Adlil Rajiah @adlilrajiah Channel on Telegram

Adlil Rajiah

@adlilrajiah


Passionate about parenting education & family counseling. Penulis 5 buku parenting. Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia (2019). Hit the link to reach out! :)

Adlil Rajiah (Malay)

Adlil Rajiah adalah satu saluran Telegram yang bertujuan untuk membantu ibu bapa mengurus tekanan dalam mendidik anak, serta memupuk nilai kemanusiaan dalam keluarga. Pemilik saluran ini adalah seorang penulis yang telah menerbitkan 5 buku parenting yang berjaya. Beliau juga menerima Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2019. Dengan kandungan yang relevan dan berguna, saluran ini adalah sumber yang baik untuk ibu bapa yang ingin meningkatkan kemahiran mendidik anak dan memperkukuhkan hubungan keluarga. Klik pautan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan bimbingan yang berguna! :)

Adlil Rajiah

27 Jan, 09:28


apa tu risiko ‘in-home sexual abuser’ dan kenapa banyak berlaku waktu cuti sekolah? apa tu ‘sentuhan selamat’ dan ‘sentuhan tak selamat’?

macam mana kalau anak dah jadi mangsa sentuhan tak selamat ni? Especially bila pelaku adalah ahli keluarga atau orang yang dikenali?

Semuanya esok pagi insyaAllah. 😊

Adlil Rajiah

14 Jan, 13:45


Kita nak anak sabar, tapi kita sendiri cepat marah. Kita nak pasangan faham kita, tapi kita sendiri jarang cuba faham dia. Ironi, kan?

Kadang kita tak sedar our own expectations adalah beban yang paling berat dalam perhubungan.

Mungkin isu dalam relationships tak perlukan perubahan besar pun. Cukup dengan mula menerima tanpa syarat dan grow as a team. Bukan compete siapa betul siapa salah, siapa bijak siapa bodoh, siapa menang siapa kalah.

https://adlilrajiah.onpay.my

Adlil Rajiah

13 Jan, 14:06


“Kenapa semua orang lebih baik daripada saya?
Kenapa semua orang nampak lebih bahagia daripada saya?
Kenapa semua orang nampak lebih hidup berbanding saya?”

Seorang anak remaja menulis nota ini kepada saya. Ringkas, tapi berat.

Bila saya renungkan, nota ini bukan tentang budak tu je. Tapi tentang kita semua. Persoalan2 yang tak pernah kita luahkan, tapi selalu bermain dalam kepala.

Dalam dunia yang serba serbi canggih, pantas, mudah, segalanya di hujung jari—
tapi kenapa hati makin rasa terbeban dan kosong?

Bukankah ini zaman yang sepatutnya tiada ruang untuk kegelisahan dan kesedihan bertapak di hati?

Hiburan unlimited.
Instant pleasure.
Anytime. Anywhere.

Bukankah ini zaman yang sepatutnya lebih ceria, lebih stress-free, lebih tenang? Tapi kenapa hati makin rasa seolah kehilangan sesuatu yang bernilai?

Mungkin persoalan anak remaja ini muncul bukan kerana dia lemah, tapi kerana mencari sesuatu yang bernilai, yang dah lama hilang dalam diri.

Sesuatu yang tak boleh dibeli atau diakses dengan satu klik. Sesuatu yang hanya ditemui bila dia mula berhenti, dan melihat ke dalam diri.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.” (Surah Al-Balad, 90:4)

Hidup ini, dari awal lagi, dah dijanjikan sebagai gelanggang ujian. Mungkin inilah yang kita perlukan untuk membina semula sesuatu yang hilang dalam diri.

Maybe we should stop escaping stress and avoiding it. Maybe we should face it, dare to choose courage over comfort, dare to be vulnerable, dare to fail, and dare to learn the hard way.

Buat si anak remaja yang menulis nota ini, dan semua jiwa yang berkongsi rasa yang sama—

tahun lalu mungkin telah mematahkan kamu dengan ujian yang hanya kamu yang tahu.

Tapi ingatlah, kamu tidak ketinggalan. Kamu belum gagal. Kamu sedang berjalan di atas landasan kamu sendiri, yang tidak bersaing dengan sesiapa.

Tahun baru bukan satu perlumbaan. Tapi satu perjalanan baru menuju Tuhan.

Selamat tahun baru 2025 dan selamat terus melangkah, kawan.

Adlil Rajiah

08 Jan, 07:08


If you want to be a good parent,
be a good person first.
- Ibu Rose

Adlil Rajiah

07 Jan, 13:48


Elemen paling penting dalam mendidik anak adalah tingkah laku ibu bapa. Apa yang anak lihat pada sikap kita, jauh lebih penting daripada apa yang mereka dengar dari nasihat2 dan bebelan2 kita.

Kalau anda nak faham lebih lanjut tentang dinamik hubungan ibu bapa dan anak: macam mana nak bentuk tingkah laku dan kematangan mereka, nak mendisiplinkan mereka--

sertai saya dalam seminar fizikal, Parenting Power up! di Paka, Terengganu.

18 Januari 2025 (Sabtu)
8 pagi - 12 tengahari
The Qamar Paka Resort Terengganu

Tempat sangat terhad.
Klik link kat bawah untuk daftar:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd_NXx2vgghdkha7fNo15FxgOEKNFfSn0DRT1VTrydiu3FAOQ/viewform

Adlil Rajiah

06 Jan, 09:15


Kadang-kadang, isu perkahwinan yang kita hadapi sedang mencerminkan childhood yang pernah kita alami.
.
Kalau masa childhood dulu kita sering diabaikan, maka kita cenderung rasa sunyi dan keseorangan dalam perhubungan.
.
Kalau masa childhood dulu kita sering dimalukan, maka kita selalu rasa tak cukup baik dan tak layak untuk pasangan.
.
Kalau masa childhood dulu kita terlalu dikongkong, maka kita cenderung rasa rimas dalam perhubungan.
.
Kalau masa childhood dulu kita disayangi hanya apabila kita menurut telunjuk orang dewasa, maka kita sukar menyayangi dan menerima pasangan dan anak tanpa syarat.
.
Kalau masa childhood dulu kita sering dipersalahkan, dituduh dan dipaksa bertanggungjawab ke atas emosi orang lain, maka kita cenderung untuk overmanage dan overcontrol pasangan dan anak
.
Kalau masa childhood dulu kita jarang dapat sokongan emosi bila sedih, takut, kecewa, sakit, dan terpaksa hadap semua tu sorang-sorang, maka tak hairanlah sekarang kita cepat koyak, tak matang emosi, dan cepat triggered dalam perhubungan.
.
Kadang-kadang, bila kita stress dengan pasangan atau burnout dalam perkahwinan, it is because we have been in pain for so long.
.
We’ve been carrying emotional burdens since childhood.
.
Sometimes, it’s not about the marriage.
It’s about the unhealed inner child.
.
Kita tak sedar—
rupanya selama ni kita bukan fall in love, tapi kita FALL IN NEED to feel seen, to feel heard and to feel worthy. 😢
.
Kalau anda rasa “terbeban” dengan perkahwinan, atau rasa payahh sangat nak tenang dan sabar dengan pasangan—
dapatkan (PANDUAN LENGKAP) BURNOUT DALAM PERKAHWINAN
.
Ada 10 video semuanya. Boleh slowly digest dengan pasangan bila-bila free.
Kita akan faham cara “lebih sihat” untuk bergaduh dan solve conflicts, insyaAllah.
.
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/burnoutkahwin

Adlil Rajiah

05 Jan, 12:05


Rumahtangga bukan sekadar tempat berlabuhnya hati, tetapi madrasah menuju syurga. 💕
.
Terima kasih Cr Sarah Zainalputeh atas pesanan yang sangat bermakna.

10 Video Atasi Burnout Dalam Perkahwinan:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/burnoutkahwin

Adlil Rajiah

05 Jan, 06:40


Masa indah dan masa sukar, kedua-duanya diperlukan untuk membentuk hubungan yang seimbang dan bermakna.
.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
.
Sungguh mengagumkan keadaan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik.
.
Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesulitan, dia bersabar, maka itu juga adalah kebaikan baginya.
.
(Riwayat Muslim, No. 2999)
.
10 Video Atasi Burnout Dalam Perkahwinan:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/burnoutkahwin

Adlil Rajiah

30 Dec, 21:40


HARI TERAKHIR UNTUK DAPATKAN DISKAUN 50%.
.
Give yourself a chance to experience 38 HOURS OF HEALING YOUR INNER CHILD, REBOOTING PARENTHOOD, AND EMBRACING A CALMER, HAPPIER YOU, INSYAALLAH.

Kalau anda rasa “terbeban” dengan emotional baggage dari masa silam, atau rasa payahh sangat untuk tenang dan sabar dalam any relationships—
this course is designed for you.
.
Jangan lupa guna kod kupon 50OFF untuk dapat diskaun khas:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/printensivecourse2

Adlil Rajiah

30 Dec, 10:03


“Kenapa sampai kena pindah dari Manjung ke Sepang untuk sekolahkan anak? Bagus sangat ke sekolah tu?”
.
Ini soalan yang banyak saya terima sejak awal tahun, bila kami decide untuk pindah semata-mata nak masukkan Haikal ke Khalifah Model School Secondary
.
Mula-mula kenal KMSS, saya macam—
apehal pelik sangat sekolah ni??
.
Jadual akademik start pukul 10am. Sebelum pukul 10, diorang buat aktiviti santai macam radiant morning, cleanliness, baca quran, etc. Pukul 10 baru perah otak.
.
Pastu waktu rehat sampai tiga kali 😳, plus sebelum zuhur ada qailulah pulak (tidur 30-45 minit). Satu sekolah akan gelap waktu qailulah ni.
.
Kelas pun maximum 20 orang je. Cikgu2 (termasuk pengetua) rapat sangat dengan pelajar, siap boleh main bola sama-sama petang2.
.
Lagi pelik, ada satu tempoh dalam setahun, semua aktiviti akademik dihentikan selama sebulan untuk bagi pelajar experience macam2 hands-on—menjahit, berkebun, memasak, belajar bahasa isyarat, buat robot, coding, jungle trekking. Ia dipanggil Lifelong Learning Module (LLM) di mana sekolah akan collaborate dengan pelbagai pakar industri!
.
LLM ni memang luar biasa. Tapi berani betul kan tutup sekolah selama sebulan. Tak takut tak sempat habiskan silibus ke? 😆 KMSS dah amalkan LLM ni sejak 10 tahun lepas wehh!
.
Lepas setahun Haikal di sini, saya makin nampak betapa besarnya impak culture “pelik” KMSS ni. Haikal makin jatuh cinta dengan proses belajar. Tidak lagi belajar semata-mata takut tak score atau nak capai perfect grades. Itulah matlamat kita pun kan— nak anak SUKA belajar, sabar dengan prosesnya, dan faham makna sebenar ilmu.
.
Kemiskinan terbesar dalam keluarga hari ini bukan sebab kekurangan harta. Tapi bila potensi manusia dalam keluarga itu semakin “hilang”. Bila hilangnya kasih sayang, nilai agama, dan kualiti pendidikan, itulah sebenarnya poverty yang paling kritikal.
.
Kalau post ni buat korang curious 😂 dan rasa nak try experience culture berbeza, jom la datang KMSS 11 Januari ni. KMSS ada buat macam Open Day untuk pendaftaran baru 2025. Datang tengok sendiri, tanya sendiri, feel sendiri.
.
Yang duduk jauh pun boleh datang. Sebab sekolah ni berasrama. Pelajar2 kat sini dari serata Malaysia— terengganu, johor, pahang, nismilan. Tapi kalau rumah sekangkang kera macam saya, berulang daily je lah.
.
Ni bukan post berbayar tau. Sekadar perkongsian peribadi. 😊

kmss.edu.my

Adlil Rajiah

28 Dec, 12:42


Cuba sedaya upaya untuk tidak libatkan anak dalam konflik sebagai pasangan suami isteri.

Adlil Rajiah

27 Dec, 22:27


TINGGAL 2 HARI LAGI SEBELUM DISKAUN 50% TAMAT.
.
Give yourself a chance to experience 38 HOURS OF HEALING YOUR INNER CHILD, REBOOTING PARENTHOOD, AND EMBRACING A CALMER, HAPPIER YOU, INSYAALLAH.

Kalau anda rasa “terbeban” dengan emotional baggage dari masa silam, atau rasa payahh sangat untuk tenang dan sabar dalam any relationships—
this course is designed for you.
.
Jangan lupa guna kod kupon 50OFF untuk dapat diskaun khas:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/printensivecourse2

Adlil Rajiah

26 Dec, 15:34


Haikal: Mama, tadi ada classmate perempuan cakap Haikal cute.
.
Me: Ececeyyy suka lettew!
.
Haikal: Taklah.
.
Me: Try la bagi pickup line satu. Cakap kat dia, if you were a vegetable, I’d call you cute-cumber. 😆
.
Haikal: Diam lah ma. Haram.
.
Me: Atau try cakap camni. Hey sis, do you have a map. Coz I just got lost in your eyes. Ciah ciahh hahah.
.
Haikal: Apa mama merepek ni. Haikal ada pickup line lagi best la.
.
Me: Woahhh 😳 Okay try me.
.
Haikal: I see something really beautiful in your eyes.
.
Me: Awww really?
.
Haikal: My reflection.
.
😑
.
Haikal: Ada lagi satu. Do you know there’s one heart beats only for you?
.
Me: Umm your heart?
.
Haikal: Nope. Yours.
.
😑
.
Tolong sesiapa kutip budak ni sekarang jugak. Rasanya bukan berasal dari planet bumi la dia ni. Pickup line dia melanggar hukum kebiasaan penduduk bumi.

Adlil Rajiah

24 Dec, 22:41


Sempena pengakhiran tahun 2024 ni, jom experience 38 HOURS OF HEALING YOUR INNER CHILD, REBOOTING PARENTHOOD, AND EMBRACING A CALMER, HAPPIER YOU, INSYAALLAH.

Kalau anda rasa “terbeban” dengan emotional baggage dari masa silam, atau rasa payahh sangat untuk tenang dan sabar dalam any relationships—
this course is designed for you.
.
9 topik yang akan dikupas secara mendalam:
.
🔹Fahami 8 Prinsip Keibubapaan Dalam Islam
🔹Unlearn Penyakit Parenting Turun Temurun
🔹Kenalpasti Unhealthy Parenting Patterns
🔹Buang Unhealthy Parenting Patterns
🔹Kuasai Kemahiran Regulasi Diri
🔹Kuasai Inner Dialogue
🔹Reparenting Your Inner Child
🔹Kenalpasti Keperluan Sebenar Anak
🔹Kuasai 3 Strategi Stress-Free Parenting
.
Jangan lupa guna kod kupon 50OFF untuk dapat diskaun khas:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/printensivecourse2

Adlil Rajiah

24 Dec, 04:23


Selesai hantar anak ke sekolah, terus bergegas ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan forum bertajuk Keluarga: Bentang Utama Perangi Rasuah, anjuran Rasuah Busters dan Pertubuhan Ikram Malaysia.

Sampai-sampai je, disambut abang-abang dan kakak-kakak segak “Rasuah Busters” dan diiring masuk ke bilik make-up. Salah satu ketakutan saya ialah bila penganjur kata, “kena touch up sikit, taknak nampak pucat.”

Sebab biasa terjadi, masuk bilik makeup sebagai Adlil Rajiah. Tapi keluar jadi Avril Lavigne. 😂

Alhamdulillah forum berjalan lancar. Dan yang paling saya tak boleh lupa, masa sesi bergambar, tiba-tiba Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tn Hj Badlishah Sham bisik pada saya,

“Apa formula 5S yang Puan share tadi? Saya termiss lagi dua. Seen, Safe, Soothed, lagi?"

Terus saya sambut, “Oh, Significant dan Successful!”

Tak sangka betul orang sehebat beliau, sudi fokus dan ambil nota dari apa yang saya sampaikan. 🥹

Terima kasih penganjur sebab sudi jemput saya yang bukan siapa-siapa ni. Jemputan ni memaksa saya kaji banyak kaitan antara keibubapaan, keluarga, dan budaya rasuah dalam masyarakat.

Terima kasih juga sahabat-sahabat panel: the legendary Ustaz Roslan, yang alim tapi masyaAllah sangat merendah diri, siap ajak selfie atas pentas 🥹. And also Kaunselor Md Noh, yang banyak bagi input psikologi tentang cengkaman kewangan dalam keluarga hari ini. And also, Moderator Tn Ismail, yang memastikan forum lancar dan penuh makna.

Semoga usaha kecil saya dalam penglibatan ini jadi asbab kebaikan di dunia dan akhirat, aminn.

Adlil Rajiah

20 Dec, 09:58


Let’s heal for the sake of our children, and ourselves.

Bila kita sedih mengenangkan trauma masa lalu yang mungkin dah ubah cara fikir dan tingkah laku kita selama-lamanya, ingatlah—ilmu, kemahiran, dan pengalaman baru juga mampu ubah cara fikir dan tingkah laku kita selama-lamanya.

Lets reparent ourselves to be better parents.
Lets ‘empty our cup’—buang apa yang tak membantu dan isi dengan ilmu dan kemahiran baru yang lebih membangun diri.

Sempena pengakhiran tahun 2024 ni, saya nak ajak anda experience the process of REPARENTING melalui 30 video rakaman bersama saya.

Jangan lupa guna kod kupon 50OFF untuk dapat diskaun khas:

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/printensivecourse2

Adlil Rajiah

19 Dec, 14:12


Petang semalam, saya dan dua sahabat dari USIM dapat spend time dengan 19 pelajar lelaki Form 1 dari Khalifah Model School Secondary. MasyaAllah, bijak-bijak semuanya! Kudos buat para guru dan ibu bapa mereka.

Jujur, sepanjang sesi tu, rasanya sayalah yang banyak belajar daripada budak-budak ni. Baru sedar, rupanya banyak sangat mitos dalam masyarakat kita tentang anak lelaki.

Bila mereka penat / lemah, kita kata "lelaki kena sentiasa kuat, tak boleh lemah". Bila mereka nakal, kita kata “biasalah budak lelaki". Bila mereka beremosi, kita kata “perangai macam perempuan" atau "tak cukup jantan".
.
Sehinggakan akhirnya mereka mula pertikai emosi dalam diri, dan anggap ianya beban. Mereka mula menidakkan bahawa setiap emosi itu penting dan ada peranannya.
.
Dan bila hilangnya "rasa" dalam diri, maka hilanglah empati pada orang sekeliling juga. Setiap anak lelaki perlukan bimbingan emosi, bukan sindiran atau sarcasm.
.
Untuk semua anak-anak KMSS yang Acik Jiji kasihi sekalian, remember this--

YOU ARE DIFFERENT. NOT LESSER.
No matter how different you believe you are, ingat, you are the highest form of Allah's creation. You're designed with purpose.

Terima kasih KMSS sebab bagi peluang untuk kami bertiga have some private time dengan anak-anak hebat ni. Pengalaman yang sememangnya one of a kind.

Adlil Rajiah

18 Dec, 00:43


Teruskan melangkah. Dalam setiap penat itu ada jihad. Dalam jihad itu ada ganjaran dan kebaikan.

Bila terasa payah, berehat dan menangislah. Dalam setiap tangisan itu ada "doa senyap" yang sedang didengari oleh-Nya.

Adlil Rajiah

17 Dec, 08:02


"Jangan ajar anak makan rasuah sejak kecil.” Eh, macam mana tu?

Jom bincangkan dalam forum khas Bicara Bina Negara (BBN)💬

KELUARGA: BENTENG UTAMA PERANGI RASUAH. Sempena Sambutan Hari Rasuah Antarabangsa (HARA) 2024

🗓 19 Disember 2024 (Khamis)
🕚 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
📍 Dewan Karangkraf, Shah Alam
https://maps.app.goo.gl/KhuVxo26PvsC3JYm8?g_st=ic

Bersama Hos:
🎙 Ismail Adnan

Ahli Panel:
🔹 En Md Noh Saiman (Kaunselor LPPKN)
🔹 Pn Adlil Rajiah (Penulis Keibubapaan)
🔹 Ustaz Roslan Mohamed (Pendakwah)

Daftar RSVP untuk dapatkan tempat
🔖 https://bit.ly/BBN_HARA2024

Anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Rasuah Busters, LPPKN, dan Sinar Harian

Adlil Rajiah

06 Dec, 14:05


Yang free esok, jom!!

https://khalifahstore.my

Adlil Rajiah

05 Dec, 11:24


Let's reset.

Adlil Rajiah

04 Dec, 12:54


Setiap individu unik yang ada dalam rumah kita itu sedang membantu kita untuk bina keupayaan dalam mendidik mereka. 🥰

https://adlilrajiah.onpay.my

Adlil Rajiah

03 Dec, 12:29


Hari ni, kita bukan takde masa. Tapi takde keberkatan masa. Kita tak sedar, setiap kali kita mindlessly scrolling, berjam-jam depan skrin, kita juga sedang korbankan sesuatu yang mahal

🔸Hilang masa dengan anak
🔸Hilang masa untuk asah kemahiran
🔸Hilang masa dengan Quran
🔸Hilang kemesraan dalam keluarga, semakin rasa asing.
🔸Hilang masa melihat alam

Tanpa kita sedar, skrin dah banyak gantikan kehidupan sebenar. Pilihan di tangan kita.

PANDUAN LENGKAP URUS BAHAYA SMARTPHONE, MEDIA SOSIAL, DAN P.RN.GRAFI DALAM KELUARGA:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/smartkids

Adlil Rajiah

03 Dec, 01:43


"Saya Pun Penat Juga.." 🥲

Syahdu betul topik yang diamanahkan kepada saya masa sesi Bicara Wanita Solehah, Program Pengukuhan Institusi Kekeluargaan anjuran Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, dua hari lepas.

Dalam sesi selama 3 jam tersebut, saya berkongsi tentang realiti yang ramai wanita hadapi, dan bagaimana mencari kekuatan dalam kepenatan itu sendiri.

Ini some key takeaways yang mungkin boleh direnungkan bersama:

1️⃣ Buang segala unrealistic expectations & unhealthy perfectionism dalam kepala. It’s okay to be vulnerable. That means you’re human.

2️⃣ Kita selalu anggap masalah dalam perhubungan adalah malapetaka, sedangkan ia sebenarnya peluang untuk kita lebih faham diri dan orang lain dari sudut pandang yang berbeza.

3️⃣ Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak pada kesempurnaan ahlinya. Tapi pada kemampuan ahlinya untuk saling mendengar, saling menerima ketidaksempurnaan, saling berdiskusi dengan matang.

4️⃣ Happiness is not life without suffering. It’s life full of meaningful sufferings. Don’t eliminate the pain, but choose the kind of pain worth enduring.

5️⃣ Setiap manusia hidup dalam realitinya sendiri. Terima kenyataan bahawa pasangan, anak, dan diri kita ada takdir yang berbeza.

6️⃣ Ketenangan datang bila kita berhenti memaksa dunia mengikut kehendak kita, dan mula menerima setiap takdir adalah better plan dari pencipta kita.

Semoga bermanfaat ❤️
Jumpa lagi, Kuantan!

Adlil Rajiah

01 Dec, 07:16


It is not a competition. You do you. Jadi ibu bapa yang ada clear purpose dan unaffected dengan social pressure.

Learn more:
https://adlilrajiah.onpay.my

Adlil Rajiah

29 Nov, 06:42


Pilih bagaimana kita gunakan skrin hari ini, sebelum ia “memilih” masa depan anak-anak kita.
.
Webinar Skrin & Kesejahteraan Mental, 7 Disember 2024:
https://khalifahstore.my/

Adlil Rajiah

27 Nov, 23:00


Sometimes kita sibuk sangat jadi mak/ isteri/ pekerja/ boss/ businessman,
sampai kita lupa jadi manusia.
.
Being human means being vulnerable.
.
Apa pun “topi” yang kita pakai, ingat—
kita manusia. Bukan robot yang boleh semua benda tanpa penat, tanpa rehat.
.
Kita manusia, bukan robot yang tak affected langsung dengan emosi orang sekeliling.
.
Kita manusia, bukan robot yang ada satu muka je. Aku ada banyak muka— gembira, sedih, marah, kecewa, takut, tertekan.
.
Sometimes, kita stress dan rasa gagal jadi ibu yang baik, bukan sebab tekanan dari orang sekeliling.
.
Tapi sebab kita lupa kita manusia—
yang layak perlu diberi ruang untuk kesilapan, kekurangan, dan ketidaksempurnaan.
.
15 VIDEO URUS EMOSI & KAWAL MARAH
.
Semoga bermanfaat!

Adlil Rajiah

26 Nov, 10:59


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 (𝐔𝐒𝐑𝐀𝐓𝐈) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
📅 23, 29 & 30 November 2024

Program istimewa memupuk kekuatan institusi kekeluargaan melalui pelbagai sesi bermanfaat :

Bicara Remaja Hebat
Bicara Lelaki Qawwam
Bicara Wanita Solehah
Forum & Family Sports

📍 Lokasi: Dewan Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan.

Slot saya:
🗓️ 30 November 2024 (Sabtu)
🕘 9:00 pagi - 12:30 tengah hari
Topik: “Saya Pun Penat Juga”

InsyaAllah slot ini khas untuk para wanita dan ibu-ibu yang nak lebih faham cabaran dan solusi dalam kehidupan seharian.

Jumpa nanti insyaAllah!

Adlil Rajiah

25 Nov, 08:17


Adakah sikap marah-marah yang akan jadi ‘kenangan’ dalam diri anak, tentang kita? Mereka bukan tempat melampiaskan beban dan baran. Mereka adalah gelanggang yang sedang memaksa kita jadi orang yang lebih baik.

Nak anak "behave",
perbaiki "behavior" sendiri dulu.

Bila kita tenang, keluarga makin sayang.
Kita banyak marah-marah, keluarga makin goyah.

15 VIDEO URUS EMOSI & KAWAL MARAH

Adlil Rajiah

24 Nov, 04:49


Kata-kata masyarakat kadangkala boleh menjatuhkan semangat. But we belong to the society, dan sebaik-baik manusia adalah yang paling tinggi nilai manfaatnya di kalangan manusia.

Ini adalah cebisan dari perkongsian Ustazah Isfadiah dalam Webinar Mendidik Anak Tunggal - Raising An Only Child, Not A Lonely Child.

Adlil Rajiah

21 Nov, 02:20


Perasan tak, sebenarnya banyak kali dah kita kena hacked dengan phone sendiri. Benda boleh settle 2-3 minit, tapi jadi 2-3 jam. 😑

Dalam zoom webinar pada 7 Disember bersama Ustaz Hasrizal nanti saya akan share beberapa cara nak “hack back " phone kita. Supaya penggunaan lebih terkawal dan tak kerap sangat tergelincir atau tenggelam dalam tu.

Anda pulak macam mana? How do you "hack back" your phone? How do you outsmart your smart devices? Please share—I’d really love to know!

* * * *

I𝗸𝘂𝘁𝗶 𝘄𝗲𝗯𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗽𝗮𝗮𝗻 7 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗶𝗻𝗶!
.
𝙎𝙡𝙤𝙩 1: (3.00 - 5.00𝙥𝙢)
Skrin dah Kesejahteraan Mental: Apa Cerita?
Oleh: Ust. Hasrizal Abdul Jamil
.
𝙎𝙡𝙤𝙩 2: (8.30 - 10.30𝙥𝙢)
Kurangkan Skrin! Tapi Macam Mana?
Oleh: Pn. Adlil Rajiah Nasir
.
𝙋𝙡𝙖𝙩𝙛𝙤𝙧𝙢: ZOOM
.
Daftar sebelum Early Bird tamat:
https://khalifahstore.my/
.
Sebarang pertanyaan: https://wa.me/60183159296

Adlil Rajiah

17 Nov, 12:37


Last weekend, saya terbang ke Sibu Sarawak untuk memenuhi jemputan selama 2 hari dalam program Sarawak Book Fair & Authors Festival. Punyalah jatuh cinta dengan orang (dan makanan) Sarawak, sampai taknak balik! 😆
.
Alhamdulillah, experience yang saya dan keluarga takkan lupakan sampai bila-bila.
.
Topik yang diberikan kepada saya adalah Burnout Dalam Parenting. These are some takeaways yang mungkin bermanfaat untuk kita semua:
.
1️⃣Burnout bukan bermaksud kita gagal, tapi bermaksud kita manusia yang sedang cuba yang terbaik. Setiap ibu bapa pasti diuji melalui anak. Para nabi pun tak terkecuali.
.
2️⃣Anak belajar urus emosi melalui cara kita kawal diri bila tertekan. Bila anak tak pandai kawal emosi, mereka bukan perlukan phone, mereka perlukan role model untuk ditiru.
.
3️⃣Parenting bukan tentang jadi sempurna, tapi tentang hadir dengan sabar. Anak perlukan kita hadir, bukan perlukan kita jadi perfect. Anak bukan punca stress; yang sebenarnya memberi tekanan adalah expectations kita sendiri.
.
4️⃣Beri ruang untuk anak buat silap. Kesilapan adalah elemen penting dalam membentuk kematangan. Kesabaran kita hari ini membuka ruang kejayaan mereka di masa depan. Anak perlukan connection lebih dari correction.
.
5️⃣Kita selalu nak anak jadi sempurna, tapi kita lupa mereka adalah manusia yang baru nak belajar hidup. Layan mereka sebagai pelajar, bukan penjenayah. Bimbing mereka, bukan hukum. Terima kelemahan mereka, sama seperti kita mahu diterima seadanya.
.
6️⃣Anak bukan robot yang 100% mampu ikut arahan kita setiap masa. Anak pun macam kita, yang ada emosi dan pe'el sendiri. Kadang kita sendiri pun tak sedar, kita ignore keperluan anak lebih banyak dari anak ignore arahan kita.
.
7️⃣Anak adalah amanah, bukan milik mutlak kita. Tanggungjawab kita adalah bimbing mereka ke arah kebaikan, bukan paksa anak turuti semua yang kita mahu. Anak hidup dalam dunia dan keperluan yang berbeza.
.
Jumpa lagi, Sarawak!

Adlil Rajiah

08 Nov, 05:27


Kita selalu lupa, anak sedang hidup dalam takdir yang ditentukan oleh pencipta mereka, bukan dalam expectations kita.

Belajar untuk serahkan anak kepada jalan takdir mereka—
yang kita sendiri tak tahu.

Adlil Rajiah

04 Nov, 15:10


Elemen yang paling penting dalam mendidik anak adalah
TINGKAHLAKU IBU BAPA.

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/urusemosi

Adlil Rajiah

04 Nov, 10:07


Kita nak anak cakap elok-elok dengan penuh empati. Tapi kita bercakap pun penuh dengan nada sindiran, sarcasm, merendah-rendahkan.

Kita nak anak pandai kawal marah. Tapi kita sendiri “naik hantu” bila marah.

So anak nak tiru siapa untuk jadi orang yang kita angan-angankan tu?

Adlil Rajiah

04 Nov, 04:58


Macam mana nak urus rasa burnout dalam mendidik anak? 🥵

Macam mana nak urus tingkahlaku anak seperti tantrums, ketagihan skrin, tak hormat, tak suka belajar, menipu, berahsia, dan sebagainya?

Jom sertai saya di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu weekend nii!

9 & 10 November 2024
SABTU & AHAD
2-5 petang
Tempat: Bilik Seminar Pustaka Negeri Sarawak, Sibu | Zoom Webinar | Live Facebook

📢 Penyertaan terbuka kepada 50 peserta sahaja! Daftar sekarang:

(9 Nov) Burnout Dalam Parenting:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdi8iAnlFRqc_mzz0-2fAVTegE5D0bTKAsjM6E8sSQso-NzMg/viewform

(10 Nov) Mengendali Tingkahlaku Anak:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerC8MK4CKRqyKpnipa6ZIxdMo0A3fkEULVjyxcMyk2SxI9Rw/viewform

Jumpa nanti ya!

Adlil Rajiah

03 Nov, 08:26


Expectations adalah punca utama conflicts dalam perhubungan.

Kita selalu expect anak dan pasangan jadi orang yang kita sendiri tak mampu jadi.

Adlil Rajiah

02 Nov, 10:17


4 soalan yang boleh bantu kita decide sama ada content yang anak pilih itu selamat atau tak:

1️⃣Apa fakta yang anak belajar dari content ini? Adakah fakta yang ditonton itu benar?

2️⃣Jenis perwatakan atau karakter bagaimana yang dibina oleh content ini? Adakah karakter yang ditonjolkan adalah sesuatu yang kita mahu anak tiru?

3️⃣Bagaimana content tersebut mengajar anak tentang menyantuni ahli keluarga dan orang sekeliling?

4️⃣Adakah content ini selaras dengan nilai kekeluargaan kita?

Macam mana kita takkan biarkan anak makan jajan atau gula-gula setiap hari, macam tu juga kita perlu jaga dan kawal screen time anak.

Ibu bapa adalah “pintu utama” sesebuah keluarga. Kita pilih, sama ada kita nak jadi pintu yang melindungi anak daripada kemudaratan, atau pintu masuk penyakit-penyakit yang memudaratkan diri dan anak-anak.

URUS BAHAYA SMARTPHONE, MEDIA SOSIAL, DAN PORNOGRAFI DALAM KELUARGA:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/smartkids

Adlil Rajiah

01 Nov, 21:11


Kadang kita tak sedar selama ni anak duk perhati tingkah laku kita bila dengan phone, komputer, TV, game, social media. Macam mana unhealthy atau healthy nya cara kita gunakan all these smart devices, macam tu lah culture yang anak sedang tiru.
.
Kalau selama ni phone always jadi first option untuk kita hilangkan bosan, untuk isi masa lapang, untuk kill the time bila menunggu— itu lah tingkahlaku yang anak sedang develop.
.
Kalau phone adalah benda pertama yang kita "layan" bila celik mata pagi-pagi, dan benda terakhir yang kita “belai” sebelum lelap mata malam-malam, maka tak hairan kalau anak semakin menjauh dan mula develop tingkahlaku yang sama.
.
Cara kita sendiri gunakan skrin adalah jauh lebih penting daripada peraturan skrin yang kita tetapkan pada anak.
.
Role modelling is key. Sebab hakikatnya anak memang susah nak dengar cakap, tapi mereka tak pernah gagal meniru sikap.
.
Selalu sangat kita nasihatkan anak macam2—
yang hakikatnya kita sendiri tak buat.
.
Kita paksa anak hadkan skrin,
tapi phone kita 24 jam di tangan.
.
Kita beritahu anak, socmed tu tak sihat, tapi setiap malam sebelum tidur kita duk scroll mindlessly segala platform socmed yang ada.
.
Kita beritahu anak, game tu buang masa dan merosakkan mata, tapi kita sendiri habiskan berjam-jam menghadap peranti yg sama.
.
Pernah sekali saya dapat teguran pedas dari anak, “Mama selalu marah Haikal tengok iPad, tapi Mama sendiri tengok phone lama-lama. Mama spend time dengan Haikal pun tak lama macam tu!”
.
Ambil kau.
Setepek dia bagi. 😑
.
Kadang kita tak sedar, kita selalu harapkan anak patuh sesuatu yang kita sendiri tak mampu patuh. Itu bukan high expectation dah namanya, tapi crazy expectation!
.
Bak kata Howard Hendricks, “Kita tak boleh bagi apa yang kita takde. Kita takkan mampu wariskan sikap yang baik pada anak, kalau kita sendiri takde sikap tersebut.”
.
Cara didik anak tentang screen use yang paling berkesan adalah bila parents itu sendiri mampu gunakan skrin dengan matang dan bijak.
.
Tapi kalau kita sendiri rasa perangai kita belum layak untuk ditiru oleh anak, maka inilah masanya untuk “take a pause”, buat digital detox, dan muhasabah diri:
.
adakah sikap aku sekarang buat aku jadi orang yang lebih baik, atau lebih jahanam? Adakah sikap ini yang aku nak wariskan pada anak?
.
Tak salah kalau kita pernah gagal dan menyesal bertubi-tubi dalam mendidik anak. Yang salah adalah bila kita tak pernah rasa bersalah dan tak pernah menyesal!
.
Posisi ibu bapa yang kita tengah pegang ni sememangnya patut PAKSA kita muhasabah diri dan cuba jadi lebih baik setiap hari!
.
Dalam 6 video yang berdurasi lebih 10 jam, saya bersama 4 orang pakar ada kongsikan 9 topik tentang URUS BAHAYA SMARTPHONE, MEDIA SOSIAL, DAN PORNOGRAFI DALAM KELUARGA.
.
Sekarang tengah ada diskaun 50%:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/smartkids
.
Semoga bermanfaat.
- Adlil Rajiah.

Adlil Rajiah

30 Oct, 09:37


Apa yang patut kita buat bila anak mula bertanya soalan tentang seksualiti? Topik ini penting, tapi ia mungkin buat kita rasa sangat tak selesa!

Jom dengarkan perkongsian daripada Akhi Fairuz, seorang penulis dalam bidang pendidikan seksualiti.

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/smartkids

Adlil Rajiah

30 Oct, 05:46


Kemahiran komunikasi anak berkembang melalui cara kita mendengar dan memberi respons kepada mereka.

Setiap kali kita benar-benar mendengar, anak belajar bahawa setiap suara dan emosi itu penting untuk difahami.

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/bimbinganak

Adlil Rajiah

29 Oct, 05:07


Ubah perspective anak daripada self-blame kepada self-trust.

Self-blame: aku teruk, aku bukan anak yang baik, aku pembawa masalah, aku selalu buat mak stres.

Self trust: i can be better, i can always learn from mistakes

Self trust adalah elemen yang sangat penting untuk seseorang anak terus maju dalam hidupnya.

Bimbing tingkahlaku anak 0-8 tahun:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/bimbinganak

Adlil Rajiah

28 Oct, 06:50


Hanya dengan ILMU, parents akan mampu faham anak, mampu tenang handle perangai anak, tak panik bila anak ada isu perkembangan, dan tak cepat sentap dengan cakap-cakap orang sekeliling.
.
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/bimbinganak

Adlil Rajiah

27 Oct, 12:15


Satu pesanan keramat oleh seorang Child Psychiatrist kepada saya satu ketika dulu, "Bila anak dah mula boleh berjalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak terima 'tekanan' dari pelbagai permukaan, untuk rangsang sistem saraf dan otak."
.
"Tapi doktor, saya baru je beli 5 pasang kasut comel-comel untuk anak saya", jawab saya tanpa segan silu.
.
Doktor tu hanya balas dengan senyuman. Mungkin dia jawab dalam hati, "Buat hias peti ais je la, rodiah oii." 😂
.
Salah satu aktiviti yang disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan “kaki ayam” di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya. Dapat buat 5-10 minit sehari pun dah memadai.
.
Masa mula2 nak expose anak jalan “kaki ayam” dulu memang macam2 jugak lah cengkadaknya. Geli, terjingkit-jingkit, menangis, meronta. Tapi saya hadap je.
.
Itu belum campur nak hadap cakap2 orang lagi.
Takut kaki anak luka lah.
Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah.
Takut tapak kaki anak jadi kasar lah.
Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
.
Pekakkan sahaja telingamu.
Lantakkan orang nak cakap apa.
Teruskan buat benda betul dan berwaspada sentiasa.
.
Alhamdulillah, tak lama lepas anak saya dibiasakan dengan aktiviti berkaki ayam ni, macam2 perubahan positif yang saya nampak pada dia:
.
Fine & gross motor skills semakin kemas.
Focus span & alertness dia semakin tajam.
Fizikal semakin kuat dan balance.
Creativity semakin out of the box.
Social-emotional development semakin ketara lebih baik.
.
Dan tiba-tiba orang yang sibuk cakap-cakap dulu, mula bertanya–
“Camane eh kau buat anak boleh fokus macamni?”
.
Begitulah lumrah kehidupan ya tuan puan. At first, people will ask you WHY you do it because they think you're crazy. But later, they'll ask you HOW you do it because they jeles oredi. Ehh!
.
Nak buat benda betul yang bukan kebiasaan dalam masyarakat memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kita yakin itu betul, DIAM DAN BUAT JE.
.
And let the success make the noise.
Agitcheww..
.
Ini 5 lagi pesanan Child Psychiatrist pada saya dulu :
.
1. Seawal umur anak 2 minggu, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi jahil macam saya, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Apoo!
.
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut bertapak lembut. Yang tapak tebal-tebal tu toksah.
.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. It's VERY important to stimulate their sensory system.
.
5. Kurangkan screen time, because it limits body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to MOVE.

Menurut kajian, paksa anak (6 tahun ke bawah) duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu penderaan. They need to move A LOT, especially 6 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, akan ada kesan negatif pada perkembangan seterusnya.
.
Beberapa tahun lepas, saya ada anjurkan kelas perkembangan emosi & tingkahlaku anak 0-8 tahun bersama Pakar Psikiatri, Occupational Therapist, dan Speech Therapist. Alhamdulillah lebih 5000+ orang mendaftar dan ratusan positive feedbacks kami terima.
.
Tujuan kelas tersebut adalah untuk beri ilmu dan kefahaman yang BETUL kepada ibu bapa muda, supaya tak terikut-ikut dengan apa yang BIASA dalam masyarakat.
.
Hanya dengan ILMU, parents akan faham anak, mampu tenang handle perangai anak, tak panik bila anak ada isu perkembangan, dan tak cepat sentap dengan cakap-cakap orang sekeliling.
.
Disebabkan sampai hari ni masih ramai yang minta rakaman kelas tersebut, maka saya telah meneliti, menyusun, menambahbaik isi kandungannya untuk dijadikan panduan lengkap bimbing perkembangan anak 0-8 tahun. Keseluruhan rakaman ini berdurasi lebih 22 jam (20 topik semuanya), termasuk soal jawab bersama pakar.
.
Kalau anda tengah struggle handle anak kuat mengamuk, kuat menjerit, terlalu lasak, ketagih skrin, boleh dapatkan panduan lengkap ini sebab alang2 tengah ada diskaun 50% OFF 😎 :

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/bimbinganak

Adlil Rajiah

23 Oct, 05:39


Minggu lepas saya berpeluang menghadiri majlis pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Seminar Kaunseling anjuran Lembaga Kaunselor Malaysia.
.
Rasa goosebumps bila dapat bertemu dan berkongsi ruang dengan figura-figura hebat dalam bidang psikologi dan kaunseling negara.
.
Berikut adalah beberapa key takeaways dari barisan panel penceramah, yang saya catat sebagai peringatan buat diri sendiri:
.
1️⃣ Jangan terlalu taksub mencari “keseimbangan” antara hidup dan kerja, kerana hidup itu sendiri adalah kerja. Kesejahteraan hidup bergantung kepada seberapa bermanfaat dan berfungsi kita sebagai khalifah.

2️⃣ Manusia yang baik dan bahagia ialah yang menunaikan hak-hak orang di sekelilingnya— pasangan, anak-anak, keluarga, kawan, majikan, pekerja, jiran, saudara mara, dan masyarakat.

3️⃣ Pasangan dan anak-anak bukan “stress ball” atau “punching bag”. Walau setinggi mana pun tekanan kerja yang kita sedang hadapi, mereka tak sepatutnya jadi mangsa kepenatan kita.

4️⃣ Tempat kerja atau tempat belajar yang kondusif bukanlah tempat yang bebas tekanan. Hidup ini sendiri adalah pentas ujian dan tekanan. Tempat yang kondusif adalah tempat yang memberi ruang beremosi dan bimbingan dalam mengurus tekanan.

5️⃣Hidup sejahtera itu bukanlah tentang apa yang sudah atau belum dicapai. Tapi tentang “how sejahtera” you feel at the moment. Success is when we truly live moment by moment, making decisions and accomplishments moment by moment.

6️⃣ Dalam dunia “ilmu dihujung jari” hari ini, kita kena bijak cari content creator yang berlandaskan disiplin ilmu yang sahih dan diiktiraf di pentas akademik— bukan sekadar content yang “sedap didengar”, tapi takde asas, hanya berdasarkan perspektif peribadi. Anak-anak pun perlu dididik tentang hal ini kerana media sosial adalah salah satu elemen penting yang membentuk kanta kehidupan mereka.

7️⃣ Jangan terlalu ikut orang. Kembali kepada apa yang agama ajarkan. Orang yang mengenal Tuhannya akan semakin mengenal dirinya sendiri. Orang yang sibuk kejar approval manusia, akan semakin hilang dirinya.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat menyambut Bulan Kaunseling Kebangsaan, sahabat seperjuangan. ❤️

Adlil Rajiah

19 Oct, 13:19


Bayangkan jika anak dibesarkan dalam suasana kerisauan dan kebimbangan melampau. Apa agaknya kesan kepada perkembangan mereka? Dengarkan kupasan ringkas oleh Dr Ahmad Rostam (pakar psikiatri).
.
Dapatkan rakaman penuh:
https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/anaktunggal

Adlil Rajiah

14 Oct, 13:33


Semalam saya dijemput untuk berceramah di sekolah anak sendiri, Khalifah Model School (Secondary), tentang Parent-Teen Conflicts.
.
Rasa kerdil betul bercakap depan ibu bapa yang jauh lebih hebat dan berpengalaman berbanding diri ini. Rasa nak sarung kepala dengan paperbag pun ada. 😆
.
Apa pun, saya berharap ada la secebis manfaat yang boleh dibawa pulang dan menjadi asbab kebaikan dalam hidup insyaAllah.
.
Ini beberapa poin penting yang saya share dalam sesi semalam:

1️⃣ Komunikasi bukan tentang bercakap, tapi tentang mendengar dan memahami. Kadang anak dan pasangan semakin menjauh sebab we talk too much but we never listen.

2️⃣ Expectation adalah punca utama conflicts dalam perhubungan. The real problem is, kita selalu expect anak dan pasangan jadi orang yang kita sendiri tak mampu jadi.

3️⃣ Kita selalu lupa, anak sedang hidup dalam takdir yang ditentukan oleh pencipta mereka, bukan dalam expectations kita. Belajar untuk serahkan anak kepada jalan takdir mereka, yang kita sendiri tak tahu.

4️⃣ Dunia ini seperti two sides of a coin— nikmat dan ujian datang bersama. Anak dan pasangan yang membahagiakan kita itu jugalah orang yang sangat menguji kesabaran kita setiap hari.

5️⃣ Isu tingkahlaku anak bukan disebabkan oleh kurang adab atau kurang ajar, tapi disebabkan oleh kurang kemahiran. Kadang kita expect anak “dah besar patutnya dah reti”, tapi rupanya kita sendiri tak pernah betul2 bimbing kemahiran tersebut.

6️⃣ Salah satu faktor anak kurang kemahiran urus diri, kemahiran urus emosi, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi adalah kerana terlalu banyak hadap skrin. Because more screen time, less skill time.

7️⃣ Nak kurangkan screen addiction, satu je formulanya: minimise exposure, maximise relationship. Masalahnya kita selalu limitkan skrin, tapi tak improve connection and communication dengan anak. Kita biarkan mereka.

8️⃣ Connect before correct. Kita marah-marah supaya anak patuh, tapi kita sendiri takkan patuh kepada orang yang suka marah-marah. Takde manusia yang akan dengar cakap orang yang mereka tak rasa connected with.

9️⃣ Peranan kita bukan pastikan anak jadi baik. Tapi pastikan kita sendiri tak berputus asa dalam membimbing mereka. Anak jadi baik atau tak, itu bukan kuasa kita. We don’t own them.

Have a great week, everyone. Semoga diberkati setiap usaha kita, amin! ❤️

Adlil Rajiah

13 Oct, 04:33


Dua hari lepas saya berpeluang menyantuni lebih 350 pelajar UiTM Raub Pahang, dalam program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang.
.
Saya diamanahkan untuk share dengan adik-adik UiTM dihatiku tentang topik Self Care. Ini antara yang hakak Jiji gorengkan kat diorang hari tu 😂:

1️⃣ We behave better when we feel better. So apa yang jauhh lebih penting dari mengurus tingkahlaku adalah mengurus emosi.

2️⃣ Tiada emosi yang salah. Semua yang dirasa oleh hati itu sahih. Kita takkan boleh pilih apa kita rasa, tapi kita boleh pilih bagaimana untuk respon kepada emosi tersebut.

3️⃣ Human behaviour dikawal oleh fear & anxiety. Kita lebih mudah terkesan dengan kecaman berbanding pujian. Dan kenangan pahit lebih terbenam dalam ingatan kita berbanding kenangan manis. Sebab tu 1 emosi negatif perlu diseimbangkan dengan 3-5 emosi positif, untuk kita capai keseimbangan emosi.

4️⃣ Kesihatan mental memerlukan kita menjaga 3 elemen peting: SLEEP, EAT, MOVE. Nak jadi orang lebih tenang? Tidur cukup, makan sihat, dan jangan lupa bergerak!

5️⃣ Food is mood. Bad food, bad mood. Kadang kita stress, anxious, cranky sebab banyak sangat makan sampah.

6️⃣ Jaga persekitaran dan dengan siapa kita berkawan. Apa yang kita dengar, lihat, sentuh, baca, berbual, nikmati setiap hari, akan membentuk hati kita.

7️⃣ Amalkan teknik ‘five finger breathing’ bila stres. Tarik nafas perlahan-lahan sambil fokus pada jari. It calms the chaos. Nak jadi lebih tenang? Ubah cara bernafas, especially dalam solat.

Have a great weekend, everyone.
Semoga bermanfaat! ❤️

Adlil Rajiah

07 Oct, 04:01


Be the last person to speak. Mendengar is the first step untuk bina komunikasi dan trust dalam perhubungan.

Adlil Rajiah

02 Oct, 15:10


Salah satu approach Rasulullah saw ❤️

Adlil Rajiah

27 Sep, 10:53


"Kemiskinan terbesar dalam sesebuah keluarga bukanlah kekurangan harta, tapi bila terhakisnya human potential (potensi manusia) dalam keluarga tersebut.

Apabila kasih sayang, nilai-nilai agama, dan kualiti didikan dalam keluarga merosot, disitulah kemiskinan sebenar berakar umbi."

Alhamdulillah selesai sesi minggu pertama bersama 70 peserta Parent Reboot Intensive Course. Ada lagi 11 minggu nak hadap. 😂

Ini some points yang saya share:

🔸Fix yourself first! It is never about the kids' behavior. It is about our experience of that behavior. Every time our children reject us, it is a mirror to how we already reject ourselves.

🔸Parenting isn’t just about teaching—it’s about living the knowledge. Jadi orang yang kita nak anak jadi. 'Siapa kita' dan 'apa kita buat' jauh lebih mempengaruhi anak berbanding 'apa kita cakap'. . Anak adalah cerminan kita. Jangan harap anak jadi sesuatu yang kita sendiri tak mampu jadi.

🔸Jangan ikut mainstream. Parenting bukan tentang ikut cara orang lain. Setiap anak dan setiap keluarga berbeza. You do you. Fokus buat apa yang betul, bukan apa yang orang lain buat. Yang popular tak semestinya betul untuk diikuti.

🔸Let go of the “movie” in your head! Unrealistic expectations about your child, your partner, or your family only create unnecessary stress. Parents perlu nurture anak based on their unique needs, bukan according to societal norms or fantasies dalam kepala.

🔸Parenting bukan tentang control anak macam puppet, atau menanamkan ketakutan supaya anak patuh. Tak perlu guna kekerasan, ugutan, ancaman untuk didik anak. Hubungan dengan anak sepatutnya berasaskan kasih sayang dan empowerment, bukan rasa takut.

🔸Ajar anak tentang natural consequences, bukan guna hukuman atau ganjaran semata-mata. Anak perlu faham akibat tindakan mereka sendiri, bukan sebab takut hukuman atau sebab nak reward.

🔸The best way to live is to stay in the moment and accept life as it is. Jangan terperangkap dengan apa yang dah berlaku atau risau dengan apa yg belum berlaku. Come back to NOW. Fokus apa yang boleh dibuat SEKARANG.

Semoga semua peserta diberikan kesihatan & kefahaman yang baik sepanjang course ini. Aminn. ❤️

https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/parentreboot3

Adlil Rajiah

23 Sep, 14:47


Kalau dah Allah pun tak boleh hormat,
kita yang manusia je ni (walaupun ibu bapa), jauh sekali anak akan hormat. Na'uzubillahi min zalik. 🙏🏼
.
Mungkin kebiasaan perangai panas baran dalam masyarakat kita ni lah jadi punca anak2 sekarang semakin kurang ajar, suka membuli, takde empati, tak hormat orang, suka menjawab, buat maksiat, tak solat, tak puasa.
.
Cabaran terbesar anak2 hari ini ialah
nak faham tentang ADAB—
dalam keadaan takde seorang pun di sekelilingnya yang beradab.
.
Nak faham tentang sabar—
dalam keadaan orang sekelilingnya suka marah2.
.
Nak faham tentang syukur—
dalam keadaan orang sekelilingnya suka merungut dan mengungkit2.
.
Nak faham tentang islam—
dalam keadaan takde seorang pun di sekelilingnya yang benar2 melambangkan islam.
.
Kan?
.
Kita semua taknak hilang anak2 manja kita.
Kita semua taknak hilang anak yang hormatkan kita.
Kita semua taknak hilang anak yang sentiasa mengidolakan kita.
Kita semua taknak hilang anak yang sentiasa dalam redha Allah.
.
Maka dah tiba masanya untuk kita lebih tenang dan sabar dalam mengawal emosi kita sendiri, terutama di depan anak2.
.
Kita cuba.
Kita mesti cuba.
Anak perlukan contoh itu dulu—
sebelum mereka boleh jadi seseorang yang seperti itu.
.
May Allah forgive us,
cleanse our hearts,
and grant us hidayah.
Ameen.
.
Salam sayang,
Adlil Rajiah.
.
********
.
Kalau anda selalu:
🔸hilang sabar, marah, ugut, pukul anak
🔸overwhelmed dan perlukan sokongan emosi
🔸Stress bila anak buat perangai
🔸tertanya kenapa susahh sangat nak kawal anak
🔸Rasa gagal sebagai ibu
🔸Tak faham keperluan sebenar anak
🔸Risau cetuskan trauma pada anak tanpa sedar
🔸Takut anak semakin menjauh dan disconnected
.
Jom beri peluang kepada diri untuk dibimbing selama 12 minggu agar lebih matang emosi, dan mampu didik anak dengan lebih berkesan.
.
HARI TERAKHIR UNTUK MENDAFTAR:
ezy.la/parentreboot

Adlil Rajiah

23 Sep, 08:46


Betul, anak perlu faham hakikat bahawa setiap manusia takkan lari daripada tekanan dan ujian hidup.
.
Tapi anak juga perlu diajarkan tools dan teknik yang betul untuk proses emosi dalam tekanan, supaya mereka tak develop unhealthy coping mechanisms yang merosakkan diri.

Adlil Rajiah

22 Sep, 10:55


Ini beberapa pengalaman peribadi followers saya tentang kesan didikan ibu bapa yang PANAS BARAN dan penuh kemarahan. 🙁
.
Please parents, kata-kata dan emosi kita setiap hari itu membentuk peribadi anak.
Lets muhasabah and ask ourselves–
.
“Hari ni aku banyak tanam perkara2 baik, atau racun, dalam diri anak aku?”
.
Nabi pesan:
Orang yang hebat bukanlah orang yang selalu menang dalam pertempuran. Tapi orang yang mampu kawal diri ketika marah.
(HR. Bukhari dan Muslim).
.
Amalkan doa ni agar Allah bimbing kita dalam mengurus emosi.
.
‎اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذَنْبِىْ وَاذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِىْ وَاَجِرْنِىْ مِنَ الشَّيْطَانِ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan selamatkanlah aku dari hasutan syaitan.
.
Kalau semakin hari kita rasa semakin hilang pertimbangan diri, semakin hilang rasional dan bahagia dalam diri, cuba berhenti seketika, dan beri perhatian kepada apa yang dirasa.
.
Last but not least, kembalikan anak kepada pemilik mutlaknya.
.
Setiap kali rasa sayu tengok anak especially ketika mereka sedang tidur, baca doa ni sambil pegang dadanya, atau bisikkan ke telinga:

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya makna kandungan Al-Quran. (HR Ahmad, hadis sahih)
.
Minta Allah perbaiki setiap urusan anak dan jangan sesekali rasa diri berhak ke atas setiap anak yang Allah kurniakan. Mereka bukan milik kita.
.
Saya percaya, setiap ibu bapa layak diberi ruang untuk buat silap, belajar melalui setiap pengalaman, dan diberi peluang untuk cuba lagi dan lagi.
.
Kalau anda selalu:
🔸hilang sabar, marah, ugut, pukul anak
🔸overwhelmed dan perlukan sokongan emosi
🔸Stress bila anak buat perangai
🔸tertanya kenapa susahh sangat nak kawal anak
🔸Rasa gagal sebagai ibu
🔸Tak faham keperluan sebenar anak
🔸Risau cetuskan trauma pada anak tanpa sedar
🔸Takut anak semakin menjauh dan disconnected
.
Jom beri peluang kepada diri untuk dibimbing selama 12 minggu agar lebih matang emosi, dan mampu didik anak dengan lebih berkesan.
.
HARI TERAKHIR UNTUK MENDAFTAR:
ezy.la/parentreboot