Sabah Info @mysabahinfo Channel on Telegram

Sabah Info

@mysabahinfo


Segalanya Info mengenai Negeri Sabah (Trending Info: #COVID19)

Sabah Info (Malay)

Sabah Info adalah saluran Telegram yang merupakan sumber berkaitan Negeri Sabah. Dikelola oleh pengguna dengan nama pengguna @mysabahinfo, saluran ini menyediakan segala informasi terkini mengenai perkembangan di Negeri Sabah, termasuk isu-isu tren seperti #COVID19. Saluran ini adalah tempat yang sempurna untuk mendapatkan berita terkini, tips perjalanan, destinasi popular, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Negeri Sabah. Dengan mengikuti Sabah Info, anda akan sentiasa dijemput untuk menyertai perbincangan dan mendapat maklumat terkini mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Negeri Sabah. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan terkini dengan menyertai Sabah Info di Telegram. Sertai sekarang dan jadilah yang pertama untuk mendapat informasi terkini mengenai Negeri Sabah!

Sabah Info

22 Dec, 05:18


🚨Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di Sabah hari ini! 🚨

Sabah Info

18 Dec, 05:12


Laungan ‘Hidup-hidup, Tun Musa Aman’ sambut ketibaan TYT Sabah baharu

Sabah Info

17 Dec, 02:08


Tan Sri Musa Aman menerima pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah baharu dalam satu majlis di Istana Negara, Kuala Lumpur, di sini pada pagi ini.
🔷 Tan Sri Musa, 73, menerima pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu majlis istiadat pengurniaan surat cara pelantikan di Istana Negara yang berlangsung lebihkurang jam 9 pagi, sebentar tadi.
🔷 Tan Sri Musa merupakan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah ke-11 menggantikan Tun Juhar yang telah menjawat jawatan tertinggi itu selama 13 tahun, selepas dilantik mengangkat sumpah pada 1 Januari 2011.

Sabah Info

04 Dec, 23:45


Gempa bumi lemah di Tawau pada awal pagi ini. Gegaran dapat dirasai sekitar Tawau. Sumber MET Malaysia

Sabah Info

04 Dec, 15:04


https://www.facebook.com/share/p/i7fE3fnSnwQ23B8t/

DENGAN sebatang pen kamera berharga RM75.90, seorang 'broker mineral' yang kini dikenali sebagai 'whistleblower' akhirnya mengaku telah merancang membuat rakaman adun-adun Sabah.
🔷 Memetik laporan Malaysiakini, 'broker mineral' dari Semenanjung Malaysia itu mengatakan perbuatannya sebagai 'langkah terdesak' setelah lesen penerokaan kumpulannya dibatalkan Kerajaan Sabah.
🔶 “Apabila saya kehilangan lesen, saya berasa sangat marah dan putus asa kerana telah melabur banyak masa dan wang dalam proses mendapatkan lesen penerokaan mineral tersebut,” katanya.
🔶 “Saya mendapat idea menggunakan pen kamera itu daripada filem. Jadi saya mencarinya dalam talian dan menemuinya di (platform e-dagang) Shopee.
🔷 Melalui beberapa video yang didedahkan, 'broker mineral' itu dilihat berjumpa dengan beberapa adun-adun Sabah bagi mencari jalan agar lesen penerokaan yang dibatalkan dapat diteruskan semula.
🔷 Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengatakan kerajaan Sabah tidak akan tunduk terhadap sebarang usaha yang dilakukan mana-mana pihak dengan niat melakukan jenayah pemerasan dan cubaan menggugat kestabilan politik di negeri ini.

Sabah Info

04 Dec, 12:22


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan tunduk terhadap sebarang usaha yang dilakukan mana-mana pihak dengan niat untuk menggugat kestabilan politik di negeri ini kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, berikutan penyebaran beberapa klip video terbaharu yang tular baru-baru ini, beliau memberi jaminan bahawa sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat.

"Kerajaan negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak. Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong (mining lease) telah diberikan adalah tidak benar sama sekali.

"Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan prospecting license yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.

"Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan mining lease daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

"Malangnya, isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji turut menjelaskan bahawa permohonan kumpulan berkenaan melibatkan tanah yang sangat luas menghampiri satu juta ekar.

"Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan Pemeliharaan.

"Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam kerajaan negeri.

Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.

"Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

"Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran," katanya.

Sabah Info

03 Dec, 11:13


MENTERI Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengatakan lelaki menggelar dirinya sebagai 'whistleblower' itu datang berjumpa dengannya dan menawarkan untuk menyumbang kepada parti, namun mengatakan tiada keperluan berbuat demikian.
🔷 Dalam satu kenyataan, Masidi menafikan penglibatan dirinya berhubung video 'whistleblower' dan mengalu-alukan sebarang siasatan pihak berwajib.
🔶 "Saya merujuk kepada video ‘whistleblower’ mengaitkan saya yang telah disiarkan oleh Malaysiakini. Sekadar untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting.
🔶 "Apa yang saya ingat beliau, menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
🔶 "Saya tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya.
🔶 "Saya mengalu-alukan sebarang siasatan keatas dakwaan ini oleh pihak berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sabah Info

03 Dec, 04:12


TUNTUTAN 40% hasil Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mungkin akan dibayar sekiranya Barisan Nasioanal (BN) tidak kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018, menurut Bung Moktar.
🔷 Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Bung berkata salah satu tuntutan iaitu mengembalikan bayaran 40% hasil kepada Sabah dan Sarawak sepatutnya direalisasikan selepas 2018, selaras janji dibuat Najib Razak iaitu perdana menteri waktu terbabit.
🔶 “Tapi BN kalah (PRU14)…kalau menang mungkin akan dibayar.
🔷 Ketua UMNO Sabah itu mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin semalam yang mengatakan tuntutan MA63 akan dijadikan sebagai perkara utama dalam manifesto gabungan itu pada PRN Sabah akan datang.
🔷 Bung menyifatkan kenyataan itu sebagai retorik politik kerana menurutnya kebanyakan tuntutan dalam MA63 telah hampir diselesaikan yang giat dimulakan apabila Barisan Nasional (BN) mula mentadbir negeri itu sejak 1994 dan kini diteruskan bawah kerajaan perpaduan.
🔶 “Ini semua retorik politik sajalah, sebab MA63 kebanyakannya telah selesai tinggal lagi beberapa perkara tertentu. Sekali pun nak selesaikan tak perlu masuk dalam manifesto sebab MA63 dah dibicarakan berpuluh tahun lalu.
🔶 “Jangan gunakan MA63 sebagai batu loncatan untuk tarik pengundi pada PRN Sabah nanti,” katanya kepada FMT.
_
*Bincangkan...

Sabah Info

01 Dec, 09:07


TERKINI! Datuk Ewon Benedick kini Pengerusi PH Sabah yang baharu menggantikan Datuk Seri Christina Liew.

Sabah Info

30 Nov, 10:54


PORTAL kewangan dan pelaburan terkenal, TheEdge Malaysia hari ini dalam laporan ekslusifnya mengatakan di sebalik isu pertikaian antara Petronas dan Sarawak yang banyak mendapat perhatian media, Sabah secara senyap telah membangunkan sektor minyak dan gasnya.
🔶 "Untuk sebahagian besar orang awam yang mengikuti perkembangan di Sarawak, mungkin menganggap Sabah sedang duduk dalam bayang-bayang, seolah-olah menunggu untuk menumpang usaha negeri jiran.
🔶 "Sehingga kira-kira setahun yang lalu, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy), iaitu, Petros versi Sabah, yang terlepas daripada pandangan umum, telah mengekalkan naratif yang diposisikan dengan teliti, kini telah berubah menjadi sebuah syarikat bernilai RM5.1 bilion sejak penubuhannya pada tahun Disember 2021, selepas aset yang diperolehnya membuahkan hasil tahun lepas," tulis TheEdge.
🔷 Tambahnya, Kerajaan Sabah melalui syarikat SMJ Energy buat masa ini mengambil pendekatan dan kaedah berbeza dengan Sarawak dalam mengemudi sektor O&G.
🔶 "SMJ Energy memaklumkan bahawa mereka mahukan bahagian yang lebih besar dan saham yang lebih besar dalam aset O&G tanpa mengambil risiko dalam penerokaan yang datang dengan kos pembangunan.
🔶 "Pada masa ini, SMJ Energy masih dalam perbincangan dengan Petronas mengenai pelbagai peluang dengan memfokuskan kepada rundingan aset.
🔷 Menurut TheEdge lagi, gambaran kemajuan negeri Sabah dalam aspirasi O&Gnya dapat dilihat secara keseluruhan melalui KDNK.
🔶 "Pada 2023, negeri itu menyumbang 5.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menjadikannya negeri keenam terbesar mengikut sumbangan KDNK, mendahului Perak (5.4%) tetapi ketinggalan di belakang Pulau Pinang. (7.6%), Sarawak (9.3%), Johor (9.7%), Kuala Lumpur (16.3%) dan Selangor (26.7%).
🔶 "Walaupun sumbangan KDNK Sabah masih ketinggalan, namun Sabah telah mencapai banyak kemajuan dari sudut kekuatan kewangan, hasil daripada bahagian pulangan O&G yang lebih besar.
🔷 Tambahnya, hasil minyak di Sabah, yang kini terdiri daripada cukai jualan negeri (SST) petroleum dan royalti minyak, telah melebihi RM2 bilion setiap tahun sejak 2021, apabila SST berkuat kuasa, dan mencecah paras tertinggi RM3.53 bilion pada 2022.

Sabah Info

27 Nov, 03:07


PESARA kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
🔷 Mengumumkan perkara itu, beliau berkata kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar pemintaan daripada pesara selain jasa khidmat bakti mereka selama ini.
🔶 “Dalam pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus.
🔶 "Saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Rabu.

Sabah Info

26 Nov, 11:25


KEPUTUSAN Kerajaan Sabah menyerahkan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan pada 16 April 1984 disifatkan sebagai satu keputusan amat dikesali berikutan tahap pembangunan di pulau terbabit tidak menunjukkan sebarang perubahan yang memberangsangkan.
🔷 Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata media sebelum ini pernah melaporkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menyerahkan Labuan kepada Persekutuan tanpa sebarang pampasan.
🔷 Katanya, berbanding dengan Putrajaya iaitu satu kawasan dengan keluasan 8,000 ekar, Kerajaan Persekutuan memberi pampasan yang begitu besar kepada Selangor namun sebaliknya Sabah tidak dibayar sesen pun.
🔶 "Apabila ada anak-anak Sabah dan Labuan yang membantah langkah itu secara terbuka, mereka telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
🔶 "Semasa saya bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Supply Base Sdn Bhd, saya sedar bahawa tanpa ASB, tidak ada apa-apa di Labuan. Dengan adanya ASB serta kegiatan perniagaannya, lebih 5,000 orang mendapat pekerjaan.
🔶 "Sebagai makluman, ASB itu adalah anak syarikat Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) iaitu syarikat berkaitan kerajaan milik penuh kerajaan Sabah. Dengan lain perkataan yang memajukan Labuan itu ialah kerajaan negeri Sabah," katanya.
🔷 Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul di Dewan Rakyat, hari ini.
🔷 Dalam pada itu, beliau turut menambah, langkah Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Labuan sebagai 'International Offshore Financial Centre' juga disifatkan tidak membuahkan hasil.
🔶 "Tidak ada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan yang boleh dibanggakan. Lebih banyak menyusahkan daripada membangun.
🔶 "Atas kesedaran inilah saya membuat usul ini di parlimen, bahawa Kerajaan Persekutuan serahkan saja balik Labuan kepada Sabah," katanya.
_
Sumber: Sayang Sabah

Sabah Info

25 Nov, 01:44


TAHNIAH negeri jiran, Sarawak melangkah setapak apabila sedikit masa lagi memiliki syarikat penerbangan MASwings!
🔷 Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) akan menandatangani perjanjian jual beli untuk pengambilalihan anak syarikat MAG, MASwings, selewatnya pada 31 Dis.
🔷 Menteri pengangkutan negeri, Lee Kim Shin berkata Sarawak dan MAG telah bersetuju dengan syarat perjanjian itu, lapor The Borneo Post.
🔷 Tambahnya, proses pindah hak milik MASwings akan mengambil masa antara enam dan sembilan bulan selepas perjanjian ditandatangani.
🔶 “Semasa peralihan ini, MASwings akan terus mengendalikan perkhidmatan udara luar bandar sambil mendapatkan lesen dan kelulusan yang diperlukan daripada kementerian pengangkutan persekutuan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk berkembang ke peringkat antarabangsa,” katanya
🔷 Lee turut mengumumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching sedang dijalankan.
🔷 Projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti hingga 15 juta penumpang setahun, sekali gus meletakkan Kuching sebagai hab penerbangan serantau bertaraf dunia.
🔶 “Langkah-langkah ini diharapkan dapat merancakkan lagi sektor penerbangan Sarawak dan menyokong aspirasi negeri ke arah ekonomi yang lebih kompetitif,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
_
#sabahjadimacamsarawak

Sabah Info

23 Nov, 13:21


Lambaian terakhir Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan Sabah FC vs PT Atletic FC (4-0) malam tadi. Tq Coach 🫡

Sabah Info

19 Nov, 06:22


Kemalangan melibatkan kereta api di Putatan sebentar tadi. Difahamkan, terdapat mangsa terlibat iaitu seorang wanita maut di tempat kejadian dan anaknya cedera parah.

Sabah Info

18 Nov, 10:50


KOTA KINABALU: Sabah Mineral Management (SMM) Sdn. Bhd. membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menemui salah laku bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon semasa memegang jawatan itu.
🔷 Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim berkata dakwaan salah laku Jontih terbongkar berikutan siasatan dalaman menyeluruh terhadap hal ehwal pentadbiran syarikat.
🔷 Dalam satu kenyataan, Sim mendakwa terdapat pelanggaran kewajipan fidusiari yang ketara, aktiviti penipuan, salah nyata kepada lembaga pengarah SMM, dan salah laku Jontih.
🔶 “Dengan penemuan ini, syarikat telah memfailkan laporan rasmi denganSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
🔶 “Siasatan mengenal pasti beberapa kejadian di mana Jontih bertindak di luar kuasanya dengan tindakan yang bertujuan untuk memanfaatkan entiti yang berpotensi konflik kepentingan, bersekongkol dengan pihak ketiga yang mewakili kartel kepentingan.
🔶 "Tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah, yang merupakan pelanggaran serius terhadap dasar syarikat dan piawaian tadbir urus," katanya.
🔶 “Selaras dengan komitmen kami terhadap ketelusan dan pematuhan undang-undang, SMM juga telah menghubungi penasihat undang-undang luar untuk meneroka tindakan sivil selanjutnya terhadap En. Jontih untuk mendapatkan ganti rugi bagi sebarang kerugian kewangan atau kerosakan reputasi yang ditanggung oleh Syarikat.
🔶 “Syarikat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang menjejaskan integriti operasinya. SMM bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dan polis dalam siasatan mereka,” katanya.
🔷 Sim berkata SMM terus kekal komited untuk menegakkan standard tertinggi tadbir urus korporat, ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan berdedikasi melindungi kepentingan pemegang taruh dan rakyat Sabah serta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang menjejaskan integriti operasinya.

Sabah Info

18 Nov, 02:29


[TERKINI] Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad diperintahkan membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
🔷 Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
🔷 Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.
🔷 Panel memerintahkan kes berkenaan dikembalikan di Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie Zizie Izette membela diri terhadap tuduhan berkenaan.
🔷 Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.
🔷 Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
🔷 Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
🔷 Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
🔷 Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
🔷 Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
🔷 Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
🔷 Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sabah Info

18 Nov, 01:42


Sumber Minyak Dan Gas Di Semenanjung Malaysia Berkurang 50%.
_
PENEMUAN baru hanya di Sabah dan Sarawak, manakala Semenanjung Malaysia semakin berkurangan sumber minyak dan gas, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
🔷 Memetik laporan Berita Harian, sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung Malaysia dilaporkan telah berkurangan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
🔷 Rafizi menjelaskan sumber berharga ini sebelum ini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan. Namun, kini minyak dan gas hanya banyak ditemui di Sabah dan Sarawak berdasarkan penemuan terbaru, bukan lagi di Semenanjung.
🔶 "Sebelum ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun, jumlah pengeluaran minyak ialah 700,000 tong sehari, namun sekarang berkurangan kepada 350,000 tong sehari.
🔶 "Kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri.
🔶 "Di Semenanjung, kita mengimport 30 peratus gas untuk menjana elektrik dalam industri dan jika tidak berhati-hati atau tidak ada langkah diambil, kita akan terus bergantung kepada negara asing," katanya ketika berucap dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Kelantan, pada Ahad.
🔷 Rafizi turut menjelaskan bahawa sumber minyak dan gas di Sabah dan Sarawak digunakan untuk memenuhi keperluan domestik kedua-dua negeri tersebut.
🔶 "Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli," katanya.

Sabah Info

17 Nov, 07:22


NASIB Bung Moktar Radin dan isteri bakal diketahui esok apabila Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung kes rasuah melibatkan Ketua UMNO Sabah itu dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
🔷 Keputusan dijangka diumumkan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin.
🔷 Bung dan isteri kekal bebas daripada tuduhan itu jika mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan pendakwaan, bagaimanapun mereka terpaksa membela diri dan menjawab tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen jika panel memutuskan sebaliknya.
🔷 Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan itu daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA Berhad (FELCRA) dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
🔷 Ia berikutan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.
🔷 Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.
🔷 Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
🔷 Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
🔷 Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
🔷 Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
🔷 Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
🔷 Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
🔷 Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sabah Info

16 Nov, 14:30


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan pengeluaran lesen perlombongan mineral di negeri ini.
🔷 Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka disoal siasat berikutan pendedahan klip video oleh sebuah portal berita berpangkalan di semenanjung menunjukkan perbualan mereka dengan pemberi maklumat.
🔷 Difahamkan, Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Rubin Balang (Kemabong) telah memberikan keterangan mereka dalam tempoh 48 jam lepas.
🔷 Siasatan itu susulan laporan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah pada Selasa, 12 Nov, terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon.
🔷 Laporan SPRM itu bertujuan untuk menyiasat kaitan Jontih dengan seorang ahli perniagaan dari semenanjung yang terlibat dalam pengeluaran lesen perlombongan, yang kemudiannya dibatalkan oleh kerajaan negeri.
🔷 Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan tiada laporan rasmi dibuat oleh pemberi maklumat itu sehingga ke hari ini.
🔷 Beliau membidas pemberi maklumat apabila tindak tanduknya seakan satu helah (trick) yang tidak berpatutan dan seolah tidak mempercayai agensi penguatkuasaan.
🔶 “Sehingga kini, individu berkenaan sudah tidak datang kepada kami untuk beri maklumat. Apabila tiada laporan kepada kami, secara profesionalnya tiada aduan dibuat. Saya juga sudah gesa individu terbabit untuk datang ke SPRM kerana dia yang mulakan perkara ini,” katanya.

Sabah Info

16 Nov, 03:30


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas helah individu mendakwa dirinya sebagai pemberi maklumat kepada dakwaan perbincangan antara seorang ahli perniagaan dan Adun Sabah mengenai rasuah untuk lesen projek.
🔷 Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata peguam individu terbabit datang bertemu SPRM pada 30 Oktober lalu untuk memberi maklumat terbabit dan meminta perlindungan serta imuniti di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010, supaya anak guamnya tidak disiasat dan dituduh di mahkamah.
🔷 Namun, beliau menjelaskan agensi antirasuah itu tidak boleh memberikan imuniti sehingga kes dikemuka secara rasmi kepada pendakwa raya untuk keputusan.
🔷 Menurutnya, ketika pertemuan itu, pihaknya hanya diberikan satu audio yang kurang jelas berdurasi 17 saat dan kemudian peguam itu telah pergi ke sebuah portal berita serta memberi peluang untuk melihat video-video berkenaan.
🔶 “Ini satu helah (trick) yang tidak berpatutan. Kenapa kami yang berada di pihak penguatkuasaan kamu tidak percaya. Masa berjumpa dengan pegawai SPRM mereka katakan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak kuat dan tak memadai untuk anak guam mereka.
🔶 “Akta Pemberi Maklumat 2010 ini diberikan kepada mereka yang tidak melakukan kelakuan tidak wajar (improper conduct), maknanya tidak terbabit dalam salah laku itu. Lebih penting, individu itu perlu menzahirkan maklumat yang mahu diberikan kepada SPRM, barulah kami boleh buat keputusan,” katanya dalam satu wawancara bersama Bernama TV.
🔶 “Untuk berkata supaya SPRM mulakan siasatan, apa yang hendak disiasat? Kononnya tular di media sosial bahawa (video) itu berlaku di Sabah dan sebagainya…saya sendiri tidak tahu adakah itu yang dimaksudkan dan SPRM tidak boleh membuat sebarang telahan tidak berasas.
🔶 “Sehingga kini, individu berkenaan sudah tidak datang kepada kami untuk beri maklumat. Apabila tiada laporan kepada kami, secara profesionalnya tiada aduan dibuat. Saya juga sudah gesa individu terbabit untuk datang ke SPRM kerana dia yang mulakan perkara ini,” katanya.
🔷 Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada selasa, menggesa pihak berkuasa menyiasat dan menangkap semua pelaku rasuah kerana menurutnya tiada apa hendak disembunyikan oleh kerajaan pimpinannya.

Sabah Info

15 Nov, 09:40


[BELANJAWAN SABAH 2025] Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan atau minimum RM3,000 kepada 18,949 orang penjawat awam di negeri itu.
🔷 Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
🔶 “Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000.00 kepada semua anggota perkhidmatan Negeri Sabah termasuklah yang berstatus Lontrak, Vot Terbuka dan Pekerja Sambilan Harian" katanya ketika pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah.
🔷 Beliau berkata, bantuan kewangan berkenaan akan dibayar pada Januari 2025.

Sabah Info

22 Jun, 05:40


TIMBUL tanda tanya apabila tiada kelibat Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian Tuaran 2024 di Dewan Seri Sulaman, pagi ini.
🔷 Sebaliknya, majlis yang dirasmikan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi telah dihadiri Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor sebagai jemputan khas.
🔷 Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang terdapat dua kem dalam UMNO Sabah ketika ini antara Bung dan timbalannya, Rahman Dahlan dalam menentukan gabungan parti menjelang Pilihanraya Negeri Sabah.

Sabah Info

19 Jun, 11:23


TERKINI: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah mengarahkan Jabatan Air untuk menggunakan undang-undang di bawah bidang kuasanya dan membawa pesalah yang melakukan kegiatan mencuri air ke mahkamah.
🔶 “Tangkap mereka dan dakwa di mahkamah,” tegasnya.
🔶 “Begitu juga, kita mahu kilang-kilang yang didapati mencuri air dibawa ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Menara Kinabalu, hari ini.
🔷 Hajiji berkata adalah mustahak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah, yang mana merupakan yang tertinggi di negara ini.
🔷 Difahamkan, Kabinet Sabah telah memanggil Jabatan Air untuk taklimat susulan perhimpunan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menuntut penyelesaian isu air.
🔶 “Kabinet Negeri dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan lalu, UMS hanya mengalami gangguan bekalan air selama satu atau dua hari akibat paip pecah,” katanya sambil menambah Jabatan Air telah membekalkan air kepada UMS antara empat juta hingga tujuh juta liter setiap hari ditambah dengan sumber tiub telaga yang boleh membekalkan satu juta liter setiap hari.
🔶 “Saya telah meminta Naib Canselor UMS meneliti perkara itu bagi mengetahui punca air tidak sampai kepada pelajar,” katanya.
🔷 Kabinet diberi taklimat bahawa bekalan air ke UMS semakin berkurangan berikutan banyak sambungan haram yang dikesan dari lima kampung sehingga ke universiti, katanya.
🔶 "Sebab itu saya mahu pihak penguatkuasa Jabatan Air pergi dan putuskan sambungan haram itu. Selain itu, ambil tindakan tegas terhadap pesalah," katanya sambil menambah sambungan haram itu didapati membekalkan air ke beberapa kampung yang terletak di belakang UMS, iaitu di atas tanah yang menjadi pertikaian antara peneroka dan pemilik tanah.
🔷 Tambahnya, tanggungjawab kerajaan iaitu membekalkan air dan pelbagai usaha telah dilakukan bertentangan dengan dakwaan pembangkang.
🔷 Difahamkan lagi, Loji Rawatan Air Telibong II telah siap dan kini menunggu pemasangan paip air siap dimana tambahan 160 MLD air akan menampung bahagian utara Sabah termasuk UMS dan kawasan sekitarnya.
🔷 Selain itu, kerja-kerja meningkatkan bekalan air di bahagian selatan Pantai Barat yang memberi manfaat kepada penduduk di Papar, Lok Kawi dan Putatan telah pun bermula lapan bulan lalu dan dijangka siap menjelang 2026.

Sabah Info

14 Jun, 14:00


TERKINI: Polis mengesahkan telah menahan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri, dipercayai menyertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah anjuran kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, petang tadi.
🔷 Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Bin Muda, mengesahkan semua individu terbabit ditahan selepas mereka hadir ke tempat perhimpunan berkenaan.
🔶 "Sebaik mereka beredar menaiki kenderaan, polis telah membuat pemeriksaan di dalam van dinaiki mereka dan didapati sembilan individu tidak memiliki dokumen" katanya.
🔶 "Semua mereka sudah dibawa ke balai polis dan dalam proses dokumentasi lagi," tambahnya.
🔷 Perhimpunan yang bermula dengan perarakan sekumpulan kecil mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut disertai beberapa wakil komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO). Difahamkan lagi, kelibat beberapa pemimpin politik pembangkang yang mengenakan pakaian biasa turut dilihat berada di lokasi perhimpunan.
🔷 Pihak Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap kumpulan perhimpunan berkenaan.
🔶 "Kita juga akan rujuk dengan pendakwaan raya untuk tindakan lanjut," kata ACP Kasim.

Sabah Info

14 Jun, 10:45


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zaid Ibrahim menggesa masyarakat Bajau Laut diiktiraf sebagai rakyat Sabah dan Malaysia melalui pemberian kad pengenalan biru.

Sabah Info

12 Jun, 12:28


Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid dedahkan gaji pemain pasukan itu cecah RM1.7 juta sebulan 😮

Sabah Info

11 Jun, 02:53


SEMALAM tular klip video kebakaran sehingga dikatakan sanggup "buang IC'. Jangan buat begitu ya gais, kad pengenalan penting untuk memudahkan menerima dan memohon bantuan sekiranya berlaku bencana.

Sabah Info

10 Jun, 13:47


"Anggota polis yang hubungi bomba untuk kawal kebakaran" - Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda menolak dakwaan klip video tular seorang lelaki dakwa penempatan setinggan haram 'dibakar' di Kg Bakau, Kalansanan, Inanam.

Sabah Info

10 Jun, 07:38


TERKINI: Klip video tular seorang lelaki dakwa penempatan setinggan haram 'dibakar' hingga sanggup buang IC, tapi saksi kejadian pula kata 'bukan dibakar' dan dipercayai berpunca dari kabel elektrik. Namun kebetulan semasa kejadian itu, satu operasi perobohan penempatan haram di Kg Bakau, Kalansanan, Inanam turut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sabah Info

09 Jun, 12:59


Free postage seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak😡

Diesel naik seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak😍

Sabah Info

09 Jun, 02:49


Robohkan penempatan haram tindakan tepat sebelum lebih parah. Tapi ada yang bilang kesian. Bincangkan…

Sabah Info

07 Jun, 12:13


Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali dengan nama ‘Pasar Filipina’ kini dijenamakan semula sebagai ‘Anjung Kinabalu’.

Sabah Info

19 Jul, 09:55


Pertama kali dalam sejarah. Tiga pelajar Sabah menang kes saman terhadap guru 'ponteng' dan empat lagi termasuk kerajaan Malaysia.
🔷 Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah telah memberikan ganti rugi RM90,000 kepada tiga pelajar dalam tuntutan mahkamah terhadap seorang bekas guru dan yang lain, kerana enggan mengajar bahasa Inggeris pada 2017.
🔷 Hakim Leonard David Shim berpendapat bahawa plaintif :- Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, telah membuktikan kes mereka berdasarkan 'balance of probabilities.'
🔷 Ketiga-tiga mereka telah memfailkan saman terhadap guru mereka, Jainal Jamran, dan bekas guru besar, Suid Hanapi, serta menamakan Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan, dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.
🔷 Mereka berkata kerajaan gagal mengambil langkah untuk membetulkan ketiadaan guru tersebut walaupun telah dimaklumkan.
🔷 Seorang pelajar tersebut, Natasha mengatakan dia memfailkan saman itu untuk memastikan pelajar lain tidak akan menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan.
🔶 "Alhamdulilah saat-saat yang ditunggu selama hampir 6 tahun perjuangan ini. Masih segar diingatan kejadian kes guru ponteng kelas ini. Kami adalah mangsa-mangsa ketidakadilan guru ini hingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi." - Calvina Angayung

Sabah Info

11 Jul, 11:59


YA! Mereka kini kembali di jalanan. Itu tinjuan Sabah Info sejak beberapa hari lepas di perhentian lampu isyarat Wawasan Plaza.
🔷Justeru, menyatakan kebimbangan awam apa sudah jadi dengan projek "Pusat Perlindungan Sementara" kanak-kanak Jalanan?
🔷 Isu ini sewajarnya dijawab oleh pihak bertanggungjawab dan jabatan berkaitan, kerana ini melibatkan dana awam.
🔷 Rumah yang diubahsuai untuk projek ini permulaannya sudah menelan RM250,000 (Yang diumum lah). Belum lagi dengan kos makan-minum serta elaun tenaga pengajar.
🔷 Dengan kemasukan pelancong yang semakin ramai, sudah tentu keadaan ini akan merosakkan imej negeri Sabah.
🔷 Pihak bertanggungjawab perlu telus adakah projek ini sudah menemui kegagalan?

Bincangkan...

Sabah Info

19 Jun, 12:17


Al Hambra Juhar dan Yong mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam satu istiadat ringkas di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Selamat maju jaya Timbalan Speaker DUN Sabah yang baharu!

Sabah Info

13 Jun, 01:51


Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi, seorang penumpang lelaki yang cedera parah dikenali Nursiq Rahim, 31, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Kantie Amir, 29, cedera ringan.
🔷 Menurut pihak Bomba, 33 penumpang bas ekspres termasuk dua mangsa yang cedera dan pemandunya dilaporkan selamat manakala pemandu lori yang membawa muatan kayu turut dilaporkan tiada kecederaan serius.
🔷 Bas tersebut dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu

Sabah Info

07 Jun, 13:26


GEMPA BUMI LEMAH di Semporna berukuran 2.6 pada skala richter dikesan pada 7.39 malam tadi. Be safe warga Semporna 😮

Sabah Info

15 May, 10:06


Sabah catat tiga kes strok haba berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini, membabitkan murid dan pelajar sekolah selain orang awam.
🔹Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata kes terbabit dilaporkan antara 15 April lalu sehingga Jumaat lalu.
🔹Katanya, kes pertama adalah seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun yang dimasukkan ke wad pada 15 April lalu dan dibenarkan balik pada 18 April.
🔸"Bagi kes kedua, pesakit adalah seorang murid lelaki berumur sembilan tahun yang dimasukkan ke wad pada 30 April lalu dan dibenarkan keluar pada 2 Mei.
🔸"Kes ketiga pula ialah seorang wanita berumur 27 tahun yang bekerja sendiri dan menerima rawatan sebagai pesakit luar pada 29 April lalu.
🔸"Ketiga-tiga pesakit sudah selesai mendapatkan rawatan dan sembuh sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Sabah Info

14 May, 13:07


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Datuk Seri Panglima Hajiji dalam masa terdekat bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah air yang kian meruncing di Sabah.
🔶 "Tiada alasan untuk kerajaan pada 2023 tidak dapat memulakan program besar-besaran selesaikan masalah air sepenuhnya. Dia perlukan dana besar, pinjaman, sukuk atau bon, itu masalah kita, jangan bebankan kepada rakyat."
🔶 "Kalau pun perlu berbilion, kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga," katanya
🔷 Selain Sabah, PM juga nyatakan komitmen untuk menangani masalah air di Kelantan dalam ucapan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Sabah Info

12 May, 09:10


Malaysia Airports dalam twitternya memaklumkan KKIA kini menghadapi gangguan bekalan air.
🔷 Menurutnya, sebagai langkah segera, mereka juga telah memaklumkan kepada syarikat penerbangan untuk mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke BKI (Kota Kinabalu).
🔷 Kedai-kedai/restoran makanan dan minuman di KKIA juga telah diminta untuk menyediakan peralatan pakai buang.
🔷 Tambahnya lagi, beberapa tandas juga akan ditutup buat sementara waktu. Air mineral secara pukal akan disediakan dan diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.