Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie @ajwadshafie Channel on Telegram

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

@ajwadshafie


Ruang untuk berkongsi kepada anda:
• Tip produktiviti
• Tip penulisan untuk pemula
• Tip hafal Quran untuk orang sibuk
• Nota dan ulasan buku

Dan apa sahaja yang baik, insya-Allah.

Selamat meneroka dan moga bermanfaat!

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie (Malay)

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad ShafiennApakah yang dimaksudkan dengan tip produktiviti dan penulisan? Adakah anda mencari cara untuk meningkatkan produktiviti anda dan menulis dengan lebih efisien? Jika ya, saluran Telegram ini adalah tempat yang tepat untuk anda!
Saluran ini, diuruskan oleh Ajwad Shafie, memberikan pelbagai tips berguna dalam meningkatkan produktiviti harian anda dan mendapatkan tulisan yang lebih berkualiti. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang penulisan dan produktiviti, Ajwad Shafie berkongsi strategi yang telah terbukti berkesan untuk membantu anda mencapai matlamat anda dengan lebih cepat dan efektif.

Siapa sebenarnya Ajwad Shafie? Beliau adalah penulis dan pakar produktiviti yang telah membantu ribuan individu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan mereka dalam kerja seharian. Dengan pelbagai karya yang telah diterbitkan dan pengalaman yang luas, beliau adalah sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan nasihat yang berkualiti.

Jadi, jika anda ingin mengambil langkah pertama ke arah produktiviti yang lebih baik dan penulisan yang lebih mantap, sertai saluran Telegram ini sekarang! Dapatkan tip-tip eksklusif dan panduan praktikal daripada Ajwad Shafie sendiri dan mulakan perjalanan anda ke arah kejayaan hari ini!

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

31 Dec, 07:31


Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadan dah. Korang cuba check, dah sedia ke nak masuk Ramadan? 👇🏻

.

1) Perempuan – dah habis puasa ganti? Kalau belum, cepat-cepat pulun.

Suami pakat remind isteri ya.

.

2) Usahakan buat amalan fardu.

Kalau ada yang kadang-kadang tinggal solat tu, latih diri sikit-sikit sampailah cukup 5 waktu solat setiap hari.

Azam masuk Ramadan dalam keadaan amalan wajib dah tak tinggal.

.

3) Pilih amalan sunat yang kita mudah dan suka buat.

Perbanyakkan amalan sunat. Amalan yang favourite pula, jadikan amalan rutin (istiqamah).

Puasa sunat, solat sunat, baca Quran, sedekah, dll.

Pilih dan cuba istiqamah.

.

4) Tinggalkan dosa kecil dan dosa besar.

Benda susah, tapi kena cuba buat juga.

Berhenti merokok.
Berhenti mengumpat.

Berhenti segala yang jahat.

Biarlah orang tak support pun, kita usaha dan cari circle lebih baik.

Ya, memang tak mudah. Tapi anda boleh buat. Usaha ya.

.

5) Mula berdoa dengan kerap.

Siapa yang belum mula, jom kita banyakkan berdoa.

Berdoa ni ramai ingat mudah, tapi ramai juga yang tak biasa buat.

Jangan malu berdoa kepada Allah.
Allah Maha Kaya.
Allah Maha Mengasihani.

Mintalah kepada Dia.

Minta sempat masuk Ramadan.

.

Moga kita semua direzekikan sekali lagi dengan Ramadan kali ini.

Jom siap sedia!

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

25 Dec, 08:25


“Jangan pandang remeh pada setiap kebaikan.

Benda kecil yang kita buat, mungkin besar maknanya buat orang lain.”

Teruskan buat kebaikan setiap hari, tak kira besar atau kecil.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

06 Dec, 14:14


Jahat mana pun kita, percayalah bahawa kita masih ada jalan untuk pulang.

Baliklah sekarang.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

05 Dec, 13:43


Zaman sekarang, hidup beragama nampaknya makin menakutkan.

Tinggal solat dianggap biasa.
Tak cukup 5 waktu yang fardu, dianggap tak ada isu.

No.

Jangan biarkan kita selesa tinggalkan amalan fardu.

Moga hati kita sentiasa dijaga oleh Allah SWT agar kita takut nak buat dosa. 🤲🏻

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

05 Dec, 11:37


85 hari lagi sebelum Ramadhan.

Tunggu bulan Ramadhan untuk target kurus

Target fit untuk all out ibadah Ramadhan nanti

Jom buat persiapan!

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

05 Dec, 05:08


Menuju tahun 2025, dua persiapan yang perlu kita ambil berat:

1) Azam tahun 2025 untuk menjadi seorang yang lebih baik.

2) Persediaan menyambut Ramadhan agar setiap saat dapat dimanfaatkan.

Siap sedia.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

04 Dec, 11:21


Kepercayaan orang kepada kita tu mahal.

Tak kiralah di tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan sesama keluarga.

Bila dapat kepercayaan, jaga dengan erat.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

03 Dec, 11:15


Usahakan baca al-Quran setiap hari. Biar sikit pun, tapi jangan tinggal langsung ya.

Pesan untuk saya juga.

.

Baca Quran tak semestinya dari kulit ke kulit (itu pun bagus).

Jangan sebab kita tak ingat semalam berhenti muka surat berapa, terus malas nak baca.

Di luar rumah masa tak ada mushaf, boleh guna app Quran dalam phone, buka je surah/page apa pun, baca.

.

Tak tau nak pick surah apa?

Boleh juga random pilih baca by hari.

Contoh hari ni 3hb, buka juzuk 3. Usahakan baca sehari 1 juzuk penuh.

Awal-awal tak berjaya tak apa.

Esok baca pula juzuk 4.

.

Sampai dah terbiasa bila lapang, Quran jadi pilihan dan keutamaan.

Lama-lama kita akan terbiasa dengan disiplin baca 1 hari 1 juzuk, insya-Allah.

Boleh ke boleh?

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

25 Nov, 04:53


Alhamdulillah, buku terbaru yang saya dan 11 penulis lain hasilkan dah siap!

Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya: Antologi Esei 12 Bibliofil
Terbitan @BiblioPress

Dalam buku ni, masing-masing kongsikan cerita peribadi tentang buku yang pernah mengubah hidup kami.

Bab yang saya tulis, ada pada bab 1.

Saya kongsikan beberapa buah buku best yang bagi kesan secara langsung kepada hidup saya.

Sekarang dah available untuk beli online.

Kalau nak beli, boleh terus ke:

TikTok: vt.tiktok.com/ZSjCQny5g/
Shopee: s.shopee.com.my/9zgnT2VpEM

Terima kasih kalau sudi support! 😊

Kalau korang nak dapatkan sign atau beli terus secara fizikal, insya-Allah kami para penulis akan ada di SIBF Ahad nanti. Sebelah petang.

Kita jumpa kat sana ya!

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

18 Nov, 03:40


Kita tak akan boleh puaskan hati semua orang.

Tapi kita boleh berpuas hati dan berlapang dada dengan semua orang – dan kita yang akan lebih tenang.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

14 Oct, 12:50


Ini pesanan buat saya dan semua yang berazam nak hafal Quran sungguh-sungguh. ✍🏻

“Macam mana kita nak terus bersemangat untuk istiqamah hafal Quran?”

Kata seorang syeikh;

“Carilah kawan.

Carilah kawan yang lebih bagus daripada kamu.

Sekiranya kamu lupa, dia akan ingatkan kamu.

Sekiranya kamu tersalah, dia akan memberi nasihat kepada kamu.

Sekiranya kamu malas, dia akan berikan motivasi kepada kamu.”

Dan kata syeikh, itulah cara terbaik untuk terus istiqamah menghafal al-Quran.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

11 Oct, 05:56


Siapa nak join komuniti Kelas Hafal Quran (Surah al-Kahfi)? Dalam ni kita akan sama-sama update hafazan setiap minggu.

Muslimat pun boleh join, ada guru perempuan untuk bantu tasmik. 😊

Berminat, reply nak.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

07 Oct, 05:58


Kita akan lebih mudah berubah sekiranya kita bersama dengan orang-orang lain yang buat perkara tersebut.

Nak jadi usahawan berjaya?

Campurkan diri dengan orang-orang yang dah berjaya atau dalam journey ke arah itu.

Nak 'alim dalam agama?

Dekatkan diri dengan ulama dan ahli ilmu dalam bidang tertentu.

Nak jadi atlet sukan?

Belajar dengan coach dan jalani latihan bersama atlet-atlet lain.

Begitulah seterusnya.

Kita lebih mudah untuk buat sesuatu bila kita berada dalam ‘circle’ yang betul.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

04 Oct, 04:56


Hidup dengan orang lain di dunia ni, cuba kita mudahkan hidup orang.

Insya-Allah, hidup kita juga akan jadi lebih mudah.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

30 Sep, 14:34


IMAN tengah buat promosi sempena pelancaran dua buku ni, Kombo Rahmah & Redha.

Tak payah susah-susah. Saya tengok di website pun boleh dapat harga special. Beli online je.

Boleh tengok sini:
https://ezy.la/KomboRahmahRedha

#imanpublication #RahmahRedha

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

30 Sep, 14:32


Dua buku terbaru IMAN Publication ni patut ada dalam rak buku kita.

1) Rahmah, oleh Muzuza

Bagaimana untuk menerima ketidaksempurnaan dan sayangkan diri sendiri?

Buku ini membantu kita mencapai keseimbangan emosi dengan memahami konsep “self-love” dari kaca mata Islam.

2) Redha, oleh Ibn Ramzi

Mengapa kita diuji?
Bagaimana seharusnya kita respons terhadap ujian Ilahi?

Buku ini menjelaskan konsep redha dalam menghadapi ujian hidup.

Redha bukan bermaksud menyerah, tetapi menerima ketentuan Allah sambil berusaha memperbaiki diri dan situasi.

Menarik bila dibaca silang dua-dua.

Di samping kita redha, kita percaya kepada sifat rahmah Allah SWT.

#imanpublication #RahmahRedha

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

29 Sep, 13:00


“Kenapa kerja aku buat ni tak siap-siap?”

Mungkin bukan sebab kita malas.

Mungkin sebab kerja kita yang tak sudah-sudah.

Mungkin sebab kerja dan komitmen lebih daripada masa yang kita ada.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

24 Sep, 11:54


Tak semua hobi kita sesuai untuk dijadikan kerjaya.

Mungkin sesetengah hobi lebih baik kekal sebagai hobi.

Supaya cinta terhadap hobi tersebut tidak luntur disebabkan tidak sukanya kita terhadap sesuatu yang bersifat “kerja”.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

29 Aug, 23:20


Kebaikan Membawa ke Syurga

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) RA daripada Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.”

Riwayat Al-Bukhari (6094)

- Seseorang Muslim yang sentiasa melakukan kebenaran, maka kebaikannya akan bertambah dan dosanya akan dihapuskan, manakala dia akan lebih dekat kepada syurga.

- Sebaliknya bagi seseorang yang sentiasa berdusta, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan malah dosanya semakin bertambah hari demi hari dan menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

28 Jul, 14:45


“Macam mana Cabaran Menulis ni dapat bantu saya untuk capai target siapkan buku pertama?”

Cabaran Menulis ni simple je sebenarnya. Hanya 3 step.

1. Anda decide tajuk apa nak tulis.
2. Tulis. Tak perlu overthinking, tulis je.
3. Post. Supaya anda siap tulis untuk hari tu. Jangan kejar sempurna.

Dengan 3 langkah ni walaupun hanya 100 patah perkataan setiap hari, anda dah siapkan 30 tajuk untuk sebuah buku.

Siap 30 tajuk + draf idea, next step boleh kembangkan lagi ikut kemahuan anda nak siapkan manuskrip buku sebanyak berapa patah perkataan.

Dah sedia nak mulakan tulis draf manuskrip buku pertama? Jom menulis bersama kami!

https://ezy.la/cabaranmenulis

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

27 Jul, 03:03


Pendaftaran Cabaran Menulis 3.0 dengan harga promosi telah dibuka.

Bagi yang terlepas harga early bird, jangan risau!

Anda masih sempat untuk dapatkan harga promosi.

Daftar sekarang di sini ya:
https://ezy.la/cabaranmenulis

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

25 Jul, 12:02


“Kelas Cabaran Menulis 3.0 ni tentang apa sebenarnya?”

Ringkasnya, dalam Cabaran Tulis Konten 30 Hari ni, anda akan dapat:

✍🏻 Tulis konten selama 30 hari di Facebook atau X.

👥 Support group sebagai push factor untuk bantu menulis.

⌨️ Tulis 100+ patah perkataan sehari per post.

💰 Jika berjaya post selama 30 hari, yuran akan dipulangkan 100%!

Berminat nak belajar menulis?

Daftar sekarang untuk dapatkan harga istimewa (early bird)! 👇🏻

https://ezy.la/cabaranmenulis
https://ezy.la/cabaranmenulis

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

25 Jul, 00:00


✍🏻 Pendaftaran ‘Cabaran Tulis Konten 30 Hari 3.0’ telah dibuka!

Siapa nak jadi sebahagian daripada support group menulis? 🙋‍♀🙋‍♂

Dalam group ni setiap orang sahut cabaran menulis 30 konten ringkas dalam tempoh 30 hari sahaja.

.

Support group ni akan bantu anda:

Bina tabiat menulis dalam 30 hari
Tulis hingga 100 patah perkataan
Persekitaran dan ‘push factor’ untuk ‘paksa’ menulis hingga siap

Contohnya, saya akan baca buku yang saya suka dan tulis nota yang saya belajar dalam tempoh 30 hari. Siap 30 nota.

.

Hasil cabaran menulis ni juga, anda akan dapat:

Latihan untuk mula menjadi penulis
Hasilkan idea-idea baru untuk konten akan datang
Olah sebagai poster atau skrip video di platform media sosial lain

.

Semua ini dalam masa kurang daripada 30 minit sehari selama sebulan.

Ada yang berminat nak join?

Boleh daftar di sini:
https://ezy.la/cabaranmenulis
https://ezy.la/cabaranmenulis

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

21 Jul, 13:38


Menjadi seorang penulis upahan (ghostwriter) bermaksud memiliki dan mengamalkan dua aspek besar; menulis dan berbisnes.

Menulis tanpa ilmu bisnes – tidak untung.
Berbisnes tanpa ilmu penulisan – tidak berkualiti.

Jika anda mahu bekerjasama dengan ghostwriter, pastikan mereka ada kedua-duanya.

Begitulah.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

21 Jul, 02:44


Satu skill yang selalu underrated ialah skill penulisan.

Ramai tak perasan, setiap konten di media sosial bermula dengan teks, then jadi poster, video, etc.

Nak buat video yang bagus? Ada skrip.
Nak design poster? Ada outline.

Semuanya bermula dengan penulisan.

Sebab tu kalau nak mula serius dengan dunia content creation, tak rugi belajar menulis.

Paling mudah, mulakan menulis di media sosial.

Bila tulis di media sosial, anda akan dapat fast feedback:
Like
Share
Comment

Semua ini indicator sama ada orang suka baca atau tak.

Minggu depan, saya dan team akan lancarkan satu writing challenge, khas untuk beginners yang nak mula menulis di media sosial.

Kita akan tulis selama 30 hari straight. Tapi jangan risau. Akan ada panduan dan bimbingan setiap hari.

Ada yang berminat nak sertai cabaran menulis 30 hari? Ada yuran, tapi kami akan pulangkan 100% kalau berjaya tulis 30 hari.

Komen 'nak', nanti saya DM info lanjut.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

20 Jul, 02:34


Insya-Allah, minggu depan saya dan team akan buka pendaftaran bagi Cabaran Tulis Konten 30 Hari 3.0.

Of course, harga istimewa untuk early bird.

Alhamdulillah, 79 peserta dah join batch² sebelum ni. Kali ni, kami nak bagi satu lagi value tak masuk akal untuk peserta nanti.

Kami plan nak bagi bonus:
✍🏻 Template penulisan selama 30 hari

Supaya peserta yang tak tahu nak tulis apa, boleh terus refer template ni dan berlatih tulis terus.

Tak ada alasan dah untuk kering idea. Insya-Allah.

Kelas dan cabaran menulis ni kami terpaksa limitkan 50 orang je. Supaya Admin & Trainer dapat all out bantu bagi feedback & monitor setiap orang.

Kalau korang nak belajar & mula menulis di media sosial, boleh reply 'Nak' supaya kami take note untuk inform once pendaftaran dibuka.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

19 Jul, 07:15


Jangan biarkan sehari berlalu tanpa membaca al-Quran.

Usahakan untuk baca sekurang-kurangnya 2 muka surat sehari.

Jika badan kita perlukan makanan untuk hidup, begitu juga rohani kita, perlukan 'hidup'.

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

14 Jul, 12:41


Atas permintaan ramai, saya berbincang dengan team untuk anjurkan lagi kelas dan cabaran menulis batch ketiga.

Kali ni kita improved beberapa proses dan jamin support yang lagi baik.

Hadiah tetap sama, kami janji akan pulangkan yuran kepada peserta yang komited.

Setiap batch baru, kita akan naikkan yuran seiring dengan nilai yang kita tawarkan.

Tapi walaupun yuran dinaikkan, kita masih offer pemulangan yuran 100%.

Maknanya anda sertai kelas, dapat tip penulisan, dapat komuniti penulis, dapat hasilkan konten, dan semuanya PERCUMA!

Jadi, kalau anda berminat nak mula menulis di media sosial bersama dengan penulis-penulis lain, nantikan pelancaran:

Kelas Penulisan untuk Pemula: Cabaran Tulis Konten 30 Hari 3.0

Insya-Allah akan dilancarkan tak lama lagi.
Kita akan bagi harga istimewa sempena pelancaran.

Harga early bird terhad untuk 50 orang sahaja.

Tak nak terlepas info pelancaran?

Jemput sertai waiting list. Kami akan maklumkan paling awal kepada waiting list supaya dapat harga istimewa.

Group - Cabaran Menulis 3.0
https://chat.whatsapp.com/JzaFXEvzAIx9iVqozRaqR6