dapat mengingatkan kita kepada kematian. Merujuk hadith di atas maka harus jika kita mengkhususkan Hari Raya untuk menziarahi kubur kedua orang tua kita.

Di dalam hadith yg lain baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam juga memberi fadhilah kepada kita semua jika menziarahi kubur kedua orang tua pada hari Jumaat. Hadithnya berbunyi :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: «مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا فِي كُلِّ جُمُعَةٍ غُفِرَ لَهُ، وَكُتِبَ بَرًّا.

"Dari Abu Hurairah RadhiyaLLahu Anhu beliau berkata : RasuluLLah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Barangsiapa menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah seorangnya pada setiap hari Jumaat, maka dosa-dosanya diampuni dan akan dituliskannya sebagai orang yg telah berbuat baik (kepada orang tuanya)"

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam 'Syua'b Al-Iman', Imam Thabarani dalam 'Al-Mu'jam Al-Awsath', Ibnu Abi Ad-Dunya dalam ' Makarim Al-Akhlak' dan lain-lain. Sanad hadith ini adalah Dhoif Khafif Jiddan (sangat ringan), bahkan menurut sebahagian ulama sanadnya adalah Hasan li-Ghoirihi. Bahkan sanad hadith ini layak diamalkan dalam hal ini menurut kebanyakan para Aimmah Hadith dan Fiqh.

Dalam Shahih Muslim juga diceritakan bahawa baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam mengkhususkan hari gilirannya dengan Aisyah untuk menziarahi kuburan Baqi' setiap malam. Hadithnya berbunyi:

كان رسول الله ﷺ كلما كان ليلتها من رسول الله ﷺ يخرج من آخر الليل إلى البقيع فيقول: السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وأتاكم ما توعدون، غداً مؤجلون، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد.

"Bahawa RasuluLLah Shallallahu Alaihi Wasallam setiap kali malam gilirannya (Sayyidah Aisyah) baginda akan keluar pada akhir malam menuju ke perkuburan Baqi'. Baginda berdoa :
"السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وأتاكم ما توعدون، غداً مؤجلون، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد."
(HR Muslim)

Kalimat "كلما" menunjukkan makna sering atau selalu yg mana menjadi kebiasaan baginda untuk menziarahi kuburan Baqi' dan mendoakan mereka setiap malam giliran Sayyidah Aisyah. Sekaligus menunjukkan bahawa boleh kita mengkhususkan sebahagian malam atau hari tertentu untuk menziarahi kubur untuk mendoakan mereka.

Oleh itu dalam fatwa Darul-Ifta' Al-Mishriyyah menyimpulkan bahawa disunatkan menziarahi kubur di hari yg terdapat kelebihan di dalamnya seperti hari Jumaat, hari raya dan lain-lain. Fatwanya berbunyi :

زيارة المقابر مندوب إليها في جميع الأوقات؛ لأن الأمر بها جاء مطلقًا، فشمل ذلك جميع الأوقات، وتزيد أفضلية زيارتها في الأيام المباركة التي يلتمس فيها مزيد العطاء من الله تعالى، ومنها أيام العيدين؛ لما في ذلك من استشعار معاني الصلة والبر، والدعاء بالرحمة والمغفرة لمن توفي من الأهل والأقارب، ولْيُراعَ عدم تعمد إثارة الأحزان، وعدم التلفظ بألفاظ الجاهلية والاعتراض المنهي عنهما.

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

14 Apr, 03:59


"Ziarah kubur adalah disunnahkan kepadanya pada semua waktu. Kerana perintah mengenainya datang secara mutlak. Maka ia mencakupi pada semua waktu. Dan bertambah kelebihan ziarahnya pada hari yg diberkati yg dicari-cari di dalamnya tambahan pemberian dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Di antaranya adalah hari raya Aidilfitri dan Aidiladha......"

KESIMPULAN

Hukum ziarah kubur orang tua adalah disunnahkan pada setiap waktu. Dan mengkhususkan hari menziarahinya seperti hari Jumaat, hari raya atau hari-hari afdhal yg lain adalah sunnah dan dibolehkan. Apalagi tiada dalil larangan khusus terhadapnya. Dan hendaklah dijaga adab-adab ziarah kubur seperti tidak memetik tumbuhan di atas kubur, duduk di atas kubur, tidak meratapi dan mengeluarkan perkataan-perkataan yg tidak sepatutnya dan dilarang dalam syarak dan lain-lain. Semoga bermanfaat.

Al-Faqir
Mohamed Arafat At-Tambary

Bicara feqh ustaz Mohd Hazri al-Bindany

02 Apr, 05:06


DI MANA BAYAR ZAKAT FITRAH?

1) Zakat fitrah termasuk dalam perbahasan zakat umum, iaitu tempat yang wajib seseorang itu membayar zakat bergantung pada tempat di mana tiba waktu dia diwajibkan membayar zakat.

2) Seseorang itu diwajibkan bayar zakat fitrah apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, iaitu bermulanya satu Syawal. Manakala bayaran zakat fitrah pada awal Ramadan dan sebelum masuk hari raya hukumnya adalah harus.

3) Oleh itu seseorang itu dituntut bayar zakat di mana dia berada pada malam hari raya. Sebagai contoh Ali bertugas di Kuala Lumpur dan kampungnya di Besut Terengganu. Jika Ali berniat untuk pulang berhari raya di kampung, dia tidak dituntut bayar zakat di KL kerana dia diwajibkan bayar zakat pada malam hari raya, dan dia dijangkakan berada di Besut pada malam hari raya aidilfitri.

4) Persoalannya sekarang bagaimana amalan masyarakat sejak zaman berzaman yang bayar zakat fitrah lebih awal di tempat mastautin sedangkan pada malam hari raya mereka akan berada di kampung halaman? Adakah zakat yang mereka tunaikan lebih awal itu hukumnya sah? Bagi menjawab soalan ini, terdapat dua jawapan dari dua tokoh besar mazhab Syafi’i, iaitu Imam Ibn Hajar dan al-Ramli.

5) Menurut Imam Ibn Hajar hukum mengawalkan bayaran zakat fitrah seperti ini tidak sah dan wajib ditunaikan di tempat yang dia berada pada malam hari raya iaitu kampung halaman, walaupun zakat fitrah sudah dibayar di tempat mastautin. Ini kerana menurut beliau zakat yang diawalkan hukumnya tidak sah kerana ia dikira memindahkan zakat fitrah ke tempat lain dan asnaf di tempat itu yang layak menerima zakat itu.

6) Manakala menurut Imam al-Ramli, zakat fitrah yang diawalkan adalah sah meskipun pada malam hari raya dia akan berada di tempat lain. Oleh itu tidak wajib membayar semula ketika tiba di kampung halaman (tempat berhari raya).

7) Secara umumnya apa yang diamalkan orang masyarakat sebelum ini adalah tidak sah di sisi Ibn Hajar dan wajib bayar semula di tempat dia berada di malam dan siang hari raya. Manakala al-Ramli berpendapat hukumnya sah dan tidak wajib bayar semula. Namun di sisi al-Ramli juga bayaran zakat di tempat malam hari raya itu lebih utama.

8)) Dalam hal mendepani perbezaan pandangan dalam mazhab Syafi’i seperti ini, kita sebagai orang awam digalakkan agar keluar daripada khilaf dengan memilih pandangan yang lebih warak, iaitu pandangan yang diutarakan oleh Ibn Hajar al-Haitami.


Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil