Usrah Santai @legasiusrahsantai Channel on Telegram

Usrah Santai

@legasiusrahsantai


Telegram Rasmi Usrah Santai

IG Rasmi : @usrahsantai

Jiwa bergetar dengan nama Allah,
Rindu yang paling syahdu pada Rasulallah.

Usrah Santai (Malay)

Kini hadir Telegram Rasmi Usrah Santai dengan kegunaan yang menawarkan suasana yang santai dan penuh ketenangan. Untuk bergabung dalam usrah ini, anda boleh mencari kami di IG Rasmi @usrahsantai. Usrah Santai adalah tempat di mana jiwa kita bergetar dengan nama Allah, di mana rindu yang paling syahdu pada Rasulallah terasa begitu kuat. Dengan kehadiran kanal Telegram ini, anda akan dapat menyemai kasih sayang kepada agama dan merapatkan hubungan dengan Allah dan Rasulullah. Jom sertai usrah ini untuk pengalaman keagamaan yang bermakna dan memberi ketenangan kepada jiwa anda. Dapatkan tips-tips keagamaan terkini dan bahan-bahan ilmiah yang boleh membantu anda meningkatkan keimanan. Bersama-sama kita memperkuatkan ikatan keagamaan dan mencari redha Allah. Usrah Santai – tempatnya bergabung untuk mengekalkan kekuatan iman.

Usrah Santai

09 Feb, 23:40


Bagaimana nak menjadi hamba?

الْإِحْسَانُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

"Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Jagalah perlakuan kita dari sekecil-kecil perkara.

Amar bil ma'ruf wa nahi 'ani al-mungkar.

#usrahsantai 

Usrah Santai

04 Feb, 23:08


📌 Beberapa faedah dari Syeikh Ahmad At-Tijani رضي الله عنه : Bahawa siapa saja yang membaca ayatul hirshi (Laqod Jaakum) iaitu :

~Setiap selesai Solat Subuh maka akan dijaga HATInya.
~Jika dibaca selepas Solat Zuhur maka Allah ﷻ akan MENGHIDUPKAN HATInya dan MENETAPKAN hatinya (dalam keimanan) di dunia mahupun di akhirat.
~Jika dibaca selepas Solat Asar maka dia tidak akan mati seperti matinya orang TERKEJUT (mati mendadak).
~Jika dibaca setelah Solat Maghrib maka dia akan diberi ISTIQAMAH (dalam beribadah oleh Allah ﷻ).
~Jika dibaca setelah Solat Isyak maka akan dijaga DIRINYA dari penguasa Zalim.
~Jika dibaca setelah Solat Witir maka akan di CUKUPKAN REZEKI untuknya dan dijauhkan dari takut kepada makhluk.
~Jika dibaca setelah solat sunat apa saja maka akan diberikan rezeki kepadanya boleh merasakan manisnya iman.
~Jika dibaca pada malam Nisfu Sya'ban 500x maka dia tidak akan ditanya di dalam kubur.
~Jika dibaca setiap pagi hari 1x dan setiap petang hari 1x maka akan dijaga dari segala mara bahaya dan tidak akan ada yang dapat mencelakainya dari sesuatu selama ia mengamalkannya.
~Jika dibaca setelah solat Jumaat sebanyak 99x maka Allah ﷻ akan menjaganya dari makan makanan haram selama istiqamah membacanya.

Dan banyak lagi fadhilatnya InshaAllah semoga kita istiqomah dalam beramal.

#usrahsantai

Usrah Santai

31 Jan, 12:50


Maksudnya, itulah kebutuhan kita.

Teruslah minta diberi Allah nikmat hadir majlis ilmu dan dapat menikmatinya nikmat itu.

Semoga kita mendapat futuh, sirr & berkah oleh Allah Azza Wa Jallaa..

#usrahsantai

Usrah Santai

26 Jan, 11:32


Dalam sebuah riwayat, dikatakan kepadaku (Rasulullah ﷺ) "Sesungguhnya Tuhanmu sedang memberi rahmat." Lalu aku pun bertanya: "Apa yang dibacanya?" Dijawab olehnya: "Subbuhun Qudus (Maha Suci Maha Qudus)". Kemudian, Allah mendekatkanku ke Sutera ArasyNya lalu terjatuh satu titisan Arasy ke atas lidahku. Aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih enak daripada itu. Kemudian, diberikan kepadaku ilmu-ilmu orang dulu dan akhir dan Allah juga telah menjadikan lidahku boleh bertutur kembali selepas tertutupnya mulutku disebabkan haibah kepada Allah. Aku pun berkata: "At-Tahiyatu lillahi wa Salawatu wa Thoyyibatu." Allah menjawab: "Assalamualaika Ayyuhan Nabiyu wa rahmatullahi wa barakatuh." Aku pun membalas: "Assalamualaina wa ‘ibadillahi soliheen."

Semesta menyaksikan rahmat Allah buat Muhammad ﷺ dan penyerahan tatacara Solat secara langsung. Selayaknya Nabi yang selalu kita selawatkan itu Kekasih Allah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى أَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

#usrahsantai

Usrah Santai

31 Dec, 14:44


"Rejab adalah kunci kebaikan
dan ibadah menuju Ramadhan." 🌌

"Rejab merupakan bulan haram, bulan istimewa di sisi Allah. Maka perbanyakkanlah amalan sebagai persediaan untuk ke bulan
kemuncak, Bulan Ramadhan."

Al-Fadhil Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi~

#usrahsantai

Usrah Santai

18 Dec, 22:58


Ujian, nikmat merupakan tanda & bukti bahawa Allah mencintai hamba-hambaNya.

Cuma yang membezakan di mana kita ketika menghadapi semua itu? Sama ada semakin dekat pada Allah.. Atau semakin jauh dari Allah..

Rasulullah ﷺ bersabda, dalam hadits Qudsi : "Allah berfirman : Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku, maka biarlah ia mempunyai sangkaan apapun yang dia inginkan." (Hadits sahih riwayat Al-Hakim)

Jika baik sangkaan kita pada Allah, baiklah yang kita dapat. Tetapi jika buruk fikiran kita tentang Allah.., wal iyya dzubillah.. Sesungguhnya Allah Maha Baik dan kasih setiap hambaNya.

#usrahsantai

Usrah Santai

12 Nov, 13:03


Qalbunya tenang menghadapi segalanya.

#usrahsantai

Usrah Santai

31 Oct, 22:57


Barangsiapa yang mengamalkan ENAM sunnah ini akan mendapatkan segala manfaat pada hari Jumaat.

Habib Kadzim juga mendoakan Allah subhana wa taala memberi berkat kepada semua pelajar, dan berpesan kepentingan bersiwak.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#usrahsantai

Usrah Santai

07 Oct, 13:41


Jangan rasakan kita sahaja berguru, bertareqat, bertarbiah kemudian kita abaikan umat yang lain. Kita tidak tahu keadaan seseorang walaupun pada pandangan zahir dia seorang gelandangan hatinya hanya Allah yang tahu. Bahkan ahli maksiat sekalipun. Jangankan abaikan, pandang rendah pun tidak boleh.

Kadangkala ada yang sampai kepada Allah dengan dosa²nya. Adab dalam hati bukan mudah hendak dilaksanakan melainkan hati kita berma'rifat kepada Allah.

Allah lebih Mengetahui.

#usrahsantai

Usrah Santai

15 Sep, 13:20


Selamat bergermbira dengan hari kelahiran junjungan agung Sayyiduna Muhammad Rasulullah ﷺ 💚

Fadhilat Hadir di Acara Maulid Nabi ;

Wali agung yaitu Imam Sirri Saqathi, semoga Allah membersihkan sir (bathin)-nya berkata: 

من قصد موضعا يقرأ فيه مولد النبي صلى الله عليه وسلم فقد قصد روضة من رياض الجنة لأنه ما قصد ذلك الموضع الا لمحبة النبي صلى الله عليه و سلم . وقد قال صلى الله عليه و سلم : من أحبني كان معي فى الجنة

Barangsiapa pergi ke suatu tempat yang dibacakan di dalamnya maulid Nabi saw, maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga, karena tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan karena cintanya kepada Nabi ﷺ. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga".

#usrahsantai

Usrah Santai

27 Aug, 13:30


Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, 'Setiap kali aku rindukan syurga aku mendapatkan semerbak bau harum syurga pada diri Fatimah'.

Suatu hari Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, hendak tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Fatimah bangun, kata Rasulullah 'Jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu.'

Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum meredhakan atau memberi keredhaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai puteriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji.

Permintaan yang susah semuanya. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur meredhakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut dengan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah solat dua rakaat di kamar Fatimah. Fatimah duduk menanti selesai solat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Fatimah berkata, 'Ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?'

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, bukan begitu puteriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua akan memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminin na wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat redha kepadamu.

Keempat, Umrah dan Haji yang ku-maksud ialah membaca; Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Laa Ilaha Illallah, WaAllahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah.🤍🕯️

#usrahsantai

Usrah Santai

18 Aug, 10:39


Disebutkan dalam kitab تذكير المصطفى bahawa Imam Syafi'e menyampaikan:

1. Siapa saja yang ingin menahan amarahnya dan menjadi orang yang penyabar, maka bacalah Surah al-Insyirah setelah solat Asar 3x atau 7x.

2. Siapa saja yang ingin makan sedikit namun dapat mengenyangkan dan kuat bersabar atas lapar maka bacalah Surah al-Insyirah setiap kali mahu makan.

3. Jika ingin tidur sebentar namun tidak ngantuk maka bacalah Surah al-Insyirah 3x atau 7x setiap kali baring untuk tidur.

Khusus amalan agar tidak ngantuk, selain membaca Surah al-Insyirah sebelum tidur juga ditambah dengan do'a berikut:

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي سَهَرًا فِي طَاعَتِك وَ أَشْبِعْنِيْ مِنَ النَّوْمِ بِالْيَسِيرِ، اللهم لاَ تُؤْمِنِّيْ مَكْرَكَ وَلاَ تُنْسِنِيْ ذِكْرَكَ وَلاَ تَجْعَلْنِي مِنَ الغَافِلِينَ

Setelah baca do'a tersebut kemudian niat dalam hati mahu bangun pukul berapa, maka dengan izin Allah ﷻ akan bangun pada jam yang diinginkan dan tidak mengantuk walaupun hanya tidur sebentar.

Bi Iznillah.

#usrahsantai

Usrah Santai

07 Aug, 14:36


Ya Allah Ya Rahman,
Kurniakan daku  limpahan keteguhan Ketauhidan Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakan daku limpahan keindahan akhlak dan adab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Salam.

Ya Allah Ya Jabar,
Kurniakan daku limpahan kekuatan, kekuasaan dan Kekayaan Nabi Sulaiman 'Alaihi Salam.

🤲🏼

#usrahsantai

Usrah Santai

01 Aug, 12:29


Jika waktu telah memasuki hari Khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak.

Mulai hari Khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di Hari Jum'at, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan selawat kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ. (As Sayyid Al Imam Abu Abdillah Ja‘far Ash Shadiq Radiyallahu‘anhu)

Sesiapa yang memperbanyakkan berselawat kepada Rasullullah ﷺ akan mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti, sebab, itu adalah, satu cara untuk kita tunjukkan kasih sayang & cinta kita kepada Rasullullah ﷺ

Bila satu majlis yang banyak berselawat kepada Rasullullah ﷺ bekas selawat tersebut akan berterusan sehingga hari kiamat. Selawat itu akan menjadi sinaran cahaya sewaktu berada di dalam kubur yang gelap,

Seseorang yang berselawat kepada Rasullullah ﷺ, Allah akan turunkan rahmat kepadanya, kerana, dengan berselawat itu akan memberikan kita hidayah & petunjuk ke jalan yang benar.

Dengan Memperbanyakkan selawat itu akan membuat kan kita tetap teguh di jalan Allah. Memperbanyakkan selawat akan selamatkan diri kita dari api neraka.

Memberi jaminan atas keselamatan kita di dalam kubur nanti. Tanda seseorang itu melakukan Sunnah adalah, mereka selalu memperbanyakkan berselawat kepada Rasullullah ﷺ,

Sesiapa yang memperbanyakkan Selawat kepada Rasullullah ﷺ, itu adalah satu sebab untuk mendapat minuman di Telaga Kautsar sebelum kita masuk ke syurga.

Dengan Memperbanyakkan selawat juga, dapat menyelamatkan kita dari fitnah & kita di jauhkan dari orang yang mengata buruk. Cara untuk mendapat kan karakter Rasullullah ﷺ di dalam diri kita ialah, sewaktu kita berselawat ke atas Rasullullah ﷺ, kita bayangkan bahawa kita berselawat kepada Beliau secara depan²

Dengan Memperbanyakkan selawat, itu adalah salah satu cara untuk kita meninggal dengan pengakhiran husnul khotimah, pengakhiran yang baik

Berselawatlah, sehingga kamu dapat berjumpa dengan guru yang boleh membawa mu dekat menuju kepada Allah. Jika seseorang itu di iringi dengan Selawat sentiasa, mereka itu, tidak mempunyai kesusahan, & keraguan, tetapi, mereka mempunyai kebahagiaan yang lebih di dalam kehidupan nya lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah سبحانه و تعالى untuk dapat memperbanyak Selawat dan bermuhasabah diri.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#usrahsantai

Usrah Santai

20 Jul, 14:15


Macam-macam di penghujung zaman hari ini.
Trend sedeqah / mystery gift challenge dan share ke social media. Yang suka fitnah orang sana-sini, komen ikut nafsu. Hentam para habaib. Konsert lebih banyak dari majlis ilmu.

Selalu perbaharui niat, perbaiki ibadah, faham tujuan hidup kerana Allah, bukan makhluk. Amalkan surah al-Kahfi & banyakkan selawat.

#usrahsantai

Usrah Santai

16 Jun, 22:54


Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga segala doa & pengorbanan kita dimakbulkan dan dikurniakan dengan ganjaran yang lebih baik. Amin Allahumma Aminn.. 🤲🏼

Haji Mabrurah kepada yang sedang berada di tanah suci Mekah. 🕋

تقبل الله منا ومنكم

#usrahsantai

Usrah Santai

15 Jun, 07:25


Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

“Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj : 3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan: "Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah".

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya: "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?" (Sahih Muslim)

Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati mereka pada hari tersebut dan memperkenankan doa mereka.

Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda ; "Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya." (Sahih Muslim)

Semoga Allah makbulkan segala permintaan kita & terima keampunan kita semua, Amin bijahi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam

#usrahsantai

Usrah Santai

02 Jun, 12:21


Syirik Khafi adalah mukmin yang berbuat dosa sama ada besar atau kecil. Contonya,  adanya perasaan riya' dalam diri seseorang.

Riya' apabila melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk. Atau meninggalkan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk.

Manakala Syirik Alfal Khafi pula adalah dosa yang amat tersembunyi iaitu seperti Ananiyah (ke'Aku'an) iaitu mencari keberadaan diri, bukan Allah. Segala yang diperlakukan, diperolehi adalah dengan usahanya, bukan dari rahmatNya Allah.

Dan untuk melepaskan diri dari syirik ini, perlulah sentiasa melakukan solat Taubat. Setiap orang awam tidak dapat lari dari kelemahan ini apabila 70ribu lapis hijab untuk menghilangkan ananiyah dalam diri.

Maka, wajiblah kita mempelajari ilmu Tasawuf untuk membersihkan diri dari segala bentuk syirik.

Allahu Yahdik~

#usrahsantai

Usrah Santai

20 May, 12:21


Semoga Allah lindung dari panahan mata jahat dan sifat dengki manusia.

Elakkan dari terlalu 'menonjol / menunjuk' dalam berkongsi sesuatu.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى أَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

#usrahsantai

Usrah Santai

05 May, 11:59


Baca setelah selesai solat agar hati kita selalu tersambung dengan Sayyidah Fatimah Az Zahra. 🌹

FATIHAH KHUSUS UNTUK SAYYIDAH FATIMAH AZZAHRA R.A

إِلَى رُوحِ سَيِّدَةِ فَاطِمَةَ الزَّهْرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهَا وَأَرْضَاهَا أَنَّ اللَّهَ يَغْفِرْلَهَا وَيَرْحَمْهَا وَيُعْلِى دَرَجَاتِهَا فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بَرَكَاتِهَا وَأَسْرَارِهَا وَأَنْوَارِهَا وَعُلُوْمِهَا وَنَفَحَاتِهَا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.

Atau yang paling ringkas,

Ilaa ruhi Sayyidatina Fatimah Az-Zahra bintu Rasulillah Sallallahu 'alaihi wasallam al-Fatihah.

#usrahsantai